persepsi pelajar tingkatan empat di zon skudai … filekepada keluargaku dan sahabatku yang ......

23
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI TERHADAP PERLAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS TANG SING HIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhduong

Post on 07-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

i

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI TERHADAP

PERLAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS

TANG SING HIE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

ii

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

iii

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

i

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI TERHADAP

PERLAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS

TANG SING HIE

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

ii

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

iii

DEDIKASI

Segala puji hanya untukMu,

Tuhan yang mentadbir seluruh alam

Yang mengatur kehidupan.

Untuk ayah dan ibu yang dikasihi

Terima kasih atas dorongan yang diberikan

Semasa anakanda membuat

Projek Sarjana Muda ini

Tidakku lupakan

Dr. Azlina bt Md Kosnin

Yang sentiasa memberikan tunjuk ajar

Kepada keluargaku dan sahabatku yang

Sentiasa mendoakan kejayaan tanpa rasa bosan

Terima kasih di atas sokongan dan pengorbanan

“SEMOGA MENIKMATI KEJAYAAN BERSAMA”

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dan

keizinanNya serta berkat kesabaran, Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr Azlina binti Md

Kosnin, sebagai penyelia projek yang sentiasa memberi bimbingan, pandangan dan

tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan projek penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepda pengetua sekolah yang memberikan

kebenaran bagi menjalankan kajian ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih

saya kepada pelajar-pelajar yang sudi menjadi sampel kajian ini dan kesungguhan serta

kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sekolah-sekolah tersebut termasuklah Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara

Rini dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai, Skudai Johor.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga saya

juga atas segala bantuan, galakan dan sokongan moral yang diberikan. Semoga segala

jasa yang dihulurkan dalam usaha menyiapakan tugasan ini mendapat pembalasan yang

setimpal daripadaNya kelak.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meninjau minat pelajar, kepuasan pelajar terhadap

usaha Kementerian Pelajaran dan masalah pelajar dalam perlaksanaan ETeMS. Sampel

kajian ini adalah terdiri daripada 136 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di tiga

buah sekolah dalam zon Skudai. Kajian kes berbentuk deskriptif ini menggunakan soal

selidik berskala Likert dan dianalisa dengan perisian SPSS (Statistical Package For

Social Science) untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi dan peratus.

Purata taburan yang berasaskan tiga tahap pencapaian iaitu tinggi, sederhana dan rendah

digunakan bagi menganalisa setiap persoalan kajian. Daripada analisis yang telah

dilakukan, didapati bahawa minat pelajar terhadap pembelajaran Sains dalam bahasa

Inggeris adalah sederhana. Kepuasan pelajar terhadap usaha Kementerian Pelajaran

dalam perlaksanaan ETeMS adalah pada tahap rendah. Manakala masalah utama yang

dihadapi oleh pelajar semasa pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris ialah kekeliruan

istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

vi

ABSTRACT This case study is conducted to observe the students’ interest, their satisfaction

with the efforts of the Education Department and the problems faced by student in

learning Science in English. The sampel of this study is composed of 136 form four

Science stream students in three schools in the Skudai zone. The research instrument of

this descriptive case study was a set of questionnaires using Likert Scale. The data was

analysed using SPSS software (Statistical Package For Social Science) and results were

presented in the form of frequencies and percentages. Average percentages of each

research questions were then being categorized into three archievement levels: high,

medium and low. From the analysis conducted, it was found that students’ interest

towards learning Science in English is average, students’ satisfaction towards the effort

of Education Department in implementing ETeMS is at the low level. Whereas, the

main problems faced by students in learning Science in English is the confusion of

scientific terms between Malay language and English.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SINGKATAN xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

viii

1.8 Definisi Istilah Dan Operasi 8

1.8.1 Perlaksanaan 8

1.8.2 Pengajaran Dan Pembelajaran 9

1.8.3 Masalah 9

1.9 Rumusan 9

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Kajian-Kajian Lepas Tentang Perlaksanaan

ETeMS Dari Tiga Aspek, Iaitu Minat Pelajar,

Kepuasan Pelajar Terhadap Usaha KPM Dan

Masalah Pelajar 10

2.2.1 Minat Pelajar 11

2.2.2 Kepuasan Pelajar Terhadap Usaha

KPM Dalam Penyediaan Fasiliti, ABM,

BBM Dan Guru Yang Terlatih 14

2.2.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar Dalam

Perlaksanaan ETeMS 18

2.3 Kajian-kajian Lain Yang Berkaitan Dengan

ETeMS 21

2.4 Rumusan 24

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Prosedur Kajian 27

3.4 Sampel Kajian 28

3.5 Tempat Kajian 29

3.6 Instrumen Kajian 29

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

ix

3.7 Kaedah Penganalisaan Data 30

3.8 Kajian Rintis 31

3.9 Penutup 32

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisa Data Bahagian A: Maklumat Diri Responden 33

