persoalan tentang khatamun nubuwwah, nur … · 2016. 1. 9. · 4 al-‘allamah al-zarqani (m....

25
1 PERSOALAN TENTANG KHATAMUN NUBUWWAH, NUR MUHAMMAD SAW DAN AYAT RUQYAH Mohd. Khafidz Soroni ﻋﻔﺎ اﷲ ﻋﻨﻪ

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    PERSOALAN TENTANG KHATAMUN NUBUWWAH,

    NUR MUHAMMAD SAW DAN AYAT RUQYAH

    Mohd. Khafidz Soroni

    عفا اهللا عنه

  • 2

    $ # " ! وبه نستعين

    J I H G F E D K

    Khatamun Nubuwwah Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh. Soalan 1. Khatamun Nubuwwah, yang berbentuk tiga segi sering ditonjolkan dalam tareqat2. Panel Kajian Aqidah Jakim dah keluarkan kenyataan (ia sbg bidaah dan membawa syirik), ... Jawapan: Tiada khilaf di kalangan ulama tentang kewujudan Khatamun Nubuwwah (cap kenabian) pada jasad Nabi SAW. Terdapat banyak riwayat hadis yang menyebutkan dari segi kedudukan, bentuk dan saiznya. Kata al-Qurtubi: “Hadis-hadis yang sabit menunjukkan bahawa Khatamun Nubuwwah adalah sesuatu yang jelas menonjol kemerahan terdapat pada belakang bahu kiri Nabi SAW. Apabila sedikit, kadar bentuknya adalah sebesar telur burung merpati dan apabila banyak adalah besar sebuku tangan”. Namun, kita tidak akan membincangkan kesemua riwayat tersebut kerana yang akan dibincangkan di sini ialah persoalan tentang tulisan yang terkandung padanya serta khasiatnya sebagaimana yang banyak tersebar dalam kalangan masyarakat Islam. Apakah ia mempunyai sandaran dan dalilnya?

    Khatamun Nubuwwah yang popular di Nusantara berbentuk tiga segi. Namun di belahan Timur Tengah, Khatamun Nubuwwah yang popular berbentuk bulat seperti telur. Ini

  • 3

    bertepatan dengan gambaran dalam hadis-hadis yang sahih. Kemungkinan bentuk tiga segi adalah isyarat kepada saiz ukuran genggaman tangan sepertimana yang tersebut dalam satu riwayat, bukannya betul-betul bentuk tiga segi sama sebagaimana yang banyak tersebar. Kerana tiada satu riwayat pun yang menyebut ianya berbentuk tiga segi. Manakala mengenai tulisan yang terkandung padanya serta khasiatnya sudah tentu memerlukan dalil yang dapat dijadikan sandaran. Justeru, perbincangan akan dibahagi kepada dua bahagian; pertama, mengenai tulisan yang terkandung padanya dan kedua, mengenai khasiatnya. Pertama: Tulisan Yang Terkandung Pada Khatamun Nubuwwah Teks tulisan yang popular pada Khatamun Nubuwwah ialah;

    ُاهللا وحده َْ َ ُ ال شـريك له،ُ َْ َ ِ َ ُحممد عبده ورسـوله ،َ ُ ُْ ْ ُ ََ ُ َ َّتـوجه ،ٌ َ َ حيث شـئتَ ْ ِ ُ ْ ُفإنك منصـور ،َ ْ ُ َْ َ ََِّ. Maksudnya: “Allah jua yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya. Hadaplah ke mana sahaja yang engkau kehendaki, maka sesungguhnya engkau pasti dibantu”. Perbincangan mengenai riwayat tulisan yang terdapat pada Khatamun Nubuwwah ini adalah seperti berikut; i. Riwayat 1: Abu Saad ‘Abdul Malik bin Muhammad al-Kharkusyi (m. 407H) menyebut dalam kitabnya Syaraf al-Mustafa tanpa menyandarkannya kepada sebarang sumber:

    ّال إله إال اهللا وحده : روي أن اخلامت الذي كان بني كتفيه صلى اهللا عليه وسلم مثل البيضة مكتوب عليه-٣٢٢ . فإنك منصور،ال شريك له، توجه حيث شئت

    Terjemahan: “Diriwayatkan bahawa khatam yang berada di antara belikat baginda SAW adalah seperti telur burung, tertulis di atasnya: “Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Hadaplah ke mana sahaja yang engkau mahu, maka sesungguhnya engkau pasti dibantu”. Al-Hafiz Mughultay (m. 762H) dalam kitab az-Zahr al-Basim menukilkan - sepertimana disebut dalam al-Mawahib al-Ladunniyyah oleh al-‘Allamah Syihabuddin al-Qastallani (w. 923H) -:

    Terjemahan: “Dan dalam kitab at-Tirmizi al-Hakim (m. 295H): (Ia) seperti telur burung merpati, tertulis di sebelah dalamnya: “Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya”. Dan di sebelah luarnya: “Hadaplah ke mana sahaja engkau mahu, sesungguhnya engkau pasti dibantu”.

  • 4

    Al-‘Allamah al-Zarqani (m. 1122H) dalam Syarh ‘ala al-Mawahib al-Ladunniyyah menjelaskan ianya di dalam kitab Nawadir al-Usul karangan al-Hakim at-Tirmizi. Namun, saya masih belum dapat menemukannya di dalam kitab berkenaan. Sumber paling lama yang menisbahkannya kepada al-Hakim at-Tirmizi yang saya temukan setakat ini ialah sumber al-Hafiz Abu al-Khattab Ibn Dihyah al-Kalbi, pengarang al-Tanwir min Mawlid al-Siraj al-Munir (w. 633 H) – sepertimana yang dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn Kathir (w. 774H) dalam al-Bidayah wan Nihayah, al-‘Allamah Badruddin al-‘Ayni (m. 855H) dalam ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari dan al-‘Allamah Muhammad bin Yusuf al-Salihi (w. 942H) dalam Subul al-Huda wa al-Rasyad. Ibn Dihyah al-Kalbi telah menukilkan daripada al-Hakim at-Tirmizi (m. 295H) katanya: “Khatam yang berada di antara belikat Rasulullah SAW adalah seolah-olah seperti telur burung merpati, tertulis di sebelah dalamnya: “Allah yang Esa”. Dan di sebelah luarnya: “Hadaplah ke mana sahaja engkau mahu, sesungguhnya engkau dibantu”. Kata Ibn Dihyah: Ini gharib, dan dilihat munkar”.

    Bagaimanapun, Ibn Dihyah juga tidak menyebut judul kitab al-Hakim at-Tirmizi itu. Namun, beliau menyatakan bahawa orang di zamannya sudah mengingkari riwayat berkenaan. Al-Hakim at-Tirmizi sebenarnya tidak berseorangan dalam mencatatkannya. al-Hafiz ‘Abdullah ibn Yusuf al-Zayla‘i (m. 762H) dalam Nasb al-Rayah fi Takhrij Ahadith al-Hidayah dan al-Hafiz as-Suyuti (m. 911H) dalam al-Khasa’is al-Kubra telah menyebut satu riwayat panjang tentang kisah Salman RA memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Abu Nu‘aim dalam Dala’il an-Nubuwwah daripada Salman RA:

    ثنا القاسم بن فورك ثنا عبد اهللا بن حممد بن جعفرحدثنا :يف دالئل النبوة يف الباب التاسع عشربو نعيم أ قال عن أيب سلمة بن عبد الرمحن عن موسى بن سعيد الراسيب أبو معاذ ثنا سيار بن حامتثنا عبد اهللا ابن أخي زياد

    بيضة بني كتفيه خامت النبوة، كيكون احلر والعبد عنده سواء، ليس للدنيا عنده مكان، ... ": قالسلمان الفارسي، يأكل "توجه حيث شئت، فإنك منصور" :، ويف ظاهره" ال شريك له،اهللا وحده" :احلمامة، مكتوب يف باطنه

    ...".اهلدية، وال يأكل الصدقة، ليس حبقود وال حسود، ال يظلم مؤمنا وال كافرا، Inilah riwayat-riwayat yang menyebut tentang tulisan yang terdapat pada Khatamun Nubuwwah secara lengkap. Kebanyakan ulama pengkritik hadis mendaifkannya sebagaimana yang akan diterangkan kemudian. ii. Riwayat 2: Riwayat kedua ini lebih ringkas berbanding riwayat yang pertama. Menurut al-Hafiz Mughultay lagi dalam kitab az-Zahr al-Basim:

    Terjemahan: “Dan dalam Tarikh Naisabur (oleh al-Hakim): Ia seumpama gumpalan daripada daging, tertulis padanya dengan daging: Muhammad Rasulullah”.

  • 5

    Ini sama seperti riwayat Sahih Ibn Hibban:

    إسحاق حدثنا رجاء بن مرجى احلافظ بسمرقند حدثنا نصر بن الفتح بن سامل املربعي العابد أخربنا - ٦٣٠٢كان خاتم النبوة في ظهر رسول اهللا : قالابن عمر عن عطاء عنبن جريجا قاضي مسرقند حدثنا بن إبراهيم

    ."محمد رسول اهللا"صلى اهللا عليه و سلم مثل البندقة من لحم عليه مكتوب Kata al-Hafiz Nuruddin al-Haythami (m. 807H) dalam (موارد الظمآن إىل زوائد ابن حبان): “Telah terkeliru dan tercampur aduk pada sebahagian perawinya antara Khatamun Nubuwwah dengan cincin yang baginda gunakan untuk mengecop surat-surat”. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, perawi keliru tersebut ialah Ishaq bin Ibrahim, dan beliau mengkategorikannya sebagai daif. Hadis ini juga daif kerana sifat tadlis Ibn Juraij. Kata al-Hafiz Ibn Nasir ad-Din ad-Dimasyqi (m. 842H) dalam (جامع اآلثار يف السري ومولد املختار): “Ini juga batil, tidak sah. Dan yang aneh ialah pada Ibn Hibban kerana menjadikannya sahih, sedangkan orang yang dikecam ialah gurunya Nasr bin al-Fath, wallahu a‘lam. Maka, sanadnya adalah baik, kalaulah bukan kerana Nasr ini. Kata az-Zahabi: Aku duga dialah yang memalsukan hadis ini”. Namun, jika diamati dan diteliti lebih dalam, hadis ini mungkin belum lagi dapat dikategorikan sebagai palsu. Pandangan Ulama Hadis: al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (m. 852H) menyebut dalam Fath al-Bari:

