pintu

13
PINTU Dalam pembinaan rumah tradisional terdapat beberapa jenis pintu yang digunakan untuk penghuninya keluar dan masuk dari rumah tersebut.Komponen rumah ini juga telah diciptakan kursus kata perbilangan untuk mengggambarkan ciri-ciri,kepentingan,dan falsafah yang terkandung di dalamnya. i- Kata Perbilangan Tentang Pintu Malim Tempat malu di pintu malim Tempat ketawa pintu belakang Tempat beradat pintu tengah Pantang hidup celaka diri Terledang-ledang di muka orang Hidung tak mancung Pipi tersorong-sorong ii- Kata Perbilangan Tentang Lambang-lambang Pada Pintu Berkuak pintu rumah Tempat masuk orang beradat Jalan menengok ibu kaki Suara hilang-hilang timbul Langkah tidak mendecing gelang

Upload: mesut-ozil

Post on 29-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

haji mansur

TRANSCRIPT

Page 1: PINTU

PINTU

Dalam pembinaan rumah tradisional terdapat beberapa jenis pintu yang digunakan untuk

penghuninya keluar dan masuk dari rumah tersebut.Komponen rumah ini juga telah diciptakan

kursus kata perbilangan untuk mengggambarkan ciri-ciri,kepentingan,dan falsafah yang

terkandung di dalamnya.

i- Kata Perbilangan Tentang Pintu Malim

Tempat malu di pintu malim

Tempat ketawa pintu belakang

Tempat beradat pintu tengah

Pantang hidup celaka diri

Terledang-ledang di muka orang

Hidung tak mancung

Pipi tersorong-sorong

ii- Kata Perbilangan Tentang Lambang-lambang Pada Pintu

Berkuak pintu rumah

Tempat masuk orang beradat

Jalan menengok ibu kaki

Suara hilang-hilang timbul

Langkah tidak mendecing gelang

Lenggang tidak mengipas tanggan

Tunduknya tunduk berisi

Terngadahnya merendah-rendah

Page 2: PINTU

iii- Kata Perbilangan Tentang Pintu Ambang atau Lawang

Mantera Gegawe

Oii hantu mambang awe

Nan diang dilancang awe

Oii hantu mambang we

Nan dian di laut sakti rantau bertuah

Oii Nik Putih

Nan berulang ke Tanah Mekah

Tolong kunkang kedonoan

Segala anak buah engkau

Antara petang dengan pagi

Antara siang dengan malam

Jangan di beri sudah dengan binasa

Jangan menyelap dengan mengigau

Jangan menggila dan mengamuk

Selamat

Tak Rusak dan binasa

Segala anak buah kita berladang

Sampai tahun kami balas

Sampai musim kami timbang

Penganan tujuh bangsa

Cukup dengan empang bertihnya

Ini tanda anak buah kita

Titi umban dan kain tiga warna

Berkat aku membuat gegawe

Segala awer dikampung ini

Berkat lailahaillahlah

Page 3: PINTU

iv- Kata Perbilangan Tentang Hiasan-hiasan pada Pintu

Ikat galah berjumbai-jumbai

Ikat berilik bersimpul mati

Untuk penjolok-jolok buah

Adat rumah beradat-adat

Laku elok tangan pemurah

JENDELA

i- Kata perbilangan tentang jendela

Berlarik jerajak luar

Bertebuk kisi-kisi dalam

Tingkap panjang berkilik-kilik

Jerajak luar kandang rumah

Kisi-kisi dalam menyekat malu

Kilik-kilik pelapis aib

Kok rumah tak berajak

Bagai budak belum berumur

Tak tahu salah dengan silih

Page 4: PINTU

TANGGA

i- Kata perbilangan Tentang Lambang pada Tangga

Leher berpangguk pada bendul

Kepala bersandar ke jenang pintu

Anak bersusun tingkat-bertingkat

Tempat pusaka melangkah turun

Tempat mengisik-ngisik tebu

Tempat membasuh-basuh kaki

DINDING

i- Kata Perbilangan Tentang Hiasan dan Perlambangan pada Dinding

Kok rumah tidak berdinding

Angin lalu tempias tidak berdinding

Bagai tepian tengah malam

Siapa pelak siapa mandi

Siapa haus siapa minum

Dinding disusun apit-mengapit

Dinding dipasang tindih-menindih

Nang mengapit malu di rumah

Nang menindih aib dibawah

Page 5: PINTU

ii- Kata Perbilangan Tentang Pengepih dan Tekop (lilis dinding)

Pengepih penuntun retak

Tekop penutup lubang

Tak terbuka retak di rumah

Tak terbakar lubang di bilik

Nang retak dilapisi

Nang lubang dikunci mati

iii- Kata Perbilangan Tentang Hiasan Sepanjang Kaki Dinding

Kaki dinding Lancang mengambang

Lancang memupuk laut luas

Nan bertenggek dipuncang ombak

Nan menukik-nukik ke pusaran arus

Kok dilambung-lambung gelombang

Ke atas tercium anyir langit

Ke bawah tampak kerak bumi

Itu tanda hidup di dunia

iv- Kata Perbilangan Tentang Hiasan Dinding Bermotif Sumber Tumbuhan

Jalin berjalin akar di rimba

Berselang tindih daun kekayu

Kuntum berangkai dengan bunga

Page 6: PINTU

Di situ tempat orang menumpang

Di situ benih di tabukan

Di situ letak dilepaskan

Bidai Tiga : Adalah bidai tiga tingkat.Bangunan ini khusus untuk istana,balai

kerajaan,balai adat,atau kediaman datuk-datuk dan orang besar kerajaan.

