percuma 23 - 29 januari 2020, 27 jamadilawal - 4 ...“selepas ekonomi pulih saya percaya rakyat...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 23 - 29 Januari 2020, 27 Jamadilawal - 4 Jamadiakhir 1441 Tuah tikus logam: Bijak rebut peluang, penuhi azam 810 hektar bina hab aeroangkasa di Sepang Najih, Faizah dinobat qari dan qariah MUKA 15 MUKA 10 MUKA 21 MUKA 2 Selangor penyumbang terbesar KDNK Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meninjau Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat sambil diberi taklimat oleh pegawai Pengurusan Aset Air Berhad ketika lawatan pada 22 Januari lalu. Foto Radin Wazir SABAK BERNAM - Selangor ke- kal menjadi penyumbang ter- besar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 23.7 peratus pada tahun lalu, kata Dato’ Seri Amirudin Shari. Dato’ Menteri Besar berkata kejayaan itu memberi makna besar kerana pada 2018 Kera- jaan Negeri merekodkan pela- buran tertinggi RM18.7 bilion dalam tempoh 30 tahun. “Selangor masih nombor sa- tu dan kekal menyumbang ter- besar KDNK pada tahun lepas sebanyak 23.7 peratus. Kejaya- an itu tidak cukup kalau masih ada yang tertinggal. “Pada 2019 juga kita ber- sungguh-sungguh bawa pela- buran. Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Teng Chang Khim yang bekerja kuat selaku EXCO pelaburan. “Hampir setiap bulan beliau ke luar negara bertemu pela- bur dan 2018 kita berjaya me- narik pelaburan lebih RM18.97 bilion,” katanya di Majlis Makan Malam DAP Sekinchan di sini, pada 18 Januari lalu. Amirudin juga berharap rak- yat terus menyokong usaha pemulihan ekonomi yang di- lakukan kerajaan persekutuan. “Selangor sendiri pernah me- lalui proses perubahan sejak 2008 dan kini sokongan rakyat sudah memasuki penggal ketiga. “Selepas ekonomi pulih saya percaya rakyat khususnya di Selangor akan kekal memilih Pakatan Harapan sebagai pene- raju negara,” katanya. OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN HULU LANGAT - Bekalan air mampu bertahan sepanjang musim kemarau yang dijangka berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata paras air di lapan empangan masih berada pada kadar 90 peratus dan dijangka cukup menampung permin- taan maksimum selama empat bulan. “Empangan kita masih pada tahap baik. Taburan hujan masih berlaku di sekitar Lembah Klang, berbeza de- ngan beberapa negeri di utara yang kurang taburan hujan. “Selain itu, kita ada kolam takungan Hybrid Off River Augmentation Sys- tem (HORAS) yang boleh digunakan jika berlaku situasi mendesak,” kata- nya kepada pemberita selepas mela- wat Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 di sini pada 22 Januari lalu. Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kebanyakan negeri menerima taburan hujan yang rendah antara Januari hingga Mac. LRA Langat 2 membekalkan 325 juta liter air sehari, sekali gus mening- katkan rizab air negeri daripada tiga kepada tujuh peratus. Ia mam- pu menampung sehingga sejuta isi rumah. Loji ini berupaya menyediakan bekalan ke kawasan antaranya Hulu Langat, Cheras, Sungai Besi, Bukit Jalil, Petaling, Bandar Kinrara, Bukit Dengkil, Ampang dan AU3 Keramat. Sementara itu, selain menakung aliran air banjir dari Sungai Sela- ngor, HORAS di Kuala Selangor boleh mengurangkan risiko kekurangan air mentah. Dengan muatan 30 juta meter padu, kolam berkenaan dijangka bertahan selama 100 hari semasa musim kemarau. Bekalan air boleh bertahan sehingga April Mampu berdepan kemarau tiga bulan 12,000 dijangka hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

Upload: others

Post on 23-Jan-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 23 - 29 Januari 2020, 27 Jamadilawal - 4 Jamadiakhir 1441

Tuah tikus logam: Bijak rebut peluang, penuhi azam

810 hektar bina hab aeroangkasa di Sepang

Najih, Faizah dinobat qari dan qariah

MUKA 15MUKA 10 MUKA 21MUKA 2

Selangor penyumbang terbesar KDNK

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meninjau Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat sambil diberi taklimat oleh pegawai Pengurusan Aset Air Berhad ketika lawatan pada 22 Januari lalu. Foto Radin Wazir

SABAK BERNAM - Selangor ke-kal menjadi penyumbang ter-besar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 23.7 peratus pada tahun lalu, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata kejayaan itu memberi makna besar kerana pada 2018 Kera-jaan Negeri merekodkan pela-buran tertinggi RM18.7 bilion

dalam tempoh 30 tahun.“Selangor masih nombor sa-

tu dan kekal menyumbang ter- besar KDNK pada tahun lepas sebanyak 23.7 peratus. Kejaya- an itu tidak cukup kalau masih ada yang tertinggal.

“Pada 2019 juga kita ber-sungguh-sungguh bawa pela-buran. Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Teng Chang

Khim yang bekerja kuat selaku EXCO pelaburan.

“Hampir setiap bulan beliau ke luar negara bertemu pela-bur dan 2018 kita berjaya me-narik pelaburan lebih RM18.97 bilion,” katanya di Majlis Makan Malam DAP Sekinchan di sini, pada 18 Januari lalu.

Amirudin juga berharap rak- yat terus menyokong usaha

pemulihan ekonomi yang di- lakukan kerajaan persekutuan.

“Selangor sendiri pernah me- lalui proses perubahan sejak 2008 dan kini sokongan rakyat sudah memasuki penggal ketiga.

“Selepas ekonomi pulih saya percaya rakyat khususnya di Selangor akan kekal memilih Pakatan Harapan sebagai pene- raju negara,” katanya.

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN HULU LANGAT - Bekalan air mampu bertahan sepanjang musim kemarau yang dijangka berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata paras air di lapan empangan masih berada pada kadar 90 peratus dan dijangka cukup menampung permin- taan maksimum selama empat bulan.

“Empangan kita masih pada tahap baik. Taburan hujan masih berlaku di sekitar Lembah Klang, berbeza de-ngan beberapa negeri di utara yang kurang taburan hujan.

“Selain itu, kita ada kolam takungan Hybrid Off River Augmentation Sys-tem (HORAS) yang boleh digunakan jika berlaku situasi mendesak,” kata- nya kepada pemberita selepas mela-wat Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 di sini pada 22 Januari lalu.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kebanyakan negeri menerima taburan hujan yang rendah antara Januari hingga Mac.

LRA Langat 2 membekalkan 325 juta liter air sehari, sekali gus mening- katkan rizab air negeri daripada tiga kepada tujuh peratus. Ia mam-pu menampung sehingga sejuta isi rumah.

Loji ini berupaya menyediakan bekalan ke kawasan antaranya Hulu Langat, Cheras, Sungai Besi, Bukit Jalil, Petaling, Bandar Kinrara, Bukit Dengkil, Ampang dan AU3 Keramat.

Sementara itu, selain menakung aliran air banjir dari Sungai Sela- ngor, HORAS di Kuala Selangor boleh mengurangkan risiko kekurangan air mentah.

Dengan muatan 30 juta meter padu, kolam berkenaan dijangka bertahan selama 100 hari semasa musim kemarau.

Bekalan air boleh bertahan sehingga April

Mampu berdepankemarau tiga bulan

12,000 dijangka hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

2Utama

SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

PETALING JAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri sedang mengkaji kelayakan lebih 200,000 permo-honan untuk Skim Air Darul Ehsan yang pendaftarannya tutup pada 31 Disember lalu, kata Suhaimi Kamaralzaman.

Ketua pegawai eksekutif Pen-gurusan Air Selangor (Air Selan-

gor) berkata proses semak silang dijangka diketahui Mac ini.

“Kita tidak dapat menjangka berapa ramai yang layak, namun Air Selangor optimis semua pemo-hon berpeluang menerima insen-tif terbabit,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Karnival Jom e-Bil Air Selangor di Daman-

sara di sini pada 18 Januari lalu.Selain itu, Suhaimi berka-

ta kajian cadangan penggabu- ngan Indah Water Konsortium (IWK) dan Air Selangor akan siap sebelum akhir tahun ini, manaka-la pelaksanaan itu sekiranya diterima mengambil masa se-kurang-kurangnya lima tahun.

Lebih 200,000 layak terima Skim Air Darul Ehsan

PETALING JAYA - Kira-kira 600,000 pelanggan disasar menggunakan e-bil sehingga 30 April ini untuk mengurangkan penggunaan kertas, kata ketua pegawai eksekutif Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Suhaimi Kamaralzaman berka-ta medium pembayaran meneru-si aplikasi itu bertujuan meng-galakkan pelanggan menerima bil air melalui aplikasi telefon pintar dengan lebih cepat dan mudah.

“E-bil diperkenalkan sejak Ja- nuari tahun lalu seiring transfor-masi Air Selangor ke arah per- khidmatan digital.

“Bagi menggalakkan penyer-taan, kita anjurkan Peraduan Cari, Daftar & Menang di mana orang ramai digalak merujuk pelanggan lain menyertai e-bil,” katanya pada sidang media selepas Karnival Jom e-Bil Air Selangor di Daman-sara di sini pada 18 Januari lalu.

Katanya, pelanggan yang mempunyai rujukan paling ting-

gi berpeluang menang pakej percutian ke luar negara dan 30 hadiah lain.

Pengguna e-bil dari 1 Januari 2019 hingga 30 April ini berpe- luang memenangi hadiah cabu-tan bertuah bulanan iaitu rebat air sehingga RM10 selama 10 bulan serta hadiah utama cabutan ber-tuah kereta Myvi 1.5 Auto.

Pengguna boleh mendaftar di e-bil Air Selangor di laman se-sawang https://update.airsela- ngor.com/

Sasar 600,000 daftar e-bil Air Selangor

Suhaimi Kamaralzaman (berdiri dua dari kiri) melawat kaunter pendaftaran aplikasi e-bil ketika Pelancaran Karnival Jom E-Bil Air Selangor di The Curve Piazza, Damansara pada 18 Januari lalu

KAJANG - Selangor merangka pelbagai program bagi memasti-kan rakyatnya keluar daripada ke-pompong kemiskinan, kata EXCO pembangunan sosio ekonomi dan kerajaan prihatin.

Mengambil contoh Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, V Ganabatirau ber-kata inisiatif yang menggalakkan keusahawanan itu mampu me- ningkatkan ekonomi keluarga.

“Saya sudah mengatur per-temuan bersama pimpinan kam-pung tradisi di Selangor dan kita bertuah kerana peruntukan juga ditambah, sekali gus mampu membantu peniaga.

“Apabila kita beri tumpuan ke-pada golongan ini, mungkin tidak lama lagi mereka akan keluar da- ripada belenggu kemiskinan serta bergerak sama memacu ekonomi negeri,” katanya selepas Majlis Sambutan Pesta Ponggal Sela- ngor di Kuil Sri Subramaniam di sini pada 19 Januari lalu.

Pada masa sama, Ganabatirau

mahu pendidikan kaum India khususnya yang tinggal di kawa-san ladang diberi tumpuan.

“Antara difokuskan ialah pem-berian tambang bas sekolah bagi keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah. Kita mahu anak-anak pekerja ladang dibantu dan gene- rasi ini dapat membantu keluarga pada masa akan datang,” katanya.

Rangka pelbagai program, ubah nasib rakyat

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Sambu-tan Rumah Terbuka Sempena Ta-hun Baharu Cina Peringkat Selan-

gor 2020 di Dataran Petaling Jaya pada 1 Februari ini.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim berkata sambutan yang menyasarkan kehadiran 12,000 pengunjung bertujuan mengeratkan hubungan masya-rakat pelbagai kaum di negara ini.

“Rumah terbuka ini juga di-harapkan dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin den-gan masyarakat,” katanya pada si-dang media di pejabat Invest Se- langor pada 20 Januari lalu.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato’

Hasan Azhari Idris.Chang Khim berkata sambu-

tan bermula jam 6.30 petang diisi dengan pelbagai program mena- rik seperti persembahan budaya, tarian singa, pemberian angpau kepada kanak-kanak bawah 12 tahun dan 28 gerai makanan yang

disediakan Hijrah Selangor.Sebanyak 20 bas percuma PJ

City Bus akan beroperasi sehing-ga 12 tengah malam dengan ke-kerapan antara 15 hingga 30 mi-nit, selain penyediaan 3,709 petak parkir di tujuh lokasi untuk kemu-dahan pengunjung.

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

12,000 dijangka hadir

V Ganabatirau (kanan) bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming (kiri) meraikan sam-butan Pesta Ponggal peringkat Selangor di Kuil Sri Subramaniam, Kajang pada 19 Januari lalu

Saya sudah mengatur pertemuan bersama pimpinan kampung tradisi di Selangor dan kita bertuah kerana peruntukan juga ditambah, sekali gus mampu membantu peniagaV GANABATIRAUEXCO pembangunan sosio ekonomi dan kerajaan prihatin

Utama3SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

PETALING JAYA - Selangor akan ketinggalan jika rakyatnya tidak melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pada era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari ber-kata kegagalan menguasai era dunia pintar boleh menjadikan ekonomi negeri berdepan kesu-karan bersaing pada peringkat global.

“Sekarang ini orang cakap tentang IR 4.0 yang berlaku pada peringkat global. Saya se-lalu tekankan mengenai betapa pentingnya perkara ini.

“Kita bercakap tentang ke-hidupan pintar iaitu internet di-gabungkan dengan kehidupan kita. Semua perkara menjadi pantas,” katanya pada Program Santai Bersama Warga Yayasan Selangor di sini pada 15 Janu-

ari lalu.Beliau berkata Kerajaan Ne-

geri akan memastikan agenda pendidikan unggul yang diran-cang pada tahun ini berjaya.

“Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri terhadap agen-da pendidikan rakyat Selangor.

