platform terbaik untuk pendidikan - universiti malaysia ... · dua hari pembukaannya sejak ......

5

Upload: lamthu

Post on 08-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Platform terbaik untuk pendidikan - Universiti Malaysia ... · dua hari pembukaannya sejak ... Pelbagai persembahan menarik yang ... dengan penyertaan guru-guru kaunseling dari sekolah-sekolah
Page 2: Platform terbaik untuk pendidikan - Universiti Malaysia ... · dua hari pembukaannya sejak ... Pelbagai persembahan menarik yang ... dengan penyertaan guru-guru kaunseling dari sekolah-sekolah

KUCHING, 19 Mac 2017: Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) kali ke-13 Zon Sarawak di serbu ribuan pengunjung sepanjang dua hari pembukaannya sejak kelmarin. Karnival tersebut yang berlansung di Dewan Pameran, CityOne Megamall itu menyasarkan lebih 30,000 untuk kedua- dua hari.

KPTN menjadi pemudah cara kepada kementerian untuk mengumpulkan agensi-agensi berkaitan pendidikan tinggi seperti Universiti Awam (UA), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan agensi berkaitan KPT. Karnival ini juga dilihat sebagai satu Pusat Sehenti untuk lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan.

Turun ke padang meninjau KPTN Zon Sarawak ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Pengarah-pengarah UNIMAS lain.

Platform terbaik untuk pendidikan KPTN ZoN SarawaK:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web upu.moe.gov.my atau www.unimas.my

Menurut Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah, KPTN 2017 jangkaan jumlah pengunjung di semua zon yang terlibat adalah seramai 200,000 orang.

KTPN tahun ini diadakan di enam zon utama dan satu mini zon seluruh Malaysia bermula di zon timur iaitu di Kota Bahru Kelantan, UNIMAP Perlis (zon mini), UTHM Johor (zon selatan), USM Pulau Pinang (zon utara), 1Borneo Hypermall Sabah (zon sabah), Cityone Megamall Kuching (zon Sarawak) dan terakhir USIM Negeri Sembilan ( zon tengah).

Antara aktiviti yang berlangsung seperti taklimat peluang pendidikan tinggi di menara gading, pameran pendidikan, khidmat bimbingan kaunseling agensi kerajaan/tajaan/pinjaman pendidikan, informasi kemasukan IPTA/IPTS, Kolej Komuniti dan sebagainya.

Sebelum melawat gerai-gerai pameran, Datin Paduka Ir.Dr Siti Hamisah Tapsir turut menerima kejutan sambutan hari lahir beliau dari warga kerja KPTN Zon Sarawak.

Bersempena dengan KPTN di Zon Sarawak juga telah diadakan seminar kemasukan pelajar ke IPT yang berlangsung di Hotel Grand Margherita Kuching melibatkan lebih kurang 80 orang guru-guru kaunseling dari sekolah-sekolah terpilih.

Page 3: Platform terbaik untuk pendidikan - Universiti Malaysia ... · dua hari pembukaannya sejak ... Pelbagai persembahan menarik yang ... dengan penyertaan guru-guru kaunseling dari sekolah-sekolah

Sempena Karnival KPTN 2017, tapak pameran dari Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan (FPSK) mengetengahkan maklumat program-program prasiswazah yang ditawarkan seperti Doktor Perubatan dan Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan. Disamping itu, FPSK juga mempamerkan beberapa model anatomi seperti model otak, paru-paru, abdomen, tengkorak dan life-size rangka manusia. Tayangan projektor video berkenaan FPSK dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di fakulti turut dipertontonkan sepanjang pameran berlangsung bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada bakal-bakal pelajar dan juga orang umum.

Fakulti Kejuruteraaan merupakan salah satu fakulti terbesar di UNIMAS dan telah dibentuk pada 30 Disember 1993. Misi utama fakulti ialah menyediakan budaya peningkatan kualiti yang berterusan melalui kurikulum yang holistik dan penyelidikan strategik dengan penglibatan pelbagai pihak seterusnya menyumbang ke arah penciptaan pengetahuan. Untuk Karnival KPTN 2017, Fakulti Kejuruteraan mempamerkan beberapa projek dan model dari setiap jabatan seperti Chemical Plant Design (CPD): Formaldehyde Plant 3D Model, LEGO Robot, demonstrasi 3D Printer, StormPav (turapan jalan alternatif baru), Pembilang 7-Segmen menggunakan IC 555/IC 4026 dan Model Sistem Solar.

Pelbagai persembahan menarik yang dipersembahkan sepanjang dua hari Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Sarawak 2017 diadakan. Diantaranya ialah persembahan tarian daripada Badan Budaya UNIMAS (BAYU) yang menampilkan kepelbagaian etnik di Sarawak, persembahan basking daripada Unit Kebudayaan dan Kesenian UNIMAS, persembahan Music Ensemble daripada pelajar muzik Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS dan pertunjukkan fesyen daripada para pelajar Fesyen dan Tekstil FSGK. Kepelbagaian persembahan ini telah memeriahkan lagi KPTN Zon Sarawak 2017

Seminar Kemasukan Pelajar ke IPT diadakan bersempena dengan program Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak pada 18 dan 19 Mac 2017 bertempat di CityOne Exhibition Centre Kuching.

Seminar Kemasukan Pelajar ke IPT di Zon Sarawak akan diadakan di Hotel Grand Margherita Kuching dengan penyertaan guru-guru kaunseling dari sekolah-sekolah terpilih di seluruh negeri Sarawak dan wakil dari Kolej Matrikulasi Sarawak seramai 80 orang.

