pmb bahasa melayu questions

29
1 SPE2 Kertas 1

Upload: nor-suriyani

Post on 03-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Soalan-Soalan PMB Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

13

SPE2Kertas 1

KAMU DIKEHENDAKI MENJAWAB TIGA SOALAN, SATU SOALAN DARIPADA BAHAGIAN A, SATU SOALAN DARIPADA BAHAGIAN B DAN SATU SOALAN LAGI DARIPADA BAHAGIAN C.

BAHAGIAN A

1. Pilih SATU daripada tajuk-tajuk karangan di bawah ini dan tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. a) Pada musim cuti sekolah yang lepas, kamu bersama keluarga melancong ke luar negeri. Ceritakan segala pengalaman kamu itu.b) Isu pencemaran bahasa Melayu kian ketara terutama pada papan-papan tanda iklan. Bincangkan kenyataan ini.c) Kamu akan mewakili persatuan dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahannya ialah Pentingnya Pelajar Mendisiplinkan Diri Bagi Mencapai Kejayaan. Sediakan syarahan kamu itu.d) Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung kamu telah membuat lawatan ke salah sebuah tempat yang menarik di negara ini. Kamu dikehendaki membuat laporan selengkapnya tentang lawatan tersebut kepada ketua kampong kamu.e) Tuliskan sebuah cerita yang boleh menjelaskan maksud peribahasa Ingat sebelum kena jimat sebelum habis.f) Lengkapkan petikan di bawah ini hingga menjadi sebuah cerita:Wajah perempuan itu mengingatkan ku kepada peristiwa yang berlaku ketika aku belajar di sekolah rendah dahulu. Usiaku pada waktu itu baru 10 tahun.

[50]

BAHAGIAN B

2. Pilih SATU daripada soalan-soalan berikut:a) Satu mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah membuat keputusan untuk mengadakan lawatan ke Universiti Brunei Darussalam. Sebagai setiausaha persatuan, kamu dikehendaki menulis surat kepada pihak berkenaan untuk memaklumkan lawatan itu.

Pengirim:Muhammad Syamsul bin Muhammad Hadi, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Kampong Perpindahan Lambak Kanan, Berakas BC2315, Negara Brunei DarussalamPenerima:Pegawai Pendaftar, Universiti Brunei Darussalam, Tungku Link, Gadong BE1410, Negara Brunei Darussalam.

b) Ayah kamu yang bertugas di luar negeri telah mengirim sepucuk surat kepada kamu. Dalam surat itu ayah kamu menyatakan kerisauannya terhadap nenek kamu yang sedang sakit. Ayah kamu juga bertanyakan keadaan keluarga di Negara Brunei Darussalam. Balas surat ayah kamu dengan menyatakan keadaan nenek dan juga keluarga kamu dengan selengkapnya.

Pengirim:Siti Fauzah binti Haji Kamaluddin, No. 87, Simpang 249 Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait KA3337, Negara Brunei DarussalamPenerima:Haji Kamaluddin bin Haji Md Said, No. 52, Stonebank, Ladywell, Livingstone EH54 6H6, Edinburgh, Scotland.

[20]

BAHAGIAN C

3. Lihat carta di bawah dengan teliti. Carta ini menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku di Bandar Seri Kemanyan dalam jangka masa lima tahun. Rumusan kamu hendaklah lebih kurang 80 patah perkataan.

Bilangan Kes Kemalangan Jalan Raya di Bandar Seri KemenyanDari Tahun 1998-2003

[30]

Kertas 2

BAHAGIAN ASOALAN 2Bacakan petikan di bawah dengan teliti, kemudian ringkaskan hingga menjadi kira-kira 70 patah perkataan sahaja. Penggunaan kata-kata kamu sendiri dalam maksudnya yang asal akan diberi perhatian utama dalam pemarkahan. [20]

Persoalan remaja sering menjadi topic perbincangan hangat dalam media massa mahupun media elektronik. Kebanyakkan berkisar tentang masalah remaja lari dari rumah, lepak di pusat membeli-belah, memghisap rokok dan terlibat dalam kegiatan dadah. Apakah ini sudah menjadi tren remaja masa kini yang bakal menjadi pemimpin masyarakat akan dating?

Remaja merupakan ahli masyarakat yang berumur dalam lingkungan belasan tahun. Alam remaja merupakan tradisi ke alam kedewasaan setelah melewati alam kanak-kanak. Alam remaja telah meninggalkan keseronokkan dan kenangan manis yang sukar dilupakan.

