persepsi guru tentang pengajaran dan pembelajaran · pdf filebahasa merupakan alat komunikasi...

9
Muka surat 1/9 Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Di Daerah Johor Bahru 2005 Oleh Goh San San 1 Rahimah bt Ahmad 2 Wong Teck Kim 3 1, 3 SMK Sultan Ismail, JB. 2 SM Teknik Azizah, JB. Sub Tema: Kurikulum dan Pengajaran Pendidikan Abstrak Bahasa merupakan alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, bahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains dan matematik kepada pelajar. Kefahaman konsep sains dan matematik akan berlaku dengan mudah jika konsep tersebut disampaikan oleh guru dengan baik. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik sudah pasti memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran serta cara pemikiran guru dan pelajar. Bagi mendapatkan pandangan guru terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik, satu penyelidikan secara deskriptif telah dijalankan kepada guru sains dan matematik di tujuh buah sekolah menengah daerah Johor Bahru dengan menggunakan borang soal selidik berkaitan dengan amalan harian Bahasa Inggeris mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru menghadapi masalah dalam mempelajari sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dengan itu ia mempengaruhi dan memberi impak terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Secara umumnya, kesukaran ini berpunca daripada perbezaan amalan atau budaya harian guru yang menunjukkan Bahasa Inggeris merupakan satu perkara yang agak asing dalam kehidupan mereka. Kata kunci: PPSMI, bahasa, pengajaran dan pembelajaran.

Upload: nguyenphuc

Post on 07-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF filebahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains ... Satu mesyuarat khas ... di bawah Malaysian Trainers

Muka surat 1/9

Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Di Daerah Johor Bahru 2005

Oleh

Goh San San1 Rahimah bt Ahmad2

Wong Teck Kim3

1, 3 SMK Sultan Ismail, JB.

2SM Teknik Azizah, JB.

Sub Tema: Kurikulum dan Pengajaran Pendidikan

Abstrak

Bahasa merupakan alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, bahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains dan matematik kepada pelajar. Kefahaman konsep sains dan matematik akan berlaku dengan mudah jika konsep tersebut disampaikan oleh guru dengan baik. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik sudah pasti memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran serta cara pemikiran guru dan pelajar. Bagi mendapatkan pandangan guru terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik, satu penyelidikan secara deskriptif telah dijalankan kepada guru sains dan matematik di tujuh buah sekolah menengah daerah Johor Bahru dengan menggunakan borang soal selidik berkaitan dengan amalan harian Bahasa Inggeris mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru menghadapi masalah dalam mempelajari sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dengan itu ia mempengaruhi dan memberi impak terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Secara umumnya, kesukaran ini berpunca daripada perbezaan amalan atau budaya harian guru yang menunjukkan Bahasa Inggeris merupakan satu perkara yang agak asing dalam kehidupan mereka.

Kata kunci: PPSMI, bahasa, pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF filebahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains ... Satu mesyuarat khas ... di bawah Malaysian Trainers

Muka surat 2/9

Pengenalan

Guru yang bekesan sepatutnya mempunyai pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan sikap yang positif sebagai seorang pendidik agar dapat menyampaikan pengetahuan secara berkesan kepada pelajar. Bahasa merupakan alat untuk seseorang berhubung, bertukar idea dan pendapat. Dalam mempelajari sains dan matematik yang mengandungi banyak fakta, konsep dan prinsip, seseorang itu dapat memahami apa yang diajar oleh guru melalui pengantaraan bahasa. Pemahaman merupakan salah satu alat taksonomi terendah dalam aras kognitif (Bloom, 1976). Penguasaan aras yang lebih tinggi iaitu penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian akan menjadi sukar dikuasai oleh pelajar jika mereka tidak dapat menguasai aras pemahaman.

