petuahilangkan parut jerawat

Upload: milamin

Post on 04-Mar-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PetuaHilangkan Parut Jerawat

TRANSCRIPT

  • Petua Hilangkan Parut Jerawatsiraplimau.com /petua-hilangkan-parut-jerawat-tradisional/

    Tim SirapLimau.com

    Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah adaanak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat.

    Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif.

    1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejukSediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hinggamenjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupauntuk tambah air.

    Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaanparut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada mukakita.

    2. Guna lidah buaya (aloe vera)Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagisesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buayadan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tigakali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

    3. Guna asam jawaAmbil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair.Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknyalakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.

    4. Guna maduMula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedaktersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

    5. Guna timunKisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam.Kemudian cuci bersih dengan air suam.

    6. Guna daun sendudukRendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hinggalumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

    7. Guna daun sirih mudaTumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelahkering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

  • Alternatif lainJika guna rawatan tradisional juga tidak menjadi, boleh juga cuba kaedah moden. Rawatan semulajadimemang bagus, cuma kesannya agak lama untuk direalisasikan. Kaedah moden dapatmenghilangkan bekas jerawat dengan cepat dan mudah.

    Selamat mencuba!

    Rujukan: BHEUU, Cahaya Purnama, Petua Tradisional

    PetuaHilangkan Parut Jerawat1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk2. Gunalidah buaya (aloe vera)3. Gunaasam jawa4. Gunamadu5. Gunatimun6. Gunadaun senduduk7. Gunadaun sirih mudaAlternatif lain