“Rakyat berilmu, berhikmah dan berintegriti adalah sumber kekuatan kepada negeri ini,” ka-tanya.

Negeri ketinggalan jika rakyat tidak berubah

Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) menandatangani plak Sambutan Jubli Emas Yayasan Selangor ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor, Eddie Ahmad Khodzali (dua, kanan) pada 15 Januari lalu

SHAH ALAM - Lebih 4,000 kawa-san di negeri ini diliputi jaringan internet percuma Wi-Fi Smart Se-langor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari ber-kata perkhidmatan jalur lebar itu membantu pelbagai lapisan ma- syarakat sejak dilaksanakan pada 2015.

“Kemudahan ini tersedia di ke-banyakan bangunan awam, insti-tut pengajian tinggi dan kawasan perumahan terpilih,” katanya me- nerusi Twitter pada 20 Januari lalu.

Pada masa sama, Amirudin mahu pengguna internet meman-faatkan teknologi itu dengan bi-jak dan berhemah.

Tambahnya, kebebasan mela-yari internet bukan alasan untuk pengguna menjadi lalai.

“Jadilah pengguna media so-sial yang bijak,” katanya.

Bagi memantapkan jaringan internet percuma, Kerajaan Ne-geri sedang menambah baik sis-tem pembangunan Wi-Fi Smart Selangor di kawasan luar bandar.

Lebih 4,000 kawasan diliputi Wi-Fi percuma

SHAH ALAM - Keputusan Sela- ngor layak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2022 akan diketahui selewat-lewat- nya penghujung Februari ini, kata EXCO sukan.

Sebagai persiapan awal, Mohd Khairuddin Othman berkata Maj-lis Sukan Negeri sudah mengada-kan lawatan ke beberapa lokasi acara dalam temasya dwitahunan terbabit.

“Beberapa acara sukan bakal diberi tumpuan antaranya re-nang, olahraga, menembak dan

memanah yang dilihat berpoten-si menyumbang pingat,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Khairud-din berkata Selangor mempun-yai peluang cerah menjadi tuan rumah temasya terbabit selepas beberapa negeri menyatakan sokongan dalam mesyuarat maj-lis jawatankuasa tertinggi Sukma yang dipengerusikan Menteri Be-lia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman di Putrajaya, Sep-tember tahun lalu.

Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah pada 1998.

Keputusan tuan rumah Sukma 2022 Februari ini

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SHAH ALAM - Selangor yakin mengua-sai 70 peratus pelaburan dalam indus-tri aeroangkasa di negara ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Amirudin Shari berkata Kera-jaan Negeri ketika ini dalam peringkat akhir perbincangan dengan pengeluar pesawat terkemuka Airbus untuk mem-buka fasiliti di negeri ini.

“Pada 2015, Selangor menguasai 62 peratus industri aeroangkasa dan ia meningkat kepada 65 peratus pada 2019.

“Kita yakin Selangor menguasai in-dustri aeroangkasa dalam tempoh ter-dekat,” katanya dalam wawancara Pro-gram Bicara Politikonomi di RTM pada 22 Januari lalu.

Mengulas tanggapan pelabur bera- lih ke negeri-negeri lain, Amirudin ber-kata Selangor kekal sebagai destinasi pilihan pelabur domestik dan antara-bangsa.

“Sehingga September 2019 nilai pelaburan di Selangor berjumlah RM16.4 bilion manakala nilai pelabu-ran Pulau Pinang pula adalah RM13.25 bilion.

“Selangor kekal destinasi pilihan wa-laupun ada pesaing dari Pulau Pinang dan Johor. Ia didorong oleh peningka-tan penggunaan teknologi tinggi da-lam industri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Ke- rajaan Negeri yakin dapat meningkat-kan sumbangan Keluaran Dalam Ne-gara Kasar (KDNK) kepada 30 peratus menjelang 2030.

Pada 2018, Selangor muncul penyumbang terbesar KDNK pada ka-dar 23.7 peratus dengan nilai pelabu-ran lebih RM18.97 bilion yang mem-babitkan 241 projek.

“Ia dipacu oleh pertumbuhan ekonomi digital yang kukuh, seiring dengan matlamat kerajaan negeri ke arah menjadi negeri pintar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amiru-

din berkata Subang Jaya menjadi lo-kasi terawal di Selangor yang dipilih Telekom Malaysia Berhad (TM) sele-pas Langkawi bagi memulakan Projek Demonstrasi 5G (5GDP) selama enam bulan.

Pada 19 Januari lalu, Perdana Men-teri Tun Dr Mahathir Mohamad menin-jau pelaksanaan 11 projek berkenaan antaranya di lapangan terbang dan hospital pulau peranginan itu.

Dalam wawancara sama, Amirudin berkata Kerajaan Negeri turut memberi penekanan kepada program teknikal dan vokasional untuk generasi muda

“Kita tidak mahu program teknikal dan vokasional menjadi pilihan kedua orang muda,” katanya.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan pelbagai insentif untuk pelajar, misalnya Program Selangor BI-TARA yang membuka peluang kepada golongan itu melanjutkan pengajian doktor falsafah di universiti terkemuka luar negara.

Kuasai 70 peratus aeroangkasaKekal pilihan pelabur antarabangsa

4Utama

SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

OLEH AFIX REDZUAN SABAK BERNAM - Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa khas bagi membangunkan Sekinchan dan Sungai Besar, dua kawasan Sabak Bernam, supaya mampu mengecapi kemajuan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebelum ini pembangunan lebih tertumpu di Shah Alam dan Petaling

Jaya, namun tiga kawasan berkenaan tidak seharusnya dipinggirkan.

“Kita tahu beberapa kawasan seperti Se-kinchan dan pekan Sabak Bernam memer-lukan lebih perhatian.

“Mulai tahun ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu jawatankuasa mem-bangunkan Sungai Besar, Sekinchan dan (pekan) Sabak Bernam supaya sama maju seperti daerah lain.

“Kita mahu kawasan ini turut menerima limpahan pembangunan yang dirancang Kerajaan Negeri,” katanya pada Majlis Ma-kan Malam DAP Sekinchan 2020 pada 18 Januari lalu.

Beliau berkata, tahun ini Kerajaan Ne-geri turut memberikan tumpuan kepada isu keselamatan dengan melatih anggota penguat kuasa bagi memastikan kea-manan terus terjamin.

Dalam Belanjawan Selangor 2020, sera-mai 180 anggota daripada sembilan pihak berkuasa tempatan (PBT), meliputi dua maj- lis bandaraya, enam majlis perbandaran dan satu majlis daerah terlibat dalam lati-han itu.

Sebanyak RM2 juta disediakan PBT ber- kenaan untuk melaksanakan penaiktara-fan Skim Penguat Kuasa kepada Skim Polis Bantuan.

Pastikan setiap daerah majuFokus bangunkan kawasan utama di Sabak Bernam

SEPANG - Penularan influenza A tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke Selangor sempe-na Tahun Melawat Malaysia 2020, kata EXCO pelancongan.

Menyifatkan jangkitan itu kes terpencil, Datuk Abdul Rashid Asari berkata pihaknya tidak mengambil mudah isu terbabit dan membuat pemantauan se-cara berterusan.

“Ia tidak melibatkan sektor pelancongan secara am, malah kebanyakan (isu influenza A) tidak dihebahkan kepada negara luar.

“Namun, jika terdapat pelan-cong yang datang ke sini dan mengalami penyakit mungkin sedikit sebanyak akan menjejas-kan sektor pelancongan negara kita.

“Tetapi buat masa ini tiada rekod menunjukkan pelancong sakit,” katanya pada Majlis Sambu-tan Pembukaan Tahun Melawat Sepang 2020 pada 17 Januari lalu.

Influenza A tidak jejas pelancongan

KLANG - Lukisan dinding berte-makan safari di `Heritage Walk’ di sini menjadi tarikan terbaharu untuk dikunjungi.

Timbalan Yang Dipertua Maj- lis Perbandaran Klang, Elya Marini Darmin berkata projek di sekitar bangunan Lintang Dato Hamzah berkonsepkan keluarga menjanjikan kepuasan kepada pengunjung berikutan keinda-han reka bentuk bangunan.

“Projek yang hampir siap ini lebih mendapat perhatian apa-bila gambar diambil pelancong

ditularkan kepada umum,” ka-tanya di lokasi mural bangunan `Heritage Walk’ di sini pada 15 Januari lalu.

Elya berkata projek perin-tis berkenaan mungkin dikem-bangkan ke kawasan lain jika ada permintaan.

Sementara itu, pelukis mural, Dhiyaul Mohamad Ashraf, 29, berkata dia bersama 10 rakannya mengambil masa hampir sebulan menyiapkan kesemua lukisan.

“Inisiatif seperti ini wajar diikuti pihak berkuasa tem-

patan lain untuk menghidup-kan semula satu-satu kawasan selain mengiktiraf pelukis se- perti kami,” katanya yang sudah melukis lebih 500 dinding secara solo.

`Heritage Walk’ turut mem-babitkan pembinaan laluan pe-jalan kaki di sepanjang Jalan Stesen, Jalan Tengku Diauddun dan Jalan Dato’ Hamzah.

Kos mengindahkan `Heritage Walk’ termasuk pencahayaan di lorong belakang adalah RM1.9 juta.

Mural safari di ‘Heritage Walk’ tarikan baharu

Elya Marini Darmin membantu pelukis Rusia, Jane Kaluga menyiapkan lukisan dinding ketika mela-wat `Heritage Walk’ Klang pada 15 Januari lalu

SHAH ALAM - Penganjuran Pes-ta Buku Selangor 2020 (PBS2020) selama 11 hari bermula 27 Feb-ruari ini menyasarkan kehadiran 500,000 pengunjung.

Pengarah Perbadanan Per-pustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad ber-kata pihaknya selaku pengan-jur optimis sasaran itu mampu

dicapai kerana PBS2019 berjaya mencatatkan kehadiran lebih 498,000 pengunjung.

“Tahun sebelumnya (2018) kita pernah capai kehadiran hampir 515,000 pengunjung. Diharap akan lebih ramai hadir pada penganjuran kali ini,” ka-tanya.

Mastura berkata semua neg-

eri menjalinkan kerjasama bagi mempromosikan pesta buku untuk menarik lebih ramai pen-gunjung.

PBS2020 berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dari jam 10 pagi hingga 9 malam dan dilanjutkan kepada jam 10.30 malam bagi hari Sabtu dan Ahad.

500,000 pengunjung disasar meriahkan Pesta Buku Selangor

Ia tidak melibatkan sektor pelancongan secara am, malah kebanyakan (isu influenza A) tidak dihebahkan kepada negara luarABDUL RASHIDEXCO pelancongan

GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha & Zul Albani Abd Majid& Zul Albani Abd Majid

Utama5SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

YAB. DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARIDato’ Menteri Besar Selangor

Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIMAhli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Semua Dijemput

Hadir

DATARAN PETALING JAYAJalan Timur, Seksyen 52, 46200 PJ, Selangor.

1/2/2020 Sabtu 周六,年初八

新春大团拜新春大团拜NEGERI SELANGOR

RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAANRUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN

TAHUN BARU CINATAHUN BARU CINA

7.00pm - 10.30pm Jamuan 8.00pm

Hayati semangat, disiplin tikusSelamat Tahun Baharu Cina 2020 kepada seluruh masyarakat Tionghua. Semoga

tahun tikus, dengan sifatnya disiplin, cermat, rajin dan pintar, terus membawa ke- sejahteraan dalam kehidupan.

Sambutan kali ini diraikan dengan penuh kemakmuran dan kegembiraan.

Ng Suee LimSpeaker Dewan Negeri SelangorSemoga Tahun Tikus yang terkenal dengan ketangkasan ini memba-wa kesejahteraan kepada semua. Ayuh terus memacu pembangu-nan ekonomi dan membingkai muafakat bersama demi memupuk

masyarakat harmoni.

Ir Izham HashimEXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas TaniSemoga Tahun Baharu yang tiba ini membawa lebih banyak kebaikan, kekayaan dan kegembiraan kepada semua. Kekalkan perpaduan yang telah terjalin sekian lama.

Datuk Abdul Rashid Asari EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan WarisanSelamat Menyambut Tahun Baharu Cina, semoga tahun ini dapat disambut dengan meriah dan gembira bersama orang tersayang.

Rodziah IsmailEXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung TradisiSelamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua. Semoga dekad baru ini menguatkan benteng keharmonian kaum yang telah terbina di Selangor sejak sekian lama.

Ng Sze Han EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung BaruSemoga kita terus aman dan sejahtera hasil kerjasama semua pihak merealisasikan aspirasi Kerajaan Selangor bagi mewu-judkan Negeri Pintar sekali gus meningkatkan mutu kehidupan rakyat. Gong Xi Fa Cai.

Haniza TalhaEXCO Perumahan dan Kehidupan BandarMeneladani sifat tikus yang rajin dan pandai mencari cara berjaya, semoga kita se-makin rajin bekerja, proaktif dan sentiasa bertolak ansur dengan orang sekeliling.Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le.

Dr Siti Mariah MahmudEXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan KeluargaSambutan Tahun Baharu Cina 2020 menuntut makna yang besar dalam kekeluar-gaan. Raikanlah setiap masa dan kegembiraan bersama keluarga.

Ganabatirau VeramanEXCO Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan

Kerajaan PrihatinSemoga Tahun Baharu Cina 2020 kali ini membawa keda-maian dan kesejahteraan kepada negara dan seluruh rakyat serta mencetuskan iltizam juga kekuatan untuk kita men-

cipta lebih banyak kejayaan untuk masa depan yang lebih cemerlang.

