perkahwinanmelayu

30
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA PENGENALAN MERISIK MEMINANG BERTUNANG AKAD NIKAH BERINAI PERKAHWINAN GALERI LATIHAN PENGHARGAAN : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR (TN. HJ. ROSLI IBRAHIM) SMK TINGGI BATU PAHAT (SAJALI IBRAHIM) SMK SULTAN ABDUL JALIL KLUANG (SHAHARUDIN BASRI IBRAHIM) SMK BANANG JAYA BATU PAHAT (EKHWAN SITAM)

Upload: zainon-bt-mohamed

Post on 06-Jun-2015

17.695 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKAHWINANMELAYU

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

AKAD NIKAH

BERINAI

PERKAHWINAN

GALERI

LATIHAN

PENGHARGAAN : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR (TN. HJ. ROSLI IBRAHIM)SMK TINGGI BATU PAHAT (SAJALI IBRAHIM)

SMK SULTAN ABDUL JALIL KLUANG (SHAHARUDIN BASRI IBRAHIM)SMK BANANG JAYA BATU PAHAT (EKHWAN SITAM)

Page 2: PERKAHWINANMELAYU

PENGENALAN

Adat resam perkahwinan amat dititikberatkan bagi masyarakat Melayu. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.

SEBELUM

Page 3: PERKAHWINANMELAYU

MERISIK

* Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok.  Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Adat ini sangat penting kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Adat ini juga bertujuan menyelidik latar belakang gadis tersebut tentang kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agamanya. Adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki (misalnya ibu atau bapa saudaranya).

Cincin belah rotan Kadangkala, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan semasa merisik dan sekiranya pihak gadis bersetuju, maka mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.

Cincin belah rotan SEBELUM

Page 4: PERKAHWINANMELAYU

MEMINANG

Pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang. Perbincangan juga diadakan tentang hantaran dan jumlah rombongan yang akan hadir untuk upacara bertunang bagi memudahkan pihak perempuan untuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan kelak.

SEBELUM

Page 5: PERKAHWINANMELAYU

BERTUNANGMajlis pertunangan akan dilangsungkan selepas perbincangan diadakan. Ahli keluarga dan saudara-mara terdekat akan mewakili pihak lelaki untuk upacara bertunang. Majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih / sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin dan hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan sebagainya yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya turut diberikan (adat ini dipanggil langkah bendul). Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan mesti melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan.

BERIKUT

Page 6: PERKAHWINANMELAYU

BARANGAN HANTARAN

BERIKUT

Page 7: PERKAHWINANMELAYU

BARANGAN HANTARAN

BERIKUT

Page 8: PERKAHWINANMELAYU

UPACARA PERTUNANGAN

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun biasanya digunakan dalam upacara ini. Pendeklamasian pantun bertujuan untuk memeriahkan majlis. Selepas pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua-dua belah pihak akan membincangkan belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan hal-hal lain yang berkaitan. Tempoh bertunang biasanyanya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Perkara yang turut dititikberatkan ialah putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus (sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda).

BERIKUT

Page 9: PERKAHWINANMELAYU

UPACARA PERTUNANGAN

Acara kemuncak majlis pertunangan ialah adat sarung cincin, di mana wakil pihak lelaki (yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya) akan menyarungkan cincin pertunangan / cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Maka rasmilah sudah pertunangan tersebut.

SEBELUM

Page 10: PERKAHWINANMELAYU

AKAD NIKAHAkad nikah ialah acara yang terpenting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Acara ini bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan setelah segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain seperti mana yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi / imam. Bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya dalam upacara ini. Beliau juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi / imam.

Akad nikah sedang dijalankan.

Akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis yang diadakan menyerupai majlis pertunangan. Sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji / pukulan kompang akan diadakan.

BERIKUT

Page 11: PERKAHWINANMELAYU

AKAD NIKAHSebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan hantaran-hantaran lain akan diperiksa oleh tuan kadi dan 2 orang saksi bagi pihak perempuan. Kemudian, pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam / tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggungjawab suami isteri dan hal-hal lain berkaitan dengan rumahtangga dari sudut agama. Setelah itu, tok kadi / imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki. Pengantin lelaki perlu mengulangnya sejurus sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi Aku nikahkan dikau….(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak …..(mengikut negeri) tunai dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas terdengar atau tidak. Jika tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijab kabul.

BERIKUT

Page 12: PERKAHWINANMELAYU

AKAD NIKAHPengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang selepas akad nikah. Si suami akan menyarungkan cincin (atau memakaikan rantai) kepada isterinya yang menantinya di dalam bilik yang dihias indah sambil kedua-duanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu tanda bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Sementelahan itu, adat berinai akan dijalankan, di mana kedua-dua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk air tepung tawar, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk bertih. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke atas tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih pula akan ditaburkan di hadapan pengantin dan kepada para hadirin. Bunga telur akan diberikan kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar biasanya dalam bilangan ganjil.

