perjanjian akaun cimb lazada prepaid mastercard · kod unik 6 digit yang perlu dimasukkan bagi...

33
PERJANJIAN AKAUN CIMB LAZADA PREPAID MASTERCARD Layak Menerima Perlindungan daripada PIDM Sebagai balasan CIMB BANK BERHAD [13491-P] membuka Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard dalam nama saya, saya dengan ini bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat berikut. 1. Definisi Dalam Perjanjian ini jika konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang ditetapkan kecuali dinyatakan sebaliknya:- a) Ungkapan “Akaun” bermaksud Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard, daripada mana semua pembayaran untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan pengeluaran tunai yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad dan semua fi dan caj yang berkenaan akan didebitkan; b) Ungkapan “Pemegang Akaun” bermaksud orang yang untuknya Akaun dibuka dan kepadanya Kad dikeluarkan, jika dimohon oleh Pemegang Akaun dan hendaklah temasuk waris, wakil diri dan pengganti hakmiliknya dan perkataan “anda” hendaklah bermaksud Pemegang Akaun; c) Ungkapan “Akaun Lain Pemegang Akaun” bermaksud akaun perbankan atau akaun lain Pemegang Akaun dengan Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad di samping Akaun dan termasuk akaun bersama Pemegang Akaun dengan pihak ketiga; d) Ungkapan “Nombor Akaun” bermaksud nombor akaun yang diperuntukkan kepada Akaun dan nombor akaun yang diperuntukkan kepada Kad dan dicetak timbul pada Kad; e) Ungkapan “notis terdahulu yang mencukupi” bermaksud tempoh notis selama tiga (3) hari bekerja, yang akan dianggap notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun; f) Ungkapan “Perjanjian ini” bermaksud perjanjian antara Pemegang Akaun dan Bank dan melaluinya Akaun dan Kad, jika dimohon oleh Pemegang Akaun, disediakan kepada Pemegang Akaun oleh Bank berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini serta terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam borang permohonan dalam talian standard Bank yang disediakan melalui CIMB Clicks dan diserahkan dalam talian oleh Pemegang Akaun kepada Bank apabila memohon pembukaan Akaun dan sebarang terma dan syarat lain yang ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa; g) Ungkapan “ATM” bermaksud mesin juruwang automatik; h) Ungkapan “Bank” bermaksud CIMB BANK BERHAD [13491-P] yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Aras 13, Menara CIMB,Jalan Stesen Sentral 2,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan tempat perniagaan di Aras 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur atau di sebarang alamat lain atau lokasi lain yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dan termasuk pengganti hakmilik dan pemegang serah haknya; i) Ungkapan “mata wang pengebilan” bermaksud mata wang pengebilan dalam Ringgit Malaysia dan termasuk singkatannya “RM”; j) Ungkapan “Kad” bermaksud kad fizikal yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akaun Pemegang Akaun; k) Ungkapan “CIMB Clicks” bermaksud laman web perbankan internet Bank di www.cimbclicks.com ; l) Ungkapan "ID Pengguna CIMB Clicks " bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda apabila mendaftar diri buat kali pertama dengan CIMB Clicks, yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan tidak lebih

Upload: others

Post on 08-Feb-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERJANJIAN AKAUN CIMB LAZADA PREPAID MASTERCARD

Layak Menerima Perlindungan daripada PIDM

Sebagai balasan CIMB BANK BERHAD [13491-P] membuka Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard dalam nama

saya, saya dengan ini bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat berikut.

1. Definisi

Dalam Perjanjian ini jika konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang ditetapkan

kecuali dinyatakan sebaliknya:-

a) Ungkapan “Akaun” bermaksud Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard, daripada mana semua

pembayaran untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan pengeluaran tunai yang dilaksanakan

melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad dan semua fi dan caj yang berkenaan akan didebitkan;

b) Ungkapan “Pemegang Akaun” bermaksud orang yang untuknya Akaun dibuka dan kepadanya Kad

dikeluarkan, jika dimohon oleh Pemegang Akaun dan hendaklah temasuk waris, wakil diri dan pengganti

hakmiliknya dan perkataan “anda” hendaklah bermaksud Pemegang Akaun;

c) Ungkapan “Akaun Lain Pemegang Akaun” bermaksud akaun perbankan atau akaun lain Pemegang Akaun

dengan Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad di samping Akaun dan termasuk akaun bersama

Pemegang Akaun dengan pihak ketiga;

d) Ungkapan “Nombor Akaun” bermaksud nombor akaun yang diperuntukkan kepada Akaun dan nombor

akaun yang diperuntukkan kepada Kad dan dicetak timbul pada Kad;

e) Ungkapan “notis terdahulu yang mencukupi” bermaksud tempoh notis selama tiga (3) hari bekerja, yang

akan dianggap notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun;

f) Ungkapan “Perjanjian ini” bermaksud perjanjian antara Pemegang Akaun dan Bank dan melaluinya Akaun

dan Kad, jika dimohon oleh Pemegang Akaun, disediakan kepada Pemegang Akaun oleh Bank berdasarkan

terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini serta terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam

borang permohonan dalam talian standard Bank yang disediakan melalui CIMB Clicks dan diserahkan

dalam talian oleh Pemegang Akaun kepada Bank apabila memohon pembukaan Akaun dan sebarang terma

dan syarat lain yang ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa;

g) Ungkapan “ATM” bermaksud mesin juruwang automatik;

h) Ungkapan “Bank” bermaksud CIMB BANK BERHAD [13491-P] yang mempunyai pejabat berdaftarnya di

Aras 13, Menara CIMB,Jalan Stesen Sentral 2,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan tempat

perniagaan di Aras 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur atau di

sebarang alamat lain atau lokasi lain yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dan termasuk

pengganti hakmilik dan pemegang serah haknya;

i) Ungkapan “mata wang pengebilan” bermaksud mata wang pengebilan dalam Ringgit Malaysia dan

termasuk singkatannya “RM”;

j) Ungkapan “Kad” bermaksud kad fizikal yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akaun Pemegang Akaun;

k) Ungkapan “CIMB Clicks” bermaksud laman web perbankan internet Bank di www.cimbclicks.com;

l) Ungkapan "ID Pengguna CIMB Clicks " bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda apabila mendaftar diri

buat kali pertama dengan CIMB Clicks, yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan tidak lebih

daripada tiga puluh dua (32) aksara abjad angka yang hendaklah dimasukkan oleh anda setiap kali anda log

masuk ke dalam CIMB Clicks, untuk membolehkan sistem Perbankan Internet CIMB Bank mengaitkannya

dengan CRN dan CIMB Clicks e-PIN anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk membolehkan

anda mengakses CIMB Clicks;

m) Ungkapan “Kumpulan CIMB” bermaksud CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat berkaitannya

seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 yang menyediakan perkhidmatan kewangan

dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang

beroperasi di luar Malaysia;

n) Ungkapan “CNP” merujuk kepada transaksi “card-not-present” iaitu pembelian yang dibuat dalam ketiadaan

Kad fizikal. Ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi Dalam Talian, transaksi telefon,

transaksi pesanan pos dan transaksi dalam talian melalui internet.

o) Ungkapan "CRN" bermaksud nombor enam belas digit pada Kad Mesin Juruwang Automatik ("ATM") atau

Kad Kredit yang diperuntukkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhubung dengan Akaun anda,

yang mungkin telah atau akan dibuka oleh anda dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan yang

hendaklah dimasukkan bersama-sama dengan CIMB Clicks e-PIN anda untuk pendaftaran dirianda buat

kali pertama dengan CIMB Clicks.

p) Ungkapan “caj pengendalian” dan “caj tambahan” bermaksud caj pengendalian dan caj tambahan yang

dirujuk di dalam ini;

q) Ungkapan "Kata Laluan Perbankan Internet" bermaksud kata laluan peribadi 8 aksara abjad angka yang

dipilih oleh anda untuk mengakses CIMB Clicks setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks untuk

membolehkan sistem Perbankan Internet Bank mengaitkannya dengan CRN dan ID Pengguna CIMB Clicks

anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan sebelum memberikan anda akses kepada CIMB Clicks;

r) Ungkapan “MCI” bermaksud MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of

Delaware, dengan pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York,

NY 10577-2509, United States of America yang mana Bank adalah salah satu institusi ahlinya;

s) Ungkapan “peniaga” hendaklah termasuk semua peniaga yang membekalkan barangan dan/atau

perkhidmatan;

t) Ungkapan “PIN” bermaksud nombor pengenalan peribadi Pemegang Akaun;

u) Ungkapan “Fi Kad Gantian” bermaksud fi yang perlu dibayar oleh anda untuk menggantikan Kad selaras

dengan peruntukan Klausa 14.4;

v) Ungkapan "SMS" bermaksud Perkhidmatan Pesanan Ringkas;

w) Ungkapan “Penyata” bermaksud penyata berkala yang menunjukkan antara lainnya jumlah yang dicaj,

didebit atau dikredit kepada Akaun;

x) Ungkapan “Kod Pemberikuasaan Transaksi (Transaction Authorization Code)” (TAC) bermaksud ciri

keselamatan yang dilaksanakan untuk menyediakan lapisan perlindungan kedua bagi transaksi perbankan

dalam talian, di samping ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda. TAC adalah

kod unik 6 digit yang perlu dimasukkan bagi transaksi dalam talian tertentu; dan

y) Ungkapan “hari bekerja” bermaksud hari perniagaan (yang bukan hari Sabtu atau Ahad) apabila bank yang

berlesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan

2013, dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur.

2. Pembukaan Akaun

2.1. Permohonan untuk membuka Akaun hendaklah dibuat dalam talian melalui CIMB Clicks atau saluran lain

yang ditetapkan yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.

2.2. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun perbankan atau akaun lain dengan Bank dan / atau CIMB Islamic

Bank Berhad, anda mestilah warganegara Malaysia dengan MyKad Malaysia untuk layak memohon

pembukaan Akaun dan mesti: -.

2.2.1. melengkapkan pengesahan digital di Malaysia oleh Bank ke atas anda dalam masa dua (2) hari

selepas permohonan pembukaan Akaun.oleh anda. Sila rujuk kepada halaman produk CIMB Lazada

Prepaid Mastercard di www.cimbbank.com.my/lazadacard dan ikut arahan langkah demi langkah

yang terkandung di dalamnya untuk melengkapkan pengesahan digital oleh Bank ke atas anda;

2.2.2. memberikan dokumen sokongan tambahan kepada Bank dengan cara yang ditetapkan seperti yang

diberitahu oleh Bank kepada anda melalui SMS dan / atau e-mel berdasarkan nombor mudah alih dan

alamat e-mel berdaftar anda dalam rekod Bank dalam tempoh tiga (3) hari. Kegagalan untuk

mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan penutupan Akaun.

2.3. Penerimaan dan penerusan Akaun adalah semata-mata menurut budi bicara Bank. Bank berhak untuk

menolak permohonan anda menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank atau jika rekod Bank

menunjukkan bahawa anda telah disenarai hitam oleh Bank, Bank Negara Malaysia atau MCI atau jika

mana-mana akaun anda dipantau oleh Bank disebabkan aktiviti yang luar biasa, tidak teratur,

mencurigakan, menipu dan/atau tidak dibenarkan atau disyaki disalahgunakan, atau telah disekat,

dibatalkan atau ditamatkan oleh Bank dengan syarat sentiasa bahawa Bank tidak mempunyai kewajipan

untuk memberikan sebab atau bukti atau alasan kepada anda apabila menolak permohonan anda.

Meskipun permohonan terbuka kepada semua pelanggan individu, Bank berhak menolak apa-apa

permohonan dan/atau enggan membuka Akaun menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank tanpa

memberikan sebarang sebab pun jua, dan keputusan Bank adalah muktamad dan konklusif. Bank berhak

menetapkan dan mengubah, dari semasa ke semasa, jumlah minimum deposit permulaan yang

dikehendaki untuk membuka Akaun.

2.4. Anda hendaklah mematuhi semua keperluan Bank untuk membuka Akaun. Semasa anda memohon

Akaun, menggunakan dan/atau mengendalikan Akaun, anda membuat representasi dan menjamin bahawa

(i) semua maklumat yang diberikan oleh anda kepada Bank adalah benar, tepat dan lengkap (ii) anda tidak

mempunyai sebarang Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard dengan Bank (iii) anda berumur sekurang-

kurangnya lapan belas(18) tahun dan (iv) anda mempunyai nombor mudah alih berdaftar dan alamat pos di

Malaysia. Anda bersetuju bahawa berdasarkan pendedahan sedemikian, anda bertanggungjawab kerana

salah nyata atau maklumat yang palsu, tidak benar atau tidak tepat yang didedahkan oleh anda untuk

membuka Akaun dan untuk terus menggunakan dan/atau mengendalikan Akaun, dan anda hendaklah

bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami atau ditanggung oleh Bank

berbangkit daripada sebarang kemungkiran atau keingkaran anda di dalam ini.

2.5. Anda mengakui bahawa Akaun akan dikawal oleh dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat

yang dibentangkan dalam Perjanjian ini, Terma-terma Akses Bank yang mengawal penggunaan CIMB

Clicks dan Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks (“terma-terma dan syarat-syarat”) sebagaimana

yang dipinda, diubah dan/atau disemak semula dari semasa ke semasa oleh Bank dengan memberikan

notis yang mencukupi. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara sebarang terma-

terma dan syarat-syarat, terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi yang lain dan akan

dianggap mengikat anda.

2.6. Akaun boleh dibuka dengan permohonan oleh anda bagi pengeluaran Kad seperti yang ditentukan oleh

Bank menurut budi bicara tunggalnya dari semasa ke semasa. Anda hendaklah terlebih dahulu membayar

fi tahunan supaya permohonan anda dapat diproses dengan jaya. Bank tidak akan memproses sebarang

permohonan untuk membuka Akaun dengan pengeluaran Kad jika fi tahunan tidak dibayar atau diterima

oleh Bank. Pembayaran fi tahunan boleh dilakukan dalam talian di CIMB Clicks melalui (i) Financial

Process Exchange (FPX) atau (ii) kad kredit; atau di mana-mana saluran lain yang ditetapkan yang

mungkin dibenarkan oleh Bank dari semasa ke semasa.

