peringkat2 nafsu

4
PERINGKAT2 NAFSU Terdapat tujuh peringkat nafsu yang dimiliki oleh manusia. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut : 1. Nafsu Ammarah Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, "Saya anak jantan." Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa. 2. Nafsu Lawwamah Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan din sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Ada kalanya buat jahat sehingga dikenakan hukuman dalam penjara. Janji tidak buat lagi tapi buat juga. Rasa sedih lagi dan buat jahat bukan kerana seronok tapi lemah melawan nafsu. Walaupun sudah niat tidak mahu buat lagi dan sudah serik, namun terbuat juga lagi. Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya. 3. Nafsu Mulhamah Erti pada lafaz ialah nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin.

Upload: mohammad-zhafri-zainal-abiddin

Post on 02-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nafsdu

TRANSCRIPT

Page 1: PERINGKAT2 NAFSU

PERINGKAT2 NAFSU

Terdapat tujuh peringkat nafsu yang dimilikioleh manusia. Perkara-perkara tersebut adalahseperti berikut :1. Nafsu AmmarahNafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jikaberbuat kejahatan, dia berbangga dengankejahatannya. Kalau terpaksa susah keranakejahatannya, dia sanggup. Jika ada orangmengingatkannya tentang kejahatannya, diaakan menjawab, "Saya anak jantan."Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadipemimpin dan berkuasa.2. Nafsu LawwamahNafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasakesal dengan din sendiri. Tidak hendak berbuatjahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bilamelakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Adakalanya buat jahat sehingga dikenakanhukuman dalam penjara. Janji tidak buat lagitapi buat juga. Rasa sedih lagi dan buat jahatbukan kerana seronok tapi lemah melawannafsu. Walaupun sudah niat tidak mahu buatlagi dan sudah serik, namun terbuat juga lagi.Contohnya, ketika lalu di kebun orang,ternampak limau, rambutan dan sebagainya,walaupun sudah berazam tidak akan mencuri,tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu diperingkat ini sudah mula sedar tetapi tidaklarat hendak melawan hawa nafsunya.3. Nafsu MulhamahErti pada lafaz ialah nafsu yang telah diberiilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah.Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mulamendidik nafsunya. Apabila seseorang itubersungguh-sungguh melawan nafsunya, atasbelas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin.Oleh kerana baru dididik, ibarat orang berjalanhendak menyeberang dan melintas jalan yangdi tengah-tengah ada benteng, dia sudahberada di atas benteng. Ertinya dia sudah di

Page 2: PERINGKAT2 NAFSU

atas sempadan (border).Kalau tidak ada ributatau ujian, jika mati insyaAllah selamat. Sebabsudah di atas border tapi belum sampai keseberang. Namun masih dalam bahaya keranaapabila datang ribut, dia mungkin berbaliksemula. Atau bila ujian datang, walaupun tidakjatuh tetapi sudah mula goyang. Orang di atasborder ini tidak dikatakan tenang, masih dalamkeadaan bahaya. Baru diberi ilham. Bila sudahsampai ke seberang barulah, masuk kawasanselamat dan barulah dikatakan tenang.4. Nafsu MutmainnahIstilah mutmainnah bermaksud tenang, tidakdigugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidakdigugat oleh sihat atau sakit, orang hina atauorang puji. Semuanya sama sahaja. Pujianorang tidak menyebabkan hati terasa sedapdan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasasakit. Tidak ada perasaan hendak marah atauberdendam. Sebab hatinya sudah tenang,perkara positif atau negatif tidakmenggugatnya. Orang ini sudah menjadi walikecil, sudah naik di atas border orang soleh.Nafsu peringkat ini sudah sampai ke kawasanselamat, tidak tergugat lagi.Maka Tuhanmengalu-alukan ketibaannya, dengan firman-Nya yang bermaksud : "Wahai nafsu (jiwa)yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepadaTuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai(Tuhan). Maka masuklah kamu dalamgolongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklahkamu ke dalam Syurga-Ku." (Surah Al Fajrayat 27-30)Dari ayat ini, seolah-olah Tuhantidak sabar hendak menyambut tetamu-Nya:"Mari-mari, cepat-cepat Aku tidak sabar, Akuhendak jumpa engkau ini."Kemudian, dalamayat tadi, Tuhan berfirman:Maksudnya:"Kembalilah dalam keadaan redha kepada Aku,dan Aku redha dengan engkau." (Al Fajr:28)Tuhan mengalu-alukan dan kalau matipada waktu itu, dia selamat. Oleh kerana diasudah selamat, sebab itulah Tuhan menyeru.

Page 3: PERINGKAT2 NAFSU

Manakala bagi orang yang nafsunya belumselamat, dia akan mati dalam keadaan jikalauTuhan hendak azab pun boleh, hendakdiampunkan pun boleh.Semuanya atas sebabkeadilan Tuhan. Kalau kita hendakmengharapkan kekuatan diri sendiri, bimbangtidak selamat. Sebab itu kita mesti mencarikekuatan lain. Di antaranya perbanyakkanselawat, berbuat baik, bertawasul dengan guru-guru dan lain-lain, mudah-mudahan itumenyelamatkan. Allah berfirman:Maksudnya:"Bergaullah dengan hamba-hamba-Ku (iaitupara rasul, para nabi dan wali-wali), danmasuklah ke Syurga. Ku." (Al Fajr:29-30)Ertinya, cari-carilah sebab untukmendapatkan rahmat dan Allah SWT. Bilamencapai peringkat nafsu mutmainnah,baru¬lah selamat. Nafsu-nafsu di bawahdaripada peringkat itu tidak selamat.5. Nafsu RadhiahOrang yang berada di peringkat nafsu radhiahini, dia me redhai apa sahaja yang Allahtakdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian.Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan.Bila orang menghinanya, dia berterima kasihkepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itumereka yang berada di maqam ini, bila kenapukul, mereka rasa puas. Bila ditampar,seolah-olah minta ditampar lagi. Nafsunyasudah jadi malaikat.6. Nafsu MardhiahOrang yang berada di peringkat nafsu ini ialahapa saja yang mereka lakukan mendapatkeredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebutdalam Hadis Qudsi: "Mereka melihat denganpandangan Tuhan, mendengar denganpendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan."Kata-kata mereka masin, sebabitu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulahmereka mengatakan celaka, maka celakalah.Kerana kata-kata mereka, kata-kata yangdiredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa

Page 4: PERINGKAT2 NAFSU

saja yang Tuhan lakukan.7. Nafsu KamilahNafsu peringkat ke-5, ke-6 dan ke-7 adalahdarjat atau peningkatan kepada nafsumutmainnah tadi. Bagi nafsu kamilah, manusiabiasa tidak boleh sampai ke macam ini.Kamilah hanya darjat untuk para rasul danpara nabi. Manusia biasa hanya setakatperingkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Inisudah taraf wali besar.Sahabat yang dimuliakan,Marilah kitatingkatkan nafsu kita daripada Ammarah atauLawwamah kepada nafsu Mutmainnah danseterusnya kepada nafsu Radhiah danMardhiah. Beruntunglah sesiapa yang dipiliholeh Allah SWT untuk dimasukkan kedalamhamba-hamba-Nya yang dirahmati dandiredai-Nya.Firman Allah SWT maksudnya :"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepadaTuhan-Mu dengan hati yang reda dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golonganhamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalamsyurga-Ku." (Surah al-Balad ayat 27-30)