perhimpunan bulanan dan majlis amanat menteri kepada warga ... · kita perlu ada kpi. ... mall dan...

20
'BEKERJA UNTUK RAKYAT ' • Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada Warga KPKT 2 Menteri syor agar warga KPKT bekerja dalam satu pasukan yang mantap demi kesejahteraan rakyat. 'BEKERJA UNTUK RAKYAT ' 'BEKERJA UNTUK RAKYAT ' Sisa e-waste ancaman kepada hidupan Love The Nature usaha murni untuk si Penyu 6 8 Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Bil. 01/2017 Selamatkan pokok, kurangkan penggunaan kertas! Muat turun dan baca SWCorp News ini secara atas talian di www.swcorp.my/swcorpnews Sisa e-waste ancaman kepada hidupan 9 772289 898005 ISSN 2289-8980 #asingkan SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA SWCorp menerima anugerah di atas pencapaian dalam pertandingan inovasi yang disertai di peringkat antarabangsa Inovasi SWCorp ke peringkat antarabangsa

Upload: ngothuy

Post on 31-Jul-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

'BEKERJA UNTUK

RAKYAT' • Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada Warga KPKT

2 Menteri syor agar warga KPKT bekerja dalam satu pasukan yang mantap demi kesejahteraan rakyat.

'BEKERJA UNTUK

RAKYAT''BEKERJA UNTUK

RAKYAT'

Sisa e-wasteancaman kepada hidupan

Love The Natureusaha murniuntuk si Penyu 6

8

Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Bil. 01/2017

Selamatkan pokok, kurangkan penggunaan kertas! Muat turun dan baca SWCorp News ini secara atas talian di www.swcorp.my/swcorpnews

Sisa e-wasteancaman kepada hidupan

9 772289 898005

ISSN 2289-8980

#asingkan SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA

SWCorp menerima anugerah di atas pencapaian dalam pertandingan inovasi yang disertai di peringkat antarabangsa

Inovasi SWCorp ke peringkat antarabangsa

Page 2: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

▶ PUTRAJAYA

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh

Omar, mahu seluruh warga kerja KPKT terus membentuk pasukan kerja yang kukuh dalam usaha memberi khidmat terbaik untuk rakyat. Beliau berkata, warga KPKT perlu bekerja sebagai satu pasukan dan saling bekerjasama dalam mencapai matlamat. “Kita perlu ada KPI. KPI ini hanya boleh tercapai kalau kita bekerja sebagai satu pasukan. Kerana mustahil saya boleh capai matlamat tanpa kerjasama dari KSU dan Timbalan-timbalan KSU, daripada ketua-ketua jabatan, setiausaha-setiausaha bahagian. Kerana itu, saya ingin menekankan kita mesti bekerjasama

sebagai satu pasukan. Kita bekerja untuk rakyat,” katanya di hadapan seluruh warga kerja KPKT pada perhimpunan bulanan yang diadakan baru-baru ini. Hadir pada perhimpunan yang diadakan di Dewan Kristal KPKT pada 10 Januari lalu ialah Timbalan Menteri, Datuk Halimah Mohamed Sadique; Ketua Setiausaha, Datuk Mohammad Mentek; Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar), Dato’ Halimi Abd Manaf; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Dato’ Dr. Tam Weng Wah; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato’ Nor Inchun Mohamed Salleh; Ketua-ketua Jabatan di bawah KPKT dan semua warga KPKT. Dalam amanatnya, turut menyentuh mengenai tugas berat yang perlu dipikul oleh Jabatan Perumahan Negara. Tegasnya jabatan berkenaan perlu memastikan jangan ada projek yang terbengkalai dan apabila sudah siap perlu pastikan rumah berkenaan ada penghuni, ini kerana rumah yang dibiar kosong lagi banyak kos perlu ditanggung. Tambahnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga penting dan terutamanya dalam menterjemahkan enakmen yang baharu.

Bekerja untuk rakyat• Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga KPKT

PENAUNG DATO' DR. ZULKAPLI MOHAMED

PENASIHAT DR. MOHD PAUZE MOHAMAD TAHA

EDITOR FADZILAH HASAN

WARTAWAN ZAITUN ABDUL RASHIP

JURU FOTO MUHAMMAD SHAZWAN ABD RAZAK

PROMOSI DAN EDARAN NURUL SHAFIEKA MOHD PAUZI

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

Alamat: Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor D.E. No. Tel: Faks: Facebook: 03-8312 4000 03-8312 4003 www.fb.com/swcorpMY

Menteri mahu warga KPKT bentuk pasukan yang mantap...

SIDANG EDITOR

Kita perlu ada KPI. KPI ini hanya boleh tercapai kalau kita bekerja sebagai satu pasukan. Kerana mustahil saya boleh capai matlamat tanpa kerjasama dari KSU dan Timbalan-timbalan KSU, daripada ketua-ketua jabatan, setiausaha-setiausaha bahagian. Kerana itu, saya ingin menekankan kita mesti bekerjasama sebagai satu pasukan. Kita bekerja untuk rakyat”.

Tan Sri Noh Omar

Ms.2

Tan Sri Noh OmarMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

|||MENTERI

Page 3: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

REAKSI

Noh turut berpesan supaya setiap masalah dalam melaksanakan tugas-tugas, perlu dirujuk kepada pihak yang lebih atas untuk menyelesaikannya dan jangan disimpan. “Bila ada masalah yang disimpan maka kita tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat,” katanya sambil meminta warga KPKT menterjemahkan lagu Wawasan KPKT dalam bentuk produktiviti yang berkualiti. “Memetik ucapan Perdana Menteri dalam perhimpunan Jabatan Perdana Menteri, tahun 2017 ini adalah tahun penyampaian yang mana kita kena pastikan apa yang dirancang menjadi kenyataan. Saya mengharapkan supaya kita terus bekerja dengan semangat yang baharu pada tahun 2017. Kalau kita boleh melaksanakan segala apa yang kita rancangkan, rakyat boleh merasai apa maksud kesejahteraan bandar, saya yakin bahawa rakyat akan lebih selesa dan hasrat kerajaan akan tercapai,” katanya. Beliau turut menyentuh mengenai pencapaian perbelanjaan bagi tahun

2016, Program Perumahan Rakyat, Rumah Transit Belia, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di samping menekankan tentang Malaysia yang bakal menjadi tuan rumah bagi Penganjuran World Urban Forum Benua Asia pada Tahun 2018. “Sempena Januari 2017 ini juga, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baharu dan Selamat Menjalankan Tugas kepada semua warga KPKT, semoga KPKT dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat khususnya masyarakat bandar,” katanya yang turut mengalu-alukan pegawai baharu yang menyertai warga KPKT dan tidak ketinggalan juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada warga KPKT yang meninggalkan Kementerian berkenaan sama ada secara bersara wajib atau bertukar Jabatan. Selesai ucapan amanat beliau, Noh menyempurnakan Gimik Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

KPKT. EKSA KPKT antara lainnya mempunyai visi untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan berkualiti untuk meningkatkan produktiviti dan imej bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan stakeholders melalui amalan dan pembudayaan EKSA. Noh juga turut menyampaikan anugerah kepada jabatan-jabatan di bawah KPKT yang telah menyertai pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa yang mana telah mengharumkan nama KPKT sepanjang tahun 2016. Untuk itu SWCorp telah menerima dua anugerah iaitu Anugerah Emas bagi projek My Attendance di International Conference On Quality Control Circle (ICQCC) di Bangkok, Thailand dan anugerah di atas pencapaian Anugerah Platinum bagi projek Skuad I.D di International Quality and Productivity Convention (IQPC) di Bali, Indonesia.

Memetik ucapan Perdana Menteri dalam perhimpunan

Jabatan Perdana Menteri, tahun 2017 ini adalah tahun

penyampaian yang mana kita kena pastikan apa yang

dirancang menjadi kenyataan. Saya mengharapkan supaya

kita terus bekerja dengan semangat yang baharu pada tahun 2017. Kalau kita boleh melaksanakan segala apa

yang kita rancangkan, rakyat boleh merasai apa maksud kesejahteraan bandar, saya yakin bahawa rakyat akan

lebih selesa dan hasrat kerajaan akan tercapai”.

Tan Sri Noh Omar

"Inisiatif yang cuba dibawakan dilihat telah meletakkan keselesaan dan kepentingan rakyat sebagai tunggak utama. Contohnya, pendekatan dari aspek penyelenggaraan lif di kediaman bertingkat yang merupakan penghubung utama bagi penduduk di kawasan berkenaan menunjukkan Kementerian sentiasa prihatin terhadap keperluan asas masyarakat".