    َوأما ما ورد من أ َْ َِ َ َ َ َنـها كانت كأثر حمجمََّ ِْ ََِ َ َْ َ َ َأو كالشام، َّ َّْ َ َة السوداء أو اخلضراءَ ْ َْ َْ َ ْ َّ َأو مكتوب عليـها ، ِ ََْ ُ ْ َ َّحممد رسول الله"َْ ُ َ َّ َْأو " ََُسر فأنت" ََْ ْ ُ المنصورِ َْ َأو حنو ذلك" ْ َِ َْ ْفـلم يـثبت منـها شيء، َْ َ َ ْ ِ ُ َْ ْ عبد الكرمي بن عبد [طب الدين وقد أطنب احلافظ ق ،ََ

    ا يف شرح السرية ]النور بن منري احلليب يف الزهر ] بن قليج[وتبعه مغلطاي ،]للحافظ عبد الغين[يف استيعاِْوال تـغتـر مبا وقع منـها يف صحيح ابن ، ما ذكرتهّ واحلق. من حاهلاًومل يبني شيئا] القاسميف سرية أيب[الباسم ِ َِ َِ ْ َْ َ َ ََِ َّ َ

    َّحب َ فإنه غفل حيث صحح ذلك،َانِ َِ ََ َّ َ ُ ْ َُ َ َ ُ والله أعلم،ََِّ َْ َ َُّ ـ اهـ.َTerjemahan: “Adapun apa yang warid bahawa ia (Khatamun Nubuwwah) seperti kesan berbekam, atau seperti tahi lalat hitam, atau hijau, atau termaktub di atasnya “Muhammad Rasulullah” atau “berjalanlah sesungguhnya engkau dibantu” atau sebagainya, maka tiada satu pun yang sabit daripadanya. Al-Hafiz Qutbuddin (m. 735H) telah begitu panjang lebar merekodkannya di dalam Syarh as-Sirah, serta diikuti oleh Mughultay (m. 762H) dalam kitab az-Zahr al-Basim, namun beliau tidak menjelaskan sedikit pun tentang hal keadaannya. Yang hak adalah apa yang telah saya sebutkan, dan janganlah anda terkesan dengan apa yang terdapat mengenainya dalam Sahih Ibn Hibban, kerana beliau telah terlalai semasa mensahihkannya. Wallahu a‘lam”. Antara ulama yang menyebut dan menyepakati pandangan al-Hafiz Ibn Hajar ini ialah;

  • 6

    1. al-Hafiz as-Suyuti (m. 911H) dalam Zahr al-Khama’il ‘ala as-Syama’il. 2. Al-‘Allamah Syihabuddin al-Qastallani (w. 923H) dalam al-Mawahib al-Ladunniyyah bi

    al-Minah al-Muhammadiyyah. 3. Al-‘Allamah Muhammad bin Yusuf al-Salihi (w. 942H) dalam Subul al-Huda wa al-

    Rasyad. Beliau menambah: “Kata al-Qutb dalam kitab al-Mawrid dan al-Muhib bin as-Syihab bin al-Ha’im dalam kitab al-Ghurar: Ianya hadis batil”.

    4. Al-‘Allamah Ibn Hajar al-Haitami (w. 974H) dalam Asyraf al-Wasa’il ila Fahm as-Syama’il.

    5. al-Mulla ‘Ali bin Sultan al-Harawi al-Qari (m. 1014H) dalam (مجع الوسائل يف شرح الشمائل). 6. Al-‘Allamah ‘Abdur Ra’uf al-Munawi (w. 1031H) dalam Faidh al-Qadir. 7. Al-‘Allamah al-Zarqani (m. 1122H) dalam Syarh ‘ala al-Mawahib al-Ladunniyyah.

    Katanya: “... bahkan sesetengahnya batil dan sesetengahnya daif, maka tidak ada makna untuk menyebutnya serta mendiamkannya”.

    8. Syeikh ‘Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar (Fatawa al-Azhar: 8/125). 9. ‘Allamah Tanta Sayyidi al-‘Arif billah Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib (m. 1406H)

    dalam Syarh as-Syama’il al-Muhammadiyyah. 10. Syeikh ‘Abdullah bin Sa‘id al-Lahji al-Hadhrami al-Makki (m. 1410H) dalam ( منتهى السؤل

    .(على وسائل الوصول إىل مشائل الرسول صلى اهللا عليه وآله وسلم11. dan lain-lain. Sebagaimana yang dapat dilihat, ramai ulama hadis sufi seperti yang tertera di atas menerima dan berpegang dengan kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar. Kedua: Mengenai Khasiat Khatamun Nubuwwah Antara sumber popular yang menyebut tentang khasiatnya ialah sumber Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi (w. 1315H) yang menyebut dalam kitab Madarij as-Su‘ud ila Iktisa’ al-Burud (hlm. 52)1:

    1 Ia syarah kepada Maulid al-Barzanji oleh as-Sayyid Ja'far bin Hasan al-Barzanji (w. 1177 H).

  • 7

    Maksudnya: Berkata az-Zarqani: Tertulis pada sebelah dalamnya “Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, Muhammad hamba-Nya dan Rasul-Nya”. Dan di atas belakangnya pada sebelah kanan: “Hadaplah ke mana sahaja engkau mahu” dan pada sebelah kiri pula: “Sesungguhnya engkau pasti dibantu”. Dan inilah misalnya; … (iaitu seperti di atas). Ianya mempunyai beberapa khasiat, sepertimana yang dinukilkan daripada at-Tirmizi r.a. katanya: “Sesiapa yang berwuduk dan melihat kepadanya pada waktu Subuh, Allah Taala akan memeliharanya hingga ke petang. Dan sesiapa yang melihat kepadanya pada waktu Maghrib, Allah Taala akan memeliharanya hingga ke waktu pagi. Dan sesiapa yang melihat kepadanya pada awal bulan, Allah Taala akan memeliharanya hingga ke akhir bulan tersebut. Dan sesiapa yang melihat kepadanya pada awal tahun, Allah Taala akan memeliharanya hingga ke akhir tahun tersebut dari bala bencana dan kebinasaan. Dan sesiapa yang melihat kepadanya pada waktu bermusafir, maka perjalanannya itu akan diberkati. Dan sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka Allah akan mematikannya dengan iman. Bahkan aku berharap kepada Allah Taala, sesiapa yang melihat kepadanya dengan benar-benar rasa kasih dan keimanan dalam seumur hidupnya sekali, Allah Taala akan memeliharanya dari semua perkara yang ia benci sehinggalah ia bertemu Allah Taala”. Dalam petikan itu, Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani tidak pun menyebutkannya sebagai ‘hadis’ sebagaimana yang tersebar di kalangan segelintir masyarakat. Beliau hanya merujukkannya sebagai kata-kata at-Tirmizi sahaja. Dan sebaiknya juga beliau sebut sebagai ‘al-Hakim at-Tirmizi’ agar orang tidak terkeliru dengan Imam Abu ‘Isa at-Tirmizi, pengarang kitab Sunan. Namun, sehingga kini saya masih belum dapat menemukan kedudukan asal kata-kata al-Hakim at-Tirmizi tersebut sepertimana yang dipetik oleh Syeikh Muhammad Nawawi. Maka menisbahkannya sebagai hadis Nabi SAW adalah satu kesalahan besar yang perlu diperbetulkan. Oleh kerana belum dapat dipastikan sumber asal kata-kata tersebut sama ada daripada kata-kata al-Hakim at-Tirmizi atau lain-lain, maka ada baiknya ditawaqqufkan (ditangguhkan keputusannya) dahulu dan tidak terus disebarkan. Dua Hadis Aneh Tersebar di internet dua buah hadis palsu yang menyebut tentang khasiat Khatamun Nubuwwah yang disandarkan kepada sebuah sumber yang sangat aneh dan pelik bagi saya. Iaitu pertama, kononnya sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah/Mahamataniah (?), yang bermaksud: "Sesiapa yang menjadikan lukisan Khatamun-Nubuwwah aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab." Kedua, dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Bermula rumah yang ada lukisan Khatamun-Nubuwwah aku di dalamnya, maka dipelihara oleh Allah baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh Allah kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."

  • 8

    Kedua-duanya jelas merupakan hadis palsu dan haram menyebarkannya. Jika tidak sudah tentu ia turut dibincangkan oleh semua ulama hadis handalan yang telah saya sebutkan nama-nama mereka sebelum ini, lengkap dengan tahun-tahun kewafatan mereka supaya kita memahami isu yang berlaku bukan di dalam zaman kita sahaja. Rumusan: Setelah dijelaskan kedudukan tulisan Khatamun Nubuwwah dan khasiatnya, maka saya berpendapat pengamalannya yang sebenar adalah merujuk kepada ilmu hikmah, bukan merujuk kepada sumber hadis atau wahyu. Pengamalan ilmu-ilmu hikmah ini banyak berdasarkan kepada mujarrabat (pengalaman rohani yang terbukti). Hal ini menjadi perselisihan di kalangan para alim ulama antara yang mengharuskannya dan yang melarangnya. Mereka yang mengharuskan mungkin kerana mengambil pandangan bahawa hadisnya tidak palsu dan kerana berpendapat ruqyah, azimat atau wafaq yang mengandungi ayat-ayat yang boleh difahami dan tidak bercanggah dengan syarak adalah dibolehkan. Justeru, ada yang menggantung rajah Khatamun Nubuwwah ini di rumah sebagai wafaq dan tawasul kepada Allah SWT. Dan ada yang menjadikannya wirid dan zikir dalam amalan tertentu, malah juga dalam rawatan. Ia termasuk dalam bab doa, usaha dan ikhtiar, bukannya dalam bab kepercayaan akidah dan iman. Manakala mereka yang melarangnya pula kerana mengambil pandangan bahawa hadisnya palsu dan kerana berpendapat ruqyah, azimat atau wafaq yang bertulis walaupun difahami adalah dilarang dan tidak dibolehkan oleh syarak. Ia termasuk dalam bab kepercayaan akidah dan iman, bukan sekadar bab doa, usaha dan ikhtiar. Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-45/2012 telah memutuskan bahawa kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" dengan gambar rajah tertentu, tulisan tertentu dan khasiat tertentu adalah tidak mempunyai sebarang asas daripada al-Qur'an dan al-Sunnah. Kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" seperti yang dinyatakan adalah perbuatan khurafat dan bid'ah munkarah serta boleh membawa kepada syirik. Saya yakin, kesemuanya sepakat percaya bahawa tiada yang dapat memberi manfaat atau mudarat melainkan hanya Allah SWT semata-mata. Justeru, saya memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak secara umum rata dan perlu melihat setiap kes secara khusus. Maksudnya sebagai contoh, mereka yang percaya dengan khasiat "Khatamun Nubuwwah" tersebut seolah-olah ianya sah daripada Nabi SAW dan yakin betul ia dapat memberi perlindungan serta jahil tentang isi kandungannya, maka hal sebegini memang boleh membawa kepada syirik. Adapun mereka yang sekadar berharap dengan keberkatan "Khatamun Nubuwwah" tersebut dan tidak menganggapnya benar-benar sah daripada Nabi SAW serta faham tentang isi kandungannya, maka hal sebegini belum lagi membawa kepada syirik. Bagaimana boleh jadi syirik? Sedangkan isi kandungannya menyeru supaya mentauhid dan mengesakan Allah SWT. Wallahu a‘lam.

