pict

5
16 Contoh Perbualan Berdasarkan Gambar

Upload: aza-famieza

Post on 19-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

  16  

Contoh

Perbualan Berdasarkan

Gambar

  17  

  18  

Panduan Perbualan Berdasarkan Gambar 1  

   

Kosa kata Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif

sebuah taman rekreasi amalan gaya hidup sihat aktiviti rekreasi kedai menyewa basikal khidmat penyewaan basikal tempoh penyewaan

menunggang basikal bersiar-siar menikmati keindahan taman itu berekreasi sambil bersenam beriadah untuk menyihatkan badan menyewa basikal mengawasi budak perempuan itu

menunggang basikal merehatkan minda meluangkan masa berkualiti mengeratkan hubungan keluarga dinikmati sekeluarga menjaga keselamatan keluarga bersama

gembira tidak stabil ceria dan senang hati bermanfaat bertanggungjawab

I  SEE  &  I  FEEL   ♦ KESELURUHAN

→ Di mankah ianya berlaku?

→ Apakah temanya?

♦ KEDUDUKAN → Bilakah gambar ini dipetik? Terangkan.

→ Siapakah yang terlibat?

→ Apakah yang dilakukan? Mengapa (tujuan)?

→ Bagaimana perasaan mereka? Mengapa?

→ Apakah yang menarik perhatian kamu?

♦ WATAK → Siapakah watak khas?

→ Apa yang sedang dia lakukan? Terangkan.

I  THINK   ♦ SEBELUM/SELEPAS

→ Apakah yang berlaku sebelum/selepas gambar ini dipetik? Terangkan.

→ Apakah yang menyebabkan perkara itu berlaku? Terangkan.

♦ PENGALAMAN → Pernahkah kamu terlibat dalam kegiatan seperti ini? Ceritakan.

♦ PENGAJARAN → Apakah faedah yang dapat diraih? Terangkan.

→ Apakah akibat buruk yang mungkin berlaku? Terangkan.

  19  

Contoh Perbualan Berdasarkan Gambar 1 Gambar ini menunjukkan situasi di sebuah taman rekreasi. Tema yang mungkin ingin diketengahkan dalam gambar ini adalah mengenai gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat seperti ini boleh dilakukan bersama-sama keluarga supaya masa yang diluangkan dengan keluarga lebih bermanfaat.

Keseluruhan

Gambar ini mungkin dipetik pada hujung minggu atau cuti umum kerana kita jarang melihat sebuah keluarga dapat bersiar-siar atau meluangkan masa bersama pada hari-hari biasa.

Kedudukan – Bila?

Saya mengandaikan bahawa kelima-lima orang itu satu keluarga. Mereka sedang menunggang basikal sambil menikmati keindahan di taman itu. Budak kecil di bahagian depan gambar ini mungkin belum mahir menunggang basikal kerana kedudukan basikalnya kelihatan tidak stabil. Ibu bapanya yang sedang menunggang di belakang sedang mengawasinya supaya keselamatannya terjaga. Dengan kehadiran pengunjung-pengunjung yang terdiri daripada segala lapisan umur, penunggang-penunggang basikal tidak boleh menunggang basikal mereka dengan laju kerana ini sangat berbahaya.

Kedudukan – Siapa?

Pada pendapat saya, aktiviti rekreasi ini boleh merehatkan minda. Sambil itu, kita juga boleh meluangkan masa berkualiti bersama orang-orang yang tersayang. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan keluarga dalam kesibukan hari ini. Para pengunjung ke taman ini boleh melakukan pelbagai aktiviti selain berbasikal. Mereka boleh berlari-lari anak atau bermain dengan kasut lereng (roller blade).

Kedudukan – Apa (aksi)? – Mengapa

(motif)?

Watak yang menarik perhatian saya ialah kedua-dua pemuda di bahagian kiri gambar ini. Mereka kelihatan sangat ceria dan senang hati. Mereka mungkin sedang berbual-bual sambil menunggang basikal. Rasanya seperti ada perkara yang lucu yang mencuit hati mereka. Situasi seperti ini memang biasa dilihat kerana ramai orang awam yang berkunjung ke taman ini untuk tujuan rekreasi.

Watak – menarik

– Mengapa?

Sebelum gambar ini dipetik, saya mengandaikan bahawa mereka telah menyewa basikal-basikal tersebut di sebuah kedai yang menyediakan penyewaan basikal dan alat-alat sukan yang lain. Biasanya, di taman seperti East Coast, terdapat banyak kedai menyewa basikal. Tempoh penyewaan basikal paling kurang sejam dan selepas tamat tempoh penyewaan mereka, basikal harus dipulangkan kembali.

Sebelum/ Selepas

Saya pernah menyewa basikal di Taman East Coast. Saya masih ingat lagi, pada masa itu, ayah telah menasihati kami sekeluarga untuk memeriksa basikal yang disewa itu terlebih dahulu. Brek dan rantai pengayuh pada basikal itu harus dalam keadaan yang sempurna. Langkah ini dilakukan untuk memastikan keselamatan semasa menunggang basikal.

Pengalaman

Melakukan aktiviti bersama-sama keluarga dapat memupuk sifat bertanggungjawab dalam kalangan anggota keluarga untuk sering ingat-mengingati dan menjaga keselamatan bersama. Seperti ayah saya, dia bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan keluarga. Saya pula sebagai anak sulung harus mengawasi adik-adik saya kerana saya tidak

Pengajaran (Unsur Moral)

  20  

mahu mereka tercedera. Kesimpulannya, tujuan gambar ini dipetik adalah untuk menyedarkan orang awam tentang pentingnya meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga. Yang penting, aktiviti itu boleh dinikmati dan dilakukan bersama-sama.

Pengajaran (Tujuan)