"Intipati amanat yang disampaikan memberi fokus ke arah kepentingan menyampaikan perkhidmatan dengan penuh efisien dan profesional di kalangan para penjawat awam bagi memastikan masyarakat merasai nilai dan impak kepada kehidupanmereka".

AZMI ISMAILPenolong Pesuruhjaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Ms.3

AFFI SYAFFIZAL SHARIFPegawai Tadbir dan Diplomatik, Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Noh turut menyempurnakan gimik Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan menyampaikan anugerah kepada jabatan yang telah menyertai pertandingan inovasi peringkat kebangsaan.

Page 4: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

▶ ALOR SETAR

Bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna tentang kesan buruk

penggunaan polisterina kepada kesihatan dan alam sekitar, satu majlis Pelancaran Kempen Pengurangan Penggunaan Polisterina dan Taklimat Bahaya Penggunaan Polisterina telah diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 29 Disember 2016 lalu. Majlis pelancaran dihadiri 350 orang yang terdiri daripada peniaga, penjaja dan orang awam itu, dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Hakim Ariff Md. Noor, manakala taklimat bahaya penggunaan polisterina telah disampaikan oleh Azhana Che Ghazali dari SWCorp Negeri

Kedah. Selaku penganjur program, MBAS dengan kerjasama daripada SWCorp Negeri Kedah mengharapkan program ini dapat menjadi titik tolak kepada kempen pengurangan penggunaan polisterina kepada penduduk di daerah ini terutama dalam kalangan peniaga. Ini kerana penggunaan polisterina sangat meluas kerana harganya murah dan mudah didapati yang mana penggunaannya dalam kalangan peniaga adalah antara 80 hingga 90 peratus. Justeru Hakim Ariff berkata, kempen ini akan dipergiatkan sepanjang tahun 2017 dengan meningkatkan kesedaran pengguna tentang kesan buruk penggunaan polisterina kepada kesihatan dan alam sekitar.

Manakala selaku penganjur bersama, pihak MBAS dan SWCorp Negeri Kedah telah meminta para peniaga yang menyewa premis dan tapak pasar malam MBAS supaya mengurangkan penggunaan polisterina serta menggalakkan mereka menggunakan bekas makanan jenis biodegradasi atau mudah diurai seperti kertas minyak, kotak atau plastik yang tidak merbahaya. MBAS juga akan meneliti sebarang insentif yang boleh diberikan kepada peniaga yang menyokong kempen tersebut dalam usaha menggalakkan peniaga lain menggunakan bahan lebih selamat.

▶ IPOH

Seramai 500 peserta membanjiri Jalan Raja Dihilir bagi menjayakan

program Ipoh Car Free Day. Program bertujuan mengurangkan partikel-partikel rumah hijau (terutamanya gas karbon dioksida yang terbebas daripada pembakaran bahan api fosil) di atmosfera bumi yang diketahui umum sebagai punca pemanasan global. Program yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Zamri Man ini selain memupuk kesedaran menjaga alam sekitar, ia juga bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat selain kesedaran menjaga alam sekitar. Program anjuran Majlis

Bandaraya Ipoh (MBI) ini bermula jam 6.30 pagi hingga 11.00 pagi diadakan pada hari minggu 22 Januari 2017 yang lalu. Selain itu, ia dapat memupuk kesedaran menjaga alam sekitar dan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, menanam kesedaran untuk tidak menggunakan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara melalui pelepasan gas karbon dan mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin dan bertanggungjawab untuk memelihara persekitaran yang bersih, selamat dan sihat. Bagi memeriahkan program, selain pertunjukkan tarian singa sempena tema Ipoh Car Free Day yang dibuat

pada Tahun Baharu Cina, turut diadakan booth pameran untuk pengunjung mendapatkan maklumat dan pengetahuan berkenaan 3R, Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan pengkomposan yang di bawakan oleh SWCorp Negeri Perak. Tidak melupakan aspek kesihatan, program Ipoh Car Free Day ini juga bertujuan menjadikan kesihatan tubuh badan lebih baik terutamanya dari segi penjagaan jantung dan sendi anggota badan apabila orang ramai mengikuti

aktiviti yang disediakan pada hari tersebut. Lebih menyeronokkan apabila orang ramai dapat meluangkan masa bersama keluarga untuk beriadah di atas jalan yang ditukar menjadi sebuah kawasan rekreasi awam. Melalui pelaksanaan program ini, ia diyakini dapat menggalakkan gaya hidup sihat serta menyediakan ruang yang sesuai untuk berinteraksi bagi mempertingkatkan hubungan dalam kalangan warga kota. Turut terpamer melalui aktiviti ini ialah rasa cinta yang

terlahir terhadap alam dan kebersihan melalui pendidikan anti litter. Selepas Ipoh kita mengharapkan lebih banyak pihak yang akan melakukan aktiviti seumpama ini di mana ia berjaya memberi impak positif terhadap mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan demi kelestarian alam sekitar.

Ipoh Car Free Day

Kempen kurangkan guna polisterina

Pupuk rasa cinta pada alam sekitar

Kempen ini akan dipergiatkan

sepanjang tahun 2017

dengan meningkatkan

kesedaran pengguna

tentang kesan buruk penggunaan

polisterina kepada

kesihatan dan alam sekitar".

|||DALAM NEGERI

Ms.4

Orang ramai yang menyertai sambutan Ipoh Car Free Day tertarik untuk mendapatkan penerangan lanjut dari kaunter SWCorp

Fakta nombor

tahun diperlukan

Sekurang-kurangnya

peniaga menggunakan polisterina

untuk sebuah cawan polisterina terurai secara semula jadi

80-90%

500

Page 5: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

Anaerobic Digester rintis kaedah rawat sisa makanan pusat penjaja

Ms.5

▶ KUALA LUMPUR

Pusat Penjaja Bandar Sri Permasuri Cheras, Melaka Mall dan Medan Ikan

Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic Digester (AD) atau dikenali juga sebagai mesin penguraian anaerobic untuk merawat sisa makanan. Pemilihan lokasi tersebut adalah berdasarkan faktor seperti keluasan tempat, kesungguhan peniaga untuk terlibat sama, jumlah janaan sisa pepejal dalam sehari dan juga berada dalam senarai pilihan Pihak Berkuasa Tempatan. Menerusi inisiatif ini, pusat penjaja berkenaan akan menggunakan bekas pembungkus makanan yang disediakan dan mengasingkan sisa makanan yang ada, lalu dimasukkan ke dalam mesin AD oleh pihak kontraktor. Pusat penjaja yang terpilih ini akan menjadi pusat penjaja yang pertama di Malaysia yang merawat sisa makanan dari sumber menggunakan AD sekaligus menjimatkan perbelanjaan pengurusan sisa pepejal dan logistik ke tapak pelupusan. Majlis pra pelancaran inisiatif berkenaan telah diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya pada

10 Januari lalu, dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan SWCorp. Majlis berkenaan turut menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri KETTHA, Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit. Untuk rekod, janaan sisa pepejal yang tinggi (38,000 tan sehari pada tahun 2015) adalah amat membimbangkan. Ia adalah 40 peratus dari keseluruhan janaan sisa pepejal setiap hari. Pada 16 Julai 2016, SIRIM telah mengusulkan cadangan kerjasama projek perintis ini kepada SWCorp. Intipati cadangan tersebut memperuntukkan KETTHA membekalkan tiga buah AD yang bernilai RM300,000 setiap satu dan 5,000 keping bekas pembungkus makanan Blue Green yang berharga RM0.60 sekeping di pusat penjaja terpilih. AD membolehkan bahan organik diproses dan dipecah menjadi biogas yang terdiri dari unsur-unsur seperti metana

dan karbon dioksida yang boleh digunakan sebagai tenaga elektrik atau gas memasak. Menariknya, menerusi kerjasama mewujudkan Premis Hijau ini, ia membolehkan semua pihak menitikberatkan pengasingan dari sumber, merealisasikan matlamat SWCorp untuk pengurangan sisa pepejal ke tapak pelupusan dan meningkatkan kadar kitar semula. Premis Hijau akan menjadi contoh dan menarik minat kepada pusat penjaja atau medan selera lain, malah juga kepada pihak hotel dan restoran yang merupakan penghasil sisa makanan tertinggi.

Kapasiti mesin yang akan digunakan: 500 kilogram dan saiz 20 m³.

Teknologi hijau dan bersih: Tiada sampah dihasilkan, tiada gas merbahaya dilepaskan.

Kos efektif: Menjimatkan perbelanjaan pengurusan sisa pepejal dan menjadikan kawasan lebih bersih.

Tenaga hijau: Produk yang terhasil dari AD adalah gas metana yang akan ditukarkan kepada tenaga elektrik atau gas memasak dan baja organik.

