perdamain (sulh)

20
PERDAMAIN (SULH) ZAFIRAH ABDULLAH

Upload: zafirah-abdullah

Post on 22-Jan-2018

252 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perdamain (sulh)

PERDAMAIN (SULH) ZAFIRAH ABDULLAH

Page 2: Perdamain (sulh)

TAKRIF

Sulf (Perdamaian) ialah :

Usaha untuk menyelesaikan sesuatu perselisihan

Mencapai persetujuan antara pihak yang bermusuh

Mewujudkan perdamaian antara mereka.

Kesahihan menurut Syarak

“Perdamaian itu lebih baik” (An-Nisa : 128)

“Perdamaian adalah harus dan Sah di antara orang-orang Islam, kecuali Perdamaian yang menghalalkan perkara yang haram, atau mengharamkan perkara yang halal” (Hadis Nabi)

Page 3: Perdamain (sulh)

HIKMAH

Syariat Allah menggalakkan manusia supaya menunaikan segala hak orang lain. Mengabaikan aspek ini akan menjadi punca utama berlakunya segala pergaduhan dan perselisihan.

“ Janganlah kamu makan ( atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan cara yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (sebagai rasuah) kepada hakim-hakim supaya kamu dapat memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta benda manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (kesalahannya)”

(Al-Baqarah : 188)

“Janganlah kamu saling membenci. Janganlah kamu saling berdengki. Janganlah kamu saling memutuskan hubungan. Sebaliknya jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara”

(Hadis Nabi)

Page 4: Perdamain (sulh)

JENIS KONTRAK PERDAMAIAN

1. Perdamaian antara negara Islam dan bukan negara Islam.

Contoh: Perjanjian Hudaibiyah (Sirah Rasulullah S.A.W)

2. Perdamaian antara pihak yang benar dan pihak yang memberontak di kalangan orang Islam (Bughah)

3. Perdamaian antara suami-isteri ketika berlaku perselisihan

4. Perdamaian antara dua pihak yang bertelagah mengenai perkara yang tidak membabitkan harta dan mereka bukan golongan yang memberontak (bughah)

5. Perdamaian dalam aspek muamalat yang membabitkan harta.

Page 5: Perdamain (sulh)

PERDAMAIAN DALAM MUAMALAT1. Perdamaian antara Pendakwa dan Didakwa

1. Berlaku dalam keadaan orang yang didakwa menafikan dakwaan tersebut.

2. Perdamaian ini dinamakan perdamaian beserta penafian

3. Berlaku dalam keadaan orang yang didakwa mengakui kebenaran dakwaan tersebut

4. Perdamaian ini dinamakan perdamaian beserta pengakuan.

Perdamaian beserta Penafian

Contoh : Seseorang membuat tuntutan ke atas orang lain. Misalnya dalam bentuk hutang (RM 1000).

Orang yang didakwa menafikan tuntutan tersebut . Perdamaian tersebut tidak sah kerana ia menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Jika pendakwa yang berbohong: Bermakna perdamaian ini menghalalkan dia mengambil harta orang lain. Sedangkan perbuatan ini diharamkan.

Jika dakwaan pendakwa itu benar : Bermakna dia telah mengharamkan sebahagian hak miliknya sedangkan harta tersebut hak miliknya. Melalui penafian orang yang didakwa memaksanya menggugurkan haknya.

Page 6: Perdamain (sulh)

PERDAMAIAN DALAM MUAMALATPerdamaian berserta Pengakuan Kes ini membabitkan seseorang menuntut sesuatu hak daripada orang lain, dalam bentuk hutang atau barangan.

Orang yang didakwa mengakui kesahihan dakwaan tersebut tetapi dia menuntut supaya diadakan perdamaian

a) Perdamaian membabitkan barangan tertentu

1) Sulh al-hathithoh (Rebat)

Membabitkan pengambil alihan sebahagian daripada barangan tertentu

Contoh : Sebuah Rumah.

Melalui perdamaian tersebut, dipersetujui pendakwa mengambil separuh daripada rumah tersebut dan bakinya dikira sebagai anugerah pendakwa kepada pemegang barangan tersebut (Orang yang didakwa)

Orang yang berhak terhadap barangan tersebut telah menggugurkan sebahagian haknya terhadap barangan tersebut untuk diserahkan kepada yang didakwa.