Kesejahteraan dan keharmonian masyarakat Tionghua

Pencapaian program-program di bawah Yawas sepanjang 2019

33,016 Peruntukan: RM6 juta

Warga emas / OKU terima BAUCER SHOPPING RM100 (Sep - Dis 2019)

13,792 Peruntukan: RM1.4 juta

Anak-anak kelahiran 2013 terima set kelengkapan barang sekolah(Program ini masih berjalan sehingga bulan Februari 2020)

150 Peruntukan: RM500,000

Kanak-kanak istimewa menikmati manfaat ini

5,336 Peruntukan: RM1 juta

Wanita jalani pemeriksaan MAMMOGRAM PERCUMA

5,798 Peruntukan: RM2 juta

Kanak-kanak PRASEKOLAH menikmati bantuan YURAN SEKOLAH

740 Peruntukan: RM800,000

Kanak-kanak bawah 5 TAHUN menikmati bantuan YURAN TASKA

234 Peruntukan: RM75,000

Pengasuh di rumah sertai KURSUS ASUHAN

69 Peruntukan: RM57,000

Sesi PROGRAM BERCERITA di beberapa perpustakaan terpilih

6Utama

SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Pencapaian mem-berangsangkan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) tahun lalu terhadap warga emas dan orang kelainan upaya diteruskan de-ngan tumpuan kepada golongan kanak-kanak pula tahun ini, kata pengurus besarnya.

Gan Pei Nei berkata program seperti Riang Ria Dunia Mem-baca, Bengkel Bercerita dan Ke-ibubapaan serta 10 siri Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) akan dianjurkan bagi mendekati golongan terbabit.

Yawas juga, katanya, akan be- kerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi menganjurkan aktiviti ber-cerita dan kraftangan di perpus-takaan awam terpilih sekali gus membudayakan tabiat mem-baca.

“Bengkel Bercerita dan Ke-ibubapaan pula untuk meng-galakkan ibu bapa main peranan dalam pembangunan anak-anak kecil. Yawas juga bercadang menganjurkan 10 siri KIPK bagi melatih pengasuh di rumah de- ngan memberi penekanan kepa-da aspek keselamatan, kebersi-

han dan kesihatan dalam pen-jagaan kanak-kanak,” katanya.

Mengulas pencapaian 2019, Pei Nei berkata Yawas berjaya mencapai sasaran dalam menye-dia bantuan kepada golongan sasar termasuk belia dan wanita.

Yawas berperanan mengurus-kan beberapa program kebajikan bawah Kerajaan Negeri antaranya Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas, Program Bantuan Masuk Sekolah, Bantuan Khas Anak Is-timewa Selangor, Skim Bantuan Tadika Selangor, Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar dan Skim Kesihatan Wanita Selangor.

Khidmat cemerlang kepada warga emas, OKU

Yawas kini fokus kanak-kanak

SHAH ALAM - Program Bank Makanan Selangor kini dalam peringkat akhir bancian sebe-lum dilancarkan dalam tempoh terdekat, kata EXCO tetap peru-mahan dan kehidupan bandar.

Haniza Talha berkata bancian senarai pemohon perlu telus bagi mengelakkan ketirisan disebab-kan pertindihan nama penerima.

“Kita perlu menyelaras nama penerima bantuan bagi menge-lakkan keluarga yang sepatutnya dibantu tetapi tidak menerima manfaat di bawah program ini.

“Contohnya ada orang dapat bantuan Jabatan Kebajikan Ma- syarakat, kemudian dapat pula bantuan agensi lain,” katanya.

Haniza berkata program itu

menyasarkan 2,000 keluarga yang tinggal di projek peruma-han rakyat dan perumahan kos rendah.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan dana permu-laan RM5 juta bagi membantu golongan miskin bandar di ne-geri ini.

Bank Makanan Selangor dalam peringkat akhir bancian

KLANG - Dalam rangka pelaksa- naan Smart Selangor, penggu-naan e-tunai menjadi salah satu fokus utama Kerajaan Negeri, kata Dato’ Teng Chang Khim.

EXCO pelaburan, perindustrian dan perdagangan, industri kecil dan sederhana (IKS) berkata usa-ha itu bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada tan-pa tunai.

“Kerajaan Negeri memang bercadang dan sedang mengka-ji mahu membangunkan aplikasi e-tunai sendiri.

“Bagaimanapun, untuk permu-laan kita perlu beri pendidikan dan kesedaran terutama kepada masyarakat luar bandar, warga emas dan mereka yang berpen-didikan rendah,” katanya selepas Program Sumbangan Kembali Ke Sekolah 2020 di Taman Eng Ann di sini pada 20 Januari lalu.

Beliau berkata penggunaan e-tunai mempunyai banyak manfaat terutama dari segi kese-lamatan, kebersihan dan memu-dahkan rekod aliran kewangan.

“Oleh itu, kempen secara me- luas dan komprehensif perlu jika

Kaji bangun aplikasi e-tunai sendiri

kita mahu semua orang meng-gunakan e-tunai tanpa perlu lagi membawa wang kertas dengan banyak,” katanya.

SHAH ALAM - Proses naik taraf enam perpustakaan mi-lik Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dijang-ka siap sepenuhnya tahun ini.

Berharap dapat menarik masyarakat setempat, pe- ngarahnya, Mastura Muham-ad berkata kerja itu mengikut jadual yang ditetapkan.

Tahun ini antara lokasi per-pustakaan yang dijangka siap

adalah di Sabak Bernam, Kua-la Langat dan Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

“Segalanya berjalan lancar dan kita harap semuanya da-pat dirasmikan mengikut jad-ual” katanya.

Beliau berkata, PPAS turut bercadang membangunkan perpustakaan di Hulu Langat, Kerling dan Puchong Indah pada 2021.

Kerja naik taraf enam perpustakaan siap tahun ini

Kerajaan Negeri memang bercadang dan sedang mengkaji mahu membangunkan aplikasi e-tunai sendiriTENG CHANG KHIMEXCO pelaburan, perindustri-an dan perdagangan, industri kecil dan sederhana (IKS)

Utama7SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN PETALING JAYA - Kementerian Perdaga- ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Peng-guna (KPDNHEP) Selangor menetapkan kawalan harga maksimum 16 barangan sempena Tahun Baharu Cina, kata EXCO hal ehwal pengguna.

Hee Loy Sian berkata langkah itu dilaksa-na menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang menyaksikan tam-bahan tiga barangan iaitu cili merah, toma-to dan ubi kentang.

Beliau berkata pelaksanaannya bagi menyekat kenaikan harga dan mensta-bilkan bekalan barangan keperluan men-jelang perayaan pada 25 Januari ini beriku-tan permintaan tinggi pengguna.

“Skim ini berkuat kuasa 20 Januari se-hingga 2 Februari dan tempohnya adalah 14 hari, berkuat kuasa lima hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan

lapan hari selepas perayaan.“SHMMP dilaksanakan mengikut Akta

Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya pada sidang media di Tesco Extra Mutiara Damansara di sini pada 20 Januari lalu.

Loy Sian berkata barangan yang dika- wal termasuklah ayam hidup, telur ayam dan ikan bawal putih.

Katanya, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengi-kut kewajaran serta kesesuaian bagi pen-guatkuasaan kawalan harga lebih berkesan untuk manfaat pengguna juga peniaga.

Di samping itu, KPDNHEP Selangor me- ngarahkan 196 pegawai penguat kuasa dan 71 pegawai pemantau harga bagi kerja pemantauan di lokasi tumpuan ramai sep-erti pasar awam dan pasar raya.

Untuk penyaluran maklumat, pengguna boleh menghubungi talian 1800-886-800 atau aplikasi telefon pintar Ez ADU.

Harga 16 barangan dikawalSempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan men-yampaikan sumbangan kepada 2,000 pelajar pada Program Prihatin Kembali Ke Sekolah anjuran Yayasan MyPrihatin di sini pada 19 Januari lalu.

Sumbangan dua pasang seragam diberikan kepada setiap pelajar golo- ngan asnaf, orang kelainan upaya dan anak yatim dari lima sekolah rendah di negeri ini.

Turut mengiringi baginda ke majlis di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Pengerusi Yayasan MyPrihatin Prof Da-tuk Dr Halimaton Hamdan dan isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdi-ana Muhamad.

Selain menyampaikan bantuan

kelengkapan sekolah, Yayasan MyPri-hatin turut membantu pesakit jantung kronik kanak-kanak dan melaksanakan pelbagai program kebajikan lain.

Sementara itu, Halimaton berkata setiap pelajar menerima dua pasang seragam berkualiti yang ditempah khas melalui peserta Program Jana Ekonomi Prihatin (Projek Prihatin).

“Peserta Projek Prihatin ini terdiri dalam kalangan ibu tunggal dan suri rumah yang kurang berkemampuan tetapi belajar kemahiran menjahit,” ka-tanya.

Katanya, Yayasan MyPrihatin terus menjalinkan kerjasama dengan syari-kat korporat bagi membantu mem-bangunkan sosioekonomi masyarakat negara ini.

Permaisuri Selangor serah sumbangan kepada 2,000 pelajar

KAJANG - Cadangan subsidi bagi mem-beli kerusi keselamatan kanak-kanak akan diusul kepada Kerajaan Negeri bagi meringankan beban golongan B40, kata EXCO hal ehwal pengguna.

Hee Loy Sian berkata perkara itu akan dibincang pada peringkat Majlis Mesyu-arat Kerajaan Negeri dan ia mungkin menggunakan peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN).

Katanya, penggunaan kerusi kese-lamatan kanak-kanak perlu dipatuhi demi kebaikan mereka.

“Namun, tidak semua keluarga mam-pu menyediakan keperluan itu kerana kerusi tersebut mahal dan lebih membe-

bankan jika mempunyai ramai anak,” ka-tanya pada Program Advokasi Khas Kes-elamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Balak pada 20 Januari lalu.

Pada masa sama, ADN Kajang meng-gesa kerajaan memperhebatkan kem-pen kesedaran dan pengetahuan me- ngenai pemilihan kerusi keselamatan kanak-kanak yang mematuhi piawaian.

Bermula awal tahun ini, Kerajaan Persekutuan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dan tin-dakan saman bakal dikenakan bermula Julai kepada pemandu kereta yang ing-kar.

Cadang subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak

Skim ini berkuat kuasa 20 Januari sehingga 2 Februari dan tempohnya adalah 14 hari, berkuat kuasa lima hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan lapan hari selepas perayaan

8Nasional

SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

CYBERJAYA - Sejumlah RM66 juta diagihkan kepada rakyat menerusi insiatif e-Tunai Rakyat sejak dilak-sanakan pada 15 Januari lepas, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Malah, beliau berkata sambu-tan orang ramai terhadap skim itu terbukti memberangsangkan dengan sejumlah 2.2 juta permo-honan telah diluluskan daripada 2.9 juta permohonan yang di- terima.

“Selain meningkatkan ka-dar penerimaan bagi pemba-yaran tanpa tunai di Malaysia, inisiatif e-Tunai Rakyat itu akan turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara apabila penerima membelanjakannya di peringkat

KUALA LUMPUR - Kira-kira 4,000 murid di 100 sekolah ter- pilih di seluruh negara me- nikmati makanan percuma me-nerusi Program Sarapan Percu-ma fasa pertama yang bermula 20 Januari lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim berka-ta ia penambahbaikan kepada program Rancangan Makanan

Tambahan yang diperkenal Ke-menterian Pelajaran sejak 1979, lapor BH Online.

Penambahbaikan itu ter-masuk pemilihan kriteria mu-rid dalam golongan miskin berbanding miskin tegar sebe-lum ini.

“Berdasarkan paras ke- miskinan nasional, kita perl-uaskan kepada murid miskin.

Jadi, lebih ramai murid da- pat manfaat,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Se-kolah Kebangsaan Seri Suria di Puchong pada 20 Januari lalu.

Beliau berkata makanan disediakan berdasarkan cada- ngan Kementerian Kesihatan iaitu setiap sajian mengandun-gi nutrisi dan kalori yang sesuai.

SHAH ALAM - Kadar bayaran tol di semua lapan lebuh raya bawah kenda-lian PLUS Malaysia (PLUS) dibekukan selama 38 tahun mulai 1 Februari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam ke- nyataan memaklumkan kerajaan juga tidak membayar pampasan kepada syarikat konsesi, sekali gus menjimat-kan RM42 bilion.

“Walaupun sebelum ini perjanjian konsesi memperuntukkan kenaikan kadar tol secara berperingkat, keputu-san terbaharu ini akan memastikan tia-da kenaikan sehingga tempoh konsesi tamat selama 38 tahun (2020-2058).

“Kerajaan yakin keputusan ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan pada masa sama membolehkan PLUS terus beroperasi dengan kedudukan kewangan yang baik,” katanya.

Pada 16 Januari lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemo-tongan kadar tol seba- nyak 18 peratus di semua lebuh raya berkenaan.

Pejabat Perdana Men-teri juga memaklumkan pengendali konsesi lebuh raya kekal milik Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

2.9 juta permohonan diterima

RM66 juta agihan inisiatif e-Tunai Rakyat

peniaga dan vendor tempatan,” katanya pada majlis pelancaran ekosistem tanpa tunai Cyberjaya dengan QR kebangsaan Malay-sia, DuitNow QR pada 20 Januari lalu.

Kerajaan telah memperuntuk-kan sejumlah RM450 juta bagi in-isiatif e-Tunai Rakyat tersebut.

Inisiatif mulai 15 Januari dan ber- akhir pada 14 Mac depan, mem-bolehkan rakyat Malaysia yang layak untuk menebus RM30 dari-pada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih, Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Guan Eng berkata usaha me- lahirkan masyarakat tanpa tunai adalah seiring dengan keutamaan kerajaan menangani gejala rasuah.

“E-pembayaran itu merupa-kan saluran penting dan selamat bagi memastikan pihak yang la- yak menerima subsidi kita tanpa perlu membayar fi kendalian atau komisyen yang tidak sewajarnya,” katanya.

Menurut beliau, walaupun telah melaksanakan pelbagai usa- ha dan inisiatif sejak dua dekad lepas, hanya lima peratus daripa-da jumlah bayaran harian di Ma-laysia dijalankan menerusi kaedah tanpa tunai.

