peraturan tetap kejohanan sukan majlis …online.kkpg.edu.my/maskom/upload/peraturan tetap... ·...

4
PERATURAN TETAP KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. TAKRIFAN 1.1. Kejohanan Sukan MASKOM adalah bermaksud satu pertandingan beraneka jenis sukan (multi-sport event) yang dipertandingkan di antara sepuluh (10) negeri Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.2. Jawatankuasa Eksekutif MASKOM bermaksud ahli majlis tertinggi MASKOM yang dilantik daripada kalangan pengarah-pengarah Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti melalui mesyuarat Majlis Eksekutif MASKOM. 1.3. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan bermaksud jawatankuasa yang dilantik untuk mengelola kejohanan. 2. PRINSIP-PRINSIP ASAS 2.1. Kejohanan sukan anjuran MASKOM adalah satu pertandingan sukan peringkat kebangsaaan yang diadakan pada setiap tahun. 2.2. Pengelolaan kejohanan sukan anjuran MASKOM dilaksanakan secara bergilir. 2.3. Kejohanan ini diadakan dikalangan pelajar Kolej Komuniti sahaja. 3. JAWATANKUASA EKSEKUTIF 3.1. Jawatankuasa Eksekutif hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi 1, seorang Timbalan Pengerusi 2, seorang Setiausaha, seorang Bendahari, dan beberapa orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli yang dinyatakan di dalam Perkara 3.2 dan 3.3 di bawah: 3.2. Pengerusi MASKOM hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif.

Upload: trinhcong

Post on 20-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN TETAP KEJOHANAN SUKAN MAJLIS …online.kkpg.edu.my/maskom/upload/PERATURAN TETAP... · Kejohanan Sukan MASKOM adalah bermaksud satu pertandingan beraneka jenis sukan (multi-sport

PERATURAN TETAP KEJOHANAN SUKAN

MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. TAKRIFAN

1.1. Kejohanan Sukan MASKOM adalah bermaksud satu pertandingan

beraneka jenis sukan (multi-sport event) yang dipertandingkan di

antara sepuluh (10) negeri Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan

Malaysia.

1.2. Jawatankuasa Eksekutif MASKOM bermaksud ahli majlis tertinggi

MASKOM yang dilantik daripada kalangan pengarah-pengarah Kolej

Komuniti, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti melalui mesyuarat Majlis

Eksekutif MASKOM.

1.3. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan bermaksud jawatankuasa yang

dilantik untuk mengelola kejohanan.

2. PRINSIP-PRINSIP ASAS

2.1. Kejohanan sukan anjuran MASKOM adalah satu pertandingan sukan

peringkat kebangsaaan yang diadakan pada setiap tahun.

2.2. Pengelolaan kejohanan sukan anjuran MASKOM dilaksanakan secara

bergilir.

2.3. Kejohanan ini diadakan dikalangan pelajar Kolej Komuniti sahaja.

3. JAWATANKUASA EKSEKUTIF

3.1. Jawatankuasa Eksekutif hendaklah mengandungi seorang Pengerusi,

seorang Timbalan Pengerusi 1, seorang Timbalan Pengerusi 2,

seorang Setiausaha, seorang Bendahari, dan beberapa orang ahli

yang terdiri daripada ahli-ahli yang dinyatakan di dalam Perkara 3.2

dan 3.3 di bawah:

3.2. Pengerusi MASKOM hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa

Eksekutif.

Page 2: PERATURAN TETAP KEJOHANAN SUKAN MAJLIS …online.kkpg.edu.my/maskom/upload/PERATURAN TETAP... · Kejohanan Sukan MASKOM adalah bermaksud satu pertandingan beraneka jenis sukan (multi-sport

3.3. Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif yang lain hendaklah dilantik oleh

Pengerusi MASKOM dan hendaklah terdiri daripada:

a. Pengerusi Negeri 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10.

b. Pengerusi J/K Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian.

c. Pengerusi J/K Pembangunan dan Penyedian Atlet.

d. Pengerusi J/K Displin.

e. Pengerusi J/K Promosi, Web dan Multimedia.

f. Urusetia / Ex-Officio.

3.4. Tempoh jawatan bagi ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif kecuali

Pengerusi ialah selama tempoh dua tahun. Ahli-ahli boleh dilantik

semula.

3.5. Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk mengisi

sesuatu kekosongan ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang

mengosongkan jawatan tersebut.

