petikan teks quiz

6
BUNGA RAYA ( BUNGA KEBANGSAAN NEGARA) Bunga raya merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Bunga raya dipilih sebagai lambang kebangsaan kerana bunga ini memang telah dikenali oleh seluruh penduduk Malaysia.Bunga raya mempunyai banyak kegunaan terutama dalam bidang perubatan. Dipercayai bahawa akar daripada pokok bunga ini boleh menyembuhkan demam. Penyakit kulit juga boleh disembuhkan dengan menyapukan jus yang diambil daripada daun dan akarnya.Pokok bunga raya senang ditanam sama ada di dalam pasu atau di atas tanah. Bunga ini juga mudah di temui di negara kita dan juga mempunyai pelbagai warna. Bunga raya yang mempunyai lima kelopak dan berwarna merah telah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga raya juga melambangkan kedamaian dan kemakmuran bagi seluruh rakyat di negara ini.

Upload: valar-mathi

Post on 15-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: Petikan Teks Quiz

BUNGA RAYA ( BUNGA KEBANGSAAN

NEGARA)

Bunga raya merupakan Bunga Kebangsaan

Malaysia. Bunga raya dipilih sebagai lambang

kebangsaan kerana bunga ini memang telah

dikenali oleh seluruh penduduk Malaysia.Bunga

raya mempunyai banyak kegunaan terutama dalam

bidang perubatan. Dipercayai bahawa akar daripada

pokok bunga ini boleh menyembuhkan demam.

Penyakit kulit juga boleh disembuhkan dengan

menyapukan jus yang diambil daripada daun dan

akarnya.Pokok bunga raya senang ditanam sama

ada di dalam pasu atau di atas tanah. Bunga ini juga

mudah di temui di negara kita dan juga mempunyai

pelbagai warna. Bunga raya yang mempunyai lima

kelopak dan berwarna merah telah dipilih sebagai

Bunga Kebangsaan. Bunga raya juga

Page 2: Petikan Teks Quiz

melambangkan kedamaian dan kemakmuran bagi

seluruh rakyat di negara ini.

JALUR GEMILANG (BENDERA MALAYSIA)Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. Jalur

Gemilang mempunyai empat warna iaitu merah,

putih, biru, dan kuning. Bendera ini mempunyai tujuh

jalur berwarna putih dan tujuh jalur berwarna merah.

Jalur-jalur ini melambangkan bilangan negeri dan

wilayah persekutuan di Malaysia. Di petak yang

berwarna biru ada bulan sabit dan bintang berwarna

kuning. Warna biru melambangkan perpaduan

rakyat. Warna kuning adalah warna diraja. Bulan

sabit pula melambangkan agama Islam sebagai

agama rasmi negara.Jalur Gemilang sentiasa

dikibarkan di bangunan-bangunan kerajaan dan di

sekolah-sekolah. Kita hendaklah sentiasa

menghormati Jalur Gemilang. Kita perlu berbangga

dengan bendera negara kita.Pencipta Bendera

Page 3: Petikan Teks Quiz

Malaysia ialah Allahyarham Mohamed Bin Hamzah

berasal dari negeri Johor.

BAPA KEMERDEKAAN

Alyamarhum Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan

Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 -

6 Disember 1990) merupakan Ketua

Menteri Persekutuan Tanah Melayu

dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak

kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963

merupakan salah satu daripada pencapaiannya

yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku",

beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan"

dan "Bapa Malaysia".

Page 4: Petikan Teks Quiz

LAMBANG NEGARA MALAYSIA

Lambang Malaysia, atau Jata Negara

menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13

buah negeri yang terkandung dalam

Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan

Persekutuan.Bintang bersama-sama anak bulan

itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu

menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,

Perlis, Kelantan dan Terengganu).Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok

Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan

dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah

negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat

jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam

dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam,

putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri

Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu

yang asal.Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah

di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah

Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan

sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu

digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu"

Page 5: Petikan Teks Quiz

ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah

kanan.Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli

Yang Maha Mulia Raja-raja.

KONSEP 1 MALAYSIA

1Malaysia adalah satu gagasan

bagi memupuk perpaduan di

kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum, berteraskan

beberapa nilai-nilai penting yang

seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia

bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar

kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia

merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan

yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi

menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan

pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara

Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan

sebagai satu formula yang akan membantu memastikan

Page 6: Petikan Teks Quiz

aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020tercapai jika ia

diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh

setiap lapisan masyarakat.