Bahasa sangat penting dalam penyampaian dan pembinaan ilmu kepada seseorang. Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa digunakan secara meluas terutama dalam bidang sains dan teknologi. Menurut Kesatuan Guru dan Pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) Bahasa Inggeris bukan sahaja dapat membantu golongan pelajar menguasai bahasa berkenaan dengan lebih baik malah juga mampu bersaing dengan pelajar-pelajar asing terutama dalam era globalisasi sekarang ini. Di samping itu juga, Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah, Alimudin Md Dom pula mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menyediakan kursus dan kemudahan yang sewajarnya kepada guru yang terbabit.(Utusan Melayu-10.4.02;Rabu).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein berharap agar pihak kerajaan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan teliti, bijak dan tersusun bagi mengelakkan pelajar menjadi mangsa kegagalan.Satu jawatankuasa perancangan dan pelaksanaan digesa agar ditubuhkan untuk memperhalusi lagi sistem yang bakal dilaksanakan nanti bagi merealisasikan dan memberikan dorongan kepada guru. Satu mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya juga bersetuju memberi galakan kepada guru-guru agar menguasai bahasa Inggeris dengan baik. (Berita Harian, 2002)

Antara galakan itu ialah guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris berpeluang menikmati kenaikan tiga mata gaji dan elaun khas. Guru yang menjadi jurulatih utama dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di bawah Malaysian Trainers Development Program akan diberi keutamaan bagi kenaikan pangkat dari DG3 (peringkat ijazah) ke DG2. Bayaran elaun khas juga akan diberi kepada guru Sains, Matematik dan bahasa Inggeris.

Bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris, pihak kementerian akan menyediakan kursus intensif jangka pendek dan panjang termasuk program 'face-to-face immersion', kursus hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan on-line berdasarkan laman web.

Menurut bekas Menteri Pendidikan, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebagai satu kepentingan utama negara dan mengarahkan Kementerian Pendidikan memberi perhatian sepenuhnya bagi menjayakan dasar ini. Bagi memantapkan dan membolehkan pengajaran ini dapat dibuat dengan lebih berkesan pihak kementerian menyediakan sejumlah peruntukan untuk membekalkan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT) seperti komputer bimbit, projektor LCD, skrin dan bahan interaktif kepada sekolah. Bekalan elektrik juga

Page 3: Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF filebahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains ... Satu mesyuarat khas ... di bawah Malaysian Trainers

Muka surat 3/9

akan dibekalkan secepat mungkin kepada sekolah-sekolah yang masih tidak mempunyai kemudahan berkenaan, selain dibekalkan dengan bahan rujukan

bercorak sains.

Latar belakang

Mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar dalam Bahasa Inggeris di tahun satu, tingkatan satu dan enam rendah pada semua sekolah kebangsaan mulai tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 adalah tepat pada waktunya. Langkah ini membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang sains dan matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber. Pada masa yang sama ini memberi peluang kepada guru dan pelajar peluang menggunakan Bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Oleh kerana mata pelajaran Matematik dan Sains menjurus kepada bidang sains dan teknologi, maka pelaksanaan cadangan tersebut dianggap oleh pihak Kementerian Pendidikan sebagai sesuatu yang wajar dan proaktif.

Isu pelaksanaan ini telah mengundang beberapa persoalan dan pandangan yang dikemukakan oleh segenap lapisan masyarakat mahupun yang terbabit secara langsung ataupun tidak. Pertukaran bahasa pengantar boleh membawa kejutan budaya bagi sesetengah golongan pelajar dan guru terutama cara mereka berfikir dan memahami aspek-aspek yang dipelajari. Kepercayaan dan pengalaman lepas pelajar sangat sukar untuk diubah (Gilbert, 1982), oleh itu kajian ini dirasakan perlu dijalankan bagi meninjau pandangan guru dan persepsi mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Batasan:

i. Kajian ini dijalankan di tujuh buah sekolah menengah daerah Johor Bahru. ii. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar sains dan matematik

menengah rendah. Tujuan kajian:

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi guru-guru PPSMI terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Page 4: Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF filebahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains ... Satu mesyuarat khas ... di bawah Malaysian Trainers

Muka surat 4/9

Objektif kajian:

Objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru PPSMI sekolah menengah daerah Johor Bahru dalam melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

2. Mengenal pasti sejauh manakah tahap penguasaan Bahasa Inggeris guru itu sendiri untuk melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah kaedah tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang guru sains dan matematik menengah rendah dari tujuh buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Sampel kajian ini terdiri daripada 31 orang guru (62%) berbangsa Melayu, 12 orang guru berbangsa Cina (24%), dan 7 orang guru (14%) berbangsa India.

Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang guru manakala bahagian B yang mengandungi 30 item yang bertujuan untuk mendapatkan persepsi guru terhadap perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diubahsuai daripada instrumen kajian ‘Pandangan Guru Pelatih Terhadap Pembelajaran Dan Pengajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris’ yang dijalankan oleh Aziz bin Nordin dan Wahidi bin Rosni (2003).

Guru yang terlibat dengan kajian telah diminta untuk menjawab soal selidik dengan jujur berdasarkan kepada pilihan yang difikirkan bertepatan dengan persepsi dan pengalaman mereka. Persetujuan dinyatakan dalam skala tiga iaitu 1 untuk tidak setuju, 2 untuk tidak pasti dan 3 untuk setuju. Semua jawapan responden telah dikumpulkan dan dianalisis. Analisis statistik yang digunakan adalah peratusan.

Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris masih rendah. Ini dapat dilihat berdasarkan:

i. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian

Keputusan mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian ditunjukkan dalam Jadual 1. Dapatan kajian menunjukkan ramai guru menggunakan Bahasa Melayu di rumah dan di sekolah sebagai bahasa pengantar. Dapatan juga

Page 5: Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF filebahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains ... Satu mesyuarat khas ... di bawah Malaysian Trainers

Muka surat 5/9

menunjukkan guru-guru jarang membaca surat khabar, buku cerita berbahasa Inggeris dan ramai guru berfikir dalam Bahasa Melayu. Dapatan ini juga

menggambarkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru sains dan matematik adalah terhad.

Jadual 1: Peratusan persetujuan responden tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian.

Item Pertanyaan Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju

15 Apabila saya menonton televisyen cerita Inggeris, saya akan membaca sari kata Melayu untuk lebih memahami cerita tersebut

16.0 10.0 74.0

9 Di rumah saya selalu bercakap dalam bahasa Inggeris bersama keluarga.

44.0 32.0 24.0

18 Bahasa pertuturan di rumah adalah bahasa ibunda. ( Melayu,Tamil atau Mandarin )

18.0 12.0 70.0

19 Setiap hari saya membaca surat khabar dalam Bahasa Melayu.

24.0 24.0 52.0

4 Saya jarang membaca surat khabar dalam Bahasa Inggeris.

32.0 28.0 40.0

22 Biasanya saya berfikir dalam Bahasa Melayu sebelum menterjemahkannya dalam Bahasa Inggeris

22.0 16.0 62.0

25 Masa lapang saya gemar membaca buku cerita dalam Bahasa Inggeris.

68.0 16.0 16.0

ii. Sikap penggunaan Bahasa Inggeris

Sikap mengambarkan perubahan tingkah laku dan dorongan serta motivasi untuk seseorang meningkatkan atau mempelajari sesuatu. Kajian mendapati bahawa sebahagian guru pernah mengikuti kursus Bahasa Inggeris (ETeMS). Kebanyakan guru tidak suka membaca buku atau novel Bahasa Inggeris. Ini menyumbangkan kurangnya penguasaan guru dalam Bahasa Inggeris. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang guru tidak yakin dan kurang berminat untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Page 6: Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF filebahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains ... Satu mesyuarat khas ... di bawah Malaysian Trainers

Muka surat 6/9

Jadual 2: Peratusan persetujuan minat responden tentang penggunaan Bahasa Inggeris.