Sehubungan itu, katanya, an-tara aspek yang perlu ditumpukan bagi melonjakkan lagi amalan itu adalah memperluas kemudahan e-pembayaran selain selamat dan mudah digunakan. – BERNAMA

4,000 murid nikmati sarapan percuma

Kadar tol lapan lebuh raya dibeku

Lebuh raya terbabit seperti berikut:

l Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)l Lebuhraya Baru Lembah Kelang

(NKVE)l Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE)l Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LinKedua)l Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)l Lebuhraya Seremban –Port Dickson (SPDH)l Lebuhraya Butterworth –Kulim (BKE)l Jambatan Pulau Pinang (JPP)

KAJANG - Kementerian Per-dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berhas-rat mewujudkan Pusat Pe- ngumpulan dan Pengagihan Makanan bagi Program Bank Makanan Malaysia di setiap zon di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Sai-fuddin Nasution Ismail berkata setakat ini sebuah pusat sudah beroperasi di Bukit Angkat, di sini manakala sebuah lagi yang dalam fasa pembinaan dan akan mula beroperasi di Bandar Baharu Kulim, di Kedah, Februari nanti.

“Pusat mini di Bandar Baha-ru Kulim dalam pembikinan, sedikit kerja ubah suai dib-uat… Pusat di situ lokasinya strategik kerana bersempadan dengan Pulau Pinang, Perak

dan Kedah. Oleh itu, kita boleh tumpu operasi di kawasan ut-ara.

“Adalah menjadi harapan kami untuk wujudkan (pusat berkenaan) di zon timur, zon selatan, zon tengah, zon ut-ara… tujuannya untuk mening-katkan kecekapan pengedaran barang-barang dan memu-dahkan penyumbang di setiap zon untuk menderma,” kata- nya pada sidang media selepas prapelancaran program berke-naan di Bukit Angkat, di sini pada 21 Januari lalu.

Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan diwujud-kan bagi mengumpul sumba- ngan penderma sebelum diagi-hkan kepada golongan sasar terpilih.

Saifuddin berkata setakat ini

Yayasan Food Bank mempu-nyai 14 trak satu tan dan lima lagi trak tambahan sumbangan rakan strategik bagi mengurus-kan pengagihan kepada golo- ngan sasar.

Katanya, Program Bank Makanan Malaysia bukan ha- nya mengumpul dan men-gagihkan makanan tetapi turut melatih sukarelawan ser-ta menyediakan peluang ke-pada pelajar untuk menjalani latihan amali.

Program yang diwujudkan sejak Ogos 2018 memanfaat-kan kira-kira 480,000 isi rumah di seluruh negara manakala Program Food Bank Siswa pula memanfaatkan 12,000 maha-siswa daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). – BERNAMA

Wujud pusat kumpul, agih makanan

Nasional9SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

LANGKAWI - Malaysia boleh mencapai objektif menjadi negara maju lebih awal dari 2030 sekiranya ia menerapkan tek- nologi 5G dengan teratur untuk pem-bangunan, kata Tun Dr Mahathir Mo-hamad.

Perdana Menteri berkata wawasan itu boleh dicapai menjelang 2025 sekiranya negara ditadbir lebih baik.

Katanya, teknologi 5G membolehkan produktiviti meningkat apabila orang ra-mai boleh membuat pilihan dengan lebih cepat dan tepat.

“5G begitu komprehensif dan men- yalurkan maklumat yang begitu banyak bagi membantu anda membuat kepu-tusan. Malaysia perlu ditadbir lebih baik dengan menggunakan 5G kerana banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih ce-kap dan dilakukan pula oleh orang yang berpengetahuan.

“Jika anda tidak mempunyai pengeta-huan, anda boleh sentiasa mengakses orang yang berpengetahuan.

“Jadi, saya berharap agar semua orang belajar bagaimana hendak mengguna 5G; persekitaran berbeza sepenuhnya, tidak lagi seperti sebelum ini,” katanya ketika melawat Pusat Kawalan 5G di ibu pejabat polis Langkawi di sini pada 20 Januari lalu.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Komu-nikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Al-Ishsal Ishak.

Perdana Menteri memberi contoh, dengan aplikasi 5G, parademik boleh mendapatkan maklumat daripada pakar dan mereka boleh seterusnya membuat keputusan perkara yang patut dilakukan. – BERNAMA

Tun Dr Mahathir Mohamad memakai topi keselamatan pintar selepas melawat Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Langkawi pada 20 Januari lalu - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR - Tun Dr Ma-hathir Mohamad menyuarakan harapan tahun ini iaitu ‘Tahun Kebudayaan dan Pelancongan’ antara Malaysia dan China akan mempertingkatkan hubungan serta persahabatan dengan sig-nifikan antara kedua-dua negara tersebut.

Perdana Menteri menyata-kan hubungan antara kedua-dua negara sudah berakar umbi sejak kurun ke-15 semasa zam-an kegemilangan Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming serta berkembang sejak itu.

Malah, beliau berkata Ma-laysia dan China negara perta-ma di rantau ini menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar kepercayaan dan rasa hormat.

“Pada 2018, Perdana Menteri Li Keqiang dan saya berpenda- pat itu adalah masa yang baik untuk meraikan hubungan ra-pat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan memberi tum-puan kepada pertukaran rakyat dengan rakyat menerusi kebu-dayaan dan pelancongan,” ka-tanya ketika berucap pada maj-lis perasmian Tahun Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia-Chi-na 2020, di sini pada 19 Januari lalu.

Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Pelan-congan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Dr Mahathir berkata seperti

Harap Malaysia-China lebih erat

Capai negara maju seawal 2025

5G pemangkin pembangunan

kebudayaan kedua-dua negara itu terikat, begitu juga ekonomi mereka.

”Sebagai rekod, pada 1971 per-dagangan dua hala Malaysia-Chi-na bernilai US$159 juta (RM644.32 juta) dan jumlah itu meningkat hampir 700 kali ganda kepada US$108 bilion(RM437.65 bilion) pada 2018,” katanya.

Perdana Menteri juga berka-ta program bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 menjadikannya lebih bermakna, sambil berkongsi mengenai aspek kehidupan masyarakat berbilang kaum yang membolehkan negara ini menyaksikan kewujudan pel-bagai budaya.

“Saya juga pasti tetamu kami dari China akan dapat men-gaitkan dengan banyak amalan, makanan, adat dan budaya dan mungkin dapat mengesan asal

usulnya di wilayah tertentu di China.

“Sudah tentu, budaya lain dari India dan penduduk pribumi dari Sabah dan Sarawak mempunyai pengaruh yang signifikan ter- hadap kebudayaan di Semenan-jung dan sebaliknya. Kami ber-bangga dengan kepelbagaian ini yang berhasil dalam memboleh-kan kita berkembang,” katanya.

Dr Mahathir juga mengambil peluang untuk mengucapkan kemakmuran, kesihatan, keka-yaan dan kebahagiaan kekal ke-pada kedua-dua rakyat negara itu yang menyambut Tahun Ba-haru Cina, minggu depan.

”Semoga Tahun Tikus Logam ini melambangkan penegasan semula persahabatan dan ker-jasama antara Malaysia-China serta satu langkah permulaan ke ha. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Dua pe- mimpin Umno dituduh mengu-bah wang haram berjumlah RM3 juta setelah gagal mengisytihar dana pemberian bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengu-bahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Ha- sil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) di Mahkamah Sesyen di sini pada 21 Januari lalu.

Ahmad, 54, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ga-gal mengistihar RM2 juta kepa-da Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 30 April 2014. Jika sabit kesalahan, beliau boleh di-denda tidak lebih RM5 juta atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga dituduh memberi penyataan palsu mengikut Sek-syen 32 AMLA semasa percaka-pannya dirakam oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencega-han Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Julai 2019. Jika sabit kesalahan, beliau berdepan denda tidak le- bih RM3 juta atau penjara maksi-mum lima tahun atau kedua-du-anya.

Sementara itu, di mahkamah sama, Shahrir pula dituduh ga-gal mengisytihar kepada LHDN

Cawangan Duta pada 25 April 2014 berkenaan wang RM1 juta yang diterima daripada Najib.

Beliau didakwa mengikut Sek-syen 4(1) AMLA yang mempe-runtukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penja-ra maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit ke-salahan.

P e n d a k w a a n t e r h a d a p kedua-duanya dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norzila-ti Izhani Zainal @ Zainol.

Wang haram RM3 juta:Pemimpin Umno didakwa

Wujud pusat kumpul, agih makanan

10Ekonomi

SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG - Kawasan seluas 810 hektar di Sepang bakal dibangunkan bagi mem-perkasa industri aeroangkasa, sekali gus menarik pelaburan ke Selangor, kata Dato’ Teng Chang Khim.

EXCO pelaburan, perindustrian dan perdagangan berkata pembangunan itu selaras Belanjawan Selangor 2020 serta melengkapkan kawasan industri aeroangkasa sedia ada.

“Kita juga sudah bincang dengan pemilik tanah untuk bersama mem-promosi industri ini secara terbaik,” katanya selepas Program Sumbangan Kembali Ke Sekolah di Taman Eng Ann di sini pada 19 Januari lalu.

Selain itu, Chang Khim berkata Kera- jaan Negeri merancang mengadakan misi pelaburan ke luar negara khususn-ya ke ekspo utama dunia bagi menjay-

akan agenda pembangunan itu.“Kita bercadang mahu adakan la-

watan ke ekspo aeroangkasa terbesar dunia antaranya di Singapura, London dan Paris,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan syarikat swasta industri aeroangkasa bagi menarik leb-ih ramai pekerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menceburi bidang itu.

“Usaha ini sebagai langkah men-gurangkan penggunaan tenaga kerja asing serta membantu pekerja tem-patan memperoleh peluang kerjaya dengan sebilangan kos ditanggung kerajaan dan sebahagian swasta,” katanya.

Belanjawan Selangor 2020 menyas-arkan sektor aerongkasa mewujudkan 32,000 peluang pekerjaan berpendap-atan tinggi dan pendapatan tahunan RM55.2 bilion menjelang 2030.

Bangun di tanah seluas 810 hektar

Hab aeroangkasa di Sepang

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

Selamat Tahun Baharu Cina 2020Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu

Cina 2020 kepada seluruh masyarakat Tionghua khususnya di Selangor. Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini amat bermakna kepada semua kerana ia memberi peluang

untuk mengeratkan silaturrahmi antara keluarga dan rakan.

Menurut kiraan zodiak Cina yang mempunyai 12 haiwan, Tahun Baharu Cina 2020 adalah tahun tikus, khususnya tikus logam yang mempunyai sifat-sifat berdisiplin, cermat, rajin dan pintar.

Astrologi Cina berkait rapat dengan Kalendar Cina juga menjadi antara panduan sambutan Tahun Baharu sejak dulu lagi dan amat bermakna kepada masyarakat Tionghua.

Di Selangor, Kerajaan Negeri mempunyai iltizam sentiasa berdisplin dan rajin bekerja demi memastikan tiada sesiapapun ditinggalkan atau ‘No one will be left behind’ dalam meningkatkan daya ekonomi negeri.

Pada masa sama, kerencaman Selangor sebagai negeri contoh di Malaysia perlu dipelihara demi anak cucu kita.

Saya sedar bahawa terdapat beberapa kumpulan dan individu yang mempunyai agenda tertentu, mempergunakan perbezaan etnik sebagai jalan untuk memecah-belahkan masyarakat kita.

Namun, saya amat yakin bahawa rakyat Selangor mampu mengetepikan pengaruh begini dan ‘take the higher road’ apabila berdepan dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Bagi tahun ini, saya bertekad meningkatkan lagi prestasi ekonomi Selangor sambil memastikan aspek sosial dijaga, khususnya pendidikan dan keselamatan. Misalnya, Belanjawan Selangor 2020 yang saya bentangkan pada 1 November lalu memperuntukkan 5,000 CCTV pengimbas wajah ataupun ‘facial

recognition’ yang akan dipasang di kawasan ‘hotspot’ sebagai langkah mengurangkan jenayah dan meningkatkan keselamatan di seluruh negeri.

Pendidikan juga diberi penekanan dari segi Program Tuisyen Rakyat Selangor yang akan memanfaatkan 10,000 pelajar bermula dari peringkat UPSR.

Selain itu, program Selangor Bitara juga akan memfokus bantuan kepada pelajar tingkatan empat yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Inisiatif Peduli Rakyat seperti Skim Peduli Sihat diteruskan dan ditambah dengan bantuan bagi penyakit Tuberculosis serta program pencegahan denggi.

Saya percaya langkah-langkah seperti ini akan mengurangkan beban kewangan kepada rakyat serta memberi landasan kepada semua untuk menjadikan 2020 amat cemerlang.

Sempena Tahun Baharu Cina ini, saya mengajak seluruh rakyat untuk menghargai kerencaman budaya dan kepercayaan di negeri dalam memeliharanya demi kemakmuran.

Saya berharap sambutan kali ini diraikan dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan.Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai.Xin Nian Jin Bu, Fu Shou Shuang Quan

Perutusan Dato’ Menteri Besar sempena Tahun Baharu Cina 2020

13SelangorKini 23 - 29 Januari 202012 SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

Tahun Baha ru CinaTahun Baha ru Cinaselamatselamat

14Album

SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

Menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina 2020 di Pasaraya Giant, Gombak

Turut serta memasak kuih bakul di Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu

ADN TERATAIADN TERATAI Lai Wai ChongLai Wai Chong

Menyerahkan limau dan melawat Balai Trafik Pandan Indah, Cheras

Mengagihkan limau kepada peniaga pasar pagi Kampung Cempaka, Petaling Jaya

Memasang tanglung di Gerbang Bazar Rakyat, Serdang

Memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Kilang Kossan, Klang

ADN GOMBAK SETIAADN GOMBAK SETIA Hilman IdhamHilman Idham

ADN MERUADN MERU Mohd Fakhrulrazi Mohd MokhtarMohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar

ADN KUALA KUBU BAHARUADN KUALA KUBU BAHARU Lee Kee HionLee Kee Hiong

ADN SERI KEMBANGANADN SERI KEMBANGAN Ean Yong Hian WahEan Yong Hian Wah

ADN BANDAR UTAMAADN BANDAR UTAMA Jamaliah JamaluddinJamaliah Jamaluddin

15SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Rebut apa sahaja peluang yang ada pada 2020 -- kunci bagi kejayaan rakyat Selangor tahun ini, begitu nasihat pakar metafizik Cina Datuk Joey Yap

yang merujuk feng shui untuk Tahun Tikus Logam.