Persoalannya, apakah remaja sekarang mempunyai wawasan hidup dan memiliki daya tahan untuk menghadapi cabaran atau membiarkan diri mereka hanyut dibawa arus perubahan tanpa membuat sebarang tindakan? Kita tidak seharusnya menyalahkan mereka tanpa mengambil kira aspek lain. Ibu bapa ada orang yang paling rapat dengan mereka. Mereka juga bertanggungjawab membentuk sahsiah anak yang meningkat ke alam remaja melalui nasihat, bimbingan dan teguran. Ibu bapa tidak seharusnya mempertahankan ego di hadapan anak-anak mereka seperti tuduhan; keras kepala, tidak masuk nasihat, anak melawan, masih mentah, budak hingusan, dan sebagainya.

Ibu bapa harus bijak menangani setiap masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Mereka juga perlu berhati-hati ketika mengungkapkan tutur kata. Jangan sampai perkataan yang diucapkan itu memperkecilkan semangat dan usaha mereka. Seandainya ini berlaku, tidak mustahil anak-anak yang memasuki alam remaja tadi mencari jalan keluar untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Oleh itu adalah penting sekali, ibu bapa memperlengkapkan diri mereka dengan pengetahuan psikologi dalam ilmu agama.

Selain itu, keperkasaan juga boleh kita hubungkan dengan sikap dan pemikiran remaja itu sendiri. Golongan remaja tidak seharusnya bergantung semata-mata pada orang lain. Mereka harus berani mengubah pandangan hidup dan bijak membuat keputusan. Mereka hendaklah menanam sikap dinamik dan optimis terhadap masa depan, dalam pada masa yang juga menyingkirkan unsur-unsur yang menjadi penghalang kepada kejayaan.(Disesuaikan - Juaran Bil 41 Tahun 7, November-Disember 2001)SOALAN 3Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya:

Kira-kira sepuluh minit perjalanan, Mariani terpaksa memperlahankan kelajuan keretanya kerana kereta-kereta yang di hadapan pun bergerak perlahan-lahan.

Ibu, itu kereta ayah?

Enam biji mata tertumpu ke arah kereta yang tersadai di tepi jalan raya. Keadaanya agak teruk juga. Cermin sebelah hadapan pecah. Badannya kemik pada sebelah tepi kanan. Muka Mariani berubah. Pucat.

Ya, Allah, selamatkanlah suami hamba, bisik hati Mariani.

Mariani cuba menenangkan dirinya. Tuhan sahaja yang lebih arif akan perasaanya pada saat itu. Melihat keadaan kereta suaminya itu, hatinya bagai disayat-sayat dengan benda yang tajam. Air matanya sudah terasa panas mengalir dari kelopak matanya. Hatinya tetap digagahkannya. Dalam suasana begitu Mariani teringat kata-kata suaminya.

Dalam keadaan macam mana pun, kesabaran mestilah ada dalam diri kita, kesabaran itulah yang akan membuat kita sentiasa berada dalam suasana yang dilindungi Allah.

Mariani menyedari dalam keadaan sekarang, menangis adala suatu gerak laku yang sia-sia, suatu kebodohan. Kesabaran adalah penting.

Sesampai sahaja di rumah sakit mereka pergi ke bilik rawatan kecemasan. Rumah sakit pada waktu malam tidaklah sesibuk waktu siang. Pekerjanya pun terhad. Mereka tidak terus masuk ke bilik tersebut kerana ada tanda di depan pintu yang melarang memasukinya kecuali petugas. Mereka hanya duduk di kerusi yang disediakan.

Mariani serba salah kerana tiada siapa pun yang berada di situ. Mahu tidak mahu Mariani membenarkan diri mengetuk pintu. Tidak berjawab. Mariani memusing tombol pintu perlahan-lahan.

Dayang hendak ke mana? Tiba-tiba kedengaran suara memecah kesunyian dari belakang Mariani. Mariani gugup. Pintu ditutup semula.

Saya hendak bertanya sesuatu.Ibu mertuanya dan Fikri diam sahaja. Mereka memerhatikan dengan wajah yang gelisah.

Ya, kalau dapat saya bantu!

Di mana lelaki yang baru mendapat kemalangan petang tadi?

Maksud dayang, Encik Borhan?