2.7. Dengan membuka Akaun, anda dengan ini secara nyata mengakui dan bersetuju bahawa:-

2.7.1. Bila dan apabila dikehendaki, anda hendaklah memberikan kepada Bank sebarang maklumat yang

diperlukan oleh Bank bagi tujuan kewajipan pelaporan kawal selia atau untuk apa jua sebab yang

dianggap munasabah atau perlu oleh Bank.

2.7.2. Anda dengan ini memberikan kebenaran dan keizinan nyata anda kepada Bank untuk mendedahkan

maklumat yang berkenaan kepada mana-mana pihak ketiga semata-mata bagi tujuan menentukan

kelayakan anda untuk menyertai dan/atau untuk menikmati sebarang manfaat yang akan diberikan

kepada anda di dalam ini atau di bawah sebarang promosi atau kempen yang mungkin dianjurkan

oleh Bank atau oleh Bank bersama-sama dengan pihak ketiga lain dari semasa ke semasa. Promosi

atau kempen tersebut boleh dimaklumkan kepada anda melalui CIMB Clicks dan/atau saluran lain

yang ditetapkan yang boleh dipilih oleh Bank dari semasa ke semasa. Meskipun sifat am perkara

yang disebut sebelum ini, jika anda tidak mahu menyertai promosi atau kempen sedemikian dan tidak

lagi membenarkan pendedahan yang disebut sebelum ini, anda boleh menghubungi Bank di nombor

telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dengan

memberikan notis kepada anda): Tingkat 19, MenaraBumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut,

50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: 03-6204 7788.

2.7.3. Anda mengakui dan memahami bahawa Akaun bukan akaun yang diberikan faedah dan tidak akan

memperolehi sebarang faedah sama sekali.

2.7.4. Anda mengakui dan memahami bahawa anda tidak boleh menambah atau mengkreditkan dana ke

dalam Akaun melebihi Jumlah Maksimum yang dirujuk dalam Klausa 26.2.

2.7.5. Anda telah dimaklumkan bahawa Akaun layak menerima perlindungan daripada Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan telah memuat turun sesalinan risalah PIDM yang boleh

didapati melalui CIMB Clicks.

3. Penghantaran Kad

Jika anda memohon pengeluaran Kad, Kad yang akan dikeluarkan di bawah Akaun akan dihantar ke alamat pos

yang diberikan oleh anda dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas Akaun berjaya dibuka. Kad akan

timbul dengan 20 huruf pertama termasuk ruang nama anda yang dikemukakan semasa permohonan untuk

membuka Akaun. Sila pastikan anda telah menyatakan alamat pos yang betul dalam butir-butir permohonan

anda untuk mengelakkan Kad anda dihantar ke alamat yang salah. Bank tidak akan bertanggungjawab atas

sebarang kesilapan yang terkandung dalam permohonan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang

alamat pos yang salah yang dimasukkan oleh anda dalam permohonan anda yang menyebabkan Kad dihantar

ke alamat pos yang salah. Bank selanjutnya tidak akan bertanggungjawab jika Bank telah menghantar Kad ke

alamat pos yang dinyatakan dalam permohonan anda dan dalam rekod Bank tetapi atas apa jua sebab yang

tidak diketahui atau bukan berpunca daripada Bank, anda tidak menerima Kad anda.

4. PIN dan Pengaktifan Kad

4.1. Apabila anda menerima Kad, anda hendaklah terlebih dahulu mengaktifkan Kad sebelum anda boleh

menggunakannya untuk membuat pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan di mana-mana peniaga

yang menerima MasterCard atau untuk sebarang pengeluaran wang. Anda akan menerima PIN sementara

yang dihantar ke alamat pos yang diberikan oleh anda semasa proses pembukaan akaun. Untuk

mengaktifkan Kad, anda dikehendaki menelefon Pusat Panggilan CIMB Bank atau menghantar SMS

kepada nombor yang diberikan dalam kiriman kad yang melampirkan Kad anda.

4.2. Setelah menerima PIN sementara, Pemegang Akaun hendaklah menukar PIN sementara di ATM Bank

sendiri, laman web selamat dan/atau saluran selamat lain yang dibenarkan oleh Bank dalam masa tujuh (7)

hari atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.

4.3. Jika Pemegang Akaun terlupa PIN beliau, Bank akan mengeluarkan PIN sementara yang baharu kepada

Pemegang Akaun atas permintaan Pemegang Akaun.

4.4. Jika Kad hilang atau dicuri seperti yang dilaporkan oleh Pemegang Akaun dan Bank bersetuju

mengeluarkan Kad baharu kepada Pemegang Akaun, PIN sementara untuk Kad baharu juga akan

dikeluarkan. Pemegang Akaun tidak boleh menggunakan PIN sedia adanya untuk Kad gantian.

4.5. Pemegang Akaun hendaklah merahsiakan PIN beliau dan tidak boleh mendedahkan PIN beliau kepada

mana-mana orang lain dalam apa jua keadaan. Semasa memilih PIN Pemegang Akaun, Pemegang Akaun

TIDAK BOLEH memilih PIN yang ketara atau mudah diramal, termasuk PIN yang:-

merupakan tarikh lahirnya;

jika PIN adalah huruf, merupakan bahagian yang mudah dicam daripada namanya;

terdiri daripada nombor yang berturut (misalnya 12345); atau

terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111).

4.6. Pemegang Akaun hendaklah memastikan bahawa jumlah transaksi adalah tepat sebelum menandatangani

sebarang baucer atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Pemegang Akaun di mana-mana

terminal “point of sale” elektronik yang memerlukan PIN Pemegang Akaun dimasukkan. Dengan

menandatangani PIN atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Pemegang Akaun atau sebaliknya

menggunakan Kad Pemegang Akaun di mana-mana terminal “point of sale” elektronik, Pemegang Akaun

dianggap menyetujui transaksi dan mengesahkan bahawa jumlahnya adalah tepat.

4.7. Pemegang Akaun mengesahkan dan bersetuju bahawa PIN akan berfungsi sebagai satu cara untuk

menentusahkan dan mengesahkan identiti Pemegang Akaun kepada Bank bagi tujuan transaksi yang

dirancang di bawah terma-terma dan syarat-syarat ini. Dalam hal ini, Pemegang Akaun membenarkan

Bank menerima, mematuhi dan mengambil tindakan terhadap semua arahan Pemegang Akaun apabila

dikenal pasti melalui PIN Pemegang Akaun dan Bank tidak akan bertanggungjawab apabila mengambil

tindakan terhadap arahan sedemikian dengan niat baik. Arahan sedemikian akan dianggap tak boleh batal

dan mengikat Pemegang Akaun apabila Bank menerimanya meskipun apa-apa kesilapan, penipuan,

pemalsuan, ketidakjelasan atau salah faham tentang arahan sedemikian. Bank berhak bergantung kepada

PIN sebagai bukti konklusif mengenai identiti Pemegang Akaun tetapi jika Bank mempunyai keraguan atau

tidak pasti tentang identiti Pemegang Akaun, Bank masih boleh meminta sebarang bentuk atau cara

pengenalan lain yang dianggapnya wajar menurut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa dan dari

semasa ke semasa.

5. Akaun dan kemudahan yang tersedia

5.1. Akaun dibuka untuk digunakan berhubung dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank dari semasa ke

semasa menurut budi bicara mutlaknya termasuk tetapi tidak terhad kepada kemudahan berikut dan

kemudahan ini boleh diubah, digantikan atau ditambah atau ditarik balik oleh Bank dari semasa ke semasa

dengan memberikan notis yang wajar kepada anda:-

i. pembayaran untuk sebarang pembelian barangan dan/atau perkhidmatan, yang mana pembayaran

ini boleh didebit kepada Akaun; dan/atau

ii. Pemindahan Dana termasuk OctoSend yang dirujuk di bawah iaitu pemindahan dana daripada Akaun

kepada Akaun Lain Pemegang Akaun atau kepada akaun pihak ketiga yang dibuka dengan Bank

atau CIMB Islamic Bank Berhad atau mana-mana pemindahan dana lain daripada Akaun yang

mungkin dibenarkan oleh Bank dari semasa ke semasa ; dan/atau

iii. perkhidmatan pembayaran automatik (“Perkhidmatan Autopay”) yang mana semua jumlah yang kena

dan perlu dibayar terhadap bil rasmi berkala Pemegang Akaun daripada peniaga yang dinyatakan

dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Autopay akan dibayar oleh Bank dan didebit daripada

Akaun Pemegang Akaun sebagaimana yang diarahkan oleh Pemegang Akaun dalam borang

permohonan untuk Perkhidmatan Autopay; dan/atau

iv. pengeluaran tunai daripada ATM Bank dan/atau ATM institusi kewangan lain yang memaparkan

nama dan/atau logo MasterCard dengan menggunakan Kad; dan/atau

v. Kiriman Wang (Pemindahan Bertelegraf Asing, MoneyGram, Draf Permintaan Tempatan & Asing dan

Cek Jurubank); dan/atau

vi. Pembayaran Bil; dan/atau

vii. Tambah Nilai Prabayar; dan/atau

viii. kemudahan lain, tertakluk kepada persetujuan bertulis terdahulu oleh Bank.

Kemudahan yang disebut sebelum ini adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank

yang mengawal kemudahan dan/atau perkhidmatan tersebut

5.2. OctoSend

5.2.1. Tertakluk kepada Klausa 5.2.2, anda boleh meminta wang dipindahkan daripada Akaun kepada

individu pihak ketiga lain dengan memasukkan semua maklumat berkenaan yang diperlukan

bersama-sama dengan nombor mudah alih penerima pihak ketiga dan alamat e-mel dalam ruang

atau bahagian yang berkenaan di CIMB Clicks. Selepas itu anda akan menerima kod tuntutan melalui

SMS. Anda perlu memaklumkan kod tuntutan ini kepada bakal penerima pihak ketiga anda yang

hendaklah menggunakan kod tuntutan dan nombor mudah alih atau alamat e-mel yang sama yang

dimasukkan oleh anda untuk menerima dana atau wang.

5.2.2. Untuk menerima dana atau wang, bakal penerima pihak ketiga anda hendaklah mempunyai akaun

semasa/akaun semasa-i atau akaun simpanan/akaun simpanan-i sedia ada yang dipegang dengan

Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad. Kod tuntutan hanya sah selama 7 hari sahaja. Kegagalan

penerima pihak ketiga untuk menuntut dana atau wang yang ingin dipindahkan oleh Pemegang

Akaun kepada penerima pihak ketiga dalam tempoh kesahan kod tuntutan akan menyebabkan dana

yang tidak dituntut tersebut dikembalikan kepada Akaun Pemegang Akaun.

5.3. Perkhidmatan Autopay

5.3.1. Apabila Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun untuk Perkhidmatan Autopay, semua

jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada peniaga hendaklah selepas itu dibayar oleh Bank setelah

Bank menerima bil peniaga atau permintaan lain untuk pembayaran. Arahan Pemegang Akaun

sebelum itu, jika ada, kepada:-

i. bank dan/atau institusi kewangan lain untuk membuat pembayaran kepada peniaga; dan/atau

ii. peniaga untuk mencaj jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada akaun Pemegang Akaun

yang dipegang dengan bank dan/atau institusi kewangan lain,

akan, apabila Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun untuk Perkhidmatan Autopay,

dianggap dibatalkan dan Pemegang Akaun hendaklah dengan serta-merta memaklumkan

peniaga dan/atau bank atau institusi kewangan lain mengenai perubahan pada arahan

pembayaran Pemegang Akaun.

5.3.2. Dengan menyediakan Perkhidmatan Autopay, Bank tidak bertanggungjawab untuk:-

i. membuat pembayaran apa-apa caj kepada peniaga tepat pada masanya dan dalam hal ini,

Pemegang Akaun tidak boleh mempertanggungjawabkan Bank atas sebarang kesilapan,

kecuaian, keengganan atau ketinggalan untuk membayar atau kelewatan untuk membayar

semua atau sebarang caj kepada peniaga;

ii. membuat pembayaran sebarang caj yang dibuat dengan niat baik kepada peniaga;

iii. membayar semua atau sebarang caj kepada peniaga jika tidak ada atau tidak cukup dana

dalam Akaun Pemegang Akaun atau jika penggunaan Kad oleh Pemegang Akaun ditamatkan

atau digantung atas sebarang sebab jua atau jika Kad tidak dibaharui atau diganti, mengikut

keadaan, atau jika Bank menurut budi bicara mutlaknya menentukan dengan konklusif bahawa

keadaan menjustifikasi pembayaran tidak dibuat atas apa jua sebab; dan/atau

iv. membayar apa-apa caj kepada peniaga jika Pemegang Akaun pada bila-bila masa

mengarahkan Bank untuk menghentikan sebarang pembayaran atau membatalkan atau

menamatkan Perkhidmatan Autopay.

Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa kekal menanggung tanggungjawab utama

untuk membayar semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus dan

Bank tidak akan pada bila-bila masa mempunyai kewajipan untuk memaklumkan Pemegang

Akaun jika Bank tidak membuat pembayaran semua atau sebarang caj yang disebut sebelum

ini. Jika Bank tidak membayar sebarang caj yang kena dan perlu dibayar kepada peniaga,

Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan pembayaran yang belum dijelaskan kepada peniaga

secara terus. Jika nombor Akaun Pemegang Akaun berubah, Pemegang Akaun

bertanggungjawab memaklumkan peniaga tentang perubahan pada nombor Akaun Pemegang

Akaun. Walau bagaimanapun Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan) menurut budi

bicara mutlaknya menerima sebarang permintaan untuk pembayaran yang dibil kepada nombor

Akaun Pemegang Akaun yang lama dan membuat pembayaran terhadapnya, tertakluk kepada

kredit yang tersedia dalam nombor Akaun yang lama.

