perjanjian sewa kereta – terma dan syarat · pdf fileperjanjian sewa kereta –...

2
Perjanjian Sewa Kereta – Terma dan Syarat Kewajipan pemajak 1. Pemajak bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat daripada perjanjian sewa No. ________________ _______________ bagi kenderaan yang dinyatakan di dalam perjanjian ini (selepas daripada ini dirujuk sebagai “kenderaan” atau “kereta”). Pemajak telah menerima satu salinan perjanjian pajak serta terma dan syarat. Pemajak menerima dan telah sedia maklum dengan perjanjian pajak dan terma tersebut. 2. Pemajak hendaklah memegang lesen memandu yang sah atas nama beliau dan mesti mengemukakan lesen tersebut semasa menandatangani perjanjian pajak ini. 3. Pemajak hendaklah memulangkan kenderaan: a. Dengan semua aksesori (termasuk tayar dan peralatan) dalam keadaan yang sama sebagaimana ia diambil, kehausan biasa akibat penggunaan dikecualikan. b. Pada masa yang ditetapkan di dalam perjanjian sewa tersebut, melainkan telah dipersetujui kemudiannya. c. Ke alamat pemberi pajak, kecuali telah membuat perjanjian lain. d. Memenuhkan tangki dengan bahan api yang sesuai. Sekiranya kenderaan tidak dipulangkan dengan tangki bahan api yang penuh, pemberi pajak dibenarkan untuk mengenakan caj kepada pemajak atas kuantiti bahan api yang terkurang, berserta yuran servis mengikut senarai harga agensi sewa yang terdapat di premis perniagaan pemberi pajak, yang mana pemajak sendiri telah sedia maklum. 4. Pemajak hendaklah membayar harga bahan api dan kos lain yang berkaitan dengan pengendalian kenderaan semasa kenderaan di bawah jagaan beliau, di mana, seperti yang dimaksudkan di dalam perjanjian ini, iaitu tempoh masa yang tidak lebih singkat daripada masa yang dikira daripada ketika kenderaan itu disediakan kepada pemajak sehingga pemberi pajak mendaftarkan ke dalam sistemnya bahawa kenderaan telah dipulangkan; pendaftaran sedemikian hanya boleh dilaksanakan semasa waktu bekerja pemberi pajak. 5. Sekiranya pemajak gagal memulangkan kenderaan pada masa yang dipersetujui selaras dengan perjanjian ini atau gagal memaklumkan pemberi pajak tentang hasrat beliau untuk memanjangkan pajakan, pemberi pajak atau Polis boleh mengambil balik kenderaan tersebut tanpa notis selanjutnya dan di atas perbelanjaan pemajak. Lanjutan sewa adalah tertakluk kepada kelulusan pemberi pajak. Jika pemajak memulangkan kenderaan satu jam atau lebih daripada tempoh tamat sewaan yang dipersetujui, pemberi pajak boleh mengenakan caj sehingga satu hari penuh selaras dengan perjanjian ini. Bagi setiap hari selepas itu, pemberi pajak boleh mengenakan yuran mengikut senarai harga yang pemajak sendiri telah sedia maklum. 6. Pemberi pajak boleh mengenakan levi yang berasingan ke atas caj pembersihan seperti di dalam senarai harganya jika, mengikut penilaian pemberi pajak, terdapat kotoran yang berlebihan di bahagian dalam kenderaan semasa kenderaan dipulangkan. Senarai harga telah disediakan di premis perniagaan pemberi pajak. 7. Merokok di dalam kenderaan dilarang keras. Sekiranya pemajak melanggar peruntukan ini, pemberi pajak boleh mengenakan levi yang berasingan ke atas caj pembersihan mengikut senarai harga yang boleh didapati di premis perniagaan pemberi pajak dan di mana pemajak sendiri telah sedia maklum. 