pihak sekolah

Upload: rathai-ragupathy

Post on 06-Jul-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Pihak sekolah

    1/2

    Pihak sekolah harus memainkan peranan dalam mengetahui gejala buli yang berlaku

    di sekolah dan mengambil tindakan untuk membendung gejala buli dengan mengetatkan

     pengawasan di kawasan persekitaran sekolah serta menggiatkan aktiviti meronda di kawasan

     persekitaran sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi

    diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada pelajar yang mempunyai

    keinginan untuk membuli mangsanya. Ini adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin di

    sekolah dapat berperanan dengan baik. Selain itu, hukuman yang lebih keras harus dikenakan

    terhadap pembuli agar gejala ini dapat dibendung.

    Disamping itu, pihak sekolah perlu mewujudkan satu jawatankuasa penyelaras

    antibuli peringkat sekolah. Ahlinya yang terdiri daripada pengetua, guru kaunseling, guru

    disiplin, PIBG dan pengawas sekolah. ereka berperanan dalam menguruskan program

    antibuli dan juga menilai keberkesannya. !ontohnya, pihak sekolah mengendalikan "elab

    Pen#egah $enayah. elalui program yang dijalankan, para pelajar akan memperoleh lebih

     banyak pengetahuan tentang #ara%#ara men#egah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi

    mangsa buli itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan maklumat yang diperoleh itu

    kepada kawan%kawan yang lain agar semua pelajar tahu mengenai kes salah laku ini. Pada

    masa yang sama, gejala buli sudah pasti dapat dibanteras jika pihak sekolah dapat memainkan

     peranan dengan lebih proakti&.

    Selain itu, pihak sekolah boleh menjenamakan semula kempen antibuli yang

     berteraskan #eramah dan pameran se#ara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa

     bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. "empen antibuli akan

    memberi kesedaran berterusan kerana perbuatan buli melambangkan masyarakat tidak 

     bertamadun. Para pelajar akan terdedah dengan penglibatan jenayah buli se#ara langsung atau se#ara

    tidak langsung melalui kempen kesedaran ini. 'leh kerana itu, para pelajar akan mengambil

     jalan inisiati& untuk mengelak menjadi mangsa buli seterusnya mengelak menjadi pembuli.

    $usteru, pihak sekolah dan unit disiplin sekolah boleh meminta kerjasama pihak $abatan

    Penjara alaysia atau Polis Diraja alaysia bagi memastikan kempen antibuli dapat

    dilaksanakan dengan lebih berkesan. Dengan ini, dapat menakutkan bakal pembuli yang

     berada di sekolah. Seterusnya, pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan

    dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi

     juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk diba#a bersama dengan ibu

     bapa. aklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, beberapa petua

    mudah untuk menangani gejala buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli dan

  • 8/18/2019 Pihak sekolah

    2/2

    talian tele&on atau alamat e%mel untuk melaporkan kejadian buli. ereka yang boleh

    membuat laporan bukan sahaja mangsa tetapi juga saksi.

    (ambahan pula, di dalam kelas perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan

    tentang buli. Dimana setiap guru kelas mestilah menyenaraikan semua tingkah laku yang

    disi&atkan sebagai tingkah laku buli samada se#ara &i)ikal mahupun psikologi serta hukuman

    yang akan diterima jika ditangkap atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pelajar%pelajar 

    yang terlibat dalam amalan buli hendaklah diberi sesi kaunseling dan pihak sekolah harus

    memanggil ibu bapa pelajar berkenaaan. Pihak sekolah perlu bertindak wajar agar tidak 

    sembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan $abatan Pendidikan agar 

    dapat diambil tindakan.

    Sekiranya kempen antibuli berjaya meresapi nurani pelajar maka pastinya sekolahmenjadi tempat yang lebih selamat untuk semua pelajar. Pihak sekolah harus sentiasa

     bersedia melaksanakan penambahbaikan ke arah melahirkan insan #emerlang dan berdisiplin.