pinggir pantai

4
PINGGIR PANTAI Konsep Pantai Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak seperti pasir, kelodak, tanah liat,dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus. PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAI Konsep hakisan pinggir pantai Hakisan Pantai Hakisan pinggir pantai merujuk kepada proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di kawasan pinggir pantai oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut. Agen-agen hakisan pinggir pantai Ombak - Wujud akibat tindakan geseran dengan permukaan laut. - terbahagi kepada dua jenis iaitu ombak Pembina dan ombak pembinasa Tsunami - Terbentuk apabila berlakunya gempa bumi,gelinciran plat tektonik. - mempunyai kuasa tindakan hakisan yang kuat. Pasang surut - terbentuk hasil daya tarikan graviti bulan dan matahari ke atas permukaan air laut. - Air pasang dan surut berupaya untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan bahan di kawasan pinggir pantai. CARA HAKISAN PINGGIR PANTAI Hidraul - berpunca daripada tindakan ombak atau air laut itu sendiri - ombak atau air laut menghempas pinggir pantai yang berbatuan lalu masuk ke dalam rekahan atau retakan batuan tersebut. - semasa damparan, ombak atau air laut akan mengasak dan kemudiannya memampatkan udara yang terdapat dalam rekahan tersebut. - semasa unduran ombak ( backwash ), udara yang dimampatkan di celah- celah rekahan tadi dilepaskan. - berlakunya proses pengembangan dan penguncupan mengakibatkan retakan dan rekahan tersebut bertambah besar dan lama kelamaan memecah dan meruntuhkan batuan pinggir pantai tersebut. Geselan/lelasan - disebabkan tindakan bahan-bahan yang di bawa oleh ombak.

Upload: salwah-mohd-nordin

Post on 16-Apr-2015

91 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PINGGIR PANTAI

PINGGIR PANTAI

Konsep PantaiPantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak seperti pasir, kelodak, tanah liat,dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.  

PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAIKonsep hakisan pinggir pantai

Hakisan Pantai

Hakisan pinggir pantai merujuk kepada proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di kawasan pinggir pantai oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut.Agen-agen hakisan pinggir pantaiOmbak

-          Wujud akibat tindakan geseran dengan permukaan laut.-          terbahagi kepada dua jenis iaitu ombak Pembina dan ombak pembinasa

Tsunami-    Terbentuk apabila berlakunya gempa bumi,gelinciran plat tektonik.-          mempunyai kuasa tindakan hakisan yang kuat.

Pasang surut-          terbentuk hasil daya tarikan graviti bulan dan matahari ke atas permukaan air laut.-          Air pasang dan surut berupaya untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan bahan di kawasan

pinggir pantai.

CARA HAKISAN PINGGIR PANTAI

Hidraul 

-         berpunca daripada tindakan ombak atau air laut itu sendiri

-     ombak atau air laut menghempas pinggir pantai yang berbatuan lalu masuk ke dalam rekahan atau

retakan batuan tersebut.

-  semasa damparan, ombak atau air laut akan mengasak dan kemudiannya memampatkan udara yang

terdapat dalam rekahan tersebut.

-         semasa unduran ombak ( backwash ), udara yang dimampatkan di celah-celah rekahan tadi

dilepaskan.

-  berlakunya proses pengembangan dan penguncupan mengakibatkan retakan dan rekahan tersebut

bertambah besar dan lama kelamaan memecah dan meruntuhkan batuan pinggir pantai tersebut.

Geselan/lelasan

-         disebabkan tindakan bahan-bahan yang di bawa oleh ombak.

-         bahan seperti serpihan batuan, kelikir, pasir, batu lada dan sebagainya menggesel batuan pinggir

pantai.

-         semakin banyak bahan yang dibawa oleh ombak, semakin giat hakisan geseran yang berlaku.

Larutan

Page 2: PINGGIR PANTAI

-       proses hakisan secara kimia di mana air laut bertindak melarutkan batuan yang terdapat di pinggir

pantai.

-         berkesan ke atas batuan yang mudah larut seperti dolomit dan batu kapur

Lagaan

-         Bahan-bahan yang dibawa oleh  ombak berlaga atau berlanggar sesama sendiri sehingga pecah.