8. Kenderaan hendaklah dikendalikan dan dipandu dengan cermat. Hanya mereka yang berdaftar sebagai pemandu menurut perjanjian pajak antara kedua belah pihak ini berhak memandu kenderaan tersebut. Pemajak bertanggungjawab atas kerosakan akibat penggunaan kenderaan dan yang mana tiada pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans, termasuk kerosakan kepada kenderaan dan/ atau menyebabkan kecederaan kepada penumpang yang mungkin berpunca oleh berikut: a. Pemanduan lasak, sebagai contoh lorong dan trek, di pantai, di kawasan yang hanya boleh dilalui semasa air surut, atau di kawasan tanpa trek lain. b. Memandu dalam air, menyeberangi sungai atau di atas sebarang jenis laluan air. c. Penggunaan sebarang bahan memabukkan oleh pemandu. d. Penggunaan kenderaan yang bercanggah dengan undang-undang Iceland dan/atau peruntukan terma pajakan ini. e. Sebarang tindakan yang disengajakan atau kecuaian yang melampau. f. Mengendalikan kenderaan di bawah syarat yang diperuntukkan di dalam fasal ini turut dilarang kecuali diperuntukkan dengan jelas di dalam perjanjian antara kedua belah pihak dan/atau terma-terma tersebut. 9. Di samping perkara yang disenaraikan dalam Artikel 8 daripada terma pajakan ini pemajak tidak boleh menggunakan kenderaan di dalam keadaan berikut: a. Memandu kenderaan yang bukannya AWD/4x4 di atas jalan raya yang bertanda F pada peta rasmi serta Kjalvegur (jalan 35), melalui Kaldidalur (jalan 550) dan laluan Jökulháls (jalan 570). Pencabulan terhadap artikel ini tertakluk kepada denda yang dikenakan oleh pemberi pajak ke atas pemajak, bersamaan dengan amaun tanggungan sendiri/boleh ditolak daripada Penepian Kerosakan Perlanggaran (selepas daripada ini “CDW”), mengikut senarai harga pemberi pajak pada setiap kali, Peruntukan terhadap denda di atas tidak menjejaskan kewajipan pemajak untuk membayar atas kerosakan. b. Memandu jip AWD/4x4 lebih kecil yang diklasifikasikan sebagai “ekonomi” dan “pertengahan” di atas jalan F-88 dan F-894 (Öskjuleið), F-249 (Þórsmörk) dan F-578. Pencabulan terhadap larangan ini tertakluk kepada denda yang dikenakan oleh pemberi pajak ke atas pemajak, bersamaan dengan amaun tanggungan sendiri CDW mengikut senarai harga pemberi pajak pada setiap kali. Peruntukan terhadap denda di atas tidak menjejaskan kewajipan pemajak untuk membayar atas kerosakan. Memandu jip AWD/4x4 yang lebih besar di atas jalan raya ini dibenarkan, dengan syarat pemajak mengamalkan sikap yang amat berhati-hati. c. Memandu di dalam hanyutan salji atau di atas ais. d. Meskipun terdapat peruntukan larangan pada perkara (b) Artikel 8 daripada terma ini (Memandu di dalam air, menyeberangi sungai atau sebarang jenis laluan air) pemajak boleh meminta kenderaan yang sesuai dengan pemanduan sedemikian, dengan syarat tohor tersebut telah menjadi cetek semasa merentasi sungai pada kelajuan 4 kilometer sejam; walau bagaimanapun, ini hendaklah dinyatakan secara khusus di dalam perjanjian pajak. Pemanduan sedemikian adalah sepenuhnya di bawah tanggungan dan tanggungjawab pemajak, rjk. perkara (b) Artikel 8 dan perkara (i) Artikel 27 daripada terma tersebut. Pemajak mempunyai pilihan untuk membeli insurans Menyeberang Tohor Sungai yang khusus (RFC), di mana ia merangkumi kenderaan AWD/4x4 yang cuba menyeberangi tohor pada kelajuan yang kurang daripada 4 kilometer sejam. 10. Sekiranya berlaku perlanggaran atau kemalangan, pemajak hendaklah memaklumkan insiden tersebut dengan serta-merta kepada pihak berkuasa Polis yang berkaitan serta pemberi pajak dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan lokasi kejadian sehingga ketibaan pihak Polis. Pemajak hendaklah melengkapkan borang laporan kerosakan dengan serta-merta sekiranya berlaku kerosakan. Jika pemajak tidak melaporkan kerosakan pada kenderaan dengan segera semasa tempoh sewaan, beliau akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kerosakan yang dinyatakan. 