perkem_2014_5c2

6
PROSIDING PERKEM ke-9 (2014) 813 - 818 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9) “Urus Tadbir Ekonomi yang Adil : Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi” Kuala Terengganu,Terengganu, 17 19 Oktober 2014 Faktor Kemungkiran Membayar Balik Hutang Pengajian : Skop Kajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Muhammad Izzat Bin Mohamed Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Email: [email protected] Tamat Sarmidi Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Email: [email protected] ABSTRAK Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sebuah badan kewangan bagi mengeluarkan pinjaman kepada pelajar dalam pelbagai jurusan dan peringkat pengajian. Akan tetapi PTPTN mengalami masalah besar berkaitan usaha mendapat bayaran balik pinjaman yang dikeluarkan. Kegagalan mendapatkan bayaran balik pinjaman menyebabkan perancangan asal untuk menggunakan wang bayaran balik sebagai pinjaman kepada pelajar-pelajar kemudian setiap tahun tidak berjalan lancar. Apabila kitaran kewangan tersebut tidak berlaku, kerajaan terpaksa menyuntik peruntukan baru setiap tahun kepada PTPTN. Maka kajian ini adalah untuk melihat faktor yang mendorong terjadinya kemungkiran pembayaran balik pinjaman PTPTN. Kajian ini penting bagi PTPTN untuk mengukur prestasi peminjam dalam pembayaran balik pinjaman dan kajian ini juga berbeza kerana maklumat yang didapati adalah dari perpektif peminjam itu sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kaji soal selidik yang diedarkan di kalangan peminjam PTPTN. Disamping itu juga, maklumat-maklumat juga diperolehi daripada PTPTN melalui laman sesawang PTPTN. Dalam pada masa yang sama, kajian ini melihat konsep yang disampaikan oleh kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh para pengkaji yang lain. Kajian mengunakan faktor-faktor kemungkiran pembayaran balik pinjaman seperti faktor pencapaian pengajian, pekerjaan dan pendapatan. Kesimpulannya, PTPTN perlu mengurangkan fenomena pelajar tidak membayar balik hutang PTPTN daripada berterusan dan bertambah serius dengan mewujudkan satu mekanisma khusus bagi membolehkan PTPTN mengenali pemohon pinjaman berdasarkan kriteria-kriteria yang boleh dipercayai. Kriteria-kriteria ini boleh dikenalpasti dengan melihat profil peminjam yang sedia ada di mana PTPTN akan dapat melihat kecenderungan antara pelajar yang membayar balik atau gagal membayar balik pinjaman. Di pihak peminjam pula, mereka perlu sedar akan kepentingan melunaskan pinjaman untuk kemantapan dalam sistem pembiayaan pendidikan. Kata kunci: Pinjaman, Hutang, PTPTN, Kemungkiran, Pembayaran ABSTRACT National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) is a financial body for issuing loans to students in various fields and levels of education. But PTPTN experiencing major problems related efforts for repayment of loans issued. Failure to obtain repayment of the original cause of planning to use the money as a loan repayment to next students every year do not run smoothly. When the financial cycle did not happen, the government had to inject new provisions each year to PTPTN. So this study is to examine the factors that led to the occurrence of PTPTN loan repayment default. This study is important for PTPTN to measure the performance of the borrower in repayment of the loan and this study is different because the information available is from the perspective of the borrower itself. This study using questionnaire survey among PTPTN borrowers. Additionally, information was obtained from PTPTN through PTPTN website. In the same time, this study looked at the concept presented by previous studies that have been done by other researchers. This study using factors such as factor education attainment, employment and income. In conclusion, PTPTN needed to reduce the phenomenon of students do not pay back PTPTN debt from continuing and more serious by creating a

Upload: siuchin

Post on 20-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Page 1: PERKEM_2014_5C2

PROSIDING PERKEM ke-9 (2014) 813 - 818

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9)

“Urus Tadbir Ekonomi yang Adil : Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi”

Kuala Terengganu,Terengganu, 17 – 19 Oktober 2014

Faktor Kemungkiran Membayar Balik Hutang Pengajian : Skop

Kajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Muhammad Izzat Bin Mohamed

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email: [email protected]

Tamat Sarmidi

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email: [email protected]

ABSTRAK

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sebuah badan kewangan bagi

mengeluarkan pinjaman kepada pelajar dalam pelbagai jurusan dan peringkat pengajian. Akan tetapi

PTPTN mengalami masalah besar berkaitan usaha mendapat bayaran balik pinjaman yang dikeluarkan.

