peraturan sekolah

24
SJK (TAMIL) LADANG SUNGAI SENARUT 85100 BATU ANAM, SEGAMAT,JOHOR BUKU PERATURAN SEKOLAH NAMA :________________________________ KELAS :________________________________

Upload: jivendra-pandian

Post on 02-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

r1

TRANSCRIPT

SJK (TAMIL) LADANG SUNGAI SENARUT85100 BATU ANAM, SEGAMAT,JOHOR

BUKU PERATURAN SEKOLAH

NAMA :________________________________KELAS:________________________________

Penguatkuasa Peraturan:Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah pada bila-bila masa murid berada dalam kawasan sekolah.Perubahan dalam PeraturanSebarang perubahan dalam peraturan-peraturan sekolah hanya boleh dibuat dalam mesyuarat Hal Ehwal Murid dan ditandatangani oleh guru besar.Kuasa MenghukumGuru besar dan guru disiplin yang diberi kuasa secara bertulis oleh guru besar.

1.0Pakaian1.1Pakaian Seragam bagi Murid Lelaki1.1.1Bajua)Baju lengan pendek atau panjang berwarna putih sahaja.(Sekiranya berlengan panjang,lengan baju dipergelangan tangan hendaklah dikancing atau dilipat ke atas sedikit dari paras siku)b)Ukuran baju tidak terlalu besar atau tidak terlalu ketat.Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan.c)Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam kawasan sekolah atau diluar sekolah semasa urusan rasmi.d)Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.e)Hanya satu poket baju betampal di sebelah kiri.f)Baju berpoket tebuk atau berlidah tidak dibenarkan.

1.1.2Seluara)Semua murid lelaki berseluar biru tua.b)Labuh seluar mestilah separas buku lali.c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki atau singkat atau sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.d)Poket seluar jenis tampal atau ala jeans berbutang besi tidak dibenarkan.e) Poket tebuk dibenarkan di bahagian belakang seluar sahaja.f)Wajib memakai seluar dalam atau seluar pendek di dalam mengikut kesesuaian.1.1.3Kasut dan Stokinga)Semua murid berkasut berwarna putih.(Kasut yang bertali hendaklah sentiasa diikat)b)Kasut tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.c)Kasut plastik atau kasut kulit tidak dibenarkan.d)Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan.1.1.4Lencana dan Tanda Namaa)Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa persekolahan.b)Lencana hendaklah ditampal atau dijahit pada bahagian atas poket pada dada sebelah kiri baju pada paras 3cm atas tanda nama.c)Tanda nama hendaklah dipakai atau dijahit 3cm atas poket pada dada sebelah kiri baju.d)Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.1.1.5Tali Pingganga)Tali pinggang dibenarkan ialah tali pinggang berukuran 2cm 3cm berwarna hitam atau biru tua yang dierbuat daripada kain kanvas sahaja.b)Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, tidak berhias dan tidak bercorak tidak melebihi 3cm.c)Tali pinggang dan kepala tali pinggan yang bercirikan budaya rap atau rock tidak dibenarkan sama sekali.1.1.6Barang Kemas/Perhiasana)Murid-murid dilarang sama sekali memakai apa jua barang perhiasan sepanjang berada di sekolah.1.1.7Baju Melayua)Murid lelaki Islam dibenarkan memakai baju Melayu (teluk belanga) pada hari Jumaat.b)Baju Melayu mestilah berwarna putih dan seluar putih dengan samping berwarna hitam atau biru tua.c)Baju hendaklah sentiasa berbutang.d)Songkok berwarna hitam tanpa hiasan hendaklah dipakai bersama-sama baju Melayu.