11. Seandainya pemberi pajak perlu mengambil atau telah mengambil kenderaan tersebut selepas perlanggaran atau kemalangan, pemajak bertanggungjawab ke atas segala kos seperti yang dinyatakan di dalam senarai harga pemberi pajak pada setiap kali. Seandainya pemberi pajak dan/atau pemajak memerlukan khidmat pihak ketiga untuk menyelamatkan atau mengangkut kenderaan tersebut, kos penyelamatan tersebut akan mengikut senarai harga penyelamat, yang mana pemajak sendiri hendaklah telah sedia maklum sebelum menggunakan khidmat penyelamat tersebut. Pemajak sendiri telah sedia maklum dengan senarai harga pemberi pajak yang boleh didapati di premis perniagaan pemberi pajak. 12. Bilangan kilometer (km) yang telah dilalui oleh kenderaan semasa perjanjian ini berkuatkuasa ditentukan melalui bacaan daripada meter sesuai yang dibekalkan oleh pengeluar kenderaan. Pemajak hendaklah melaporkan pemberi pajak secepat mungkin kepada pemajak sekiranya meter tersebut telah rosak atau malfungsi semasa tempoh sewaan. 13. Pemajak bersetuju untuk membayar kepada pemberi pajak bila diminta: a. Deposit, jika sesuai, bersamaan dengan kos sewaan yang dijangkakan. b. Segala perbelanjaan yang ditanggung oleh pemberi pajak atas alasan terpaksa memulangkan kenderaan ke premis pemberi pajak sekiranya kenderaan tersebut ditinggalkan tanpa penjagaan tidak kira apa jua keadaannya, keadaan jalan raya atau cuaca. c. Denda serta yuran pengendalian disebabkan penalti (mengikut senarai harga yang boleh didapati di premis perniagaan) yang mungkin terakru kepada kenderaan semasa ia di bawah jagaan pemajak. 14. Pemajak tidak dibenarkan membaiki atau menukar kenderaan mahupun aksesorinya dan tidak dibenarkan untuk mengizinkan sebarang sandaran terhadap kenderaan tersebut tanpa persetujuan daripada pemberi pajak terlebih dahulu. 15. Pemajak bertanggungjawab ke atas segala tiket meletak kenderaan dan denda terhadap kesalahan lalu lintas. 16. Pemajak tidak dibenar untuk menggunakan kenderaan bagi menawarkan pengangkutan kepada penumpang untuk mendapat bayaran, meminjamkan kenderaan atau menyewakannya semula. Kewajipan pemberi pajak 17. Pemberi pajak berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menghantar kenderaan pada masa yang dijanjikan dan menuruti segala keperluan. 18. Sekiranya kenderaan rosak disebabkan kehausan biasa atau atas alasan lain di mana pemajak tidak boleh dipertanggungjawabkan, pemberi pajak hendaklah menghantar kenderaan baharu kepada pemajak secepat mungkin atau memastikan supaya kenderaan tersebut dibaiki secepat mungkin di lokasi yang diputuskan oleh pemberi pajak. Perkara di atas tidak akan menjejaskan pembayaran yuran sewaan atau yuran lain yang wajib dibayar oleh pemajak mengikut perjanjian sewa ini. Pemberi pajak tidak akan membayar sebarang pampasan sekiranya terjadi keadaan yang dinyatakan di atas, sama ada untuk penginapan mahupun alasan lain. 19. Pemberi pajak hendaklah memaklumkan kepada pemajak mengenai kandungan di dalam perjanjian sewa ini dan secara khususnya tentang tanggungjawab yang beliau janjikan semasa menandatangani perjanjian ini. 20. Pemberi pajak hendaklah, sekadar yang termampu, memberitahu pemajak luar negara tentang undang-undang lalu-lintas Iceland, tanda lalu-lintas dan undang- undang terhadap pemanduan di luar jalan raya. Tambahan lagi, pemberi pajak hendaklah memaklumkan kepada pemajak tentang risiko di atas jalan raya yang boleh diakibatkan oleh haiwan, jalan batu kelikir dan jalan berais. Parap pemajak: _________ Edisi: 2015.04.15 - 01 Malaysíska