    -------------------------

  • 9

    Hadis Nur Muhammad SAW Soalan 2. Adakah 'ulama' hadith yang tidak memawdhu'kan hadith nur Muhammad itu, kata seorang guru, Syaikh Soleh Ja'fari mendha'ifkannya. Jawapan: Saya kongsikan sahaja apa yang telah saya tulis sebelum ini dan agak panjang lebar. Topik Nur Muhammad SAW ini telah menjadi perbincangan penting di kalangan sebahagian ulama mutaakhirin dalam membincangkan kemuliaan dan keunggulan baginda Nabi SAW. Ia bersumberkan kepada sebuah riwayat hadis yang disandarkan kepada Nabi SAW sendiri. Ramai ulama yang menisbahkan hadis nur Muhammad SAW kepada riwayat al-Hafiz Abu Bakr 'Abdur Razzaq bin Humam bin Nafi' as-San`ani di dalam kitab Musannafnya daripada Jabir RA. Namun, benarkah begitu? Teks popularnya berbunyi:

    . يا جابر، ما خلق اهللا نور نبيكُلّأو“Makhluk pertama yang diciptakan oleh Allah adalah nur (cahaya) Nabimu, wahai Jabir.” Berikut adalah teks penuhnya serta perbahasan lanjut mengenainya.

    يا رسول اهللا، : قلت: عنهما قال عن جابر بن عبد اهللا األنصاري رضي اهللاهروى عبد الرزاق يف مصنفه بسنديا جابر، إن اهللا تعالى خلق قبل األشياء نور : ألشياء؟ قالاَّبأيب أنت وأمي، أخربين عن أول شئ خلقه اهللا قبل

    نبيك من نوره، فجعل ذلك النور يدور بالقدرة ما شاء اهللا، ولم يكن في ذلك الوقت لوح وال قلم وال جنة اء وال أرض، وال شمس وال قمر، وال جني وال إنسي، فلما أراد اهللا تعالى أن وال نار، وال ملك وال سم

    يخلق الخلق قسم ذلك النور أربعة أجزاء، فخلق من الجزء األول القلم، ومن الثاني اللوح، ومن الثالث العرش، ثم قسم الجزء الرابع أربعة أجزاء، فخلق من األول حملة العرش، ومن الثاني الكرسي، ومن

    ثالث بقية المالئكة، ثم قسم الرابع إلى أربعة أجزاء، فخلق من الجزء األول السموات، ومن الثاني الاألرضين، ومن الثالث الجنة والنار، ثم قسم الجزء الرابع أربعة أجزاء فخلق من األول نور أبصار

    سنتهم وهو التوحيد، ال إله ومن الثالث نور أل. المؤمنين، ومن الثاني نور قلوبهم، وهي المعرفة باهللا تعالى . كذا يف املواهب اللدنية من غري ذكر سند احلديث،احلديث. إال اهللا محمد رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم

    Terjemahan: Diriwayatkan oleh `Abd ar-Razzaq dengan sanadnya daripada Sayyidina Jabir bin `Abdullah al-Ansari RA yang berkata: "Wahai Rasulallah, demi ayah dan ibuku yang menjadi tebusan bagimu, khabarkanlah kepadaku mengenai perkara pertama yang diciptakan Allah sebelum

  • 10

    segala sesuatu." Baginda s.a.w. menjawab: "Wahai Jabir, bahawasanya Allah Taala telah mencipta, sebelum segala sesuatu, akan nur nabimu daripada nurNya (yakni nur yang menjadi milikNya). Lalu nur tersebut berputar dengan kuasa kudrat menurut sekehendak Allah, dan belum ada pada waktu itu lauh, qalam, syurga, neraka, malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin mahu pun manusia. Ketika Allah Ta`ala berkehendak untuk menciptakan makhluk, Dia membahagikan nur tersebut kepada empat bahagian, maka Dia menjadikan daripada bahagian pertama qalam, dan daripada bahagian kedua lauh, dan daripada bahagian ketiga ‘arsy. Kemudian Dia membahagikan bahagian keempat kepada empat bahagian lagi, lalu Dia menciptakan daripada bahagian pertama akan malaikat penanggung/pemikul ‘arsy, dan daripada bahagian kedua kursi, dan daripada bahagian ketiga malaikat-malaikat lain. Kemudian Dia membahagikan pula bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu Dia menjadikan daripada bahagian pertama akan segala langit; dan daripada bahagian kedua akan segala bumi; dan daripada bahagian ketiga syurga dan neraka. Kemudian Dia membahagikan lagi bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu Dia menciptakan daripada bahagian pertama cahaya (nur) pandangan orang-orang mukmin; dan daripada bahagian kedua cahaya (nur) hati-hati mereka, iaitu ma'rifah billah ta`ala (yakni mengenal akan Allah Ta`ala); dan daripada bahagian ketiga cahaya (nur) ucapan mereka, iaitulah tauhid; La Ilaha illa Allah, Muhammadur Rasulullah SAW." Satu lagi versi yang dikatakan riwayat ‘Abd al-Razzaq berbunyi;

    شئ خلقه اهللا عن أول - صلى اهللا عليه وسلم - سألت رسول اهللا: قال - رضي اهللا عنه - عن جابرروي ، وحني خلقه أقامه خلق فيه كل خري وخلق بعده كل شئ يا جابر؛ خلقه اهللا مث،هو نور نبيك: ((تعاىل؟ فقال

    فخلق العرش من قسم، والكرسي من قسم، : قدامه من مقام القرب اثين عشر ألف سنة، مث جعله أربعة أقسامم الرابع يف مقام احلب اثين عشر ألف سنة ، مث وأقام القس، ومحلة العرش من قسم، وخزنة الكرسي من قسم

    ، وأقام القسم الرابع يف مقام اخلوف لق القلم من قسم ، واللوح من قسم، واجلنة من قسمفخ: جعله أربعة أقسام ، القمر والكواكب من جزءة من جزء، والشمس من جزءخلق املالئك: ر ألف سنة، مث جعله أربعة أجزاءاثين عش

    من جزء، والعلم فخلق العقل: ر ألف سنة، مث جعله أربعة أجزاءلرابع يف مقام الرجاء اثين عشوأقام اجلزء ا.، مث نظر اهللا يف مقام احلياء اثين عشر ألف سنةوأقام اجلزء الرابع ، ، والعصمة والتوفيق من جزءواحلكمة من جزء

    ، فخلق اهللا من ألف قطرة من النور أربعة وعشرون منه مائة ألفت، فقطرً إليه، فرتشح النور عرقا-عز وجل-سعداء والشهداء وال ، فخلق اهللا من أنفاسهم األولياء رسول، مث تنفست أرواح األنبياءكل قطرة روح نيب أو روحي، والكروبيون من نوري، والروحانيون فالعرش والكرسي من نور: هناابن عريبزاد [، واملطيعني إىل يوم القيامة

    ، والشمس والقمر جلنة وما فيها من النعيم من نوري، ومالئكة السموات السبع من نوريوا، واملالئكة من نوري، والشهداء والسعداء والصاحلون وأرواح الرسل واألنبياء من نوري، نوري، والعقل والتوفيق من نوريوالكواكب من

  • 11

    ، لرابع يف كل حجاب ألف سنةاجلزء امث خلق اهللا اثين عشر ألف حجاب فأقام اهللا نوري، وهو ]من نتاج نوريوالسكينة حجاب الكرامة، والسعادة، واهليبة، والرمحة، والرأفة، والعلم، واحللم،: وهيوهي مقامات العبودية نور من احلجب ركبه ، فلما أخرج اهللا ال ذلك النور يف كل حجاب ألف سنة، فغمس اهللاوالصرب والصدق واليقني

    ن األرض مث خلق اهللا آدم م، ا بني املشرق واملغرب كالسراج يف الليل املظلم، فكان يضيء منها ماهللا يف األرض، ومن طيب إىل طاهر إىل أن يث، وكان ينتقل من طاهر إىل طيب، مث انتقل منه إىل شفركب فيه النور يف جبينه

    دنيا فجعلين ، مث أخرجين إىل الاهللا صلب عبد اهللا بن عبد املطلب، ومنه إىل رحم أمي آمنة بنت وهبأوصله .))كان بدء خلق نبيك يا جابر هكذا، ، وقائد الغر احملجلنيوخامت النبيني، ورمحة للعلمني، سيد املرسلني

    Terjemahan: Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: Aku bertanya pada Rasulullah SAW tentang perkara pertama yang Allah Taala ciptakan? Maka baginda menjawab: "Ia adalah nur Nabimu, wahai Jabir. Allah menciptakannya, kemudian menciptakan padanya akan setiap kebaikan dan menciptakan sesudah nur itu segala sesuatu... – dan seterusnya...". Ada lagi versi lain yang juga dinisbahkan kepada riwayat ‘Abd al-Razzaq daripada Jabir RA. Ada juga yang menisbahkannya kepada Sayidina Ali RA. Bagaimanapun, saya berpendapat versi-versi lain selain versi pertama di atas adalah jelas rekaan semata-mata berdasarkan isi kandungannya yang tidak menampakkan gaya dan roh hadis Nabi SAW. Hadis Jabir RA ini menjadi isu besar di kalangan ulama di antara pro dan kontra terhadapnya. Terutama apabila tidak ditemukan sumber asalnya oleh ramai pengkaji hadis yang cuba untuk memastikan keasliannya. Bahkan kitab-kitab hadis palsu juga tidak merekodkan hadis ini. Namun, ramai ulama yang menisbahkan hadis ini kepada kitab al-Musannaf susunan ‘Abd al-Razzaq, terutama Imam Syihab al-Din Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr al-Qastallani (w. 923H) dalam (املواهب اللدنية باملنح احملمدية). Penisbahan ini kemudian diikuti oleh ramai ulama sesudahnya seperti;

    1. Imam al-‘Allamah Ibn Hajar al-Haytami (w. 974H) dalam (الفتاوى احلديثية) dan (شرح اهلمزية). 2. al-‘Allamah Mulla `Ali al-Qari (w. 1014H) dalam karya mawlid beliau al-Mawrid ar-

    Rawi fi Mawlid an-Nabi SAW. Juga ada disentuh secara ringkas dalam kitabnya Syarh Misykah al-Masabih.