1.2Pakaian Seragam Murid Perempuan Beragama Islam1.2.1Baju Kurunga)Semua murid perempuan beragama Islam hendaklah berbaju kurung putih teluk belanga yang labuh pada paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru tua.b)Baju mestilah tidak jarang atau ketat hingga boleh menampakkan bentuk badan.(Murid perempuan wajib memakai anak baju atau baju dalam).c)Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi tidak mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam.d)Wajib memakai seluar dalam atau seluar pendek di dalam mengikut kesesuaian.1.2.2Mini Telekunga)Semua murid perempuan Islam digalakan memakai mini telekung berwarna putih tanpa berenda,bersulam atau berfesyen.b)Bentuk yang dibenarkan ialah segitiga atau rata di bahagian bawah tudung.c)Labuhnya hendaklah melebihi paras dada.Kain tidak boleh terlalu nipis.d)Anak tudung berwarna putih sahaja dibenarkan.1.2.3Kasut dan Stokinga)Sama seperti 1.1.3.1.2.4Lencana dan Tanda Namaa)Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa persekolahan.b)Lencana hendaklah ditampal atau dijhit pada dada sebelah kiri baju pada paras 3cm atas tanda nama.c)Tanda nama hendaklah dipakai atau dijahit pada dada sebelah kiri baju.d)Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.1.2.5Barang Kemas / Perhiasana)Murid perempuan dilarang sama sekali memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan perhiasan kecuali sepasang subang bersaiz kecil sahaja.1.3Pakaian Murid Perempuan Bukan Beragama Islama)Baju lengan pendek dan pinafore berwarna biru tua yang labuhnya di bawah paras lutut.1.3.1Kasut dan Stokinga)Sama seperti 1.1.3.1.3.2Lencana dan Tanda Namaa)Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa persekolahan.b)Lencana hendaklah ditampal atau dijhit pada dada sebelah kiri baju pada paras 3cm atas tanda nama.c)Tanda nama hendaklah dipakai atau dijahit pada dada sebelah kiri baju.d)Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.1.3.3Barang Kemas / Perhiasana)Murid perempuan dilarang sama sekali memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan perhiasan kecuali sepasang subang bersaiz kecil sahaja.1.4Pakaian Pengawas1.4.1Pakaian Pengawas Lelaki1.4.1.1Bajua)Baju lengan panjang berwarna biru muda sahaja.b)Ukuran baju tidak terlalu besar atau tidak terlalu ketat.Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan.c)Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam kawasan sekolah atau diluar sekolah semasa urusan rasmi.d)Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.e)Hanya satu poket baju bertampal di sebelah kiri.f)Baju berpoket tebuk atau berlidah tidak dibenarkan.1.4.1.2Seluara)Semua pengawas lelaki berseluar biru tua.b)Labuh seluar mestilah separas buku lali.c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki atau singkat atau sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.d)Poket seluar jenis tampal atau ala jeans berbutang besi tidak dibenarkan.e) Poket tebuk dibenarkan di bahagian belakang seluar sahaja.f)Wajib memakai seluar dalam atau seluar pendek di dalam mengikut kesesuaian.1.4.1.3Kasut dan Stokinga)Semua murid berkasut berwarna hitam.(Kasut yang bertali hendaklah sentiasa diikat)b)Kasut tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.c)Kasut plastik atau kasut kulit dibenarkan.d)Stoking hitam tanpa jalur sahaja dibenarkan.1.4.1.4Lencana dan Tanda Namaa)Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa persekolahan.b)Lencana hendaklah ditampal atau dijahit pada bahagian atas poket pada dada sebelah kiri baju pada paras 3cm atas tanda nama.c)Tanda nama hendaklah dipakai atau dijahit 3cm atas poket pada dada sebelah kiri baju.d)Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.e)Lencana pengawas hendaklah sentiasa dipakai dibawah tanda nama.

1.4.1.5Tali Pingganga)Tali pinggang dibenarkan ialah tali pinggang berukuran 2cm 3cm berwarna hitam atau biru tua yang diperbuat daripada kain kanvas sahaja.b)Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, tidak berhias dan tidak bercorak tidak melebihi 3cm.c)Tali pinggang dan kepala tali pinggan yang bercirikan budaya rap atau rock tidak dibenarkan sama sekali.d)Memakai tali pinggang bukan wajib.1.4.1.6Barang Kemas/Perhiasana)Murid-murid dilarang sama sekali memakai apa jua barang perhiasan sepanjang berada di sekolah.1.4.1.7Baju Melayua)Murid lelaki Islam dibenarkan memakai baju Melayu (teluk belanga) pada hari Jumaat.b)Baju Melayu mestilah berwarna biru muda dan seluar biru muda dengan samping berwarna hitam atau biru tua.c)Baju hendaklah sentiasa berbutang.d)Songkok berwarna hitam tanpa hiasan hendaklah dipakai bersama-sama baju Melayu.1.4.2Pakaian Pengawas Perempuan Bukan Islam1.4.2.1Baju Pengawas Perempuan Bukan Islama)Baju lengan panjang berwarna biru muda sahaja.b)Ukuran baju tidak terlalu besar atau tidak terlalu ketat.Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan.c)Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam kawasan sekolah atau diluar sekolah semasa urusan rasmi.d)Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.e)Hanya satu poket baju bertampal di sebelah kiri.f)Baju berpoket tebuk atau berlidah tidak dibenarkan.g)Wajib memakai anak baju atau baju dalam.

