pinggir pantai.ppt

33
JENIS-JENIS PINGGIR PANTAI PINGGIR PANTAI TENGGELAM PINGGIR PANTAI TIMBUL

Upload: danny-steven-poluan

Post on 07-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • JENIS-JENIS PINGGIR PANTAIPINGGIR PANTAI TENGGELAMPINGGIR PANTAI TIMBUL

  • PINGGIR PANTAI TENGGELAMPinggir Pantai Ria

    - aras laut yang naik akan menenggelamkan kawasan-kawasan lurah yang rendah lalu membentuk anak-anak teluk bercabang yang panjang serta sempit yang diceraikan oleh tanjung-tanjung tinggi.

    - bentuk ini tidak mengalami hakisan glasier dan semakin dalam hala ke laut.

    - merupakan sifat yang biasa bagi pinggir laut jenis Atlantik seperti di barat laut Perancis, barat laut Sepanyol, barat daya Ireland.

    - biasanya membelakangkan kawasan-kawasan pergunungan dan oleh kerana itu tidaklah banyak pelabuhan-pelabuhan perdagangan yang terdapat di sini.

  • 2. Pinggir Pantai Fiord

    - merupakan lekukan hakisan glasier berbentuk U yang telah tenggelam.

    - Fiord menandakan jalan yang diikuti oleh glasier yang turun dari kawasan tanah tinggi.

    - mempunyai cawangan-cawangan yang bercantum dengan anak-anak teluk utamanya mengikut sudut tepat. Hakisan ais yang terlalu kuat menyebabkan fiord ini dalam di sebelah pedalaman. Bahagian arah ke lautnya cetek kerana di sini terdapat sebuah permatang batuan yang dinamakan tubir.

    - walaupun kawasan perairannya dalam dan terlindung, tetapi pelabuhan- pelabuhan besar tidaklah banyak di sini. Latar belakangnya yang bergunung ganang dan dengan jalan ke pedalamannya yang sukar menyebabkan kawasan ini tidak menarik hati untuk pembangunan dan petempatan.

  • Pinggir Pantai Dalmatia

    - mempunyai sistem pergunungan yang selari dengan pantai.

    - namanya sempena pinggir pantai Dalmatia di Yugoslavia yang terletak di sepanjang Laut Adriatic.

    - pinggir laut yang tenggelam menghasilkan anak teluk yang panjang serta sempit, dengan rangkaian-rangkaian pulau yang selari dengan pinggir laut.

    - pulau-pulau yang memanjang ini sebenarnya merupakan lurah-lurahnya yang memanjang.

    - keadaannya yang bergunung-ganang menyebabkan perhubungan dengan kawasan pedalaman sukar dilakukan.

  • Pinggir Pantai Muara

    - di kawasan tanah pamah tenggelam, kuala-kuala sungai telah tenggelam.

    - dengan itu terbentuklah muara-muara yang berbentuk corong. Muara-muara ini boleh menjadi tapak bina pelabuhan yang baik jikalau jalan masuknya tidak terhalang oleh beting pasir

  • PINGGIR PANTAI TIMBULPinggir Pantai Tanah Pamah Terangkat

    - rusuk benua yang terangkat menjadi sebuah kawasan tanah pamah pinggir laut yang bercerun landai.

    - air di luar pinggir lautnya cetek dan mengandungi lagun, paya masin, dan kukup.

    - pantai dan bukit pasir laut akan terjadi jikalau timbunan yang timbul dari pelantar benua itu terdiri daripada pasir dan batu kelikir.

  • Pinggir Pantai Tanah Tinggi Timbul

    - gelinciran dan gerakan bumi mungkin menaikkan dataran tinggi pinggir pantai dan menghasilkan bentuk-bentuk penimbulan.

    - pinggir laut tanah tinggi timbul ini boleh dikatakan lurus dan mempunyai tebing tinggi yang curam dan kawasan perairan luar pantai yang dalam. Keadaan ini wujud kerana ombak-ombak masih belum dapat menghakis kawasan-kawasannya yang lemah ataupun membina pelantar hakisan ombak di situ.

    - Kawasan ini tidak sesuai untuk dijadikan pelabuhan yang baik.

  • CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI PINGGIR LAUT

  • TANJUNGTerbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seliTerbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak

  • TELUKTerbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang seliTerbentuk di bahagian batuan lembut yang dihakis oleh ombak

  • TEBING TINGGITerbentuk apabila ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasangApabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk

  • PENTAS HAKISAN OMBAKMerupakan bentuk muka bumi yang terbentuk berlanjutan daripada pembentukan tebing tinggiHakisan ombak yang berterusan menyebabkan tebing tinggi mengundur dan membentuk pentas hakisan ombak di kaki tebing tinggi tersebut.

