pkbs combine.docx

17
1 PENILAIAN KEMAJUAN BERASASKAN SEKOLAH (PKBS) 1.0 PENGENALAN PKBS ialah satu sistem penilaian untuk mengukur kebolehan dan prestasi pelajar di sekolah. Alat ujianyang digunakan ialahalat-alat yang dibinadan direkabentuk oleh guru besar KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Penilaian tersebut ialah penilaian yang berkait dengan strategi pengajaran pembelajaran (P&P). Penilaian tersebut menunjukkan reaksi pelajar yang membawa kepada pencapaian untuk mencapai maklamat yang disasarkan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Pelaksanaan PKBS bertujuan untuk mempertingkat mutu penilaian dengan menggunakan ujianyang dibina dan dikawalmutunya supaya proses pengukuran pembelajaran menjadi lebih bermakna dan bermanfaat. PKBS ini juga memainkan peranannya untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan merekabentuk jenis ujian yang lebih bermutu Senarionya dalam ujian ini, alat-alat dan bahan ujian dibina oleh sekumpulan guru sesuatu daerah dengan bimbingan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam erti lain, penilaian ini adalah berasaskan sekolah (PKBS) dan diselaraskan secara berpusat. Sekaligus pencapaian yang disasarkan aka menjurus kepada matlamat dan objektifnya. Proses pemusatannya mengikut daerah serta mengambil kira kesesuaian atau keserasian keperluan pelajar di samping aras pemikiran pelajar. Penekanan terhadap perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor dapat diimplementasikan secara terancang.

Upload: bridget-cheng

Post on 09-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN
PKBS ialah satu sistem penilaian untuk mengukur kebolehan dan prestasi
pelajar di sekolah. Alat ujian yang digunakan ialah alat-alat yang dibina dan
direkabentuk oleh guru besar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Penilaian tersebut ialah penilaian yang berkait dengan strategi pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Penilaian tersebut menunjukkan reaksi pelajar yang membawa
kepada pencapaian untuk mencapai maklamat yang disasarkan dalam Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR). Pelaksanaan PKBS bertujuan untuk mempertingkat
mutu penilaian dengan menggunakan ujian yang dibina dan dikawal mutunya
supaya proses pengukuran pembelajaran menjadi lebih bermakna dan bermanfaat.
PKBS ini juga memainkan peranannya untuk meningkatkan keupayaan
guru dalam usaha membina dan merekabentuk jenis ujian yang lebih bermutu.
Senarionya dalam ujian ini, alat-alat dan bahan ujian dibina oleh sekumpulan guru di
sesuatu daerah dengan bimbingan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah. Dalam erti lain, penilaian ini adalah berasaskan sekolah (PKBS)
dan diselaraskan secara berpusat. Sekaligus pencapaian yang disasarkan akan
menjurus kepada matlamat dan objektifnya.
Proses pemusatannya mengikut daerah serta mengambil kira kesesuaian
atau keserasian keperluan pelajar di samping aras pemikiran pelajar. Penekanan
terhadap perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor dapat
diimplementasikan secara terancang.
Penilaian yang dilaksanakan adalah secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sesuatu
hasil pembelajaran yang telah dikuasai. Guru akan dapat mengetahui kelemahan dan
kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya.
kurikulum.
penilaian ini digunakan secara terus menerus.
  bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan
masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
  maklumat yang diperoleh hendaklah digunakan serta merta dalam
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar pelajar dan guru
sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.
  Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik
darjah yang tidak ditentukan gred.
2.1.2 Prosedur Penilaian Formatif
a) Menentukan topik pembelajaran .
kesukaran.
sub-topik tertentu.
sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada
topik-topik seterusnya.
  Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif
untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.
b) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topic pembelajaran.  
  Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol,
membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan.
  Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap
penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik
berkenaan.
  Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar
telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan
bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.
c) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik .
  Guru perlu menyusun elemen yang terdapat dalam topik-topik
pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan
taksonomi pendidikan.
seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam
satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.
d) Membentuk soalan ujian. 
  Setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-
kurangnya satu soalan.
samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.
 
diperolehi.
sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru
ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai
pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik
tersebut.
penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan
memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.
d) menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran
dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik
pada akhir penggal atau semester persekolahan.
e) memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi
satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat
meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
f) guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan.
Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid
sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian
formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi
oleh murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil.
Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal
pencapaian pada akhir penggal persekolahan.
g) mengubah suai pengajaran seseorang guru.
h) guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam
penyampaian.
 
