peraturan sekolah

3
PANDUAN PERATURAN SEKOLAH SK TUNKU PUAN HABSAH 7.3 Kebersihan Bilik Air (Tandas) 7.3.1 Pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan bilik air dengan betul dan menjaga kebersihannya. 7.3.2 Pelajar-pelajar dilarang memasuki bilik air tanpa sebarang tujuan.Pas kebenaran mesti berada semasa ke bilik air. 7.3.3 Semasa berada di dalam bilik air, pelajar-pelajar ditegah membuang benda atau sampah sarap ke dalam mangkuk tandas, menulis ,menggaris, melukis/menconteng di dinding bilik air. 7.3.4 Pelajar-pelajar mestilah berjimat menggunakan air,selepas menggunakan air,paip hendaklah ditutup dengan rapat PERKARA 8 : KANTIN 8.1 Apabila membeli makanan pada waktu rehat, pelajar- pelajar dikehendaki beratur dengan tertib dan ikut arahan pengawas-pengawas yang bertugas 8.2 Pelajar-pelajar dikehendaki duduk di meja makan yang disediakan ketika makan.Pelajar ditegah membawa makanan/minuman keluar dari kawasan kantin. 8.3 Masukkan segala jenis pembalut dan sisa makanan ke dalam tong-tong sampah yang disediakan di kantin.Pinggan, piring dan sudu yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan. 1

Upload: zulkibli-hashim

Post on 17-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh peraturan sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: peraturan sekolah

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH SK TUNKU PUAN HABSAH

7.3 Kebersihan Bilik Air (Tandas)

7.3.1 Pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan bilik air dengan betul dan menjaga kebersihannya.

7.3.2 Pelajar-pelajar dilarang memasuki bilik air tanpa sebarang tujuan.Pas kebenaran mesti berada semasa ke bilik air.

7.3.3 Semasa berada di dalam bilik air, pelajar-pelajar ditegah membuang benda atau sampah sarap ke dalam mangkuk tandas, menulis ,menggaris, melukis/menconteng di dinding bilik air.

7.3.4 Pelajar-pelajar mestilah berjimat menggunakan air,selepas menggunakan air,paip hendaklah ditutup dengan rapat

PERKARA 8 : KANTIN

8.1 Apabila membeli makanan pada waktu rehat, pelajar-pelajar dikehendaki beratur dengan tertib dan ikut arahan pengawas-pengawas yang bertugas

8.2 Pelajar-pelajar dikehendaki duduk di meja makan yang disediakan ketika makan.Pelajar ditegah membawa makanan/minuman keluar dari kawasan kantin.

8.3 Masukkan segala jenis pembalut dan sisa makanan ke dalam tong-tong sampah yang disediakan di kantin.Pinggan, piring dan sudu yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.

8.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membeli makanan sewaktu belajar kecuali dengan kebenaran guru.

8.5 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan dapur dan kawasan meja makan guru.

8.6 Sebarang jualan makanan /minuman selain di kantin sekolah dilarang sama sekali .Pelajar-pelajar tidak boleh menjual makanan/minuman

1

Page 2: peraturan sekolah

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH SK TUNKU PUAN HABSAH

PERKARA 9: PERJALANAN DAN LALULINTAS

9.1 Pelajar-pelajar yang berjalan kaki.

9.1.1 Pelajar-pelajar adalah diingatkan supaya berjalan di sebelah kanak jalan semasa datang ke sekolah dan berjalan sebelah kiri jalan raya semasa balik dari sekolah.

9.1.2 Jangan berlumba , bergurau atau bermain ketika berjalan.

9.1.3 Sebelum melintas jalan ,pandang ke kanan dank e kiri untuk memastikan keselamatan anda ketika melintas.

9.2 Pelajar-pelajar yang menaiki bas.

9.2.1 Pelajar-pelajar hendaklah berbaris , jangan berebut-rebut ketika naik dan turun dari bas.

9.3 Pelajar-pelajar yang berbasikal

9.3.1 Pelajar-pelajar yang menunggang basikal hendaklah menuntun basikal hingga ke jalan raya dan hanya boleh ditunggang selepas melintas jalan.

9.3.2 Semua basikal hendaklah diletakkan dengan teratur di tempat letak basikal yang telah disediakan .Basikal hendaklah berkunci.

9.3.3 Pelajar-pelajar yang meletakkan basikalnya di luar kawasan sekolah merupakan satu kesalahan besar dan boleh di ambil tindakan disiplin ke atas tuannya.Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan basikal pelajar berkenaan.

PERKARA 10 : KELUAR KAWASAN SEKOLAH

10.1 Dalam masa persekolahan pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah .Jika ada urusan penting, pelajar berkenaan diwajibkan meminta kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan / Guru Bertugas.

10.2 Pelajar-pelajar yang memerlukan rawatan perubatan segera di klinik atau hospital dikehendaki mendapat surat rawatan klinik/ hospital dari pejabat sekolah dan ditandatangani oleh Guru Bertugas /Penolong Kanan /Guru Besar.

2