Page 7: Perdamain (sulh)

PERDAMAIAN DALAM MUAMALAT2) Sulh al-Mu’awadhah (Tukaran)

Persetujuan yang dicapai ialah orang yang didakwa tersebut bersetuju membayar semula dengan barangan lain sebagai ganti kepada barangan tersebut.

Contoh : Perkara yang didamaikan : Sebuah Rumah

Kedua pihak berdamai supaya orang yang didakwa menggantikan dengan sebuah kereta.

Kontrak ini tertakluk dengan Khiyar majlis, Khiyar Syarat dan Khiyar Cacat.

Perkara yang membatalkan jual beli juga akan turut membatalkan kontrak ini

b) Perdamaian membabitkan Hutang

1) Sulh al-Hathithoh

Pemiutang bertelingkah dengan penghutang dan penghutang mengakui mengenai hutang tersebut.

Setelah kedua pihak berdamai, mereka setuju supaya pemiutang merebatkan sebahagian daripada jumlah hutang tersebut.

Contoh : Penghutang hanya membayar RM 500 sahaja daripada hutang RM 1000

Page 8: Perdamain (sulh)

PERDAMAIAN DALAM MUAMALAT

Orang yang membebaskan penghutang daipada bebanan tertentu mestilah orang yang layak memberikan sumbangan

Tidak sah dilakukan oleh penjaga /kanak-kanak

Orang tersebut mestilah mengetahui bahagian yang dilangsaikannya (diibra’kan)

Tidak sah jika dia membebaskan suku bebanan hutang sedangkan dia tidak tahu jumlahnya.

Pelangsaian(ibra’) mestilah berkaitan dengan hutang. Tidak sah mengaitkannya dengan barangan.

Tidak terikat dengan syarat atau tempoh tertentu

Page 9: Perdamain (sulh)

Jika penghutang enggan menjelaskan baki hutang?

Adakah hutang tersebut kembali seperti sedia kala dan pemiutang boleh menuntut seluruh jumlah hutang tersebut?

Jawapan: Jika pemiutang telah mengibra’kan (melangsaikan) sebahagian hutang, pemiutang hanya boleh menuntut baki hutang sahaja.

“Perkara yang gugur tidak akan kembali”

2) Sulh al-Mu’awadhah (Tukaran) membabitkan hutang

Kes ini membabitkan satu pihak mendakwa lawannya berhutang dengannya

Orang yang didakwa mengakuinya

Kedua pihak membuat perdamaian dengan penghutang akan memberikan pemiutang barangan tertentu; contonya mesin basuh.

Kes ini dikategorikan sebagai mu’awadhah (tukaran) dan jual beli

Page 10: Perdamain (sulh)

PERDAMAIAN DALAM MUAMALAT2) Perdamaian antara Pendakwa dan Pihak Ketiga

Kes ini membabitkan satu pihak mendakwa lawannya berhutang dengannya

Muncul pihak ketiga yang membuar perdamaian dengan pendakwa

1. Pihak ketiga ini mendakwa dia adalah wakil kepada yang didakwa dan dia akan membuat perdamaian bagi pihak yang didakwa

• Jika tiada sebarang penafian daripada pihak yang didakwa, apabila mereka mencapai persetujuan, perdamaian tersebut adalah SAH

• Jika pihak yang didakwa menafikan wakil tersebut, perdamaian tersebut TIDAK SAH

2. Pihak ketiga membuat perdamaian bagi pihak dirinya

• Contoh: Dia berkata. “ Orang yang anda dakwa mengakui dakwaan anda dan sayan datang untuk berdamai dengan anda tentang barangan tersebut untuk digantikan dengan sesuatu”

• Dalam kes ini, pihak ketiga tidak mendakwa sebagai wakil pihak yang didakwa

• Perkara ini dikategorikan sebagai jual beli (Fadhuli), iaitu seorang membeli untuk orang lain (tanpa izin).

• Amalan ini tidak sah

Page 11: Perdamain (sulh)

PERDAMAIAN DALAM MUAMALAT3. Pihak yang didakwa menafikan dakwaan pihak pendakwa tetapi…

Pihak ketiga berkata : “Penafiannya itu tidak benar dan pihak ketiga ini cuba berdamai tentang perkara tersebut bagi pihak dirinya”

Kes ini sama seperti kes menjual barangan yang dirampas kepada orang lain.