Item Pertanyaan Tidak

setuju Tidak pasti

Setuju

3 Saya suka membaca buku/ novel berbahasa Inggeris

40.0 26.0 34.0

1 Saya pernah mengikuti kursus Bahasa Inggeris (ETeMS).

20.0 12.0 68.0

14 Saya tidak yakin membentang tugasan sains dalam Bahasa Inggeris dalam kelas

16.0 20.0 64.0

10 Jika diberi peluang, saya suka mengajar dalam Bahasa Melayu

12.0 22.0 66.0

iii. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam persediaan pengajaran

Keputusan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar responden tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mereka menghadapi kesukaran membina ayat, menulis laporan atau mengambil masa yang panjang untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam aktiviti persediaan pengajaran mereka. Kebanyakan daripada responden bersetuju bahawa mereka perlu menyediakan nota ringkas sebelum proses pengajaran dilakukan.

Jadual 3: Penggunaan bahasa Inggeris dalam persediaan pengajaran Item Penyataan Tidak

setuju Tidak pasti

Setuju

6 Saya suka membina ayat dalam Bahasa Inggeris 54.0 30.0 16.0 13 Saya akan membuat nota ringkas bagi tajuk sains

dan matematik tertentu sebelum proses pengajaran 10.0 22.0 68.0

iv. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran di kelas.

Dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 4 mendapati ramai responden menghadapi masalah dan mengalami kesukaran untuk menghurai dan menerangkan contoh-contoh yang berkaitan dengan tajuk sains yang ditemui dalam kehidupan seharian responden dengan pelajar mereka. Kebanyakan contoh-contoh harian dalam tajuk sains akan lebih mudah dipelajari jika guru dapat menjelaskan kepada pelajar dengan lebih berkesan. Namun, kebanyakan responden tidak atau kurang berupaya untuk menjelaskannya dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Sebilangan responden juga bersetuju bahawa mereka kurang yakin untuk mengajar sains dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, ramai responden bersetuju menyatakan bahawa mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris adalah lebih mudah daripada mengajar sains dalam Bahasa Inggeris.

Page 7: Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF filebahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains ... Satu mesyuarat khas ... di bawah Malaysian Trainers

Muka surat 7/9

Jadual 4: Peratusan persetujuan responden tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran di kelas.

Item Penyataan Tidak

setuju Tidak pasti

Setuju

29 Mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris adalah lebih mudah daripada mengajar sains dalam Bahasa Inggeris

20.0 34.0 46.0

28 Saya tidak berapa yakin untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris

24.0 28.0

48.0

30 Saya berasa sukar untuk menjelaskan contoh harian yang berkaitan dengan tajuk yang diajar dalam Bahasa Inggeris.

18.0 36.0 46.0

Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru sains dan matematik masih rendah. Ini dapat dilihat berdasarkan:

v. Kemahiran dalam penggunaan Bahasa Inggeris

Jadual 5 menunjukkan masih terdapat responden yang belum bersedia dengan baik untuk mengajar mata pelajara sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah. Ini dibuktikan dengan majoriti responden bersetuju bahawa mereka kurang menguasai soal jawab dalam Bahasa Inggeris. Bilangan yang bersetuju pula terlalu kecil manakala yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik pula tidak dapat menjelaskan kejadian sains dalam Bahasa Inggeris.

Jadual 5: Peratusan persetujuan responden tentang kemahiran menggunakan Bahasa Inggeris

Item Penyataan Tidak

setuju Tidak pasti

Setuju

21 Saya menjawab soalan lisan agak lambat dan tidak spontan

10.0 24.0 66.0

23 Apabila mendapat soalan dalam Bahasa Inggeris, saya akan membacanya berulang kali untuk memahaminya persoalan tersebut

10.0 16.0 74.0

5 Saya dapat bercakap Bahasa Inggeris dalam sebutan yang betul

40.0 26.0 34.0

24 Saya boleh menerangkan kejadian sains dalam Bahasa Inggeris dengan baik

48.0 42.0 10.0

20 Saya boleh menyoal dalam Bahasa Inggeris dengan baik

50.0 30.0 20.0

Page 8: Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF filebahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains ... Satu mesyuarat khas ... di bawah Malaysian Trainers

Muka surat 8/9

vi. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran

Data yang ditunjukkan dalam Jadual 6 menunjukkan hampir semua responden lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran menggunakan Bahasa Melayu. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa aktiviti perbincangan, memberi pendapat, penggunaan istilah,dan cara mereka berfikir dan menjawab persoalan yang diajukan dalam Bahasa Inggeris adalah lebih sukar.