Upload: buikhanh

Post on 05-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perjanjian Sewa Kereta – Terma dan Syarat · PDF filePerjanjian Sewa Kereta – Terma dan Syarat Kewajipan pemajak 1. Pemajak bersetuju untuk mematuhi terma

Perjanjian Sewa Kereta – Terma dan Syarat

Kewajipan pemajak1. Pemajak bersetuju untuk mematuhi terma

dan syarat daripada perjanjian sewa No. ________________ _______________ bagi kenderaan yang dinyatakan di dalam perjanjian ini (selepas daripada ini dirujuk sebagai “kenderaan” atau “kereta”). Pemajak telah menerima satu salinan perjanjian pajak serta terma dan syarat. Pemajak menerima dan telah sedia maklum dengan perjanjian pajak dan terma tersebut.

2. Pemajak hendaklah memegang lesen memandu yang sah atas nama beliau dan mesti mengemukakan lesen tersebut semasa menandatangani perjanjian pajak ini.

3. Pemajak hendaklah memulangkan kenderaan:a. Dengan semua aksesori (termasuk tayar dan peralatan) dalam keadaan yang sama

sebagaimana ia diambil, kehausan biasa akibat penggunaan dikecualikan.b. Pada masa yang ditetapkan di dalam perjanjian sewa tersebut, melainkan telah

dipersetujui kemudiannya.c. Ke alamat pemberi pajak, kecuali telah membuat perjanjian lain.d. Memenuhkan tangki dengan bahan api yang sesuai. Sekiranya kenderaan tidak

dipulangkan dengan tangki bahan api yang penuh, pemberi pajak dibenarkan untuk mengenakan caj kepada pemajak atas kuantiti bahan api yang terkurang, berserta yuran servis mengikut senarai harga agensi sewa yang terdapat di premis perniagaan pemberi pajak, yang mana pemajak sendiri telah sedia maklum.

4. Pemajak hendaklah membayar harga bahan api dan kos lain yang berkaitan dengan pengendalian kenderaan semasa kenderaan di bawah jagaan beliau, di mana, seperti yang dimaksudkan di dalam perjanjian ini, iaitu tempoh masa yang tidak lebih singkat daripada masa yang dikira daripada ketika kenderaan itu disediakan kepada pemajak sehingga pemberi pajak mendaftarkan ke dalam sistemnya bahawa kenderaan telah dipulangkan; pendaftaran sedemikian hanya boleh dilaksanakan semasa waktu bekerja pemberi pajak.

5. Sekiranya pemajak gagal memulangkan kenderaan pada masa yang dipersetujui selaras dengan perjanjian ini atau gagal memaklumkan pemberi pajak tentang hasrat beliau untuk memanjangkan pajakan, pemberi pajak atau Polis boleh mengambil balik kenderaan tersebut tanpa notis selanjutnya dan di atas perbelanjaan pemajak. Lanjutan sewa adalah tertakluk kepada kelulusan pemberi pajak. Jika pemajak memulangkan kenderaan satu jam atau lebih daripada tempoh tamat sewaan yang dipersetujui, pemberi pajak boleh mengenakan caj sehingga satu hari penuh selaras dengan perjanjian ini. Bagi setiap hari selepas itu, pemberi pajak boleh mengenakan yuran mengikut senarai harga yang pemajak sendiri telah sedia maklum.

6. Pemberi pajak boleh mengenakan levi yang berasingan ke atas caj pembersihan seperti di dalam senarai harganya jika, mengikut penilaian pemberi pajak, terdapat kotoran yang berlebihan di bahagian dalam kenderaan semasa kenderaan dipulangkan. Senarai harga telah disediakan di premis perniagaan pemberi pajak.

7. Merokok di dalam kenderaan dilarang keras. Sekiranya pemajak melanggar peruntukan ini, pemberi pajak boleh mengenakan levi yang berasingan ke atas caj pembersihan mengikut senarai harga yang boleh didapati di premis perniagaan pemberi pajak dan di mana pemajak sendiri telah sedia maklum.

8. Kenderaan hendaklah dikendalikan dan dipandu dengan cermat. Hanya mereka yang berdaftar sebagai pemandu menurut perjanjian pajak antara kedua belah pihak ini berhak memandu kenderaan tersebut. Pemajak bertanggungjawab atas kerosakan akibat penggunaan kenderaan dan yang mana tiada pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans, termasuk kerosakan kepada kenderaan dan/atau menyebabkan kecederaan kepada penumpang yang mungkin berpunca oleh berikut:a. Pemanduan lasak, sebagai contoh lorong dan trek, di pantai, di kawasan yang

hanya boleh dilalui semasa air surut, atau di kawasan tanpa trek lain.b. Memandu dalam air, menyeberangi sungai atau di atas sebarang jenis laluan air. c. Penggunaan sebarang bahan memabukkan oleh pemandu.d. Penggunaan kenderaan yang bercanggah dengan undang-undang Iceland dan/atau

peruntukan terma pajakan ini.e. Sebarang tindakan yang disengajakan atau kecuaian yang melampau.f. Mengendalikan kenderaan di bawah syarat yang diperuntukkan di dalam fasal ini

turut dilarang kecuali diperuntukkan dengan jelas di dalam perjanjian antara kedua belah pihak dan/atau terma-terma tersebut.

