petikan keselamatan jalan raya

Upload: pak-yob

Post on 06-Jul-2018

324 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Petikan Keselamatan Jalan Raya

    1/2

    PETIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

    Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke semasa. Terdapat

     pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang

    motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara kita juga dikatakan sebagai

    sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya

    sendiri.

    Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.

    Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan

    mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu dalam keadaan kurang tumpuan.

    Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan

    rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.

    Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had

    laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak papan

    tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kaalan lalu lintas oleh pihka berkuasa,

    namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri

    sendiri dan orang lain. !alah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di

    atas jalan raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan remaja.

    "ntuk mengelakkan kejadian kemalangan yang teruk meningkat, langkah#langkah yang praktikal

     perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, sasta dan rakyat harus bekerjasama demi

    memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti $abatanPengangkutan $alan, polis, dan $abatan Kerja %aya harus membuat pemantauan dari semua aspek 

    untuk mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi

    keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang#undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan

    denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang ajar diambil untuk

    menyedarkan pengguna jalan raya. &ektor sasta juga memainkan peranan penting dalam

    menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada

     pengguna jalan raya yang lain.

    !asyarakat harus sedar tentang peranan masing#masing di jalan raya. !ereka tidak harus

    mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain.Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. $angan

    gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyaa sendiri dan orang lain

    yang tidak bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum

    memulakan perjalanan.

  • 8/17/2019 Petikan Keselamatan Jalan Raya

    2/2

    Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjaab pengguna jalan raya

    sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan

     berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. !anusia memang tidak dapat lari daripadamelakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyaa orang lain juga turut

    melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.