Majlis pelancaran Anaerobic Digester disempurnakan oleh Timbalan Menteri KeTTHA

Sesi pertukaran MoU antara SWCorp dan Kumpulan SIRIM Berhad▲

Info

|||TEKNOLOGI

AD membolehkan bahan organik

diproses dan dipecah menjadi biogas yang

terdiri dari unsur-unsur seperti metana dan karbon dioksida

yang boleh digunakan sebagai tenaga

elektrik atau gas memasak.

Page 6: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

Love The Natureusaha murni untuk Si Penyu

Belia Sabah mahu kenal SWCorp lebih dekat

|||DALAM NEGERI

Ms.6

▶ MANJUNG

Sahabat Alam Malaysia, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan

SWCorp Negeri Perak kali ini bergabung dalam usaha memulihara dan memelihara alam sekitar di samping memulihkan habitat penyu di sekitar kawasan Lumut. Membabitkan 35 peserta termasuk enam daripadanya dari SWCorp Negeri Perak, program yang diadakan pada 20 hingga 21 Januari lalu bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 11.00 malam di Hutan Lipur Pasir Panjang, Segari, Lumut. Ia dirasmikan oleh Pengarah SWCorp Negeri Perak, Fatimah Ahmad. Kawasan yang disasarkan menerusi program pemuliharaan ini ialah kawasan pantai yang menjadi penampan darat untuk menghalang banjir atau limpahan air laut ke darat. Manakala pokok-pokok di tepi pantai seperti bakau dapat

memecah ombak besar melanda daratan juga dipulihara dengan baik. Peserta Love The Nature ini juga dibawa melawat Pusat Konseversi Penyu, diberi penerangan mengenai penjagaan pantai oleh Sahabat Alam Malaysia di samping aktiviti riadah menerusi senaman aerobik yang dipimpin oleh pegawai SWCorp Negeri Perak dan taklimat kesedaran mengenai amalan 3R. Sebanyak 100 pokok embong juga ditanam di tepi dan persisiran pantai untuk menarik serta memelihara habitat penyu di samping kerja-kerja pembersihan pantai di sekitar kawasan tapak perkhemahan dan persisiran pantai. Untuk aktiviti pembersihan pantai, sebanyak 130 kilogram sisa pepejal berjaya dikumpul membabitkan sisa baki sebanyak 84.3 kilogram, plastik sebanyak 38.8 kilogram, besi sebanyak 3 kilogram, kertas

dan kotak sebanyak 2.3 kilogram serta kaca sebanyak 1.6 kilogram. Program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada orang awam supaya menghargai kehidupan habitat di tepi pantai, menjaga kebersihan pantai selain mewujudkan nilai kebertanggungjawaban sebagai pengunjung terhadap kawasan peliharaan penyu serta pantai meliputi aspek keselamatan dan kebersihan. Ia juga dapat dijadikan platform untuk mendidik dan melatih generasi muda untuk lebih menghargai sumber alam serta memelihara dan memulihara habitat penyu di samping menggalakkan penyertaan di kalangan pendidik serta generasi muda dalam perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti kesukarelawan. Peserta juga terkesan dalam mengamalkan sikap pengasingan sisa pepejal semasa berkunjung ke kawasan pantai kerana berpeluang mempelajari komposisi sisa yang terjana di kawasan persisiran pantai.

▶ KUALA LUMPUR

Belia di Sabah khasnya di daerah Tawau berhasrat mengetahui

fungsi SWCorp dengan lebih mendalam sekaligus berkongsi pengetahuan mengenai peranan dan tanggungjawab SWCorp. P e r k o n g s i a n pengetahuan itu sangat berguna untuk dikongsi dengan belia lain di negeri berkenaan. Bagi mereka, kewujudan SWCorp dilihat telah memberikan impak positif kepada aspek keceriaan dan kebersihan khususnya di kawasan bandaraya Kuala Lumpur. “Akta 672 dan 673 memang tidak diguna pakai di negeri Sabah tetapi kami dapat melihat kebaikannya di negeri-negeri yang terlibat. Ia menarik perhatian kami untuk mengenali SWCorp dengan lebih dekat kerana kami juga mahu merasai impak positif yang sama khasnya di daerah asal kami, Tawau,” demikian menurut Timbalan Presiden Persatuan Sukarelawan Belia Akar Umbi Tawau (PELITA), Samsuddin Hasing. Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat daripada Timbalan Pengarah (Operasi) SWCorp Wilayah Persekutuan, Zahir Mohd Shari sempena lawatan sambil belajar mereka ke SWCorp di sini. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan) SWCorp Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Harry Susant; Naib Presiden PELITA,

Sharin Abdul Rahim; dan Setiausaha PELITA, Rafeah Gani. D a l a m perkembangan yang sama, Samsuddin juga mempelawa SWCorp mengadakan program di Tawau dan berharap persatuan mereka boleh menjadi platform untuk pelaksanaan program yang dirancang. “Kita percaya ada ruang yang boleh diberikan kepada persatuan kami di Tawau untuk bekerjasama di dalam mengadakan aktiviti secara bersama dengan pihak SWCorp. Pihak kami bersedia berkolaborasi dengan SWCorp bagi melaksanakan program transformasi minda khususnya melibatkan kesedaran awam dan kitar semula di kalangan belia”.

Para sukarelawan Sahabat Alam Malaysia menunjukkan pokok-pokok yang akan ditanam di persisir pantai Lumut

Pegawai dari SWCorp Wilayah Persekutuan bergambar bersama pihak Persatuan Sukarelawan Belia Akar Umbi Tawau (PELITA)

Peserta diberikan pendedahan terhadap penjagaan pantai & usaha memulihara habitat penyu

Akta 672 dan 673 memang tidak

tergunapakai di negeri Sabah tetapi kami dapat melihat

kebaikannya di negeri-negeri yang terlibat. Ia menarik

perhatian kami untuk mengenali SWCorp dengan

lebih dekat kerana kami juga mahu merasai impak

positif yang sama khasnya di daerah asal kami, Tawau".

Page 7: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

Penyokong Perak & Pahang jaga kebersihan stadium

Tangkas selesaikan aduan penduduk

Ms.7

▶ IPOH

SWCorp Negeri Perak dan The Perak Football Association (PAFA)

telah menjalankan program transformasi minda masyarakat ke arah menjaga kebersihan stadium semasa perlawanan bola. Program yang dimulakan sejak tahun 2015 ini nampaknya terus mendapat sambutan baik dan untuk tahun ini, sekali lagi aktiviti Penjagaan Kebersihan Venue Pertandingan Piala Malaysia di Stadium Perak

diadakan. Dengan penyokong pasukan bola sepak Perak dan Pahang FC seramai 19,720 orang, kempen menjaga kebersihan stadium sudah dimulakan dan tamat hingga 11.00 malam. Hasilnya kutipan sampah sebanyak dua tan berjaya dikumpulkan. Objektif program untuk memberi kesedaran kepada penyokong bola sepak Perak khususnya mengenai kepentingan menjaga dan memelihara kebersihan

stadium di samping memberi pendedahan tentang Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca mengikut kategori yang telah ditetapkan sangat berjaya. Program singkat ini juga telah mendidik penyokong yang hadir agar lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan kebersihan dan alam sekitar. Antara aktiviti sepanjang program ialah memasang “banner” dengan mesej “Kebersihan Stadium Tanggungjawab Bersama”; membuat pengumuman

berkenaan penjagaan kebersihan stadium sebelum dan selepas perlawanan oleh juruacara stadium; meletakkan plastik-plastik sampah di kawasan berhampiran tempat duduk penonton di dalam stadium; dan mengutip sisa-sisa yang terdapat di dalam stadium bersama-sama dengan penonton selepas perlawanan tamat. Turut dipaparkan di papan scoreboard ialah mesej “Kebersihan Stadium Tanggungjawab Bersama” selain wajah-wajah insan mulia

yang mengutip sampah sebagai motivasi kepada orang lain untuk turut terlibat. Justeru program ini dijangka akan diperluaskan bersama kelab penyokong yang berdaftar di negeri Perak dan satu Unit Kebersihan di dalam setiap kelab akan ditubuhkan sebagai penggerak untuk menggerakkan penyokong bersama-sama membuat pembersihan di stadium selepas perlawanan diadakan.

▶ KUALA LUMPUR

SWCorp Kuala Lumpur telah mengambil tindakan proaktif dengan

mengadakan lawatan dan pemantauan di lokasi sampah haram selepas menerima aduan daripada orang awam berkaitan aktiviti pembuangan sampah haram di atas lot-lot banglo yang terletak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Taynton View Cheras, Kuala Lumpur. Kunjungan dan pemantauan di tapak lokasi sampah haram berkenaan dibuat pada 27 Januari 2017 lalu. Sehubungan itu, pemantauan yang lebih kerap akan diadakan ke atas lokasi ini bagi menyegerakan siasatan dan pembukaan kertas siasatan.

