pk 11 perolehan dan pembelian

5
PK11 Pengurusan Perolehan / Pembelian Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00 Muka Surat | 1 SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI KE ARAH MS ISO 9001:2008 PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR SEKTOR JAMINAN KUALITI JABATAN PELAJARAN JOHOR PK 11 PENGURUSAN PEROLEHAN / PEMBELIAN

Upload: usna85

Post on 05-Sep-2015

373 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

panitia

TRANSCRIPT

  • PK11 Pengurusan Perolehan / Pembelian

    Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

    Muka Surat | 1

    SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI KE ARAH MS ISO 9001:2008

    PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

    SEKTOR JAMINAN KUALITI JABATAN PELAJARAN JOHOR

    PK 11

    PENGURUSAN PEROLEHAN / PEMBELIAN

  • PK11 Pengurusan Perolehan / Pembelian

    Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

    Muka Surat | 2

    1. OBJEKTIF

    Prosedur ini bertujuan untuk memastikan perolehan dibuat secara cekap, berkesan dengan mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah tanpa teguran audit untuk pembelajaran dan pengajaran.

    2. SKOP

    Prosedur ini digunapakai oleh sekolah-sekolah negeri Johor dalam menguruskan perolehan melalui :

    2.1 Perolehan 2.2 Pembelian Terus 2.3 Sebut Harga

    3. RUJUKAN

    3.1 Manual Kualiti 3.2 Arahan Perbendaharaan 3.3 Pekeliling Perbendaharaan 3.4 Surat Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa 3.5 Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.

    4. DEFINISI

    Sila rujuk Definisi Singkatan Perkataan (Manual SPSK)

    4.1 Perolehan : Suatu kaedah bagi mendapatkan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang diperlukan dari kontrak pusat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah.

    4.2 Pembelian Terus : Kaedah perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja mengikut penilaian tidak melebihi RM 10,000.00 bagi satu item setahun. Bagi bekalan yang melebihi RM10,000.00 hingga RM50,000.00 setiap jenis item, pembelian adalah dari syarikat bumiputera tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

    4.3 Sebut Harga : Kaedah perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang melebihi RM50,000.00 hingga RM100,000.00 dengan mendapat senarai harga sekurang-kurangnya dari 5 buah syarikat.

    4.4 Kontrak Pusat : Kaedah perolehan bekalan berasaskan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan yang berkuatkuasa dan tiada had nilai perolehan.

    4.5 Bekalan : Barangan/peralatan yang diperlukan bagi menjalankan sesuatu aktiviti.

    4.6 Kerja : Pembinaan/pembaikan melibatkan kerja kejuruteraan awam, elektrikal dan mekanikal.

    4.7 Perkhidmatan : Adalah tenaga manusia, kepakaran dan kemahiran yang diperoleh dalam melaksanakan sesuatu kerja.

  • PK11 Pengurusan Perolehan / Pembelian

    Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

    Muka Surat | 3

    5. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

    TANGGUNGJAWAB TINDAKAN RUJUKAN

    P/GB

    KPT/PT

    P/GB/KP/KPT/PT

    P/GB

    KPT/PT

    P/GB/KPT/PT

    A. Pembelian Terus

    5.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah bagi membuat perancangan pembelian dan penetapan dasar-dasar pembelian.

    5.2 Membuat pembelian berdasarkan : a) Keperluan. b) Kedudukan kewangan mencukupi

    dengan jumlah tanggungan diambilkira.

    c) Pembekal/Syarikat yang mendaftar sahaja.

    d) Kedudukan stok, kuantiti berdasarkan: - Baki stok - Penggunaan bulanan - Kekerapan keperluan - Tarikh barangan dapat dibekalkan

    5.3 Mengisi nota minta

    5.4 Memilih pembekal/syarikat yang telah mendaftar dalam senarai pembekal yang memenuhi kriteria dan diluluskan oleh sekolah.

    5.5 Menggunakan Pesanan Sekolah bagi pembelian yang melebihi RM100.00. Pembelian yang kurang daripada RM100.00 boleh dibuat melalui Panjar Wang Runcit.

    5.6 Memohon kebenaran daripada Ketua Pusat Tanggungjawab bagi pembelian: a) Satu jenis item yang melebihi RM10,000.00 setahun. b) Peralatan Komputer (kecuali PCG) c) Penggunaan Peruntukan Sewa

    Kantin/Pelbagai selain yang dibenarkan.

    d) Pembelian harta modal menggunakan peruntukan PCG

    Minit Mesyuarat SPK Bil 8/2010 PK 11/1: Anggaran Belanja Mengurus

    Buku tunai

    Buku Stok/ Kew PS4

    PK 11/2: Nota Minta Surat : KP1602/900/A-1/SJ6 Jilid 2 (33)

    PK 11/3: Borang Pendaftaran Pembekal / Syarikat

    Borang Pesanan

    Surat Kebenaran

    JP/ICT/JPN

    Invois SPK Bil 8/2010

  • PK11 Pengurusan Perolehan / Pembelian

    Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

    Muka Surat | 4

    KPT/PT

    KPT/PT

    KPT/PT

    5.7 Memastikan perkara-perkara berikut apabila menerima barang-barang : a) Sesalinan asal Pesanan Sekolah

    yang telah ditandatangan oleh pembekal.

    b) Bil/invois asal disertakan c) Semak barang-barang dengan nota

    serahan dan bandingkan dengan borang Pesanan Sekolah asal.

    d) Perakuan penerima di dalam Pesanan Sekolah disahkan (tandatangan dan cap)

    e) Mengisi Borang Penilaian Prestasi Pembekal/Syarikat sebaik sahaja menerima perkhidmatan

    5.8 Merekod stok/inventori.

    5.9 Rekod urusan pembelian.

    Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah

    PK 11/4: Borang Penilaian Prestasi Pembekal

    Kew PA 2, Kew PA 3, Kew PA 4, Kew PA 5

    Buku daftar bil.

    KPT/PT

    B. Penerimaan Bekalan Barang-barang

    5.10 Menerima dan menyemak semua perolehan yang dibekalkan menepati spesifikasi. Seterusnya P/GB mengesahkan perolehan yang diterima.

    5.11 Merekod stok/inventori.

    5.12 Membuat analisis penilaian prestasi pembekal/syarikat sekali setahun. Pembekal/Syarikat yang berprestasi lemah dikeluarkan daripada senarai pembekal yang diluluskan.

    5.13 Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi, ambil tindakan pembetulan merujuk kepada PK 15: Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur.

    SAP

    Kew PA 2, Kew PA 3, Kew PA 4, Kew PA 5

    PK 11/5: Analisis Prestasi Pembekal

    PK 15

  • PK11 Pengurusan Perolehan / Pembelian

    Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

    Muka Surat | 5

    6. REKOD KUALITI

    BIL JENIS REKOD TEMPOH LOKASI

    1 Invois 7 tahun Pejabat Sekolah 2 Baucer 7 tahun Pejabat Sekolah 3 Borang Pesanan 7 tahun Pejabat Sekolah 4 Kad Inventori 7 tahun Pejabat Sekolah 5 Daftar Inventori 7 tahun Pejabat Sekolah 6 Borang Penilaian Prestasi Pembekal 3 tahun Pejabat Sekolah 7 Analisis Penilaian Prestasi Pembekal 3 tahun Pejabat Sekolah