Tahun Baharu Cina, yang berasaskan zodiak 12 haiwan termasuk tikus, bermula 25 Januari ini. Babi dan lembu masing-masing mewakili simbol 2019 dan tahun depan.

Ramalan berdasarkan falsafah Cina purba itu pasti membawa makna tertentu dalam kalangan penganut kepercayaan berkenaan dan juga mereka yang meminati ramalan zodiak.

Meramalkan cabaran dan peluang Tahun Tikus kepada Selangor Journal, Yap berkata warga negeri ini bakal berdepan perubahan mendadak dan mereka perlu berhati-hati serta tidak hilang fokus.

“Sebahagian kita akan berdepan cabaran seperti tahun lepas. Namun, bagi mereka yang berjaya maju dalam suasana mencabar, tahun ini pasti lebih mengujakan,” katanya, yang menghasilkan lebih 180 buku berkaitan metafizik Cina.

“Daripada hanya menunggu untung nasib, lebih baik setiap orang mengembang kebolehan sedia ada dan menambah kemahiran baharu pada tahun ini. Mereka yang mudah menyesuaikan diri dan suka inovasi mempunyai kelebihan.”

Pengasas Akademi Kepakaran Metafizik Cina dan ketua perunding Joey Yap Consulting Group yakin sesiapa yang mampu membuat penyesuaian dan inovasi bakal memiliki kelebihan.

Beliau juga percaya Tahun Tikus adalah masa terbaik untuk Kerajaan Negeri menyediakan pelan alternatif berkaitan ekonomi dan pentadbiran dalam semua sektor bagi mengekalkan kemampanan.

“Ini masa terbaik untuk pentadbiran negeri membuat pelaksanaan dan keputusan dengan penuh kewaspadaan kerana ekonomi ‘kelihatan’ baik. Namun, ia mungkin baik di permukaan sahaja

kerana kita percaya ada kekurangan dari unsur logam, yang melambangkan kekayaan,” katanya.

Beliau beranggapan strategi paling ampuh bagi mendepani persekitaran itu adalah dengan memanfaatkan setiap

peluang yang datang.Tambahnya, 12 haiwan dalam zodiak Cina boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan sifat individu: penuh semangat dan bercita-cita, pemberi dan berkembang maju.

Simbol harimau, babi, kuda dan monyet dikategori dalam kumpulan

yang penuh semangat dan bercita-cita. Mereka dianggap

boleh berkembang maju jika mereka belajar mengatasi cabaran

dan menyesuaikan diri dengan perubahan sekeliling.

“Hanya dengan itu tahun (tikus) ini membawa perubahan dalam banyak aspek kehidupan mereka,” kata Yap lagi.

Naga, tikus, anjing dan ular pula dalam kumpulan pemberi. Tahun 2020 dianggap menarik untuk mencapai persahabatan baharu, jaringan baharu dan permulaan baharu. Tahun ini juga diyakini masa terbaik untuk mereka mampu melangkah jauh dan menjadi pemimpin yang baik.

Mereka yang dilahirkan pada zodiak kambing, ayam, lembu dan arnab pula diyakini dapat berkembang maju pada tahun ini. Bagi lembu dan ayam jantan pula, mereka mampu mengubah situasi negatif menjadi hasil positif.

Bijak rebut peluang, penuhi azam 2020

Tuah tikus logam

RAMALAN BERDASARKAN

FALSAFAH CINA PURBA ITU PASTI MEMBAWA MAKNA TERTENTU DALAM KALANGAN PENGANUT KEPERCAYAAN BERKENAAN DAN JUGA MEREKA YANG MEMINATI RAMALAN ZODIAK.

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

OLEH JAYMANI SEVANATHAN

“Sebagai dunia yang menjadi adalah sebuah dunia yang lahir kembali. Itu se-babnya pantun, juga pantun percintaan yang telah berkali-kali ditulis di beberapa zaman, tak jadi usang.”

Goenawan Mohamad (2012)

PANTUN merupakan puisi tra-disional yang usianya sangat panjang dan telah melalui pel-bagai perubahan zaman. Na-

mun, gejala kosmopolitan dan arus glo-balisasi kian menenggelamkan nilainya berikutan sebahagian kita bersikap acuh tak acuh terhadap warisan budaya turun-temurun.

Pun begitu, kita tidak sewajarnya menuding jari pada faktor kepesatan teknologi semata-mata. Kerana pantun Melayu tidak lenyap atau luntur ditelan kecanggihan zaman sahaja tetapi faktor genre lain terutama sajak yang terlalu dominan dalam kalangan penggiat seni khususnya golongan muda perlu diam-bil kira.

Anak muda masa kini dilihat memiliki “kegilaan” dan asyik benar dengan lua-han sajak berbanding pantun. Sajak di-lihat kena dengan trend kontemporari, ada unsur hipster dan bebas dinukilkan. Sajak dianggap mampu memaksimum-kan aspek ekspresi dan mempunyai ru-ang kreativiti yang luas. Berbanding pantun, ekspresinya minimum, kandu- ngannya padat dan singkat. Penceritaan yang panjang lebar tidak mungkin boleh dibawa.

Berkemungkinan besar juga anak

Kemudian, lahir sesuatu yang dinamakan Semporna (2)

Mulut asing bercerita tentang laut dan daratan jauh. kami tersesat di perkampungan kayu.- dihakis dokumen dan prasangka.

suara menghibur ibumelanglangkan ajal ke negeri dongengsampan ayah yang selalu beroleng di dalam tidur. entah kelalap di ombak mana.

(O bayi yang mungil. ibumu kering susu. ayahmu kering wang di saku. dan dunia kurang peduli padamu)

yang menakjubkan tentang mimpi adalah segala yang tidak ada. soalnya, kita boleh membayangkan yang tiada: luar biasanya.

(senang sekali kalian dilahirkan dengan sekeping pengenalan)

***melihat atasOh, kami tak boleh mencurigai campur tangan-Mu, bukan?

***melihat kamusehingga huruf terakhir sajak inikau yang harus bertanggangjawab atas air mataku.

Iman Danial Hakim

muda berasa pantun agak membosan- kan dan tidak memenuhi cita rasa mere-ka sehinggakan pembacaan, diskusi ma-hupun penerbitan buku pantun kurang sangat kedengaran. Justeru, bukan se-suatu yang mengejutkan jika sesetengah individu atau kelompok menganggap pantun hanya diguna pakai oleh ma-syarakat Melayu sahaja.

Anak muda kini sangat taasub dengan sajak yang dahulunya pernah dianggap sebagai “lembik” dan “jiwang”. Namun, kini selera telah berubah. Sajak makin berselerak di mana-mana. Sampaikan sebahagian penyair pula seakan-akan menjadi golongan elit artistik dengan sajak dijadikan sebagai hiburan. Mere-ka bebas memberontak dan memper-soal apa-apa pun melalui sajak – sesuatu yang sukar dilakukan menerusi pantun atas faktor ciri, bentuk hukum tertentu.

Anak muda juga gemar menterjemah segala ‘kesepian’ dan perihal hati melalui sajak penyair luar negara. Karya-karya Khalil Gibran, Chairil Anwar, Rupi Kaur, Sapardi Djoko Damono, W.S. Rendra an-tara bahan bacaan wajib golongan mu-da-mudi.

Ini menunjukkan sajak lebih diminati berbanding pantun. Apa tidaknya, sa-jak lebih banyak menerima reaksi, ulasan mahupun kritikan. Berbanding pantun,

ulasannya jarang ditemukan, jauh sekali dibawa ke gelang-gang perbincangan. Sajak juga dianggap wadah membang- kitkan kesedaran so-sial sedangkan pantun – juga merangku-mi falsafah dan pemikiran – dipandang biasa-biasa sa-haja.

Memang diakui sajak lebih mem-beri imaginatif, banyak bentuknya dan boleh dibaca dengan variasi gaya. Sedikit se-banyak situasi itu mungkin mengakibat-kan sebahagian masyarakat menjauh-kan diri dari menghayati dan mendalami keunikan pantun.

Kita biasa melihat permintaan ting-gi terhadap manuskrip sajak tetapi ter-lalu kurang bagi pantun. Akibatnya, manuskrip pantun jarang didapati da-lam pasaran – mungkinkah kali terakhir antologi Sekuntum Pantun & 99 Kelopak Cinta terbitan Obscura Malaysia pada 2012? Namun, semakan mendapati De-wan Bahasa dan Pustaka juga ada me- nerbitkan buku himpunan pantun.

Namun, antologi pantun tidak sehe-boh penerbitan buku sajak atau cerpen. Justeru, faktor permintaan dan kecen- derungan terhadap pantun perlu dire-nung kembali.

Ruang dan peluang penyiaran pan-tun dalam akhbar dan majalah tempa-tan pula terhad hingga terpaksa bere-but-rebut. Atau, barangkali juga kiriman pantun mendapat sambutan dingin. Sedangkan teknik penulisan pantun merupakan permainan bahasa yang in-telektual sifatnya. Disiplin dan pemikiran yang tajam agak signifikan dalam peng-hasilan pantun.

Tidak seperti sajak, penterjemahan pantun Melayu juga lesu dan kurang mendapat perhatian pencinta sastera tempatan. Namun, Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh pernah menter-jemah novel Malaisie karya Henri Fau-connier ke dalam bahasa Melayu yang diberi judul Nurani Tanah Melayu. Dalam novel itu, pantun Melayu menghiasi seti-ap bab kerana Fauconnier sangat memi-natinya. William Marsden, seorang orien-talis menterjemah lapan pantun Melayu dalam buku nahunya, A Grammar of the Malayan Language, with an Introduction and Praxis (1812). Kesukaran menter-jemah dengan mengekalkan rima akhir

Sajak ditatang, pantun disisih?

a,b,a,b. bukan penghalang kerana me- reka masih boleh menterjemah dengan konteks makna yang sama.

Selain Marsden, John Leyden, John Crawfurd, Winstedt dan J. Pijnappel juga serius membicarakan pantun Melayu. Sekitar 1958, seorang peminat bahasa, Lou Wen Muk mengumpulkan dan men-terjemah pantun kepada bahasa Cina yang diberi judul Pantun. Usaha pengin-tegrasian budaya cukup nyata dalam hal ini. Namun, usaha setakat itu sahaja tidak cukup jika kita ingin mengangkat darjat pantun dan bukan sekadar bahan picisan sahaja. Malah, dalam media so-sial sekalipun, baik penulisan mahupun terjemahan sajak sering meraih popu-lariti tinggi.

Asakan kemajuan, budaya asing, gaya hidup, teknologi dan media so-sial juga mempengaruhi kejatuhan populariti pantun. John Leyden (1808) pernah mengatakan mengikut orang Melayu sendiri, pantun perlu dipakai dengan teliti iaitu antara baris sampi-ran sebuah pantun seharusnya mem-punyai perkaitan, kiasan atau erti de-ngan baris maksud. Tetapi dalam media sosial, kita sering bertemu pantun yang hancur seperti “pen merah pen biru, you marah I love you.” Contoh lain, “kerepek pisang kerebek ubi, when can I call you my baby?” Masyarakat pula seronok menggunakan pantun yang “diperkosa”. Akibatnya, musnah segala dandanan citra, baris dan makna serta keindahan bahasa Melayu.

Sebenarnya, kitalah yang menentu-kan sama ada artifak budaya hanya di-ingat sebagai penyeri majlis atau me-langkaui tahap itu. Jangan pula sampai haiku Jepun ditatang dan pantun Me-layu ditendang. Tiada gunanya pantun disanjung tinggi oleh intelektual Barat tetapi kita – anak Malaysia – masih ragu-ragu dengan nilai sastera sendiri.

17SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

GlobalInformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Kajian sebuah badan pemikir Singapura mendapati United Kingdom (UK) kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian.

Sebanyak 31.3 peratus responden me- milih negara Komanwel itu manakala 21.5 peratus memilih Amerika Syarikat (AS), lapor Malay Mail berdasarkan kaji selidik Negara Asia Tenggara 2020 oleh ISEAS-Yu-sof Ishak Institute, pada 17 Januari lalu.

Sementara itu, Jepun dan Australia berkongsi kedudukan tempat ketiga de-ngan 14.1 peratus.

Kaji selidik sama turut menunjukkan 29.3 peratus negara Asean memilih AS bagi pendidikan tinggi, UK (23.3 peratus) dan Australia (13.8 peratus).

Hasil kaji selidik Negara Asia Tenggara 2020

UK kekal pilihan sambung belajar

KUALA LUMPUR - Arab Saudi berminat bekerjasama dengan Malaysia bagi mem-berikan gambaran sebenar Is-lam dalam usaha memerangi Islamofobia, radikalisme dan ekstremisme sejagat yang berleluasa ketika ini, kata Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

Beliau berkata kedua-dua negara sentiasa berusaha untuk menyampaikan gam-baran sebenar Islam melalui konsep kesederhanaan atau wasatiyyah.

Menegaskan bahawa perlu ada kerjasa-ma kolektif antara negara-negara Islam bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu ummah dan dunia Islam, beliau berkata ia memerlu-kan usaha bersama dan penyertaan dari-pada seluruh negara Islam untuk menga-tasinya.