Jika dia mampu mengambil semula barangan tersebut daripada pihak yang didakwa, perdamaian tersebut SAH

Jika tidak, ia TIDAK SAH

4. Pihak yang didakwa menafikan dakwaan pihak pendakwa dan pihak ketiga tidak menolak penafian tersebut..

..tetapi dia berdamai dengan pihak pendakwa mengenai perkara tersebut bagi pihak dirinya

Perdamaian ini TIDAK SAH kerana dia seolah membeli drp pendakwa sesuatu yang masih belum sah menjadi milik pendakwa.

Page 12: Perdamain (sulh)

RUKUN DAN SYARAT PERDAMAIAN

Rukun pertama : Pihak yang berdamai

1. Taklif 1. Orang yang berakal dan baligh

2. Perdamaian oleh Kanak-kanak walaupun telah mumaiyyiz & Orang gila adalah TIDAK SAH

2. Kuasa mengurus Harta1. Bagi perdamaian yang membabitkan kanak-kanak, hendaklah dilakukan oleh bapa, datuk,

atau pemegang wasiat.

3. Perdamaian tidak menyebabkan mudarat yang ketara1. Syarat ini perlu jika perdamaian dilakukan oleh penjaga bagi pihak kanak-kanak di bawah

jagaannya.

2. Sama ada kanak-kanak ini di pihak mendakwa atau didakwa

(Sambungan ->)

Page 13: Perdamain (sulh)

RUKUN DAN SYARAT PERDAMAIAN3. Perdamaian tidak menyebabkan mudarat yang ketara

1. Jika kanak-kanak tersebut adalah pihak yang didakwa dan penjaga berdamai bagi pihaknya untuk menyelesaikan tuntutan terhadap sejumlah harta kanak-kanak ini:

Jika pendakwa mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya, dan perkara yang dituntut supaya dibayar adalah sama nilai dengan perkara yang didakwa / lebih kurang, perdamaian ini dibenarkan

Perdamaian ini dikategorikan sebagai mu’awadhah

2. Jika pendakwa tidak mempunyai bukti yang menyokong dakwaannya / atau perbezaan nilai antara perkara yang dituntut dengan perkara yang didakwa amat ketara:

Perdamaian ini TIDAK SAH

Perbuatan ini sama seperti memberi sumbangan menggunakan harta kanak-kanak tersebut

Sumbangan seperti ini mendatangkan mudarat kepada hartanya dan penjaga tidak boleh melakukannya. (Kecuali penjaga menggunakan hartanya sendiri)

Page 14: Perdamain (sulh)

RUKUN DAN SYARAT PERDAMAIAN

3) Perdamaian tidak menyebabkan mudarat yang ketara

Jika penjaga bertindak sebagai pendakwa bagi pihak kanak-kanak jagaannya dan pihak yang didakwa meminta digugurkan sebahagian hak yang dituntut;

Jika penjaga yang mendakwa mempunyai bukti yang menoyokong akan wujudnya hutang tersebut, maka perdamaian itu TIDAK SAH dilakukan.

Jika penjaga tanpa bukti, dan mereka berdamai membabitkan nilai yangsama/lebih kurang (dgn nilai yang didakwa), perdamaian itu SAH.

Tindakan tersebut menyamai tindakan menjual harta kanak-kanak tersebut.

Jika membabitkan nilai yang amat ketara, maka ia tidak boleh dilakukan oleh penjaga tersebut.

Page 15: Perdamain (sulh)

RUKUN DAN SYARAT PERDAMAIAN

Rukun Kedua : Sighah Penawaran dan persetujuan (ijab dan qabul)

Contoh (Pihak yang didakwa): “Saya berdamai dengan anda tentang perkara ini bagi menggantikan dengan perkara ini”.

Pihak kedua berkata; “Saya setuju”

Rukun Ketiga : Perkara yang didamai Merujuk kepada hak yang didakwa oleh pihak pendakwa dan pihak yang didakwa

menggantikannya dengan suatu barangan /hutang/perkhidmatan.