Kegagalan mendapatkan bayaran balik pinjaman menyebabkan perancangan asal untuk menggunakan

wang bayaran balik sebagai pinjaman kepada pelajar-pelajar kemudian setiap tahun tidak berjalan

lancar. Apabila kitaran kewangan tersebut tidak berlaku, kerajaan terpaksa menyuntik peruntukan baru

setiap tahun kepada PTPTN. Maka kajian ini adalah untuk melihat faktor yang mendorong terjadinya

kemungkiran pembayaran balik pinjaman PTPTN. Kajian ini penting bagi PTPTN untuk mengukur

prestasi peminjam dalam pembayaran balik pinjaman dan kajian ini juga berbeza kerana maklumat

yang didapati adalah dari perpektif peminjam itu sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kaji soal

selidik yang diedarkan di kalangan peminjam PTPTN. Disamping itu juga, maklumat-maklumat juga

diperolehi daripada PTPTN melalui laman sesawang PTPTN. Dalam pada masa yang sama, kajian ini

melihat konsep yang disampaikan oleh kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh para pengkaji

yang lain. Kajian mengunakan faktor-faktor kemungkiran pembayaran balik pinjaman seperti faktor

pencapaian pengajian, pekerjaan dan pendapatan. Kesimpulannya, PTPTN perlu mengurangkan

fenomena pelajar tidak membayar balik hutang PTPTN daripada berterusan dan bertambah serius

dengan mewujudkan satu mekanisma khusus bagi membolehkan PTPTN mengenali pemohon

pinjaman berdasarkan kriteria-kriteria yang boleh dipercayai. Kriteria-kriteria ini boleh dikenalpasti

dengan melihat profil peminjam yang sedia ada di mana PTPTN akan dapat melihat kecenderungan

antara pelajar yang membayar balik atau gagal membayar balik pinjaman. Di pihak peminjam pula,

mereka perlu sedar akan kepentingan melunaskan pinjaman untuk kemantapan dalam sistem

pembiayaan pendidikan.

Kata kunci: Pinjaman, Hutang, PTPTN, Kemungkiran, Pembayaran

ABSTRACT

National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) is a financial body for issuing loans to

students in various fields and levels of education. But PTPTN experiencing major problems related

efforts for repayment of loans issued. Failure to obtain repayment of the original cause of planning to

use the money as a loan repayment to next students every year do not run smoothly. When the financial

cycle did not happen, the government had to inject new provisions each year to PTPTN. So this study

is to examine the factors that led to the occurrence of PTPTN loan repayment default. This study is

important for PTPTN to measure the performance of the borrower in repayment of the loan and this

study is different because the information available is from the perspective of the borrower itself. This

study using questionnaire survey among PTPTN borrowers. Additionally, information was obtained

from PTPTN through PTPTN website. In the same time, this study looked at the concept presented by

previous studies that have been done by other researchers. This study using factors such as factor

education attainment, employment and income. In conclusion, PTPTN needed to reduce the

phenomenon of students do not pay back PTPTN debt from continuing and more serious by creating a

Page 2: PERKEM_2014_5C2

814 Muhammad Izzat Mohamed, Tamat Sarmidi

special mechanism to enable recognize PTPTN loan applicants based on the criteria that can be

trusted. These criteria can be identified by looking at the profile of existing borrowers where PTPTN

will see a tendency among students to pay back or fail to repay the loan. On behalf of the borrower,

they must realize the importance of paying off the loan for the robustness of the system of financing

education.

