peraturan sekolah

Upload: nor-amira-shukri

Post on 06-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

peraturan sekolah

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UDA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UDA

LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH, ALOR STAR, KEDAH DARULAMAN.PERATURAN KELUAR/MASUK KELAS

1. Loceng berbunyi jam 7.35 pagi 2. Buatkan barisan di luar kelas (pagi) 3. Membaca doa.

4. Tunggu sehingga guru mata pelajaran datang. Masuk kelas.

5. Berdiri dahulu.

6. Cikgu memberi salam setelah pasti semua murid bersedia.

7. Murid-murid menjawab salam cikgu.

8. Murid duduk selepas mendapat arahan dari guru.

9. Guru memulakan pengajaran.

PERATURAN WAKTU REHAT :

1. Loceng berbunyi untuk keluar rehat.

2. Buat barisan, berjalan dalam barisan untuk ke kantin.

3. Loceng berbunyi untuk masuk kelas.

4. Buat barisan di luar kelas.

5. Tunggu sehingga guru matapelajaran datang. Masuk kelas.

6. Berdiri dahulu.

7. Cikgu memberi salam setelah pasti semua murid bersedia.

8. Murid menjawab salam cikgu.

9. Murid duduk selepas mendapat arahan dari guru.

10. Guru memulakan pengajaran.PERATURAN KELUAR KELAS :1. Kebenaran keluar kelas mesti diperolehi daripada guru matapelajaran / guru kelas atau ketua darjah.

2. Tiap-tiap murid yang keluar kelas mestilah membawa pas keluar. Pengawas dan Ketua Darjah tidak perlu membawa pas keluar.

3. Guru-guru yang memerlukan khidmat murid, samada secara kumpulan atau perseorangan mestilah mendapat kebenaran daripada guru matapelajaran terlebih dahulu.

4. Jika berlaku pertukaran kelas, seperti kelas Kemahiran Hidup, Sains, Perpustakaan, Makmal Komputer atau ke bilik tayangan, murid-murid dilarang sama sekali mengambil kesempatan ini untuk ke bilik air atau kemana-mana tempat tanpa mendapat kebenaran guru berkenaan.

PERATURAN WAKTU PULANG

1. Buku teks dan buku latihan tidak boleh ditinggalkan di dalam meja murid.

2. Loceng pertama berbunyi. Duduk dalam kelas dan baca doa pulang.

3. Loceng kedua berbunyi. Buatkan barisan di hadapan kelas.

4. Berjalan dalam barisan sehingga pintu pagar.

5. Semua murid mestilah melalui laluan yang disediakan.TUGAS TUGAS PENGAWAS

Melaksanakan peraturan-peraturan disiplin dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-murid

Berpakaian kemas.

Antara senarai tugas dan tanggungjawab pengawas :