5.3.3. Jika dana dalam Akaun Pemegang Akaun tidak mencukupi untuk membayar caj semua peniaga,

Bank boleh:-

i. memilih untuk tidak membayar sebarang caj kepada semua atau mana-mana peniaga dan

dalam keadaan sedemikian Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran

yang belum dijelaskan secara terus dengan peniaga; atau

ii. menurut budi bicara mutlaknya dengan konklusif menentukan turutan keutamaan pembayaran

caj mana-mana peniaga yang dianggap wajar oleh Bank dan dalam keadaan sedemikian

Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran belum dijelaskan secara terus

dengan peniaga relevan yang mana caj mereka masih terhutang oleh Pemegang Akaun.

5.3.4. Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang kerugian, kos, kerosakan,

perbelanjaan atau tuntutan (termasuk perbelanjaan guaman atas dasar peguamcara dan anakguam

dan tanggung rugi penuh) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank akibat penyediaan

Perkhidmatan Autopay kepada Pemegang Akaun.

5.3.5. Kewajipan Bank untuk membuat pembayaran kepada peniaga seperti yang diarahkan oleh

Pemegang Akaun akan dengan serta-merta terhenti apabila:-

i. Perkhidmatan Autopay ditamatkan samada oleh Bank atau Pemegang Akaun dengan

memberikan pihak satu notis bertulis tidak kurang daripada satu (1) bulan dan dengan itu

apabila luput tempoh satu (1) bulan dari tarikh notis penamatan, Perkhidmatan Autopay akan

ditamatkan; atau

ii. penamatan Perjanjian ini dan/atau Akaun.

Meskipun perkara di atas, Pemegang Akaun bertanggungjawab memaklumkan peniaga yang

berkenaan secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan meminta

peniaga tersebut menghentikan pengebilan kepada Bank. Sehingga peniaga tersebut

memaklumkan Bank bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan, Bank berhak (tetapi tidak

mempunyai kewajipan) untuk membuat pembayaran kepada peniaga tersebut meskipun

Perjanjian ini ditamatkan, Akaun ditamatkan atau dibatalkan dan/atau Pemegang Akaun telah

memaklumkan Bank secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan

Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab untuk pembayaran yang dibuat oleh Bank

kepada peniaga.

5.3.6. Meskipun apa jua yang terkandung di dalam ini, Bank berhak memberhentikan, menggantung atau

menamatkan Perkhidmatan Autopay pada bila-bila masa dengan memberikan notis terdahulu yang

mencukupi kepada Pemegang Akaun dan tidak membuat pembayaran caj kepada peniaga.

Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa terutamanya bertanggungjawab untuk membayar

semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus dan sekiranya Bank

melaksanakan hak sedemikian, Bank tidak akan menanggung sebarang liabiliti kepada Pemegang

Akaun yang hendaklah menyelesaikan semua pembayaran yang belum dijelaskan secara terus

dengan peniaga.

5.4. Kemudahan berikut tidak boleh didapati oleh para Pemegang Akaun Bukan CIMB / Pelanggan CIMB tanpa

akaun CIMB Clicks, dan yang sama boleh diubah, diganti atau ditambah oleh Bank dari semasa ke semasa

apabila pemberitahuan yang wajar kepada anda:

i. pengeluaran tunai dari ATM Bank dan / atau ATM institusi kewangan lain yang memaparkan

Nama dan / atau logo MasterCard melalui penggunaan Kad;

ii. Pemindahan Dana termasuk OctoSend seperti yang disebut di atas iaitu pemindahan dana dari

Akaun ke Akaun Lain Pemegang Akaun (tidak termasuk akaun tunggal yang lain yang

dinamakan CASA (tidak termasuk akaun CASA bersama) dengan Bank) atau kepada akaun

pihak ketiga yang dikendalikan dengan Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad atau sebarang

pemindahan dana lain dari Akaun sebagai mungkin tidak dibenarkan oleh Bank dari semasa ke

semasa; dan / atau

iii. Pengiriman wang (Pemindahan Telegraf Asing, MoneyGram, Draf Permintaan Tempatan &

Asing dan Pemeriksa Bankir).

6. Kad dengan ciri-ciri “Transaction-Enabled” Tanpa Sentuh

6.1. Pemegang Akaun mengakui bahawa Kad tertentu yang dikeluarkan oleh Bank akan menggabungkan ciri

yang membolehkan Kad digunakan untuk membuat pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan

dengan menepuk atau melambaikan Kad di pembaca/terminal tanpa sentuh (“Transaksi Tanpa Sentuh”).

Kad ini dan peranti dan terminal berkaitan mungkin mengandung logo atau jenama MasterCard “PayPass”

atau sebarang logo atau jenama yang boleh ditentukan oleh Bank atau MasterCard dari semasa ke

semasa.

6.2. Transaksi Tanpa Sentuh yang tidak melebihi jumlah yang mungkin dari semasa ke semasa ditetapkan oleh

Bank, boleh diproses dan Akaun Pemegang Akaun didebit dengan jumlah Transaksi Tanpa Sentuh tanpa

memerlukan:-

i. Kad dilalukan pada pembaca jalur pita magnet;

ii. Cip Kad dibaca oleh terminal cip; atau

iii. tandatangan Pemegang Akaun atau kemasukan nombor PIN Pemegang Akaun untuk

membenarkan transaksi.

Dengan menerima Kad yang boleh digunakan untuk Transaksi Tanpa Sentuh dan

menggunakannya untuk melaksanakan Transaksi Tanpa Sentuh atau dalam sebarang cara lain

pun jua (termasuk menggunakannya dalam cara konvensional iaitu Kad dilalukan pada

pembaca jalur pita magnet atau pada pembaca cip atau sebaliknya) Pemegang Akaun

berakujanji untuk menggunakan Kad selaras dengan dan bersetuju terikat oleh terma-terma

dan syarat-syarat yang terkandung di dalam ini.

6.3. Tanpa prejudis terhadap perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun berakujanji untuk

bertanggungjawab bagi semua Transaksi Tanpa Sentuh yang ditanggung menggunakan Kad dan diposkan

kepada Akaun Pemegang Akaun. Semua Transaksi Tanpa Sentuh akan dianggap dibenarkan dengan

sewajarnya oleh Pemegang Akaun kecuali Pemegang Akaun boleh menunjukkan bukti konklusif yang

menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini Pemegang Akaun mengakui bahawa Transaksi Tanpa Sentuh tanpa

kebenaran boleh dilaksanakan dengan mudah dan menerima risikonya.

7. Transaksi “Card-not-present” (CNP) dan luar Negara

7.1. Transaksi CNP yang tidak disahkan melalui kaedah pengesahan yang kukuh seperti kata laluan dinamik

atau sebarang transaksi luar negara menggunakan Kad dan atau Akaun adalah dilarang kecuali Pemegang

Kad dengan nyata memilih untuk melaksanakan transaksi sedemikian dan memaklumkan Bank tentangnya

dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Bank atau sebarang saluran lain yang mungkin disediakan

oleh Bank dari semasa ke semasa.

7.2. Jika Pemegang Akaun memilih untuk melaksanakan transaksi CNP atau luar negara tersebut, Pemegang

Akaun berakujanji untuk bertanggungjawab bagi semua transaksi CNP dan luar negara yang diposkan

kepada Akaun Pemegang Akaun dan semua transaksi sedemikian akan dianggap dibenarkan dengan

sewajarnya oleh Pemegang Akaun kecuali Pemegang Akaun boleh menunjukkan bukti konklusif yang

menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini Pemegang Akaun mengakui bahawa transaksi CNP dan luar negara

tanpa kebenaran boleh dilaksanakan dengan mudah dan menerima risikonya.

7.3. Jika Pemegang Akaun memilih untuk melaksanakan transaksi CNP atau luar negara tersebut, Pemegang

Akaun mempunyai pilihan selepas itu untuk menghentikan transaksi sedemikian dengan memaklumkan

Bank tentangnya dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Bank atau sebarang saluran lain yang boleh

disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.

8. Tandatangan atas Kad

8.1. Jika anda memohon pengeluaran Kad, setelah menerima Kad anda hendaklah DENGAN SERTA-MERTA

menurunkan tandatangan di atas Kad. Tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-mana deraf

penjualan, rekod transaksi, baucer kredit, dan/atau rekod caj lain dan/atau penggunaan Kad dan/atau

pengakuterimaan slip resit (Dokumen) merupakan bukti yang mengikat dan konklusif tentang (i)

kemasukan anda ke dalam Perjanjian ini dengan Bank dan (ii) persetujuan anda untuk mematuhi semua

terma dan syarat Perjanjian ini dan untuk terikat olehnya berhubung dengan penggunaan Kad dengan

syarat sentiasa bahawa penggunaan Kad akan dianggap bukti yang cukup dan konklusif tentang transaksi

yang dilaksanakan di bawah Akaun tidak kira samada anda telah menurunkan tandatangan anda di atas

Kad atau di atas mana-mana Dokumen.

8.2. Kad tidak boleh dipindahkan dan hendaklah digunakan secara eksklusif oleh anda. Kad tidak boleh

disandarkan atau digadai atau digunakan dalam apa cara jua oleh anda sebagai cagaran untuk sebarang

tujuan apa jua.

8.3. Anda boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad melalui notis bertulis kepada Bank dan

memulangkan kepada Bank, Kad yang telah dipotong separuh merentas strip magnet dan merentas cip

(jika Kad mempunyai mikrocip yang terbenam di dalamnya). Anda adalah dan akan terus

bertanggungjawab terhadap semua transaksi yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad sebelum Bank

menerima notis penamatan bertulis tersebut bersama-sama dengan Kad yang telah dipotong dua.

9. Mendapatkan Nombor “Card Verification Value” (CVV)

Pemegang Akaun yang tidak memohon pengeluaran Kad atau sementara menunggu pengaktifan Kad boleh

mendapatkan Nombor CVV dan tarikh luput Nombor CVV mereka bagi Akaun dalam talian melalui CIMB Clicks.

Nombor CVV diperlukan untuk membuat apa-apa pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan

dalam talian. Pemegang Akaun perlu menyerahkan permohonannya untuk mendapatkan nombor tersebut dan

kod pemberikuasaan transaksi (TAC) enam (6) digit akan dihantar melalui SMS kepada nombor telefon mudah

alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank. Apabila Pemegang Akaun menghantar TAC dengan tepat melalui

CIMB Clicks, nombor CVV Akaun dan tarikh luput akan dipaparkan dalam talian melalui CIMB Clicks.

10. Pra-Pemberikuasaan

Jika Kad digunakan untuk membuat pembayaran bagi transaksi petrol, Bank berhak menahan dan/atau

menggantung pembayaran jumlah sebanyak hingga Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200) daripada Akaun anda

untuk tempoh selama dua (2) hari selepas tarikh transaksi petrol tersebut. Jika Kad digunakan untuk membayar

penginapan di hotel, Bank juga berhak menahan jumlah yang bersamaan dengan jumlah yang dipegang oleh

hotel relevan semasa daftar masuk kepada hotel yang berkenaan bagi tempoh maksimum selama lapan (8) hari.

11. Kepatuhan dengan undang-undang dan penggunaan bersyarat dan ketersediaan Akaun/ Kad

11.1. Penggunaan Akaun dan/atau Kad juga tertakluk kepada syarat dan peraturan semasa Bank dan semua

terma, syarat dan peraturan lain yang mengawal Akaun Lain Pemegang Akaun termasuk sebarang

peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia. Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa

mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa berhubung dengan penggunaan

Akaun dan/atau Kad dan tanpa prejudis terhadap sifat am peruntukan sebelum ini, Pemegang Akaun

hendaklah memastikan Pemegang Akaun mematuhi semua peraturan kawalan pertukaran Bank Negara

Malaysia dan bahawa Pemegang Akaun tidak menggunakan Kad untuk sebarang aktiviti yang menyalahi

undang-undang seperti, tetapi tidak terhad kepada, pertaruhan haram “dalam talian” (seperti yang

ungkapan ini biasanya dikenali).

11.2. Tanpa prejudis terhadap sifat am perkara yang disebut sebelum ini, penggunaan Akaun dan/atau Kad dan

ketersediaannya bergantung kepada:-

i. tiada sebarang undang-undang yang dilanggar berhubung dengannya; dan

ii. Pemegang Akaun membuat representasi dan berakujanji (dan terus membuat representasi dan

berakujanji) kepada Bank bahawa persetujuan Bank untuk memberikan atau menyediakan atau

terus menyediakan Akaun kepada Pemegang Akaun tidak akan melanggar atau memungkiri

sebarang undang-undang atau keperluan kawal selia yang berkuat kuasa atau sebarang

peruntukan atau sekatan lain yang mungkin dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa

oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa

terhadap Bank termasuk Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (“Undang-undang dan

Peraturan Yang Dikenakan”).

11.3. Undang-undang dan Peraturan Yang Dikenakan terhadap Akaun dan/atau Kad termasuk tetapi tidak terhad

kepada:-

i. semua peruntukan yang berkuat kuasa dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“FSA”) dan

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001

(“AMLA”);

ii. semua garis panduan dan arahan Bank Negara Malaysia yang berkuat kuasa yang dikeluarkan

terhadap FSA dan AMLA; dan

iii. semua garis panduan, had peminjaman atau sekatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara

Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan lain dari semasa ke semasa termasuk

yang berkait dengan atau dikenakan terhadap pemberian dan/atau penggunaan Akaun

dan/atau Kad kepada dan/atau oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Bank.

11.4. Pemegang Akaun hendaklah dengan serta merta memaklumkan Bank secara bertulis jika:-

i. Pemegang Akaun kini atau selepas ini melanggar sebarang Undang-undang dan Peraturan

Yang Dikenakan; atau

ii. mana-mana terma dan syarat yang terkandung di dalam ini tidak lagi dipenuhi atau didapati

telah dilanggar atau tidak dipenuhi oleh Pemegang Akaun.