Keywords: Loans, Debt, PTPTN, Default, Payments

PENGENALAN

Dewasa ini, masalah yang dialami oleh PTPTN adalah kemungkiran pelajar untuk membayar balik

pinjaman yang telah diberikan. Sejak PTPTN ditubuhkan, PTPTN telah mengeluarkan pinjaman

sebanyak lebih daripada RM9.5 bilion kepada lebih daripada 1.3 juta peminjam. Daripada jumlah

tersebut hanya 903, 920 peminjam atau 68 peratus membuat bayaran balik iaitu sebanyak RM4.82

bilion atau 50.7 peratus manakala sebanyak 425, 792 peminjam yang gagal membayar balik iaitu

sebanyak RM4.69 bilion (Utusan Online, 2013). Sebagai badan kewangan yang menguruskan

pembiayaan pendidikan, salah satu masalah besar yang PTPTN perlu hadapi berkaitan mendapatkan

kembali pinjaman yang diberikan oleh PTPTN kepada peminjam memandangkan ia adalah masalah

yang serius. Jika PTPTN gagal mendapat pinjaman yang telah diberikan, PTPTN mengalami masalah

kitaran kewangan di mana PTPTN tidak dapat memberikan pinjaman kepada pelajar seterusnya. Ini

bermakna PTPTN perlu mencari dana pendidikan lain untuk terus memberikan pinjaman jika masalah

ini berterusan dan bertambah serius. Sekiranya hal ini berlarutan, konsep sebenar tabung pendidikan

tinggi tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan asal. Hasrat untuk mengendalikan skim

pinjaman pendidikan dengan sumber pendapatan sendiri mungkin tidak dapat dilaksanakan mengikut

jadual dan akan menjadikan tabung ini tidak mapan (Morshidi, 2006).

KAJIAN LEPAS

Kajian lepas mendapati pemberian dan pengutipan pinjaman pendidikan tidak dialami hanya di

Malaysia tetapi juga berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Britain,

Australia dan New Zealend. Terdapat beberapa ciri-ciri peminjam yang dikenalpasti mempunyai

hubungan dengan kemungkiran pembayaran balik pinjaman pengajian di kalangan pelajar pendidikan

tinggi. Ia boleh dibahagikan kepada lima dimensi yang akan dibincangkan dengan lebih jelas seperti

berikut. McMillion (2004) dalam analisis beliau terhadap kajian-kajian lepas tentang kemungkiran

pembayaran balik pinjaman pengajian di kalangan pelajar pendidikan tinggi telah mengariskan ciri-ciri

peminjam kepada lima dimensi iaitu kejayaan pengajian, pengalaman semasa pengajian, keadaan

selepas pengajian, ciri-ciri peribadi peminjam dan penarafan hutang peminjam.

Dimensi kejayaan pengajian dimana termasuk pencapaian akademik, hala tuju pelajar dalam kursus

mereka, sokongan kewangan dan berjaya menghabiskan pengajian adalah berkait untuk kemungkiran

pembayaran balik (Volkwein et al. 1998). Hubungan antara kejayaan pengajian dengan kemungkiran

pembayaran balik tidak diketahui, bagaimanapun, ia dapat menunjukkan kerja kuat dan tanggungjawab

dalam kehidupan pelajar untuk berjaya dalam pengajian akan menjadi satu sifat yang baik pada selepas

pengajian dimana pelajar akan lebih komitmen dalam membayar pinjaman. Disamping itu, pelajar yang

berjaya akan mudah mendapat tempat dipasaran kerja dan akan meningkatkan kemampuan pelajar

dalam membayar pinjaman selepas pengajian (Steiner dan Teszler, 2003).

Dimensi pengalaman semasa pengajian adalah termasuk pengkhususan pengajian oleh pelajar,

jangka masa pengajian yang diambil oleh pelajar, tahun semasa pengajian, berkerja semasa pengajian

dan kaunseling kewangan. Kajian mendapati pengkhususan pengajian tidak kuat untuk digunakan

dalam mengaitkan dengan peratus kemungkiran. Tetapi terdapat pengkhususan tertentu yang peratus

kemungkirannya adalah lebih tinggi daripada pengkhususan lain (Steiner dan Teszler, 2003).

Dimensi keadaan selepas pengajian dimana keadaan pelajar setelah menamatkan pengajian iaitu di

alam mencari pekerjaan. Dimensi ini melihat seseorang pelajar dari aspek yang berkaitan iaitu

pengangguran, kadar pendapatan, keadaan peribadi dan keluarga, gaya pembayaran balik pinjaman,

pengetahuan tentang pembayaran serta pembayaran selepas kemungkiran.