Rumah besar berumah kecil

Bagai kayu beranak laras

Tiga tingkat bidai di kana

Tempat beradu raja berdaulat

Tempat titah diturunkan

Tempat runding diselesaikan

Tempat perkara diputuskan

Tempat Datuk pemegang adat

Tempat penghulu beraneka

Bidai satu bidai selapis

Nang dipakai orang banyak

Kecilnya tidak bernama

Besarnya tidak bergelar

Page 7: PINTU

Bidai Dua : adalah bidai dua tingkat.Pada setiap tingkat diberi lantai yang disebut

Lantai Buang atau Teban Layar dan Undan-undan.Bangunan ini melambangkan bahawa

pembangunan itu adalah orang berbangsa atau orang patut-patut.

Kok bidai bertingkat dua

Dua lapis lantai buangnya

Dua kaum penghuninya

Pertama orang berbangsa

Kedua orang patut-patut

Orang berasal dan berusul

Orang beradat dan berlembaga

Ukiran lainya yang berbentuk memanjang diatas perabung,daripada kunyit-kunyit ke

selembayung,disebut.Ular-ular atau Awan Larat.Ular-ular pada umumnya memakai motif

ular,tetapi ada pula motif akar-akarannya.Penggunaan motif ular naga,kemungkinan ada kaitanya

dengan arsitektur cina,Awan Larat memiliki motif,akar dan bunga,

Kedua-dua bentuk motif diatas mengandungi makna tertentu.Ular-ular sebagai

lambing keperkasaan dan Awan Larat ‘panjang umum’ atau keabadian.

Membangun ular kuda berlari

Membangun seri pelangi

Membangun kuat dengan kuasa

Membangun daulat dengan tuah

Page 8: PINTU

Awan Larat menjunjung tinggi

Berangkat bersambung panjang

Panjang tidak ada hujungnya

Kok genting tidak memutus

Kok patah tidak bercerai

Kok habis tidak memunah

SINGAP / BIDAI

Disebut Teban layar,Ebek atau Bidai.Bahagian ini biasanya dibuat bertingkat dan di beri hiasan

yang sekaligus berfungsi sebagai ventilasi.Pada bahagian yang menjolok keluar diberi lantai

yang disebut Teban Layar atau Lantai Alang Buang atau juga disebut Undan-undan.Bidai

lazimnya dibuat dalam tiga bentuk,iaitu bidai satu,bidai dua dan bidai tiga.Setiap nama itu

mempunyai lambing tertentu.

Bidai satu : Adalah bidai rata.Banguna dengan bidai satu bangunan umum

yang dapat dibuat oleh siapa saja.

Sudah dekat menjunjung duli

Situ tempat raja berdaulat

Di situ berhimpun kuat kuasa

Di situ adat diadakan

Page 9: PINTU

Lambang lain terdapat pada bentuk dan nama ukiran.Ukiran yang terdapat

ditengah-tengah tertenggek-tenggek disebut Kunyit-kunyit atau Gombak-gombak.

Nang di tengah kunyit-kunyit

Nang tegak bergombak-gombak

Disitu berhimpun segala tuah

Di situ berkumpul secara daulat

Nang dijunjung atas kepala

Nang memayung orang banyak

Nama kunyit-kunyit berasal daripada sejenis umbi yang lazim digunakan sebagai bumbu

dapur.Dalam kehidupan orang Melayu digunakan untuk pewarna kunyit dan beras

kunyit.Kegunaan lainya yang penting adalah untuk ubat tetemas atau keteguran.Sebab itulah

hiasan kunyit-kunyit itu melambangkan tangkal atau penangkal bala.

Kunyit penangkal hantu syaitan

Nang dipalit di tengah kening

Tetemas di laut balik ke laut

Keteguran di darat balik ke darat

Pulang ke asal mula jadinya

Pergi segala bala

Pergi segala bala

Lebah bergantung dicucuran atap

Page 10: PINTU

Di muka berpagar madu

Di belakang pagar manisan

Manisnya cucuran ke bilik dalam

Manisnya merasa-rasa

Manisnya hisap-menghisap

Sikap rela berkoban dan tidak mementigkan diri sendiri diangkat daripada sifat

lebah yang memberikan madunya untuk kepentingan manusia.Daripada ungkapan tersebut:

Kok kumbang menyeri bunga

manisya diyelan diam-diam

kok lebah menghisap madu

manisya tumpah ketangan orang

Di Derah Riau,contohnya upacara mengambil madu disebut menumbai.Lebah

dipuja sebagai putri yang baik hati yang mengorbankan madunya untuk manusia.Pohon Sialang

tempat lebah bersarang dipuja sebagai Balai yang indah.Upacara ini sampai sekarang masih

banyak dijumpai terutama di Riau Daratan.