    3. al-‘Allamah Mar‘i bin Yusuf al-Karami al-Hanbali (w. 1033H) dalam ( يات آجة الناظرين و .(املستدلني

    4. al-‘Allamah ‘Ali bin Burhan al-Din al-Halabi (w. 1044H) dalam ( السرية احللبية يف سرية األمني .(املأمون

    5. al-‘Allamah Muhammad bin ‘Abd al-Baqi al-Zarqani (w. 1122H) dalam ( املواهب شرح .(اللدنية باملنح احملمدية

  • 12

    6. al-‘Allamah Syeikh Isma‘il bin Muhammad al-'Ajluni (w. 1162H) dalam ( كشف اخلفاءعقد اجلوهر الثمني يف أربعني حديثا من ) dan 'Iqd al-Jawhar at-Thamin (ومزيل اإللباس عما اشتهر علي ألسنة الناس .(أحاديث سيد املرسلني

    7. al-‘Allamah ‘Abd al-Hayy al-Laknawi (w. 1304H) dalam (اآلثار املرفوعة يف األخبار املوضوعة). Malah beliau turut memberi rumusan:

    ً. وسبقته على املخلوقات سبقا،ًاققد ثبت من رواية عبد الرزاق أولية النور احملمدي خلTerjemahan: “Telah sabit daripada riwayat ‘Abd al-Razzaq akan keawalan kejadian Nur Muhammadi dan kedahuluannya ke atas semua makhluk”.

    8. al-‘Allamah Muhammad bin Ja‘far al-Kattani (w. 1345H) dalam ( من األصداء الغينية جالء القلوب .( ببيان إحاطته عليه السالم بالعلوم الكونية

    Manakala al-Zarqani menambah, ia juga diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dengan sedikit perbezaan! Syeikh Muhammad al-Diyar bakri dalam ( َحوال أنفس نفيستاريخ اخلميس يف أ ) juga menyandarkan sumbernya kepada al-Bayhaqi. Namun setakat ini, tiada ditemui hadis tersebut di dalam mana-mana kitab al-Bayhaqi sama ada (سنن البيهقي ) ,(األمساء والصفات) ,(دالئل النبوة .(كتاب اآلداب) mahupun (مناقب الشافعي) ,(كتاب معرفة السنن) ,(كتاب عذاب القرب) ,(كتاب البعث والنشور) ,(الكربىBarangkali ia wujud dalam kitab al-Bayhaqi yang tidak sampai kepada kita...? Imam Jalal al-Din as-Suyuti (w. 911H) yang sezaman dengan Imam Syihab al-Din al-Qastallani dalam al-Hawi lil Fatawa (1/223-225) pernah ditanya tentang hadis ini, lalu beliau menjawab : “Hadis yang dipertanyakan itu tidak mempunyai sebarang sanad yang dapat dipegang.” Dan ternyata hadis ini tidak terdapat dalam Musannaf ‘Abd al-Razzaq yang dicetak pada hari ini. Walaupun dikatakan kitab yang dicetak itu masih tidak lengkap kerana ada juzuk yang masih hilang. Sebuah manuskrip tunggal bagi juzuk Musannaf ‘Abd al-Razzaq yang hilang tersebut dikatakan telah ditemui lalu ditahkik dan diterbitkan kemudiannya oleh Dr. ‘Isa bin ‘Abdullah al-Himyari berdasarkan manuskrip tunggal itu. Juzuk tersebut diterbitkan dengan judul (اجلزء املفقود من مصنف عبد الرزاق) pada tahun 2005 dan telah diberi kata pengantar oleh Dr. Syeikh Mahmud Sa‘id Mamduh. Terkandung di dalamnya hadis Jabir RA mengenai nur Muhammad SAW ini. Malangnya manuskrip tersebut kemudian ternyata tidak benar dan terbukti dipalsukan. Mereka telah menerima kecaman dan kritikan tajam dari pihak lawan sehingga ada yang menuduh mereka sebagai pemalsu hadis pula dan menulis kitab ( تواطؤ عيسى Meskipun mereka telah memohon maaf .(احلمريي وحممود سعيد ممدوح على وضع احلديث عرب مصنف عبدالرزاق املزعومdan menarik balik penerbitan juzuk berkenaan. Inilah akhlak ulama yang terpuji. Sekadar catatan, Mahmud ‘Ali al-Rifa‘i telah merekodkan sanad ‘Abd al-Razzaq ini secara lengkap kepada Jabir RA di dalam bukunya (ُّسلم الوصول إيل حمبة الرسول ) begini;

  • 13

    أحـد أعــالم املدينـة عــن زيــد بــن أسـلم عـن ســفيان بــن عيينـة يف مـصنفه عـن اإلمـام عبــد الــرزاق بـن همــامحكـاه واحلــق : ويقـول. بر بــن عبــد اهللا األنــصاريجــا عـن - رضـي اهللا عنهمــا -شـيخ الزهــري محمـد بــن المنكــدر

    .يقال إن هذا احلديث صحيح يف لفظه ومعناه، وثابت عن النيب Tidak dapat dipastikan daripada mana beliau memetik sanad di atas. Sedangkan ia berbeza dengan sanad yang terdapat dalam (اجلزء املفقود من مصنف عبد الرزاق) sepertimana berikut;

    Dan juzuk (اجلزء املفقود من مصنف عبد الرزاق) berkenaan diragui dan tidak dapat dijadikan sandaran hujah. Ini kerana tiada langsung sebarang tanda dan bukti yang dapat menyokong ketulenannya. Sebahagian ulama mengatakan kitab Musannaf ‘Abd al-Razzaq itu telah ditemui secara lengkap yang ditahkik oleh Aiman Nasr al-Din al-Azhari dan diterbitkan oleh Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut pada tahun 2000. Namun, tiada ditemukan di dalamnya hadis Jabir RA mengenai nur Muhammad SAW ini. Menurut Syeikh ‘Abdullah al-Ghumari: “Menisbahkan hadis ini kepada riwayat ‘Abd al-Razzaq adalah satu kesilapan kerana ia tidak terdapat di dalam kitab Musannaf beliau, kitab Jami‘nya mahupun kitab Tafsirnya”. Jika diandaikan juzuk Musannaf ‘Abd al-Razzaq yang hilang tersebut masih wujud di zaman Imam Syihab al-Din al-Qastallani (w. 923H) dan beliau sempat memetik hadis berkenaan daripadanya. Tetapi yang membingungkan, beliau tidak pun menyentuh tentang nur Muhammad ini di dalam membahaskan perihal makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah SWT di dalam kitab syarah Sahih al-Bukharinya (إرشاد الساري). Malah beliau memilih pendapat, makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah SWT ialah air dan ia adalah asal kepada semua makhluk dengan dalil;

    كـل : ّيـا رسـول اهللا إين إذا رأيتـك طابـت نفـسي، و قـرت عيـين، أنبئـين عـن كـل شـئ؟ قـال: ن أيب هريرة قال قلتع]رواه أمحد وابن حبان يف صحيحه واحلاكم وصححه[ .ئ خلق من ماءش

    Terjemahan: Daripada Abu Hurairah RA katanya: Aku bertanya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku apabila melihatmu jiwaku akan tenang dan mataku menjadi sejuk. Khabarkanlah kepadaku tentang segala sesuatu? Jawab baginda: “Segala sesuatu itu dicipta daripada air”. Perlu diingatkan, kitab (ــاملنح احملمديــة .selesai dikarang pada 15 Syaaban 899H (املواهــب اللدنيــة بManakala kitab (إرشــاد الـــساري) selesai dikarang pada 27 Rabiul akhir 916H. Apakah kemungkinan Imam Syihab al-Din al-Qastallani terlupa dengan apa yang ditulisnya dalam al-Mawahib al-Ladunniyyah?

  • 14

    Oleh kerana hadis ini tidak ditemukan sumber asalnya, ramai ulama yang menghukumkannya sebagai palsu yang dianggap datang dari golongan yang berlebih-lebihan dalam memuliakan Baginda Nabi s.a.w. Antaranya:

    1. al-Hafiz Sayyid Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari dalam ( املغري على األحاديث املوضوعة يف اجلامع .(الصغري

    2. al-‘Allamah Sayyid ‘Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari dalam ( مرشد احلائر لبيان وضع حديث .(جابر

    3. Syeikh Muhammad Ahmad ‘Abdul Qadir al-Syanqiti di dalam risalahnya ( تنبيه احلذاق علىديث النور املنسوب ملصنف عبد الرزاقبطالن ما شاع بني األنام من ح ).

    4. Syeikh ‘Udab Mahmud al-Himsy dalam ( بني هدي الكتاب املبني وغلو الغالني: النور احملمدي ). 5. Syeikh ‘Abdullah al-Habasyi al-Harari dalam (رسالة يف بطالن دعوى أولية النور احملمدي). 6. Sayyid Hasan bin ‘Ali al-Saqqaf dalam ( َّد العاثر إىل وضع حديث أول ما خلق اهللاإرشا .(نور نبيك يا جابر 7. Ahmad Murtadha dalam (حديث أول ما خلق اهللا نور نبيك يا جابر بني احلقيقة واخليال). 8. Syeikh Nasir al-Din al-Albani. 9. Dr. Yusuf al-Qaradhawi 10. dan lain-lain.