1. PERHIMPUNAN HARI AHAD

1.1 Menaikkan bendera.

1.2 Menjaga perbarisan tahap 1 dan tahap 21.3 Menahan murid-murid yang datang lewat.

1.4 Menahan murid yang tidak lengkap berpakaian sekolah :

i. Lencana

ii. kasut kotor/lain warna

iii. berambut panjang

iv. berkuku panjang

v. dan lain-lain

1.5 Mengendalikan urusan perhimpunan

2. SEMASA REHAT2.1 Menjaga murid beratur di kantin.

2.2 Menjaga murid supaya tidak merebut semasa membeli.

2.3 Mengawasi murid yang makan sambil berjalan.

2.4 Mengawasi murid-murid supaya tidak berada dalam kelas semasa rehat.

3. TEMPAT BASIKAL3.1 Mengawasi, mengemas, menyusun basikal supaya teratur.

3.2 Mengawasi murid-murid yang pergi ke tempat basikal.

3.3 Mengambil tindakan terhadap pemilik basikal yang tidak lengkap peralatan basikalnya.

4. SEMASA PULANG4.1 Menjaga/mengawasi murid buat barisan dan berjalan dengan tertib.

4.2 Membaca doa sebelum pulang.

4.3 Menjaga pintu pagar A, B dan C.4.4 Mengawasi murid tidak berbasikal dalam kawasan sekolah.

5. BUNYIKAN LOCENG

5.1 Pagi 7.30, 5 minit awal setiap pagi.

5.2 Rehat Tahun Satu, 9.05 masuk 9.35 pagi.

5.3 Rehat Tahun Dua dan Tiga, 9.35 masuk 10.05 pagi.

5.4 Rehat Tahap Dua, Tahun 4,5 dan 6, 10.05 masuk 10.35 pagi.

5.5 Pulang Tahap Satu, jam 1.05 tengah hari

5.6 Pulang Tahap Dua, jam 1.35 tengah hari.

5.7 Kecuali Kelas Tasmik AlQuran pulang pada jam 2.05 petang.

6. PINTU PAGAR6.1 Pintu pagar A

6.2 Pintu pagar B

6.3 Pintu pagar C

Tugas : menunggu/menutup pintu pada masa yang telah ditetapkan.7. MENAIKKAN BENDERA DIHARI

PERSEKOLAHAN

7.1 Bendera Malaysia

7.2 Bendera Kedah

7.3 Bendera Sekolah

8. PEMBESAR SUARA8.1 Mengambil/memasang/menyimpan9. BACAAN DOA HARIAN

9.1 Waktu mula dan tamat sekolah.

10. PENGAWAS ZON

10.1 Memastikan tiada sampah yang dibuang.

10.2 Menjaga keceriaan zon masing-masing.

11. TUGAS-TUGAS LAIN11.1 Menjalankan tugas yang diberi oleh guru semasa persekolahan.

11.2 Lain-lain tugas yang sesuai.

TUGAS TUGAS KETUA DARJAH @

PENOLONG KETUA DARJAH

1. Mengambil buku kedatangan murid (Register) sebelum masa pertama.

2. Memberi maklumat kehadiran murid kepada guru darjah.

3. Menghantar buku kedatangan murid ke pejabat sebelum 9.00 pagi.

4. Memastikan jadual tugas kebersihan dalam kelas berjalan lancar.

5. Memastikan murid tidak berada di dalam kelas semasa kelas dibersihkan.

6. Menjaga barisan kelas.

7. Menjaga barisan semasa rehat di luar bilik darjah.

8. Menghantar buku-buku latihan, semak bilangan buku.

9. Mengawasi murid bila ketiadaan guru di dalam kelas.

10. Menjemput guru jika tidak masuk ke kelas.

11. Beri hormat kepada sesiapa yang masuk kelas dengan ucapan salam/selamat pagi.

12. Pakaian ketua darjah bertali leher (lelaki) dan bertudung (perempuan) berwarna biru.

13. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan berkelakuan baik sepanjang masa.

14. Bekerjasama dengan pengawas sekolah dalam menjaga disiplin kelas.

15. Bekerjasama dengan Guru Darjah dalam hal-hal yang berhubungan dengan disiplin, kebersihan, keselamatan dan keceriaan dalam bilik darjah.

16. Melaporkan kes-kes salahlaku dalam bilik darjah kepada Guru Darjah.

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UDA, LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH, ALOR STAR

PERATURAN PERATURAN SEKOLAH

DISIPLIN

1.1 Murid-murid hendaklah sentiasa mengamalkan budi pekerti yang mulia, bersopan santun dan menghormati ibu bapa, guru-guru, orang-orang yang lebih tua, ketua-ketua murid dan juga sesama sendiri.

1.2 Murid-murid hendaklah membiasakan diri memberi salam atau mengucap Selamat Pagi/Selamat Tengahari/Selamat Petang dan Terima Kasih/Sama-sama dalam perhubungan dengan orang lain dan hendaklah mengetuk pintu meminta kebenaran bila hendak masuk ke Bilik Guru atau ke kelas jika guru ada di dalam kelas.

1.3 Murid-murid hendaklah selalu bercakap benar dan dengan lemah lembut, bersikap jujur terhadap semua orang dan menghormati harta benda orang lain. Jika terjumpa wang atau alat kelengkapan orang lain, hendaklah dikembalikannya kepadanya atau serah kepada pihak berkuasa.

1.4 Murid-murid hendaklah jangan membuat bising dan jangan bermain dalam kawasan sekolah kecuali di padang pada waktu rehat.