Semasa memberikan deklarasi berhubung dengan apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau

sebarang terma dan syarat yang terkandung di dalam ini jika dikehendaki oleh dan menurut terma yang

ditetapkan oleh Bank, Pemegang Akaun akan dianggap membuat representasi dan menjamin kepada

Bank bahawa kandungan di dalamnya akan terus benar dan tepat dari semua segi selagi Akaun dan/atau

Kad masih disediakan atau sebarang jumlah yang kena dibayar di bawahnya masih perlu dibayar.

12. Arahan Telekomunikasi

12.1. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan) menurut budi bicara tunggalnya menerima arahan daripada

Pemegang Akaun melalui telefon berkaitan dengan Akaun dan/atau Kad, termasuk tetapi tidak terhad

kepada permintaan untuk melakukan perkara berikut:-

i. perubahan alamat pos; atau

ii. pelaporan kad hilang; atau

iii. penggantian kad yang hilang atau rosak; atau

iv. transaksi lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.

12.2. Sebelum menerima arahan melalui telefon, identiti Pemegang Akaun akan terlebih dahulu ditentusahkan

oleh wakil Bank melalui proses keselamatan yang diwujudkan oleh Bank yang mungkin termasuk butir-butir

peribadi Pemegang Akaun.

12.3. Meskipun Klausa 12.1 dan 12.2 di atas, Bank boleh meminta pengesahan bertulis daripada Pemegang

Akaun tentang arahan Pemegang Akaun sebelum melaksanakannya.

12.4. Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau kerosakan

yang walau bagaimanapun jua diakibatkan atau dialami oleh Pemegang Akaun kerana mematuhi atau tidak

mematuhi sebarang atau semua arahan yang dibentangkan dalam Klausa 12.1.

12.5. Pemegang Akaun mengakui dan bersetuju bahawa:-

i. Bank boleh merakamkan semua perbualan telefon antara Pemegang Akaun dan wakil Bank;

dan

ii. disebabkan sifat perbualan telefon, Bank tidak akan bertanggungjawab jika pihak ketiga yang

tidak dibenarkan terdengar perbualan sedemikian.

12.6. Pemegang Akaun selanjutnya memberi kuasa kepada Bank untuk bertindak terhadap arahannya yang

diberikan melalui faks atau kaedah telekomunikasi lain dan sebarang permintaan yang dibuat oleh

Pemegang Akaun kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan bagi pembekalan barangan dan/atau

perkhidmatan yang akan dicaj kepada Akaun atau Kad membentuk kuasa untuk Bank mendebit Akaun

yang berkenaan dengan jumlah yang dicaj. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal bersetuju

menanggung rugi Bank atas semua tindakan, tuntutan, kerugian, liabiliti atau gantirugi yang dialami oleh

Bank kerana bersetuju bertindak berdasarkan arahan Pemegang Akaun secara lisan, melalui faks atau

melalui kaedah telekomunikasi.

12.7. Bank dengan tak boleh batal diberi kuasa (tetapi tidak mempunyai kewajipan) untuk menghubungi dan/atau

memaklumkan Pemegang Akaun melalui mel elektronik, atau melalui telefon atau melalui SMS di mana

teks atau mesej atau maklumat elektronik lain tersebut dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon

mudah alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank atau sebarang alamat e-mel atau nombor lain yang

dianggap sesuai oleh Bank. Maklumat yang dihantar melalui mel elektronik atau melalui SMS boleh terdiri

daripada maklumat yang dianggap wajar oleh Bank dan mungkin merangkum (tetapi tidak terhad kepada)

peringatan yang dihantar mengenai tarikh pembayaran kena dibayar, pengemaskinian tentang manfaat,

program dan promosi dan maklumat kepentingan am lain dan/atau maklumat yang khusus kepada

Pemegang Akaun.

12.8. Pemegang Akaun bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan simpanan selamat maklumat

yang diterima olehnya.

12.9. Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau

kerosakan (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit), kehilangan perniagaan atau keuntungan, atau

kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit daripada atau

disebabkan oleh sebarang:-

i. kerosakan atau kecacatan dalam penghantaran maklumat tidak kira sebabnya;

ii. sebarang maklumat yang dihantar tidak tepat, tidak lengkap, terlewat atau tidak dihantar atau

penghantaran maklumat yang salah kepada mana-mana pihak ketiga;

iii. akses, penggunaan atau pentafsiran yang salah, tidak dibenarkan atau tidak wajar terhadap

maklumat yang dihantar; dan

iv. tuntutan bagi fitnah (libel atau slander) berbangkit daripada penghantaran sebarang maklumat.

13. Penamatan dan/atau Penggantungan Akaun/ Kad

13.1. Kad adalah dan akan, pada semua masa, menjadi harta Bank dan hendaklah diserahkan kepada Bank

dengan serta-merta apabila diminta oleh Bank atau agennya yang diberi kuasa dengan wajar. Bank boleh

menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan, menurut budi bicara mutlaknya, Kad dan/atau Akaun

dan/atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya sebagaimana dianggapnya wajar menurut

budi bicara mutlaknya dan tidak kira samada sebarang peristiwa keingkaran telah berlaku atau tidak

dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun. Dengan ini selanjutnya

dipersetujui bahawa Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan apa jua untuk mendedahkan sebab di

sebalik penamatan atau penggantungan penggunaan Kad dan/atau Akaun.

13.2. Di samping hak Bank yang terkandung dalam Klausa 13.1 di atas dan Klausa 38, Bank boleh menarik

balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau sebarang perkhidmatan yang

ditawarkan terhadapnya dengan serta-merta, tanpa memberikan sebarang sebab, meskipun Bank mungkin

pernah menepikan haknya sebelum itu, apabila berlaku mana-mana satu atau lebih daripada satu peristiwa

berikut:-

i. jika Pemegang Akaun melakukan atau mengancam untuk melakukan keingkaran atau

kemungkiran sebarang perjanjian, waad, penetapan, terma atau syarat yang terkandung di

dalam ini yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pemegang Akaun;

ii. jika Bank dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah melalukan tindakan kebankrapan

dan/atau notis kebankrapan dan/atau petisyen kebankrapan telah dikemukakan atau perintah

dibuat bagi sebarang perintah penghukuman dan/atau penerimaan terhadap Pemegang Akaun;

iii. jika Pemegang Akaun memberikan maklumat atau data yang palsu atau tidak tepat kepada

Bank;

iv. jika Pemegang Akaun menjadi kurang siuman atau meninggal dunia;

v. jika Bank tidak mengetahui di mana Pemegang Akaun berada selama lebih daripada tiga (3)

bulan;

vi. jika Bank berpendapat bahawa transaksi yang mencurigakan atau luar biasa dijalankan

terhadap Kad dan/atau Akaun dan penggantungan dan/atau penamatan perlu dilakukan secara

munasabah untuk menghalang transaksi penipuan atau tidak dibenarkan;

vii. jika Pemegang Akaun didapati melanggar sebarang undang-undang atau peraturan yang

dikenakan berhubung dengan penggunaan Kad dan/atau Akaun oleh Pemegang Akaun; atau

viii. Jika Bank mengesyaki bahawa Akaun digunakan untuk sebarang tujuan apa jua yang

menyalahi undang-undang; atau

ix. jika Bank berpendapat bahawa Akaun dan/atau Kad digunakan untuk pembelian korporat iaitu

Akaun dan/atau Kad digunakan untuk membeli barangan dan/atau produk untuk tujuan jualan

semula; atau

x. jika Bank dimaklumkan dan diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak

terhad kepada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Malaysia atau mana-

mana pihak berkuasa berkanun atau kerajaan yang lain (“pihak berkuasa yang berkenaan”)

untuk menahan diri daripada melaksanakan sebarang transaksi di bawah Akaun seperti yang

disebut di atas tidak kira samada pihak berkuasa yang berkenaan tersebut mempunyai kuasa

undang-undang atau kuasa sah untuk meminta Bank berbuat demikian.

13.3. Semasa menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana

perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya selaras dengan Perjanjian ini termasuk sebarang tindakan

yang mungkin diambil oleh Bank seperti memulangkan sebarang suratcara yang dideposit untuk pungutan

seperti yang diperuntukkan di dalam ini Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan

dipertanggungjawabkan untuk fitnah dan atau untuk kemungkiran kontrak dan atau untuk sebarang

kerugian kerosakan perbelanjaan kos atau caj apa jua yang mungkin dituntut terhadap Bank oleh

Pemegang Akaun atau oleh mana-mana orang lain atas apa-apa sebab pun jua.

13.4. Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa sekiranya Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam

sebarang guaman berbangkit daripada tindakan Bank yang menarik balik, menggantung dan/atau

menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya

selaras dengan Perjanjian ini (“Tindakan”) atau sekiranya Bank sebelum atau selepas Tindakan

memulakan sebarang guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interplider terhadap

mana-mana pihak termasuk Pemegang Akaun untuk sebarang relief atau deklarasi yang sesuai yang akan

dibuat oleh mana-mana mahkamah, semua penalti kerugian kerosakan tuntutan perbelanjaan caj dan kos

(guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anakguam dan kos pihak ke pihak)

yang mungkin diberikan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank

hendaklah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Pemegang Akaun.

13.5. Semasa bertindak selaras dengan sebarang terma, syarat dan peruntukan di dalam ini Pemegang Akaun

bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian, kerosakan,

perbelanjaan atau kos apa jua yang mungkin dituntut terhadap Bank atas alasan bahawa Bank tidak

dimaklumkan tentang peristiwa relevan yang disebut dalam Klausa 13.2(ii) dan Klausa 13.2(ix) disebabkan

makluman tidak teratur, tidak sah, silap, salah, batal, tidak berkesan atau disebabkan sebarang alasan lain

pun jua.

13.6. Tidak kira tarikh transaksi, Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab untuk penggunaan Kad

dan/atau Akaun meskipun Kad telah dipulangkan.

13.7. Sekiranya Akaun dan/atau Kad ditamatkan samada oleh Pemegang Akaun atau oleh Bank, Bank tidak

akan memulangkan sebarang fi atau mana-mana bahagian daripadanya kepada Pemegang Akaun.

14. Tanggungjawab dan Liabiliti Pemegang Akaun

14.1. Kecuali seperti yang diperuntukkan selepas ini, anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab untuk

kos yang ditanggung bagi semua barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh mana-mana peniaga

dan semua pendahuluan tunai yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad. Anda

mempunyai kewajipan untuk dengan sedaya upaya melaksanakan sikap berjaga-jaga, ketekunan dan

langkah mencegah untuk menghalang kehilangan, kecurian atau kegunaan Akaun dan/atau Kad dengan

menipu dan untuk mengelakkan pendedahan ID Pengguna CIMB Clicks, Kata Laluan Perbankan Internet,

TAC,PIN anda atau sebarang kod lain yang digunakan oleh anda untuk mengakses Akaun dan/atau Kad

(selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “kata laluan”) kepada mana-mana orang lain dan anda

hendaklah menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap sebarang

liabiliti untuk kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya) berbangkit

daripada kemungkiran kewajipan sedemikian oleh anda. Kewajipan untuk menggunakan sikap berjaga-

jaga, ketekunan dan langkah beringat yang sepenuhnya untuk mengelakkan kerugian, kecurian atau

penggunaan Akaun dan/atau Kad dengan menipu dan untuk mengelakkan pendedahan kata laluan anda

kepada mana-mana orang lain termasuk:-

i. tidak boleh membenarkan orang lain menggunakan Akaun dan/atau Kad

ii. menyemak secara tetap bahawa Kad masih ada dalam simpanan anda

iii. jangan tulis kata laluan di atas Kad atau apa-apa barangan yang biasanya disimpan dengan

Kad dan menyimpan rekod kata laluan anda berasingan daripada Kad anda, meskipun jika kata

laluan diselindung

iv. jangan tulis kata laluan dalam cara yang boleh difahami oleh orang lain

v. jangan dedahkan/maklumkan kata laluan kepada orang lain

vi. jangan tinggalkan Kad.

14.2. Anda hendaklah memaklumkan Bank: -

i. dengan serta-merta secara lisan atau bertulis tentang sebarang kehilangan dan/atau kecurian

Kad dan/atau pelanggaran, pendedahan atau kehilangan kata laluan anda;

ii. secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat tahu bahawa Kad hilang, dicuri,

transaksi yang tidak dibenarkan telah berlaku atau kata laluan mungkin telah didedahkan;

iii. dengan serta merta selepas menerima amaran transaksi melalui SMS jika transaksi tidak

dibenarkan; dan

iv. dengan serta-merta tentang sebarang perubahan pada nombor hubungan anda.

14.3. Anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab kepada Bank bagi apa-apa barangan atau

perkhidmatan yang dibekalkan oleh peniaga dan pendahuluan tunai yang dilakukan melalui penggunaan

Kad oleh mana-mana orang sebelum Bank menerima makluman bertulis atau lisan oleh anda tentang

kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pendedahan kata laluan. Untuk mengelakkan keraguan, anda

akan bertanggungjawab untuk: -

i. transaksi berasaskan PIN yang tidak dibenarkan, jika anda: -

a. bertindak dengan menipu;

b. lewat memaklumkan Bank secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat

tahu tentang kehilangan Kad atau penggunaan Kad dalam cara yang tidak dibenarkan;

c. dengan sukarela mendedahkan PIN kepada orang lain; atau

d. mencatat PIN pada Kad, atau atas apa jua benda yang disimpan berhampiran dengan

Kad dan yang mungkin hilang atau dicuri dengan Kad.

ii. transaksi yang tidak dibenarkan yang memerlukan penentusahan tandatangan atau

penggunaan Kad tanpa sentuhan, jika anda: -

a. bertindak dengan menipu;

lewat memaklumkan Bank secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat

tahu tentang kehilangan Kad atau penggunaan Kad dalam cara yang tidak dibenarkan;

b. meninggalkan Kad atau barang yang mengandungi Kad tanpa dijaga, di tempat yang

boleh dilihat dan diakses oleh orang lain atau gagal melaksanakan sikap berjaga-jaga

yang wajar untuk melindungi Kad di tempat kediaman anda; atau

lewat memaklumkan Bank secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat

tahu tentang kehilangan Kad atau penggunaan Kad dalam cara yang tidak dibenarkan;

c. dengan sukarela membenarkan orang lain menggunakan Kad.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan Bank berhubung dengan sebarang

perkara berbangkit daripada klausa ini, anda boleh merujuk pertikaian kepada Skim

Ombudsman Kewangan untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Apabila Kad yang

hilang atau dicuri didapatkan balik, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Kad yang

telah didapatkan balik tersebut dan hendaklah dengan serta-merta memotong Kad

separuh merentas jalur magnet dan merentas cip (jika Kad mempunyai mikrocip

dibenamkan di dalamnya).