Page 3: PERKEM_2014_5C2

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-9 2014 815

Dimensi ciri-ciri peribadi peminjam terdiri daripada pembolehubah yang berkaitan ciri-ciri

peminjam yang telah ada sebelum mengikuti pengajian seperti jantina, umur, etnik, tahap pendidikan

dan pendapatan ibu bapa, pencapaian akademik peringkat sekolah, kebolehan dan sikap peminjam.

Sikap merujuk kepada tahap hutang atau tanggungjawab terhadap kewangan lain (Volkwein dan

Szelest, 1995).

Dimensi penarafan hutang peminjam adalah jumlah hutang yang dilakukan peminjam untuk

pengajian. Walaupun secara logiknya pelajar yang banyak berhutang akan menyebabkan semakin tidak

membayar hutang. Walaubagaimanapun, kajian oleh Woo (2002) menyatakan pelajar dengan hutang

yang tinggi sebenarnya kurang untuk mungkir pembayaran balik pinjaman berbanding pelajar yang

mempunyai hutang yang rendah. Mungkin kerana hutang yang tinggi dikaitkan dengan banyak

pengajian dan disebabkan itu pelajar itu lebih berjaya.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Data dan contoh.

Data untuk kajian ini telah dikumpulkan menggunakan soal selidik yang ditadbir sendiri. Kaji selidik

ini disertai oleh responden diperingkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor

falsafah. Maka secara lansung kaji selidik ini terselerak kepada berbagai tingkat pendapatan. Kaji

selidik ini juga berjaya mendapat sampel 210 responden.

Instrumen dan pembolehubah.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang ditadbir sendiri. Soal

selidik mengandungi 2 bahagian. Bahagian A adalah mengandungi soalan yang merujuk kepada

pengumpulan buti-butir am tentang ciri-ciri demografi responden yang merangkumi pembolehubah

pendapatan bulanan, pekerjaan dan Point Gred Nilai Kumulatif (PGNK).

Bahagian B adalah mengandungi soalan untuk melihat sikap mereka terhadap hutang pinjaman dan

seterusnya adalah soalan untuk melihat kemungkiran dan dikaitkan dengan profil mereka.

Persampelan.

Jenis persampelan yang digumakan adalah persampelan tujuan. Merujuk kepada prosedur persampelan

ini iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai respondan kajian

dimana sampel yang dituju adalah peminjam PTPTN. Soal selidik mula diedarkan kepada sampel pada

15 April 2014.

HASIL KAJIAN DAN ANALISIS

1. Ciri-ciri demografi

Jadual 1 memaparkan ciri-ciri demografi responden kaji selidik. Seramai 210 orang yang telah

menyertai kajian ini, di mana 36.2 peratus di kalangan lelaki dan 63.8 peratus adalah dikalangan

perempuan. Manakala dari aspek pekerjaan pula 54.8 peratus adalah di kalangan kerajaan, 26.2 peratus

di kalangan swasta, 5.2 peratus di kalangan berkerja sendiri dan 13.8 peratus yang tidak berkerja.

Demografi responden juga dilihat daripada pendapatan bulanan, pendapatan bulanan ibu bapa, tahap

pendidikan dan gred iaitu Point Gred Nilai Kumulatif (PGNK).

2. Sikap

Jadual 2.1 menunjukkan sikap responden terhadap keperluan dan kepentingan pinjaman pendidikan.

Daripada 210 orang responden 87.6 peratus mengatakan pinjaman pendidikan adalah perlu dan penting

untuk meneruskan pengajian di peringkat yang tinggi manakala 12.4 peratus mengatakan pinjaman

pendidikan adalah perlu dan penting. ini menunjukkan ramai lagi pelajar yang mahukan pinjaman

pendidikan untuk membantu mereka menjalani pengajian mereka di universiti.

Jadual 2.1 juga menunjukkan sikap responden terhadap kepatuhan untuk membayar balik

pinjaman PTPTN, dimana lebih ramai yang sedar dan prihatin bahawa seorang peminjam perlu

mengikut jadual bayaran yang telah ditetapkan. Sebanyak 84.3 peratus yang mengatakan perlu

membayar balik pinjaman PTPTN apabila sampai tempohnya manakala hanya 15.7 peratus yang

mengatakan tidak. Walaubagaimanapun, peratus yang telah mula membuat pembayaran adalah rendah

Page 4: PERKEM_2014_5C2

816 Muhammad Izzat Mohamed, Tamat Sarmidi

berbanding peratus sikap yang ditunjukkan. Sebanyak 52.9 peratus yang telah mula membuat

pembayaran PTPTN manakala 47.1 peratus belum mula membuat pembayaran PTPTN.