1.5 Pada sesi pagi apabila loceng berbunyi, murid dikehendaki berbaris dengan tertib dan berjalan dengan senyap dalam barisan.

1.6 Waktu hendak masuk kelas dan hendak bergerak dari satu bilik ke bilik lain sebelum rehat dan sebelum balik murid-murid hendaklah berbaris dengan tertib dan berjalan dengan senyap dalam barisan.

1.7 Waktu membeli makanan di kantin, murid-murid hendaklah beratur menuggu giliran. Murid-murid hendaklah makan di kantin dan jangan makan sambil berjalan. Selepas makan, pinggan dan lain-lain hendaklah diletakkan di tempat yang ditetapkan.

1.8 Murid-murid hendaklah menjaga harta benda dan alat kelengkapan sekolah supaya tidak rosak dan tidak hilang dan hendaklah berjimat menggunakan air dan lampu supaya tidak membazir.

1.9 Murid-murid hendaklah menjaga pokok-pokok bunga dan tanaman dalam kawasan sekolah supaya sentiasa kelihatan subur dan cantik.

1.10 Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas di jalan raya dan berjalan dengan tertib.

1.11 Murid-murid hendaklah mengguna hanya Bahasa Malaysia Baku atau Bahasa Inggeris dalam pertuturan dalam kawasan sekolah.

WAKTU PEMBELAJARAN

2.1 Waktu sekolah ialah dari pukul 7.35 pagi sehingga 1.35 tengahari bagi sesi pagi. Murid-murid yang hendak keluar dari kawasan sekolah dalam masa itu, mestilah mendapat kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan terlebih dahulu dan tuliskan nama murid dalam buku Buku Murid Keluar sebelum meninggalkan sekolah.

2.2 Semua murid mesti hadir pada tiap-tiap hari sekolah dibuka, kecuali mereka jatuh sakit atau berlaku sesuatu kecemasan.

2.3 Apabila seorang murid tidak dapat datang ke sekolah ia hendaklah meminta keluarganya memberitahu sekolah dengan segera. Murid yang tidak hadir tiga hari atau lebih mesti membawa surat penjelasan dari waris atau surat sakit dari doktor apabila ia datang ke sekolah semula. Murid yang hendak mengiringi keluarga pergi ke sesuatu tempat yang jauh pada hari-hari sekolah hendaklah memohon cuti daripada Guru Besar terlebih dahulu.

2.4 Pada waktu pelajaran sedang berjalan, semua murid mesti berada dalam kelas dan ikuti pelajaran dengan tekun dan tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa sebarang tujuan kecuali dengan kebenaran guru atau mendapat Pas Keluar. Murid-murid hendaklah tepati masa untuk masuk ke kelas selepas waktu rehat.

2.5 Semua pelajaran yang diajar mesti diikuti oleh semua murid, termasuk Pendidikan Jasmani. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti Pendidikan Jasmani atas sebab-sebab kesihatan mesti membawa surat akuan doktor.

2.6 Tiap-tiap murid mesti mempunyai semua buku teks (dibalut dengan kertas pembalut) dan buku rampaian serta lain-lain buku yang ditentukan oleh guru-guru dan membawanya ke sekolah mengikut jadual waktu atau bila-bila dikehendaki oleh guru.

2.7 Murid-murid tidak dibenarkan membawa computer games, game cards, telefon bimbit atau sebarang alat mainan yang boleh mengganggu masa belajar.

2.8 Murid-murid mesti menyempurnakan semua kerja yang diberikan oleh guru-guru dengan cermat dan bersih, termasuk kerja-kerja rumah.

2.9 Semua murid mesti menduduki tiap-tiap ujian dan peperiksaan yang diadakan untuk kelasnya.

2.10 Buku Laporan Kemajuan yang dikeluarkan selepas sesuatu ujian atau peperiksaan mesti ditunjukkan kepada waris dan ditandatangani olehnya. Murid-murid hendaklah jangan membuat apa-apa penilaian sendiri.

KEGIATAN KOKURIKULUM

3.1 Tiap-tiap murid diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan menceburkan diri dalam sekurang-kurangnya sebuah badan beruniform, sebuah persatuan kelab dan satu jenis permainan. Penglibatan murid-murid akan direkodkan dalam Buku Laporan Kokurikulum masing-masing.