14.4. Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mengeluarkan Kad gantian kepada anda selepas Kad hilang atau

dicuri. Jika Bank membuat keputusan untuk mengeluarkan Kad gantian, Kad gantian tersebut adalah

tertakluk kepada Fi Kad Gantian berikut:-

i. RM10.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali pertama;

ii. RM15.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali kedua.

Untuk mengelakkan keraguan, anda hendaklah menanggung Fi Kad Gantian dan cukai (termasuk tetapi

tidak terhad kepada cukai perkhidmatan) berkaitan dengan pengeluaran Kad gantian. Bank berhak untuk

tidak menggantikan Kad untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali ketiga.

Bank tidak akan mengenakan sebarang Fi Kad Gantian jika penggantian Kad adalah disebabkan Kad atau

cip yang terkandung dalam Kad rosak atau cacat atau jika penggantian Kad diperlukan disebabkan

peningkatan kad atau sistem oleh Bank.

14.5. Jika Kad gantian dikeluarkan, semua jumlah kredit dalam Akaun akan dipindahkan kepada Akaun baru

dengan nombor yang sama seperti Kad gantian.

14.6. Jika Kad hilang dan/atau dicuri dan/atau PIN didedahkan kepada mana-mana orang, jika diminta oleh

Bank, Pemegang Akaun juga hendaklah memberikan kepada Bank:-

i. sesalinan laporan polis; dan/atau

ii. pengesahan bertulis

yang dibuat oleh Pemegang Akaun mengenai kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pendedahan

PIN kepada mana-mana orang dalam masa tujuh (7) hari kalendar dari tarikh permintaan oleh Bank.

15. Penggantungan Akaun

15.1. Pemegang Akaun boleh meminta Bank menggantung operasi atau penggunaan Akaun pada bila-bila masa

dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank dan selepas itu menamatkan penggantungan tersebut dengan

menghubungi Pusat Panggilan Bank. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak akan

bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan untuk menggantung Akaun dan Pemegang

Akaun akan terus bertanggungjawab untuk semua transaksi yang dilaksanakan melalui Akaun.

16. Pembaharuan Kad

16.1. Apabila luput tempoh kesahan Kad, Bank boleh mengeluarkan Kad gantian yang baharu kepada anda

dengan syarat Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya enggan mengeluarkan Kad gantian yang baharu

tanpa memberikan sebarang sebab pun jua.

17. Had Pembelian dan Transaksi

17.1. Had bagi pembelian dan transaksi terhadap Akaun dan/atau Kad adalah jumlah yang tersedia dalam Akaun

atau sebarang had lain yang boleh dikenakan oleh Bank pada bila-bila masa menurut budi bicara

tunggalnya dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun.

17.2. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun akan terus dan hendaklah

bertanggungjawab untuk semua liabilitinya termasuk tetapi tidak terhad kepada semua pembelian dan

transaksi melebihi jumlah kredit dalam Akaun. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara yang

disebut sebelum ini, Bank tidak mempunyai kewajipan dalam apa cara jua untuk memastikan bahawa

jumlah kredit dalam Akaun tidak dilampaui oleh Pemegang Akaun.

17.3. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan) pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa

menghubungi anda untuk mengesahkan transaksi yang dijalankan terhadap Kad sebagai langkah

menghalang sebarang kemungkinan yang Akaun digunakan dalam cara yang tidak dibenarkan.

Sekiranya Bank tidak dapat menghubungi anda, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk)

menolak transaksi tanpa liabiliti kepada Bank. Sekiranya Bank membenarkan transaksi dilaksanakan, anda

akan terus bertanggungjawab untuk caj yang dikenakan dan/atau wang yang dikeluarkan.

18. Fi dan Caj

18.1. Pemegang Akaun bersetuju membayar fi dan caj berikut:

i. fi tahunan untuk Akaun;

ii. sebarang cukai perkhidmatan atau impos lain yang mungkin dikenakan oleh mana-mana pihak

berkuasa yang berkenaan dari semasa ke semasa;

iii. caj pengendalian bagi pengeluaran Kad gantian;

iv. caj bagi penyediaan salinan draf jualan dan sebarang dokumen sokongan lanjut lain atau

perkhidmatan yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa kecuali ditetapkan

sebaliknya oleh Bank;

v. fi dan caj bagi sebarang atau semua transaksi Akaun yang dilaksanakan melalui penggunaan

Akaun/Kad (termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi melalui ATM dan/atau pengeluaran

tunai); dan

vi. sebarang fi dan caj lain yang boleh dikenakan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan

mutlaknya dari semasa ke semasa dengan memberikan notis selama dua puluh satu (21) hari

kalendar kepada Pemegang Akaun sebelum tarikh berkuatkuasanya pelaksanaan.

Jumlah fi dan caj yang perlu dibayar adalah sebarang jumlah yang boleh ditentukan oleh Bank

dan penentuan tersebut adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan atas apa-

apa sebab pun jua. Fi sedemikian boleh didebit kepada Akaun.

Untuk butir-butir penuh fi dan caj yang dikenakan berhubung dengan Kad dan/atau

penggunaan Akaun, sila rujuk kepada jadual struktur fi di laman web CIMB Bank.

19. Rekod Transaksi dan mata wang pengebilan

19.1. Bank berhak memperlakukan:-

i. sebarang draf jualan, rekod transaksi yang disimpan atau direkodkan secara elektronik atau

sebaliknya, baucer kredit dan/atau rekod caj lain yang mempunyai teraan atau cara lain untuk

menghasilkan semula maklumat yang dicetak timbul yang terkandung terhadap Akaun dan/atau

Kad; dan/atau

ii. rekod Bank tentang sebarang transaksi lain yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun

dan/atau Kad termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilaksanakan melalui

pesanan pos atau melalui telefon atau melalui internet atau melalui sebarang media atau

peranti mekanikal, elektrikal atau elektronik

sebagai bukti transaksi yang dilaksanakan dengan wajar oleh Pemegang Akaun yang akan

didebit kepada Akaun meskipun sebarang dokumen sedemikian mungkin tidak mengandungi

tandatangan Pemegang Akaun atau tandatangan Pemegang Akaun tersebut (jika kelihatan)

berbeza daripada tandatangan Pemegang Akaun. Pemegang Akaun bersetuju bahawa rekod

Bank tentang sebarang transaksi yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad

adalah konklusif dan mengikat terhadap Pemegang Akaun bagi semua tujuan. Meskipun

perkara di atas, jika Bank menerima bukti berdokumen yang memuaskan dan tidak dapat

disangkal bahawa sebarang transaksi yang dilaksanakan terhadap Akaun adalah disebabkan

oleh penipuan yang bukan disebabkan atau disumbang oleh tindakan dan/atau ketinggalan

oleh Pemegang Akaun dan dengan syarat sentiasa bahawa Pemegang Akaun telah benar-

benar mematuhi terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini, Bank boleh menurut

budi bicara tunggal dan mutlaknya memilih untuk tidak mendebit caj yang ditanggung

berbangkit daripada transaksi memfraud daripada Akaun.

19.2. Semua hutang jika ditanggung dalam mata wang selain daripada mata wang pengebilan hendaklah:-

i. sebelum didebit kepada Akaun, ditukar kepada mata wang pengebilan pada sebarang kadar

pertukaran yang boleh ditentukan secara konklusif oleh MCI pada tarikh kemasukan ke dalam

Akaun; dan

ii. tertakluk kepada caj pentadbiran sebanyak 1% daripada jumlah yang ditransaksi atau sebarang

kadar lain yang boleh ditentukan secara konklusif oleh Bank dari semasa ke semasa dengan

memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada anda dan caj

tersebut boleh didebit kepada Akaun.

20. Transaksi ATM

20.1. Atas permintaan anda, Bank akan memberikan PIN untuk Kad yang dikeluarkan kepada anda untuk

membolehkan anda melakukan pengeluaran tunai melalui ATM di mana-mana cawangan Bank atau di

ATM mana-mana bank atau institusi lain yang mempunyai perkiraan dengan Bank bagi penggunaan ATM

bank atau institusi tersebut, tertakluk kepada had pengeluaran harian yang dikenakan untuk ATM tersebut.

Anda tidak boleh mendedahkan PIN ini kepada mana-mana orang lain dalam apa jua keadaan.

20.2. Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara atas sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan,

kesulitan atau perasaan malu yang walau bagaimanapun jua disebabkan atau ditanggung atau dialami oleh

anda termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan apabila transaksi tidak dapat dilaksanakan atau

dilaksanakan dengan salah samada disebabkan oleh kecacatan, kerosakan, penghentian atau penutupan,

gangguan atau kehilangan bekalan kuasa kepada ATM ("Kecacatan Teknikal") atau sebaliknya atau jika

Kad tidak diterima untuk penggunaan atau jika Kad ditahan oleh ATM disebabkan Kecacatan Teknikal atau

atas sebarang alasan atau sebab lain pun jua yang akan ditentukan semata-mata oleh Bank.

20.3. Waktu operasi, jenis operasi, kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia kepada anda serta kekerapan

dan cara penggunaan Kad untuk melaksanakan transaksi melalui ATM akan ditentukan oleh Bank dari

semasa ke semasa menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya.

20.4. Merujuk kepada Klausa 5.4 di atas, kemudahan transaksi ATM ini tidak boleh didapati oleh pelanggan

Pemegang Akaun / Pelanggan CIMB tanpa akaun CIMB Clicks.

21. Pengeluaran Tunai

21.1. Anda boleh mendapatkan pengeluaran tunai melalui cara berikut:-

i. menggunakan Kad di mana-mana ATM selaras dengan Klausa 20.1; atau

ii. bagi semua transaksi luar negara melalui ATM dan/atau mana-mana institusi ahli MCI dan

dengan itu kadar pertukaran (jika berkenaan) yang dikenakan untuk pengeluaran tunai tersebut

adalah kadar pertukaran semasa yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya

dari semasa ke semasa. Anda hendaklah bertanggungjawab dengan sepenuhnya untuk

memastikan bahawa transaksi tersebut tidak melanggar undang-undang yang wujud dalam

negara di mana transaksi dilaksanakan.

21.2. Pemegang Akaun boleh meminta Bank memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana Akaun

Lain Pemegang Akaun. Di samping perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun dengan tak boleh

batal memberi kuasa kepada Bank (tanpa perlu mendapatkan kebenaran terdahulu Pemegang Akaun)

untuk mendebit dan memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana Akaun Lain Pemegang

Akaun yang dipegang dengan Bank untuk melunaskan cek, menyelesaikan sebarang transaksi debit

dan/atau secara amnya untuk memasukkan dana ke dalam akaun jika akaun tidak mempunyai dana yang

cukup samada disebabkan penamatan kemudahan overdraf atau sebaliknya. Bank boleh (tetapi tidak

mempunyai kewajipan untuk) memindahkan dana seperti yang disebut sebelum ini. Dana yang

dipindahkan selaras dengan klausa ini akan diperlakukan sebagai pengeluaran tunai oleh Pemegang

Akaun.

21.3. Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab untuk semua pengeluaran tunai atau pemindahan yang

dilaksanakan melalui Akaun.

21.4. Dengan merujuk kepada Fasal 5.4 di atas, kemudahan Pengeluaran Tunai ini tidak boleh didapati untuk

pelanggan Pemegang Akaun / Pelanggan CIMB tanpa akaun CIMB Clicks.

22. Penyata Akaun

22.1. Penyata bulanan untuk Akaun akan disediakan kepada Pemegang Akaun dalam talian di CIMB Clicks atau

sebarang cara lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa dan dengan ini dipersetujui

bahawa semua penyata sedemikian akan dianggap telah diterima oleh Pemegang Akaun apabila

disediakan dalam talian melalui CIMB Clicks.

22.2. Bank boleh memilih mana-mana hari dalam suatu bulan sebagai tarikh penyata bulanan dan apabila

menerima atau dianggap menerima penyata, Pemegang Akaun dianggap telah menyemak semua

masukan dalam penyata.

22.3. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan berakujanji dengan Bank bahawa Pemegang

Akaun akan memaklumkan Bank secara bertulis tentang sebarang kesilapan, percanggahan atau

ketidaktepatan tidak kira jenisnya dalam penyata yang disediakan dalam talian dalam masa empat belas

(14) hari kalendar dari tarikh Pemegang Akaun dianggap telah menerima penyata. Jika Pemegang Akaun

tidak memaklumkan Bank secara bertulis atau gagal memaklumkan Bank tentang sebarang kesilapan,

percanggahan atau ketidaktepatan apa-apa masukan dalam penyata maka Pemegang Akaun dianggap

telah menerima masukan yang terkandung di dalamnya yang disediakan sehingga masukan terakhir dalam

penyata sebagai tepat dan sebagai bukti muktamad dan konklusif tentang fakta yang terkandung di

dalamnya dan mengikat terhadap Pemegang Akaun dan Pemegang Akaun selepas itu akan dihalang

daripada membuat apa-apa tuntutan terhadap Bank dengan mendakwa bahawa penyatanya tersebut

mengandungi sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan.

22.4. Sekiranya Pemegang Akaun meminta penyata akaun daripada Bank (dalam salinan cetak), Bank boleh

mengenakan caj sebanyak RM5.30 terhadap Pemegang Akaun bagi setiap permintaan dan jumlah tersebut

boleh didebit daripada Akaun Pemegang Akaun. Bank tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan

kepada Pemegang Akaun sebarang penyata, atau salinan penyata tersebut atau slip jualan atau rekod

transaksi lain berkaitan dengan transaksi yang berlaku lebih dari dua belas (12) bulan dari tarikh

permintaan Pemegang Akaun.