Ya ya dia suami saya, itu ibunya dan anak kami, boleh kami melihatnya?

Boleh. Dia sekarang berada dalam Wad 8. Mari saya tunjukkan.

Mereka meninggalkan tempat itu. Berjalan beriringan. Fikiran Mariani menjalar. Bagaimana keadaan suaminya. Terukkah atau bagaimana. Mariani amat takut untuk bertanya lebih lanjut kepada jururawat di sebelahnya. Bukan takut apa, cuma kalau berita yang disampaikannya nanti kurang menyenangkan, alangkah sedih hatinya. Ya Tuhan, Engkaulah Yang Maha Tahu segala-galanya.

a) Bagaimanakah keadaan kerata suami Mariani itu?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

b) Apakah tindakan Mariani apabila melihat keadaan kereta suaminya?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

c) Mengapakah Mariani tidak berani memasuki bilik kecemasan itu?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

d) Siapakah yang menemani Mariani ke rumah sakit?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

e) Mengapakah Mariani tidak berani bertanya lebih lanjut tentang suaminya?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

[10]

SOALAN 4Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Saban waktu dan ketika tanpa mengira suasana, kita akan menemui bermacam-macam telatah, tabiat, dan perlaku manusia. Ada yang menunjukkan wajah sedih, duka, putus asa, sengsara dan keperitan hidup. Di sebalik wajah-wajah suram itu, kita dipertemukan dengan segelintir insan yang berwajah ceria, bahagia, puas, dan tenang walaupun mereka juga menghadapi masalah.

Kadang-kadang kita terpengaruh dengan penampilan seseorang tanpa memikirkan apakah penampilan itu memberi gambaran yang sebenar atau sekadar sandiwara untuk menutup kelemahan diri. Kita juga akan menemui orang yang selalu menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang remeh agar orang lain melihatmya sebagai orang yang rajin dan tidak pernah membuang masa. Kadang-kadang perkara yang kecil dibesar-besarkan tanpa mengetahui ujung pangkal cerita yang sebenar.

Begitu juga dengan sikap suka memandai-mandai dan menganggap diri serba tahu akan menimbulkan masalah kepada seseorang. Orang yang bersifat demikian akan berasa tercabar apabila ada orang lain cuba melebihi dirinya. Perasaan ego diri ini memberi kesan buruk tehadap jiwa dan kesihatan tubuh badan.

Ada sesetengah orang apabila mengalami masalah akan cuba melarikan diri daripada masalah yang mereka hadapi. Mereka tidak mahu memikirkan dan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu malah menambah beban dengan masalah yang baru. Mereka tergolong sebagai manusia yang gagal dan dikuasai oleh keadaan. Mereka tidak berupaya bangun setalah jatuh dan menganggap setiap masalah itu sebagai musuh yang menakutkan.

Antara sebab-sebab yang menimbulkan masalah ialah tidak mempunyai tujuan hidup yang jelas, tidak bercita-cita untuk meningkatkan taraf hidup, tidak mempunyai disiplin diri yang tegas, kurang memiliki daya tahan dan ketabahan, dan tidak yakin terhadap kebolehan diri sendiri.

Salah satu tindakan tersebut ialah melihat masalah dari sudut pandangan yang positif. Pendekatan yang kita gunakan untuk mengatasi masalah tersebut hendaklah berbentuk analitikal iaitu memecahkan masalah tersebut menjadi perkara yang kecil.

a) Apakah yang kita temui di sebalik wajah-wajah suram itu?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

b) Mengapakah kita terpengaruh dengan penampilab seseorang itu?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

c) Mengapakah sikap memandai-mandai itu mendatangkan masalah kepada seseorang?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

d) Nyatakan sebab-sebab yang menimbulkan masalah-masalah itu.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

e) Apakah pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah itu?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

[10]

JUMLAH MARKAH

BAHAGIAN C TATABAHASASOALAN 5 HINGGA 14Pilih jawapan yang sesuai dan tuliskan hurufnya sama ada A, B, C atau D ke dalam petak jawapan.

5.____________________ peristiwa yang menyayat hati itu boleh terjadi?A. ApakahB. BagaimanakahC. BilakahD. Di manakah

6.Koala bersetuju dengan pendapat ____________________ yang menyatakan peniaga-peniaga kecil-kecilan patut diberi kemudahan pinjaman kewangan, jelas Abdul Hamid kepada Yang Berhormat Menteri.A. diaB. merekaC. pehinD. saudara

7.Beberapa orang petani ____________________ di bawah pokok rending di tepi sawah.

