pjasmani - kbsm

Upload: sekolah-portal

Post on 31-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 PJasmani - KBSM

    1/9

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    SUKATAN PELAJARAN

    RENDAH DAN MENENGAH

    PENDIDIKAN JASMANI

    1999

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KUALA LUMPUR

    1999

  • 8/14/2019 PJasmani - KBSM

    2/9

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    SUKATAN PELAJARAN

    RENDAH DAN MENENGAH

    PENDIDIKAN JASMANI

    1999

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KUALA LUMPUR

    1999

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

  • 8/14/2019 PJasmani - KBSM

    3/9

    Diusahakan olehPusat Perkembangan Kurikulum

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Cetakan Pertama 1999 Kementerian Pendidikan Malaysia 1999

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana

    bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dandengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripadaPengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta , 50604 KualaLumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atauhonorarium.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Malaysia. Pusat Perkembangan KurikulumPendidikan jasmani : sukatan pelajaran rendah dan menengah /Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian PendidikanMalaysia

    ISBN 983-9229-80-X1. Physical education and training-Malaysia-Outlines, syllabi,etc. 2. Physical education and training-Malaysia-Study andteaching (Primary). 3. Physical education and training-Studyand teaching ( Secondary). I. Judul372.860202

    Dicetak olehNohaz Cetak Sdn. Bhd.

    Lot. 82, Kawasan Perindustrian Kecil Sg. Bakau,48000 Rawang,

    Selangor Darul Ehsan

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

  • 8/14/2019 PJasmani - KBSM

    4/9

    KATA PENGANTAR

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan KurikulumBersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mendukung cita-cita murnidan unggul Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggubalankurikulum berhasrat untuk melahirkan murid yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

    Pendidikan Jasmani membantu murid menjadi cergas, aktif danberpengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai dan amalankecergasan.

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani memberi panduan tentangskop dan kandungan mata pelajaran ini bagi membantu gurumerancang pengajaran dan pembelajaran.

    Dalam usaha menyempurnakan sukatan pelajaran ini, banyakpihak telah terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab danuniversiti serta pegawai Kementerian Pendidikan dan Kementerian

    Kesihatan. Kepada semua pihak yang telah memberi sumbangansehingga bahan ini terhasil, Kementerian Pendidikan merakamkansetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

    iii

  • 8/14/2019 PJasmani - KBSM

    5/9

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

    berterusan ke arah lebih memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalahbertujuan untuk melahirkan warganegaraMalaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberikan sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

    iv

  • 8/14/2019 PJasmani - KBSM

    6/9

    PENGENALANKurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluanpertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentukmasyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum inidibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapaimatlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

    Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahirandan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan

    gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikandengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuksahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup.

    Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaranyang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaranbagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.

    MATLAMATPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadicergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalankecergasan.

    OBJEKTIFMurid boleh :

    1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasanberasaskan kesihatan dan perlakuan motor;

    2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainanmengikut kemampuan diri;

    3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan

    semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal;5. membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

    1

  • 8/14/2019 PJasmani - KBSM

    7/9

    ORGANISASI KANDUNGANKandungan mata pelajaran ini menekankan kepada kecergasansesuai dengan ciri dan keperluan murid. Pendekatan yangdicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melaluiaktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan,kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan melakukanaktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiapmurid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid

    perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkanproses mental, membentuk perhubungan yang sihat danmelakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina danselamat.

    Pengalaman Pendidikan Jasmani merangkumi tiga aspek penting,iaitu :

    i. Penglibatan murid secara aktif dan selamat.

    ii. Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan.

    iii. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti

    bahawa pembelajaran telah berlaku.

    KEMAHIRAN BERFIKIRMurid perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatifdan inovatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada muridmengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dankemahiran praktikal. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam matapelajaran ini termasuk membuat kategori, menerangkan sebab,mengusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metaforadan mencipta definisi. Mata pelajaran ini juga mendidik muridmembuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

    2

  • 8/14/2019 PJasmani - KBSM

    8/9

    NILAI-NILAI MURNINilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran PendidikanJasmani adalah selaras dengan kehendak matlamat matapelajaran ini. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkanialah semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangatberpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan danpenyertaan.

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMata pelajaran ini menggalakkan teknik dan gaya pembelajaransecara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuanpeningkatan pelbagai kecerdasan murid. Dalam setiap kegiatanpembelajaran, pemupukan nilai serta pemahaman unsurpergerakan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas jasmani. Amalan rutin kecergasan dilakukan dalam suasana riang danmeyakinkan.

    PENILAIANPenilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan,

    kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakansebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yangdijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran inidirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah.Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian bolehdibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaiandigunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkanpembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporanperlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balaskepada murid, ibu bapa dan guru lain.

    KANDUNGAN SUKATAN PELAJARANSukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran,iaitu:

    Kecergasan.

    Kemahiran.

    Kesukanan.

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

    3

  • 8/14/2019 PJasmani - KBSM

    9/9

    Tunjang pembelajaran tidak perlu diajar mengikut urutan. Tajuk-tajuk setiap tunjang pembelajaran adalah seperti berikut:

    1. Kecergasan(a) Kecergasan berasaskan kesihatan

    i. Daya tahan kardiovaskularii. Daya tahan ototiii. Kekuataniv. Kelenturanv. Komposisi badan

    (b) Kecergasan berasaskan perlakuani. Koordinasiii. Imbanganiii. Ketangkasaniv. Kuasav. Masa tindakbalasvi. Kepantasan

    (c) Konsep, definisi, prinsip dan kaedah latihan

    2. Kemahiran(a) Pergerakan asas(b) Permainan(c) Olahraga(d) Gimnastik(e) Pergerakan kreatif(f) Rekreasi(g) Kesenggangan

    3. Kesukanan

    (a) Keselamatan(b) Pengurusan(c) Kerjaya(d) Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan

    (e) Etika

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

    4