    Sanad Hadis Ditemui Rupa-rupanya ‘Abd al-Razzaq – jika wujud riwayatnya – tidak bersendirian dalam meriwayatkan hadis Jabir RA tentang nur Muhammad SAW ini kerana ia juga diriwayatkan secara bersanad oleh Abu ‘Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Tamimi al-Basri (wafat sekitar awal kurun ke-5 H) dalam kitabnya ( تلقيح العقول يف فضائل الرسول صلى اهللا عليه .Sumber ini tidak disebut oleh mana-mana ulama pengkritik hadis terdahulu .(وسلمBagaimanapun, sanadnya mengandungi perawi-perawi lemah sebagaimana yang telah dikaji oleh pentahkik manuskrip kitab tersebut dalam tesis Ph.D.nya. Berikut adalah sanadnya, meskipun matannya kelihatan sedikit berlainan:

    بو بكر محمد بن الحسن بن سليمان أنا ث قال علي بن هاروننا ث قال أبو القاسم عبد الملك بن عليأخربنا محمد بن عبد اهللا نا ث قال عريإبراهيم بن علي المنا ثال ق علي بن جعفر الفرغانينا ثقال ببغداد القزواني

    صلى اهللا عليه وسلم اهللا َ رسولُسألت: رمحه اهللا قالجابر بن عبد اهللا عن أبيهعن جعفر بن محمد عنجعل نور نبيك من قبل أن يخلق األنبياء بألفي : ل ما خلق اهللا أي شيء خلق؟ قالّيا رسول اهللا، أو: فقلت

    إذا بلغ إلى العظمة سجد، فأصل السجود من ذلك النور، فقسم ، فعام، وكان ذلك النور يحوط بالقدرة: اهللا ذلك النور على أربعة أجزاء، فجعل أول جزء منها نور العرش، وجعل من الثاني نور القلم، ثم قال له

    ًاجر، فجرى القلم أربعة آالف عام حتى كتب شهادة أن ال إله إال اهللا وأن محمدا رسول اهللا، وأومئ ِ ْلى الجنة، وبقي الجزء الرابع، فقسمه على أربعة أجزاء، فجعل من أول جزء منها أبهاها وأكرمها بالثالث إ

  • 15

    ، وجعل الثاني في أبصار المؤمنين، وجعل الثالث في رؤوس المؤمنين، وأشرفها وأنورها نور نبيك محمد قلم من نور محمد، ونور العرش من نور محمد، ونور ال. وجعل الرابع في قلوب المؤمنين، وهو المعرفة

    عقول المؤمنين من نور ] نور[ونور أخيار المؤمنين من نور محمد، ونور رؤوس المؤمنين من نور محمد، وأخرجه أبو عبد اهللا حممد بن حممد التميمي البصري [؟ محمد، فأي شيء أكرم على اهللا تعالى من محمد

    ]تلقيح العقول يف فضائل الرسول يف

    Terjemahan: Dikhabarkan pada kami oleh Abu al-Qasim ‘Abd al-Malik bin ‘Ali katanya: Diberitakan pada kami oleh ‘Ali bin Harun katanya: Diberitakan pada kami oleh Abu Bakr Muhammad bin al-Hasan bin Sulaiman al-Qazwani katanya: Diberitakan pada kami oleh ‘Ali bin Ja‘far al-Farghani katanya: Diberitakan pada kami oleh Ibrahim bin ‘Ali al-Ma‘arri katanya: Diberitakan pada kami oleh Muhammad bin ‘Abdillah daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada Jabir bin ‘Abdullah RA yang berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, yang pertama yang diciptakan Allah, apakah yang Dia ciptakan? Baginda s.a.w. menjawab: "Dia menjadikan nur nabimu sebelum Dia menciptakan para nabi dalam tempoh 2,000 tahun. Dan nur tersebut pun berpusing keliling dengan kuasa kudrat, dan apabila ia sampai ke makam keagungan ia pun bersujud. Maka asal sujud adalah daripada nur

  • 16

    tersebut. Lalu Allah membahagikan nur tersebut kepada empat bahagian, maka Dia menjadikan bahagian pertama daripadanya akan nur ‘arsy, dan Dia menjadikan daripada bahagian kedua nur qalam, kemudian Dia berkata kepadanya: Tulislah, lalu qalam pun menulis selama 4,000 tahun sehingga ia menulis syahadah La Ilaha illa Allah, Muhammadur Rasulullah SAW. Dan Dia mengisyaratkan bahagian ketiga supaya ke syurga. Dan tinggallah bahagian keempat. Kemudian Dia membahagikannya pula kepada empat bahagian, lalu Dia menjadikan bahagian pertama daripadanya sesuatu yang paling indah, mulia, terhormat dan bersinar iaitu nur nabimu Muhammad SAW, dan Dia menjadikan bahagian kedua pada pandangan orang mukminin, dan Dia menjadikan bahagian ketiga pada kepala orang mukminin, dan Dia menjadikan bahagian keempat pada hati orang mukminin, dan itulah ma‘rifah. Maka nur ‘arsy adalah daripada nur Muhammad, nur qalam adalah daripada nur Muhammad, nur orang mukminin yang baik adalah daripada nur Muhammad, nur kepala orang mukminin adalah daripada nur Muhammad, dan nur akal orang mukminin adalah daripada nur Muhammad. Justeru, apakah ada yang paling mulia di sisi Allah Taala lebih daripada Muhammad SAW?” Demikian sanad dan matan hadisnya. Syeikh Ahmad ibn ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam (الفتوحات اإلهلية يف شرح املباحث األصلية) dan al-‘Allamah Muhammad bin Ja‘far al-Kattani (w. 1345H) dalam ( من األصداء الغينية ببيان إحاطته جالء القلوب

    pula merekod sebuah hadis riwayat Sayyiduna ‘Umar RA yang hampir ( لسالم بالعلوم الكونيةعليه اsemakna. Teksnya berbunyi;

    يا عمر أتدري من أنا؟ أنا الذي خلق : قال يل رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم: حديث عمر رضي اهللا عنه قالفأول شيء سجد له نوري وال ، في سجوده سبع مائة عامفبقي ، اهللا تعالى أول كل شيء نوري فسجد له

    واللوح والقلم من ، والكرسي من نوري، يا عمر أتدري من أنا؟ أنا الذي خلق اهللا العرش من نوري، فخر، ونور العقل الذي في رؤوس الخلق من نوري، ونور األبصار من نوري، والشمس والقمر من نوري، نوري

    .منين من نوري وال فخرونور المعرفة في قلوب المؤTerjemahan: Diriwayatkan ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Wahai ‘Umar, tahukah kamu siapa aku ini? Akulah yang Allah Taala ciptakan nurku sebagai yang terawal bagi segala makhluk, lalu ia pun bersujud kepada-Nya. Maka ia terus kekal bersujud selama 700 tahun. Maka makhluk pertama yang bersujud kepada-Nya adalah nurku, namun tiada kebanggaan. Wahai ‘Umar, tahukah kamu siapa aku ini? Akulah yang Allah ciptakan ‘arsy daripada nurku, kursi daripada nurku, lauh dan qalam daripada nurku, matahari dan bulan daripada nurku, cahaya penglihatan mata daripada nurku, cahaya akal yang berada di dalam kepala para makhluk daripada nurku, dan cahaya ma‘rifah yang berada di dalam hati orang mukminin daripada nurku, namun tiada kebanggaan”.

  • 17

    al-‘Allamah Muhammad bin Ja‘far al-Kattani menyandarkan sumbernya kepada Abu Marwan ‘Abd al-Malik bin Ziyadah Allah at-Tabni, seorang ahli hadis dari Andalus yang wafat dibunuh pada tahun 457H dalam kitab Fawa’idnya. Namun, penulis belum dapat memastikan bagaimana hal kitab tersebut dan sanad pengarangnya. Oleh kerana sanad ‘Abd al-Razzaq tidak dapat ditemui asalnya dan sanad Muhammad al-Tamimi itu pula lemah, maka mereka yang mengatakan sanad hadis Jabir RA ini sahih sudah tentu tidak dapat diterima sepenuhnya. Manakala, jika riwayat Abu Marwan ‘Abd al-Malik at-Tabni daripada ‘Umar RA itu benar-benar tidak palsu, maka ia pasti dapat menyokong riwayat Muhammad al-Tamimi daripada Jabir RA di atas. Justeru, mereka yang mengatakan hadis tersebut palsu juga sudah tentu belum dapat diterima sepenuhnya.. Ramai ahli sufi mutaakhirin yang menerima konsep Nur Muhammad SAW berdasarkan hadis Jabir RA ini serta riwayat-riwayat lain yang dapat dijadikan sandaran. Hadis Jabir RA ini atau maksudnya telah dipetik oleh mereka yang menerima konsep Nur Muhammad SAW. Antaranya;

    1. Syeikhul Akbar Ibn al-‘Arabi al-Hatimi (w. 638H) dalam (تلقيح األذهان ومفتاح معرفة اإلنسان). 2. al-Hafiz Abu Ya‘la al-Hamdani, seperti yang dipetik oleh al-Qastallani. 3. Syeikh ‘Abd al-Salam ibn Masyisy (w. 622H) dalam selawatnya yang terkenal

    menyebut; إذ لوال ، وال شيء إال وهو به منوط، ... على من منه انشقت األسرار وانفلقت األنوارّاللهم صل

    ...الواسطة لذهب كما قيل املوسوط4. Syeikh Muhammad bin Sa‘id al-Busiri (w. 696H) dalam Qasidah Burdahnya yang

    masyhur menyebut; لواله مل خترج الدنيا من العدم** وكيف تدعو إىل الدنيا ضرورة من

    ا ومن علومك علم اللوح والقلم*** فإن من جودك الدنيا وضر5. al-‘Allamah Ibn al-Haj al-Maliki (w. 737H) dalam kitab al-Madkhal, yang

    memetiknya daripada kitab (شفاء الصدور) oleh al-Faqih al-Khatib Abu al-Rabi‘. 6. al-Faqih al-Khatib Abu al-Rabi‘ [Ibn Sab‘] dalam kitab (شفاء الصدور). 7. al-‘Allamah Sa‘d al-Din al-Taftazani (w. 793H) dalam (ِشرح بـردة المديح ِْ َِ َ ُْ ْ َ ). 8. Syeikh Safiyuddin Ahmad al-Qusyasyi dalam (الدرة الثمينة). 9. Syeikh Abu al-Barakat Ahmad bin Muhammad al-Dardir al-‘Adawi dalam ( ِأَقـرب المسالك ِ َ َ ْ َ َ ْ

    ٍإىل مذهب اإلمام مالك ِ َ َ َِ ِْ ِ َ ْ َ ). 10. Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Sawi (w. 1241H) dalam (ِبـلغة السالك ألَقـرب المسالك ِِ َِ َ ْ ِ َ ْ ِ َّ َ َ ُْ) dan

    ( ْشرح ِعلى صلوات َ ََ ََ ْشيخ الالَ ِ درديرَْ ). 11. Syeikh Sulaiman al-Jamal dalam (ِِشرح على الشَّمائل َ ََ ْ َ ). 12. Sayyid Ja‘far bin Isma‘il al-Barzanji dalam Nuzhah an-Nazirin. 13. al-‘Allamah Yusuf bin Isma‘il an-Nahbani dalam al-Anwar al-Muhammadiyyah min

    al-Mawahib al-Ladunniyyah.

