permainan kanak-kanak pukulan

7

Click here to load reader

Upload: oasisdessert

Post on 25-Jun-2015

918 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan Kanak-Kanak Pukulan

Kategori Permainan

Pukulan

Nama Permainan

Nama permainan ini adalah :

Objektif Permainan

Supaya memberi murid kemahiran tentang cara memukul bola dengan betul.

Supaya mengajar murid untuk mematuhi peraturan dan berlawan secara adil.

Bagi melahirkan para pelajar yang cergas tubuh badan dan minda yang cerdas.

Memberi kemahiran kepada murid memilih dan menggunakan taktik dan strategi yang

tepat untuk mendapatkan mata bagi kumpulan.

Peralatan permainan

Permainan ini memerlukan alatan seperti berikut :

Alatan Bilangan

Bet kriket 1

Bola tenis 2

Bola gymrama 2

Papan markah 2

Butiran Permainan

Tarikh :

Masa :

Tempat :

Tahap umur :

Bilangan pemain :

Page 2: Permainan Kanak-Kanak Pukulan

Jangka Masa Permainan

Setiap permainan kanak-kanak ini akan dijalankan selama 10 minit sahaja.

Perlawanan ini dibahagikan kepada 2 masa sesi.iaitu 5 minit untuk setiap kumpulan.

Cara Bermain

1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pemukul dan penerima.

2. Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain.

3. Pasukan pemukul akan diberi bat pemukul dan sebijik bola.

4. Hanya seorang pemain dari pasukan pemukul akan membuat pukulan pada

tempat yang ditetapkan

5. Pasukan penerima akan mengambil tempat masing-masing untuk menangkap

bola.

6. Pemukul akan memukul bola tanpa dibantu oleh ahli pasukan yang lain.

7. Pasukan memukul akan memukul bola gimnastik dengan menggunakan kayu

krekit pada tahap pertama.

8. Setelah memukul, pemukul akan membuat larian ulang alik daripada base ke

base yang lain.

9. Pasukan penerima yang menangkpa bola akan membaling bola kepada rakannya

yang berdekatan dengan base.

10.Pasukan penerima yang berdekatan dengan base akan mebuat larian ke base di

mana pasukan pemukul menuju untuk mematikan pasukan pemukul.

11.Pasukan pemukul akan membuat pukulan seorang demi seorang mengikut giliran

masing-masing.

12.Pasukan pemukul akan mendapat 2 mata sekiranya mereka berjaya membuat

larian ulang-alik, manakala 1 markah bagi 1 larian sahaja.

13.Kon akan ditambah sebanyak 3 diatas tapak larian bagi meningkatkan tahap

kesukaran.

14.Pemain yang memukul bola hendaklah melaui halangan berbentuk kon bagi

mendapatkan mata.

Page 3: Permainan Kanak-Kanak Pukulan

15.Tahap kesukaran ditingkatkan lagi dengan mnggantikan bola gimnastik kepada

bola tennis

16.Bola tenis dapat menyukarkan pemukul untuk memukul bola dan ia juga

menyukarkan penerima untuk menangkap bola kerana saiznya yang lebih kecil.

17.Pasukan menukar peranan setelah semua ahli pasukan pemukul mebuat

pukulan.

Peraturan permainan

1. Pemukul hanya boleh membuat satu pukulan sahaja.

2. Ahli pasukan pemukul yang hendak memukul tidak boleh digantikan dengan ahli

yang lain

3. Pasukan pemukul boleh membuat larian sebanyak yang mungkin selagi tidak

dimatikan oleh pasukan penerima

4. Pasukan penerima tidak boleh menghatar bola lebih daripada 2 kali kepada rakan

pasukan

5. Sekiranya pemukul memukul bola ke luar garisan yang ditetapkan akan dikira

outside dan pemukul tersebut dikira mati

6. Keputusan hakim adalah muktamat.

Senarai Semak Tindakan

Page 4: Permainan Kanak-Kanak Pukulan

Sebelum

Bil Perkara Ya Tidak Catatan

1 Merancang bentuk permainan dari segi ketagori,

bilangan pemain, alatan dan tempat.

2 Penyediaan ruang yang sesuai.

3 Menentukan pasukan dan bilangan ahli.

4 Menyediakan alatan yang sesuai dan selamat.

5 Mnyediakan kawasan yang sesuai dari segi garisan,

kerataan dan sebagainya.

6 Menetapkan peraturan permainan.

7 Beritahu murid tentang pakaian atau peralatan yang

perlu dibawa oleh murid.

8 Menggubal soalan taktikal.

9 Menyediakan boring skor atau markah.

Semasa

Page 5: Permainan Kanak-Kanak Pukulan

Bil Perkara Ya Tidak Catatan

1 Memberitahu kanak-kanak tentang ativiti yang

dijalankan.

2 Menyusun alatan dan bahagi kumpulan.

3 Menerangkan peraturan dan pastikan murid

memahami.

4 Membuat demostrasi cara permainan.

5 Mengawasi keselamatan dan pergerakan murid.

6 Memastikan peraturan diikuti oleh murid-murid.

7 Member peluang murid untuk membuat keputusan

mengenai teknik dan strategi permainan.

8 Memastikan murid melaksanakan kemahiran.

9 Mungemukakan soalan-soalan taktikal.

10 Meningkatkan kesukaran permainan.

11 Mengawasi disiplin murid-murid.

12 Memantau keadilan permainan.

13 Menilai prestasi murid dari segi kemahiran dan

respons.

14 Mengubahsuai peraturan.

Selepas

Page 6: Permainan Kanak-Kanak Pukulan

Bil Perkara Ya Tidak Catatan

1 Membuat kiraan mata.

2 Mengumumkan pemenang.

3 Memastikan tempat dalam keadaan asal,selamat

dan bersih.

4 ‘cooling down’.

5 Refleksi.

6 Penilaian permainan:-

Keselamatan

Disiplin

Prestasi

Nilai murni

Kemahiran

Respons

7 Mengambil tindakan susulan.