perkataan patriotisme berakarkan daripada perkataan patriot

4
3. Menganalisis dan menghubungkaitkan sejauhmana mata pelajaran sejarah di sekolah rendah mampu berperanan dalam membina semangat patriotisme di dalam diri murid. Perkataan patriotisme berakarkan daripada perkataan patriot. Patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Memang mudah untuk setiap lidah melafazkan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara, namun sejauh manakah kebenarannya? Sedangkan cinta kepada Tuhan yang Maha Agung pun boleh dikhianati, cinta kepada Rasul boleh diambil enteng dan cinta kepada sesama manusia boleh dipersenda, apatah lagi cinta kepada negara. Hal ini bertambah sukar buat remaja bagi mendalami semangat patrotisme. Pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik yang boleh diambil kira akan dibincangkan. Setiap pelajar yang berwawasan perlu sedar peranan mereka sebagai sandaran negara setelah sebahagian kecil daripada rakan- rakan sebaya mereka telah hanyut dirempuh gelombang pemodenan. Remaja berwawasan ini perlu gigih dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka sendiri dengan cara menjadikan buku- buku sejarah sebagai bahan bacaan tambahan mereka selain daripada buku-buku pelajaran. Mereka juga perlu lebih giat dalam menghayati puisi, sajak dan syair yang berkaitan dengan patriotisme bagi menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan agen perubahan memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat perpaduan dan sikap patriotisme

Upload: nur-syahira-mohd-narudin

Post on 03-Sep-2015

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hghfg

TRANSCRIPT

3.Menganalisis dan menghubungkaitkan sejauhmana mata pelajaran sejarah di sekolah rendah mampu berperanan dalam membina semangat patriotisme di dalam diri murid.

Perkataan patriotisme berakarkan daripada perkataan patriot. Patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Memang mudah untuk setiap lidah melafazkan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara, namun sejauh manakah kebenarannya? Sedangkan cinta kepada Tuhan yang Maha Agung pun boleh dikhianati, cinta kepada Rasul boleh diambil enteng dan cinta kepada sesama manusia boleh dipersenda, apatah lagi cinta kepada negara. Hal ini bertambah sukar buat remaja bagi mendalami semangat patrotisme. Pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik yang boleh diambil kira akan dibincangkan.Setiap pelajar yang berwawasan perlu sedar peranan mereka sebagai sandaran negara setelah sebahagian kecil daripada rakan-rakan sebaya mereka telah hanyut dirempuh gelombang pemodenan. Remaja berwawasan ini perlu gigih dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka sendiri dengan cara menjadikan buku-buku sejarah sebagai bahan bacaan tambahan mereka selain daripada buku-buku pelajaran. Mereka juga perlu lebih giat dalam menghayati puisi, sajak dan syair yang berkaitan dengan patriotisme bagi menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka.Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan agen perubahan memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat perpaduan dan sikap patriotisme dalam kalangan generasi muda atau pelajar. Pendidikan, sering kali dianggap sebagai teras utama ke arah perpaduan nasional dan pemupukan kesetiaan dalam kalangan rakyatnya. Setelah peristiwa 13 Mei 1969, kurikulum yang dirangka bertujuan menanamkan kesedaran individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka di samping menolak sentimen perkauman, warisan dan perbezaan yang sempit antara mereka. Tumpuan kemudiannya adalah kepada melahirkan negara bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah. Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan matapelajaran Sejarah sebagai alat yang boleh mewujudkan nilai perpaduan dalam diri individu tidak kira bangsa atau agama. Penekanan pendidikan Sejarah tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara. Malamat yang terdapat dalam pendidikan Sejarah ini bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu menjadikan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Rakyat yang dimaksudkan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah menonjolkan ciri seperti sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum serta amalan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong, berbelas kasihan, bertimbang rasa, hormat menghormati dan bertoleransi (Ee Ah Meng,1996). Sejarah menyediakan pelbagai pengajaran yang dapat dijadikan teladan dan panduan hidup. Ini membina ciri kemanusiaan yang lebih cemerlang, menanam perasaan simpati dan empati supaya perjuangan tokoh awal dihargai dan dikenang dan kekal dalam kesedaran pelajar supaya dapat merujuk kepada nilai perjuangan insan yang murni menjadi ikutan dan teladan. Tokoh sejarah boleh dijadikan role model yang boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk berjaya. Sebenarnya, mata pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar. Ia juga mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran perlembagaan. Kesetiaan kepada negara adalah jiwa kebangsaan kita. Melalui semangat kesetiaan dari sanubari seseorang itu akan lahir rasa setia kepada raja dan tanah airnya yang sekali gus mampu menyatukan kita semua daripada pelbagai rumpun menjadi satu bangsa bersatu padu.Melalui pelajaran Sejarah juga pelajar itu akan memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warga negara. Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warganegara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warga negara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang.Pendidikan Sejarah juga sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik, dilakukan melalui pendekatan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif dan berterusan. Sehubungan itu, sejarah sebagai satu cabang ilmu perlu ditekankan sebagai ilmu yang praktikal dalam kehidupan seharian bagi memupuk dan membentuk rakyat Malaysia berjiwa patriotik.

Melalui pendidikan Sejarah, kita bukan saja mempelajari riwayat hidup mereka yang berjaya dan agung. Malah, kita juga belajar bagaimana sesebuah negara itu terbentuk dan merdeka seterusnya menjadikan rakyatnya hidup dalam aman dan sejahtera.