-         Melibatkan perubahan saiz bahan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR PANTAIFaktor Fizikal ( semulajadi )

Jenis ombak

-      Hakisan pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis

ombak pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami 

Pendedahan Pantai

-         Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng

akan mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang  terlindung.

Arus

-         arus bergerak selari dengan pantai.

-         bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya  akan diseret selari dengan

pantai.

-         berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bahan

-         kawasan pinggir pantai yang kurang mempunyai bahan untuk dimendapkan kadar hakisan lebih

tinggi berbanding pemendapan.

-         bahan-bahan pinggir pantai seperti  pasir, kelikir, batu tongkol dan batu lada bertindak sebagai

agen   yang menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan. Kesannya batuan pinggir pantai akan terhakis. Batuan

-         pinggir pantai biasanya terbentuk daripada pelbagai jenis batuan.

-          pinggir pantai yang terbina daripada batuan lembut ( daripada kumpulan enapan ) seperti batu kapur

dan dolomit biasanya lebih lembut dan mudah terhakis sama ada melalui cara geselan, larutan ataupun lagaan.

-         pinggir pantai yang terbina daripada batuan keras ( daripada kumpulan igneus ) seperti batu granit

biasanya lebih keras dan susah terhakis.

-         pinggir pantai yang mempunyai batuan di tebingnya lebih susah dihakis berbanding pantai

berlumpur.

Cerun pantai

-         pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat.

-         bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai. 

Orientasi pantai

-         pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai yang berteluk-teluk dan bertanjung.

Page 3: PINGGIR PANTAI

-         pantai yang lurus menerima serangan ombak secara terus tanpa perlindungan.

-         tanjung berperanan menghalang serangan ombak tersebut.

 Tumbuhan

-    tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui

peranan akarnya.

-         sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya

pantai terhakis. BENTUK MUKA BUMI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Cenuram atau tebing tinggio terbentuk di kawasan pinggir pantai barbatu-batan

o tindakan hakisan ombak ke atas dasar batuan di pinggir pantai melalui tindakan hidraul,

larutan, dan geseran menyebabkan terbentuknya lekukan di bahagian dasar batuan tersebut.

o hakisan yang giat dan berterusan menyebabkan lekukan bertambah besar dan akhirnya

batuan di bahagian atasnya runtuh lalu membentuk satu tebing tinggi yang curam.

Pentas atau Pelantar Hakisan Ombako tindakan ombak secara berterusan ke atas cenuram atau tebing tinggi menyebabkan

berlakunya runtuhan tebing tinggi secara berulang kali.

o berlakunya pengunduran tebing tinggi ke arah daratan.

o pengunduran secara giat dalam tempoh yang panjang akan membentuk satu pelantar yang

rata dan luas di bahagian hadapan tebing tinggi tersebut yang dikenali pelantar hakisan ombak.

Tanjung dan Teluko kedua-duanya terbentuk secara bersampingan

o tanjung merujuk kepada bahagian batuan pinggir pantai yang menganjur ke laut.

o teluk merujuk kepada bahagian yang melengkung kea rah daratan.

o proses pembentukan bergantung kepada susunan batuan lembut dan deras yang tersusun

secara berselang-seli. 

o tindakan hakisan ombak ke atas bahagian batuan lembut yang mudah dihakis seperti dolomit,

batu kapur dan batu pasir menyebabkan bahagian tersebut terhakis dengan cepat dan mengundur ke arah daratan lalu membentuk teluk.

o bahagian batuan yang keras seperti granit, gabro dan basol lebih tahan hakisan ombak akan

membentuk daratan yang menganjur ke laut dikenali sebagai tanjung. 

Guao Terbentuk hasil tindakan ombak secara hidraul ke atas dasar cenuram atau tebing tinggi yang

mempunyai struktur kelemahan seperti retakan dan rekahan.

o Hakisan yang giat akan membentuk satu lekukan atau lubang yang dalam dan luas yang

dikenali sebagai gua.

Lohong Ombak ( gloup )o Terbentuk hasil tindakan ombak secara berterusan ke atas lubang-lubang gua.

o Satu lohong ( saluran ) yang menembusi bumbung gua akan terbentuk.

o Lohong ini dikenali sebagai lohong ombak.