pertandingan portable cooking with nature

3
KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2006 PERTANDINGAN PORTABLE COOKING WITH NATURE 1. TEMA : COOKING WITH NATURE 2. TAJUK : PERTANDINGAN TENAGA SOLAR UNTUK MEMASAK 3. AKTIVITI : Pertandingan mencipta peralatan memasak air menggunakan sumber tenaga solar. 4. OBEJKTIF : a) Memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan dengan sumber-sumber tenaga alternatif b) Menggalakkan kempen Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (REEE) di kalangan warga pendidikan dan masyarakat. c) Memupuk budaya reka cipta dan inovasi di kalangan pelajar d) Mempertingkatkan keterampilan dan keyakinan dan semangat kerjasama di antara pelajar dalam satu pasukan. e) Menyemai rasa tanggung jawab terhadap penggunaan tenaga secara cekap dan bijaksana. 5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN a) Pertandingan dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah. b) Penyertaan adalah secara berkumpulan tiga orang dengan seorang guru pembimbing bagi setiap kumpulan. c) Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing. d) Setiap negeri dibenarkan menghantar satu pasukan. e) Alat yang dibina adalah untuk memasak air. Saiz bekas air hendaklah mampu menampung isipadu sekurang-kurangnya 500 ml air. Ia perlu dilengkapi dengan thermocouple untuk mengesan kenaikan suhu (perubahan suhu) f) Peserta bebas menentukan reka bentuk, saiz atau bahan yang digunakan. g) Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja. h) Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu Borang pendaftaran Pertandingan. Borang penyertaan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada pihak pengelola. i) Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk buku penerangan projek (buku brief) dan hendaklah disertakan dengan setiap projek. Pendokumentasian perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya. j) Perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. k) Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan. l) Produk pertandingan adalah milik pasukan dan ia boleh dibawa balik setelah selesai pertandingan. m) Untuk maklumat tambahan, peserta boleh melayari laman web : 1) http://solarcooking.org/ 2) http://home.earthlink.net/ 6. PENGHAKIMAN Penghakiman akan dijalankan berdasarkan kepada perkar-perkara berikut :- a) Kefungsian peralatan (30%) alat akan diuji untuk memasak air dalam masa yang akan ditetapkan.

Upload: amri-dgreat

Post on 27-Sep-2015

37 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pertandingan

TRANSCRIPT

PERTANDINGAN TENAGA SOLAR UNTUK MEMASAK

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2006

PERTANDINGAN PORTABLE COOKING WITH NATURE1.TEMA

:COOKING WITH NATURE2.TAJUK

:PERTANDINGAN TENAGA SOLAR UNTUK MEMASAK

3.AKTIVITI:Pertandingan mencipta peralatan memasak air menggunakan

sumber tenaga solar.4.OBEJKTIF:a)Memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan

dengan sumber-sumber tenaga alternatif

b) Menggalakkan kempen Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (REEE) di kalangan warga pendidikan dan masyarakat.

c) Memupuk budaya reka cipta dan inovasi di kalangan pelajar

d) Mempertingkatkan keterampilan dan keyakinan dan semangat kerjasama di antara pelajar dalam satu pasukan.

e) Menyemai rasa tanggung jawab terhadap penggunaan tenaga secara cekap dan bijaksana.

5.SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

a) Pertandingan dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah.

b) Penyertaan adalah secara berkumpulan tiga orang dengan seorang guru pembimbing bagi setiap kumpulan.

c) Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.

d) Setiap negeri dibenarkan menghantar satu pasukan. e) Alat yang dibina adalah untuk memasak air. Saiz bekas air hendaklah mampu menampung isipadu sekurang-kurangnya 500 ml air. Ia perlu dilengkapi dengan thermocouple untuk mengesan kenaikan suhu (perubahan suhu)

f) Peserta bebas menentukan reka bentuk, saiz atau bahan yang digunakan.

g) Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja.

h) Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu Borang pendaftaran Pertandingan. Borang penyertaan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada pihak pengelola.

i) Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk buku penerangan projek (buku brief) dan hendaklah disertakan dengan setiap projek. Pendokumentasian perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya.

j) Perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.

k) Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan.

l) Produk pertandingan adalah milik pasukan dan ia boleh dibawa balik setelah selesai pertandingan.

m) Untuk maklumat tambahan, peserta boleh melayari laman web :

1) http://solarcooking.org/2) http://home.earthlink.net/6.PENGHAKIMAN

Penghakiman akan dijalankan berdasarkan kepada perkar-perkara berikut :-

a) Kefungsian peralatan (30%) alat akan diuji untuk memasak air dalam masa yang akan ditetapkan.

b) Rekaan (30%) rekabentuk yang praktikal dengan mengaplikasikan konsep-konsep sains.

c) Penggunaan bahan (20%) pemilihan bahan yang sesuai, mudah diperolehi dan kos efektif. Penggunaan bahan yang terbuang/kitar semula diberikan keutamaan.

d) Kekemasan (10%) rekaan sempurna, kemas dan cantik.

e) Buku penerangan (10%) penerangan perlulah jelas dan tepat dengan fakta sains yang betul.

f) Keputusan panel hakim adalah muktamad.

KEPERLUAN/PERSIAPAN TEMPAT PERTANDINGAN1 Tempat

a. Dataran kejat yang mendapat sinaran matahari yang terik.

b. Payung/bumbung di meja dan kerusi hakim (5 orang)

c. Kawasan pertandingan dipagar untuk mengawal kemasukan penonton ke dalam tempat pertandingan.

2 Sistem Pembesar Suara

a. 1 portable microphone untuk kegunaan hakim dan urusetia

3 Hakim

a. Bilangan hakim adalah sama ada 3 orang atau 5 orang.

b. Terdiri dari kalangan individu yang mempunyai pengetahuan berkaitan REEE, Sains dan Matematik

c. Terdiri dari kalangan mereka yang tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana pasukan.

4 Borang markah

a. Borang markah yang mencukupi untuk hakim dan ketua hakim.

b. Mesin kira perlu disediakan.

5 Keperluan lain

a. Keperluan tambahan akan dimaklumkan oleh panel hakim.

6 Jawatan Kuasa lain

a. Dibentuk mengikut keperluan dan kesesuaian pertandingan