Page 16: Perdamain (sulh)

RUKUN DAN SYARAT PERDAMAIAN

Rukun Ketiga : Perkara yang didamai

(a) Perkara yang didamai mestilah diterima sebagai hak manusia

Dalam bentuk harta atau bukan harta (Qisos)

Orang yang didakwa berdamai dan bersedia membayar sejumlah wang sebagai ganti kepada hukuman Qisos tersebut. (Perdamaian dibenarkan)

Pertukaran tersebut boleh dalam bentuk barangan sepertu rumah atau dalam bentuk hutang.

Jika pertukaran tersebut dalam bentuk hutang, hutang tersebut mestilah diterima dalam majlis perdamain.

Jika perkara yang didamaikan ialah hak allah, (seperti penzina berdamai untuk membayar sejumlah wang untuk tidak kenakan hukuman),ia TIDAK SAH.

Page 17: Perdamain (sulh)

RUKUN DAN SYARAT PERDAMAIAN

b) Perkara yang didamai mestilah hak pihak pendakwa (yang menuntut)

Kecuali membabitkan orang yang berada di dalam jagaannya.

c) Perkara yang didamai hendaklah hak milik pendakwa dan hendaklah sabit pada subject kontrak perdamaian.

d) Perkara yang didamai mestilah dimaklumi oleh kedua-dua pihak.

• Jika perkara yang didamaikan itu tidak diketahui oleh salah satu atau kedua pihak, maka perdamaian tersebut tidak sah.

Page 18: Perdamain (sulh)

RUKUN DAN SYARAT PERDAMAIAN

Rukun Ketiga : Perkara yang Dituntut

Perkara yang dituntut ialah pampasan yang diterima oleh pihak pendakwa daripada pihak didakwa sebagai gantu kepada hak yang didakwa.

1. Perkara yang dituntut mestilah berbentuk harta yang dibenarkan oleh Syarak

Arak/ Khinzir/ Peralatan yang melalaikan TIDAK SAH kerana barangan tersebut tidak diterima sebagai harta oleh syarak

Pampasan berupa barangan seperti (Perkhidmatan / kebenaran untuk tinggal di sebuah rumah selama setahun ) boleh diterima sebagai barangan pertukaran dalam kontrak jual beli. Ia SAH dijadikan sebagai pampasan dalam kontrak perdamaian.

2. Perkara yang dituntut hendaklah milik pihak yang didakwa

Barangan curi/ Rampasan TIDAK SAH dijadikan barangan pertukaran

3. Barangan yang dituntut mestilah dimaklumi oleh kedua-dua pihak

Tanpa sebarang pengetahuan mengenai pampasan akan menyebabkan pertelingkahan dan akan menyebabkan kontrak tersebut BATAL.

Page 19: Perdamain (sulh)

PERKARA YANG MEMBATALKAN PERDAMAIAN1. Pembatalan, bagi perdamaian selain Qisos

Jika salah satu pihak berkata “Lucutkan saya daripada perdamaian ini”, dan pihak satu lagi bersetuju, maka perdamaian itu dibatalkan.

Jika perdamaian tersebut membabitkan Qisos. Ia tidak terbatal. Ini kerana pembatalan bermakna menggugurkan sama sekali hak pihak yang berhak untuk

mendapatkan hukuman qisos ke atas pembunuh.

Perdamaian bermakna memberikan pengampunan kepada pembunuh.

Pendakwa boleh menerima diyat (bayaran penebus) daripada pembunuh.

2. Penyerahan semula disebabkan Khiyar Aib (kecacatan)

• Contohnya, seseorang itu berdamai untuk memperolehi sesuatu barangan

• Setelah dia memperolehi barangan tersebut, dia dapati terdapat kecacatan yang boleh merendahkan nilainya, orang ini berhal meminta Khiyar dan mengembalikannya

• Apabila barangan tersebut diserahkan semula, perdamaian tersebut dengan sendirinya terbatal dan tidak sah.

Page 20: Perdamain (sulh)

HUKUM SESUATU PERDAMAIAN SETELAH DIBATALKAN•Pendakwa boleh mengemukan semula dakwaannya.

•Jika perdamaian tersebut membabitkan penafian sesuatu, perdamaian yang disertakan dengan penafian adalah tidak SAH pada dasarnya.

•Jika perdamaian ity disertakan dengan pengakuan, pihak pendakwa boleh menuntut semula hanya barangan yang didakwa sahaja daripada pihak yang didakwa. Semua perkara akan kembali semula sepertimana keadaan sebelum perdamaian yang telah dibatalkan.