“Isu dan masalah yang membelenggu umat Islam sejagat seperti Islamofobia, radikalisme dan ekstremisme turut dihada-pi kebanyakan negara lain di dunia. Perlu ada kerjasama kolektif dalam kalangan negara Islam bagi mencari penyelesaian kepada masalah itu,” katanya.

Menjelaskan bahawa kerajaan Arab Sau-di mengambil berat tentang masalah yang membabitkan negara-negara Islam serta ummah, Mahmoud Hussien berkata nega-ra-negara Islam boleh bekerjasama melalui institusi antarabangsa sedia ada seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Arab Saudi-Malaysia perangisentimen anti Islam

Duta Arab Saudi ke Malaysia itu ber-kata melalui mekanisme dan instrumen

OIC, negara Islam mam-pu mengutarakan se-gala pendirian mereka mengenai isu berkaitan termasuk membincang-kan tindakan yang perlu diambil bagi menangani hal-hal ummah dan Islam khususnya fenomena Is-lamofobia, ekstremisme dan keganasan.

“Kerjasama ini ada-lah antara usaha yang dibangunkan OIC dan Malaysia serta beberapa negara Islam yang lain.

“Oleh itu, perbincangan dan kerjasama antara kedua-dua negara perlu sentiasa diadakan dalam menonjolkan gambaran sebenar Islam. Hal ini selari dengan doro-ngan Penjaga Dua Kota Suci (Raja Salman Abdulaziz Al Saud) dan Putera Mahkota Arab Saudi (Mohammed Salman) yang berusaha untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam semua bidang,” katanya.

Menyentuh tentang hubungan Malaysia dan Arab Saudi, Mahmoud Hussien berka-ta hubungan diplomatik antara kedua-dua negara berada dalam keadaan kukuh dan berharap ia dapat dikembangkan lagi.

“Arab Saudi dan Malaysia sedang me- ningkatkan hubungan yang akan memberi dimensi baharu dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara Insya-Allah,” katanya. – BERNAMA

SHAH ALAM - Permo-honan warga Malaysia mendapatkan visa masuk berganda ke China diper-mudahkan lagi bagi meng-galakkan perjalanan rakyat kedua-dua negara bermula 20 Januari lalu.

Kedutaan Besar Re-publik Rakyat China di Malaysia memaklumkan selain dokumen asas se- perti pasport, borang permohonan visa dan gambar, pemohon juga perlu menyer-takan dokumen sokongan berdasarkan jenis visa yang dimohon, lapor Sinar Harian.

“Antara visa berganda yang dikeluarkan termasuk mereka yang berhasrat ke China sebagai pelancong (L-Visa), urusan komer-sial dan perdagangan (M-Visa) dan mela-wat saudara-mara warga China (Q2-Visa).

“Selain itu, ia termasuk visa melawat saudara-mara rakyat Malaysia yang be- kerja atau belajar di China atau atas uru-

san persendirian seperti rawatan perubat-an (S2-Visa),” kata kedutaan itu dalam ke-nyataan.

Kedutaan itu berkata setiap visa mem-punyai garis panduan bagi kemasukan berganda bermula tiga bulan hingga lima tahun dengan menyertakan butiran per-jalanan, tempahan hotel dan rekod per-jalanan ke China sebelum ini.

Permohonan boleh dibuat dengan merujuk kepada laman sesawang rasmi Pusat Perkhidmatan Visa China di Ma- laysia.

China mudahkan permohonan visa rakyat Malaysia

“AS popular dalam kalangan enam negara Asean iaitu Singapura 41 pera-tus, Vietnam (38.1 peratus), Thailand (36.4 peratus), Filipina (32.1 peratus), Indonesia (26.3) peratus) dan Myanmar (25 peratus),” menurut badan pemikir itu.

Seramai 1,308 responden dari sepuluh negara Asean menyertai kaji selidik ter-masuk 222 penyertaan dari Malaysia.

Foto

AFP

18PBT

SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Pencemaran bau di seki-tar Taman Perepat Timur, Kapar di sini dikenal pasti berpunca dari-pada sebuah kilang memproses plastik.

Timbalan yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) berka-ta hasil pemeriksaan mendapati mesin penapis skrap plastik rosak dan kilang berkenaan ditutup ser-ta-merta.

“MPK bersama Jabatan Alam Se-kitar (JAS) membuat pemeriksaan dan mengenal pasti perkara itu selepas menerima aduan dari pen-duduk berkaitan bau busuk.

“JAS menyarankan pengusaha

kilang supaya membuat penyeleng-garaan setiap 17 hari bagi memas-tikan insiden kerosakan tidak ber-ulang,” kata Elya Marini Darmin ketika ditemui di kilang berkenaan di sini pada 15 Januari lalu.

Elya berkata MPK turut men-jalankan pemantauan dari sema-sa ke semasa dan tidak akan ber-tolak-ansur dengan mana-mana pengusaha yang melakukan ke- salahan.

Beliau berkata terdapat lebih 500 kilang haram di Telok Gong. Setakat ini, MPK menutup 70 kilang di sini sejak November ta-hun lalu hingga 15 Januari lepas selain bancian berterusan dilaku-kan berhubung perkara itu.

Punca pencemaran bau di Perepat dikenal pasti

Kilang diarah henti operasi

Elya Marini Darmin melihat mesin penapis skrap plastik rosak pada lawatan ke sebuah kilang di Kam-pung Perepat, Klang pada 15 Januari lalu

KUALA LANGAT - Pembayar cu-kai taksiran di kawasan pentad-biran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah keseluru-han bernilai RM60,000 menerusi program Jom Jelas Cukai Taksiran 2020.

Yang dipertuanya berkata ha- diah utama berupa motosikal jenis Yamaha NVX keluaran ter-baharu turut ditawarkan mereka yang melangsaikan cukai taksi- ran setahun sebelum atau pada 29 Februari ini.

“Mereka boleh membuat pembayaran di kaunter utama ibu pejabat MDKL dan pejabat cawangan MDKL di Bandar Sauja-na Putra yang dibuka setiap hari bermula 8 pagi hingga 4 petang,

RM60,000 menanti pembayar cukai

SHAH ALAM - `Dua Dekad Makmur dan Sejahtera Bersama’ menjadi slogan baharu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena ulang tahun ke-20 penubuhannya pada 19 Januari lalu.

MBSA turut melancarkan logo 20 ta-hun majlis itu dengan memilih tiga war-ga iaitu merah jambu, biru dan biru firus.

Merah jambu melambangkan kepel-bagaian pembangunan di bandar raya

sejahtera manakala biru mencerminkan persekitarannya yang tenang dan da-mai.

Biru firus pula menonjolkan elemen baharu yang segar, cekap, efisien dan seimbang dalam sistem tadbir urus agensi itu.

MBSA akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang ce-kap, tepat dan mesra kepada warganya.

Slogan dan logo itu dirasmikan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah dalam majlis gilang-gemilang di Stadi-um Shah Alam.

Keberangkatan baginda diiringi Da-tuk Bandar Dato’ Haris Kasim.

Haris berkata bandar raya itu akan terus melalui proses transformasi se- iring matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri pintar.

“Malah, sejak 20 tahun lalu bandar raya ini melalui banyak perubahan. Namun perubahan ini tidak sesekali mengabaikan aspek kehidupan ma- syarakat.

“Ia terbukti apabila bandar raya ini antara tempat yang selamat untuk didiami serta mempunyai perseki-taran yang damai buat penghuninya,” katanya

Raja Muda Selangor rasmi slogan 20 tahun MBSA

manakala Sabtu dan Ahad (9 pagi hingga 1 petang).

“Bayaran juga boleh dibuat se-cara dalam talian, semua kaunter pihak berkuasa tempatan dan pe-jabat tanah dan daerah seluruh Selangor, pejabat pos serta kaunter bank terpilih juga Jom-pay,” kata Mohamad Zain A Hamid dalam kenyataan pada 16 Januari lalu.

Katanya, pemegang harta di-wajibkan membayar cukai bagi melancarkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan infrastruk-tur.

“Mereka juga disaran mem-bayar cukai taksiran mengikut tempoh masa ditetapkan kerana tindakan tegas akan diambil se-kiranya ingkar,” katanya.

JAS menyarankan pengusaha kilang supaya membuat penyelenggaraan setiap 17 hari bagi memastikan insiden kerosakan tidak berulang

ELYA MARINI DARMINTimbalan Yang Dipertua MPK

19SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

PBTInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Sistem sesentuh untuk menaiki Bas Smart Selangor dijangka boleh digunakan mulai hujung tahun ini, kata pengendali projek pintar Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).

Pengarah Urusannya Dr Fahmi Ngah

berkata ia membolehkan warganegara menggunakan kad pengenalan untuk menaiki bas secara percuma manakala warga asing pula dicaj RM1.

“Sistem ini masih berada pada pe- ringkat awal pelaksanaan dan masih dalam perbincangan dengan pihak vendor. Kita jangka ia boleh diguna hu-

jung tahun,” katanya.Kerajaan Negeri dalam Belanjawan

Selangor 2020 memperkenalkan caj perkhidmatan Bas Smart Selangor RM1 kepada warga asing.

Kutipan itu digunakan untuk menye-lenggara dan menambah jumlah laluan Bas Smart Selangor.

Warganegara naik percuma, warga asing dicaj RM1

Sistem sesentuh siap hujung tahun

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menaik taraf kawasan tumpuan awam bagi menarik keha- diran satu juta pelancong tahun ini, kata timbalan yang dipertuanya.

Elya Marini Darmin berkata antara lokasi ialah Stadium Sultan Suleiman, Klang Heritage Walk, pembinaan bulatan Bukit Jawa dan Tanjung Hara-pan.

“MPK juga bercadang membangunkan kawa-san Jalan Raya Timur membabitkan 60 premis per-niagaan bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi, sekali gus menarik lebih ramai pelancong,” katanya ketika melawat lokasi mural di Klang Heritage Walk di sini.

Pada 2017, Klang mencatatkan 300,000 pengun-jung dan melonjak kepada 500,000 tahun lalu.

MPK sasar sejuta pelancong tahun ini

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 237 tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) sem-pena Tahun Baharu Cina bagi memudahkan orang ra-mai membuang sampah pukal seperti perabot dan barang elektrik lama.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata tong bersaiz tiga tan diletakkan di Seksyen 2 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20 bermula 14 hingga 24 Januari.

“Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepa-da penduduk melaksanakan gotong-royong secara persendirian di setiap kediaman masing-masing dan memberi didikan kepada warga Shah Alam berhu- bung pengurusan sampah pukal dengan cara betul,” kata Shahrin Ahmad.

Beliau berharap penduduk memberikan kerjasa-ma dengan meletakkan sampah pukal di dalam tong bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar.

SEPANG - Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengenakan kompaun terhadap individu yang membuang sampah merata-rata mulai 1 Mac depan.

Yang Dipertuanya berkata tindakan terbabit bagi memastikan kawasan tumpuan seperti Cyberjaya, Pantai Sungai Sepang Besar, Pantai Bagan Lalang dan Bandar Dengkil sentiasa bersih.

“Skuad Pantau Bersih Sepang memantau kerja pembersihan selain mengesan pihak yang ingkar larangan seterusnya menguatkuasakan undang-un-dang,” kata Mohd Fauzi Mohd Yatim pada Majlis Sam-butan Pembukaan Tahun Melawat Sepang 2020 di ibu pejabat MPSepang pada 17 Januari lalu.

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata pihaknya menyasarkan lima juta pelancong hadir ke daerah itu dengan hasil pendapatan RM5 billion sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

MBSA sedia 237 tong sampah pukal

Kompaun buang sampah mulai 1 MacSHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam

(MBSA) menjangka kerja menaik taraf Bulatan Be-stari Seksyen 2 siap sepenuhnya hujung Februari ini, kata ketua bahagian korporat dan perhubu- ngan awamnya.

Shahrin Ahmad berkata bagi fasa pertama ia dijadual siap 20 Januari ini sebelum ditutup se- mula pada 30 Januari.

“Penutupan itu bagi kerja fasa kedua. Dalam tempoh itu, orang ramai masih boleh menggu-nakan Bulatan Bestari dengan mengikuti papan tanda arah lencongan,” katanya dalam kenyataan pada 18 Januari lalu.

MBSA turut menyediakan pelan penyuraian trafik untuk memastikan kelancaran kenderaan yang menggunakan laluan tersebut.

Katanya, pengguna dari Seksyen 7 yang me-lalui Persiaran Institusi, Seksyen 3 (melalui Per-siaran Raja Muda), Seksyen 2 (melalui Persiaran Masjid) dan Seksyen 16 (melalui Persiaran Raja Muda) boleh menggunakan Bulatan Bestari dengan mengikuti len-

congan ditetapkan.“MBSA meminta pengguna berhati-hati dan mematu-

hi had pemanduan yang ditetapkan demi keselamatan ketika melalui laluan itu,” katanya.

Naik taraf Bulatan Bestari siap Februari

20Pendidikan

SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

PUTRAJAYA - Kementerian Kewa- ngan menyerahkan peruntukan RM100 juta untuk menyelenggara dan menaik taraf sekolah tahfiz, sekolah agama rak-yat (SAR) dan sekolah pondok.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyerahkan replika cek berkenaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Kementerian Kewangan di sini pada 15 Januari lalu.

Daripada jumlah RM100 juta itu, Guan Eng berkata sekolah tahfiz me-nerima RM50 juta sementara sekolah agama rakyat dan persendirian ser-

ta sekolah pondok berdaftar ma- sing-masing menerima RM25 juta.

“Peruntukan tersebut adalah pe- ningkatan RM50 juta berbanding pe-runtukan kerajaan terdahulu dalam Ba-jet 2018 yang tidak menyediakan pe-runtukan bagi sekolah agama rakyat dan sekolah pondok,” katanya.

Penyerahan peruntukan itu susulan pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019.

Guan Eng berkata peruntukan RM100 juta itu adalah sebahagian da- ripada RM735 juta untuk penyeleng-garaan semua jenis sekolah bagi 2020

yang merupakan peningkatan ketara berbanding dengan jumlah RM652 juta bagi 2019.