3.2 Tiap-tiap murid hendaklah hadir dalam perjumpaan-perjumpaan pertubuhan yang ia menjadi ahli dan hendaklah mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan yang dirancangkan. Kehadiran ahli-ahli akan direkodkan tiap-tiap kali. Murid-murid mestilah membawa surat penjelasan daripada waris atau surat doktor.

3.3 Waktu datang untuk kegiatan ko-kurikulum, murid-murid mestilah mematuhi peraturan-peraturan sekolah terutama sekali tentang kelakuan, pakaian dan kebersihan. Murid-murid hendaklah jangan meninggalkan perjumpaan-perjumpaan tanpa kebenaran guru pengelola yang berkenaan.

PAKAIAN

4.1 Apabila datang ke sekolah, murid-murid hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, yang bersih dan kemas. 4.2 LELAKI baju putih lengan pendek dengan seluar warna biru gelap dan tali pinggang hitam yang berkepala kecil tanpa lorek serta bertali leher. 4.3 PEREMPUAN- Baju kurung putih dan kain susun sebelah tepi atau blaus putih lengan pendek dengan pinafor warna biru gelap.

4.4 Semua murid mestilah memakai kasut putih dan sarung kaki warna putih, serta lencana sekolah di sebelah kiri bajunya.4.5 Pakaian Pengawas sekolah hendaklah seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengawas Sekolah, lengkap dan kemas.

4.6 Murid-murid yang datang ke sekolah untuk kegiatan sukan atau permainan mesti memakai pakaian sukan dan tidak dibenarkan memakai pakaian beranika warna.

4.7 Murid-murid perempuan yang hendak bertudung kepala bolehlah memakai scarf atau mini telekung berwarna putih.

4.8 Untuk pelajaran Pendidikan Jasmani, murid-murid lelaki hendaklah memakai seluar sukan warna hitam dan baju putih/baju sekolah. Murid-murid perempuan hendaklah memakai baju-T warna putih atau baju-T sekolah dengan seluar warna hitam atau seluar track-suit warna hitam.

4.9 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali memakai barang-barang kemas, kasut beranika warna dan selipar waktu datang ke sekolah bila-bila masa pun.

KEBERSIHAN DIRI DAN PAKAIAN

5.1 Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri. Hendaklah gunakan sabun waktu mandi supaya badan bersih dan tidak berbau busuk. Gigi juga hendaklah digosok seberapa kerap dengan berus dan ubat yang sesuai.

5.2 Murid-murid perempuan yang mempunyai rambut panjang mestilah mengikat rambutnya dengan riben warna hitam sahaja. Murid-murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang, rambut mestilah dipotong pendek( mata mesin pemotong rambut bernombor 4) serta tidak diwarnakan .

5.3 Semua murid tidak dibenarkan berkuku panjang dan berkuku merah.

5.4 Murid-murid perempuan yang bermasalah hendaklah berjumpa dengan Penolong Kanan II (HEM) .KEBERSIHAN BILIK DARJAH

6.1 Kebersihan sesuatu bilik darjah dan kaki lima di luarnya adalah tanggungjawab semua murid dalam kelas berkenaan.

6.2 Murid-murid ditegah daripada menconteng di papan hitam, papan kenyataan, poster-poster, kerusi, meja dan dinding sekolah dan menampal gambar atau poster di dinding tanpa kebenaran guru.

6.3 Sebelum keluar kelas waktu rehat atau waktu hendak pulang ke rumah, murid-murid hendaklah pastikan bilik darjah ditinggalkan dalam keadaan bersih dan kemas, semua kerusi hendaklah diletakkan di atas meja dan suis-suis lampu dan kipas hendaklah ditutup.

6.4 Pada waktu rehat, murid-murid hendaklah jangan berada dalam bilik darjah kecuali guru ada sama.

KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN

7.1 Semua murid adalah bertanggungjawab tentang kebersihan bangunan dan kawasan sekolah.

7.2 Sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul atau tong sampah sahaja dan murid-murid yang menjumpai sampai di atas lantai, tangga, jalan atau rumput dan sebagainya hendaklah memungut sampah itu dan memasukkannya ke dalam bakul/ tong sampah.