Pengisian program seminar merangkumi sesi ceramah/taklimat berkaitan kemasukan pelajar ke IPT seperti Fleksibel Education, Penajaan/Pembiayaan, Perancangan Kerjayaku dan How to Apply UPUOnline yang akan disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan dari Jabatan/Agensi terpilih seperti MQA, Bahagian Education Malaysia JPT, PTPTN, Yayasan Sarawak, Bahagian Hubungan Industri JPT, Akademi Sains Malaysia, MDEC, JPKK dan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT.

Seminar ini merupakan salah satu kaedah untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini berkaitan peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Fakulti Kejuruteraan

Pengunjung Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) di Zon Sarawak berpeluang memotretkan wajah mereka dengan karyaan lukisan dari pelajar Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS di gerai pameran FSGK yang dibuka sepanjang KPTN berlangsung.

Pelajar dari program seni halus FSGK itu akan melukis atau memotret wajah-wajah dan persekitaran berdasarkan permintaan para pengunjung secara langsung atau ‘ live painting’ .

Selain dari live painting, pelajar FSGK turut mempersembahkan hasil rekaan fesyen mereka dan video pendek para pelajar yang telah memenangi beberapa anugerah sebelum ini.

Pertunjukan fesyen dan muzik turut dilakukan oleh pelajar FSGK di atas pentas utama untuk memeriahkan lagi suasana dan menghiburkan para pengunjung karnival berkenaan.

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Page 4: Platform terbaik untuk pendidikan - Universiti Malaysia ... · dua hari pembukaannya sejak ... Pelbagai persembahan menarik yang ... dengan penyertaan guru-guru kaunseling dari sekolah-sekolah

Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon 6 di Sarawak18-19 Mac 2017

Page 5: Platform terbaik untuk pendidikan - Universiti Malaysia ... · dua hari pembukaannya sejak ... Pelbagai persembahan menarik yang ... dengan penyertaan guru-guru kaunseling dari sekolah-sekolah

PenghargaanPenaung

Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi

Penasihat Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim

Pengerusi Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim

Timbalan Pengerusi Pn Saptuyah Bt Haji Mahmud

Urusetia Pn Sh Mariawati Bt Wan Kassim (BPPs)

En. Abang Akhmas B Abang Bunsu (BPPs)Pn Aileen Anne Jinggong (UNIMAS Canselori)

En. Mohamad Hidayat Bin Badar (UNIMAS Canselori)

Jawatankuasa PameranPn Sh Mariawati Bt Wan Kassim (Ketua)

UNIMaS GLoBaLEn Mohamad Hidayat B Badar (Ketua)

Jawatankuasa Publisiti dan MediaPn Aileen Anne Jinggong (Ketua)

Jawatankuasa Buletin KarnivalPn Dayanie Hashim (Ketua)

Jawatankuasa Teknikal ICTEn Mohd Khairul Firdhaus M Dollah (Ketua)

Jawatankuasa Teknikal, Logistik dan Susun atur Booth En. Ngerantar Ak Undi (Ketua)

(Unit Kejuruteraan awam)Pn Shamsiah Suib

(Unit Kejuruteraan Mekanikal)Ir. Mohamad Asrul Mustapha

(Unit Elektrikal)Cik Dyg Duwiningsih Abg Abdullah

(ULKL)En Bong Azmir b Bong Hata

Jawatankuasa aktiviti Booth FakultiPn. Sulian Bt Mohamad Alias (FK)En. Masle B Terhim (FPSK)En. Ezalman Bin Tambi Lee (FSGK)

Jawatankuasa Pengangkutan En. Hafiz Aizat B Ali (Ketua)En Hapendi B Sabee (PK)

Bahagian pengajian PrasiswazahPn Rafidah Bt Badar (PK)

Jawatankuasa Tugas KhasEn Irman Bin Jaapar (Ketua)En Abang Akhmas B Abang Bunsu (PK)

Jawatankuasa Seminar Pendidikan TinggiEn Samon B Marsidi (Ketua)

Jawatankuasa Penginapan dan Makanan Peserta di HotelHjh Noridah Bt Adenan (Ketua)Pn Siti Mariani Hamlin (PK)

Jawatankuasa Makanan Petugas di Lokasi PameranPn Kartika Bt Barmawi (Ketua)

Jawatankuasa audit DalamPn. Nor Reasia binti Hj Sebli (Ketua) Jawatankuasa Kewangan & Perolehan(Pejabat Bendahari)Hjh Zubaidah Bt Abdul Ghani (Ketua)

(BPPs)En Abang Akhmas B Abang Bunsu (PK)

Jawatankuasa KeselamatanEn Idzhar Shaffarul bin Hasli (Ketua)

Jawatankuasa Persembahan dan KebudayaanProf Madya Dr Hasnizam Bin Abdul Wahid (Ketua)

Jawatankuasa KecemasanDr Zahara Abdul Manap (Ketua)

JawaTaNKUaSa PELaKSaNa KarNIVaL PENGaJIaN TINGGI NEGara 2017

Bahagian Pengurusan Kemasukan PelajarJabatan Pendidikan Tinggi , KPT

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Samarahan

Politeknik Kuching, Sarawak

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun abdul razak

Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang

Kolej Komuniti Kuching

Kolej Komuniti Mas Gading, Bau

INTaN Negeri Sarawak

Institut Latihan Perindustrian, Kota Samarahan

20 Universiti awam, 33 IPTS, 30 agensi, 10 Pengajian Sepanjang Hayat

Semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan Karnival Pengajian Tinggi Negara, Zon Sarawak 2017