  • 18

    14. Imam Anwar Shah al-Kasymiri, meskipun beliau silap dalam menisbahkan hadis ini kepada al-Hakim dalam Mustadraknya.

    15. Sayyid Sulaiman al-Nadwi dalam Sirah an-Nabi SAW. 16. Sayyidi ‘Abd al-‘Aziz al-Dabbagh dalam kitab al-Ibriz. 17. Sayyid ‘Abd al-Rahman al-‘Aidarus dalam ( حبر العرفان أمحد أيب الفتيانشرح علي صلوات غوث الزمان و ). 18. Syeikh Ahmad bin Binnis dalam ( هلمزيةاشرح ). 19. Syeikh Muhammad al-Diyar bakri dalam (َتاريخ اخلميس يف أحوال أنفس نفيس ). Beliau

    menyandarkan sumbernya kepada al-Bayhaqi, namun tiada ditemui hadis ini di dalam mana-mana kitab al-Bayhaqi.

    20. Syeikh Ahmad bin Muhammad bin ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam ( الفتوحات اإلهلية يف .(شرح املباحث األصلية

    21. Syeikh Isma‘il Haqqi dalam (روح البيان). 22. al-‘Allamah Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Maliki yang terkenal dengan

    gelaran al-Amir al-Kabir (w. 1232H) telah memaparkan mafhum hadis Nur Muhammad di dalam kitabnya Sadd al-Arab min 'Ulum al-Isnad wal Adab.

    23. Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam Bad’ Khalq as-Samawat wal Ardh. 24. al-‘Allamah Syeikh Daud al-Fatani dalam Muswaddah. 25. al-‘Allamah Syeikh Nawawi al-Bantani dalam Bughyah al-‘Awwam. 26. al-‘Allamah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani dalam Badr al-Tamam. 27. Musnid al-Dunya Syeikh Yasin al-Fadani, seperti yang diriwayatkan Tuan Guru Haji

    Abdullah Abdur Rahman Lubok Tapah (lihat: Mohd. Zaidi Abdullah dalam karyanya Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jama`ah, hlm. 116).

    28. Sayyid Muhammad bin Ja‘far al-Kattani di dalam (نظم املتناثر يف احلديث املتواتر). 29. Sayyid ‘Abd al-‘Aziz al-Ghumari dalam (إحتاف ذوي الفضائل املشتهرة يف األحاديث املتواترة). 30. al-‘Allamah Syihab al-Din Mahmud bin ‘Abdullah al-Alusi (w. 1270H) dalam ( روح

    ) ketika mentafsir ayat (املعاين يف تفسري القرآن العظيم والسبع املثاين َوما أَرسلناك إال رمحة للعالمني َِ َ َ ْ َْ ِْ ً ْ َ ََِّ َ َ َ)١٠٧( ). 31. Syeikh Muhammad al-Khidr al-Syanqiti (w. 1354H) dalam ( بالذات االهلية وما إستحالة املعية

    .(يضاهيها من متشابه الصفات32. Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya‘rawi dalam Tafsirnya ketika mentafsir ayat ( ْقد َ

    ٌجاءكم من الله نور وكتاب مبني ِ ُ ٌَ َِ ِ َِ ٌَ ُْ َّ َ ُ)١٥( ). 33. Syeikh ‘Abdullah bin Sa‘id al-Lahji al-Hadhrami (w. 1410H) dalam ( لسؤل على وسائل منتهى ا

    .(الوصول إىل مشائل الرسول صلى اهللا عليه وآله وسلم34. Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki dalam al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah. 35. Dr. ‘Isa bin ‘Abdullah al-Himyari dalam Nur al-Bidayat wa Khatm al-Nihayat.

    Mereka yang memegang konsep nur Muhammad SAW berpendapat hadis-hadis yang menunjukkan makhluk pertama yang dijadikan ialah qalam atau ‘arsy atau air atau lauh mahfuz ditafsirkan secara nisbi sebagai makhluk pertama pada jenisnya. Sedangkan kedahuluan kejadian nur Muhammad adalah secara hakiki. Ia adalah yang awal daripada jenis makhluk yang diberi taklif, sedangkan yang lain-lain itu tiada diberikan taklif.

  • 19

    Manakala yang menolak konsep nur Muhammad SAW pula kerana melihat kelemahan dalilnya dan kekuatan dalil-dalil yang lain. Dalam hadis berikut misalnya, tidak disebutkan tentang nur Muhammad SAW;

    ّيا رسول اهللا جئناك لنتفقه يف : عن عمران بن حصني أن أهل اليمن أتوا رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم فقالواُكان الله ولم يكن شىء غيـره: الدين ولنسألك عن أول هذا األمر ما كان، قال ُ َْ ٌَ ْ َْ َ ُ ْ ََ ُ َّ َوكان. َ ِ عرشه على اْلماءََ َ ََ َُ ُ ْ .

    ٍوكتب في الذكر كل شىء ْ َ َّ ُ َِ ْ ِّ ِ َ َ َوخلق السموات واألرض. َ َْ َ َ َ َِ َّ َ ]رواه البخاري والبيهقي وابن اجلارود[ .ََTerjemahan: Daripada ‘Imran bin Husain bahawa pernah ahli Yaman datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: Ya Rasulullah, kami datang kepadamu untuk bertafaqquh (mempelajari) tentang agama dan untuk bertanya kepadamu tentang awal kejadian ini dahulu? Jawab baginda: Allah wujud dan tiada suatu apa pun selain-Nya. Kedudukan ‘arsy-Nya di atas air, dan Dia pun menulis di dalam zikr (isyarat kepada qalam dan lauh mahfuz) segala sesuatu. Kemudian Dia menciptakan segala langit dan bumi”. Syeikh Ahmad bin Muhammad bin ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam ( الفتوحات اإلهلية يف شرح menyebut: “Hadis (nur Muhammad) ini walaupun daif, namun ia mempunyai (املباحث األصليةbeberapa sokongan yang dapat mengukuhkannya”. Antara riwayat-riwayat sokongan berkenaan yang boleh direnungkan walaupun martabat sebahagiannya daif ialah; 1- Hadis ;

    بنيه، فجعل يرى راهأ اهللا عز وجل ءادم قملا خل: عن النيب صلى اهللا عليه وسلم قال: عن أيب هريرة رضي اهللا عنههو وهذا ابنك أمحد، : يا رب من هذا؟ قال: فضائل بعضهم على بعض، فرآين نورا ساطعا يف أسفلهم، فقال

    وابن أيب عاصم يف األوائل سعيد بن منصوروالبيهقي يف دالئل النبوة وابن عساكر هأخرج[. وهو أول شافع وهو آخرأول ]وأبو طاهر املخلص يف الفوائد بسند حسن

    Terjemahan: Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya: “Ketika Allah ‘azza wajalla menjadikan Adam, Dia menunjukkan kepadanya keturunannya. Lalu ia melihat kelebihan sesetengah mereka ke atas setengah yang lain. Maka ia pun melihatku sebagai nur yang terpancar di bawah mereka semua. Lantas dia bertanya: Ya Tuhan, siapakah ini? Jawab-Nya: Ini adalah anakmu Ahmad. Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan dialah pemberi syafaat yang pertama”. 2- Hadis ;

    إن قريــشا كانــت نــورا بــني يــدي اهللا تعــاىل قبــل ان خيلــق آدم بــألفي عــام يــسبح ذلــك النــور وتــسبح : عــن ابــن عبــاسفـأهبطين اهللا : املالئكة بتـسبيحه فلمـا خلـق اهللا آدم ألقـى ذلـك النـور يف صـلبه قـال رسـول اهللا صـلى اهللا عليـه وسـلم

    إبــراهيم مث مل يــزل اهللا ينقلـين مــن األصــالب إىل األرض يف صـلب آدم وجعلــين يف صـلب نــوح وقــذف يب يف صـلب

  • 20

    أخرجـه ابـن أيب عمـر العـدين يف مـسنده [. الكرمية واألرحام الطاهرة حىت أخرجين من بني أبوي مل يلتقيـا علـى سـفاح قـطأبـو سـعد النيـسابوري وذكـره ) هــ٥٤٤ ت (والـشفا بتعريـف حقـوق املـصطفى للقاضـي عيـاض. كما يف اخلصائص الكربى للـسيوطي

    : ، وثبـــت عـــن ابـــن عبـــاس يف تفـــسري قولـــه تعـــاىل وابـــن اجلـــوزي يف الوفـــا بأخبـــار املـــصطفىى،يف كتـــاب شـــرف املـــصطف )هــــ٤٠٧ ت(َوتـقلبـــك يف الـــساجدين{ ِ ِ َّ َِ َُّ َ َ َ قـــال أنـــه]٢١٩: الـــشعراء[} َ ن صـــلب نـــيب إىل نـــيب حـــىت صـــرت نبيـــا: َ ِم َِ َ ََ ْ ِ ـــ َِّ ََ ٍّْ ٍِّ ِِ ْ ِرواه البــــزار، ورجالـــه ث .ُ ُ ُُ َ ِ َ ُ َ ََّ ٌقـــاتَْ ، قالـــه َ