 j) menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang
dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada
topik-topik pembelajaran.
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian
ini dapat memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang murid dengan
murid yang lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
2.2.1 Ciri-Ciri Penilaian Sumatif
topik pembelajaran.
persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu
kurikulum secara keseluruhan.
  Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang
lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian,
kandungan dan sebagainya. Tindakan ini adalah bagi memastikan
kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan
yang diperoleh. 
ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah
ditetapkan.  
mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item
mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun
mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya
menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.  
  Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian.
Tindakan ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian
markah murid-murid. 
lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.  
  Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel
pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah
dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang
wujud pada item berkenaan.
  Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras
kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan
kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang
disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.  
2.2.3 Tujuan Penilaian Sumatif
ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.
c) mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Tindakan
ini dilakukan berdasarkan skor yang diperoleh oleh pelajar dalam
penilaian yang dijalankan.
d) dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
e) memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut
kumpulan.
Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari
segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan
tindakan. Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.
Jenis Ciri  Penilaian Formatif   Penilaian Sumatif  
Pengertian
formal untuk mengesan tahap
Aktiviti
individu, kumpulan atau
formal (ujian bulan) melibatkan
yang singkat.
 jangka masa yang ditetapkan
dan penggunaan senarai
a) Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperolehi daripada PKBS.
b) Untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan pembelajaran pelajar supaya
tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka
mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti.
c) Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui
tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PKBS.
d) Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan manusia
melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia menerima
teguran, bimbingan dan ajaran guru.
e) Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian yang dibina
dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran
pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan bermakna.
f) Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina
 jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkatkan prestasi
mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
 
TUJUAN PENILAIAN
Merangsang pelajar
Tingkatkan mutu
5.0 CIRI-CIRI PENILAIAN KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH (PKBS)
a) PKBS lebih menekankan penilaian secara tak formal daripada secara formal.
Keadaan ini bermakna guru menjalankan aktiviti penilaian dengan menggunakan alat
pengukuran yang sesuai seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan ujian kertas-
pensel bagi mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar di dalam bilik darjah.
b) PKBS lebih menekankan penilaian formatif daripada penilaian sumatif.   Tindakan ini
bermakna maklumat yang diperolehi daripada PKBS adalah digunakan untuk membantu
perkembangan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan PSV.
c) PKBS lebih menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau
pensijilan. Tindakan susulan ini akan membantu pelajar membaiki pembelajaran
seterusnya.
d) PKBS lebih menekankan penilaian secara berterusan daripada penilaian bulanan,
penggal atau akhir tahun. PKBS dijalankan dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Penilaian secara berterusan membolehkan guru mengubah
strategi dan teknik pengajarannya mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari
semasa ke semasa.
e) PKBS lebih menekankan penilaian secara menyeluruh daripada penilaian aspek
kognitif sahaja. Keadaan ini bermakna segala potensi pelajar seperti intelek, rohani,
 jasmani, sosial dan emosi juga dinilai di bawah PKBS.
f) PKBS lebih menekankan penilaian dalaman daripada penilaian luar. Tindakan ini
bermakna PKBS dijalankan oleh guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan
diuruskan secara berpusat.
- Hasil pembelajaran dikesan dengan serta merta dalam pengajaran harian di
dalam kelas. 
dilakukan. 
c) Mengesan pencapaian
7.0 KAEDAH PEMERHATIAN / PENGAMATAN
Dalam bidang seperti Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu menyelami perkara-
perkara yang berkait dengan bidang itu untuk mengetahui ciri-ciri dan bidang itu.
Sebagai contoh dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu memahami dan
mempelajari bidang penghasilan seni yang meliputi Asas Seni Reka, Seni Halus,
Komunikasi Visual, Reka bentuk dan Kraf Tradisional, manakala bidang sejarah dan
apresiasi seni pula meliputi perkembangan Seni Visual di Malaysia, alat permaianan,
seni bina dan sebagai. (Sukatan Pelajaran P.Seni: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Pelajar perlu memerhati setiap elemen dalam kandungan dan perkembangan
seni supaya dapat menjadi pelajar yang kreatif dan kritis. Melalui pemerhatian dan
pengamatan pelajar akan mempelajari dan kemudian menyatakannya dalam bentuk
ekspresi atau penyataan diri tentang apa yang dilihat dan diamati. Pengamatan adalah
asas kepada pembentukan sesuatu hasil atau ciptaan karya. Apabila pelajar mengamati
sesuatu, dia akan menerapkannya di dalam pemikirannya. Penggabungannya dengan
pengetahuan dan didorong oleh motivasi tertentu menyebabkan pelajar bersedia untuk
mengemukakan sesuatu gubahan idea atau hasil karya.
Pengamatan adalah satu proses yang kompleks. Ini dapat dilihat daripada hasil
karya yang dikemukakan kelak.Hasil karya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
berkait dengan kemahiran mekanis. Jika pelajar disoal, mungkin ia akan memberi
 