7.3 Sampah juga tidak boleh dibuang ke dalam tandas atau besen-besen mencuci tangan.

7.4 Selepas menggunakan tandas, ianya mestilah dibersihkan atau ditarik pamnya dan ditutup pintunya semula.

7.5 Waktu makan di kantin, kertas-kertas pembalut dan lain-lain hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan.

PERKARA PERKARA LAIN :8.1 Yuran : Semua murid-murid dikehendaki menjelaskan bayaran-bayaran sekolah dalam bulan pertama.

8.2 Perhimpunan : Semua murid-murid mestilah hadir dalam perhimpunan mingguan yang diadakan dan mesti patuh kepada pengumuman serta arahan-arahan yang disampaikan dalam setiap perhimpunan .

8.3 Lagu dan Bendera : Murid-murid hendaklah menunjukkan hormat lagu-lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan Lagu Sekolah dan sama-sama menyanyi lagu-lagu itu dengan penuh semangat dalam perhimpunan sekolah. Murid-murid hendaklah juga menghormati bendera-bendera kebangsaan, negeri dan sekolah.

8.4 Membeli Makanan : Sewaktu di sekolah, murid-murid hendaklah membeli makanan dan minuman di kantin sekolah sahaja. Murid-murid ditegah membeli makanan dan minuman daripada kedai-kedai atau penjaja-penjaja di luar.

8.5 Menjual Makanan : Murid-murid tidak dibenarkan menjual bahan-bahan makanan dan lain-lain barang dalam kawasan sekolah. Murid-murid yang membawa bahan-bahan makanan hendaklah membuat urusan untuk pihak kantin menjual bahan-bahan itu.

8.6 Buku-buku dan Majalah-majalah : Buku-buku dan majalah-majalah yang tidak diingini dan yang tidak memberi faedah kepada murid-murid membacanya tidak boleh dibawa ke sekolah.

8.7 Permainan Yang Dilarang : Murid-murid adalah dilarang bermain dan membawa permainan yang berunsur judi, yang membazir dan yang tidak memberi apa-apa faedah.

8.8 Menjaga Keselamatan : Murid-murid hendaklah menjaga keselamatan diri, harta benda kepunyaan masing-masing dengan baik. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan harta benda atau wang yang disebabkan oleh kecuaian murid sendiri.

8.9 WARIS-WARIS DAN LAIN-LAIN PELAWAT YANG INGIN MENEMUI SESEORANG MURID ATAU GURU HENDAKLAH TERLEBIH DAHULU MENDAPAT KEBENARAN PIHAK SEKOLAH.

8.10 Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah.

9. TINDAKAN DAN HUKUMAN MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH

9.1Murid-murid yang melakukan kesalahan akan dihukum mengikut berat ringan kesalahan yang dilakukannya.

9.2Amaran pertama diberikan kepada murid-murid yang melakukan kesalahan ringan dengan mencatitkan kesalahan dan amaran di dalam buku rekod kesalahan murid dan murid-murid akan diberi kaunseling.

9.3Sekiranya kesalahan dilakukan berulangkali ia dianggap serius dan amaran bertulis diberitahu kepada ibu bapa / penjaga / waris.

9.4Sekiranya kesalahan seperti merosakkan harta benda sekolah, hukuman kesalahan adalah seperti :

9.1.1 Membayar ganti rugi.

9.1.2 Melaporkan kepada polis.

_________________________________

(HAJAH WAN NODRIM BT WAN ABDULLAH, PPN., PCK.)

Guru Besar Sek. Keb. Taman Uda

Alor Setar, Kedah.

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UDA

LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH,

ALOR STAR, KEDAH DARULAMAN.TUGAS TUGAS PENGAWAS Melaksanakan peraturan-peraturan disiplin dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-murid

Berpakaian kemas.

Antara senarai tugas dan tanggungjawab pengawas :

1. PERHIMPUNAN HARI AHAD1.1Menaikkan bendera.

1.2Menjaga perbarisan tahap 1 dan tahap 2

1.3Menahan murid-murid yang datang lewat.

