pkp3106 pentaksiran.ppt

Upload: surrey-gan

Post on 01-Mar-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Mentaksir Bahasa LisanDisediakan Oleh:Gan Mey Wen 830723-04-5038Pemulihan Khas RendahAmbilan Februari 2012

  • PengenalanPentaksiran secara lisan merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mentaksir kebolehan pelajar mengingat dan memahami konsep kemahiran lisan bahasa.Lisan merupakan salah satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas pengajaran dan pembelajaran bahasa.

  • Pengenalan Terdapat dua aspek kemahiran asas dalam lisan iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Mendengar BertuturKemahiran Lisan

  • Aspek-aspek Yang Boleh Dinilai Secara LisanKefahaman konsep Pengetahuan fakta Pemikiran Peringkat tinggiKecekapan mendengarPenggunaan bahasa yang tepatGaya persembahanKelancaran bahasaPertuturan dan sikap

  • Fungsi Mentaksir Kemahiran Bahasa LisanMengesan pencapaian dan kemajuan murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur.Mendapat maklum balas serta merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. Mengesan kelancaran murid dalam sebutan.Melihat secara teruspertuturan dan sikap murid.

  • Cara Pentaksiran Bahasa Lisan

  • Penilaian Orang LainPenilaian orang lain bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terhadap masalah bahasa lisan yang dialami oleh murid yang berkenaan. Guru boleh melakukan perbincangan atau temubual dengan ibubapa,guru kelas,guru Bahasa Melayu,rakan sebaya atau sesiapa yang rapat dengan baik bagi menilai dan mengumpul maklumat berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid.

    *

  • Penilaian Orang LainAktiviti penilaian ini boleh dijalankan secara langsung atau tidak langsung di dalam kelas melalui perbualan,dialog atau soal jawab dengan murid tentang pelajaran yang telah dipelajari dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.

  • PemerhatianDalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul maklumat atau data dan merekodnya dengan tepat. Terdapat beberapa kaedah pemerhatian yang boleh dilakukan dan ia boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung misalnya perbualan,aktiviti bercakap,bersoal jawab,aktiviti menyanyi,perbincangan dalam kumpulan dan sebagainya.

  • PemerhatianPerbualan Secara Langsung Contohnya, untuk memastikan murid memahami konsep perkataan suku kata terbuka dan tertutup,guru boleh memberikan soalan tugasan secara lisan sebagai latihan iaitu murid berbincang dalam kumpulan kecil.

  • PemerhatianAktiviti Nyanyian Aktiviti ini dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

  • 1.Guru menentukan objektif pentaksiran dibuat. Contohnya Murid boleh bercerita tentang keluarga sendiri menggunakan tatabahasa, struktur ayat dan sebutan yang betul dengan lancar2.Guru memilih kaedah mentaksir iaitu melalui Kaedah pemerhatian.3.Menyediakan instrumen pentaksiran misalnya borang senarai semak. .4.Guru menentukan pendekatan yang sesuai. Contoh murid bercerita tentang keluarga dengan rakan dalam kumpulan.5. Guru melaksanakan pentaksiran semasa sesi P&P.6.Menganalisis skor atau prestasi murid dalam borang yang telah disediakan7.Membuat tindakan susulan.

    Contoh Langkah-Langkah Mentaksir Kemahiran Lisan Menggunakan Kaedah Pemerhatian

  • Sampel BahasaMerujuk kepada sebutan atau pertuturan kanak-kanak semasa berinteraksi dan berkomunikasi secara formal dan tidak formal.Dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Misalnya guru menyediakan beberapa set soalan bagi memahami perkembangan bahasa murid.

  • Sampel BahasaContoh ujian yang sesuai dijalankan adalah ujian kriteria di mana aspek yang dinilai adalah ucapan dan bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif, mimik muka atau gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatan audiotari.

  • Pengujian Tidak FormalDijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Dijalankan sama ada secara individu atau berkumpulan. Misalnya guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan untuk masalah lisan di dalam kelas melalui aktiviti latih tubi.

  • Pengujian Tidak FormalMenurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000),menyatakan bahawa kaedah tubi amat berkesan untuk mengajar sebutan,intonasi dan struktur ayat.Menurut Kamarudin Hj.Husin(1988),menyatakan latih tubi adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta atau sesuatu kecekapan yang diajar.

  • Pengujian Tidak Formal Aktiviti Latih Tubi Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Contohnya daki dengan laki, tari dengan lari, dan malu dengan balu.

  • Pengujian Tidak FormalGuru juga boleh menjalankan aktiviti bercerita di dalam kelas supaya dapat menguji tahap kemahiran bahasa lisan murid.Misalnya guru meminta murid menerangkan cerita berdasarkan gambar.

  • Rumusan Hasil PentaksiranRumusan perlu dibuat ke atas pentaksiran yang dilaksanakan dalam kemahiran lisan sama ada dalam aspek mendengar dan bertutur. Ini membolehkan guru mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dengan lebih teliti.

  • Pengenalpasti matlamat pengajaranRumusan hasil pentaksiran yang dihasilkan akan menentukan bentuk perancangan pengajaran yang akan dirancangkan oleh guru dengan lengkap dan bersistematik.

  • Perancangan IntervensiSetelah mengenai pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran lisan, maka guru perlu menjalankan program intervensi untuk membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran tersebut.Misalnya, penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan pertuturan.

  • *