permainan bahasa

6
CONTOH-CONTOH PERMAINAN BAHASA Radio Ajaib Objektif: Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti. Bahan: Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain. Cara bermain: Berkumpulan Langkah: 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang rapi diperlukan). 3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir. 4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan mendapat markah bonus. Nota: �� Anda boleh mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman mestilah daripada mudah kepada sukar seperti daripada bunyi suara binatang kemudian fenomena alam, suasana sekolah dan diakhiri dengan perbualan. Membentuk Perkataan Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang diberi. Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu. Cara bermain: Berkumpulan Langkah: 1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak

Upload: qilla-ila

Post on 07-Dec-2015

129 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

beberapa contoh permainan bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan Bahasa

CONTOH-CONTOH PERMAINAN BAHASARadio Ajaib Objektif: Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti. Bahan: Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain. Cara bermain: Berkumpulan 

Langkah: 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang rapi diperlukan). 3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir.4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan mendapat markah bonus. 

Nota: �� Anda boleh mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman mestilah daripada mudah kepada sukar seperti daripada bunyi suara binatang kemudian fenomena alam, suasana sekolah dan diakhiri dengan perbualan. 

Membentuk Perkataan 

Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang diberi. Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu. Cara bermain: Berkumpulan 

Langkah: 1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya. 2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk perkataan yang betul ejaannya. 3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi. 

Nota: 

Page 2: Permainan Bahasa

�� Cara yang sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk ayat. Dalam permainan ini anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi perkataan untuk disusun membentuk ayat yang betul. �� Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar, anda boleh memperuntukkan masa yang singkat dalam satu-satu soalan. Keadaan ini juga boleh menambahkan lagi tarikan dan keseronokan pelajar. 

Permainan Teka Lukisan/Lakaran 

Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik Bahan: Kertas dan Pensel Cara bermain: Kelas/Berkumpulan 

Langkah: 1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing. 2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan peringkat lukisan atau lakaran. 3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang. 4. Aktiviti melukis ini pula diikuti oleh wakil kumpulan masing-masing manakala kumpulan lawan membuat tekaan. 

Pemainan Telefon Rosak 

Objektif: Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan menyampaikannya kepada rakan dengan tepat. Bahan: Kad yang mengandungi ayat tertentu. Cara bermain: Berkumpulan. Langkah: 1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai bilangan ahli yang sama. 

Page 3: Permainan Bahasa

2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan. 3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang perlu diingati. 4. Ketua kumpulan tersebut 5. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya kepada orang terakhir. 6. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan tersebut. 7. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang. 

Permainan Kotak Beracun 

Objektif: Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan. Bahan: Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan. Cara bermain: Kumpulan/Kelas. Langkah: 1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan. 2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begirulah seterusnya. 3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan didenda. 4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat. 5. Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan. 6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula. 7. Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar terakhir yang memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut arahan yang

Page 4: Permainan Bahasa

terdapat pada lipatan kertas yang terdapat di dalam kotak tersebut. 

Permainan Fikir dan Nyatakan 

Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir Bahan: Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan. Cara bermain: Kumpulan Langkah: 1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama. 2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang hendak diteka. Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ (����������������) 3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala, diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka lakukan. 4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas. Nota: �� Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan mengikut peruntukan masa yang dihadkan. 

Permainan Teka Lakonan 

Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik Bahan: Kertas arahan (sampul) Cara bermain: Kelas/berkumpulan Langkah: 1. Pelajar duduk di tempat masing-masing. 2. Anda perlu membuat satu lakonan. 3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda. 4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan 

Page 5: Permainan Bahasa

arahan dalam sampul yang dipilih. 5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut. 6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan. Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain. 7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka. 

Posted by Wan Anuar Bin Yaacob at 2/26/2009 11:19:00 PM