3. Faktor kemungkiran.

Jadual 3.1 menunjukkan pembolehubah yang dikaji bagi melihat hubungannya dengan kemungkiran

pembayaran balik pinjaman PTPTN. Bagi pembolehubah pendapatan bulanan, dilihat semakin kecil

pendapatan semakin cenderung untuk mungkir pembayaran balik pinjaman PTPTN. Pendapatan

bulanan yang kurang daripada RM1000, peratus yang telah mula membayar adalah sedikit berbanding

peratus yang belum mula membayar iaitu jurangnya adalah 47.4 peratus. Begitu juga dengan

pendapatan antara RM1001 hingga RM2000 tetapi jurangnya lebih kecil iaitu 21.6 peratus. Lain pula

apabila dilihat pada pendapatan bulanan antara RM2000 hingga RM3500 dimana, peratus yang telah

mula membayar adalah tinggi iaitu 70.6 peratus berbanding dengan yang belum membayar iaitu hanya

29.4 peratus. Seterusnya pendapatan bulanan yang lebih tinggi semuanya telah mula membayar balik

pinjaman PTPTN. Maka pendapatan bulanan yang kecil berisiko untuk berlakunya kemungkiran

pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Bagi pembolehubah pekerjaan pula, pekerjaan yang semakin baik akan mengurangkan risiko

berlakunya kemungkiran pembayaran balik pinjaman PTPTN. Mereka yang bekerja sebagai kaitangan

kerajaan dan swasta mempunyai status yang kukuh untuk mula membayar pinjaman PTPTN iaitu

peratus sudah mula membayar melebihi peratus belum membayar pinjaman PTPTN . Bagi yang

bekerja sendiri dan tidak bekerja lebih cenderung untuk mungkir pembayaran balik pinjaman PTPTN,

ini kerana mungkin bekerja sendiri perlukan masa yang lama untuk membina pendapatan yang kukuh.

Manakala bagi yang tidak bekerja tentu sekali mereka tidak mempunyai pendapatan untuk membayar

pinjaman PTPTN.

Dilihat pula pada Point Gred Nilai Kumulatif (PGNK), PNGK juga menjadi faktor

penyumbang kepada terjadinya kemungkiran pembayaran balik pinjaman pengajian. Secara umumnya,

pelajar yang mendapat PNGK yang rendah akan lebih cenderung untuk mungkir membayar balik

pinjaman manakala pelajar yang mendapat PNGK yang tinggi akan berusaha untuk membayar balik

pinjaman pengajian. Jadual 3.1 menunjukkan PGNK 4.0 hingga 3.5 lebih ramai yang mula membayar

balik pinjaman PTPTN iaitu sebanyak 74.5 peratus berbanding yang belum iaitu 25.5 peratus. Dan bagi

yang mendapat PNGK 3.5 hingga 3.0 juga mempunyai peratus mula bayar yang lebih tinggi

berbanding peratus belum bayar. Sebalikya peratus belum bayar lebih tinggi berbanding peratus mula

bayar iaitu 35 peratus dan 65 peratus apabila dilihat PGNK di antara 3.0 hingga 2.5.

KESIMPULAN

Respondan yang menyertai kajian ini lebih ramai yang menunjukkan sikap yang positif terhadap

hutang pinjaman PTPTN iaitu mereka mengakuinya bahawa membayar hutang pinjaman PTPTN

adalah wajib. Ini mungkin disebabkan saranan dalam agama supaya mereka melangsaikan hutang dan

juga untuk pembangunan negara kearah yang lebih maju. Tetapi apabila dilihat pada aspek pembayaran

masih ramai lagi yang tidak mulakan pembayaran balik pinjaman, ini bermakna kemungkinan untuk

mungkir tinggi. Ini disebabkan faktor pendapatan, pekerjaan dan PNGK yang rendah iaitu kejayaan