Sebagai contoh yang lain, seorang pelukis mengamati sebuah rumah, hasil
pengamatannya tidak lagi serupa dengan rumah asalnya. Di dalam instrumen
pemerhatian atau pengamatan ini, kemahiran yang berkait rapat melalui deria patut
diberi penekanan, ini termasuklah sensitif terhadap pergerakan, pendengaran,
penglihatan, penyentuhan dan sebagai.
Hasil karya pelajar akan dinilai guru dengan mengambil kira aspek-aspek
tertentu seperti ketelitian, kehalusan karya, bahkan hasil dari pemerhatian dan
pengamatan tersebut, guru akan membuat penilaian untuk mengesan perkara yang
telah dipelajari oleh murid hasil dari pengajarannya.Guru juga memerlukan maklum
balas mengenai keberkesanan kaedah mengajar yang telah digunakan.
Kesimpulannya, penilaian mengikut kaedah pemerhatian atau pengamatan boleh
dirumuskan seperti di bawah:
kemahiran bersosial, kemahiran belajar dan kemahiran reka cipta.
  Pemerhatian proses dan hasil kerja pelajar bagi menilai sikap dan penguasaan
kemahiran mereka.
mengenai keputusan penilaian.
kadar.
SAHSIAH
  Menghuraikan pendapat
Kemahiran belajar
  Bantu-membantu
  Berdikari
  Bertanggungjawab
9.0 Bagaimanakah pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berhubungkait?
Mengajar tanpa menilai adalah langkah yang tidak bijak. Menurut Gronlund (1981)
penilaian dapat menentukan sejauh mana pengajaran dan pembelajaran dapat
mencapai objektifnya. Aktiviti penilaian tidak semestinya dilakukan di peringkat akhir,
sebaliknya ia boleh juga dilaksanakan pada setiap peringkat atau dengan kata lain
dalam proses yang berterusan (Wheeler, 1967). Dalam KSSR, sebagai contohnya
dalam pengajaran Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hubungkait
antara pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran dapat ditunjukkan di rajah bawah.
MATLAMAT
/ OBJEKTIF
PENGAJARAN
(GURU)
PENTAKSIRAN
11.0 BIBLIOGRAFI
Hanisah. (2009, May 16). Penilaian Formatif . Retrieved Ogos 1, 2014, from blogspot:
http://mohdrosly78.blogspot.com/2011/11/perbezaan-antara-penilaian-formatif-
dan.html
Mohamad, M. R. (2011, NOV 9). Perjuangan Pendidikan. Retrieved OGOS 3, 2014,
from Blogspot: http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/penilaian-
formatif-dan-sumatif.html
Hanisah. (2009, May 16). Penilaian Formatif . Retrieved Ogos 1, 2014, from blogspot:
http://mohdrosly78.blogspot.com/2011/11/perbezaan-antara-penilaian-formatif-
dan.html
Mohamad, M. R. (2011, NOV 9). Perjuangan Pendidikan. Retrieved OGOS 3, 2014,
from Blogspot: http://perjuanganpendidikan.blogspot.com/2009/05/penilaian-
formatif-dan-sumatif.html
Linn, R. L. & Gronlund, N. E. (1981). Measurement and assessment in teaching (7 ed.).
New Jersey: Prentice Hall.
dan Pustaka.
Ed). Boston: Allyn & Bacon.
Bhasah Abu Bakar (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan . Kuala
Lumpur: Pustaka Salam.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1994) Pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.