22.5. Semua pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan menerusi

penggunaan Kad atau menerusi penggunaan nombor CVV Akaun dan semua fi, caj pengendalian, caj

tambahan dan sebarang fi dan caj lain yang dikenakan akan didebit kepada Akaun dan akan dipaparkan

dalam Penyata.

23. Perubahan pada caj

23.1. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan hak Bank yang terkandung dalam Klausa 32, Bank berhak

menurut budi bicara tunggalnya pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah kadar atau

cara pengiraan fi tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang dikenakan yang

diperuntukkan di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar

kepada Pemegang Akaun. Pemegang Akaun dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak menggunakan

mana-mana satu atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berhubung dengan

perubahan pada fi tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang dikenakan termasuk tarikh

berkuatkuasanya sebarang perubahan sedemikian:-

i. dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan sedemikian dan tarikh

berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

ii. melalui penerbitan sekali sahaja dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank

tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

iii. dengan meletakkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh

berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

iv. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan

kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau

v. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan

melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau dengan meletakkan notis

tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan di CIMB Clicks.

23.2. Komunikasi yang dibuat oleh Bank di bawah ini akan dianggap telah diterima oleh atau disampaikan

kepada Pemegang Akaun:-

i. pada tarikh penampalan notis di premis Bank, jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh

Bank selaras dengan peruntukan Klausa 23.1(i) di atas; dan/atau

ii. pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar pilihan Bank jika komunikasi dibuat

atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 23.1(ii) di atas; dan/atau

iii. tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Pemegang

Akaun jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa

23.1(iii) di atas; dan/atau

iv. tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan notis kepada Pemegang Akaun melalui pos

biasa atau berdaftar jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan

peruntukan Klausa 23.1(iv) di atas; dan/atau

v. pada tarikh notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik kepada

Pemegang Akaun atau tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan di CIMB

Clicks selaras dengan peruntukan Klausa 23.1(v) di atas.

Kegagalan Bank untuk memberikan sebarang notis kepada Pemegang Akaun tentang

perubahan tidak akan melepaskan Pemegang Akaun daripada kewajipannya untuk membayar

fi tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang dikenakan pada kadar yang

diubah atau menurut kaedah pengiraan yang diubah. Keputusan Bank tentang kadar yang

boleh dicaj atau kaedah pengiraannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh

dipersoalkan dalam apa jua keadaan.

24. Akaun Tidak Aktif/Dorman

24.1. Akaun tanpa sebarang transaksi kredit dan/atau debit (melainkan transaksi yang dilakukan oleh Bank bagi

tujuan mendebit untuk fi dan/atau caj yang perlu dibayar oleh Pemegang Akaun kepada Bank) selama

enam (6) bulan atau lebih akan dianggap akaun dorman dan Bank berhak untuk dengan serta-merta

menggantung dan menutup Akaun.

24.2. Pemegang Akaun akan dimaklumkan oleh Bank melalui mel elektronik selewat-lewatnya 21 hari bekerja

tentang penutupan Akaun disebabkan Akaun dianggap akaun dorman.

24.3. Untuk mengelakkan penutupan Akaun selaras dengan Klausa 24.1, Pemegang Akaun hendaklah

melaksanakan sebarang transaksi kredit dan/atau debit terhadap Akaun sebelum Akaun dianggap akaun

dorman.

25. Penutupan Akaun

Bank akan menutup Akaun dengan serta-merta atau pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank

selepas menerima permintaan penutupan daripada anda melalui CIMB Clicks atau melalui Pusat Panggilan

Bank atau jika Kad dan/atau Akaun ditarik balik, digantung dan/atau ditamatkan oleh Bank selaras dengan

Klausa 13, 24 atau 38 tanpa perlu memberikan sebarang sebab. Berhubung dengan penutupan Akaun

sedemikian, Bank akan membuat perkiraan agar baki dalam Akaun, jika ada, selepas menolak duti setem dan

sebarang fi yang berkenaan dipulangkan kepada Pemegang Akaun. Pemulangan tersebut hendaklah dibuat

dalam masa tiga puluh (30) hari kalendar secara pemindahan dana atau melalui Cek Jurubank atau Draf Bank

yang akan dihantar melalui pos atau melalui sebarang cara lain atau sebarang kaedah pembayaran lain yang

ditentukan oleh Bank.

26. Pembayaran dan Kredit ke dalam Akaun

26.1. Kecuali pembayaran yang dibuat melalui cek yang tidak dibenarkan, anda boleh “menambah wang” dan

mengkreditkan wang ke dalam Akaun dalam cara berikut atau sebarang cara lain yang boleh ditetapkan

oleh Bank dari semasa ke semasa:-

i. Memasukkan wang tunai menggunakan Mesin Deposit Tunai Bank;

ii. Pemindahan dana daripada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun melalui internet

menggunakan “CIMB Clicks” jika anda telah diberikan akses kepada CIMB Clicks selaras

dengan Akaun Lain Pemegang Akaun tersebut;

iii. Pemindahan wang antara bank (GIRO) daripada akaun anda yang lain yang dipegang dengan

bank lain; dan/atau

iv. Pemindahan Dalam Talian MEPS FPX.

26.2. Semua pembayaran atau kredit yang dibuat kepada Akaun hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan

kredit atau jumlah wang maksimum yang boleh dikreditkan ke dalam Akaun bagi pemegang akaun CIMB

tidak boleh pada bila-bila masa melebihi Ringgit Malaysia Empat Ribu Sembilan Ratus dan Sembilan Puluh

Sembilan (RM 4,999.00) sahaja. Bagi yang bukan pemegang akaun CIMB/pelanggan CIMB tanpa akaun

CIMB Clicks tidak boleh pada bila-bila masa melebihi Ringgit Malaysia Dua Ribu Sembilan Ratus dan

Sembilan Puluh Sembilan (RM 2,999.00) sahaja atau sebarang jumlah lain yang boleh ditetapkan oleh

Bank dari semasa ke semasa (“Jumlah Maksimum”), dengan notis terdahulu yang mencukupi. Pemegang

Akaun berakujanji untuk tidak menambah atau mengkreditkan dana melebihi Jumlah Maksimum ke dalam

Akaun. Pembayaran oleh Pemegang Akaun kepada Bank tidak akan dianggap dibuat sehingga dana yang

berkenaan diterima untuk nilai sedemikian oleh Bank.

26.3. Bank berhak pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya menentusahkan sumber dana

pembayaran dan memastikan Bank berpuas hati tentang kepatuhan Undang-undang dan Peraturan Yang

Dikenakan pada masa itu. Dengan syarat Bank berpuas hati dengan penentusahan tersebut, tanpa

prejudis terhadap sebarang hak Bank yang lain di bawah Perjanjian ini, Boleh boleh mengkreditkan dana

tersebut ke dalam Akaun Pemegang Akaun. Sementara menunggu Bank menentusahkan sumber dana

pembayaran:-

i. Bank berhak untuk menggantung penggunaan Akaun/Kad dan/atau menolak sebarang

transaksi yang cuba dilaksanakan terhadap Akaun/Kad oleh Pemegang Akaun selepas

pembayaran; dan

ii. sebarang jumlah kredit dalam Akaun akibat pembayaran tersebut tidak akan dikembalikan

kepada Pemegang Akaun.

26.4. Pemegang Akaun tidak boleh menggunakan atau cuba menggunakan Akaun dan/atau Kad untuk

melaksanakan sebarang transaksi kecuali terdapat dana yang mencukupi dalam Akaun untuk menjelaskan

transaksi yang akan dilaksanakan. Pemegang Akaun hendaklah dalam semua keadaan menanggung

tanggungjawab penuh untuk semua transaksi yang diproses menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad,

samada diproses dengan pengetahuan, keakuran atau kuasa Pemegang Akaun atau tidak. Bank berhak

mendebit Akaun dengan jumlah sebarang transaksi yang dilaksanakan dengan Akaun dan/atau Kad dan

Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk semua transaksi menggunakan Akaun dan/atau Kad.

26.5. Semua pembayaran atau kredit yang dibuat kepada Akaun oleh Pemegang Akaun Bukan CIMB /

Pelanggan CIMB tanpa akaun CIMB Clicks mestilah dari akaun CASA sendiri mereka iaitu akaun tunggal

CASA mereka yang tidak termasuk akaun bersama CASA, dikendalikan dengan bank lain, yang dilakukan

melalui pembayaran FPX , untuk kali pertama mereka buat.

27. Penepian

27.1. Penepian hak oleh Bank atau kelonggaran oleh Bank kepada Pemegang Akaun tidak akan beroperasi

untuk menghalang Bank daripada menguatkuasakan sebarang haknya di bawah Perjanjian ini atau

beroperasi sebagai kebenaran terhadap modifikasi Perjanjian ini dalam apa jua segi.

27.2. Hak Bank yang terkandung di dalam ini adalah kumulatif, boleh dilaksanakan seberapa kerap yang

dianggapnya wajar dan adalah di samping haknya di bawah sebarang undang-undang yang berkuat kuasa.

Hak Bank yang terkandung di dalam ini tidak boleh diketepikan atau diubah, kecuali melalui penepian atau

perubahan nyata secara bertulis, dan khususnya, sebarang kegagalan untuk melaksanakan atau sebarang

kelewatan untuk melaksanakan sebarang hak tidak akan beroperasi sebagai penepian atau perubahan hak

tersebut atau sebarang hak lain, sebarang pelaksanaan hak tersebut dalam cara yang cacat atau secara

sebahagian tidak akan menghalang sebarang pelaksanaan lain atau lanjut terhadap hak tersebut atau

sebarang hak lain, dan tiada tindakan atau jalan tindakan atau rundingan olehnya atau bagi pihaknya akan

dalam apa cara jua menghalangnya daripada melaksanakan sebarang hak sedemikian atau merupakan

penggantungan atau sebarang perubahan terhadap sebarang hak sedemikian.

28. Hak Tolakan dan Hak Debit

28.1. Bank menyimpan hak untuk mengeluarkan makluman selama 7 hari kalendar kepada Pemegang Akaun

untuk menggabungkan, menyatukan Akaun dan sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang

dengan Bank (‘Akaun-akaun’) dan atau menolak dan atau memindahkan sebarang baki kredit dalam

Akaun-akaun untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang liabiliti Pemegang Akaun kepada Bank,

samada liabiliti tersebut kepada Bank adalah sebenar, kontingen, utama, sampingan, berasingan,

bersama, ditanggung dalam kapasiti sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau penanggung rugi dan

atau penyedia cagaran, atau dalam mata wang lain (‘Keberhutangan’). Sementara menunggu Bank

melaksanakan tolakan tersebut, Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran sebarang

wang daripada baki kredit dalam Akaun-akaun. Sekiranya Pemegang Akaun gagal menjelaskan

Keberhutangan dengan sepenuhnya dengan Bank apabila luput makluman selama 7 hari kalendar

tersebut, Bank berhak menolak keseluruhan baki kredit daripada Akaun-akaun atau sehingga jumlah

Keberhutangan untuk menyelesaikan Keberhutangan dengan sebahagiannya atau sepenuhnya (mengikut

keadaan).

28.2. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Akaun bersetuju bahawa hak Bank untuk menahan

atau menggantung pembayaran dan atau tolakan dikenakan terhadap dan boleh dilaksanakan oleh Bank

berkaitan atau berhubung dengan (a) Akaun dan atau mana-mana akaun bersama lain Pemegang Akaun

jika baki kreditnya digunakan untuk menolak keberhutangan yang ditanggung kepada Bank oleh

Pemegang Akaun dan atau oleh Pemegang Akaun dengan mana-mana orang lain dan samada

keberhutangan tersebut yang ditanggung kepada Bank adalah sebenar, kontingen, utama, sampingan,

berasingan, bersama, ditanggung dalam kapasiti sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau

penanggung rugi dan atau penyedia cagaran; (b) Bank telah dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah

melakukan tindakan kebankrapan dan atau satu notis kebankrapan dan atau petisyen untuk kebankrapan

atau penggulungan telah difailkan terhadap Pemegang Akaun; (c) Bank telah dimaklumkan bahawa

Pemegang Akaun telah diisytiharkan sebagai bankrap; (d) Bank telah dimaklumkan tentang kematian

Pemegang Akaun.