1.4.2.2Kain Pengawas Perempuan Bukan Islama)Semua pengawas perempuan berkain biru tua.Pengawas perempuan dibenarkan memakai kain pendek atau panjang.b)Labuh kain pendek mestilah melebihi lutut dan kain panjang separas buku lali.f)Wajib memakai seluar dalam atau seluar pendek di dalam mengikut kesesuaian.1.4.2.3Kasut dan Stokinga)Semua murid berkasut berwarna hitam.(Kasut yang bertali hendaklah sentiasa diikat)b)Kasut tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.c)Kasut plastik atau kasut kulit dibenarkan.d)Stoking hitam tanpa jalur sahaja dibenarkan.1.4.2.4Lencana dan Tanda Namaa)Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa persekolahan.b)Lencana hendaklah ditampal atau dijahit pada bahagian atas poket pada dada sebelah kiri baju pada paras 3cm atas tanda nama.c)Tanda nama hendaklah dipakai atau dijahit 3cm atas poket pada dada sebelah kiri baju.d)Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.e)Lencana pengawas hendaklah sentiasa dipakai dibawah tanda nama.1.4.2.5Barang Kemas / Perhiasana)Murid perempuan dilarang sama sekali memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan perhiasan kecuali sepasang subang bersaiz kecil sahaja.

1.4.3Pakaian Pengawas Perempuan Islam1.4.3.1Baju Kurunga)Semua pengawas perempuan beragama Islam hendaklah berbaju kurung biru muda teluk belanga yang labuh pada paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru tua.b)Baju mestilah tidak jarang atau ketat hingga boleh menampakkan bentuk badan.(Murid perempuan wajib memakai anak baju atau baju dalam).c)Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi tidak mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam.d)Wajib memakai seluar dalam atau seluar pendek di dalam mengikut kesesuaian.1.4.3.2Mini Telekunga)Semua pengawas perempuan Islam digalakan memakai mini telekung berwarna biru tanpa berenda,bersulam atau berfesyen.b)Bentuk yang dibenarkan ialah segitiga atau rata di bahagian bawah tudung.c)Labuhnya hendaklah melebihi paras dada.Kain tidak boleh terlalu nipis.d)Anak tudung berwarna biru muda sahaja dibenarkan.

1.4.3.3Kasut dan Stokinga)Sama seperti 1.1.3.1.4.3.4Lencana dan Tanda Namaa)Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa persekolahan.b)Lencana hendaklah ditampal atau dijahit pada dada sebelah kiri baju pada paras 3cm atas tanda nama.c)Tanda nama hendaklah dipakai atau dijahit pada dada sebelah kiri baju.d)Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.e) Lencana pengawas hendaklah dipakai di bawah tanda nama.1.4.3.5Barang Kemas / Perhiasana)Murid perempuan dilarang sama sekali memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan perhiasan kecuali sepasang subang bersaiz kecil sahaja.1.4.4Tali Lehera)Semua pengawas lelaki wajib memakai tali leher berwarna biru tua yang mempunyai logo sekolah.b)Semua pengawas perempuan bukan beragama Islam wajib memakai tali leher berwarna biru tua yang mempunyai logo sekolah.1.5Pakaian untuk Masa LainMurid-murid hendaklah sentiasa berpakaian lengkap atau berbaju T berwarna putih lengan panjang atau pendek berkolar atau tanpa kolar dan berseluar Track berwarna biru tua atau hitam dan berkasut sekolah atau sukan sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu sekolah.1.5.1Kelas / Aktiviti Tambahana)Pakaian seragam sekolah ataub)Seluar track biru tua atau hitam tanpa jalur berwarna dan berbaju T berlengan panjang atau pendek berkolar atau tanpa kolar.Pendidikan Jasmania)Murid-murid lelaki dan perempuan berseluar track berwana biru tua atau hitam tanpa jalur berwarna dan berbaju T berlengan panjang atau pendek berkolar atau tanpa kolar dan berkasut sekolah.b)Seluar track berwarna biru tua atau hitam tanpa jalur berwarna dan berbaju T lengan panjang dan mini telekung berwarna putih bagi murid perempuan Islam dan berkasut sekolah.1.5.3Latihan Sukan /Permainana)Murid-murid lelaki dan perempuan berseluar track berwana biru tua atau hitam tanpa jalur berwarna dan berbaju T berlengan panjang atau pendek berkolar atau tanpa kolar dan berkasut sekolah.b)Seluar track berwarna biru tua atau hitam tanpa jalur berwarna dan berbaju T lengan panjang dan mini telekung berwarna putih bagi murid perempuan Islam dan berkasut sekolah.1.5.4Badan beruniform / Persatuan / Kelaba)Murid-murid hendaklah memakai pakaian seperti yang ditetapkan oleh unit masing-masing.