Jadual 6: Peratusan persetujuan responden tentang penggunaan Bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran. Item Penyataan Tidak

setuju Tidak pasti

Setuju

2 Saya sentiasa menggunakan Bahasa Inggeris apabila berbincang dengan pelajar di kelas.

68.0 26.0 6.0

27 Saya lebih mudah memberi pendapat dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris

10.0 10.0 80.0

11 Saya kurang yakin memberi penerangan dalam Bahasa Inggeris.

14.0 30.0 56.0

26 Saya tidak berapa selesa apabila diajukan soalan dalam Bahasa Inggeris

28.0 26.0 46.0

16 Saya tidak perlu merujuk buku sains dalam Bahasa Inggeris kerana dalam Bahasa Melayu mudah diperolehi.

40.0 22.0 38.0

7.

Saya lebih suka menjawab persoalan Bahasa Inggeris secara bertulis daripada bercakap.

16.0 26.0 58.0

12 Saya menjawab persoalan Bahasa Inggeris dengan menterjemahkan jawapan daripada Melayu ke Bahasa Inggeris

22.0 40.0 38.0

17 Semasa menulis laporan dalam Bahasa Inggeris, saya terpaksa mengambil masa yang panjang untuk mencari perkataan yang sesuai.

12.0 20.0 68.0

8 Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris jarang digunakan semasa belajar di sekolah dan universiti

32.0 36.0 32.0

Penutup

Kajian ini merupakan pandangan bagi satu kumpulan kecil guru sains dan matematik sekolah menengah daerah Johor Bahru. Hasil dapatan menunjukkan beberapa kesimpulan berikut diperolehi:

1. Guru mengakui bahawa mereka kurang menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian.

2. Guru juga mengakui bahawa mereka kurang menggunakan Bahasa Inggeris dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan mereka berasa sukar untuk berkomunikasi, menulis dan berbincang dalam Bahasa Inggeris.

Page 9: Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF filebahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains ... Satu mesyuarat khas ... di bawah Malaysian Trainers

Muka surat 9/9

3. Sebahagian besar guru kurang yakin untuk mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dan mereka lebih mengemari

supaya pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam Bahasa Melayu. Cadangan

1. Kajian ini boleh ditambah baik dengan menggunakan sampel kajian yang besar dengan melibatkan beberapa daerah di negeri Johor di kawasan bandar dan luar bandar. Ini dapat meningkatkan lagi keesahan dan kepercayaan kajian.

2. Dapatan kajian boleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. RUJUKAN

Aziz bin Nordin dan Wahidi bin Rosni (2004). Pandangan Guru Pelatih Terhadap Pembelajaran dan Pengajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris. Buletin Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 13, bil 1, ms. 64-71. Aziz bin Nordin (2003). Peranan bahasa dalam pembelajaran kimia, Buletin, Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 12, bil 1, ms. 59-64. Aziz bin Nordin (2004). Pandangan pelajar sekolah menengah rendah terhadap pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris. Kertas kerja dibentangkan di seminar kebangsaan pendidikan guru 2004 pada 29 Nov. hingga 1 Dis. 2004. Bloom, B. S. (1976). Human charateristic and school learning. New York: Mc Graw Hill. Gilbert, J. K., Osborne. R. J. Dan Fesham, P. J. (1982). Children’s science and its consequences for teaching. Science education, Vol. 66, No. 4, ms. 623-633.