Sementara itu, Mujahid berkata pada masa ini terdapat 205 institusi pondok, 1,026 sekolah tahfiz dan 1,880 sekolah agama negeri, rakyat, swasta dan persekutuan dalam data pihaknya.

Mujahid berkata pihaknya melihat permohonan semua institusi mulai bulan depan dan pelaksanaan pem-berian peruntukan dijangka seawal Mac dan April, dengan tempoh peng- agihan dijangka sehingga Oktober. – BERNAMA

RM100 juta naik taraf tahfiz, pondok dan SAR

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

PETALING JAYA - Kerajaan Negeri mahu Yayasan Selangor kembali kepada tujuan asal penubuhannya iaitu menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada rak-yat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bagi tujuan itu semua program berkaitan pendidikan akan diserahkan kepada yayasan dalam tempoh tiga tahun.

“Contohnya Program Tuisyen Rakyat, ia sepatutnya diuruskan oleh yayasan. Begitu juga program lain antaranya Pro-gram Selangor BITARA khusus buat rak-yat melanjutkan pengajian Doktor Falsa-fah (PhD)

“Ini adalah sebahagian antara peran-cangan Kerajaan Negeri untuk mengem-balikan kegemilangan yayasan. Namun harus diingat, usaha ini tidak boleh dilakukan sehari dua,” katanya dalam pertemuan bersama warga kerja yaya-

san itu pada 15 Januari lalu.Amirudin berkata sejak 50 tahun lalu,

Yayasan Selangor melahirkan lebih 5,000 modal insan yang berjaya dalam pel-bagai bidang.

“Yayasan Selangor dianggap yayasan terbaik berbanding negeri lain. Ramai yang akui kehebatan Yayasan Selangor,” katanya.

Amirudin berkata Yayasan Selangor juga perlu komited membangunkan semula semua aset miliknya bagi me- ngukuhkan kedudukan kewangan.

Beliau berkata banyak aset milik yayasan itu berada di kawasan strategik yang mempunyai nilai komersial tinggi.

“Aset yayasan di Bukit Bintang, Kam-pung Pandan dan beberapa kawasan lain adalah banyak dan perlu dibangunkan.

“Namun mungkin sebelum ini berla-ku sedikit kecuaian atau kurang kawalan, kita terlepas pandang berhubung bebe-rapa perkara,” katanya.

Kembalikan kegemilangan

Yayasan Selangor sedia pendidikan berkualiti

Dato’ Seri Amirudin Shari bersama kakita- ngan Yayasan Selangor di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya pada 15 Januari lalu

Peruntukan tersebut adalah peningkatan RM50 juta berbanding peruntukan kerajaan terdahulu dalam Bajet 2018 yang tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah agama rakyat dan sekolah pondok

LIM GUAN ENGMenteri Kewangan

KENYATAAN TENDER

103002-H

BAGI KERJA - KERJA PEMBERSIHAN PADANG PERMAINAN, JALAN UTAMA/JALAN PERSIARAN

DAN KOLAM TADAHAN DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Petender perlu melayari laman sesawang “www.kdebwm.com” untuk mendapatkan perincian zon dan akses masuk ke dalam Sistem Tender Atas Talian (STAT) dan seterusnya membuat pilihan borang tender mengikut nombor dan nama tender seperti di atas. Slip pilihan tender perlu dicetak dan dibawa semasa membuat pembayaran. Pembayaran bagi setiap set borang tender yang dibeli boleh menggunakan wang tunai yang disertakan dengan Slip Pilihan Tender, Salinan Sijil Pendaftaran KKM, Salinan SSM, Salinan Resit Pendaftaran Kontraktor Selangor yang masih sah dan akses bagi muat turun borang tender akan diberikan mengikut tempoh masa seperti yang telah ditetapkan. Borang tender yang telah siap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan ditulis dipenjuru atas sebelah kiri Nombor

Tender dan Nama Zon (seperti tertera pada borang tender) dan dimasukkan ke dalam BILIK TENDER “A” di alamat berikut;

IBU PEJABAT KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD.ARAS 10, MENARA SERBA DINAMIK,

LOT PRESINT 3.4, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-5511 4344 / 013-914 1492(U.P : EN AISAR BIN SUKRAN)

Nota: Sila pastikan semua maklumat syarikat dan dokumen sokongan yang dimuat naik telah dilengkapkan di dalam sistem tender atas talian “www.kdebwm.com”. Borang tender yang telah lengkap perlu dihantar pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti makluman di atas bagi

mengelakkan tender anda ditolak.

KDEB Waste Management Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor secara holistik.

Justeru, KDEB Waste Management mempelawa kontraktor - kontraktor yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM Kod Bidang - 221002 dan 221003) dan Sistem Tender Online Selangor 2.0 untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja - kerja berikut:-

Bil. Nombor & Nama Tender Kerja - Kerja Pembersihan Padang Permainan, Jalan Utama/Jalan Persiaran dan Kolam Tadahan di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 69

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 70

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 71

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 72

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 73

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 74

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 75

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 76

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 77

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 78

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 79

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 80

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 81

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 82

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 83

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 84

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 85

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 86

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 87

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 88

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 89

KDEBWM/MPK/PK-01/03/2020: ZON PK 90

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

Tarikh Mula Kerja : 1 Mac 2020Harga Dokumen Bagi Setiap Set : RM200Tempoh Jualan Dokumen : 28 Januari 2020 (Selasa) & 29 Januari 2020 (Rabu) 9.00 am hingga 5.00 pmLokasi Jualan Dokumen: Bilik Tender A, Aras 10, Menara Serba DinamikTarikh Tutup : 5 Februari 2020 (Rabu) sebelum jam 5.00 pm

21SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Minat mendalam terhadap al-Quran sejak berusia lapan tahun menjadi kunci kepada Ab-dun Najih Marwan dinobatkan qari tilawah pering-kat Selangor pada tahun ini.

Mengakui terkejut, guru berusia 28 tahun sangat gembira dengan kemenangan tersebut.

Beliau sentiasa berlatih dan memperbaiki bacaan-nya setiap hari serta mahu menambah baik kemahi-ran alunannya.

“Saya mengenali al-Quran sejak umur la- pan tahun dan mencuba nasib empat tahun ber-turut-turut. Malam ini saya sangat gembira dan ber-syukur dengan apa yang dianugerahkan,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, johan qariah dua tahun ber-turut-turut, Nor Faizah Panut tidak pernah berputus

asa dan sentiasa mencuba ke peringkat lebih tinggi.Guru Maktab Rendah Sains Mara berusia 31 ta-

hun sudah lapan kali menjadi juara pertandingan itu.

“Saya sentiasa mencari peluang untuk menjadi yang terbaik dengan cara berlatih setiap hari sele-pas solat Maghrib dan Isyak.

“Saya juga mengelak minum ais untuk menjaga suara,” katanya.

Johan qari dan qariah menerima wang tunai RM5,000, pakej mengerjakan umrah, sepersalinan pakaian, sijil dan piala pusingan.

Terdahulu, Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Selangor 1441H/2020 disempur-nakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Masjid Negeri.

Mengiringi baginda Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Selangor 1441H/2020

Najih, Faizah dinobat qari dan qariah Selangor

SHAH ALAM - Pendidikan berteras-kan al-Quran terbukti membentuk generasi berakhlak mulia dan ber-tanggungjawab, kata setiausaha Ke- rajaan Negeri.

Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata menjadikan al-Quran sebagai `santapan’ harian mampu memba- ngunkan minda positif sekali gus me- lahirkan sahsiah umat Islam terunggul.

“Ini membolehkan negara melahir-kan umat Islam yang mempunyai sifat terpuji seperti tolenrasi, menghorma-ti dan saling membantu.

“Oleh itu, kita perlu bertadabbur untuk mendalami isi dan maksud yang disampaikan bagi memastikan kita tidak tersesat dalam kehidupan mahupun akhirat,” katanya ketika berucap demikian pada Majlis Ti- lawah dan Menghafaz al-Quran Pe- ringkat Selangor 1441H/2020 yang disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Masjid Negeri pada 17 Januari lalu.

Hadir mengiringi baginda Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amiru-

din Shari.Mohd Amin berkata pembacaan

yang khusyuk mampu menggerak-kan hati individu menyahut dan me- laksanakan perintah Allah.

Justeru, beliau menganggap pe- nganjuran program itu setiap tahun adalah komitmen berterusan Ke- rajaan Negeri bagi memartabatkan ilmu al-Quran.

Seramai 69 peserta lelaki dan wa- nita dari sembilan daerah memper-dengarkan bacaan tilawah dan ha-fazan pada 14 hingga 17 Januari.

Pendidikan berteras al-Quran bentuk generasi berakhlak

NIBONG TEBAL - Kerajaan akan terus memfokuskan kebajikan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) termasuk menilai semula pemberi-an elaun kepada guru-guru berke-naan, kata Menteri di Jabatan Per-dana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata pemberian itu sen-tiasa menjadi fokus perbincangan pada peringkat kementeriannya dalam usaha menghargai jasa guru Kafa sekali gus memartabatkan lagi profesion guru itu yang turut men-jadi nadi penting dalam pendidikan.

“Dalam Belanjawan 2020 kita

telah menaikkan elaun guru Kafa sebanyak RM100 lagi menjadikan elaun mereka kini RM1,000 daripada RM900 sebelum ini. Saya katakan ia (kenaikan elaun) tidak akan terhenti di sini. Untuk Belanjawan 2021, kita akan minta lebih lagi supaya guru Kafa tidak rasa terpinggir dari sudut elaun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pro-gram e-RPH (Rancangan Pengajaran Harian) dan Kafa Pendidikan Khas Zon Utara di Institut Latihan Perin-dustrian Nibong Tebal pada 17 Ja- nuari lalu.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata penekanan yang akan diberikan ke- rajaan terhadap guru Kafa termasuk pemberian elaun kepada guru yang cuti bersalin kerana buat masa ini mereka tidak menikmati sebarang elaun dalam tempoh itu.

“Ia termasuk dalam perbinca- ngan kita, kita cuba buat setakat ter-mampu,” katanya.

Terdahulu, pada program itu Mu-jahid turut memuji program yang telah dicetuskan oleh Kafa Pulau Pinang dan berharap ia menjadi contoh serta modul kepada Kafa di negeri-negeri lain. – BERNAMA

Fokus tingkat kebajikan guru Kafa

23 - 29 januari 2020 27 jadilawal - 4 JAMADILAKHIR 1441

23 Khamis 6:05 6:15 7:24 1:28 4:50 7:25 8:3824 Jumaat 6:06 6:16 7:24 1:28 4:50 7:26 8:3925 Sabtu 6:06 6:16 7:25 1:28 4:50 7:26 8:3926 Ahad 6:06 6:16 7:25 1:28 4:50 7:26 8:3927 Isnin 6:07 6:17 7:25 1:29 4:50 7:27 8:3928 Selasa 6:07 6:17 7:25 1:29 4:50 7:27 8:3929 Rabu 6:07 6:17 7:25 1:29 4:51 7:27 8:39

23 Khamis 6:08 6:18 7:26 1:30 4:52 7:27 8:4024 Jumaat 6:09 6:19 7:26 1:31 4:53 7:28 8:4025 Sabtu 6:09 6:19 7:27 1:31 4:53 7:28 8:4126 Ahad 6:09 6:19 7:27 1:31 4:53 7:28 8:4127 Isnin 6:10 6:20 7:27 1:31 4:53 7:29 8:4128 Selasa 6:10 6:20 7:27 1:32 4:53 7:29 8:4129 Rabu 6:10 6:20 7:27 1:32 4:53 7:29 8:41

23 Khamis 6:05 6:15 7:25 1:28 4:50 7:26 8:3924 Jumaat 6:06 6:16 7:25 1:28 4:51 7:27 8:3925 Sabtu 6:06 6:16 7:25 1:29 4:51 7:27 8:4026 Ahad 6:06 6:16 7:26 1:29 4:51 7:27 8:4027 Isnin 6:07 6:17 7:26 1:29 4:51 7:28 8:4028 Selasa 6:07 6:17 7:26 1:29 4:51 7:28 8:4029 Rabu 6:07 6:17 7:26 1:30 4:51 7:28 8:40

22Wanita & & Kebajikan

SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

Elak kejadian tidak diingini

i-asuh bantu cari pengasuh

KUALA LUMPUR - Raja Permai- suri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menasihatkan ibu menjaga kesi-hatan anak ketika penularan pel-bagai penyakit ketika ini.

Baginda bertitah setiap ibu perlu peka dengan tahap kesi-hatan anak dan tidak meman-dang ringan sakit demam yang dihidapi anak mereka.

“Kepada para ibu, saya menasi-hatkan yang anak adalah anuge-rah Allah dan itu adalah tugas kita sebagai ibu untuk membesarkan anak kita dengan sihat.

“Jangan tunggu anak dah de-mam seminggu dua baru nak bawa ke hospital, kerana sekarang ni macam-macam jenis penyakit, ada Kawasaki (sejenis penyakit luar biasa yang disifatkan oleh peradangan salur darah di seluruh badan akibat jangkitan virus atau bakteria) saya dengar, ada Chikun-gunya,” titah Tunku Azizah.

Raja Permaisuri Agong berti-tah demikian pada majlis peras-mian Hospital Tunku Azizah (HTA) yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, baginda diiri- ngi Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pengarah Kesihatan Da-tuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah HTA Dr Roniyuzam Abdul Malek.

Berkongsi pengalaman, Tunku Azizah bertitah sentiasa me- ngambil berat kesihatan semua anakanda baginda dari lahir se- hingga dewasa.

“Saya tentukan yang mereka (anakanda) menerima imunisasi sebagaimana yang dituntut oleh kerajaan kita dari lahir sehingga mereka masuk ke sekolah dan ke universiti kerana kesihatan anak adalah penting untuk generasi akan datang,” titah baginda.