4.2.1 Jantina 34

4.2.2 Bangsa 34

4.2.3 Pekerjaan Bapa 35

4.2.4 Pendapatan Keluarga 35

4.2.5 Pendidikan Bapa 36

4.2.6 Pendidikan Ibu 36

4.2.7 Bilangan Ahli Keluarga 37

4.2.8 Bilangan Responden Yang Mengambil

Kelas Tusyen Untuk Mata Pelajaran Sains 37

4.2.9 Pencapaian Sains Dalam PMR 38

4.3 Analisis Bahagian B: Hasil Kajian Berdasarkan

Persoalan Kajian 38

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Bagaimanakah Tahap

Minat Pelajar Terhadap Pembelajaran Mata

Pelajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris? 39

4.3.2 Persoalan Kajian 2: Bagaimanakah Tahap

Kepuasan Pelajar Terhadap Usaha Yang

Dilakukan Oleh KPM? 42

4.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Masalah Yang

Dihadapi Pelajar Terhadap Pembelajaran

Sains Dalam Bahasa Inggeris? 45

4.4 Rumusan 48

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Ringkasan Kajian 50

5.3 Perbincangan 52

5.3.1 Latar Belakang Responden 52

5.3.2 Minat Pelajar Terhadap Pembelajaran

Mata Pelajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris 53

5.3.3 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Usaha

Yang Dilakukan Oleh KPM 55

5.3.4 Masalah Yang Dihadapi Pelajar Dalam

Pembelajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris 57

5.4 Rumusan Kajian 59

5.5 Cadangan 61

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 62

5.7 Penutup 63

BIBLIOGRAFI 64

LAMPIRAN 68

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

xi

DAFTAR SINGKATAN / SIMBOL / ISTILAH ABM - Alat Bantu Mengajar

BBM - Bahan Bantu Mengajar

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

ETeMS - English for The Teaching of Mathematics and Science

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LCD - Liquid Crystal Display

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

S - Setuju

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

SPSS - Statistical Packages For Social Science

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UPM - Universiti Putra Malaysia

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Perbandingan Keputusan PMR 5

3.1 Taburan Responden Kajian Rintis 28

3.2 Skala Pemeringkatan Likert 30

3.3 Peratusan Skor 41

4.1 Jantina 34

4.2 Bangsa 34

4.3 Pekerjaan Bapa atau Penjaga 35

4.4 Pendapatan Keluarga 35

4.5 Tahap Pendidikan Bapa 36

4.6 Tahap Pendidikan Ibu 36

4.7 Bilangan Ahli Keluarga 37

4.8 Bilangan Responden Yang Mengambil Kelas Tusyen Untuk

Mata Pelajaran Sains 37

4.9 Pencapaian Sains Dalam PMR 38

4.10 Jadual Pemeringkatan 38

4.11 Tahap Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains Dalam

Bahasa Inggeris 39

4.12 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Usaha Yang Dilakukan

Terhadap KPM 42

4.13 Masalah Yang Dihadapi Pelajar Dalam Pembelajaran Sains

Dalam Bahasa Inggeris 45

4.14 Peratus Purata Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 48

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 68

B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),

Kementerian Pelajaran Malaysia 76

C Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan,

Jabatan Pelajaran Johor 79

D Surat Akuan Dari UTM, Skudai 81

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

1

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pada bulan Disember 2001, kita telah dikejutkan dengan gagasan bekas Perdana

Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan supaya dua mata

pelajaran, iaitu Sains dan matematik di sekolah hendaklah diajar dalam bahasa Inggeris,

bermula dari darjah satu.

Dr. Mahathir seterusnya mencadangkan supaya pengajaran dalam bahasa

Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains bermula secepat mungkin. Mendasari

syor ini ialah matlamat untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan

generasi yang akan datang, supaya mereka lebih berdaya saing dalam era globalisasi

(Utusan Malaysia, 11 March 2001). Menurut beliau, kemahiran dalam bahasa Inggeris

merupakan satu syarat untuk mencapai Wawasan 2020 dalam membangunkan negara

Malaysia kepada sebuah negara industri yang maju.