1.4Menahan murid yang tidak lengkap berpakaian sekolah :

i. Lencana

ii. kasut kotor/lain warna

iii. berambut panjang

iv. berkuku panjang

v. dan lain-lain

1.5Mengendalikan urusan perhimpunan

2. SEMASA REHAT2.1Menjaga murid beratur di kantin.

2.2Menjaga murid supaya tidak merebut semasa membeli.

2.3Mengawasi murid yang makan sambil berjalan.

2.4Mengawasi murid-murid supaya tidak berada dalam kelas semasa

rehat.

3. TEMPAT BASIKAL3.1Mengawasi, mengemas, menyusun basikal supaya teratur.

3.2Mengawasi murid-murid yang pergi ke tempat basikal.

3.3Mengambil tindakan terhadap pemilik basikal yang tidak lengkap peralatan basikalnya.

4. SEMASA PULANG4.1Menjaga/mengawasi murid buat barisan dan berjalan dengan tertib.

4.2Membaca doa sebelum pulang.

4.3Menjaga pintu pagar A, B dan C.

4.4Mengawasi murid tidak berbasikal dalam kawasan sekolah.

5. BUNYIKAN LOCENG5.1Pagi 7.30, 5 minit awal setiap pagi.

5.2Rehat Tahun Satu, 9.05 masuk 9.35 pagi.

5.3Rehat Tahun Dua dan Tiga, 9.35 masuk 10.05 pagi.

5.4Rehat Tahap Dua, Tahun 4,5 dan 6, 10.05 masuk 10.35 pagi.

5.5Pulang Tahap Satu, jam 1.05 tengah hari

5.6Pulang Tahap Dua, jam 1.35 tengah hari.

5.7Kecuali Kelas Tasmik AlQuran pulang pada jam 2.05 petang.

6. PINTU PAGAR6.1Pintu pagar A

6.2Pintu pagar B

6.3Pintu pagar C

Tugas : menunggu/menutup pintu pada masa yang telah ditetapkan.

7. MENAIKKAN BENDERA DIHARI

PERSEKOLAHAN7.1Bendera Malaysia

7.2Bendera Kedah

7.3Bendera Sekolah

8. PEMBESAR SUARA8.1Mengambil/memasang/menyimpan10. BACAAN DOA HARIAN10.1Waktu mula dan tamat sekolah.

11. PENGAWAS ZON11.1 Memastikan tiada sampah yang dibuang.

11.2 Menjaga keceriaan zon masing-masing.12. TUGAS-TUGAS LAIN12.1Menjalankan tugas yang diberi oleh guru semasa persekolahan.12.2Lain-lain tugas yang sesuai.

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UDA

LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH,

ALOR STAR, KEDAH DARULAMAN.TUGAS TUGAS KETUA DARJAH & PENOLONG KETUA DARJAH1. Mengambil buku kedatangan murid (Register) sebelum masa

pertama.

2. Memberi maklumat kehadiran murid kepada guru darjah.

3. Menghantar buku kedatangan murid ke pejabat sebelum 9.00 pagi.

4. Memastikan jadual tugas kebersihan dalam kelas berjalan lancar.

5. Memastikan murid tidak berada di dalam kelas semasa kelas dibersihkan.

6. Menjaga barisan kelas.

7. Menjaga barisan semasa rehat di luar bilik darjah.

8. Menghantar buku-buku latihan, semak bilangan buku.

9. Mengawasi murid bila ketiadaan guru di dalam kelas.

10. Menjemput guru jika tidak masuk ke kelas.

11. Beri hormat kepada sesiapa yang masuk kelas dengan ucapan salam/selamat pagi.

12. Pakaian ketua darjah bertali leher (lelaki) dan bertudung (perempuan) berwarna biru.

13. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan berkelakuan baik sepanjang masa.

14. Bekerjasama dengan pengawas sekolah dalam menjaga disiplin kelas.

15. Bekerjasama dengan Guru Darjah dalam hal-hal yang berhubungan dengan disiplin, kebersihan, keselamatan dan keceriaan dalam bilik darjah.

16. Melaporkan kes-kes salahlaku dalam bilik darjah kepada Guru Darjah.