pksr & pbs

14
Soalan 1 : Ciri-ciri PKSR dan PBS Ciri-ciri PKSR 1. Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam bilik darjah. 2. Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif iaitu maklumat yang diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan. 3. Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan membaiki pembelajaran seterusnya. 4. Menekankan penilaian secara berterusan yang membolehkan guru mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari semasa ke semasa. 5. Menekan penilaian secara menyeluruh iaitu segala potensi pelajar seperti intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai. 6. Menekankan penilaian dalaman iaitu guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan diuruskan secara berpusat. Ciri-ciri PBS 1. PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. 2. Kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat. 3. Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. 4. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Upload: mass-marissa

Post on 17-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pksr

TRANSCRIPT

Page 1: PKSR & PBS

Soalan 1 : Ciri-ciri PKSR dan PBS

Ciri-ciri PKSR

1. Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara

lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan

kemajuan pelajar dalam bilik darjah.

2. Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif iaitu maklumat yang

diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan

pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan.

3. Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan –

membaiki pembelajaran seterusnya.

4. Menekankan penilaian secara berterusan yang membolehkan guru

mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang

diperoleh dari semasa ke semasa.

5. Menekan penilaian secara menyeluruh iaitu segala potensi pelajar seperti intelek,

rohani, jasmani dan emosi dinilai.

6. Menekankan penilaian dalaman iaitu guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan

bukan diuruskan secara berpusat.

Ciri-ciri PBS

1. PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu

murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat

awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.

2. Kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui

aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid

meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh

pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

3. Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian

yang dilaksanakan di sekolah.

Page 2: PKSR & PBS

4. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang

ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

5. PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:

– Kerja kursus / PEKA

– Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

6. Penilaian berasaskan sekolah adalah holistik iaitu mampu memberikan maklumat

keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran murid.

7. Pada peringkat perancangan, guru memilih standard kurikulum yang akan diajar

kepada murid yang terlibat.

8. Guru juga merancang pengajaran dan pembelajaran yang diajar dan juga

menyediakan kaedah pentaksiran.

9. Semasa peringkat pelaksanaan guru juga bertanggungjawab melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran.

10.Standard prestasi diperkenalkan untuk melihat perkembangan serta pencapaian

prestasi seseorang murid berkenaan.

11. Standard prestasi yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah adalah mengikut

Band (Band 1 hingga Band 6).

12.Dalam pemantauan guru dapat mengetahui apa yang akan dapat dicapai dalam

pendidikan murid, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

Page 3: PKSR & PBS

Soalan 2 : Perbezaan dan persamaan antara PKSR dan PBS

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan

modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan

baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan

melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal

persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai

perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah

semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi

pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik

kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,

kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di

sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

ASPEK KBSR KSSR

Reka Bentuk Kurikulum

- Komunikasi ( lisan, membaca, dan menulis)

- Manusia Dengan Alam Sekelilingnya

- Perkembangan Diri Individu

- Komunikasi (lisan, membaca, menulis dan menaakul)

- Kerohanian, Sikap dan Nilai

- Kemanusiaan- Keterampilan Diri- Perkembangan Fizikal

dan Estetika- Sains dan Teknologi

Kaedah Pentaksiran

- Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif

- Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran

- Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai

- Bersifat autentik dan holistik.

PERSAMAAN

Peruntukan Masa

- Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan

Page 4: PKSR & PBS

Bahasa Inggeris

Pedagogi

- Kemahiran Berfikir dalam P&P- Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P- Penggunaan TMK- Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan- Pembelajaran Secara Konstruktivisme- Pembelajaran Secara Kontekstual- Pembelajaran Akses Kendiri- Pembelajaran Masteri- Belajar Cara Belajar

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru

yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini

akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.

Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut

modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan

canggih kini.

Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi,manusia dan

alam sekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi

KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran

ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata

pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini

diajar pada tahap 1dan tahap 2. Contohnya, bagi matapelajaran Bahasa melayu,

berfungsi sebagai bahasa imlu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.

Pada tahap 1, murid murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti

bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu.

Manakala, pada tahap 2 pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran

belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan

dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan

untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta

menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa

ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling

mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Pada tahap 1, mata pelajaran

Page 5: PKSR & PBS

Pendidikan Isla dan Moral diajar manakala pada tahap 2, dua mata pelajaran lain

ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata pelajaran

Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam

pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murini sarwajagat dan prinsip-prinsip

rukun negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi

kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap

perkembanagn dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahai 1, murid diajar

nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta

kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut

dan lainlian lagi. Manakala, pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan

untuk meliputu aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid

digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung dengan

isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang

ketiga dalam KBSR ialah perkembanagn diri individu. Komponen yang terkandung

dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini

bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan

penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara matapelajaran yang terkandung

dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan Muzik,

serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat

terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara

seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi

yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu

kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluansetiap tunjang. Jika kita lihat di

dalam KSSR reka bantuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan

KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan

kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi.

Interaksi yangdimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-

verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid

didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca

dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita lihat di dalam KBSR

hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca

Page 6: PKSR & PBS

dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu

lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul. Hal ini jelas

menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk

meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu

proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang

pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses

pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.

Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan

aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan

yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan

seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan

keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan

kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan

kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara

tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada

ini.Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan

pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan

hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan,

kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan

global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan

konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan

sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini

juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan

perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,budaya dan agama,

agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha

pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri

individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,tunjang

kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu,

kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur

Pendidikan Alam Sekitar.Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus

kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu

yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu

tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya

Page 7: PKSR & PBS

saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan

mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu

dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan

penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam

aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah,

daerah mahupun kebangsaan. Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada

pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan

dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk

menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan

mengamalkannya dalampenglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah.

Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid

memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga,

masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang

mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan

seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid

menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan

jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat

umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan

hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi

penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan

apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan

apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian

terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Sejajar dengan perkembangan

komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi

adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21

menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu,

kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu

menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses

sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan

perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor

dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu

murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab.

Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan

Page 8: PKSR & PBS

menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains

melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai

situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat,globalisasi dan konsep

dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasiTeknologi

Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan

masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau

infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan

seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya

manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

Seterusnya perbezaan kedua yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR

ialah dari aspek pentaksiran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah

memberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi

sesuatu tujuan tertentu. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh

Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses

pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah

pelajar serta untuk membuat keputusan. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan

sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah,

merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran

seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan

diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif

dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian

merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat

murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan

pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk

merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-

satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan

atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang

diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah

Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga

peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan

Page 9: PKSR & PBS

berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca,

menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu,

Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula,

Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti

penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang

ditentukan syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR

terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat

beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan

modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil

peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan

seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah

ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran

yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di

sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan

semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran

KBSR.

Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran

KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR

adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat

mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan

berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang

digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan

perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah

pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah

pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan

kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta

pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab

melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru

membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu

pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan

proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam

melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal

Page 10: PKSR & PBS

mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar

membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan

mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung

pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam

meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif

mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala

perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan

peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan

pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.

Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi

bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini

dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio

perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke

semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta

membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang

hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa

menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau

kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.

Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada

akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan

penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan

mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian

penghargaan.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan

aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat

dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR

mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p,aplikasi kecerdasan

pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK,pengajaran berasaskan kajian masa

depan,pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual,

pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek

peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa

mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu

Page 11: PKSR & PBS

diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300

minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah

1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit).

Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa

dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta

prasarana sekolah.

Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan

yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang

menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan

dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan

dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-

peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa

kini dan abad ke-21.Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan

P&P yang berkesan; dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen

menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum,

ibu bapa serta pihak berkepentingan.

Soalan 3 : Permasalahan dalam pelaksanaan PKSR dan PBS di

sekolah

I. Permasalahan pelaksanaan PKSR di sekolah

Page 12: PKSR & PBS

1. Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses PdP.

Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai

sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah.

2. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk

mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses PdP

yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk

peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran

dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut.

3. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan

insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran

dan mempunyai jati diri – ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

II. Permasalahan pelaksanaan PBS di sekolah

PBS jika dikaji lebih mendalam lagi sebenarnya bagus akan tetapi keberkesanan

kepada perkembangan pelajar mungkin akan terhad. Terdapat beberapa masalah

yang terlibat dalam ‘proses perkembangan/pencapaian pelajar’ dengan adanya

penggunaan sistem PBS  disekolah. .Antaranya adalah :

1. Sistem P&P (pengajaran dan pembelajaran) dalam bilik darjah menjadi agak

terhad.

Bila adanya sistem PBS, guru seolah dikerah untuk menghabiskan satu-satu topik

dengan segera agar ujian PBS dapat dijalankan.Tambahan lagi,guru tidak dapat

menerangkan kesemua subtopik kerana tidak semua subtopik akan diuji dalam ujian

PBS. Sebelum memberikan ujian PBS kepada pelajar, guru terlebih dahulu

menyediakan evidens (soalan-soalan yang akan diuji). Kemudian, guru juga akan

menyemak kertas evidens berkenaan. Selepas itu, aktiviti merekod dan

dokumentasikan pencapaian.

2. Masalah Pelajar

Ketidakhadiran pelajar ke sekolah bukanlah satu masalah yang agak asing lagi.

Bagaimana hendak memberikan ujian PBS jika pelajar tersebut tidak hadir dan

memerlukah guru pelajar hadir untuk membuat ujian. Selepas menyemak ujian PBS

Page 13: PKSR & PBS

berkenaan, guru juga dikehendaki merekodkan pencapaian pelajar ke dalam sistem.

Bagaimana pula jika pelajar berpindah ke sekolah lain? Tidakkah ini akan

menyusahkan para guru sahaja. PBS ini tidak begitu efektif dan praktikal.

3. Buang waktu

Ujian PBS yang dijalankan sudah memakan waktu PdP. Ia agak merugikan untuk

proses PdP yang sewajarnya. Jika dibandingkan dengan peperiksaan awam

(UPSR,PMR,SPM dan STPM), guru akan lebih serius untuk mengajar dan tidak

memikirkan mengenai PBS sahaja. Maka, pelajar juga akan lebih bermotivasi tinggi

untuk belajar. Pihak yang bertanggungjawab dalam merealisasikan sistem PBS ini

harus mengkaji semua, benar atau tidak seorang guru dapat mengukur tahap

pencapaian pelajar melalui ujian PBS semata-mata, sedangkan ramai dari kalangan

guru sendiri masih tidak mampu mengintergerasikan PBS dengan baik. Tambahan

lagi, pelajar tidak akan serius untuk belajar dan akan banyak bermain kerana mereka

tahu subjek yang mereka belajar tidak akan dinilai dalam peperiksaan yang besar.