3.6. Tugas-tugas Jawatankuasa Eksekutif:

a. Menjamin kejohanan dapat berjalan dengan lancar mengikut

masa dan giliran yang ditetapkan.

b. Memastikan kejohanan dilaksanakan berdasarkan kepada

prinsip-prinsip asas dan perkara yang tercatat di dalam semua

peraturan MASKOM.

3.7. Kuasa-kuasa Jawatankuasa Eksekutif:

a. Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif berkuasa memanggil sesuatu

mesyuarat apabila difikirkan perlu. Separuh daripada ahli

Jawatankuasa Eksekutif yang menghadiri mesyuarat adalah dikira

sebagai majoriti.

b. Di dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, Pengerusi

boleh menjemput wakil daripada mana-mana kontijen berkaitan

untuk menghadiri mesyuarat jika dengan kehadiran mereka dapat

membantu jawatankuasa. Bagaimanapun, jika keadaaan

memerlukan dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan,

maka Pengerusi boleh bertindak membuat sesuatu keputusan.

c. Jawatankuasa Eksekutif boleh menggantung kontijen / pasukan /

pegawai / jurulatih / atlet yang melanggar peraturan daripada

mengambil bahagian di kejohanan yang berikutnya.

Page 3: PERATURAN TETAP KEJOHANAN SUKAN MAJLIS …online.kkpg.edu.my/maskom/upload/PERATURAN TETAP... · Kejohanan Sukan MASKOM adalah bermaksud satu pertandingan beraneka jenis sukan (multi-sport

d. Jawatankuasa Eksekutif boleh pada bila-bila masa menjemput

atau menerima permohonan mana-mana acara sukan yang

dipertandingkan dalam kejohanan.

e. Jawatankuasa Eksekutif boleh mengarah atau menarik balik

semua keputusan yang dibuat oleh jawatakuasa-jawatankuasa

yang lain sekiranya difikirkan perlu.

4. JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN

4.1. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan terdiri daripada seorang

Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan

beberapa orang ahli yang difikirkan perlu yang dilantik dan disahkan

oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif.

4.2. Tempoh perkhidmatan ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan

bermula dari tarikh dilantik sehingga selesai tugasannya dan tidak

melebihi dari tarikh kejohanan berikutnya.

4.3. Jawatan Pengelola Kejohanan adalah bertanggungjawab:

a. Merancang dan mengendalikan sepenuhnya pengelolaan

kejohanan.

b. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dari

masa ke semasa.

c. Menubuh dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dengan

mempunyai bidang tugas khusus dalam melaksanakan

pengelolaan kejohanan.

d. Memastikan perbelanjaan dan laporan pelaksanaan disediakan

sebaik tamat kejohanan.

e. Pada amnya bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Eksekutif.

Page 4: PERATURAN TETAP KEJOHANAN SUKAN MAJLIS …online.kkpg.edu.my/maskom/upload/PERATURAN TETAP... · Kejohanan Sukan MASKOM adalah bermaksud satu pertandingan beraneka jenis sukan (multi-sport

4.4. Tugas-tugas Jawatankuasa Pengelola Kejohanan:

a. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja bagi melancarkan urusan

penganjuran kejohanan.

b. Menetapkan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Kerja.

c. Menyediakan takwim pelaksanaan tugasan.

d. Mengadakan mesyuarat perkembangan pelaksanaan tugasan

Jawatankuasa Kerja.

e. Melaksanakan kejohanan.

f. Membuat pelaporan.

5. PENETAPAN PENGELOLAAN KEJOHANAN

5.1. Jawatankuasa Eksekutif akan menetapkan tarikh dan negeri di mana

kejohanan berikutnya akan diadakan.

6. PENEPATAN BILANGAN DAN JENIS SUKAN

6.1. Jumlah dan jenis-jenis sukan yang akan dipertandingkan akan

ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif dengan mengambilkira

kepada keperluan pembangunan sukan semasa dan cadangan-

cadangan yang dikemukakan oleh Pengerusi Negeri.

7. PENYAMPAIAN HADIAH

7.1. Pingat-pingat kemenangan akan dihadiahkan kepada pemenang-

pemenang apabila sesuatu pertandingan selesai atau di penghujung

kejohanan.

8. PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

8.1. Penentuan juara keseluruhan kejohanan akan ditentukan oleh

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan / Jawatankuasa Teknikal,

Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM dengan mendapat

persetujuan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif MASKOM melalui

keputusan mesyuarat yang diadakan.