petikan akhbar

15
GAYA HIDUP ARKIB : 20/03/2000 Minyak wangi daripada tumbuh-tumbuhan NOR Azmira Jadid menunjukkan sebahagian daripada produk mandian yang dihasilkan di Loji Pandu Kejuruteraan Kimia, UTM, Skudai Johor. Mereka sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk mendapatkan minyak wangi tersebut demi kerana kepuasan dan prestij terutama minyak wangi dari Paris dan London. Namun tahukah anda bahawa ramuan kandungan minyak wangi itu adalah pokok dan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di Asia Tenggara yang kemudiannya dibeli oleh pengeluar minyak wangi itu untuk dibawa ke negara mereka. Dan setelah produk minyak wangi itu siap, ia akan kembali ke negara ini tetapi dijual dengan harga yang berkali-kali ganda tingginya.

Upload: susuh-hitam

Post on 06-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

petikan

TRANSCRIPT

GAYA HIDUP

ARKIB : 20/03/2000Minyak wangi daripada tumbuh-tumbuhan

NOR Azmira Jadid menunjukkan sebahagian daripada produk mandian yang dihasilkan di Loji Pandu Kejuruteraan Kimia, UTM, Skudai Johor.

Mereka sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk mendapatkan minyak wangi tersebut demi kerana kepuasan dan prestij terutama minyak wangi dari Paris dan London.Namun tahukah anda bahawa ramuan kandungan minyak wangi itu adalah pokok dan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di Asia Tenggara yang kemudiannya dibeli oleh pengeluar minyak wangi itu untuk dibawa ke negara mereka.Dan setelah produk minyak wangi itu siap, ia akan kembali ke negara ini tetapi dijual dengan harga yang berkali-kali ganda tingginya.Itulah antara situasi yang berlaku dalam industri pembuatan minyak wangi dan bagi mengatasinya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian minyak wangi dan berjaya mencipta haruman 'aroma terapi' daripada bahan tempatan.Menurut Pengarah Loji Pandu Kejuruteraan Kimia UTM, Prof. Ramlan Abdul Aziz, antara tumbuhan herba yang menjadi ramuan itu ialah bunga cengkih, serai, daun limau purut, kayu gaharu, bunga ros, halia, ketumbar, sirih dan banyak lagi.Prof. Ramlan berkata, penyelidikan itu dijalankan oleh kakitangannya di loji berkenaan dan hasil kajian itu akan dikomersialkan kepada orang ramai.Katanya, terdapat lima jenis tema yang diketengahkan dalam penyelidikan dan pembuatan minyak wangi itu iaitu haruman romantik, rehat, rangsangan, kesegaran dan ketenangan."Lima jenis tema aroma terapi itu dicipta untuk wanita yang akan mengutamakan aroma lembut manakala bagi lelaki pula akan mengetengahkan aroma yang agak keras."Haruman aroma terafi dicipta untuk menaikkan mood yang difokuskan untuk kegunaan di rumah, pejabat dan di dalam kenderaan,'' katanya ketika ditemui di UTM Skudai, Johor Bahru.Menurut Prof. Ramlan, formula mencipta aroma terapi itu adalah ciptaan kakitangan logi itu sendiri dan bertujuan menggunakan sepenuhnya sumber tempatan selain memelihara alam sekitar."Negara kita mempunyai 12,000 pokok serta tumbuhan herba dan seharusnya kelebihan itu digunakan sepenuhnya untuk tujuan penyelidikan termasuk dalam bidang Cosmeceutical, Nutraceutical, Biopesticide' dan Herba Medicine,'' katanya.Beliau memberitahu dalam penciptaan minyak wangi itu, peringkat pertamanya ialah dengan mengambil pati daripada mendapatkan pokok-pokok, herba dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di negara ini."Pati berkenaan kemudiannya akan diformulasikan dan dicampurkan dengan minyak zaiton sebelum proses trial and error dijalankan."Ia kemudiannya akan disimpan selama empat minggu dan akan disejukkan pada suhu sifar darjah celsius,'' katanya.Menurut Prof. Ramlan, pihaknya akan menyertai Pameran Penyelidikan Antarabangsa di Geneva pada 12 April depan dan akan membawa minyak wangi aroma terapi ke sana.Prof. Ramlan berkata, kesemua proses itu dilakukan di Loji Pandu Kejuruteraan Kimia yang bernilai RM46 juta dan dilengkapi dengan beberapa peralatan canggih."Fungsi loji ini ialah untuk mengubah maklumat teknologi di makmal kepada maklumat kejuruteraan di sektor perindustrian selain menyediakan program Pembangunan & Penyelidikan (R&D), latihan, perkembangan teknologi dan pemasaran,'' katanya.Tambahnya, beberapa lagi projek penyelidikan akan dijalankan oleh loji berkenaan dan antaranya ialah pembuatan kicap serbuk.Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0320&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm#ixzz3VbXrgnVu Utusan Melayu (M) Bhd

27 Mac 2015Inspirasi haruman jenama duniaOleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SEBAGAI salah seorang penyewa di premis Arked Mara Kajang, Norfalia Che Mohd. Ajidi menyedari pembukaan sebuah kedai baharu yang terletak di bahagian atas restoran Eppa Kitchen miliknya pada Februari lalu.Menawarkan pelbagai jenis minyak wangi berjenama D & N Fragrances, kedai itu berjaya menarik perhatian Norfalia untuk dikunjungi dan melihat sendiri keistimewaan produk yang ada.Namun, siapa sangka kunjungan kali pertama berjaya membuatkan gadis berusia 20 tahun ini jatuh cinta dengan kualiti produk yang ditawarkan.Saya teruja apabila melihat puluhan koleksi minyak wangi yang diinspirasi daripada jenama terkenal di dunia tersusun atur di rak-rak yang disediakan.Lebih seronok apabila mengetahui harga yang ditawarkan jauh lebih murah sekali gus membolehkan saya membeli beberapa koleksi minyak wangi yang digemari, ujar Norfalia yang kemudian terus mempromosikan produk D & N Fragrances kepada rakan-rakannya.Kini, dia merupakan salah seorang daripada lebih 30 ejen berdaftar yang aktif mempromosi dan menjual minyak wangi jenama tersebut kepada orang ramai.Malah, bukan sahaja rakan-rakan, tetapi pelanggan yang berkunjung ke restorannya juga akan dimaklumkan tentang kelebihan pewangi D & N Fragrances dan dibawa melawat kedai tersebut.Saya promosi kerana yakin dengan kualiti produk dari aspek ketahanan bau dan pilihan yang pelbagai. Jika tidak, saya pun tak berani untuk berbuat demikian, terang Norfalia yang menggemari pewangi inspirasi Dior, Addict 2.Pengurus Pemasaran D & N Fragrances, Nor Lizah Mohd. Sah, 32, memberitahu, jualan produk bagi jenama pewangi tersebut sebenarnya telah pun dijalankan secara dalam talian bermula awal tahun 2013.Apabila melihat sambutan yang diterima daripada pelanggan sangat menggalakkan, beliau akhirnya membuat keputusan untuk membuka sebuah kedai yang berlokasi di Jalan Reko, Kajang, Selangor.Sebelum ini kami hanya menjadikan laman Facebook dan Instragram sebagai medium untuk menjual produk D&N Fragrances.Alhamdulillah, kini kami melangkah setapak lagi apabila membuka kedai yang membolehkan pelanggan datang dan melihat sendiri variasi produk yang ditawarkan, kata Nor Lizah ketika ditemui Kosmo! di Kajang, Selangor baru-baru ini.Tambah beliau, antara keistimewaan D & N Fragrances ialah mereka menawarkan haruman dalam tiga bentuk pemakaian iaitu gel, losen dan semburan.Oleh itu, bagi setiap haruman, ia didatangkan dalam satu set yang mengandungi ketiga-tiganya. Namun, jika pelanggan mahu mendapatkan produk secara single piece, ia terpulang kepada mereka.Kami hanya menawarkan inovasi dalam pemakaian haruman dan pewangi. Biasanya varian pewangi semburan akan digunakan untuk ke pejabat manakala losen dan gel pula lebih kepada kegunaan pada waktu pagi dan di sebelah malam.Paling penting, kami mahu pengguna lebih yakin dengan penampilan diri apabila memakai wangian dalam menjalani rutin seharian, ungkap anak kelahiran Melaka ini lagi.Diinspirasikan daripada wangian jenama terkemuka dunia, kewujudan D & N Fragrances bukan dilakukan secara semberono.

Sebaliknya, pengeluar jenama ini turut melakukan kajian tersendiri dalam pemakaian minyak wangi dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Menurut Pengurus Operasi D & N Fragrances, Mohd. Khairuldi Ab. Halim, kajian yang dilakukan oleh pihaknya menunjukkan ada antara pewangi yang tidak sebati hingga menyebabkan harumannya tidak tersebar apabila disembur.Selain itu, pengguna juga akan rasa melekit apabila berpeluh ketika memakai minyak wangi tertentu. Tidak ketinggalan, ada juga yang memberi maklum balas bahawa minyak wangi yang disembur pada pakaian meninggalkan kesan pada baju atau tudung yang dipakai.SambutanRespons sebegini membuatkan kami mendapat ilham untuk menghasilkan pewangi yang boleh digunakan dalam tiga kaedah seperti yang dimaklumkan oleh Nor Lizah.Sama ada gel, losen mahu pun semburan, pengguna boleh memilih cara yang mereka sukai dalam pemakaian minyak wangi, terang Mohd. Khairuldi yang memberitahu, jenama produk mereka menggunakan pati minyak wangi daripada Switzerland dan Jerman.Ironinya, Mohd. Khairuldi sebenarnya merupakan penggemar minyak wangi berjenama antarabangsa. Beliau sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan koleksi kegemarannya.Justeru, daripada minatnya itulah timbul idea untuk menghasilkan haruman inspirasi yang setanding kualitinya dengan jenama terkenal tetapi pada harga yang mampu dimiliki setiap golongan.Antara senarai pewangi yang dihasilkan ialah melalui inspirasi haruman Dunhill Desire Blue, Dunhill Desire Red, Hugo Boss, Ferrari Black, Mont Blanc Individuelle, Ralph Lauren Polo Black dan Versace Blue Jeans bagi lelaki.Bagi wanita pula ia termasuklah inspirasi haruman daripada jenama Anna Sui Secret Wish, Britney Midnight Fantasy, Escada Moon Sparkle, Gucci Flora Justin Bieber Someday dan Lady Gaga Fame.Secara keseluruhan, terdapat lebih daripada 50 jenis pewangi yang boleh dimiliki oleh pengguna di bawah jenama D & N Fragrances.Ditanya sama ada terdapat alkohol dalam produk yang dihasilkan, Mohd. Khairuldi mengakui D & N Fragrances merupakan jenis pewangi yang mempunyai elemen alkohol namun dalam jumlah yang amat kecil.Kami telah mendapatkan pandangan daripada beberapa tokoh agama dan mereka memberitahu bahawa hukum menggunakan pewangi yang beralkohol adalah harus dan boleh dibawa solat.Jadi, para pengguna tidak perlu bimbang jika mahu solat selepas menyemburkan pewangi D & N Fragrances kerana tidak salah di sisi hukum Islam, ungkap Mohd. Khairuldi yang memilih untuk menggunakan pewangi beralkohol jenis Eau De Parfum (EDP) lantaran ketahanan bau yang tinggi untuk si pemakai.PilihanPENGHASILAN minyak wangi biasanya menggunakan sedikit alkohol untuk menaikkan baunya. - Gambar hiasan

Untuk pewangi jenis semburan, terdapat dua jenis botol yang digunakan iaitu petak untuk lelaki dan bulat untuk wanita dengan isi kandungan sebanyak 35 mililiter (ml).Buat masa ini, kami telah mempunyai lebih 30 ejen bergerak di Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka.Kami juga menawarkan produk dalam bentuk hamper yang boleh dijadikan hadiah atau hantaran perkahwinan, jelas beliau.Setiap set minyak wangi D & N Fragrances yang mengandungi varian semburan, losen dan gel, dijual pada harga RM90 manakala harga biasa ialah RM28 bagi gel, RM20 (losen) dan RM45 (pewangi semburan).Di samping itu, D & N Fragrances juga menyediakan produk berupa pewangi kereta yang menggunakan pati wangian dari United Kingdom dan minyak mineral yang bersifat mesra alam.Bagi sesiapa yang berminat dan ingin menceburkan diri di dalam bidang perniagaan ini, boleh menghubungi pihak D&N Fragrances untuk maklumat lanjut.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz3VbYJOe00 Hakcipta terpelihara

Produk Ambi pure dipasaran

27 Mac 2015

Serat rotan pembebas wangianOleh YEO LI [email protected]

KAY berpendapat pewangi ruang berkualiti tinggi juga sesuai dijadikan sebagai perhiasan di dalam kediaman kontemporari masa kini.

