pernyataan masalah kajian dalam penulisan tesis

Upload: auliainani

Post on 07-Jul-2018

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Pernyataan Masalah Kajian Dalam Penulisan Tesis

    1/2

    PERNYATAAN MASALAH KAJIAN DALAM PENULISAN TESIS

    Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah

    merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya panel akan menyoal

    mengapa penyelidik hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia

    untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh

    menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.

    Masalah penyelidikan ialah bidang keprihatinan seseorang penyelidik, keadaan yang ingin

    dibaiki, kesusahan yang hendak diatasi, dan soalan yang hendak dicari jawapannya. Maka,

    masalah itu boleh jadi sesuatu yang belum selesai, elemen tidak puas hati, perubahan yang

    diinginkan, atau sesuatu yang masih belum tercapai sebagaimana yang diharapkan. Pendek

    kata, masalah penyelidikan ialah tentang perkara yang hendak disiasat, serta hendak diperoleh

     jawapannya.

    Masalah penyelidikan mesti ditentukan, atau ditetapkan supaya kepentingan, rasional dansignifikan melaksanakan sesuatu penyelidikan menjadi ketara. Masalah mungkin terlalu besar 

    dan luas. Dengan itu penyelidik perlu membuat saringan, serta tapisan bagi mengecilkan skop

    masalah penyelidikan untuk disejajarkan kepada jenis data yang hendak dikutip, serta kaedah

    analisis data yang bakal dibuat.

    Penapisan masalah penyelidikan memungkinkan penyelidik membuat klasifikasi pemboleh

    ubah secara khusus dan objektif. ambaran masalah yang menggunakan perkataan!perkataan

    besar seperti "keberkesanan", prestasi", dan "proses pembelajaran" hendaklah diketepikan. #al

    ini disebabkan penyelidik bakal berhadapan dengan kekangan kewangan, lojistik dan sumber 

    dalam proses mentadbirkan sesuatu penyelidikan.

    Sebagai contoh, "keberkesanan" merujuk kepada usaha membandingkan sesuatu proses

    dengan hasil yang tercapai. Penyelidik boleh mengecilkan skop masalah kepada dua pemboleh

    ubah sahaja, iaitu proses yang sedang berlaku dan hasil yang diinginkan sahaja. $atakan

    prosesnya ialah tempoh persekolahan hingga waktu petang% hasilnya ialah pelajar mengantuk

    dan lesu dari segi emosi, jasmani, dan mental.

    Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang

    dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik.

    &agaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan' &erikut diterangkan cara

    menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk ( Pelaksanaan )nkuiri Penemuan dalam

    Pendidikan Sains. )a merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.

    *+ Penyelidik perlu menerangkan konsep!konsep yang digunakan dalam kontek

    penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.

  • 8/18/2019 Pernyataan Masalah Kajian Dalam Penulisan Tesis

    2/2

    + Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian!kajian lepas yang mendapati

    bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada

    pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu

    menyertakan sebanyak yang mampu kajian!kajian dalam dan luar negara yang

    berkaitan.

    -+ Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin

    dikaji. yatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan

    penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.

    + Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang

    dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu

    menjawab soalan, so what'''. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang

    dijalankan. )a mestilah 0sesuatu1 yang boleh menghasilkan 0kejayaan1 selepas kajiandilaksanakan.

    2+ $elima 3 &ahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah!hujah yang

    disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting

    dijalankan dari perspektif penyelidik

    Senarai Semak Menetapkan Masalah Penyelidikan

    * Penyelidik memiliki pengetahuan / akses maklumat tentang masalah yang dikenal pasti

    Penyelidik memiliki sumber 4tenaga, masa, perbelanjaan+ yang mencukupi

    - Penyelidik mengenal pasti responden 4-5 ! 25 sampel untuk kaedah tinjauan+

    Masalah yang dipilih bersifat jelas / mudah mendapat data

    2 Masalah yang dipilih adalah penting, paling tidak mengubah cara penyelidik menanggapisesuatu fenomena

    6 Memberi gambaran awal tentang jenis data dan kaedah analisis data

    7 Menyatakan secara khusus tentang pemboleh ubah dan populasi yang diselidiki