sesudah pengajian. Pendapatan yang kecil tidak mampu untuk membayar balik pinjaman PTPTN

begitu juga dengan pekerjaan dimana apabila menganggur akan menyebabkan risiko untuk mungkir

adalah tinggi. PNGK pula dikaitkan dengan kesungguhan seseorang selepas pengajian dimana PNGK

yang rendah hampir untuk berlakunya kemungkiran kerana mungkin pelajar tersebut kurang

bertanggungjawab. PNGK yang tinggi pula akan mempunyai tanggungjawab yang tinggi disamping

mempunyai masa hadapan yang cerah.

RUJUKAN

From article. (2013, November 15). Rm4.69 Bilion Pinjaman Ptptn Belum Dibayar Balik. Utusan

Online.

Retrieved from http://www.utusan.com.my/utusan/parlimen/20131115/pa_03/RM4.69-bilion-

pinjaman-PTPTN-belum-dibayar-balik

Porta Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, http://www.ptptn.gov.my/

Volkwein, J. Fredericks et al. 1998. Factors Associated with Student Loan Default Among Different

Racial and Ethnic Groups. The Journal of Higher Education 69 (2): 206-37.

Page 5: PERKEM_2014_5C2

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-9 2014 817

Woo, Jennie H. 2002. Factors Affecting the Probability of Default: Student Loans in California.

Journal of Student Financial Aid 32 (2): 5-25

Volkwein, J. Fredericks, and Bruce P. Szelest. 1995. Individual and Campus Characteristics

Associated with Student Loan Default. Research in Higher Education 36 (1): 41-72.

Steiner, Matt, and Natali Teszler. 2003. The Characteristics Associated with Student Loan Default at

Texas A&M University. Produced by Texas Guaranteed in Association with Texas A&M

University.

Robin McMillion. 2004. Student Loan Default Literature Review. Produced by TG Research and

Analytical Services.

JADUAL 1: Demografi responden.

JADUAL 2.1: Sikap terhadap hutang pengajian.

Jantina

Lelaki 36.2 %

Perempuan 63.8 %

Pekerjaan

Kerajaan 54.8 %

Swasta 26.2 %

Sendiri 5.2 %

Tidak bekerja 13.8 % Pendapatan bulanan

Kurang daripada RM1000 27.1 %

RM1001-RM2000 24.3 %

RM2000-RM3500 40.5 %

RM3500-RM5000 6.2 %

RM5000-RM6500 1.4 %

Lebih daripada RM6500 .5 %

Tahap pendidikan

Diploma 40.5 %

Ijazah Sarjana Muda 49.5 %

Ijazah Sarjana 8.6 %

Doktor Falsafah 1.4 %

Gred (PNGK)

4.0-3.5 22.4 %

3.5-3.0 45.7 %

3.0-2.5 28.6 %

2.5 kebawah 3.3 %

Adakah pinjaman pendidikan perlu dan penting?

Ya 87.6 %

Tidak 12.4 %

Perlukah membayar balik pinjaman PTPTN apabila sampai tempohnya?

Ya 84.3 %

Tidak 15.7 %

Adakah anda telah mula membuat pembayaran PTPTN?

Ya 52.9 %

Tidak 47.1 %

Page 6: PERKEM_2014_5C2

818 Muhammad Izzat Mohamed, Tamat Sarmidi

JADUAL 3.1: Pembolehubah.

Pendapatan bulanan

Ya Tidak

Kurang daripada RM1000 26.3 % 73.7 %

RM1001-RM2000 39.2 % 60.8 %

RM2000-RM3500 70.6 % 29.4 %

RM3500-RM5000 100 % 0 %

RM5000-RM6500 100 % 0 %

Lebih daripada RM6500 100 % 0 %

Pekerjaan

Ya Tidak

Kerajaan 64.3 % 36.7 %

Swasta 58.2 % 41.8 %

Sendiri 9.1 % 90.9 %

Tidak bekerja 17.2 % 82.8 %

Gred (PNGK)

Ya Tidak

4.0-3.5 74.5 % 25.5 %

3.5-3.0 55.2 % 44.8 %

3.0-2.5 35 % 65 %

2.5 kebawah 42.9 % 57.1 %