  • GUAMerupakan kesan hakisan ombak di tanjung tinggi

    Hakisan tersebut akan menghakis batuan di tebing pantai dan membentuk gua laut

  • GERBANG LAUTTerhasil daripada hakisan gua lautHakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding dua buah gua laut yang bertentangan akan membentuk gerbang laut

  • BATU TUNGGULTerhasil akibat tindakan penggondolan terhadap gerbang laut Apabila bumbung gerbang laut runtuh, batu tunggul terbentuk

  • TUNGGUL SISABatu tunggul yang terhakis akan membentuk tunggul sisa secara lambat launTunggul sisa hanya boleh kelihatan ketika air laut surut

  • ANAK TANJUNGMerupakan permatang berupa tanduk yang dibentuk oleh pemendapan pasir di hujung teluk atau muara sungaiAnak tanjung menganjur ke laut manakala bahagian hujungnya bersambung dengan pinggir pantaiJuga dikenali sebagai tetanjung

  • LAGUNMerupakan kesan pembentukan anak tanjung yang paling ketaraLagun ialah kawasan perairan yang terlindung oleh tetanjung (anak tanjung)

  • BETING PASIRMerupakan penimbunan pasir yang merentangi sesebuah telukTerbentuk samada selari dengan garisan pantai atau bersudut tepat dengannya

  • PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAI

    Hakisan pinggir pantai ialah proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di kawasan pinggir pantai.

    Agen-agen hakisan pinggir pantai ialah :- ombak- tsunami- arus atau hanyutan pesisir pantai- pasang surut

    Cara hakisan pinggir pantai :- hidraul- geselan / lelasan- larutan- lagaan

  • FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR PANTAIFaktor Fizikal ( semulajadi ) :

    Jenis ombak - ombak pembinasa / bertenaga ( ombak ribut dan tsunami)

    Pendedahan pantai - tanpa perlindungan oleh pulau, beting, tanjung atau benteng.Arus - bahan-bahan seperti pasir diseret selari dengan pantai. - berupaya menghakis dan memindahkan bahan.Bahan - agen yang menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan.- batuan pinggir pantai akan terhakis.

  • Batuan - batuan lembut mudah terhakis - batuan keras susah terhakis

    Cerun pantai biasanya mengalami hakisan yang lebih giat.

    Organisasi pantai pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai berteluk dan bertanjung.Tumbuhan boleh menghalang serangan terus ombak melalui peranan akarnya.

  • Faktor Aktiviti Manusia :

    Pembalakan dan penebangan hutan bakau

    Perlombongan pasir

    Pembinaan

    Pelancongan

    Pendalaman kawasan pinggir pantai

  • KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAIKAEDAH PERUNDANGAN :

    - hukuman ke atas pelombong pasir tanpa lesen.

    - pengharaman penebangan bakau.

    - kawalan aktiviti pembinaan di kawasan pinggir pantai.

  • KAEDAH BUKAN PERUNDANGAN :

    - penanaman pokok bakau

    - penambakan

    - benteng pemecah ombak

    - tembok

    - guni pasir

    - pendidikan

    - kempen

  • KEPENTINGAN KAWASAN PINGGIR PANTAIPANTAI BERPASIR :

    Kawasan pelancongan dan perkelahan

    Kawasan penanaman kelapa

    Contoh : Port Dickson, Negeri Sembilan Batu Feringghi, Pulau Pinang

  • PANTAI BERLUMPUR :

    Membekalkan sumber kayu bakau.

    Tempat pembiakan hidupan laut sepertiketam, kerang dan ikan.

    Contoh : Sekitar muara Sungai Perak, Perak.

  • PULAU :

    Kawasan pelancongan

    Pelabuhan perikanan

    Pelabuhan antarabangsa

    Contoh : Pulau Langkawi, Kedah

  • TANJUNG :

    Kawasan rekreasi dan pelancongan

    Contoh : Tanjung Bidara , Melaka

  • TELUK :

    Petempatan nelayan

    Tapak pelabuhan

    Kawasan perikanan

    Kawasan perkelahan

    Contoh : Teluk Kemang, Negeri Sembilan

  • TEBING TINGGI :

    Kawasan rekreasi dan pelancongan

    Tapak rumah api

    Contoh : Tebing Tinggi Kudat, Sabah

  • PENTAS BENUA :

    Kawasan perikanan

    Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli

    Contoh : Pinggir laut di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak