perubatan prumedic overseas - prudential malaysia · pdf fileoverseas direka untuk menyediakan...

12
PRUmedic overseas Perluaskan jaringan keselamatan perubatan anda ke luar negara PERUBATAN Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Upload: buihanh

Post on 15-Feb-2018

292 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

PRUmedic overseasPerluaskan jaringan keselamatan perubatan anda ke luar negara

PERUBATAN

Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Page 2: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

Perluaskan jaringan keselamatan perubatan andake luar negaraDunia kita semakin saling berhubung dari kebanyakan aspek, termasuk sektor penjagaan kesihatan. Peningkatan pilihan penjagaan kesihatan yang lebih maju dan mudah telah menggalakkan pesakit mendapatkan rawatan perubatan yang lebih baik di luar negara.

Tingkatkan perlindungan anda ke tahap yang baru dengan PRUmedic overseas! Ia menyediakan perlindungan jika anda mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Singapura, Hong Kong atau China, untuk 5 penyakit yang dilindungi!

China

Hong Kong

Singapura

Page 3: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

Kesihatan yang baik adalah salah satu khazanah paling berharga dalam hidup kita. PRUmedic overseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, khusus untuk memenuhi keperluan anda dalam mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik di luar negara. Tiga negara ini merupakan antara penyedia penjagaan kesihatan terbaik di peringkat antarabangsa.

Ditarafkan No. 2 untuk sistem penjagaan kesihatan yang paling cekap pada tahun 2014 oleh Bloomberg.1

Perubatan secara peribadi melalui ujian genetik pada harga yang termampu melonjakkan pelancongan perubatan di Hong Kong.3

Sumber:1http://www.bloomberg.com/visual-data/best-and-worst/most-efficient-health-care-2014-countries2Lembaga Pelancongan Singapura (STB), 20163China Daily Asia, 20164http://www.health-traveler.com/destinations/hong-kong 5http://www.chinadaily.com.cn/china/2016-05/15/content_25287057.htm6Doctors Against Forced Organ Harvesting (DAFOH), 2016

Ditarafkan No. 1 untuk sistem penjagaan kesihatan yang paling cekap, pada tahun 2014 oleh Bloomberg.1

Bekalan darah di Singapura ditarafkan sebagai antara yang paling selamat di dunia.2

ChinaHong KongSingapura

Ubat Cina-Barat – Banyak rawatan kanser terbaikdi dunia terdapat di Hong Kong.4

Rawatan kanser merupakan kepakaran khusus yang terbaik di sana.2

China mempunyai paling ramai penderma organ berdaftar di Asia dan kedua tertinggi di peringkat global.5

Wuhan dilaporkan sebagai pusat pemindahan organ terbesar di China.6

China menjalankan lebih daripada 10,000 pemindahan setahun.6

Page 4: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

PRUmedic overseas menawarkan anda:

Manfaat sekali imbas

Had Seumur Hidupyang tinggi sehingga

RM4 juta

0

1m

2m

3m

4m

5 penyakitdilindungi

Pelan perubatan unik yang membolehkan anda

mendapatkan rawatan perubatan di luar

negara

di 3 negara

Page 5: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

1Jika pembedahan bagi penyakit yang dilindungi dijalankan di Malaysia dan bukannya di luar negara, maka Manfaat Kebajikan akan dibayar bagi setiap kemasukan ke hospital dan pembedahan yang dilakukan di Malaysia bagi 5 penyakit yang dilindungi. Sekiranya anda sudah membuat tuntutan Manfaat Kebajikan, anda tidak lagi layak membuat tuntutan manfaat lain (iaitu Manfaat Hospital & Pembedahan dan Manfaat Rawatan Pesakit Luar) bagi penyakit yang dilindungi itu. Bagi pembedahan yang tergolong di bawah dua atau lebih kategori penyakit yang dilindungi, Manfaat Kebajikan akan dibayar sekali bagi setiap kemasukan ke hospital. Sebarang tuntutan ke atas manfaat ini akan mengurangkan Had Tahunan Menyeluruh dan Had Seumur Hidup.

Apakah PRUmedic overseas?

Pembedahanberkaitan dengankanser

Pembedahansaraf

Pembedahanpintasan arterikoronari

Pembedahaninjap jantung

Pemindahan organ (pemindahan buah pinggang, paru-paru, hati, jantung,pankreas atau sumsum tulang)

Nota: Kami akan hanya membayar balik Caj Munasabah dan Lazim atas perbelanjaan berkelayakan yang dianggap sebagai Keperluan Perubatan. Pembayaran balik bagi caj yang ditanggung bagi penyakit yang dilindungi akan berdasarkan Caj Munasabah dan Lazim di Malaysia atau salah satu daripada negara yang dinyatakan dan tidak tertakluk kepada had residen 90 hari.

Apakah manfaat yang disediakan di bawah PRUmedic overseas (PMO)?

Mengenai PRUmedic overseas

Pelan

Manfaat Hospital & Pembedahana) Manfaat Bilik & Penginapan Harian Hospital (120 hari setahun)b) Manfaat Unit Rawatan Rapi (30 hari setahun)c) Manfaat Pembedahand) Manfaat Dalam Hospital & Khidmat Berkaitan

Manfaat Rawatan Pesakit Luara) Manfaat Rawatan Sebelum Masuk Hospital (dalam tempoh 30 hari sebelum masuk hospital)b) Manfaat Rawatan Selepas Keluar Hospital (dalam tempoh 90 hari selepas keluar hospital) c) Manfaat Penjagaan oleh Jururawat Di Rumah (Maksimum 180 hari seumur hidup)d) Manfaat Pembedahan Hariane) Manfaat Rawatan Kanser

Manfaat Kebajikan1

Had Tahunan Menyeluruh

Had Seumur Hidup

Manfaat Amaun Manfaat (RM)

PMO Gold

Seperti yangDikenakan

Seperti yangDikenakan

Seperti yangDikenakan

Seperti yangDikenakan

5,000

200,000

2,000,000

PMO Platinum

10,000

400,000

4,000,000

PRUmedic overseas adalah rider perubatan premium tetap berkaitan pelaburan yang membayar balik perbelanjaan perubatan yang ditanggung bagi kemasukan hospital dan rawatan pesakit luardi Singapura, Hong Kong dan China untuk penyakit dilindungi yang berikut:

111

222

Page 6: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

Siapa layak untuk pelan ini?

PRUmedic overseas disediakan untuk sesiapa yang berumur antara 1 hingga 70 tahun pada hari lahir mereka yang berikutnya.

Berapakah premium yang harus saya bayar?

Jumlah premium yang perlu anda bayar dan tempoh polisi berbeza-beza, bergantung kepada keperluan manaja jamin kami. Anda diberi tempoh tangguh selama satu bulan untuk pembayaran sebarang premium. Premium boleh dibayar sepanjang tempoh pelan sehingga umur luput yang dipilih.

Kami akan memperuntukkan sebahagian daripada premium untuk membeli unit-unit di dana pelaburan yang anda laburkan. Sebarang jumlah yang tidak diperuntukkan akan digunakan untuk membayar komisen kepada ejen/perancang kewangan dan perbelanjaan lain. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada peruntukan premium yang ditunjukkan dalam Ilustrasi Jualan.

Premium boleh dibayar secara tahunan, setengah tahun, suku tahun atau bulanan melalui Auto Debit, Kad Kredit/Debit, atau Tunai/Cek.

Bagaimana saya boleh menyertai PRUmedic overseas?

Anda mestilah menyertai PRUvalue med atau PRUhealth dahulu sebelum anda boleh membeli PRUmedic overseas.

Bagaimanakah saya boleh bermula dengan PRUmedic overseas?

333

444

555

666

Sila maklum ini ialah produk insurans yang dikaitkan dengan prestasi aset pendasar dan bukan produk pelaburan tulen seperti unit amanah.

Pilih pelan perubatan asas:

PRUvalue med PRUhealth

Langkah 1

Pilih pelan di bawah PRUmedic overseas:

PMO Gold PMO Platinum

Langkah 2

Tentukan Umur Luput:

*Hanya boleh didapati jika PRUvalue med dipilih.

70 tahun 80 tahun90 tahun* 100 tahun

Langkah 3

Mengenai PRUmedic overseas

Page 7: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

Nota: Kadar premium bagi Kelas Pekerjaan 3 & 4 adalah 1.25 & 1.5 kali premium untuk Kelas Pekerjaan 1 & 2. Kadar premium berdasarkan risiko standard dan tertakluk kepada pengunderaitan.

Lampiran

Kadar Premium Tahunan PRUmedic overseas bagi Kelas Pekerjaan 1 & 2. Kadar premium adalah berdasarkan risiko standard dan tertakluk kepada pengunderaitan.

Umur Kemasukan Hari Jadi Berikutnya

Umur Luput 70

Umur Luput 80

Umur Luput 90

Umur Luput 100

Umur Luput 70

Umur Luput 80

Umur Luput 90

Umur Luput 100

Pelan PMO Gold PMO Platinum

1 – 15 371 418 559 613 503 567 759 831 16 – 20 422 478 643 704 572 650 873 956 21 – 25 477 547 738 808 647 746 1,004 1,099 26 – 30 518 632 854 934 704 864 1,163 1,270 31 – 35 643 737 993 1,082 877 1,008 1,354 1,474 36 – 40 710 867 1,161 1,260 968 1,186 1,585 1,716 41 – 45 793 1,015 1,352 1,459 1,088 1,390 1,845 1,987 46 – 50 1,002 1,209 1,590 1,701 1,376 1,656 2,169 2,316 51 – 55 1,094 1,394 1,824 1,942 1,502 1,909 2,487 2,643 56 – 60 1,341 1,769 2,167 2,235 1,840 2,420 2,952 3,039 61 – 65 1,826 2,429 2,508 2,495 3,304 3,407 66 – 70 2,527 2,798 3,137 3,447 3,801 4,255

Page 8: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

Pengecualian

Kami tidak akan membayar mana-mana kemasukan ke dalam hospital atau caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian, oleh salah satu daripada peristiwa berikut:

1. Keadaan sedia ada.2. Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama perlindungan berterusan. (a) Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit Kardiovaskular. (b) Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu karang dalam sistem kencing dan sistem hempedu. (c) Semua keadaan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak. (d) Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele. (e) Endometriosis termasuk penyakit sistem Pembiakan. (f) Gangguan vertebro-spina (termasuk diska) dan penyakit lutut.3. Sebarang keadaan perubatan atau fizikal atau sebarang keadaan neonatal perubatan atau fizikal

termasuk trauma kelahiran (kecederaan fizikal yang dialami oleh bayi semasa lahir atau kejutan psikologi yang dialami oleh bayi semasa lahir) yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan Hayat Yang Diinsuranskan, tarikh penguatkuasaan semula atau tarikh kelahiran, mana-mana yang terkemudian.

4. Pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembiasan atau pembetulan penglihatan dekat secara pembedahan (Keratotomi Radial) serta penggunaan atau pemerolehan peralatan atau peranti prostesis luaran seperti anggota palsu, alat bantu pendengaran, perentak jantung yang diimplan dan preskripsinya.

5. Keadaan pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan mulut.6. Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan oleh Jururawat Di Rumah), rehat

pulih atau penjagaan sanitasi, dadah haram, intoksikasi, pemandulan, penyakit kelamin dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, serta sebarang penyakit boleh berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

7. Sebarang rawatan atau pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

8. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk bersalin secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan pranatal atau posnatum, kaedah kawalan kelahiran melalui pencegahan hamil secara pembedahan, mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan dengan ketaksuburan, disfungsi erektil serta ujian atau rawatan berkaitan dengan mati pucuk atau pemandulan.

9. Kemasukan ke hospital terutamanya bagi tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan X-ray, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosikan dengan penyakit dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan dan sebarang rawatan pencegahan, ubat-ubatan atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan.

10. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan semasa siuman atau tidak siuman.

Page 9: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

11. Peperangan atau sebarang tindakan peperangan, sama ada diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti penjenayah atau pengganas, bertugas dengan aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau penderhakaan.

12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan daripada sebarang bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada sebarang bahan senjata nuklear.

13. Perbelanjaan yang terlibat untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Hayat Yang Diinsuranskan dan kos perolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma semasa pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Penyiasatan dan rawatan penyakit tidur dan berdengkur, terapi penggantian hormon dan terapi alternatif seperti rawatan, khidmat dan bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, refleksologi, pembetulan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan alternatif lain.

15. Penjagaan atau rawatan yang tidak memerlukan bayaran atau sehingga ke tahap yang akan dibayar oleh mana-mana insurans atau tanggung rugi lain yang melindungi Hayat yang Diinsuranskan dan Penyakit Dilindungi daripada tugas pekerjaan atau profesion yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans Pampasan Pekerja.

16. Gangguan psikotik, mental atau saraf (termasuk sebarang neurosis serta manifestasi psikologi atau psikomatiknya).

17. Kos/perbelanjaan perkhidmatan yang bukan bersifat perubatan, seperti televisyen, telefon, perkhidmatan teleks, radio atau kemudahan seumpamanya, kit/pek masuk hospital dan butiran bukan perubatan lain yang tidak layak.

18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada sebarang jenis perlumbaan (kecuali lumba lari atau lumba jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan peralatan pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

19. Penerbangan persendirian selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual yang dilesenkan untuk membawa penumpang melalui laluan yang tetap.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada Dokumen Polisi untuk pengecualian utama di bawah produk ini.

ANDA SEHARUSNYA BERPUAS HATI BAHAWA POLISI INI AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA DENGAN SEBAIKNYA. ANDA HARUS MEMBACA DAN MEMAHAMI POLISI INSURANS INI DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU MENGHUBUNGI SYARIKAT INSURANS DENGAN TERUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT. ADALAH PENTING UNTUK ANDA MENYIMPAN SEMUA RESIT YANG ANDA TERIMA SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN PREMIUM.

Page 10: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

Nota-nota Penting

• PRUmedic overseas bukan produk mematuhi Syariah.

• Risalah ini hanya bagi tujuan ilustrasi sahaja. Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada Lembaran Pendedahan Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli sesuatu pelan, serta merujuk terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk butir-butir mengenai ciri-ciri penting pelan itu.

• Anda hendaklah menaksir kemampuan bayar dan kesesuaian produk berkaitan dengan matlamat kewangan dan selera risiko anda. Untuk berbuat demikian, kami nasihatkan anda supaya berbincang dengan ejen atau Perancang Kewangan anda yang akan membuat analisis keperluan dan membantu anda membuat keputusan termaklum.

• Tempoh tinjauan percuma selama 15 hari selepas polisi diserahkan kepada anda untuk membolehkan anda mengkajinya semula bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda. Jika polisi (yang PRUmedic overseas dilampirkan) dibatalkan dalam tempoh ini, nilai unit (pada hari penetapan harga berikut) bersamaan premium yang tidak digunakan, caj perkhidmatan, caj insurans dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) (jika ada) akan dipulangkan setelah menolak perbelanjaan perubatan.

• Tidak membayar premium boleh menyebabkan polisi ini luput.

• Jika anda membatalkan polisi (yang PRUmedic overseas dilampirkan) pada awal tahun, anda mungkin tidak dapat nilai penuh daripada amaun yang telah dibayar. Apabila polisi diserah balik, manfaat di bawah PRUmedic overseas akan luput.

• Anda perlu maklumkan kami jikalau ada perubahan pekerjaan, kegemaran atau aktiviti sukan kerana ia mungkin memberi kesan terhadap premium, terma, syarat dan manfaat.

• PRUmedic overseas dijamin dapat diperbaharui tetapi kadar premium dan/atau caj insurans tidak dijamin. Kami berhak menyemak kadar premium dan/atau caj insurans pada ulang tahun polisi dengan memberi notis 30 hari.

• Perlindungan sehingga umur luput tertakluk kepada dana yang mencukupi untuk caj insurans dan caj perkhidmatan.

• Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah sebuah syarikat insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Prudential Assurance Malaysia BerhadAhli PIDM

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sesetengah manfaat yang diinsuranskan di bawah polisi insurans yang ditawarkan oleh PAMB dilindungai daripada kerugian sebahagian atau kesemua manfaat insurans oleh PIDM, sekiranya ada kemungkinan berlaku kegagalan di pihak penanggung insurans yang menjadi ahlinya. Untuk butir-butir lanjut mengenai had dan skop perlindungan, sila dapatkan risalah maklumat PIDM daripada PAMB atau layari laman web PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).

Page 11: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

Halaman ini sengaja dibiarkan kosong.

Page 12: PERUBATAN PRUmedic overseas - Prudential Malaysia · PDF fileoverseas direka untuk menyediakan manfaat yang bernilai, ... 12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan

Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U)

Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 03-2116 0228 Faks: 03-2032 3939Emel: [email protected]

www.prudential.com.my

06/2016Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.