Sampah longgok di SetapakPada 24 Januari 2017 yang lalu, SWCorp Kuala Lumpur telah melawat kediaman di No. 2, Jalan Perusahaan Satu, Setapak, Kuala Lumpur sebaik menerima aduan berkaitan masalah pembuangan sampah longgok

di hadapan kediaman terbabit. Lawatan turut disertai Alam Flora Sdn. Bhd. dan hasil siasatan mendapati kawasan aduan mempunyai sisa makanan yang bercampur dengan sisa pukal di hadapan rumah terbabit. Masalah dikenalpasti berpunca dari sikap penduduk sekitar yang tidak bertanggungjawab dan memandang remeh terhadap isu kebersihan. Sebagai tindakan, kerja-kerja pembersihan kawasan dilakukan pada hari yang sama. Manakala lokasi sampah longgok telah dipasang barrier tape dan Notis Peringatan Mesra telah diedarkan kepada penduduk dan pengusaha industri di sekitar kawasan tersebut di samping pemantauan berkala akan dilakukan oleh anggota SWCorp di sekitar lokasi berkenaan.

Pembuangan sisa binaanDi Tebing Sungai Kerayong, Jalan Damai, Kuala Lumpur pula, SWCorp telah menerima aduan mengenai pembuangan sampah haram dari sisa binaan berhampiran SJKC Confusion.

SWCorp Kuala Lumpur sekali lagi turun padang untuk meninjau permasalahan sebenar yang berlaku pada 19 Januari 2017 bersama pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dan Alam Flora Sdn. Bhd., siasatan mengenalpasti aduan adalah berkaitan isu pembuangan haram sisa binaan. Tinjauan juga mendapati kawasan tersebut di bawah selenggaraan dan perkhidmatan JPS. Justeru, pihak JPS akan mengadakan perbincangan bersama pihak DBKL bagi menyelesaikan isu berkenaan. Selain itu, pihak SWCorp juga telah meminta pihak JPS untuk membuat halangan bagi mencegah aktiviti pembuangan sampah haram yang berterusan dan menyegerakan pembersihan sampah yang tersangkut di tebing sungai. Selain itu, pemantauan berkala juga akan dilakukan oleh anggota penguatkuasa SWCorp.

Kanak-kanak turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai kempen kebersihan di Stadium Perak baru-baru ini

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan turun padang untuk meninjau lokasi aduan

|||DALAM NEGERI

PERINGATAN

SWCorp menasihati penduduk supaya tidak membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan. Ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000.00 dan tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan dan tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.

Page 8: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

Sisa elektrik & elektronik ANCAM DUNIA!

|||RENCANA

Ms.8

SETIAP tahun dianggarkan sebanyak 50 juta tan bahan elektronik dibuang sebagai

sisa pepejal di seluruh dunia. Ia dikenali sebagai e-waste. Lambakan buangan e-waste ini boleh membawa implikasi besar terhadap manusia dan alam sekitar. Ia merupakan cabaran besar kepada pengurusan sisa pepejal sama ada di peringkat nasional mahupun global. Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China adalah antara pengeluar bahan buangan elektronik yang tertinggi di dunia. Pada tahun 2007, di Amerika Syarikat sahaja terdapat lebih kurang 700 juta komputer usang dilupuskan sebagai sisa pepejal. Sementara itu China dilaporkan mengeluarkan satu juta tan buangan elektronik setahun dan Kesatuan Eropah menjana lebih kurang 8.7 juta tan (setahun) dan ia meningkat secara mendadak setiap tahun. Kajian terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, jumlah e-waste di Timur Asia dan Asia Tenggara meningkat dua per tiga antara 2010 sehingga 2015, masing-masing dalam bentuk jumlah dan ukuran per kapita. Peningkatan secara purata e-waste di seluruh 12 negara dan kawasan yang dianalisa iaitu Kemboja, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam adalah sebanyak 63 peratus dalam tempoh lima tahun berakhir 2015. Peningkatan ini didorong oleh permintaan tinggi terhadap peranti dan peralatan baharu barangan elektronik selain empat trend lain yang dikatakan turut menjadi

penyebab utama peningkatan e-waste.

Empat trend penyebab utama Empat trend utama yang menyebabkan peningkatan jumlah e-waste ialah pertambahan alat peranti. Inovasi teknologi mendorong penciptaan peralatan elektronik baharu seperti tablet dan jam tangan pintar. Boleh dikatakan hampir semua peralatan dicipta untuk memudahkan kehidupan manusia tetapi malangnya manusia hanya memikirkan teknologi untuk menghasilkan peralatan elektronik terkini tetapi cara pelupusan berkesan tanpa menjejaskan alam sekitar masih gagal dihasilkan. Kedua, peningkatan jumlah pengguna di rantau yang kebanyakan negaranya adalah negara industri dengan pertambahan penduduk terutama golongan kelas menengah yang mampu membeli lebih banyak alat peranti. Ketiga, hayat penggunaan sesuatu peralatan semakin pantas disebabkan perkembangan teknologi. Boleh dikatakan setiap hari pengilang menghasilkan peranti baharu dan ini menggalakkan lagi pengguna mendapatkannya. Keempat, import barangan peralatan elektrik dan elektronik (EEE) yang semakin meningkat sama ada peranti baharu mahupun terpakai. Ia turut meningkatkan jumlah e-waste apabila sudah berada di penghujung hayatnya. Dalam konteks Malaysia, penggunaan peralatan elektronik turut bertambah seiring dengan pertambahan penduduk. Statistik menunjukkan sejak tahun 1999 hingga 2003 jumlah komputer

Lambakan buangan

e-waste ini boleh membawa implikasi besar

terhadap manusia dan alam sekitar.

Ia merupakan cabaran

besar kepada pengurusan sisa

pepejal sama ada di peringkat

nasional mahupun global.

yang digunakan telah meningkat sebanyak dua kali ganda iaitu daripada 1.8 juta kepada 4.18 juta. Sementara itu penggunaan telefon bimbit meningkat sebanyak empat kali ganda daripada 2.7 juta pada tahun 1999 kepada 11.12 juta pada tahun 2003. Selain itu peralatan elektronik yang digunakan oleh penduduk Malaysia menunjukkan angka yang agak tinggi iaitu pada tahun 2003 bagi televisyen ialah 4.5 juta, radio 9.4 juta dan peti sejuk 3.5 juta. Kesemua barangan ini bakal menjadi bahan buangan apabila sampai ke penghujung hayatnya. S e m e m a n g n y a pengurusan buangan sisa pepejal di Malaysia pada ketika ini amat mencabar dan sering kali menjadi isu nasional. Kebanyakan tapak pelupusan sampah di Malaysia kini mempunyai hayat tampungan

yang semakin berkurangan. Ini disebabkan oleh jumlah penjanaan bahan sisa pepejal dan pertambahan penduduk yang semakin meningkat.

Mengapa perlu diurus dengan baik?Terdapat dua sebab utama mengapa sisa elektronik perlu diurus secara sistematik. Sebab yang pertama adalah buangan elektronik mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Terdapat lebih kurang seribu jenis bahan kimia dalam buangan elektronik. Ini termasuklah beberapa jenis logam berat yang boleh membawa kesan toksik kepada manusia seperti plumbum, raksa dan kadmium. Buangan elektronik juga mengandungi polychlorinated biphenyls (PCBs) yang boleh membawa

Page 9: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

Tapak pelupusan Rimba Mas

Ms.9

▶ KUALA LUMPUR

Pengurusan sisa buangan memerlukan kawasan yang sesuai dengan keadaan semasa. Justeru banyak tapak pelupusan

sampah yang sudah tidak sesuai lagi digunakan, ditutup dan diganti dengan tapak pelupusan yang baharu. Terbaharu ialah tapak pelupusan Padang Siding di Pauh, Arau yang sudah tidak lagi sesuai kerana dikelilingi taman perumahan dan sekolah serta tidak lagi berupaya menampung jumlah sampah yang banyak dari seluruh negeri. Justeru ia telah digantikan dengan tapak pelupusan baharu yang terletak di Rimba Mas, Chuping. Baru-baru ini, satu lawatan kerja untuk meninjau pembinaan tapak pelupusan itu telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Perlis yang diketuai oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perlis, Mat Hassan; Exco Alam Sekitar, Datuk Mat Rawi Kassim; ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad; dan ADUN Titi Tinggi, Khaw Hock Kong. Turut mengiringi bersama ialah Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar dan pegawai-pegawai daripada jabatan-jabatan yang berkaitan. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau tahap kemajuan kerja pembinaan tapak pelupusan dan juga bagi mendapatkan maklumat berkaitan fungsi tapak pelupusan sanitari yang menyediakan kemudahan pengurusan sisa pepejal secara selamat, efisien dan mesra alam. Tapak Pelupusan Sanitari Rimba Mas ini didirikan secara dua fasa. Untuk pembinaan fasa pertama, berkeluasan 41.3 ekar manakala untuk fasa pembinaan masa akan datang merangkumi keluasan sebanyak 32.2 ekar. Bagi tapak pelupusan, jangka hayat bagi setiap fasa adalah selama lima tahun. Tapak di Rimba Mas ini mampu menampung sampah dari seluruh Perlis walaupun pada masa tertentu sampah boleh meningkat sehingga 200 metrik tan sehari.

|||DALAM NEGERI

Terdapat lebih kurang seribu jenis bahan kimia

dalam buangan elektronik. Ini termasuklah beberapa

jenis logam berat yang boleh membawa kesan toksik kepada manusia

seperti plumbum, raksa dan kadmium. Buangan elektronik juga mengandungi

polychlorinated biphenyls (PCBs) yang

boleh membawa kesan karsinogenik kepada

manusia.

