perkembangan industri fesyen muslimah di turki, · pdf filesedang bersiaran setiap sabtu,...

3
Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 (204) rtm_malaysia RTM Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia Perkembangan Industri Fesyen Muslimah di Turki, Indonesia dan Malaysia Dalam Program “Nazneen”, Di TVi KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2016 – Pencapaian industri fesyen muslimah di Malaysia cukup membanggakan di mana telah berjaya melahirkan begitu ramai perekapereka busana muslimah terkenal tanah air dan perkembangan ini memberi peluang kepada pereka-pereka muda untuk menghasilkan pelbagai fesyen muslimah yang lebih menarik dan mantap. Perkembangan trend muslimah bukan sahaja berlaku di Malaysia namun kemajuan pesat industri fesyen ini turut dirasai di luar negara. Terbaharu program majalah bertajuk “Nazneen” yang sedang bersiaran setiap Sabtu, pukul 10.30 pagi di TVi membawa dimensi baru kepada dunia fesyen dan trend kecantikan wanita. Penonton didedahkan dengan pelbagai senario fesyen masa kini khususnya busana muslimah yang menjadi ikutan dalam dan luar negara, di samping tip-tip penjagaan diri dan kecantikan wanita. Ikuti pengalaman dialami oleh hos Nadya Syahera dalam program 13 episod ini yang membawa penonton meninjau perkembangan pesat fesyen muslimah dalam perspektif baru di negara- negara Islam yang lain seperti di Indonesia dan Turki. Menerusi episod pengenalan di negara kita, saksikan penampilan personaliti tempatan yang gah membina keyakinan kaum hawa dalam berfesyen iaitu YM Dato Seri Raja Rezza Shah yang juga merupakan selebriti tempatan, bukan sahaja sinonim dengan industri hiburan tanahair malah beliau merupakan pengasas dan pengerusi kepada Islamic Fashion Festival (IFF). Beliau yang mempunyai kelebihan ilmu dan pengalaman dengan latarbelakang pelbagai kerjaya sebagai peragawan, pelakon, pemilik agensi peragaan, produser dan pengurus acara dan pementasan budaya serta perancang majlis perkahwinan. Kesemuanya ini membuatkan beliau arif tentang acara pementasan yang menggabungkan fesyen dan Islam melalui IFF. “Nazneen” seterusnya menghidangkan buat penonton tips penggayaan hijab serta busana kasual sebagai pencetus idea buat muslimah dalam bergaya. Tidak ketinggalan, turut dikongsi ilmu petua amalan tradisional untuk memelihara kulit agar cerah dan halus.

Upload: doankiet

Post on 13-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Industri Fesyen Muslimah di Turki, · PDF filesedang bersiaran setiap Sabtu, pukul 10.30 pagi di TVi membawa dimensi baru kepada ... Episod bersiaran dari Kompleks Kraf,

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 (204)

rtm_malaysia RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia

Perkembangan Industri Fesyen Muslimah di Turki, Indonesia dan Malaysia Dalam Program “Nazneen”, Di TVi KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2016 – Pencapaian industri fesyen muslimah di Malaysia cukup membanggakan di mana telah berjaya melahirkan begitu ramai perekapereka busana muslimah terkenal tanah air dan perkembangan ini memberi peluang kepada pereka-pereka muda untuk menghasilkan pelbagai fesyen muslimah yang lebih menarik dan mantap. Perkembangan trend muslimah bukan sahaja berlaku di Malaysia namun kemajuan pesat industri fesyen ini turut dirasai di luar negara. Terbaharu program majalah bertajuk “Nazneen” yang sedang bersiaran setiap Sabtu, pukul 10.30 pagi di TVi membawa dimensi baru kepada dunia fesyen dan trend kecantikan wanita. Penonton didedahkan dengan pelbagai senario fesyen masa kini khususnya busana muslimah yang menjadi ikutan dalam dan luar negara, di samping tip-tip penjagaan diri dan kecantikan wanita. Ikuti pengalaman dialami oleh hos Nadya Syahera dalam program 13 episod ini yang membawa penonton meninjau perkembangan pesat fesyen muslimah dalam perspektif baru di negara-negara Islam yang lain seperti di Indonesia dan Turki. Menerusi episod pengenalan di negara kita, saksikan penampilan personaliti tempatan yang gah membina keyakinan kaum hawa dalam berfesyen iaitu YM Dato Seri Raja Rezza Shah yang juga merupakan selebriti tempatan, bukan sahaja sinonim dengan industri hiburan tanahair malah beliau merupakan pengasas dan pengerusi kepada Islamic Fashion Festival (IFF). Beliau yang mempunyai kelebihan ilmu dan pengalaman dengan latarbelakang pelbagai kerjaya sebagai peragawan, pelakon, pemilik agensi peragaan, produser dan pengurus acara dan pementasan budaya serta perancang majlis perkahwinan. Kesemuanya ini membuatkan beliau arif tentang acara pementasan yang menggabungkan fesyen dan Islam melalui IFF. “Nazneen” seterusnya menghidangkan buat penonton tips penggayaan hijab serta busana kasual sebagai pencetus idea buat muslimah dalam bergaya. Tidak ketinggalan, turut dikongsi ilmu petua amalan tradisional untuk memelihara kulit agar cerah dan halus.