9. Di samping perkara yang disenaraikan dalam Artikel 8 daripada terma pajakan ini pemajak tidak boleh menggunakan kenderaan di dalam keadaan berikut:a. Memandu kenderaan yang bukannya AWD/4x4 di atas jalan raya yang bertanda

F pada peta rasmi serta Kjalvegur (jalan 35), melalui Kaldidalur (jalan 550) dan laluan Jökulháls (jalan 570). Pencabulan terhadap artikel ini tertakluk kepada denda yang dikenakan oleh pemberi pajak ke atas pemajak, bersamaan dengan amaun tanggungan sendiri/boleh ditolak daripada Penepian Kerosakan Perlanggaran (selepas daripada ini “CDW”), mengikut senarai harga pemberi pajak pada setiap kali, Peruntukan terhadap denda di atas tidak menjejaskan kewajipan pemajak untuk membayar atas kerosakan.

b. Memandu jip AWD/4x4 lebih kecil yang diklasifikasikan sebagai “ekonomi” dan “pertengahan” di atas jalan F-88 dan F-894 (Öskjuleið), F-249 (Þórsmörk) dan F-578. Pencabulan terhadap larangan ini tertakluk kepada denda yang dikenakan oleh pemberi pajak ke atas pemajak, bersamaan dengan amaun tanggungan

sendiri CDW mengikut senarai harga pemberi pajak pada setiap kali. Peruntukan terhadap denda di atas tidak menjejaskan kewajipan pemajak untuk membayar atas kerosakan. Memandu jip AWD/4x4 yang lebih besar di atas jalan raya ini dibenarkan, dengan syarat pemajak mengamalkan sikap yang amat berhati-hati.

c. Memandu di dalam hanyutan salji atau di atas ais. d. Meskipun terdapat peruntukan larangan pada perkara (b) Artikel 8 daripada terma

ini (Memandu di dalam air, menyeberangi sungai atau sebarang jenis laluan air) pemajak boleh meminta kenderaan yang sesuai dengan pemanduan sedemikian, dengan syarat tohor tersebut telah menjadi cetek semasa merentasi sungai pada kelajuan 4 kilometer sejam; walau bagaimanapun, ini hendaklah dinyatakan secara khusus di dalam perjanjian pajak. Pemanduan sedemikian adalah sepenuhnya di bawah tanggungan dan tanggungjawab pemajak, rjk. perkara (b) Artikel 8 dan perkara (i) Artikel 27 daripada terma tersebut. Pemajak mempunyai pilihan untuk membeli insurans Menyeberang Tohor Sungai yang khusus (RFC), di mana ia merangkumi kenderaan AWD/4x4 yang cuba menyeberangi tohor pada kelajuan yang kurang daripada 4 kilometer sejam.

10. Sekiranya berlaku perlanggaran atau kemalangan, pemajak hendaklah memaklumkan insiden tersebut dengan serta-merta kepada pihak berkuasa Polis yang berkaitan serta pemberi pajak dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan lokasi kejadian sehingga ketibaan pihak Polis. Pemajak hendaklah melengkapkan borang laporan kerosakan dengan serta-merta sekiranya berlaku kerosakan. Jika pemajak tidak melaporkan kerosakan pada kenderaan dengan segera semasa tempoh sewaan, beliau akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kerosakan yang dinyatakan.

11. Seandainya pemberi pajak perlu mengambil atau telah mengambil kenderaan tersebut selepas perlanggaran atau kemalangan, pemajak bertanggungjawab ke atas segala kos seperti yang dinyatakan di dalam senarai harga pemberi pajak pada setiap kali. Seandainya pemberi pajak dan/atau pemajak memerlukan khidmat pihak ketiga untuk menyelamatkan atau mengangkut kenderaan tersebut, kos penyelamatan tersebut akan mengikut senarai harga penyelamat, yang mana pemajak sendiri hendaklah telah sedia maklum sebelum menggunakan khidmat penyelamat tersebut. Pemajak sendiri telah sedia maklum dengan senarai harga pemberi pajak yang boleh didapati di premis perniagaan pemberi pajak.

12. Bilangan kilometer (km) yang telah dilalui oleh kenderaan semasa perjanjian ini berkuatkuasa ditentukan melalui bacaan daripada meter sesuai yang dibekalkan oleh pengeluar kenderaan. Pemajak hendaklah melaporkan pemberi pajak secepat mungkin kepada pemajak sekiranya meter tersebut telah rosak atau malfungsi semasa tempoh sewaan.