Bagi menggantikan tapak pelupusan Padang Siding

Fakta nombor

Keluasan keseluruhan Tapak Pelupusan Sanitari Rimba Mas

Tapak baharu ini mampu menampung sehingga 200 metrik tan sisa sehari

73.5 Ekar

200 Metrik Tan

kesan karsinogenik kepada manusia. Kajian yang dibuat oleh Basel Action Network (BAN) mendapati, daripada 500 juta komputer didapati mengandungi 2.8 bilion kilogram plastik, 716.1 juta kilogram plumbum dan 286,700 kilogram raksa. Secara puratanya setiap sebuah monitor komputer mempunyai enam peratus plumbum yang kebanyakannya terdapat dalam kaca tiub sinar katod (CRT). Sebab kedua mengapa buangan elektronik perlu diurus secara sistematik kerana peningkatan drastik jumlah bahan buangan elektronik. Jumlah tapak pelupusan yang sedia ada kini amat terhad dan tidak sesuai untuk pelupusan buangan elektronik. Pelupusan buangan elektronik kebiasaannya memerlukan proses yang agak

kompleks. Kaedah pelupusan sisa elektronik juga perlu mematuhi perundangan alam sekitar yang ditetapkan. Sisa elektronik kini dijadikan sumber bahan mentah untuk industri kitar semula bagi mendapatkan bahan-bahan kimia yang bernilai untuk kegunaan lain. Selain itu, buangan elektronik seperti komputer boleh diguna semula dengan kaedah membaikpulih komputer lama. Konsep 3R (Reuse, Reduce, Recycle) telah diterapkan dalam usaha untuk mengelakkan sisa elektronik terus dilupus dan mencemarkan alam. Bagaimanapun kaedah pelupusan buangan elektronik perlu mematuhi prosedur perundangan yang ketat.

Penyebab utama peningkatan jumlah e-waste berdasarkan kajian:

• Kurangkesedaranpenggunamenyebabkanramai yang tidak tahu mereka perlu melupuskan alatan elektronik secara berasingan. Mereka juga tidak tahu bagaimana atau di mana perlu dilupuskan sisa barang elektronik yang sudah usang.

• Kurang insentif menyebabkan penggunamengabaikan pengumpulan atau sistem kitar semula dan kadang-kala perlu mengeluarkan kos untuk melakukannya.

• Kurang keselesaan, pengguna tidak akanmemilih sistem kitar semula sedia ada jika ia memerlukan mereka untuk meluangkan masa serta mengeluarkan tenaga.

• Kurang lokasi sesuaiatau tapakpelupusanuntuk menempatkan sisa buangan berbahaya.

Info

Page 10: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

?DamDadu

3RJom bantu Mat 3R menghantar sisa

kitar semula ke Sangkar Kitar Semula.

Page 11: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic
Page 12: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

▶ MERSING

Satu program Ceramah Amalan Hijau telah diadakan di Balai

Polis Daerah Mersing baru-baru ini yang membabitkan 25 anggota polis daerah berkenaan. Ceramah yang disampaikan oleh Penguatkuasa SWCorp, Suhaimi Lani itu bertujuan memberi informasi tentang kepentingan amalan kitar semula bagi membasmi pencemaran persekitaran dengan penekanan amalan itu yang seharusnya bermula dari rumah, pejabat serta di peringkat komuniti. Antara pengisian ceramah ialah penggunaan bahan kitar semula dan mengoptimumkan penggunaan bahan yang boleh di kitar semula di pejabat untuk penjimatan yang lebih baik. Ceramah turut menjelaskan mengenai pembudayaan amalan kitar semula bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya sikap seseorang dan persekitaran yang akan menyumbang kepada kejayaan inisiatif ini. Secara keseluruhan, ceramah yang disampaikan berjaya menerapkan budaya cintakan kebersihan dan amalan kitar semula serta telah menarik ramai masyarakat untuk lebih dekat dan lebih mengenali

SWCorp. Untuk rekod, pada 1 Jun 2016 yang lalu, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menguatkuasakan pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca bagi negeri-negeri yang menerimapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di mana penduduk perlu mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori. Walaupun pada masa ini penguatkuasaan ini hanya bertumpu di kawasan penempatan penduduk, namun amalan ini seharusnya dilaksanakan di mana sahaja termasuk di pejabat.

NBOS Kulim capai objektif

SWCorp prihatin keselamatan, kesihatan pekerja

Polis Mersing ikuti program Ceramah Amalan Hijau

|||DALAM NEGERI

Ms.12

▶ KULIM

Untuk meningkatkan kesedaran penduduk terhadap amalan 3R

dan mengurangkan sisa pepejal ke tapak pelupusan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meneruskan pelbagai program bagi mendidik masyarakat untuk sama-sama menjayakan usaha berkenaan. Majlis terbaharu ialah Pra Pelancaran NBOS di Flat Taman Jati yang turut diisi dengan pameran 3R, demonstrasi pengkomposan takakura, kempen Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca serta aktiviti gotong-royong. Ia bertujuan memupuk

sikap tanggungjawab dalam memastikan persekitaran yang bersih dan selesa. Dengan kehadiran seramai 300 orang, majlis yang diadakan pada 18 Disember lalu itu dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Dato' Badrol Hisham Hashim. Hadir sama ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN); Ketua-ketua Jabatan Daerah Kulim; dan Pengarah SWCorp Negeri Kedah. Pada program berkenaan turut diadakan taklimat kebersihan, taklimat Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, gotong-royong dan

kempen penjelasan mengenai Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dari pintu ke pintu. Pada majlis Pelancaran Komuniti 3R di Flat Taman Jati juga diadakan majlis penyerahan Sangkar Kitar Semula kepada wakil penduduk flat berkenaan dan penyerahan kunci Sangkar Kitar Semula kepada pengerusi Badan Pengurusan Flat Taman Jati. Apa yang jelas, program ini dapat meningkatkan kesedaran penduduk berkenaan penjagaan kebersihan serta memperluaskan promosi berkenaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca.

▶ PEKAN

Pada 8 Februari lalu, bertempat di Dewan SWCorp, Pahang, telah

dilancarkan Program Hari Keselamatan dan Kesihatan SWCorp Negeri Pahang 2017, yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), SWCorp, Dato’ Zainul Abidin Abdullah ketika itu. Objektif program ialah untuk menerapkan kesedaran warga kerja supaya dapat mematuhi polisi keselamatan semasa bekerja dalam organisasi;

mewujudkan sistem pekerjaan yang selamat dan sihat; dan memberi galakkan kepada warga kerja untuk mengamalkan budaya kerja yang sihat dan sejahtera semasa menjalankan tugas. Program yang dihadiri 100 orang warga kerja SWCorp Negeri Pahang ini turut disertakan dengan pelbagai taklimat berguna berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Mereka yang hadir diberi taklimat mengenai Kesihatan dan Pekerjaan oleh

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Pahang; Taklimat Kebakaran dan Demonstrasi Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang; serta Taklimat Pemakanan Sihat yang disampaikan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kuantan. Hadir sama pada program berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Perbandaran Kuantan dan Pengurus Kawasan Perkhidmatan (Kuantan), pihak Alam Flora Sdn. Bhd.

Sebahagian anggota polis Mersing tekun mendengar ceramah dari pegawai SWCorp

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah menyempurnakan gimik penyerahan kunci Sangkar Kitar Semula

Adalah menjadi tanggungjawab majikan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mengadakan suasana tempat bekerja yang selamat dan sihat serta melindungi warga kerja yang bekerja daripada risiko yang mungkin berlaku.

Ceramah turut menjelaskan

mengenai pembudayaan amalan kitar

semula bukanlah sesuatu yang sukar

sebaliknya sikap seseorang dan

persekitaran yang akan menyumbang

kepada kejayaan inisiatif ini.