    ].اهليثميTerjemahan: Daripada Ibnu ‘Abbas RA: Sesungguhnya Quraisy dahulu adalah nur di sisi Allah Taala sebelum Dia menciptakan Adam dalam tempoh 2,000 tahun. Nur tersebut terus bertasbih dan para malaikat pun bertasbih dengan tasbihnya. Tatkala Allah menjadikan Adam, Dia mencampakkan nur tersebut ke dalam sulbinya. Sabda Rasulullah SAW: Lalu Allah menurunkanku ke bumi dalam sulbi Adam dan seterusnya menjadikan aku dalam sulbi Nuh. Seterusnya mencampakkan aku ke dalam sulbi Ibrahim. Kemudian Allah terus memindahkan aku daripada sulbi-sulbi yang mulia dan rahim-rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku daripada dua ibu bapaku yang tidak pernah melakukan sumbang sedikit pun”. 3- Hadis ;

    قبل ريبيكنت نورا بني يد«: قال- صلى اهللا عليه وسلم-عن على بن احلسني عن أبيه عن جده أن النىب .لقسطالينلاملواهب اللدنية كذا يف أحكام ابن القطان، مما ذكره ابن مرزوق، يفكما[ .»خلق آدم بأربعة عشر ألف عام

    كتاب البشائر واإلعالم لسياق ما لسيدنا وموالنا حممد من ًنقال ،١٦٢لنبهاين صلحجة اهللا على العاملني يف كتابكذا و علي احلسن بن علي بن عبد لحافظ أيبلاملصطفى عليه أفضل الصالة والسالم من اآليات البينات واملعجزات الباهرات واألعالم

    ]امللك الرهوين املعروف بابن القطانTerjemahan: Diriwayatkan oleh ‘Ali bin al-Husain dari bapanya dari datuknya (‘Ali bin Abi Talib RA) bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku sebelum diciptakan Adam dalam tempoh 14,000 tahun”. [Disebut oleh al-Hafiz Ibnu al-Qattan di dalam Ahkamnya] 4. Hadis;

    ِعن العرباض َ ِْ ْ ِ َ بن سارية، صاحب النَّيب صلى الله عليه وسلم قالَ َ َ َّ َّ َّ َِ َ ََ ِ ِْ ُ ََْ َ َِّ ِ ِ َ ُمسعت رسول اهللا صلى الله عليه وسلم، يـقول: ِ َُ َ َ َُ َّ َّ ََّ َِ ِ ِْ ََُ َ ُ ْ َ: َإني عند اهللا خاتم النَّبيين وإن آدم لمنجدل في طينته، وسأخبركم عن ذلك َِ ِ َِ ُْ ََ َ َْ ُِ ِْ َُ َ ُ َ َِ ِ ِِ ٌِ َ َْ َ َْ َّ ِ ِِّ ُ َ؛ دعوة إبـراهيم وبشارة عيسى ِّ ِ ِ َُِ َ ِ َ ََ َ ِْ ْ َ

    َبي، ورؤيا أمي التي رأت وكذلك أمهات النَّبيين يـرين، وإن أم رسول اهللا صلى الله عليه وسلم، رأت حين َ َ َ َ َِ ِْ َْ ُ ُ َ َُ َ َ َُ ََّ َّ ََّ ُ َ َِ ْ َََ ُ َ ِ ِِ ِ َّ َِّ َّ ِ ْ ِّ َّ َُ َ َ َِّ ِْوضعته نورا أضاءت له قصور الشام َّ ُ ًُ ُ ُ َُ ْ َُ ََ ْ ََ ٌورؤيا أمي التي رأت خرج منها نور أضاءت له قصور : لفظويف .َ ِّ

    وابن سعد يف الطبقات، والبخاري يف التاريخ الكبري والصغري، ، يف مسنده أمحدأخرجه[ .الشام، وكذلك أمهات النبيينوقال وابن حبان يف صحيحه، والدالئل، شعب اإلميانيف البيهقي و، يف مسندهالكبري، والبزار يف والطرباينواحلاكم يف املستدرك،

    ]ليس به بأس: قال البزارو .وأحد أسانيد أمحد رجاله رجال الصحيح، غري سعيد بن سويد، وثقه ابن حبان: اهليثميTerjemahan:

  • 21

    Dari 'Irbadh bin Sariyah RA berkata; Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya aku di sisi Allah adalah penutup para Nabi. Sedang sesungguhnya Adam AS masih tersemadi di dalam tanah acuannya. Aku akan khabarkan kepada kamu sekalian tentang hal itu, iaitu doa Nabi Ibrahim, perkhabaran gembira ‘Isa tentang kedatanganku, dan penyaksian ibuku yang dilihat olehnya, demikian juga ibu para Nabi melihatnya. Sesungguhnya ibu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melihat ketika melahirkannya satu cahaya yang bercahaya kerananya istana-istana Syam." Dalam riwayat lain: “dan penyaksian ibuku yang mana ia lihat telah keluar daripadanya (saat melahirkanku) satu cahaya yang bercahaya kerananya istana-istana Syam. Demikian juga (yang dialami) ibu-ibu para Nabi". (Hadith riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Bazzar dan al-Bayhaqi dalam Syu‘ab al-Iman) Terdapat perbezaan riwayat pada awal matan hadis di atas, iaitu dalam riwayat lain: "Aku adalah hamba Allah dan penutup para Nabi", dan riwayat lain: "Aku di sisi Allah di dalam Umm al-Kitab adalah penutup para Nabi”. Bagaimanapun, perbezaan ini tidak memudaratkan. Menurut Imam al-Bayhaqi: “Sesungguhnya yang baginda maksudkan – wallahu a‘lam – ia sememangnya demikian di dalam qadha’ dan takdir Allah sebelum wujudnya Adam AS lagi. Adapun doa Ibrahim AS, iaitu ketika baginda mula membina baitullah baginda telah berdoa kepada Allah Taala katanya:

    Terjemahan: "Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (al-Baqarah: 129) Lalu Allah memakbulkan doanya pada Nabi kita Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Adapun khabar gembira ‘Isa AS, iaitu semasa Allah Taala memerintahkan ‘Isa AS, lalu baginda pun memberitakannya kepada kaumnya. Maka Bani Isra’il pun mengenalinya sebelum baginda dijadikan lagi” – tamat nukilan. Adapun cahaya yang dilihat oleh ibu Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, Aminah, maka ianya sudah menjadi satu khabar berita yang begitu masyhur. Sehingga kerana banyaknya riwayat yang menceritakannya, al-Hafiz Ibn Nasir ad-Din ad-Dimasyqi (w. 842H) menyatakan dalam Jami‘ al-Athar fi as-Siyar wa Mawlid al-Mukhtar: “Cahaya yang muncul ini telah mutawatir disebut-sebut dan tersebar ceritanya”. Ini merupakan satu kemuliaan buat Aminah yang melahirkan penghulu sekalian manusia.

    Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam merupakan cahaya baik secara zahir mahupun secara maknawi. Sejak baginda lahir, cahaya baginda sudah pun terpancar dengan terang benderangnya.

    Demikian perbincangan mengenai kejadian nur Muhammad SAW. Isu nur Muhammad bukanlah isu pokok dalam akidah Islam. Jika seseorang meninggal dunia tanpa tahu dan

  • 22

    maklum mengenainya, ia tidaklah berdosa. Adapun perbincangan mengenai Nabi Muhammad SAW sebagai nur tidaklah sehebat sebagaimana perbincangan mengenai nur Muhammad SAW ini. Namun sedikit sebanyak ia menyokong konsep nur bagi Nabi Muhammad SAW. Firman Allah Taala:

    Terjemahan: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian dari Allah nur (Nabi Muhammad SAW) dan kitab yang jelas nyata keterangannya (al-Quran). [al-Ma’idah: 15] Perbincangan ini juga tidak menyentuh kedahuluan nubuwwah Nabi Muhammad SAW yang sabit dalam beberapa hadis. Antaranya:

    َّيا رسول اهللا، متى وجبت لك النبوة؟ قال: قالوا : عن أيب هريرة قال ْ َ َوآدم بين الروح والجسد: َ َ ِ رواه الرتمذي [ .ُّ ].حسن صحيح غريب، ويف الباب عن ميسرة الفجر: وقال

    Terjemahan: Daripada Abu Hurayrah radiyallahu ‘anhu berkata: Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, bilakah tuan dilantik menjadi Nabi? Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Ketika Adam masih antara ruh dan jasad.” (Hadith riwayat al Tirmizi) Saya melihat isu ini tidak sewajarnya sampai ke tahap sesat menyesatkan antara satu sama lain dek kerana menyangkakan konsep nur Muhammad SAW adalah termasuk dalam pokok (usul) akidah. Perbahasannya sepertimana yang telah saya ungkapkan di atas masih dapat diterima sebagai satu bentuk perselisihan pendapat yang harus dalam masalah cabang (furu‘) akidah sahaja. Bahkan semua perbahasan tentang makhluk pertama yang dijadikan Allah Taala sama ada qalam atau ‘arsy atau air atau lauh mahfuz tidak pun termasuk dalam bab usul akidah. Wallahu a‘lam. Peringatan Tambahan: Ada sebuah karya yang disusun oleh Syeikh al-Bakri berjudul (تنقالت األنوار) yang masyhur dengan nama (سرية البكري). Ia berkaitan kisah perpindahan nur Muhammad daripada Adam AS sehinggalah kepada bapa baginda, ‘Abdullah. Bagaimanapun, kebanyakan isi kandungannya adalah batil dan dusta serta tidak harus dibaca, sepertimana kata al-Suyuti dan al-Haytami dalam (الفتاوى احلديثية). Adapun kitab karangan Imam Muhammad bin ‘Umar al-Waqidi, pengarang kitab al-Maghazi dan kitab al-Futuh (w. 206 H/ 209 H), yang berjudul Intiqal al-Nur al-Nabawi tidak dapat dipastikan isi kandungannya kerana ianya tidak sampai kepada kita pada hari ini. Kemungkinan ia adalah kitab terawal yang membicarakan khusus tentang nur Muhammad SAW.