A. berjemurB. bersetujuC. berteduhD. bertiga

8.Debu kapur ____________________ meja dan kerusi di bilik darjah itu.

A. melindungiB. membasahiC. mengotoriD. merintangi

9.____________________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang itu tiada padanya.

A. Andai kataB. JikalauC. SekiranyaD. Sewaktu

10.Pilih ayat yang mengandungi kata ganti nama diri orang ketiga dalam ayat-ayat berikut.

A. Kami tidak berdaya menolong awakB. Kamu dilantik menjadi ketua darjah pada tahun iniC. Mereka adalah peserta daripada Persatuan Kampong Salambigar.D. Saya akan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu hadapan

11.Pilih ayat yang tidak mengandungi kata adjektif.

A. Dia sangat rindu akan ayahnya.B. Masakan ibu lebih sedap daripada masakan kakak.C. Pemandangan sawah padi itu sangat indah.D. Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya.

12.Pilih ayat seruan yang menyatakan perasaan takjub.

A. Cis, kelajuanmu ini sudah melampau!B. Nah, ambillah buku ini untuk rujukan awak!C. Syabas, awak telah Berjaya dalam pertandingan ini!D. Wah, besarnya rumah awak ini!

13. Pilih ayat yang tidak mengandungi kata sendi nama (kata depan).

A. Guru sekolah itu guru sayaB. Kasih saying Rosita terhadap ibunya patut dijadikan contohC. Meraka bermaaf-maafan di hadapan ketua kampong.D. Tolong sampaikan surat ini kepada Siti Juliana.

14.Pilih ayat mengandungi kata kerja transitif.

A. Gadis itu berpayungkan daun.B. Haji Momin tinggal di Kampong LamuninC. Murid itu tidak berbuat jahat.D. Pekerja itu tidak mengabaikan tugasnya. [10]

SOALAN 15 HINGGA 24Berikan imbuhan yang sesuai pada perkataan-perkataan di dalam kurungan bagi petikan yang berikut:

Sekarang manusia sudah (15) ____________________ (kuasa) oleh mesin, jentera, dan robot. Apa jua kegiatan sudah (16) ____________________ (program) oleh jentera itu. Segala-galanya hendak cepat dan pantas. Sebab itulah robot (17) ____________________ (paksa) diketengahkan untuk (18) ____________________ (ambil) alih tugas dan tanggungjawab manusia yang selalu tidak (19) ____________________ (punya) masa yang cukup. Manusia akan (20) ____________________ (jadi) bodoh dan hidup dalam (21) ____________________ (ada) tidak menentu. Segala-galanya tidak terurus dengan baik. Manusia tidak lagi (22) ____________________ (penting) nilai budi dan hubungan kekeluargaan kian renggang. (23) ____________________ (hubung) secara peribadi semacam tidak perlu sebab manusia kesuntukan masa. Kesemua (24) ____________________ (cabar) ini terpaksa diterima dan ditangani oleh manusia. [10]

SOALAN 25 DAN 26Sebahagian daripada ayat-ayat yang bergaris mungkin terdapat kesalahan dari segi penggunaannya. Pilih jawapan yang kamu ikirkan tepat dan tuliskan hurufnya sama ada A, B, C atau D ke dalam petak jawapan.

25.Suasana di pasar itu riuh-riuh, terutamanya pada waktu pagi dan petang.

A. rendah-riuhB. riuh-rendahC. riuh-riuhD. riuh-riuhan

26.Perlawanan bola sepak dengan sekolah-sekolah akan diadakan pada bulan hadapan.

A. antaraB. dalamC. di antaraD. terhadap [2]

SOALAN 27 DAN 28.Tukarkan cakap ajuk di bawajh ini kepada cakap pindah.

27.Kamu mesti mematuhi segala nasihat yang diberikan oleh ibu bapa kamu, kata guru itu kepada muridnya._______________________________________________________________________________________________________________________________________________

28.Saya sudah melakukannya dengan berhati-hati tetapi apakan daya saya gagal juga, jelas Noorariffin kepada Cikgu Haji Abdul Mutalib._______________________________________________________________________________________________________________________________________________ [4]

SOALAN 29 DAN 30Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini kepada cakap ajuk.