Page 13: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

▶ SEREMBAN

Sempena Tahun Baharu Cina yang lalu, SWCorp dengan

SWM Environment Sdn. Bhd. melancarkan “Ops Cuci Tong Sampah” yang melibatkan 632 buah tong sampah berpusat di seluruh Negeri Sembilan. Ia membabitkan tong sampah berpusat yang diletakkan di kesemua daerah dan juga kawasan tumpuan awam termasuk kawasan peranginan. Tujuan ia dibuat adalah untuk mendidik masyarakat supaya menjaga fasiliti yang disediakan bagi pengurusan sisa pepejal dan pembuangan sampah sarap dengan baik demi meningkatkan tahap kebersihan dan persekitaran. Ia penting kerana pengurusan sisa pepejal yang baik bukan hanya tertumpu kepada cara atau teknik kutipan sampah sahaja. Malah masyarakat perlu meningkatkan tahap kebersihan dan mewujudkan kawasan persekitaran yang lebih baik dan selesa. Sasaran Ops Cuci Tong Sampah ini ialah tong sampah berpusat yang ditempatkan di kawasan premis bertingkat yang mempunyai kapasiti sebesar 1,100 liter yang disediakan di lokasi yang telah ditetapkan. “Ia bagi memastikan agar tong sampah berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersih,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pengangkutan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Dato' Abu Ubaidah Dato' Md Reza. Menurut Abu Ubaidah, sekiranya tong sampah ini tidak dijaga dan dibersihkan dengan sempurna, hasrat kerajaan untuk menyediakan fasiliti yang moden dan canggih

dalam pengurusan sisa pepejal tidak akan tercapai. Katanya, pemilik premis kediaman juga digalakkan untuk membersihkan tong sampah beroda yang telah dibekalkan kerana kebersihan tong sampah tersebut menjadi tanggungjawab pemilik rumah. Sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang lalu juga perkhidmatan sisa pukal turut diberi tumpuan yang membolehkan masyarakat berbangsa Tiong Hua melupuskan sisa pukal sebelum hari perayaan tiba. Operasi berkenaan telah diadakan mengikut tiga fasa utama iaitu, sebelum perayaan, semasa perayaan dan fasa selepas perayaan. Abu Ubaidullah juga menyeru masyarakat agar terus membudayakan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca pada setiap masa dan bukan hanya pada musim perayaan sahaja.

Gotong-royong cegah denggi

SWCorp, SWM bantu mangsa banjir

Ops Cuci Tong SampahSempena Tahun Baru Cina

Ms.13

▶ RAUB

Peranan SWCorp tidak hanya terhenti sebagai badan yang mengawal

selia hal-hal sisa pepejal semata-mata. Ini dibuktikan oleh SWCorp Cawangan Raub yang turut menjadi antara salah satu agensi yang menganggotai Ahli Jawatankuasa Denggi Peringkat Daerah Raub dengan mengambil inisiatif membersihkan kawasan berisiko denggi di Kampung Sempam, Raub, Pahang. Program gotong-royong yang diadakan pada 22 Januari lalu, turut disertai pekerja Alam Flora Sdn. Bhd. dengan segala perkakasan dan peralatan untuk menjalankan gotong-royong berkenaan dengan matlamat membasmi tempat pembiakan nyamuk seperti di longkang-longkang dan sebagainya. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun; wakil Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Raub, Alam Flora Sdn. Bhd. dan masyarakat setempat. Sementara itu, SWCorp Cawangan Bentong pula mengadakan program ramah mesra bersama peniaga dan pengunjung Pasar Besar Bentong, pada 24 Januari lalu. Program disertai Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri' Liow Tiong Lai, YB Senator

Dato’ Hoh Khai Mun, Dato’ Mohammad Shahid Ismail, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Bentong, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Bentong dan anggota SWCorp Cawangan Bentong. Dalam program berkenaan, selain menyerahkan cenderahati kepada peniaga dan

pengunjung pasar berkenaan mereka turut meninjau keadaan pasar yang usang dan perlu penyelenggaraan semula. Para peniaga juga diingatkan untuk bersama-sama menjaga kebersihan pasar tersebut dengan membuang sisa-sisa yang berkaitan ke dalam tong sampah yang disediakan.

▶ SEGAMAT

SWCorp sekali lagi melunaskan tanggungjawab sosialnya apabila turun

padang membantu mangsa banjir di daerah Segamat, Johor. Kejadian banjir kali ini sememangnya memberi kesan yang besar bagi warga Segamat. Justeru dengan bantuan dan sokongan daripada syarikat konsensi SWM Environment Sdn. Bhd. dan kerjasama Majlis Daerah Segamat, satu majlis gotong-royong membersihkan kawasan yang dilanda banjir di kampung terlibat telah diadakan pada 24 Januari lalu. SWM Environment Sdn. Bhd. telah sama-sama membantu memungut barang-barang

yang rosak akibat banjir dan membersihkan jalan-jalan utama untuk memudahkan laluan orang awam yang ingin menggunakan laluan berkenaan. Untuk kerja-kerja pembersihan itu, SWM Environment Sdn. Bhd. telah menyediakan empat buah lori pukal, empat buah lori RoRo, sebuah JCB serta sebuah waterjet. G o t o n g - r o y o n g pembersihan ini disertai 40 anggota SWM Environment Sdn. Bhd. yang melakukan kerja-kerja pembersihan seawal jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dialami mangsa banjir yang terlibat.

Antara penduduk yang turut serta dalam aktiviti gotong-royong di Kg. Sempam, Raub

|||DALAM NEGERI

Program turut melibatkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun; wakil Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Raub, Alam Flora Sdn. Bhd. dan masyarakat setempat.

Fakta nombor

Orang pekerja SWM Environment Sdn. Bhd. terlibat.

40

Tujuan ia dibuat adalah

untuk mendidik masyarakat

supaya menjaga fasiliti yang

disediakan bagi pengurusan

sisa pepejal dan pembuangan

sampah sarap dengan

baik demi meningkatkan

tahap kebersihan dan

persekitaran.

Page 14: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

Hari Integriti SWCorp beri kesan

|||DALAM NEGERI

Ms.14

BERTEMAKAN “Integriti Di Hati”, seramai 250 pegawai yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp dan Timbalan, Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri dan warga kerja SWCorp meraikan sambutan Hari Integriti yang jatuh pada 5 November setiap tahun. Tarikh itu dipilih bersempena dengan penubuhan Institusi Integriti Malaysia (IIM) dan Penggubalan Pelan Integriti Nasional yang diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bagi warga kerja SWCorp sambutan ini pastinya menjadi penanda aras dalam membudayakan integriti sebagai cara hidup dan pemantapan etika ketika berurusan dengan masyarakat. Selain bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan warga kerja mengenai kepentingan membina nilai-nilai murni dan berintegriti

semasa menjalankan tugas, sambutan bagi warga SWCorp yang dibuat pada 20 Disember 2016 itu dirasmikan dengan penuh ikhtizam oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed. Antara pengisian sambutan ialah Forum Bicara Integriti oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dan seorang lagi panel dari Jabatan Audit Negara. Manakala bagi sesi petang, warga kerja diberi taklimat dari penceramah bebas iaitu Mohd Firdaus Ramlan yang merupakan mantan majistret yang berkongsi kisah-kisah dari tirai besi agar dapat memberi keinsafan, kesedaran dan iktibar agar tidak tersilap langkah dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Selain itu, sambutan Hari Integriti SWCorp juga bertujuan memberi penerangan

kepada warga kerja mengenai kepentingan integriti dalam bekerja; meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkenaan kepentingan aspek integriti; memantapkan

usaha pengawalan terhadap pelanggaran tata kelakuan; dan juga perkongsian mengenai kisah-kisah dari tirai besi agar dapat memberi iktibar kepada warga kerja agar tidak tersilap langkah di dalam membuat keputusan yang melibatkan salah

guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Selain lafaz ikrar integriti, sambutan turut dimeriahkan dengan pameran dan pembukaan kaunter dari beberapa agensi luar termasuk dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Zakat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Suruhanjaya Pilihanraya, syarikat telekomunikasi Celcom dan Samsung. Terdahulu, Zulkapli dalam ucapannya berkata, penghuraian dan tadbir urus yang baik berlandaskan kecemerlangan pengurusan yang cekap merupakan faktor utama sesebuah jabatan atau agensi. Katanya, nilai-nilai murni dalam memberikan perkhidmatan perlu diterapkan dalam menjadikan Malaysia sebagai sifar rasuah di samping membantu usaha-usaha kerajaan mencapai tahap yang

terbaik dalam kedudukan dunia. “Kita menyediakan perkhidmatan bukan sahaja memastikan perkhidmatan disempurnakan sebaiknya tetapi dapat memenuhi keperluan rakyat supaya apa yang kita berikan itu selain dapat meningkatkan perkhidmatan, ia juga dapat meningkatkan tahap negara kita ke arah lebih baik. “Sebab itu, kita diterapkan dengan sistem penyampaian berkesan, cekap dan kreatif agar tahap keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan terutamanya badan-badan beruniform seperti SWCorp dihormati dan ditingkatkan integritinya supaya mereka dapat lihat kita berada dalam suatu suasana yang terkawal. “Budaya integriti merupakan satu langkah untuk menyediakan masyarakat yang kukuh, bermoral dan bebas,” katanya.