Dalam titah baginda, Tunku Azizah menzahirkan ucapan tah-niah kepada kerajaan yang telah menubuhkan sebuah hospital khas untuk wanita dan kanak-kanak.

Baginda turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pi-hak kerajaan yang telah menama-kan HTA sempena nama baginda.

Mula beroperasi secara ber-peringkat pada 25 Februari 2019, HTA adalah Hospital Rujukan Kebangsaan dan Pusat Kecemer-langan Perkhidmatan Perawatan Kesihatan khusus kepakaran un-

tuk wanita dan kanak-kanak (obsterik dan ginekologi serta pediatrik).

HTA dilengkapi 378 katil un-tuk pediatrik, obstetrik dan gine-kologi (222), unit penjagaan rapi dewasa (24), unit penjagaan pe-

diatrik (32), penjagaan rapi ne-onatal (50), pemindahan sum-sum tulang (16) dan lapan katil masing-masing untuk kes kanak-kanak melecur dan unit pen-jagaan harian Aferesis.

Selain itu, HTA mempunyai

tiga unit dewan bedah ginekolo-gi, dewan bedah pediatrik (sem-bilan), dewan bedah Hybrid Neu-ro (satu), dewan bedah bersalin (dua), suite kimoterapi bagi gine-kologi (lapan), dan satu pusat pe-rubatan reproduktif. - BERNAMA

Tunku Azizah nasihat ibu peka kesihatan anak

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat pesakit kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA) pada 20 Januari lalu- Foto BERNAMA

OLEH NADIAH ZAMLUS BANTING - Program i-asuh yang diper- kenal tahun lalu memberi keyakinan ke-pada ibu bapa mencari pengasuh berpe- ngalaman dan sah, kata EXCO wanita dan keluarga.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata ia bertujuan memu-dahkan penjaga serta menge-lak kejadian tidak diingini.

“Kita (Kerajaan Negeri) berusaha supaya kes peng- abaian kanak-kanak hingga berlakunya kematian dielak-kan,” katanya ketika perasmi-an program i-asuh di Kam-pung Jenjarom pada 18 Januari lalu.

Hadir sama Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor, Gan Pei Nei dan Ahli Dewan Negeri Banting, Lau Weng San.

Dr Siti Mariah berkata sehingga kini 500 pengasuh didaftarkan menerusi program itu.

“Tahun ini kita sasar 1,000 lagi penga- suh mendaftar,” katanya.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah berkata i-asuh juga membantu meningkatkan ilmu penjagaan bagi me- ningkatkan mutu perkhid-matan diberikan.

“Diseru penerima Skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) memanfaatkan program i-asuh bagi me- nambahkan pendapatan mereka.

“Menerusi KISS mereka hanya mene- rima RM200 tetapi jika mengasuh kanak-kanak dalam tempoh sebulan mereka dapat pendapatan lebih,” katanya.

Bil. Nombor & Nama TenderKerja - Kerja Kutipan Sampah Domestik di Kawasan Majlis Perbandaran Selayang

KDEBWM/MPS/D-01/03/2020: ZON KDS 151.

Tarikh Mula Kerja : 1 Mac 2020Harga Dokumen Bagi Setiap Set : RM200Tempoh Jualan Dokumen : 28 Januari 2020 (Selasa) & 29 Januari 2020 (Rabu) 9.00 am hingga 5.00 pmLokasi Jualan Dokumen: Bilik Tender A, Aras 10, Menara Serba DinamikTarikh Tutup : 5 Februari 2020 (Rabu) sebelum jam 5.00 pm

KENYATAAN TENDER

103002-H

BAGI KERJA - KERJA KUTIPAN SAMPAH DOMESTIK DI KAWASAN

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Petender perlu melayari laman sesawang “www.kdebwm.com” untuk mendapatkan perincian zon dan akses masuk ke dalam Sistem Tender Atas Talian (STAT) serta seterusnya membuat pilihan borang tender mengikut nombor dan nama tender seperti di atas. Slip pilihan tender perlu dicetak dan dibawa semasa membuat pembayaran. Pembayaran bagi setiap set borang tender yang dibeli boleh menggunakan wang tunai yang disertakan dengan Slip Pilihan Tender, Salinan Sijil Pendaftaran KKM, Salinan SSM, Salinan Resit Pendaftaran Kontraktor Selangor yang masih sah dan akses bagi muat turun borang tender akan diberikan mengikut tempoh masa seperti yang telah ditetapkan. Borang tender yang telah siap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan ditulis dipenjuru atas sebelah kiri Nombor Tender dan Nama Zon (seperti

tertera pada borang tender) dan dimasukkan ke dalam BILIK TENDER “A” di alamat berikut;

IBU PEJABAT KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD.ARAS 10, MENARA SERBA DINAMIK,

LOT PRESINT 3.4, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-5511 4344 / 013-914 1492(U.P : EN AISAR BIN SUKRAN)

Nota: Sila pastikan semua maklumat syarikat dan dokumen sokongan yang dimuat naik telah dilengkapkan di dalam sistem tender atas talian “www.kdebwm.com”. Borang tender yang telah lengkap perlu dihantar pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti makluman di atas bagi

mengelakkan tender anda ditolak.

KDEB Waste Management Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor secara holistik.

Justeru, KDEB Waste Management mempelawa kontraktor - kontraktor yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM Kod Bidang - 221002 dan 221003) dan Sistem Tender Online Selangor 2.0 untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja - kerja berikut:-

23SelangorKini 23 - 29 Januari 2020

SukanInformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengakui Liga Malaysia belum ber-sedia menggunakan sistem pengadil ban-tuan video (VAR).

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan antara faktor utama menjadi penghalang penggunaan sistem itu adalah kos terlalu tinggi, lapor BH ON-LINE.

Namun, beliau tidak menolak kemung-kinan hasrat peminat bola sepak untuk me-lihat VAR digunakan dalam Liga M boleh menjadi kenyataan pada masa akan datang.

“VAR belum dapat dilaksanakan sebab kos, jadi dalam keadaan sekarang tidak mungkin (ia akan digunakan).

“Tapi bila MFL sudah mencapai satu tahap yang lain dari segi kewangan, kita akan gunakan VAR, tapi bukan sekarang,” katanya pada sidang media selepas Maj-lis Pelancaran Liga M 2020 di sini pada 15 Januari lalu.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Ma-laysia berhasrat menggunakan VAR pada musim 2018 namun ia terpaksa ditang- guhkan atas faktor kos terlalu tinggi.

Malah, beberapa individu termasuk ju-rulatih dan pemain sebelum ini juga ada mencadangkan Liga M perlu mengguna-kan VAR bagi mendapatkan keputusan lebih tepat membabitkan situasi tertentu dalam perlawanan.

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara mencip-ta sejarah apabila Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN) mendapat pengiktirafan selaku Pusat Ke-cemerlangan Perubatan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ketua pengarahnya Ahmad Faedzal Md Ram-li berkata pengiktirafan AFC memberi kelebihan akses PPSN dalam industri bola sepak Asia.

“Pakar di sini juga dapat meningkatkan pe- ngetahuan mereka tentang kecederaan dalam su-kan bola sepak, penjagaan dan teknologi baharu sains sukan,” katanya pada sidang media selepas majlis akreditasi PPSN, di sini.

Beliau berkata PPSN mempunyai pasukan pa-kar perubatan berpengalaman seperti Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, Dr Kamarul Hashimy Hussein, Dr Azril Syazwan Mohd Ali dan Dr Jasmiza Khuzairi Jasme.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata PPSN akan menjadi pusat rujukan utama perubatan sukan dan penyelidikan kepada pasukan dan ahli gabungan. - BERNAMA

Liga M belum sedia guna VAR

SHAH ALAM - Sistem Kawalan Ekonomi (ECP) mula dilaksana secara berperingkat dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, kata Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata pelak-sanaan sistem itu disi-fatkan sebagai langkah tepat untuk sesebuah pasukan menguruskan kewangan masing-masing.

“Kita telah memaklumkan kepada semua pasukan (mengenai ECP) melalui seminar sebelum melaksa- nakannya secara penuh tahun hadapan.

“Namun, kita juga perlu memberitahu semua kelab bahawa ECP ini adalah baik terutamanya mem-babitkan aspek perbelanjaan pasukan. Saya lihat ia (pemahaman mengenai ECP) bermula dengan baik apabila pasukan telah mula mengemukakan bajet masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas majlis Pelancaran Liga M musim 2020, di sini pada 15 Januari lalu.

Bagaimanapun kata Hamidin, keberkesanan sistem ECP itu akan dapat dilihat selepas dua atau tiga tahun ia dilaksanakan.– BERNAMA

Sistem Kawalan Ekonomi berperingkat

Beri kelebihan dalam industri bola sepak Asia

Pusat Perubatan Sukan Negara diiktiraf AFC

KENYATAAN TENDER

103002-H

BAGI KERJA - KERJA KUTIPAN SAMPAH DOMESTIK DAN SAMPAH PUKAL DI

KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Petender perlu melayari laman sesawang “www.kdebwm.com” untuk mendapatkan perincian zon dan akses masuk ke dalam Sistem Tender Atas Talian (STAT) serta seterusnya membuat pilihan borang tender mengikut nombor dan nama tender seperti di atas. Slip pilihan tender perlu dicetak dan dibawa semasa membuat pembayaran. Pembayaran bagi setiap set borang tender yang dibeli boleh menggunakan wang tunai yang disertakan dengan Slip Pilihan Tender, Salinan Sijil Pendaftaran KKM, Salinan SSM, Salinan Resit Pendaftaran Kontraktor Selangor yang masih sah dan akses bagi muat turun borang tender akan diberikan mengikut tempoh masa seperti yang telah ditetapkan. Borang tender yang telah siap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan ditulis dipenjuru atas sebelah kiri Nombor Tender dan Nama Zon (seperti

tertera pada borang tender) dan dimasukkan ke dalam BILIK TENDER “A” di alamat berikut;

IBU PEJABAT KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD.ARAS 10, MENARA SERBA DINAMIK,

LOT PRESINT 3.4, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-5511 4344 / 013-914 1492(U.P : EN AISAR BIN SUKRAN)

Nota: Sila pastikan semua maklumat syarikat dan dokumen sokongan yang dimuat naik telah dilengkapkan di dalam sistem tender atas talian “www.kdebwm.com”. Borang tender yang telah lengkap perlu dihantar pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti makluman di atas bagi

mengelakkan tender anda ditolak.

KDEB Waste Management Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor secara holistik.

Justeru, KDEB Waste Management mempelawa kontraktor - kontraktor yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM Kod Bidang - 221002 dan 221003) dan Sistem Tender Online Selangor 2.0 untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja - kerja berikut:-

Bil. Nombor & Nama TenderKerja-Kerja Kutipan Sampah Domestik Dan Sampah Pukal Di Kampung-Kampung Tradisi

Dalam Kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor

KDEBWM/MDKS/KTKS-01/03/2020: ZON KTKS 01

KDEBWM/MDKS/KTKS-01/03/2020: ZON KTKS 02

1.

2.

Tarikh Mula Kerja : 1 Mac 2020Harga Dokumen Bagi Setiap Set : RM200Tempoh Jualan Dokumen : 28 Januari 2020 (Selasa) & 29 Januari 2020 (Rabu) 9.00 am hingga 5.00 pmLokasi Jualan Dokumen: Bilik Tender A, Aras 10, Menara Serba DinamikTarikh Tutup : 5 Februari 2020 (Rabu) sebelum jam 5.00 pm

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN SHAH ALAM - Kerajaan Negeri komited melahirkan atlet berprestasi tinggi menerusi pelbagai program pembangu-nan sukan.

EXCO sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata ia selaras dasar Kerajaan Negeri untuk terus menjadi penyumbang uta-ma kutipan pingat negara dalam kejohanan antarabangsa.

“Kita mahukan Selangor kekal sebagai negeri sukan teru-lung. Bantuan dan komitmen Kerajaan Negeri dalam penye-diaan peralatan sukan banyak membantu meningkatkan mutu pembangunan sukan.

“Kita juga sentiasa bekerja rapat dengan Majlis Sukan Negeri Selangor untuk meningkatkan prestasi,” katanya ber- ucap pada Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Atlet Selangor dalam Sukan Sea ke-30 di Filipina di sini pada 16 Januari lalu.

Penyerahan insentif kemenangan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Mohd Khairuddin berkata insentif kemenangan diharap memberi motivasi kepada atlet untuk mencipta lebih ba-nyak kejayaan.

“Atlet juga jangan cepat berpuas hati sebaliknya perlu berusaha lebih gigih meningkatkan prestasi,” katanya.

SHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Sela- ngor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan in-sentif RM180,000 kepada 56 atlet dan 14 jurulatih yang meraih pingat dalam Sukan SEA ke-30 di Filipina.

Pemenang pingat emas menerima RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM1,500 manakala jurulatih RM2,000.

Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi menerima in-sentif RM15,000 apabila meraih tiga pingat emas.

Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memberi insentif atas kejayaannya dan atlet lain.

“Insentif ini akan dijadikan sebagai dorongan untuk saya mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun ini ter-utama dalam Sukan Olimpik Tokyo,” katanya.

Malaysia menamatkan kempen Sukan SEA di Filipina dengan meraih 56 pingat emas, 58 perak, dan 71 gangsa.

Daripada jumlah itu, atlet Selangor menyumbang 26 pingat emas, 12 perak dan 17 gangsa.

Komited lahir atlet prestasi tinggi

Kekal negeri sukan terulung

Tengku Amir Shah berkenan menyerahkan insentif RM15,000 kepada Farah Ann Hadi atas pencapaian menyumbang tiga pingat emas di Sukan SEA Filipina

56 atlet, 14 jurulatih terima RM180,000

Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama atlet Selangor yang mewakili negara dalam Temasya Sukan SEA ke-30 pada Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Atlet Selangor di Dewan Jubli Perak SUK Selangor, Shah Alam pada 16 Januari lalu