13. Pemajak bersetuju untuk membayar kepada pemberi pajak bila diminta:a. Deposit, jika sesuai, bersamaan dengan kos sewaan yang dijangkakan.b. Segala perbelanjaan yang ditanggung oleh pemberi pajak atas alasan terpaksa

memulangkan kenderaan ke premis pemberi pajak sekiranya kenderaan tersebut ditinggalkan tanpa penjagaan tidak kira apa jua keadaannya, keadaan jalan raya atau cuaca.

c. Denda serta yuran pengendalian disebabkan penalti (mengikut senarai harga yang boleh didapati di premis perniagaan) yang mungkin terakru kepada kenderaan semasa ia di bawah jagaan pemajak.

14. Pemajak tidak dibenarkan membaiki atau menukar kenderaan mahupun aksesorinya dan tidak dibenarkan untuk mengizinkan sebarang sandaran terhadap kenderaan tersebut tanpa persetujuan daripada pemberi pajak terlebih dahulu.

15. Pemajak bertanggungjawab ke atas segala tiket meletak kenderaan dan denda terhadap kesalahan lalu lintas.

16. Pemajak tidak dibenar untuk menggunakan kenderaan bagi menawarkan pengangkutan kepada penumpang untuk mendapat bayaran, meminjamkan kenderaan atau menyewakannya semula.

Kewajipan pemberi pajak17. Pemberi pajak berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menghantar kenderaan

pada masa yang dijanjikan dan menuruti segala keperluan.18. Sekiranya kenderaan rosak disebabkan kehausan biasa atau atas alasan lain di

mana pemajak tidak boleh dipertanggungjawabkan, pemberi pajak hendaklah menghantar kenderaan baharu kepada pemajak secepat mungkin atau memastikan supaya kenderaan tersebut dibaiki secepat mungkin di lokasi yang diputuskan oleh pemberi pajak. Perkara di atas tidak akan menjejaskan pembayaran yuran sewaan atau yuran lain yang wajib dibayar oleh pemajak mengikut perjanjian sewa ini. Pemberi pajak tidak akan membayar sebarang pampasan sekiranya terjadi keadaan yang dinyatakan di atas, sama ada untuk penginapan mahupun alasan lain.

19. Pemberi pajak hendaklah memaklumkan kepada pemajak mengenai kandungan di dalam perjanjian sewa ini dan secara khususnya tentang tanggungjawab yang beliau janjikan semasa menandatangani perjanjian ini.

20. Pemberi pajak hendaklah, sekadar yang termampu, memberitahu pemajak luar negara tentang undang-undang lalu-lintas Iceland, tanda lalu-lintas dan undang-undang terhadap pemanduan di luar jalan raya. Tambahan lagi, pemberi pajak hendaklah memaklumkan kepada pemajak tentang risiko di atas jalan raya yang boleh diakibatkan oleh haiwan, jalan batu kelikir dan jalan berais.

Parap pemajak: _________Edisi: 2015.04.15 - 01 Malaysíska

Page 2: Perjanjian Sewa Kereta – Terma dan Syarat · PDF filePerjanjian Sewa Kereta – Terma dan Syarat Kewajipan pemajak 1. Pemajak bersetuju untuk mematuhi terma

21. Jika pemberi pajak berhasrat untuk mengenakan batasan terhadap penggunaan kenderaan tersebut memandangkan keadaan kelengkapannya dan/atau keadaan jalan raya, batasan sedemikian mestilah dicatatkan secara bertulis semasa menandatangani perjanjian sewa ini.

22. Pemberi pajak berjanji untuk memegang insurans indemniti profesional sepanjang masa.

23. Pemberi pajak tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kehilangan atau kerosakan pada harta benda yang pemajak atau pihak ketiga simpan atau bawa di dalam atau pada kenderaan.

Insurans24. Segala insurans kenderaan bermotor berkanun telah dimasukkan di dalam caj sewa,

termasuk insurans liabiliti pihak ketiga dan insurans kemalangan untuk pemandu dan pemilik, berserta insurans Penepian Kerosakan Perlanggaran (CDW) dengan amaun tanggungan sendiri yang telah ditentukan terlebih dahulu seperti yang disenaraikan di dalam senarai harga, yang mana pemajak sendiri telah sedia maklum sendiri.

25. Insurans liabiliti pihak ketiga adalah amaun yang tercatat oleh undang-undang Iceland pada bila-bila masa yang ditentukan. Amaun yang mesti dibayar oleh pemajak boleh ditolak sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan hendaklah pada amaun sehingga nilai penuh kenderaan tersebut, rjk. spesifikasi lanjutan pada amaun yang berkaitan dengan liabiliti peribadi di dalam perjanjian sewa.