Page 2: Perkembangan Industri Fesyen Muslimah di Turki, · PDF filesedang bersiaran setiap Sabtu, pukul 10.30 pagi di TVi membawa dimensi baru kepada ... Episod bersiaran dari Kompleks Kraf,

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 (204)

rtm_malaysia RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia

Episod bersiaran dari Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur memfokuskan busana tradisional sebagai intipati utama rancangan. “Nazneen” berkongsi info dan maklumat menarik juga berkongsi tip kecantikan dan kesihatan juga melihat perkembangan trend muslimah di Malaysia dengan menampilkan busana tempatan yang terdapat di Kompleks Kraf. Menerusi segmen “Corak-Carik”, “Nazneen” memberi tip kepada penonton mengenai produk tempatan seperti keronsang untuk dipadankan dengan busana tradisional. Personaliti yang ditampilkan kali ini melalui segmen “Dimensi Gaya” adalah seorang pereka fesyen tekenal iaitu Encik Salikin Sidek yang berkongsi info dan tip untuk bergaya. Pendapatan awam mengenai fesyen muslimah turut diketengahkan menerusi segmen “Vox-Pop”. Tambahan rencah di dalam segmen “Look-Book” dan “Petua Omak” menampilkan tip berguna tampil bergaya dengan fesyen kasual untuk muslimah dan memelihara wajah agar kelihatan cantik dan segar serta merawat jeragat. Seterusnya “Nazneen” terbang ke kota Jakarta, Indonesia untuk melihat perkembangan fesyen muslimah di kotaraya Jakarta, Indonesia. Ia meninjau perkembangan fesyen di pusat-pusat membeli-belah terkenal yang terdapat di sana. Penonton juga dibawa meninjau ke expo perdagangan atau “trade expo” yang berlangsung di kota Jakarta ini. Batik menjadi pilihan untuk mengisi ruang di dalam segmen “Dimensi Gaya” dengan menampilkan pereka fesyen kelahiran Indonesia iaitu Handy Hartono yang terkenal dengan label “Batik Boy”. Beliau berkongsi pendapat mengenai fesyen buat muslimah di luar sana. Perhiasan wanita membuka langkah buat Nazneen pada episod kali ini. Sesotya selaku pengeluar perhiasan wanita yang terkenal di kota Jakarta ini berkongsi mengenainya serta Ibu Soel Djangrono yang merupakan seorang pengumpul barang perhiasan antik turut berkongsi cerita mengenai koleksi beliau. Segmen “Corak Carik” mengundang Jeny Tjahyawati, pereka fesyen terkenal Indonesia mengisi ruang di segmen “Dimensi Gaya” Koleksi fesyen dan ciptaan beliau dipaparkan untuk tontonan muslimah agar dapat berkongsi idea untuk tampil bergaya dan anggun dengan busana muslimah. Diakhiri dengan bersiaran dari sebuah pusat spa yang terkemuka di Indonesia iaitu Martha Tilaar Center. Seterusnya “Nazneen” terbang ke kota Istanbul, salah satu bandar pelancongan utama di Turki. Pada episod ini Nazneen membawa penonton ke satu pusat tumpuan iaitu Spice Bazaar yang merupakan hentian terakhir karavan yang datang melalui Laluan Sutera dari China. Penonton seterusnya membawa penonton kesibukan di pasar kedua terbesar di Istanbul iaitu Grand Bazaar. Kunjungan Nazneen kali ini memaparkan produk minyak wangi yang terdapat di kota Istanbul ini. Program ini memilih seorang pereka terkenal Turki iaitu saudara Atil Kutoglu untuk berkongsi fesyen terkini dari Istanbul. Berkunjung ke bumi Istanbul, pengunjung juga berpeluang memanjakan diri di pusat rawatan atau spa yang berselerakan menanti kunjungan tetamu. Kunjungan ke butik di Istanbul ini membuka mata semua pengunjung untuk mendapatkan busana yang trendy namun masih mengekalkan imej sopan. Malah keunikan kerjatangan masyarkat Turki memang telah terkenal sejak berzaman dahulu, ini dibuktikan dengan ukiran yang terdapat pada masjid-masjid dan bangunan. Episod seterusnya diwarnai dengan barangan perhiasan diri buat wanita. Butik Boybeyei, Kismet dan Evren Kayar mengisi slot ini dengan rekaan perhiasaan bercitarasa Turki serta infomasi yang padat dan berguna buat penonton. Ia turut menampilkan koleksi pereka fesyen Turki iaitu Gamze Saracoglu yang telah mencipta nama dipentas antarabangsa. Wanita yang gemar dan sering tampil lasak kunjungan ke Istanbul ditawarkan pilihan kasut but pelbagai jenis, bentuk dan warna. Sebelum itu, Nazneen sempat membawa penonton bersia-siar ke Masjid Biru yang menjadi pusat tumpuan pelancong di sini.

Page 3: Perkembangan Industri Fesyen Muslimah di Turki, · PDF filesedang bersiaran setiap Sabtu, pukul 10.30 pagi di TVi membawa dimensi baru kepada ... Episod bersiaran dari Kompleks Kraf,

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 (204)

rtm_malaysia RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### - Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi : NURUL FARIZA IBRAHIM Seksyen Perhubungan Media & Publisiti, Bahagian Perhubungan Raya, Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV, ANGKASAPURI 50614 Kuala Lumpur Tel : 603 2288 7166 E-mel : [email protected]