SEBELUM

Page 13: PERKAHWINANMELAYU

ADAT BERINAIBerinai curi – diadakan 3 malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara terdekat sahaja.

Berinai kecil – diadakan 2 malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Berinai besar – diadakan malam sebelum hari langsung (atau selepas akad nikah) untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak lelaki dan pihak perempuan.

Setelah adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan. Dia akan terus pulang ke rumah. Jika rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak (rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan).

SEBELUM

Page 14: PERKAHWINANMELAYU

MAJLIS PERKAHWINANDikenali sebagai hari langsung atau hari bersandingMajlis perkahwinan merupakan kemuncak istiadat perkahwinan. Pada hari ini pengantin digelar raja sehari.Pelbagai persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur sebelum majlis perkahwinan dijalankan.

Majlis diadakan secara meriah dengan kehadiran sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai pada hari tersebut. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula.

BERIKUT

Page 15: PERKAHWINANMELAYU

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki. Kemudian pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah. Mereka akan duduk di tempat khas yang telah sediakan. Persembahan pencak silat (menyembah pengantin) akan diadakan. Setelah itu, pengantin akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding.

Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Justeru, wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu (tebus pelamin). Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah. Antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Adat menepung tawar turut dilakukan semasa adat bersanding diadakan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.Pelamin

BERIKUT

Page 16: PERKAHWINANMELAYU

Bunga telur yang telah siap digubah.

Majlis makan berdamai (makan beradab) seterusnya dijalankan. Majlis ini hadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak sahaja. Kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang hadir selepas majlis selesai.

Pengantin Duduk Bersama Sebelum Makan BERIKUT

Page 17: PERKAHWINANMELAYU

Di sesetengah tempat, 2 / 3 hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat (mandi berlimau). Upacara ini dilakukan sebagai tanda kedua-dua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua-dua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu (mengundang menantu) akan diadakan (di sesetengah tempat adat ini dipanggil majlis bertandang). Majlis perkahwinan akan diadakan di rumah pengantin lelaki. Akan tetapi, sambutannya tidak semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara-mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan. Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami isteri tersebut akan dibawa ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di samping kedua-dua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

BERIKUTSEBELUM

Page 18: PERKAHWINANMELAYU

GALERI PENGANTIN

Hantaran tepak sirihHantaran sirih junjung

Hantaran tepak sirih

Mempelai wanitaRombongan mempelai

Rombongan mempelai

BERIKUT

Page 19: PERKAHWINANMELAYU

GALERI PENGANTIN

Hantaran tepak sirih

Upacara membuka kipas

Sekatan cukai pintu Mengarak mempelai

Mempelai bersanding Bersanding di halaman rumah

BERIKUT

Page 20: PERKAHWINANMELAYU

GALERI PENGANTIN

Silat mengalukan pengantin

Upacara berinai Upacara merenjis air mawar

Upacara merenjis air mawar

Memasak nasi minyak Wanita sedang rewang

BERIKUT

Page 21: PERKAHWINANMELAYU

GALERI PENGANTIN

Majlis jamuan kenduri kahwin

Majlis jamuan kenduri kahwin

Majlis jamuan kenduri kahwin

SEBELUM

Page 22: PERKAHWINANMELAYU

Adat resam perkahwinan masyarakat Melayu dijalankan dengan meriah dan

penuh adat istiadat.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

AKAD NIKAH

BERINAI

PERKAHWINAN

GALERI

KELUAR

Page 23: PERKAHWINANMELAYU

Adat meninjau atau menengok.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

AKAD NIKAH

BERINAI

PERKAHWINAN

GALERI

KELUAR

Page 24: PERKAHWINANMELAYU

Menetapkan hari untuk menghantar rombongan peminangan.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

AKAD NIKAH

BERINAI

PERKAHWINAN

GALERI

KELUAR

Page 25: PERKAHWINANMELAYU

Majlis pertunangan akan dilangsungkan selepas perbincangan diadakan.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

AKAD NIKAH

BERINAI

PERKAHWINAN

GALERI

KELUAR

Page 26: PERKAHWINANMELAYU

Acara ini lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu

perkahwinan.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

AKAD NIKAH

BERINAI

PERKAHWINAN

GALERI

KELUAR

Page 27: PERKAHWINANMELAYU

Adat yang memeriahkan malam sebelum majlis persandingan.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

AKAD NIKAH

BERINAI

PERKAHWINAN

GALERI

KELUAR

Page 28: PERKAHWINANMELAYU

Dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

AKAD NIKAH

BERINAI

PERKAHWINAN

GALERI

KELUAR

Page 29: PERKAHWINANMELAYU

Koleksi gambar-gambar perkahwinan masyarakat Melayu.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

AKAD NIKAH

BERINAI

PERKAHWINAN

GALERI

KELUAR

Page 30: PERKAHWINANMELAYU

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

PENGENALAN

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

AKAD NIKAH

BERINAI

PERKAHWINAN

GALERI

KELUAR