2.0Rambut2.1Rambut Murid Lelakia)Rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan tidak mencecah tengkuk, tidak menutupi telinga dan dahi.b)Rambut mestilah sentiasa disikat dan tidak dibenarkan berbelah tengah.c) Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai.Sidebun tidak melebihi garisan tengah hidung.d)Rambut ala pesona adalh digalakan.(potongan no.3)e) Rambut yang berfesyen dan diwarnakan dilarang sama sekali.f)Dilarang mendirikan rambut atau berfesyen dengan memakai gel.2.2Rambut Murid Perempuana)Rambut murid perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.b)Rambut yang panjang hendaklah ditocang dua dan dibenarkan memakai getah atau riben berwarna hitam atau biru tua.c)Rambut panjang yang tidak cukup untuk ditocang boleh diikat ponytail dengan kebenaran Pembantu Guru Besar Hal Ehwal Murid atau Guru Besar dan dibenarkan diikat riben atau getah berwarna hitam atau biru tua.d)Hairban berwarna hitam atau biru tua dibenarkan.e)Murid tidak dibenarkan mewarna, mengerinting, menyapu gel atau menggunting secara berfesyen.3.0Perhimpunana)Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.30 pagi.b)Semua murid wajib menghadiri perhimpunan.c)Semua murid dilarang berbual semasa perhimpunan.3.1Waktu Sekolaha)Sesi sekolah akan bermula jam 7.30 pagi.b)Semua murid mesti berada di sekolah pada pukul 7.20 pagi.c)Waktu sekolah akan tamat pada pukul 1.30 tengah hari.d)Murid-murid dibenarkan pulang pada pukul 1.30 tengah hari.e)Aktiviti kokurikulum akan diadakan pada hari Rabu setiap minggu dari jam 2.00 tengah hari hingga 4.00 tengah hari.f)Aktiviti-aktiviti selain pembelajaran dan pengajaran dan kokurikulum akan diadakan dari semasa ke semasa dengan memaklumkan kepada ibu bapa secara bertulis.

4.0Kekemasan dan Kebersihan Diria)Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri setiap hari.b)Murid-murid mestilah mandi dengan menggunakan sabun dan membasuh muka sebelum ke sekolah setiap hari kecuali ada masalah kesihatan dan pengesahan doktor atau ibu bapa secara bertulis.c)Murid-murid mestilah menggosok gigi setiap pagi sebelum ke sekolah kecuali ada masalah kesihatan dan pengesahan doktor atau ibu bapa secara bertulis.d)Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.e)Murid-murid dilarang memakai inai sama sekali.f)Semua murid tidak dibenarkan bersolek kecuali dengan persetujuan guru besar dan ibu bapa bagi tujuan persembahan atau pertandingan.