Warga kerja SWCorp membuat Ikrar Integriti ketika sambutan Hari Integriti yang lalu

Penceramah bebas iaitu Mohd Firdaus Ramlan yang merupakan mantan majistret berkongsi kisah-kisah dari tirai besi agar dapat memberi keinsafan, kesedaran dan iktibar kepada warga kerja.

Nilai-nilai murni dalam memberikan perkhidmatan perlu

diterapkan dalam menjadikan Malaysia

sebagai sifar rasuah di samping membantu

usaha-usaha kerajaan mencapai tahap yang

terbaik dalam kedudukan dunia.

Page 15: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic
Page 16: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

Me n g e n a l i n y a m e m b u a t k a n orang lain

jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup. Itulah nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W. D i a n g k a t menjadi kekasih Allah S.W.T, namun baginda tidak pernah meninggi diri. Setiap tindak tanduk dan perbuatan sebaik mungkin mahu diikuti oleh umat. Dari baginda wujud hingga ke akhir zaman. Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah. Malah para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan baginda,

sekalipun perkara itu kecil. Bagi kita yang mungkin berazam untuk mengikuti amalan baginda yang dikatakan sebagai sunnah, apa kata kita lakukan dengan amalan sunnah yang baginda Rasulullah S.A.W lakukan setiap hari.

Membaca zikir di pagi hari dan waktu petang Allah S.W.T berfirman : “Dan sebutlah (nama) Rabbmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai,” (QS al-Araf : 205).

Mengamalkan solat DhuhaRasulullah S.A.W bersabda : ''Pada pagi hari kita diminta untuk

bersedekah dan setiap ucapan tasbih itu bernilai satu sedekah, setiap kalimah tahmid itu bernilai satu sedekah, satu ucapan tahlil bernilai satu sedekah, satu ucapan takbir bernilai satu sedekah. Memerintah yang makruf satu sedekah, mencegah yang mungkar satu sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha,'' (HR Muslim).

Solat berjemaah tepat pada waktuSolat berjemaah sangat penting. Rasulullah S.A.W bersabda : ''Kalau manusia tahu pahala solat dan saf awal, kemudian mereka tidak boleh mendapatkannya selain harus dengan mengundi, pasti mereka akan mengundi,'' (HR Muslim).

Menjaga Solat Rawatib Dalam sebuah hadis

disebutkan : ''Tidaklah seorang hamba melakukan solat sunat dengan ikhlas setiap hari sebanyak 12 rakaat melainkan pasti Allah akan membangunkan rumah di syurga,'' (HR Muslim).

Membaca al-QuranMembaca Al-Quran adalah zikir terbaik yang akan mendatangkan banyak kebaikan bagi yang membacanya. Rasulullah S.A.W bersabda, ''Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran akan datang sebagai pemberi syafaat bagi sahabatnya (orang yang rajin membacanya),'' (HR Muslim).

Selalu berusaha dalam keadaan yang suciTentang sentiasa suci ini, Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ''Siapa yang berwudhu dan

membaguskan wudhunya, kesalahan-kesalahannya akan keluar dari jasadnya, bahkan sampai keluar dari hujung-hujung kukunya,'' (HR Muslim).

Sedekah harian''Pernah suatu ketika, seorang lelaki datang menemui Rasulullah S.A.W dan bertanya, Wahai Nabi, sedekah apa yang paling utama? Nabi S.A.W menjawab, bersedekahlah saat kau dalam keadaan sihat, kikir, takut miskin dan sedang berharap menjadi kaya, tidak menunda sampai nyawa di hujung baru kau berkata, aku sedekahkan ini untuk si pulan, padahal itu sudah menjadi bahagian si pulan (ahli warisnya),” (HR Bukhari).

Gaut adalah penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam

badan. Asid urik merupakan bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein dipanggil purin. Badan manusia akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine). Bagi pengidap gaut, asid urik yang berlebihan dan tidak dibuang, akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari. Penyakit gaut juga merupakan salah satu penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada waktu dahulu penyakit gaut boleh menyebabkan kemudaratan serta kecacatan, tetapi dengan adanya kemajuan dalam bidang perubatan, penyakit gaut kini boleh dikawal sama ada

secara perubatan moden atau penawar gaut. Gaut juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid urik seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis. Bagi mereka yang belum mengetahui mengenai penyakit gaut ini, ia boleh dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak tahun 1800. Kadar pesakit gaut dianggarkan satu dalam 100 orang. Meskipun gaut sering dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini. Tetapi ingat, gaut mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga. Selain melakukan

pencegahan berterusan, setiap pesakit gaut perlu prihatin dengan tanda-tanda gaut yang akan menyerang. Gejala di sebelah adalah tanda-tanda gaut biasa dialami kebanyakan pengidap gaut. Ia boleh dijadikan sebagai panduan asas. Jika ada salah satu tanda tanda penyakit gaut tersebut segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan rawatan segera. Adalah sesuatu yang sangat membahayakan jika penyakit gaut ini tidak dirawat. Ia boleh menyebabkan kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak. Gaut biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid urik. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid urik dalam tubuh.

Jom ikut sunnah Rasulullah S.A.W

Gaut… derita yang tak tertanggung

|||ROHANI & KESIHATAN

Ms.16

“Sesungguhnya pada diri

Rasulullah itu contoh ikutan

yang baik, iaitu untuk orang

yang sentiasa mengharapkan

keredhaan Allah dan balasan

baik pada hari akhirat. Dia

pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-

banyaknya”. (Al-Ahzab : 21)

10 Tanda Penyakit Gout

1. Gaut kebiasaanya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan sangat sakit. 2. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. 3. Sendi yang diserang menjadi bisa. 4. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang- kurangnya 1 hingga 2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. 5. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. 6. Gaut boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

7. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urik yang mungkin kelihatan seperti kapur. 8. Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap. 9. Penyakit gaut ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba-tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. 10. Apabila tengah malam, pesakit akan merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit.

Page 17: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

Badan Bukan Kerajaan (NGO), EcoCentric Transitions muncul dalam

kalangan ratusan lagi NGO dengan konsep dan mekanisme yang berbeza. Walaupun matlamatnya sama seperti kebanyakan NGO alam sekitar yang lain, namun pendekatan yang dibawa oleh NGO ini adalah lebih memfokuskan kepada kesedaran dan empati terhadap alam sekitar. Ia dilakukan menerusi bengkel pendidikan dan juga pelaksanaan projek. NGO ini jugalah yang memperkenalkan apa itu yang dipanggil usahawan

sosial. Usahawan sosial ini menggalakkan rakyat Malaysia mewujudkan gaya hidup yang seimbang menerusi pengalaman dan menangani masalah menerusi pembelajaran. EcoCentric berperanan dalam memperkasakan individu melalui pembentukan kemahiran dan empati ekologi dengan bengkel-bengkel seperti berkebun dalam bandar, pertanian organik, kaedah lakukan sendiri upcycling dan mengalakkan komuniti berfikir mengenai sistem. Uniknya mereka memperjuangkan

penyelesaian yang praktikal dengan mencari punca kepada masalah itu. Selain itu badan ini juga memperkukuh daya tahan masyarakat melalui inisiatif setempat dan membina hubungan baik dengan mereka. Ia dilakukan dengan menjadi tuan rumah, memudahkan dan mewujudkan program-program yang positif dalam mempengaruhi cara pemikiran masyarakat dengan berkongsi ruang yang sama, menyokong ekonomi tempatan dan berhubung dengan satu sama lain.

Badan ini juga bertindak membimbing mereka yang baharu melibatkan diri dalam industri untuk terus berdaya mampan berdasarkan strategi asas mereka. Ini dilakukan dengan menyediakan khidmat nasihat untuk pembangunan syarikat bagi peruncit dan pembekal perkhidmatan terutamanya yang berkaitan dengan projek dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka. SahabatTidak bergerak berseorangan, EcoCentric berada dalam

satu rangkaian atau platform perkongsian idea dan sumber dalam membina masyarakat mampan yang komited. Antara rangkaian NGO yang turut sama menjadi rakan kepada NGO ini adalah Green Drinks KL, EcoKnights, Treat Every Enviroment Special, Kuala Lumpur Eco Filem Festival, Fiona Kwok, Global Enviroment Centre (GEC) dan banyak lagi.