    ---------------------------

  • 23

    Ayat-ayat Ruqyah Soalan 3. Saya tercari-cari ruqyah nabawiyyah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Imam Ahmad dalam Zawaid Musnadnya. Saya cuba cari dalam software hadith saya x jumpa... Saya cari untuk menambahkan keyakinan, set bacaan tu ia ma'thur, harap ustaz boleh tolong nombornya, kitabnya, status hadithnya. Ayat-ayat ruqyah tersebut meliputi:

    1. Fatihah 2. Awail Baqarah - 1-5 3. Baqarah 163 4. Baqarah 255, Ayatul Kursiyy 5. Baqarah 284-286 6. Ali 'Imran 18 7. A'raf 54 8. Mu'minun 116-117 9. Jin 3 10. Saffaat 1-10 11. Al-Hasyr 23-24 12. 13. 14. 3 Qul

    Harap dpt penjelasan ustaz bila berkelapangan. Jawapan: Kebetulan sebelum ini saya telah mentakhrijkan hadis tersebut. Ruqyah Nabawiyyah ini juga dipopularkan di India dengan nama ‘Manzil’ yang turut disebarkan oleh Syeikhul-Hadith Mawlana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (m. 1402H). Matan dan takhrijnya;

    َِ جناب عن عبد الرمحن بن أيبَأيب من طريق )٣٥٣٩ ( يف سننهابن ماجه أخرج ِ ِْ َْ َ َْ َّ ِ ْ ٍَ َِ ليـلى عن أبيه أيبَ َِ ِ ْ َ َ َ ليـلى قالَْ ََ َ ْ: ِكنت جالسا عند النَّيب َ ْ ِْ ً ِ َ ُ ِ إذ جاءه أعرايب-صلى اهللا عليه وسلم- ُ َْ َ َُ َ ْ َ فـقال،ِ َ ِإن يل :َ َّ ً أخا وجعاِ ِ َ ً َقال. َ ُما وجع « :َ َ ََ

    َأخيك ِ َ قال؟»َ ٌ به لمم:َ َ َ َقال. ِِ َِِْاذهب فأتين « :َ ْ َ َقال. »ِِ به ْ ِ فذهب فجاء به فأجلسه بـني يديه:َ ِْ ُ ََْ َ ََ ْ َ َ َََ َ َِ َ َ ُ فسمعته ،َ ُْ ِ َ ُعوذه َ ََ َِّبفاتحة اْلكتاب َِ ِ َ ِ َ وأربع آيات من أول الْبـقر،َِ َ َ ِْ ََّ َْ َ َِ ٍ ِ َ وآيـتـين من وسطها،ِةَ ِْ َِ ْ ََ َِ ٌوإلهكم إله واحد( :َ ِ َ ٌََ َِ ِْ ُ ِإن في خلق [) ُ ْ َ ِ َّ ِ

    ِالسموات واألرض ْ َ ْ َ َ َِ ِ وآية اْلكرس،]َّ ِْ ُ َ َ وثالث آيات من خاتمتهاي،َ ِ ِ ٍ َِ ََ ْ َِ َ َ وآية من آل عمران،َ َ ْ ْ َِ ِِ ٍ َ أحسبه قال- ،َ َ ُ ُ ِ ْ َشهد (:َ ِ َُالله أنه ال إله إال ه َ ُ َُّ ِ َِ َ ََّ ِ وآية من األعراف ،-) َوَّ َِ ْ َ َ َإن ربكم الله الذى خلق(ٍََ ََ ِ َّ ُ َّ ُ ُ ََّ َّ َ وآية من اْلمؤمنين ،ََاآلية) ِ ُ َ َِ ِ ِْ ُومن يدع (ٍَ ْ َ ْ َ َ

    ِمع الله إلها آخر ال بـرهان له به ِِ ُ ََ َ ْ ُ َ ََ َ َ ً ِ َِّفـتـعالى الله اْلملك اْلحق ال إله إال ( المؤمنين وآخر سورة [ ،)َّ َِ ُ ََ ََ ُّ َ َُ ِ َ َّ ُّ هو رب َ َ َ ُِاْلعرش اْلكريم ِ َ ِ ْ ِّوآية من اْلجن ، ]َ ِ َ َِ ًوأنه تـعالى جد ربـنا ما اتخذ صاحبة وال ولدا(ٍَ َ ََ َ ََ ً َ َ َِ َ َ َّ َ ََ ِِّ ُّ َ ُ ِ وعشر آيات من أول ،)ََّ ََّ ْ َِ ٍ ِ ْ َ َ

  • 24

    ِالصافات َّ ِ وثالث آيات من آخر اْلحشر،َّ ِْ َ ِ ِْ ٍَ ِ َ َ ٌقل هو الله أحد(َ و،َ َ َ ُ َُّ َ ْ َِّ واْلمعو،)ُ ُ ِذتـينَ ِفـقام األعراب. ََْ َ ْ َ َ َ َََ قد بـرأيَ ْ َ ليس ،َ ٌَْبه بأس َْ ِلطبـرانيا ًأخرجه أيضا[ .ِِ َ َالدعاء يف ََّ أمحد يف زوائد مسند بن أحمدعبد اهللاأخرجه و ).٩٩٧ (ُّ

    ِْلحاكما و)٢١١٧٤( ِ ُالمستدرك يف َ َ ْ ُْ َ ٍ أيب جناب عن طريق من) ٨٣٧٩(ْ ََ ْعبد اهللا بن عيسى عن َ عبد الرمحن بن ََقد احتج الشيخان برواة هذا احلديث كلهم عن آخرهم غ: احلاكموقال .أيب ليلى عن أيب بن كعب ْ ْ َِ ِ ِ ِِ ِِّ ْ ََ ِ ُ َّ َِ ِْ َ َ َُِ ْ َّْ ٍيـر أيب جناب َ َ َ َِ َ ْ

    ِّالكليب ِْ َ ٌ واحلديث حمفوظ،ْ ُْ َْ ُ ِ َ ٌ صحيحَ ِ ُ، ومل خيرجاهَ َ ِ ُْ َْ ِّ يـعلى الْموصليوَأبأخرجه و اهـ.َ ِ ِ ْ ََ َْمسنديف َْ ِّابن السنيو) ١٥٥٩( هُ ِّ ُّ ْ َعمليف ِ اليـوم والليـلة َ َ َّْ َ ِْ ِ جناب عن عبدَأيب طريقمن) ٦٣١(َْ َْ َْ ٍَ ٍ الرمحن بن أيب ليـلى، عن رجلَ ِ ُِ َْ َ ََْ َْ َِ ْ َِ، عن أبيهَّ ْ : ُقلت .َ

    ٍ جناب الكليبأيبية فكل طريق من روا مل يكن به : فه مجاعة، وقال أمحد وابن معني وأبو داودّس، ضعّ، وهو مدلََروحني معا: وقال أبو زرعة. سّ أنه كان يدلّبأس إال ابن ويف زوائد ً.صدوق، وذكره ابن حبان يف الثقات وا

    ٍجنابهذا إسناد فيه أبو : ماجه العلل تلخيصيف الذهيب قال هـ ا.ية الكليب وهو ضعيف وامسه حيىي بن أيب حََ: ُقلت . وفيه ضعف، فيه أبو جناب الكليب:بذل املاعونيف بن حجر ااحلافظ قال . أبو جناب ضعيف:املتناهية

    ٌحمفوظ: لقوله ، ولعل املراد من تصحيح احلاكم له هو تصحيح العمل به ضعيففإسناد احلديث ُ ال تصحيح ،َْ ]إسناده، واهللا أعلم

    Terjemahan: Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam Sunannya (3539): daripada jalan riwayat Abu Janab dari Abdur Rahman bin Abu Laila dari ayahnya Abu Laila dia berkata, "Ketika aku sedang duduk di samping Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi seraya berkata, 'Sesungguhnya aku mempunyai saudara yang menderita sakit." Baginda bertanya: "Apa sakit yang menimpa saudaramu?" Dia menjawab, "Dia terserang ayan (sawan babi)." Baginda bersabda: "Pergi dan bawalah dia ke sini." Maka dia pergi dan kembali semula bersama saudaranya dan mendudukkannya di depan baginda, maka aku dengar baginda memberikan perlindungan kepadanya dengan al-Fatihah, empat ayat dari permulaan surat al-Baqarah, dua ayat dari tengahnya dan (ayat) (dan Tuhan kalian adalah Tuhan yang satu), ayat kursi, tiga ayat dari penghujung surat al-Baqarah, dan satu ayat dari surat Ali 'Imran. Aku duga baginda mengucapkan: (Allah bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia) '. Baginda juga membaca satu ayat dari surat al-A'raf: (Sesungguhnya Tuhan kalian adalah yang menciptakan)', satu ayat dari surat al-Mu’minun: '(Dan barang siapa yang menyeru bersama dengan Allah iaitu tuhan yang lain, maka tidak ada petunjuk baginya), satu ayat dari surat al-Jin: (Dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak) '. Sepuluh ayat dari surat as-Saffat, tiga ayat dari akhir surat al-Hasyr, dan Qulhuwallahu Ahad, dan mu'awwizatain. Kemudian orang Arab Badwi itu bangun dan sembuh seakan-akan tidak menderita sakit." Selain Ibn Majah, ia turut diriwayatkan oleh at-Tabarani, ‘Abdullah bin Ahmad, al-Hakim, Abu Ya‘la al-Mawsili dan Ibn as-Sunni (lihat takhrij di atas). Namun, pada kesemua sanadnya terdapat Abu Janab al-Kalbi, merupakan seorang perawi mudallis (pengkabur riwayat), walaupun ada yang mengatakan beliau tidak daif. Beliau mempunyai tiga jalur riwayat dalam meriwayatkan hadis ini iaitu; (1) dari ‘Abdur Rahman bin Abu Laila dari

  • 25

    ayahnya Abu Laila, (2) dari ‘Abdullah bin ‘Isa dari ‘Abdur Rahman bin Abu Laila dari Ubay bin Ka‘ab RA, (3) dari ‘Abdur Rahman bin Abu Laila dari seorang lelaki dari ayahnya. Mungkin jalur-jalur riwayat Abu Janab tersebut menyebabkan tanda tanya kepada para pengkaji sanad, apakah ia benar-benar begitu atau ada kekeliruan dalam menyebut sahabat-sahabat yang meriwayatkannya? Justeru, dengan kedudukan beliau tersebut tidak dapat menjadikan hadis ini mencapai darjat sahih. Walaupun al-Hakim menghukumkannya sahih, kemungkinan beliau belum sempat mendalami kedudukan Abu Janab al-Kalbi ini, atau yang beliau maksudkan hadis ini sudah masyhur diamalkan orang. Secara ringkasnya, meskipun sanad hadis ini daif, ia telah diamalkan oleh ramai alim ulama dan didapati mujarrab dengan izin Allah SWT. Alhamdulillah. Wallahu a‘lam.