5.0Kawasan Sekolah5.1Meninggalkan kawasan sekolaha)Murid murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada waktu pembelajaran dan pengajaran tanpa kebenaran guru dan memakai pas keluar.b)Tidak seorang pun dibenarkan berada kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain daripada belajar.Semasa belajar, murid-murid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.c)Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada guru besar.d)Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik guru atau bilik tertentu, murid berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pembantu Guru Besar Hal Ehwal Murid dan mendapatkan kebenaran guru besar secara bertulis.e)Murid-murid hanya boleh meninggalkan kawasan sekolah pada waktu belajar dengan diiringi ibu bapa / penjaga dan persetujuan guru besar secara bertulis.6.0Sakit dan Penyakit Berjangkita)Murid-murid yang sakit atau cedera hendaklah segera memberitahu guru besar.b)Murid-murid yang kurang sihat, sakit dan tidak sihat boleh berehat dirumah sehingga sembuh sekiranya ibu bapa / penjaga memaklumkan kepada guru besar atau Pembantu Guru Besar Hal Ehwal Murid secara bertulis.c)Murid-murid yang menghidap penyakit berjangkit hendaklah mendapatkan pengesahan doktor dan berehat dirumah sehinga sembuh.d)Guru bertugas akan menguruskan penghantaran murid ke hospital kerajaan jika murid sakit kuat setelah memaklumkan kepada pihak keluarga.e)Guru bertugas akan menguruskan penghantaran murid ke rumah jika murid sakit dan tidak dapat belajar dengan selesa.7.0Kawasan Larangan7.1Tempat letak kereta di sebelah pejabat.7.2Kawasan Tangki septic7.3Kawasan Tangki Air7.4Semua kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan.8.0Kebersihana)Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah.b)Sampah-sampah mestilah dibuang ke dalam tong sampah yang terletak di dalam setiap bilik.c)Murid-murid dilarang membuang sampah di merata tempat.8.1Kantin Sekolaha)Murid-murid mestilah menjaga kebersihan kantin.b)Semua murid hanya dibenarkan makan dan minum di kantin sekolah.c)Semua murid dilarang membeli makanan daripada penjaja di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan tanpa kebenaran guru besar.d)Murid-murid dilarang membuang sisa makanan atau sampah ke dalam sinki atau parit dan longkang di sekeliling kantin.e)Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah diletakkan di tempat yang telah disediakan setelah selesai makan.f)Murid-murid dilarang menyentuh apa-apa bekas atau barang di kantin tanpa kebenaran guru.8.2Bilik Darjaha)Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.b)Murid-murid dilarang menconteng sebarang harta benda yang terdapat dalam bilik darjah.c)Sebarang harta benda di dalam bilik darjah yang dirosakkan hendaklah dibayar gantirugi oleh ibu bapa.8.3Tandasa)Semua murid mesti membersihkan tandas selepas menggunakannya.b)Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.c)Dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas.d)Sila laporkan kepada guru bertugas sekiranya ada kerosakan.e)Air paip hendaklah ditutup setiap kali digunakan.9.0Keselamatana)Murid-murid dikehendaki beratur semasa pergi ke bilik-bilik khas yang lain.b)Murid-murid dibenarkan ke tandas pada bila-bila masa dengan kebenaran guru.9.1Waktu Balika)Murid-murid mestilah mengemaskan beg dan menutup suis lampu dan kipas selepas loceng waktu balik dibunyikan.b)Murid-murid hendaklah beratur dan balik dengan berjalan dan tidak dibenarkan berlari.c)Semua murid mestilah mengikut arahan guru bertugas.d)Murid-murid yang menunggu ibu bapa / penjaga menjemput, hendaklah menunggu di kantin.e)Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan dengan teratur di tepi jalan dan tidak secara beriringan.9.2Bilik Sainsa)Semua murid hendaklah mematuhi peraturan dan tatacara penggunaan bilik sains.b)Murid-murid dilarang memasuki bilik sains tanpa kehadiran guru.c)Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.d)Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat yang terdapat dibilik sains tanpa kebenaran guru.e)Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari bilik sains.f)Murid dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru.g)Murid dilarang menyalakan penunu bunsen dengan sebarang kertas.

9.3Bilik Kemahiran Hidupa)Murid-murid dilarang berada di bilik KH tanpa iringan guru.b)Semua murid hendaklah mematuhi peraturan dan tatacara penggunaan bilik KH.c)Murid-murid dilarang memasuki bilik KH tanpa urusan.d)Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.e)Dilarang menyentuh atau mengambil alat-alat yang terdapat dibilik KH tanpa kebenaran guru.f)Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari bilik KH.g)Murid dilarang menjalankan sebarang kerja tanpa arahan guru.