28.3. Pemegang Akaun dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit Akaun tanpa notis

terdahulu bagi tujuan membuat pembayaran, pembayaran balik dan atau pembayaran ganti kepada Bank

dan atau membuat pembayaran dan atau pembayaran balik jumlah relevan kepada pihak ketiga di bawah

atau berbangkit daripada yang berikut:

i. fi, kos, perbelanjaan, caj yang perlu dibayar berhubung dengan Akaun selaras dengan

Perjanjian ini dan atau walau bagaimanapun jua ditanggung dan atau dicaj oleh Bank

berhubung dengan sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Bank kepada Pemegang

Akaun;

ii. cukai, duti setem dan sebarang levi atau caj lain yang dikenakan oleh kerajaan dan perlu

dibayar oleh Pemegang Akaun berhubung dengan Akaun dan atau sebarang perkhidmatan

atau kemudahan lain yang disediakan oleh Bank kepada atau untuk manfaat Pemegang

Akaun;

iii. kerugian dan atau kerosakan yang walau bagaimanapun jua dialami atau ditanggung oleh Bank

untuk melaksanakan sebarang permintaan dan arahan Pemegang Akaun dan atau untuk

menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan Akaun seperti yang diperuntukkan dalam

Perjanjian ini;

iv. jumlah berbangkit daripada sebarang tanggung rugi dan atau jaminan yang diberikan oleh

Pemegang Akaun memihak kepada Bank berhubung dengan penyediaan sebarang

perkhidmatan dan kemudahan oleh Bank kepada Pemegang Akaun selaras dengan Perjanjian

ini;

v. pembayaran yang dibuat, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun disebabkan kesilapan

Bank dan atau disebabkan tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa jumlah yang

berkenaan telah dibayar dengan salah oleh pihak ketiga ke dalam Akaun dan atau disebabkan

oleh tuntutan oleh pihak ketiga bahawa dia telah ditipu, difraud atau diperdaya agar membuat

pembayaran ke dalam Akaun dan atau disebabkan oleh sebarang kerosakan atau kepincangan

pada operasi dan atau sistem Bank dan atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah

Bank;

vi. sebarang suratcara wang selepas itu tidak dilayan atas apa sebab jua dan jika hasil suratcara

wang ini telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun sebelum itu;

vii. pembayaran di bawah Akaun yang diminta dibayar oleh Bank Negara Malaysia dan atau pihak

berkuasa Polis atau mana-mana pihak berkuasa lain selaras dengan sebarang undang-undang

yang dikenakan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;

viii. fi guaman, pembayaran, perbelanjaan dan kos (atas dasar peguamcara-anakguam dan

tanggung rugi penuh) yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan sebarang:

a. langkah mendapatkan balik sebarang keberhutangan di bawah sebarang kemudahan

atau pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada Pemegang Akaun;

b. prosiding garnisi yang difailkan dan disampaikan kepada Bank dan jika Bank dinamakan

sebagai garnisi berhubung dengan Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang

Akaun yang dipegang dengan Bank;

c. prosiding interplider atau sebarang prosiding mahkamah lain yang difailkan oleh Bank

terhadap Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan

Bank;

d. prosiding injunksi atau sebarang prosiding mahkamah lain yang dimulakan terhadap

Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank,

samada Bank dinamakan sebagai parti atau tidak; dan

e. prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh Pemegang Akaun atau

mana-mana pihak lain melibatkan Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang

Akaun yang dipegang dengan Bank dan jika Bank berjaya membela prosiding undang-

undang tersebut; dan

ix. pembayaran terdahulu yang dibayar kepada Pemegang Akaun dan atau mana-mana pihak

ketiga di bawah sebarang perkiraan yang dimasuki antara Bank dan Pemegang Akaun dan

atau di bawah sebarang kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada Pemegang Akaun.

29. Pembatasan Liabiliti dan Tanggung Rugi

29.1. Bank tidak akan bertanggungjawab dan Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank dengan

sepenuhnya dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap semua kerugian, kos dan

perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Pemegang Akaun atau Bank berhubung dengan sebarang

atau semua akaun apa jua atau pelaksanaan apa-apa arahan oleh Bank (meskipun arahan tersebut

mungkin menipu atau tanpa kebenaran) atau jika mana-mana akaun Pemegang Akaun atau mana-mana

bahagian daripadanya dikurangkan atau dibekukan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau rasmi.

29.2. Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa semua dana, wang, sekuriti dan barangan berharga dan

harta lain apa jua kepunyaan Pemegang Akaun dan dideposit dengan Bank di bawah Akaun dan atau

sebarang akaun lain Pemegang Akaun ('harta') akan secara automatik menjadi cagaran kepada Bank dan

Bank berhak (i) menolak dan atau mendebit sebarang wang yang dirangkum dalam harta bagi tujuan

membuat pembayaran liabiliti yang ditanggung oleh Pemegang Akaun kepada Bank seperti yang

diperuntukkan di bawah peruntukan Klausa 28 di dalam ini (ii) memegang atau menahan harta sehingga

liabiliti Pemegang Akaun kepada Bank yang diperuntukkan di dalam ini telah dijelaskan dengan

sepenuhnya dengan Bank.

29.3. Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank semua kos undang-undang (termasuk

tetapi tidak terhad kepada kos guaman atas dasar peguamcara dan anakguam), caj dan perbelanjaan yang

mungkin ditanggung oleh Bank untuk menguatkuasakan atau cuba menguatkuasakan Perjanjian ini atau

untuk mendapatkan atau cuba mendapatkan pembayaran semua atau mana-mana bahagian wang yang

terhutang oleh Pemegang Akaun. Pemegang Akaun selanjutnya berakujanji untuk tidak

mempertanggungjawabkan Bank dan untuk menanggung rugi Bank terhadap sebarang liabiliti untuk

kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya) yang mungkin ditanggung

oleh Bank disebabkan peruntukan di dalam ini atau untuk menguatkuasakan haknya di bawah ini.

30. Force Majeure

Tanpa prejudis terhadap sebarang peruntukan Perjanjian ini, Pemegang Akaun bersetuju untuk tidak

mempertanggungjawabkan Bank sekiranya Bank tidak dapat melaksanakan mana-mana kewajipannya di bawah

Perjanjian ini secara keseluruhan atau sebahagian, yang berpunca secara langsung atau tidak langsung

daripada kegagalan sebarang peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran,

terputus bekalan elektrik, pertikaian perusahaan, sebarang tindakan di luar kawalan Bank atau disebabkan

sebarang faktor yang bersifat force majeure. Sebarang ketidakupayaan untuk menjelaskan pembayaran yang

kena dibayar oleh Pemegang Akaun kepada Bank disebabkan ketiadaan dana tidak akan dalam apa jua

keadaan dianggap sebagai peristiwa force majeure. Sekiranya Bank tidak dapat memberikan penyata akaun

kepada Pemegang Akaun selaras dengan peruntukan Perjanjian ini bagi sebarang tempoh masa, liabiliti

Pemegang Akaun untuk caj dan transaksi lain walau bagaimanapun akan diteruskan.

31. Bank tidak bertanggungjawab atas tindakan peniaga dan pihak ketiga lain

31.1. Bank tidak akan bertanggungjawab atas keengganan mana-mana peniaga atau institusi ahli MCI untuk

menerima Akaun dan/atau Kad atau atas sebarang kecacatan atau kekurangan pada barangan atau

perkhidmatan yang dibekalkan kepada Pemegang Akaun oleh mana-mana peniaga. Sebarang aduan oleh

Pemegang Akaun hendaklah diselesaikan secara terus dengan peniaga atau institusi ahli MCI yang

terbabit dan sebarang tuntutan terhadap peniaga atau institusi ahli MCI tidak boleh ditolak (‘set-off’) atau

dituntut balas terhadap Bank. Selanjutnya Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab terhadap jumlah

yang ditanggung dan tidak akan menahan pembayaran kepada Bank disebabkan sebarang aduan

sedemikian atau dalam apa jua keadaan. Barangan dan perkhidmatan yang diperolehi terhadap Akaun

dan/atau Kad tidak boleh ditukar atau dipulangkan bagi pemulangan tunai tetapi baucer kredit akan

dikeluarkan oleh peniaga bagi tujuan ini. Setelah menerima sebarang baucer kredit Bank akan

mengkreditkannya ke dalam Akaun Pemegang Akaun. Kecuali baucer kredit yang dikeluarkan diterima oleh

Bank, Pemegang Akaun dianggap bertanggungjawab dan akan terus bertanggungjawab untuk jumlah yang

ditanggung.

31.2. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak akan atas

sebarang sebab jua bertanggungjawab untuk kerosakan yang dialami atau kerugian yang ditanggung oleh

Pemegang Akaun dalam apa jua keadaan samada keadaan tersebut berkait dengan atau berbangkit

daripada Perjanjian ini atau tidak, termasuk tetapi tidak terhad kepada jika mana-mana peniaga, orang atau

badan tidak menerima Akaun dan/atau Kad atas sebarang sebab jua, kemudahan tidak dibaharui, disekat

atau dibatalkan, mana-mana ATM menolak Kad, Nombor Akaun disenaraikan dalam mana-mana senarai

pembatalan atau dalam sebarang keadaan jika Bank mempunyai kewajipan untuk bertindak dengan

munasabah untuk melindungi haknya di bawah peruntukan Perjanjian ini.

32. Pindaan

32.1. Bank menyimpan hak untuk mengubah (samada melalui tambahan, pemotongan, modifikasi, pindaan atau

sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) sebarang terma dan syarat ini pada bila-bila masa dan

dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar dan

Pindaan akan menjadi berkuat kuasa pada tarikh yang dipilih untuk digunakan oleh Bank. Menurut budi

bicara tunggal dan mutlak Bank, makluman tentang Pindaan boleh dilaksanakan melalui mana-mana satu

cara komunikasi berikut:-

i. dengan menghantarnya kepada Pemegang Akaun melalui kurier atau serahan tangan;

dan/atau

ii. dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan sedemikian dan tarikh

berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

iii. melalui penerbitan sekali sahaja dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank

tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

iv. dengan meletakkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh

berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

v. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan

melalui pos kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau

vi. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan

melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau dengan meletakkan notis

tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan di CIMB Clicks.

32.2. Komunikasi kepada Pemegang Akaun melalui mana-mana satu kaedah komunikasi di atas akan dianggap

telah diterima oleh atau disampaikan kepada Pemegang Akaun selaras dengan peruntukan Klausa 23.1

dan jika notis tentang Pindaan dihantar kepada Pemegang Akaun melalui kurier atau serahan tangan, pada

hari penghantaran.

32.3. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh kuat kuasa yang ditetapkan oleh Bank dan akan dikenakan

terhadap semua jumlah kredit dalam Akaun. Penyimpanan atau penggunaan Akaun dan/atau Kad selepas

tarikh berkuatkuasanya sebarang perubahan terma dan syarat akan dianggap penerimaan perubahan

tersebut tanpa syarat oleh Pemegang Akaun.

32.4. Perjanjian ini (dengan semua perjanjian sampingan yang dari semasa ke semasa dipinda oleh Bank)

mengandungi dan dirancang menjadi kenyataan lengkap tentang semua terma dan perkiraan antara pihak-

pihak di sini berhubung dengan perkara yang diperuntukkan di dalam ini, dan menggantikan semua

perjanjian dan persefahaman terdahulu antara pihak-pihak di sini berhubung dengan sebarang perkara

tersebut.

33. Kebolehasingan

Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuat

kuasa dalam apa jua segi di bawah sebarang undang-undang, kesahan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan

selainnya tidak akan dalam apa cara jua terjejas atau dimudaratkan.

34. Pendedahan Maklumat

34.1. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata memberi kuasa kepada Bank bila dan apabila dianggap wajar

oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, tanpa merujuk kepada Pemegang Akaun, untuk

mendedahkan kepada mana-mana agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat

profesionalnya, penyedia cagaran dan penjamin di dalam atau di luar Malaysia dan kepada syarikat di

dalam kumpulan Bank serta syarikat dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk

muktamad Bank (secara kolektif "Syarikat-syarikat Kumpulan”) samada Syarikat-syarikat Kumpulan

tersebut bermastautin, terletak, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di

luar Malaysia, sebarang maklumat berkaitan dengan Pemegang Akaun, urusan Pemegang Akaun dan/atau

sebarang akaun yang dipegang oleh Pemegang Akaun dengan Bank untuk memudahkan perniagaan,

operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau disediakan oleh Bank dan/atau

Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada memberi kuasa

Bank untuk melakukan perkara berikut:-

i. memberikan, mengemukakan, memberitahu, menerbitkan atau sebaliknya mendedahkan, atau

membuat rekod tentang butir-butir peribadi Pemegang Akaun yang diserahkan kepada Bank

dan sebarang maklumat lain berkaitan dengan Akaun dan Akaun Lain Pemegang Akaun dan

Nombor Akaun bagi kad baru dibaharui atau diganti dan sebarang maklumat lain berkaitan

dengan penggunaan Akaun atau sebarang transaksi yang dilaksanakan atau akan

dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan sebarang maklumat atau dokumen lain pun jua

berkaitan dengan urusan atau akaun Pemegang Akaun (termasuk penyata akaun berkaitan

dengannya) dan sebarang kemudahan kredit yang mungkin dipunyai oleh Pemegang Akaun

dengan Bank kepada:-

a. mana-mana orang yang menjamin atau mungkin menjamin atau sebaliknya menyediakan

cagaran atau mungkin menyediakan cagaran berkaitan dengan penggunaan Akaun;

b. mana-mana syarikat, organisasi, institusi, persatuan, biro kredit, agensi kredit, institusi

kewangan atau entiti lain yang mungkin melakukan semakan kredit terhadap Pemegang

Akaun, Unit Kredit Pusat Bank Negara Malaysia, Biro Maklumat Cek, Sistem Maklumat

Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau sebarang pihak berkuasa atau badan lain yang

ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, mana-mana badan atau pihak berkuasa lain

(kerajaan atau sebaliknya) yang dianggap wajar oleh Bank di bawah sebarang undang-

undang, peraturan, garis panduan, keperluan kawal selia atau arahan yang terpakai

(samada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya);

c. mana-mana orang yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik apa-

apa wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemegang Akaun kepada Bank

(termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pungutan hutang, pekerja dan agennya);

d. mana-mana peniaga, mana-mana pegawai Bank dan mana-mana institusi ahli MCI

dan/atau mana-mana orang atau entiti lain yang mempunyai kepentingan sah dalam

Pemegang Akaun setakat mana berkait dengan penggunaan Akaun oleh Pemegang

Akaun; dan

e. kepada mana-mana pihak ketiga yang membuat pertanyaan dengan tujuan memasuki

transaksi yang dijangka dengan Bank.

Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan yang terlibat dalam promosi, penjualan,

penyampaian dan pengedaran produk dan perkhidmatan kewangan adalah bagi tujuan

memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain Bank dan atau Syarikat-

syarikat Kumpulan. Meskipun sifat am perkara yang disebut sebelum ini, Bank bersetuju

bahawa (1) pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan bagi tujuan penjualan silang

tidak akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Pemegang Akaun

dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh

diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada Pemegang Akaun): Tingkat 19,

Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: +603-6204

7788.; dan (2) Bank hanya akan mendedahkan maklumat Pemegang Akaun (tidak termasuk

maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Pemegang Akaun) kepada pihak ketiga bagi

tujuan perikatan strategik, pemasaran dan promosi, hanya jika Pemegang Akaun dengan nyata

membenarkan pendedahan tersebut.

ii. untuk membuat laporan (termasuk laporan Polis) dan/atau pekeliling dan/atau memasukkan

iklan atau menerbitkan atau memaparkan notis (termasuk sebarang iklan dalam mana-mana

media) yang mengandungi sebarang atau semua butir-butir peribadi Pemegang Akaun, butir-

butir akaunnya berkaitan dengan Akaun (termasuk tetapi tidak terhad kepada akaun dan status

kewangan Pemegang Akaun) yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik

apa-apa wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemegang Akaun kepada Bank;

iii. untuk menyemak kedudukan kredit pemohon untuk Akaun; dan/atau butir-butir peribadi, urusan

dan kedudukan kredit Pemegang Akaun dengan apa jua syarikat, individu, agensi, institusi

kewangan atau badan lain dan mendapatkan daripadanya sebarang maklumat yang mungkin

dikehendaki oleh Bank, samada melalui komunikasi lisan atau melalui dokumen.

Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian

atau gantirugi (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit) tidak kira sifatnya atau

perasaan malu yang dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit daripada atau disebabkan oleh

pendedahan sebarang maklumat atau pentafsiran atau penggunaan maklumat yang

didedahkan meskipun jika maklumat tidak tepat atau salah kecuali jika disebabkan secara

langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh Bank.

34.2. Anda dengan ini bersetuju dan dengan nyata membenarkan dan mempelawa pekerja, kontraktor bebas,

wakil dan/atau agen Bank untuk menghubungi anda dari semasa ke semasa melalui lawatan peribadi atau

komunikasi lisan yang dilakukan melalui apa-apa cara komunikasi termasuk tetapi tidak terhad kepada

panggilan telefon tentang sebarang promosi.

34.3. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini dan berdasarkan alamat pos, alamat e-mel, nombor

telefon dan atau sebarang butir-butir hubungan lain Pemegang Akaun yang sedia ada disimpan atau

direkodkan dengan Bank, Bank dengan ini dengan tak boleh batal dibenarkan ( tetapi tidak mempunyai

kewajipan ) untuk menghubungi dan / atau memaklumkan Pemegang Akaun melalui pos dan atau mel

elektronik dan atau telefon dan atau perkhidmatan pesanan ringkas ( SMS ) dan atau perkhidmatan kurier

dan atau sebarang kaedah komunikasi lain yang dipilih oleh Bank mengikut budi bicara tunggalnya.

Maklumat atau makluman yang dihantar oleh Bank akan merangkum sebarang maklumat atau makluman

yang dianggap sesuai atau perlu oleh Bank dan boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang

maklumat tentang Akaun dan atau sebarang maklumat berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan, manfaat,

promosi, program Bank dan atau mana-mana pihak lain yang diadakan secara bersama dengan Bank.

35. Dokumen Lanjut

Pemegang Akaun berakujanji untuk menandatangani sebarang dokumen lanjut yang mungkin diminta oleh Bank

dari semasa ke semasa dan Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan bersetuju bahawa menurut

pilihan Bank, sebarang dokumen lanjut tersebut boleh dianggap berkuat kuasa secara retrospektif.

36. Penyampaian

36.1. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal membenarkan penyampaian sebarang notis di bawah

Perjanjian ini atau sebarang proses mahkamah atau penyerahan cek jurubank atau Kad atau sebarang

dokumen atau barangan lain melalui pos biasa atau melalui serahan tangan atau melalui perkhidmatan

kurier ke alamat Pemegang Akaun yang terakhir diketahui dalam rekod Bank dan penyampaian dan/atau

penyerahan tersebut akan dianggap berkesan dua (2) hari kalendar selepas pengeposan, jika dihantar

melalui pos dan pada masa penyerahan, jika diserahkan melalui serahan tangan atau melalui kurier.

Penyampaian proses mahkamah juga boleh dilaksanakan melalui sebarang cara lain yang dibenarkan oleh

undang-undang.

36.2. Pemegang Akaun hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada

pekerjaan atau perniagaan atau alamat (pejabat atau kediaman) atau jika Pemegang Akaun merancang

untuk berada di luar Malaysia selama lebih daripada tiga puluh (30) hari kalendar berturut-turut.

37. Perakuan Bukti Konklusif

Perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai Bank tentang transaksi yang dijalankan terhadap Akaun; dan/atau

jumlah yang pada masa itu tersedia dalam Akaun adalah bukti konklusif terhadap Pemegang Akaun dalam

sebarang prosiding undang-undang.

38. Pembatalan/Penggantungan disebabkan Keganasan

38.1. Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang hak dan remedi lain Bank atau sifat am sebarang

peruntukan lain dalam Perjanjian, Bank berhak menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk dengan

serta-merta mengisytiharkan bahawa:-

i. Akaun dan/atau penggunaannya akan digantung, dan dengan itu ia akan digantung; dan/atau

ii. Akaun dan/atau penggunaannya akan dibatalkan, dan dengan itu ia akan dibatalkan;

jika sebarang peristiwa atau siri peristiwa samada berkaitan atau tidak, termasuk tetapi tidak

terhad kepada sebarang tindakan kekerasan, keganasan, permusuhan atau peperangan,

darurat, revolusi, pemberontakan, rampasan atau bencana lain (samada berlaku di dalam atau

di luar Malaysia atau mana-mana tempat lain di mana Bank mungkin menjalankan perniagaan)

atau perubahan keadaan lain telah berlaku yang menurut pendapat Bank (yang mana pendapat

tersebut adalah muktamad dan mengikat terhadap Pemegang Akaun):-

iii. akan atau mungkin menjadikannya tidak wajar atau tidak praktik bagi Bank untuk menyediakan

Akaun dan/atau Kad atau terus menyediakannya atau membenarkan Akaun dan/atau Kad

digunakan atau terus digunakan; atau untuk mematuhi mana-mana obligasinya di bawah terma

dan syarat ini; atau

iv. akan atau mungkin menjejaskan keupayaan atau kesanggupan Pemegang Akaun untuk

mematuhi sebarang kewajipan yang perlu dipatuhi oleh Pemegang Akaun di bawah terma dan

syarat ini atau menjadikan Pemegang Akaun mungkin tidak berupaya atau sanggup berbuat

demikian.

39. Pengganti

Perjanjian ini mengikat terhadap waris, wakil diri dan pengganti hakmilik Pemegang Akaun dan terhadap

pengganti hakmilik dan penerima serah hak Bank.

40. Penyusunan Semula Bank

Kewajipan dan liabiliti Pemegang Akaun akan terus sah dan mengikat bagi semua tujuan pun jua meskipun

sebarang perubahan melalui penggabungan, penyusunan semula atau sebaliknya yang dilakukan terhadap

Bank atau mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan Bank pada masa itu dan akan tersedia kepada

syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut pada masa itu.

41. Masa Menjadi Asas

Masa di mana jua disebut akan menjadi asas Perjanjian.

42. Undang-undang Yang Dikenakan dan Bidang Kuasa

Perjanjian ini akan dianggap satu kontrak yang dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan hendaklah bagi

semua tujuan dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan pihak-pihak di sini

bersetuju berserah kepada bidang kuasa bukan eksklusif Mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur atau mahkamah

sebarang bidang kuasa kompeten lain yang mana Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya memilih untuk

berserah kepada bidang kuasa tersebut dan seterusnya bersetuju bahawa penyampaian sebarang proses

undang-undang boleh dilaksanakan dalam cara yang dibentangkan di dalam ini. Pemegang Akaun menepikan

sebarang bantahan atas alasan tempat atau forum non-conveniens.

43. Keselamatan Kata Laluan

Anda bertanggungjawab melaksanakan keselamatan dan kawalan yang mencukupi terhadap semua ID

Pengguna CIMB Clicks, Kata Laluan Perbankan Internet, TAC, PIN atau sebarang kod lain yang akan anda

gunakan untuk mengakses Akaun dan/atau Kad.

44. Pengecualian Liabiliti

Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian (termasuk sebarang

kerugian faedah, perbelanjaan yang ditanggung, kehilangan kontrak atau keuntungan atau kerugian berbangkit

lain, samada langsung atau tidak langsung) yang walau bagaimanapun jua ditanggung (samada melalui

ketinggalan atau keingkaran lain) berhubung dengan penggunaan Akaun oleh Pemegang Akaun termasuk tetapi

tidak terhad kepada kerosakan atau kerugian yang ditanggung terhadap sebarang penyata, representasi atau

implikasi berkaitan dengan atau berbangkit daripada tindakan tidak membaharui atau membatalkan Akaun

dan/atau Kad atau sebarang pembatalan, penggantungan atau sekatan terhadap penggunaan Akaun dan/atau

Kad oleh Pemegang Akaun kecuali disebabkan kecuaian melampau oleh Bank.

45. Klausa Privasi

45.1. Pemegang Akaun dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Akaun telah membaca, memahami dan

bersetuju terikat oleh Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my) dan

klausa-klausa di dalam ini, yang berkait dengan pemprosesan maklumat peribadi Pemegang Akaun. Untuk

mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Akaun bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan

dianggap digabungkan melalui rujukan ke dalam Perjanjian ini.

45.2. Sekiranya Pemegang Akaun memberikan maklumat peribadi dan kewangan berkaitan dengan pihak ketiga,

termasuk maklumat berhubung dengan waris dekat dan tanggungan Pemegang Akaun, bagi tujuan

membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan Pemegang Akaun dengan Bank atau sebaliknya

melanggan produk dan perkhidmatan Bank, Pemegang Akaun (a) mengesahkan bahawa Pemegang

Akaun telah mendapatkan kebenaran mereka atau sebaliknya berhak memberikan maklumat ini kepada

Bank dan untuk Bank menggunakannya selaras dengan Perjanjian ini; (b) bersetuju untuk memastikan

bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju

mengemaskinikan Bank secara bertulis sekiranya terdapat apa-apa perubahan material pada maklumat

peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) menyetujui hak Bank untuk menamatkan Akaun ini sekiranya

kebenaran tersebut ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut.

45.3. Jika Pemegang Akaun mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang jenis transaksi rentas sempadan

(termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butir-butir yang relevan bagi transaksi rentas

sempadan tersebut (termasuk maklumat berkaitan dengan mereka yang terlibat dalam transaksi tersebut)

mungkin diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana maklumat tersebut boleh diakses (samada

secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan

dengan kewajipan sah mereka (misalnya pencegahan jenayah). Dengan mengarahkan Bank dan/atau

agen kami agar memasuki sebarang transaksi rentas sempadan bagi pihak Pemegang Akaun, Pemegang

Akaun menyetujui pendedahan di atas bagi pihak Pemegang Akaun dan pihak lain yang terlibat dalam

transaksi rentas sempadan tersebut.

45.4. Bank mungkin menggunakan agensi pelaporan/rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan,

misalnya apabila Bank perlu (a) menyemak butir-butir tentang permohonan bagi kemudahan kredit dan

berkaitan kredit atau kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan berkaitan kredit,

termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio Pemegang Akaun; dan/atau untuk mendapatkan balik

hutang. Pemegang Akaun akan dikaitkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama

lain yang kini atau pernah digunakan oleh Pemegang Akaun, dan mana-mana pemohon bersama dan

berasingan. Bank juga mungkin berkongsi maklumat tentang Pemegang Akaun dan bagaimana Pemegang

Akaun mengurus akaun/kemudahan Pemegang Akaun dengan agensi pelaporan/rujukan kredit yang

berkenaan.

45.5. Meskipun selepas Pemegang Akaun memberikan apa-apa maklumat kepada Bank, Pemegang Akaun

mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum itu. Dalam keadaan sedemikian,

Bank mempunyai hak untuk tidak menyediakan atau berhenti menyediakan apa-apa produk, perkhidmatan,

akaun dan/atau kemudahan yang dikaitkan dengan maklumat tersebut.

45.6. Bagi tujuan Klausa 45 ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua

syarikat berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 dan syarikat yang

dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak

termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan

penggunaan perkataan “Bank” hendaklah dibaca sebagai rujukan kepada Kumpulan CIMB.

45.7. Klausa ini adalah tanpa prejudis terhadap sebarang klausa lain dalam Perjanjian ini yang membuat

peruntukan bagi pendedahan maklumat.

46. Tiada Penyerahan Hak

Pemegang Akaun tidak boleh tanpa kebenaran bertulis Bank menyerah hak atau mewujudkan sebarang

kepentingan cagaran terhadap hak, hakmilik, manfaat dan kepentingan Akaun termasuk tetapi tidak terhad

kepada semua wang yang dipegang di dalamnya memihak kepada mana-mana orang kecuali dan melainkan

bahawa ini boleh diserah hak dan atau diwujudkan memihak kepada Bank.

47. Penerbitan Perjanjian ini di CIMB Clicks

47.1. Sesalinan Perjanjian ini diterbitkan di CIMB Clicks (atau mana-mana laman web lain yang boleh diubah

oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memaklumkan Pemegang Akaun). Sekiranya Bank mengubah

atau meminda sebarang terma Perjanjian ini, versi yang dipinda dan dikemaskinikan akan diletakkan di

laman web Bank yang disebut sebelum ini.

47.2. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi terma-terma

dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma-terma dan syarat-syarat ini

dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika

permintaan dibuat oleh Pemegang Akaun dan dicatat dan diakui oleh Bank dalam rekodnya bahawa versi

terma-terma dan syarat-syarat dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Akaun, maka versi terma-

terma dan syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

47.3. Sekiranya terdapat sebarang aduan tentang Perjanjian ini, Pemegang Akaun boleh menghubungi

Customer Resolution Unit (“CRU”) Bank di alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks berikut

(atau di sebarang alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks lain) yang boleh diubah oleh

Bank dengan memaklumkan Pemegang Akaun:-

Customer Resolution Department

Aras 19, Menara Bumiputera Commerce,

No 11, Jalan Raja Laut

50350 Kuala Lumpur

Tel: +603-6204 7788 Faks: +603- 26913248

Alamat e-mel: [email protected]