29.Haji Mazlan menyatakan hasratnya untuk menyertai pertandingan itu kepada pengerusi jawatankuasa.________________________________________________________________________________________________________________________________________________

30.Dia berjanji kepada isterinya akan menunaikan segala tanggungjawabnya.________________________________________________________________________________________________________________________________________________ [4]

SOALAN 31Baca puisi berikut dengan teliti, kemudian nyatakan maksud yang terkandung dalam puisi ini:

31.Serba-serbi hendaklah cermat,Usaha kebajikan biar dihormat,biar lambat asalkan selamat,menonton niat ingatkan rahmat

Maksud puisi di atas ialah:_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ [2]

SOALAN 32 DAN 33Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.

32.Ahli-ahli perniagaan menyertai perhimpunan itu._______________________________________________________________________________________________________________________________________________

33.Polis menangkap sekumpulan pendaang asing semalam._______________________________________________________________________________________________________________________________________________ [4]

SOALAN 34 DAN 35Isikan tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat berikut dengan kata hubung yang sesuai.

34.Mereka berjalan-jalan ____________________ memerhatikan keadaan kampong kami.

35.Kami tidak menyangka ____________________ mereka terbabit dalam pergaduhan itu. [2]

SOALAN 36 HINGGA 38.Sambungkan ayat-ayat pendek berikut dengan menggunakan kata hubung supaya menjadi ayat majmuk.

36.Syamsul memanggil kanak-kanak.Mereka sedang bermain bola sepak.Hujan sudah turun._______________________________________________________________________________________________________________________________________________

37.Dia bersorak terlalu kuat.Serak suaranya.Pasukkannya diumumkan menjadi juara._______________________________________________________________________________________________________________________________________________

38.Orang tua itu.Anak-anaknya akan merayu.Permohonannya ditolak._______________________________________________________________________________________________________________________________________________ [6]SOALAN 39 HINGGA 41Jawapan bagi soalan 39 hingga 40 hendaklah ditulis hurufnya sama ada A, B, C, atau D dalam petak jawapan

39.Pilih ayat perintah yang bermaksud larangan

A. Awak siapkanlah kerja-kerja itu sekarang.B. Jemput makan hidangan kami ini.C. Tak usah kamu hiraukan perkara yang lalu itu.D. Tolong selesaikan kerja-kerja kamu ini.

40.Pilih kata bantu ragam bagi ayat di bawah ini.

Pada masa ini ramai wanita ____________________hidup bebas.

A. mahuB. pernahC. sudahD. telah [2]41.Buat ayat penyata daripada ayat songsang di bawah ini.

Dari kawasan pendalaman agaknya buah-buahan itu._______________________________________________________________________________________________________________________________________________ [2]JUMLAH MARKAH

BAHAGIAN D PERIBAHASASOALAN 42 HINGGA 45Pilih simpulan bahasa di bawah ini, kemudian masukkan ke tempat-tempat kosong dalam petikan yang berikut:

ambil beratkera sumbangbuat helahbuta huruframbang mataminta diribatu loncatanmembabi buta

Orang tua yang (42) ____________________ itu menyedari bahawa dia hanya sebagai (43) ____________________ untuk menandatangani surat perjanjian hak milik tanah itu. Dia hanya (44) ____________________ dengan memberi berbagai-bagai alas an. Kemudian dia terus (45) ____________________ daripada pegawai yang bertugas. [4]

SOALAN 46 DAN 47Berikan bidalan yang sesuai dengan kenyataan yang diberikan di bawah ini:

46.Dalam sesuatu majlis, masyarakat hendaklah mengikut ____________________ agar tidak timbul ragu-meragui antara satu dengan yang lain.

47.Dalam pergaulan kita sehari-hari hendaklah ____________________ sebab itulah harus berdisiplin walau di mana kita berada. [4]

SOALAN 48 DAN 49Berikan perambahan Brunei yang sesuai dengan kenyataan ini:

48.Meskipun pergerakannya agak lambat dalam melakukan pekerjaan itu, namun kerja-kerja yang dibuatnya berhasil juga.

Kelakuannya itu dipanggil: _________________________________________________________________________________________________________________________

49.Dia terlalu sedih disebabkan suaminya bertugas lama di Vietnam.

Kelakuannya itu dipanggil: _________________________________________________________________________________________________________________________ [4]

JUMLAH MARKAH

SELESAI