9.4Perpustakaana)Murid-murid dilarang berada di perpustakaan tanpa kebenaran guru.b)Murid murid mestilah mematuhi peraturan perpustakaan.9.5Bilik-bilik khasa)Murid dilarang masuk ke mana-mana bilik khas tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.9.6KecemasanSekiranya berlaku sebarang kecemasan murid-murid hendaklah mengikut peraturan kecemasan dan arahan guru berkenaan.

10.0Pelawata)Ibu bapa / penjaga / ahli keluarga hanya dibenarkan berjumpa dengan murid atas kebenaran guru besar.b)Guru Besar berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan murid tanpa surat kebenaran daripada ibu bapa.11.0Ketidakhadiran ke Sekolaha)Murid yang tidak hadir mestilah mengemukakan sijil sakit atau surat pengakuan ibu bapa / penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir.b)Ibu bapa akan dipanggil ke sekolah sekiranya murid tidak ke sekolah 3 hari berturut-turut tanpa sebab atau kenyataan.12.0Ketua Murid a)Perlantikan ketua murid akan dilaksanakan oleh guru kelas dalam mesyuarat Hal Ehwal Murid dan mesti dipersetujui oleh guru besar.b)Seorang ketua kelas akan memegang jawatan selama satu tahun.c)Surat lantikan akan diberikan pada awal tahun.d)Guru besar mempunyai kuasa membuat pindaan dalam perlantikan ketua kelas pada bila-bila masa.e)Seseorang ketua kelas boleh dilucutkan jawatannya sekiranya melakukan kesalahan disiplin oleh guru besar.12.1Pengawasa)Perlantikan pengawas akan dilaksanakan oleh guru penasihat badan pengawas dalam mesyuarat Hal Ehwal Murid dan mesti dipersetujui oleh guru besar.b)Seorang pengawas akan memegang jawatannya berterusan.c)Surat lantikan akan diberikan pada awal tahun.d)Guru besar mempunyai kuasa membuat pindaan dalam perlantikan pengawas pada bila-bila masa.e)Seseorang pengawas boleh dilucutkan jawatannya sekiranya melakukan kesalahan disiplin oleh guru besar.12.1.1Sifat-sifat Kelayakana)Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang murid hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolahb)Kelayakan-kelayakan lain :-bertanggungjawab-berwibawa dan bekerjasama-nisbah pengawas berbandingmurid ialah 1:10.

13.0Waktu Rehata)Waktu rehat ialah pada pukul 10.00 pagi hingga 10.30 pagi.b)Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat.c)Murid-murid hendaklah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.d)Apabila loceng tamat waktu rehat dibunyikan, murid-murid mesti masuk ke kelas masing-masing dengan segera.14.0Latihan Kebakaran dan Kecemasana)Semua murid mestilah mematuhi Tatacara Latihan Kecemasan sekolah.b)Murid-murid mestilah bergerak secara pantas,teratur dan tidak terburu-buru.c)Murid-murid mestilah berkumpul di hadapan kantin sekolah.Guru kelas akan memastikan bilangan murid sama dengan bilangan daftar pada hari itu.d)Ketua Pengawas mesti melaporkan dengan segera kepada pembantu guru besar hal ehwal murid sekiranya ada murid yang tidak hadir ke tempal berkumpul.e)Selepas meninggalkan bangunan tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk sebarangb tujuan.f)Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng kecemasan berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya.g)Sebarang kecemasan lain, hendaklah segera dilaporkan kepada guru-guru untuk tindakan selanjutnya.15.0Kegiatan Luar Bilik Darjaha)Setiap murid wajib menyertai :- satu pasukan beruniform- satu persatuan/kelab- satu kegiatan sukan/permainanb)Kebenaran bertulis mestilah diperoleh daripada ibu bapa/penjaga dan guru besar sekiranya seseorang murid ingin mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan luar, pertubuhan luar, persatuan,permainan dan kegiatan-kegiatan lain.c)Murid-murid DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram, kongsi gelap dan kegiatan tidak bermoral.d)Pihak sekolah akan melaporkan kepada Kementerian Pelajaran dan polis sekiranya ada murid yang menceburi pertubuhan haram,kongsi gelap dan kegiatan-kegiatan lain dan menggangu murid lain melalui kegiatan itu.e)Murid-murid dilarang membawa gajet elektronik seperti telefon mudah alih, permainan MP3, GPRS dan sebagainya masuk ke kawasan sekolah.