26. Pemajak boleh membeli insurans tanggungan sendiri yang lebih rendah menerusi insurans Penepian Kerosakan Perlanggaran Super (CDW Super) mengikut senarai harga, yang mana pemajak sendiri telah sedia maklum. Tanggungan sendiri dalam setiap keadaan kerosakan hendaklah dinyatakan di dalam perjanjian sewa.

27. CDW dan CDW Super tidak melindungi:a. Kerosakan yang disebabkan dengan sengaja atau akibat kecuaian pemandu yang

melampau.b. Kerosakan yang berlaku akibat pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol,

ubat perangsang atau sedatif atau sebaliknya telah tidak mampu mengendalikan kenderaan tersebut dengan selamat.

c. Kerosakan kerana berlumba atau ujian memandu.d. Kerosakan akibat peperangan, revolusi, rusuhan atau ketidaktenteraman awam.e. Kerosakan disebabkan oleh haiwan.f. Lubang ubang terbakar pada tempat duduk, karpet dan alas kaki.g. Kerosakan yang hanya menjejaskan roda, tayar, suspensi, bateri, cermin, tingkap,

radio serta kerosakan akibat kecurian komponen kenderaan yang tersendiri dan kerosakan-kerosakan yang berbangkit dari situ.

h. Kerosakan akibat memandu di atas jalan yang kasar, umpamanya pada kotak gear, pemacu dan komponen lain atau di bawah casis, kerosakan pada casis akibat bergeser dengan permukaan tidak rata umpamanya batas yang tertinggal oleh perata jalan, batu-batuan yang timbul dan melekat pada tanah di atas jalan raya atau kawasan yang bersebelahan dengan pinggir jalan raya. Perkara yang sama juga terpakai kepada kerosakan akibat batu yang melayang daripada permukaan jalan raya dan terkena di bahagian bawah kenderaan semasa memandu.

i. Kerosakan akibat memandu di tempat yang kenderaan tidak dibenarkan melaluinya, umpamanya di atas trek, laluan kasar, di dalam hanyutan salji atau di atas ais, memandu menyeberangi sungai atau anak sungai yang tidak mempunyai jambatan, melalui kawasan yang hanya boleh dilalui semasa air surut atau kawasan di luar jalan raya yang lain. Akan tetapi, insurans akan memberi pampasan bagi kerosakan yang bersebab apabila pemandu terbukti telah terpaksa meninggalkan jalan utama, sebagai contoh untuk dibaiki.

j. Kerosakan pada kereta penumpang yang berlaku semasa kenderaan dipandu atas jalan raya yang bertanda F pada peta rasmi dan jalan raya yang dinyatakan dalam perkara (a) Artikel 8.

k. Kerosakan pada jip AWD/4x4 dalam kategori “ekonomi” dan “pertengahan” disebabkan memandu di atas jalan raya yang bertanda F yang dinyatakan pada perkara (b) Artikel 9.

l. Kerosakan yang disebabkan oleh pasir, batu kerikil, debu atau pumis atau bahan bumi lain yang ditiup ke atas kenderaan.

m. Kerosakan air kepada kenderaan. n. Jika kenderaan dibawa melalui laut, kerosakan yang disebabkan oleh air laut tidak

diberikan pampasan.o. Dalam keadaan lain, rujukan telah dibuat kepada terma dan syarat umum daripada

Penepian Kerosakan Perlanggaran.

28. Pemajak boleh mengurangkan tanggungan sendiri dan menambah perlindungan melalui pembelian CDW Grand dan CDW Premium. Tanggungan sendiri dalam setiap kerosakan hendaklah dinyatakan di dalam perjanjian sewa.a. CDW Grand merangkumi CDW Super dan sebagai tambahan melindungi kerosakan

pada tingkap, lampu depan dan kerosakan pada cat kenderaan disebabkan oleh batu kerikil atau batu yang melayang daripada jalan raya dan terkena kenderaan berpunca daripada kenderaan lain yang lalu di atas jalan batu kerikil. Ia juga melindungi kerosakan kepada casis kenderaan yang disewa, seperti sistem ekzos, kotak gear dan enjin jika kenderaan bergeser dengan permukaan jalan raya biasa atau di atas jalan raya yang bertanda F sekiranya kenderaan itu sesuai untuk jalan-jalan sedemikian.

b. CDW Premium terdiri daripada CDW Grand serta perlindungan daripada pasir dan debu (SAAP).

c. Peruntukan umum yang dinyatakan dalam perkara (a) Artikel 27 juga terpakai kepada CDW Grand dengan pengecualian terhadap perkara (h) Artikel 27, dan CDW Premium, dengan pengecualian terhadap perkara (h) dan (l) Artikel 27.

