perhiasan diri masyarakat melayu

Upload: aziela-alias

Post on 29-Feb-2016

980 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

perhiasan diri

TRANSCRIPT

Perhiasan Diri Masyarakat melayu

Pengenalan

Barang perhiasan merupakan pelengkap dan penyeri kepada si pemakai tidak kira lelaki mahupun wanita. Barang perhiasan bagi lelaki adalah seperti tali pinggang besar (seperti tali pinggang jemaah haji), jam gantung, tongkat, cincin dan lain-lain. Manakala bagi wanita pula, barangan perhiasannya kebanyakan diperbuat daripada emas ataupun perak seperti gelang, cincin, rantai, subang, cucuk sanggul, kerongsang dan sebagainya.

Sejak zaman pemerintahan Melayu lama lagi, pakaian dan perhiasan diri dianggap sebagai lambang atau kedudukan di dalam sesebuah masyarakat Melayu. Namun pada hari ini, tanggapan tentang lambang atau kekuasaan seseorang tidak lagi diambil kira kerana semua golongan mampu untuk memiliki barang perhiasan diri mengikut citarasa dan perkembangan terkini. Barang perhiasan kerapkali dipakai oleh wanita ketika menghadiri majlis-majlis yang tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.

Barang Hiasan

Barang perhiasan yang sering dikaitkan dengan wanita lazimnya diperbuat daripada emas atau perak. Selain itu, terdapat juga barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga. Terdapat pelbagai reka bentuk dan corak yang menghiasi barang perhiasan tersebut. Pada zaman dahulu tukang emas atau perak biasanya memilih corak yang berunsur flora dan fauna (motif tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan binatang). Masyarakat pada zaman dahulu sangat akrab dengan alam semula jadi maka dengan itu, kebanyakan bentuk dan corak yang terdapat pada barang perhiasan wanita memiliki ciri-ciri alam.

Reka bentuk dan corak untuk menghasilkan barang perhiasan adalah sangat penting. Hal ini kerana ukiran tersebut melambangkan nilai dan maksud yang tertentu. Tukang emas/perak/tembaga Melayu pada zaman dahulu lebih gemar memilih motif bunga-bungaan tumbuh-tumbuhan. Hal ini kerana reka bentuk dan corak pada barang perhiasan secara tidak langsung dapat membezakan hasil pertukangan masyarakat Melayu dengan masyarakat yang lain. Di samping itu ukiran ini juga dapat menerangkan sejarah dan perkembangan seni pembuatannya