pkkp - laporan aktiviti

5
PROGRAM KE ARAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2011 PENDAHULUAN Pasukan Kadet Polis mempunyai tujuan memberi latihan kepimpinan ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan nilai persaudaraan tanpa mengira warna kulit , agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi , rohani dan jasmani dengan memperkukuhkan disiplin dan akhlak diri , membentuk sifat sopan santun, berbudi bahasa serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri , keluarga dan masyarakat untuk menuju ke arah matlamat persatuan supaya menjadi warga yang berguna kepada agama , bangsa dan negara. RASIONAL Pasukan Kor Kadet Polis (PKKP) merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi anggota- anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970an. Penubuhan PKKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM : Mesra, Cepat dan Betul. Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak MATLAMAT Untuk melahirkan lebih ramai ahli-ahli Kadet Polis yang penuh dengan nilai – nilai murni , berdisiplin , berbudi bahasa serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri , keluarga dan masyarakat agar menjadi warga yang berguna kepada agama , bangsa dan negara menjelang 2012

Upload: muhamad-faiz

Post on 02-Jan-2016

156 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan aktiviti tahunan

TRANSCRIPT

Page 1: PKKP - laporan aktiviti

PROGRAM KE ARAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2011

PENDAHULUAN

Pasukan Kadet Polis mempunyai tujuan memberi latihan kepimpinan ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan nilai persaudaraan tanpa mengira warna kulit , agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi , rohani dan jasmani dengan memperkukuhkan disiplin dan akhlak diri , membentuk sifat sopan santun, berbudi bahasa serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri , keluarga dan masyarakat untuk menuju ke arah matlamat persatuan supaya menjadi warga yang berguna kepada agama , bangsa dan negara.

RASIONAL

Pasukan Kor Kadet Polis (PKKP) merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang termaktub dalam Akta Polis 1967. sokongan kerajaan untuk menubuhkan PKKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970an. Penubuhan PKKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras dengan aspirasi PDRM : Mesra, Cepat dan Betul. Pelajar-pelajar didedahkan dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak

MATLAMAT

Untuk melahirkan lebih ramai ahli-ahli Kadet Polis yang penuh dengan nilai – nilai murni , berdisiplin , berbudi bahasa serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri , keluarga dan masyarakat agar menjadi warga yang berguna kepada agama , bangsa dan negara menjelang 2012

OBJEKTIF

Pasukan Kadet Polis mempunyai objektif untuk menggalakkan dan mengembangkan pelajar yang baik dalam kalangan orang muda dengan membentuk mereka melalui :

1. melatih mereka bersifat mengenal , patuh dan berdikari

2. menanam sifat setia dan bertimbang rasa kepada orang lain

Page 2: PKKP - laporan aktiviti

3. mengajar pelajar perkhidmatan-perkhidmatan berguna kepada diri sendiri dan masyarakat

4. menggalakkan perkembangan rohani dan jasmani

5. melatih pelajar dengan teknik mencegah jenayah

supaya mempunyai kelayakan pengetahuan dan kemahiran agar tajam pemerhatian , berdikari , berbudi pekerti yang baik , boleh diharap dan bekerjasama serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan .

METADOLOGI

1. Latihan fizikal – kecergasan dan daya ketahanan

2. Latihan kemahiran berkaitan asas kawad kaki.

3. mengetahui teknik dan peraturan perkhemahan kadet polis.

4. membentuk pasukan kadet polis pelapis sekolah

PROGRAM UNIT BERUNIFORM : KOR KADET POLIS 2011 (SESI PETANG)

Guru Penasihat : 1. Encik Mohd Sakhaf bin Saad

2. Pn Norazian bt . Razali

BIL. TARIKH PROGRAM OBJEKTIF SASARAN

1 Jan Perlantikan AGM Memilih AJk yang baharu untuk menerajui Kor Kadet Polis sesi 2011

Semua kadet

2 Feb Perkhemahan Kadet Polis

Melahirkan insane yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara dalam hal-hal keselamatan.

Kadet terpilih

3 Mac Latihan Cegah Jenayah

1.Mendedahkan pelajar tentang peri mustahaknya mencegah jenayah2.melatih pelajar dengan teknik mencegah jenayah

Semua kadet

4 Jan-Ogos Latihan kawat  kaki melatih  mereka bersifat  mengenal , patuh  dan  berdikari Semua kadet

5 Perasmian ahli baru Melatih saling mengenali antara ahli baharu dan ahli lama Ahli baharu6 April Kem Kepimpinan mengajar  pelajar perkhidmatan-perkhidmatan berguna  kep

ada  diri sendiri  dan masyarakatajk

7 Mei Pameran Anti Jenayah / Anti Dadah

Mendedahkan kepada pelajar tentang keburukan dadah dan jenayah

Semua pelajar

Page 3: PKKP - laporan aktiviti

8 Feb Perbarisan Hari Sukan Sekolah

Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.

Kadet perbarisan

9 Mac Pertandingan Kawad Kaki

Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

Kadet terpilih

10 Ogos Lawatan Memberi pendedahan kepada pelajar tentang tempat bersejarah di Malaysia

terbuka

11 Nov Jamuan Akhir Tahun

Meraikan pelajar yang aktif dalam kor kadet polis Semua kadet

SUMBER KEWANGAN

1. Yuran keahlian pelajar sebanyak RM 4.00 setahun

2. Dianggarkan kos perbelanjaan sebanyak RM 500.00 untuk tahun 2011

PELUNJURAN

1. Menyertai Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah Klang pada tahun 2011. Diharapkan pada tahun 2011 pasukan kawad akan memperolehi kemenangan dalam peringkat daerah.

2. Menyertai Kegiatan Aktiviti Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis peringkat Daerah Klang.

KEKANGAN

1. Ramai pelajar tidak membayar yuran tahunan

2. Kehadiran mingguan yang kurang memuaskan

3. Tidak mempunyai uniform kadet polis yang lengkap

4. Ahli kadet yang mengikuti kelas tuisyen pada masa perjumpaan.

PENUTUP

Page 4: PKKP - laporan aktiviti

Kor Kadet Polis merupakan acara yang diminati oleh ramai pelajar. Pasukan Kor Kadet Polis juga mempunyai bakat dan kebolehan yang tinggi dan jika digarap dengan baik akan membuahkan hasil yang memuaskan. Beberapa pelajar pernah mewakili daerah dan negeri dalam beberapa acara aktiviti perkhemahan dan perbarisan hari kor kadet polis. Motivasi dan dorongan yang diberikan akan membentuk pasukan kor kadet polis sekolah yang mantap dan boleh diharapkan.Dengan kerjasama semua pihak, pasukan kor kadet polis sekolah akan mencapai kejayaan yang memberangsangkan pada tahun ini dan masa-masa akan datang. Semangat di kalangan ahli kor kadet polis yang tinggi akan menjadi batu asas untuk ahli kor kadet polis mencipta kejayaan pada tahun 2011.