RUANG kediaman yang bersih dan sentiasa memiliki aliran udara segar merupakan antara aspek utama bagi majoriti penghuni. Aliran udara yang segar bukan sahaja penting malah boleh mencetuskan mood berbeza kepada penghuninya.Seiring dengan peredaran zaman, pelbagai produk penyegar udara turut diperkenalkan di pasaran. Lilin-lilin terapi aroma, pewangi bilik elektronik dan potpori menjadi antara pilihan penghuni zaman kini untuk memperoleh kesan terapeutik daripada udara yang segar.Terbaru, pewangi ruang yang menggunakan serat rotan sebagai penyerap dan pembebas minyak wangi itu mula membentuk satu fenomena baru. Produk pewangi ruang rangkaian Kimono dari Abode Aroma dan Scented Space itu merupakan dua seleksi jenama penyegar udara yang menawarkan tempoh kesegaran udara yang lebih lama. Diimport dari Australia oleh Ozwin Natural Products Sdn. Bhd., produk ini hadir dalam pakej sebotol pati pewangi semula jadi dan seikat serat rotan sebagai penyerap wangian.Pengarah Eksekutif Ozwin Natural Products Sdn. Bhd., Kay Liew berkata, penggunaan pewangi ruang serat rotan berkualiti tinggi merupakan alternatif yang ringkas tetapi sesuai dengan gaya kontemporari kediaman masa kini.Pewangi ruang serat rotan adalah bebas masalah seperti asap mahupun bau lilin yang tidak menyenangkan bagi sesetengah orang.Formulasi pewangi yang digunakan juga terdiri daripada 90 peratus minyak wangi dan bebas air. Ini dapat memastikan tempoh kesegaran ruang selama 24 jam sehari bertahan selama empat hingga enam bulan bagi setiap botol pewangi, jelasnya kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di Pusat Beli-belah Hartamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.Selain itu, kedua-dua jenama pewangi udara serat rotan itu juga menawarkan pelbagai pilihan bau untuk cita rasa pengguna yang berbeza. Sama ada anda pencinta aroma buah, flora, rempah, sitrus (limau), herba mahupun kesegaran marin, setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya lima variasi pewangi bagi Abode Aroma dan tujuh aroma untuk Scented Space.Sejak diperkenalkan di Malaysia kira-kira setahun lalu, antara aroma terlaris di bawah koleksi Kimono Abode Aroma ialah Yuzu Flower dan Jasmine.

TERDAPAT dua pilihan pewangi ruang yang ditawarkan di outlet TNS Skin Lab iaitu Scented Space dan Abode Aroma Kimono.

Pengguna lelaki biasanya lebih meminati bau yang musky atau woody seperti Peppergrass. Aroma Lemongrass di bawah koleksi Scented Space juga cukup laris di kalangan pengguna yang ingin menghapuskan kehadiran nyamuk di dalam kediaman mereka, terang Kay sambil memberitahu ruang pejabat yang luas mungkin memerlukan dua botol pewangi ruang serat rotan.Tambahnya, kaedah pewangi ruang mesra alam ini menggunakan rotan-rotan yang berliang bagi membolehkan penyerapan dan pembebasan aroma menerusi gerakan kapilari. Kay mengesyorkan pengguna agar tidak meletakkan pewangi ruang di tempat yang panas atau berdekatan dengan tingkap. Tindakan ini penting bagi mengelakkan pembaziran wangian yang terbebas ke udara dengan pantas.Seorang pengguna, Penny Lai, 45, berkata, dia beralih kepada penggunaan produk penyegar udara daripada sumber semula jadi, Abode Aroma kerana ingin menghindarkan kehadiran nyamuk di dalam rumah.Lagipun, saya rasa adalah lebih selamat untuk menggunakan penyegar udara natural daripada yang elektronik. Selain memberi pelbagai pilihan wangian semula jadi kepada pelanggan, pengguna sibuk seperti saya juga tidak perlu bimbang untuk sentiasa menggantikannya dengan yang baru, katanya yang cukup berpuas hati dengan keberkesanan produk tersebut.Setakat ini, ibu kepada dua orang anak itu telah menggunakan lebih sedozen produk penyegar udara itu di beberapa ruang berbeza di dalam rumahnya sejak diperkenalkan produk tersebut sekitar tujuh bulan yang lalu. Produk pewangi itu turut direka oleh panel pereka khas itu dihasilkan mengikut aspek kawalan wangian yang ketat.Cara menggunakan pewangi ruang ini juga amat mudah. Pengguna hanya perlu memasukkan seikat serat rotan ke dalam minyak wangi. Seminggu sekali, rotan penyerap itu diterbalikkan bagi meningkatkan kadar wangian yang terbebas ke ruang udara.Serat rotan terpakai boleh dimasukkan ke dalam almari agar wangian tidak terbazir begitu sahaja, kata Kay sambil memberitahu produk ini boleh diperoleh daripada semua outlet TNS Skin Lab di seluruh negara. Harga setiap sebotol Abode Aroma (300ml) ialah RM188 dan RM126 bagi Scented Scent (126ml).

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Urban&pg=ur_03.htm#ixzz3VbYssCmJ Hakcipta terpelihara