29. Di samping itu, pemajak boleh membeli perlindungan terhadap pasir dan debu (SAAP), yang melindungi kerosakan pada cat, tingkap, lampu, plastik, krom dan roda, yang disebabkan oleh pasir, batu kerikil, debu, pumis atau bahan bumi lain yang ditiup ke arah kenderaan tersebut. Tanggungan sendiri sekiranya terjadi kerosakan hendaklah dinyatakan di dalam perjanjian sewa.

30. Pemajak juga mempunyai pilihan untuk membeli perlindungan insurans kerosakan air khusus, yang merangkumi kenderaan AWD/4x4 yang cuba menyeberangi tohor pada kelajuan yang kurang daripada 4 kilometer sejam. Tanggungan sendiri sekiranya terjadi kerosakan hendaklah dinyatakan di dalam perjanjian sewa.

Peruntukan umum31. Perjanjian sewa, berserta terma pajakan ini, mestilah sentiasa disimpan di dalam

kenderaan di sepanjang tempoh sewaan.32. Penambahan atau perubahan kepada terma pajakan dan peruntukan daripada

perjanjian sewa hendaklah dilakukan secara bertulis.33. Pemberi pajak dibenarkan untuk mengenakan caj kos sewaan pada kad kredit

pemajak serta kos-kos lain yang mesti dibayar oleh pemajak mengikut perjanjian sewa ini. Masa pembayaran dan sama ada ia perlu dibayar sekali gus adalah sepenuhnya atas budi bicara pemberi pajak. Hak ini kekal tidak terjejas selama enam bulan sesudah kenderaan itu dipulangkan kepada pemberi pajak.

34. Pemajak mengesahkan bahawa dengan menurunkan tandatangan pada perjanjian sewa serta terma dan syarat ini, beliau telah menerima kenderaan serta aksesorinya dalam keadaan yang baik.

35. Jika kenderaan tersebut rosak sepanjang tempoh sewa akibat perlanggaran atau atas sebab-sebab lain, pemajak hanya berhak untuk mendapat kenderaan baharu mengikut terma perjanjian yang berkuatkuasa dengan syarat kerosakan tersebut akan diberi pampasan selaras dengan peruntukan di dalam perjanjian sewa atau insurans CDW kenderaan tersebut, seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 21. Sekiranya berlaku kerosakan yang tidak dilindungi oleh insurans CDW kenderaan tersebut, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 24, kenderaan baharu tidak akan disediakan kepada pemajak untuk baki tempoh sewaan tersebut. Perkara yang sama juga terpakai sekiranya kerosakan tersebut disebabkan oleh pemajak melalui kecuaian yang melampau atau dengan sengaja atau ia jatuh di bawah peruntukan Artikel 8 dan 9 daripada terma pajakan ini.

36. Perjanjian ini dicapai berdasarkan kepada terma dan syarat di atas, termasuk kemungkinan tuntutan pampasan yang boleh di buat, jika bersesuaian, akan ditentukan oleh undang-undang Iceland. Ini terpakai kepada kedua-dua asas dan pengiraan pampasan. Ia juga terpakai kepada tuntutan pampasan berdasarkan kepada liabiliti tidak kontraktual.

37. Sekiranya berlaku pertikaian yang timbul berhubung dengan tafsiran atau pelaksanaan perjanjian ini, kedua belah pihak hendaklah berusaha untuk menyelesaikan pertikaian sedemikian melalui perbincangan. Jika perjanjian ini tidak dicapai, kes ini boleh dibawa ke hadapan Mahkamah Daerah Reykjavík.

Dengan persetujuan penuh di atas, kedua belah pihak mengesahkan perjanjian ini dengan tandatangan mereka.Lessor: Brimborg ehf. reg. ID 7012770239, Bíldshöfða 6, 110 Reykjavík – Thrifty independent licensee in Iceland

Tempat: ____________________________ Tarikh: __________________________

Tandatangan pemajak: ____________________________________________________

Tandatangan pemberi pajak (nama dan Nombor ID peribadi pekerja) _________________________________________________

Edisi: 2015.04.15 - 01 Malaysíska