Cadangan Dr. Mahathir tersebut turut disokong oleh bekas Menteri Pelajaran

Malaysia, Musa (2002). Menurut beliau, bidang sains memainkan peranan penting

dalam membangunkan negara. Ini adalah kerana sains merupakan suatu bidang ilmu

yang sangat dinamik, pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari

melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini menjadi asas yang penting

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

2

kepada kemajuan dan pembangunan negara. Namun, sebahagian besar maklumat terkini

mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu,

pendedahan awal terhadap Sains dalam bahasa Inggeris akan membolehkan pelajar

menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu, terutamanya dalam usaha negara

melahirkan teknokrat sains dan teknologi yang berkualiti tinggi (Berita Harian, 20 Julai

2002).

Penguasaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa perhubungan dunia, bahasa

ilmu dan sains sejagat adalah amat penting bagi sesebuah negara yang ingin mencapai

kemajuan dan pembangunan yang pesat. Masyarakat Malaysia tidak boleh

membataskan pandangan mereka kepada perkembangan tempatan sahaja tetapi perlu

juga memikirkan proses globalisasi. Menurut Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,

penggunaan bahasa Inggeris dengan meluas di seluruh dunia menyebabkan penguasaan

bahasa Inggeris menjadi salah satu faktor penting untuk berinteraksi dan bersaing.

Untuk menguasai bahasa Inggeris, ia perlu digunakan dalam pertuturan dan penulisan

dengan kerap. Satu strategi untuk menggalakkan dan menambah peluang pelajar

bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris adalah dengan menjadi mata pelajaran Sains

dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris (Berita Harian, 23 Julai 2003).

Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan perlaksanaan

Projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(ETeMS) di sekolah rendah dan menengah sejak 6 Januari 2003. Hingga sekarang,

perlaksanaan ETeMS sudah menjangkau tahun ketiga. Banyak sudah maklum balas

yang diterima sama ada positif atau sebaliknya. Bagi pihak berkuasa, terutama

Kementerian Pelajaran, pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris

menampakkan peningkatan dan murid-murid tidak banyak menghadapi masalah.

Kepada sebahagian besar ibu bapa, terutama di luar bandar, keadaan ini

membimbangkan mereka.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

3

Memandangkan perlaksanaan Projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (ETeMS) merupakan satu dasar baru Kementerian

Pelajaran, maka penyelidik memilih tajuk ini sebagai skop penyelidikan. Diharapkan

kajian kes dan cadangan penyelidik ini akan dapat memberi sedikit idea dan panduan

kepada pihak-pihak tertentu, terutamanya kepada pendidik untuk melaksanakan

pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan Sains di negara kita telah menjadi semakin penting. Ini adalah

kerana negara kita ingin mencapai status negara maju seperti dalam Wawasan 2020 yang

disarankan oleh Dr Mahathir. Wawasan 2020 telah diumumkan sebagai matlamat

negara pada masa hadapan sejak tahun 1991. Antara wawasan yang disarankan ialah

mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan penyumbang kepada kemajuan

saintifik pada masa kini dan masa hadapan (Hussein Ahmad, 1992).

Untuk merealisasikan wawasan tersebut, perubahan kurikulum Sains telah

dilakukan dari semasa ke semasa. Perubahan kurikulum Sains terkini yang berlaku di

negara kita adalah dengan perlaksanaan pengajaran mata pelajaran Sains dalam bahasa

Inggeris. Mulai tahun 2003, semua murid-murid Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6

Rendah mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris. Mengikut perancangan, semua murid

akan mempelajari mata pelajaran Sains di semua peringkat persekolahan pada tahun

2008 dalam bahasa Inggeris. Pada peringkat awal, murid yang menduduki peperiksaan

kebangsaan (UPSR, PMR, SPM dan STPM) dibenarkan menjawab mata pelajaran Sains

sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Sehubungan dengan ini, beberapa kursus dalam perkhidmatan telah dijalankan

secara intensif, bagi menyediakan bahan pengajaran dan guru untuk mengajar dalam

bahasa Inggeris. Setiap guru yang terlibat dibekalkan dengan note book, layar dan

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

4

perisian, yang bernilai kira-kira RM 20,000.00, bagi menjayakan proses pengajaran-

pembelajaran maya (Abu Hassan bin Kassim, 2003).