EcoCentric Transitions : Bersahabat dan berbakti

Ms.17

Ecocentric turut bertindak dalam memperkasakan individu melalui pembentukan kemahiran seperti berkebun dalam bandar dan pertanian organik

|||NGO

EcoCentric fokus pada kesedaran alam sekitar melalui bengkel pendidikan dan perlaksanaan projek yang menarik.

Page 18: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

SWCorp amat menghargai sokongan anda semua yang bersama-sama berkongsi menyampaikan mesej kesedaran kepada orang awam melalui media sosial. Semoga dengan keperihatinan ini akan menjadi penyuntik semangat buat seluruh masyarakat untuk menghargai kebersihan alam sekitar.

#JAGAKEBERSIHAN #KEBERSIHANTANGGUNGJAWABBERSAMA

#ASINGKAN

Page 19: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

Langkah 01

Langkah 03

Langkah 05

Kredit

Bahan-bahan

Langkah 02

Langkah 04

Buang bahagian pembuka tin yang tidak diperlukan menggunakan playar.

Sambungkan kedua-dua hujung yang telah dikait. Kemudian kait pula di bahagian tengahnya.

Akhir sekali lekatkan pin keronsang menggunakan gam di bahagian belakang.

http://kitarsemulapembangunansahsiah.blogspot.my/2014_04_01_archive.html

1. Pembuka tin minuman2. Benang kait3. Jarum kait4. Pin kerongsang5. Playar6. Gunting7. Berus8. Gam

Kaitkan pembuka tin seperti gambar di atas sebanyak enam keping.

Malaysia boleh mencapai tahap negara maju melalui peningkatan ekonomi dengan memfokuskan kepada aktiviti perniagaan produk tempatan agar rakyat tidak perlu lagi terlalu bergantung dengan barangan import.

Penambahbaikan dari sektor ekonomi negara akan dapat mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini selain penyediaan kemudahan setaraf dengan kemudahan disediakan negara luar.

Untuk mencapai status negara maju, kita harus mendidik masyarakat untuk menjadi rakyat yang berfikiran kelas pertama. Jika ini pun tidak dapat dilakukan, sampai bila-bila pun Malaysia tidak akan maju.

Untuk mencapai kemajuan di negara sendiri sebenarnya bermula dari membanteras rasuah. Pembentukan persekitaran yang sihat akan memperlihatkan kesan positif kepada negara dan juga masyarakat.

Malaysia berkembang maju apabila ekonomi dalam negara kukuh dan pelbagai cabang teknologi seperti pertanian, penternakan dan industri dipertingkatkan seraya negara boleh mengeksport hasil negara ke luar.

Seterusnya kait pula di bahagian luar dengan benang berlainan warna sehingga habis dan cantumkan kedua-dua bahagian hujung seperti gambar di sebelah.

Hai… Kali ini di ruangan Tips Kitar Semula akan berkongsi tentang cara membuat kerongsang dari pembuka tin minuman. Sudah pastinya ia akan menjadi koleksi menarik untuk anda. Selamat mencuba!

Bagaimana Malaysia boleh mancapai tahap negara maju?

MAISARA RASHID

NOR AMIRA SYAIRAH

NURRUL IZA MD SAID

NUR SYAHIRAH ZULKARNAEN

TENGKU FARHAN

Eksekutif

Suri Rumah Tangga

Pakar Takaful

Akauntan

Peniaga Online

Kerongsang Penutup Tin Minuman

PERSPEKTIF

Page 20: Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Menteri kepada warga ... · Kita perlu ada KPI. ... Mall dan Medan Ikan Bakar, Port Dickson akan menjadi premis terawal menggunakan Anaerobic

Walaupun dia sering dijadikan p e r u m p a m a a n

bagi bahan jenaka sebahagian daripada kita, namun dia tidak pernah berkecil hati jauh sekali mahu memusuhi manusia. Sebaliknya manusia yang tetap rakus dan haloba. Memburu dan terus memburu. Tahukah anda, dugong juga mahu hidup nyaman seperti kita. Mahu spesiesnya terus membiak dan menikmati keenakan rumpai laut sepuas-puasnya. Bukannya menjadi buruan perakus yang mahukan daging dan minyaknya sahaja. Disebalik saiznya yang gedempol, jika kita mengenali dan menyelami hati si dugong ini, pastinya akan terbit rasa kasihan apabila mengetahui di negara ini hanya tinggal kira-kira 100 ekor dugong sahaja. Masa depan dugong semakin terancam. Malah sejak penemuannya pada lewat 1960-an lagi kewujudannya diburu. Ia berdepan kepupusan yang serius. Populasi mamalia akuatik itu amat sedikit dengan kebanyakannya didapati di perairan negeri

Johor, Sarawak dan Sabah. Dianggarkan hanya tinggal 40 hingga 50 ekor di Johor, manakala 20 hingga 30 ekor di Sabah dan juga Sarawak. Situasi itu semakin meruncing dengan purata kematian dugong direkodkan antara tiga dan lima ekor setahun. M e n u r u t Pengurus Program yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) Dugong di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu, antara faktor menyumbang kepada penurunan populasi hidupan laut berkenaan, selain pemburu, dugong juga menjadi mangsa akibat tersangkut dalam pukat, selain pencemaran laut dan kemusnahan habitat hidupan berkenaan. " K a d a n g - k a l a apabila pukat diturunkan sehingga dasar laut khususnya di kawasan berumput di mana dugong suka mencari makan, ia akan tersangkut pada pukat berkenaan dan lemas kerana ia perlu bernafas setiap lima hingga tujuh minit. Itu adalah punca kematian terbesar dugong," katanya pada sidang media mengenai konservasi

dugong di Malaysia satu ketika dahulu. Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Malaysia telah menyediakan Pelan Tindakan Pengurusan dan Pemuliharaan Dugong di Malaysia (NPOA) bagi melindungi spesies berkenaan termasuk memelihara eko-sistem rumput laut. Seekor dugong dikatakan perlu memakan kira-kira 40 kilogram rumput laut sehari, serasi dengan gelaran diberikan kepada haiwan berkenaan iaitu “lembu laut”.

Habitat perlu dilindungiMenurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, kajian akan dijalankan bagi mengenalpasti kawasan rumput laut di Malaysia sebagai usaha memelihara dugong dan habitatnya. "Kawasan yang ada dugong adalah kawasan yang ada rumput laut. Kalau tiada rumput laut, maka tiada dugong. Jadi kita perlu memelihara kawasan-kawasan rumput laut ini bagi memastikan dugong kekal dalam negara, kerana di dunia, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai dugong.

"Kalau tidak dipelihara satu hari nanti, tidak akan ada lagi dugong di negara ini dan generasi akan datang tidak akan tahu apa itu dugong," katanya. Di peringkat a n t a r a b a n g s a , International Union for Conservation of Nature (IUCN) menyenaraikan dugong sebagai spesies terancam, manakala CITES menghadkan atau mengharamkan perdagangan barangan berasaskan populasi terlibat. Sungguhpun spesies ini dilindungi di kebanyakan negara dalam lingkungannya, punca utama penurunan populasinya termasuklah penerokaan kawasan baharu, pemburuan, kehilangan habitat serta kematian yang disebabkan aktiviti menangkap ikan. Dengan jangka hayat yang panjang sehingga 70 tahun atau lebih, serta kadar kelahiran yang rendah, dugong terdedah kepada ancaman tersebut. Dugong juga terancam akibat ribut, parasit serta haiwan pemangsa seperti jerung, paus pembunuh dan buaya.

Kenali dugong

Mari selamatkan si Dugong!

|||TRIVIA

Ms.20

Dugong (Dugong dugon) merupakan salah satu daripada empat spesies sirenia laut yang masih hidup selain manatee. Ia satu-satunya haiwan yang mewakili keluarga Dugongidae yang boleh didapati di kawasan perairan sekurang-kurangnya di lebih kurang 37 negara di rantau Indo-Pasifik. Bagaimanapun kebanyakan dugong tinggal di perairan utara Australia.

Dugong juga dikenali sebagai perempuan laut di sesetengah negara. Hidupnya yang bergantung pada rumpai laut menjadikan pergerakannya tidak sebebas ikan-ikan lain yang boleh makan apa sahaja.

Lazimnya dugong memerlukan kawasan yang luas, cetek dan terlindung seperti di kawasan teluk dan paya bakau. Jika kita perhatikan muncung dugong menghala sedikit ke bawah untuk membolehkan dia meragut rumpai laut.