16.0Kategori Kesalahan16.1Kesalahan Ringan1.Membuang sampah merata-rata.2.Meludah atau membuang barang-barang di merata tempat.3.Mengguna atau menyimpan alatan atau barang orang lain tanpa kebenaran.4.Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan.5.Memakai cermin mata berfesyen.6.Kesalahan lain yang ditentukan oleh guru besar.7.Menconteng dinding.8.Merosakkan harta benda sekolah.9.Menyimpan misai,janggut atau jambang.10.Berambut panjang.(Murid lelaki)11.Menggunakan atau membawa keluar barang-barang dari bilik-ailik khas tanpa kebenaran guru.12.Berada di luar bilik darjah tanpa kebenaran guru.13.Berada di kantin pada waktu belajar tanpa kebenaran guru.14.Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran guru besar.15.Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap dan kemas.16.Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak member perhatian dan lain-lain.17.Lewat ke sekolah.18.Bising di dalam dan di luar kelas.19.Menunggang atau memandu kenderaan di dalam kawasan sekolah.20.Tidak membuat tugasan yang diarahkan.21.Mengganggu kawan.22.Mengganggu guru.23.Beada dalam kawasan larangan.24.Tidak memakai lencana sekolah.16.2Kesalahan Sederhana1.Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.2.Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran guru besar.3.Menyalahgunakan peralatan/sumber bekalan elektrik.4.Keluar dari kawasan sekolah tnpa kebenaran.5.Tidak amanah,berbohong,menipu dan meniru ketika ujian/peperiksaan.6.Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.7.Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah,negeri dan kebangsaan.8.Fesyen rambut yang keterlaluan atau berwarna.9.Menconteng harta benda sekolah.10.Memakai barang kemas atau perhiasan seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.11.Membawa telefon bimbit, walkman,radio dan MP3/MP4.12.Kesalahan lain yang ditentukan oleh guru besar.16.3Kesalahan Berat1.Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.2.Menyimpan,membawa,megedar,meghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.3.Membawa,meminum,menyimpan atau mengedar minuman keras ataun sebarang benda yang membukkan/menghayalkan.4.Membawa,menyimpan,menghisap atau mengedar bahan tembakau.5.Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.6.Melawan,mengancam,memukul atau mengugut/mencederakan guru/pengawas/murid/kakitangan sekolah.7.Biadap terhadap guru/pengawas/murid/kakitangan sekolah.8.Memeras ugut guru/pengawas/murid/kakitangan sekolah.9.Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.10.Melakukan buli,penderaan atau paksaan terhadap murid.11.Mencuri,merompak,memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.12.Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.13.Mencetak,menerbit,mempamer,mengedar atau menyimpan rencana,majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.14.Membabitkan diri dalam kumpulan haram.15.Mencabul kehormatan guru/pengawas/murid/kakitangan sekolah.16.Melakukan zina,liwat dan hubungan luar tabii.17.Melakukan hubungan yang dicurigai.18.Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.19.Besekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.20.Mengintai murid lelaki/perempuan.21.Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mnecemarkan.22.Merosakkan harta benda sekolah/guru/pengawas/murid/kakitangan sekolah.23.Membawa atau mengguna bahan letupan.24.Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.25.Mengedar,memiliki,membawa,melukis dan mempamerkan bahan lucah.26.Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.27.Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.28.Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan.29.Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.30.Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah,PPD,JPNJ dan KPM.31.Melakukan ponteng sekolah berturut-turut selama 30 hari atau tidak berturut-turut selama 60 hari dalam tempoh setahun sesi persekolahan.32.Mengganggu / menjejaskan kuasa guru besar / guru yang menjalankan tugas.33.Membawa masuk tetamu ke kawasan sekolah tanpa kebenaran guru besar.34.Kesalahan lain yang ditentukan oleh guru besar.

17.0Jenis-jenis Kesalahan dan Hukuman1.Kesalahan BeratHukuman:a) Amaran kerasb) Dirotan 1 3 kali (dipunggung yang berlapik.c) Membayar gantirugid) Mahkamah2.Kesalahan SederhanaHukuman:a) Amaranb) Membayar gantirugic) Dirotan 1 -3 kali (dipunggung yang berlapik)d) Mahkamah3.Kesalahan RinganHukuman:a) Amaran pertamab) Amaran keduac) Amaran ketigad) Aktiviti gotong-royong