Walaupun program ini telah berjalan selama tiga tahun, polemik pengajaran

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris terus hangat diperkatakan. Banyak pihak

mengemukakan hujah bahawa dasar itu merugikan semua pihak, khususnya

meninggalkan kesan negatif buat pelajar-pelajar. Ia dibuat secara tergesa-gesa, tanpa

objektif yang jelas. Dan kini penentangan terhadapnya semakin ketara. Bukan saja

anak-anak tertekan, malah guru-guru sendiri keliru, dan ibu bapa gelisah.

Dr Nor Hashimah menekankan, khususnya bagi pelajar luar bandar, bahasa

Inggeris dianggap bahasa asing dan bukannya bahasa kedua. Malah beliau menceritakan,

ada seorang guru menangis kerana semasa peperiksaan ada pelajarnya yang hantar kertas

kosong kerana tidak faham apa yang diajar dalam bahasa Inggeris itu (Siasah, 16-

29.12.2005). Pada 1 Julai 2005, Menteri Pelajaran telah mengisytiharkan bahawa

peratusan pelajar di luar bandar yang lulus dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

amat membimbangkan apabila hanya 41% pelajar tingkatan satu dan 43% pelajar

tingkatan dua di luar bandar yang lulus dalam mata pelajaran Sains, sementara 57.5%

pelajar tingkatan satu dan 59.6% pelajar tingkatan dua di luar bandar yang lulus dalam

mata pelajaran Matematik.

Namun begitu, subjek Sains dan Matematik bagi Penilaian Menengah Rendah

(PMR) 2005 yang pertama kali menggunakan bahasa Inggeris mencatatkan peningkatan

3.4 peratus dan 1.2 peratus bagi pelajar yang mendapat Gred A di sekolah Kementerian

Pelajaran berbanding tahun lalu. Selain itu, subjek bahasa Inggeris mencatatkan

peningkatan 2.3 peratus, sekaligus membuktikan perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sejak 2003 tidak menjejaskan

pencapaian pelajar (Berita Harian, 23 Disember 2005).

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

5

Jadual 1.1 Perbandingan keputusan Sains, Matematik dan Bahasa

Inggeris dalam peperiksaan PMR (peratus pelajar

yang mendapat Gred A).

Tahun

Matapelajaran

2004 2005

Sains 14.0 17.4

Matematik 20.0 21.2

Bahasa Inggeris 13.9 16.2

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, berkata keseluruhannya

Kementerian berpuas hati dengan peningkatan jumlah calon yang mencatat Gred A

dalam tiga subjek itu walaupun jumlah calon yang gagal juga tinggi. Katanya, sebanyak

33 peratus calon Sains dan 27 peratus calon Matematik PMR menjawab dalam bahasa

Inggeris sepenuhnya, manakala calon lain menjawab secara bercampur-campur bahasa

Inggeris dan bahasa Melayu (Berita Harian, 23 Disember 2005).

Memandangkan pelajar PMR tahun lepas merupakan kumpulan pertama yang

belajar dan menjawab soalan dalam bahasa Inggeris, maka penyelidik ingin melihat

pandangan kumpulan pelajar tersebut terhadap perlaksanaan ETeMS.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau pandangan pelajar-pelajar Tingkatan

empat di zon Skudai terhadap perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dalam

bahasa Inggeris. Aspek-aspek yang dikaji ialah minat, kepuasan pelajar terhadap usaha

yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penyediaan fasiliti, alat

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

6

bantu mengajar, bahan bantu mengajar dan guru yang terlatih serta masalah-masalah

yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian kes ini dijalankan untuk melihat pandangan pelajar

sekolah menengah terhadap isu perlaksanaan pengajaran mata pelajaran Sains dalam

bahasa Inggeris. Objektif utama kajian kes ini ialah:

i. Untuk melihat sejauh manakah tahap minat pelajar terhadap

pembelajaran mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris.

ii. Untuk melihat tahap kepuasan pelajar terhadap usaha yang dilakukan

oleh KPM dalam penyediaan fasiliti, ABM, BBM dan guru yang terlatih.

iii. Untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam

pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris.

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian kes ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa

persoalan mengenai perlaksanaan pengajaran Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah

menengah, antara persoalan yang ditimbulkan ialah:

i. Bagaimanakah tahap minat pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran

Sains dalam bahasa Inggeris?

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI ZON SKUDAI … fileKepada keluargaku dan sahabatku yang ... istilah sains antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. vi ABSTRACT This case study

7

ii. Bagaimanakah tahap kepuasan pelajar terhadap usaha yang dilakukan

oleh KPM dalam penyediaan fasiliti, ABM, BBM dan guru yang terlatih?

iii. Apakah masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran Sains dalam

bahasa Inggeris?