peraturan sekolah

18
5.1.2 Peraturan dan Disiplin Sekolah PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 1.0 JADUAL KEHADIRAN KE SEKOLAH Kehadiran ke sekolah Waktu Masa Isnin dan Selasa Pagi 6.45 pagi 1.40 petang Rabu Pagi Petang 6.45 pagi 1.40 petang 2.15 petang 4.00 petang (unit beruniform) Khamis Pagi Petang 6.45 pagi 1.40 petang 2.15 petang 3.20 petang (kelab dan persatuan) 3.20 petang 4.45 petang (sukan dan permainan) Jumaat Pagi 6.45 pagi 11.55 pagi 1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib. 1.2 kehadiran diambil pada waktu pertama. 1.3 Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sokolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah membuktikan ketidakhadiran dengan mengemukakan sijil sakit dari doktor atau surat ibubapa/penjaga. Seseorang pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sijil sakit dari doktor atau surat ibubapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan akan dikenakan tindakan. a. Ketidakhadiran berterusan I. Tidak hadir 3 hari Surat Amaran 1 II. 7 hari seterusnya - Surat Amaran 2 III. 7 hari seterusnya - Surat Amaran 3 IV. 14 hari seterusnya Gantung Sekolah untuk tujuan pembuangan b. Ketidakhadiran berkala I. Tidak hadir 10 hari - Surat Amaran 1 II. 10 hari seterusnya - Surat Amaran 2 III. 20 hari seterusnya - Surat Amaran 3 IV. 10 hari seterusnya - Gantung Sekolah untuk tujuan pembuangan

Upload: sylvister-yong

Post on 30-Sep-2015

156 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

peraturan sekolah sm shan tao

TRANSCRIPT

5.1.2Peraturan dan Disiplin SekolahPERATURAN-PERATURAN SEKOLAH1.0 JADUAL KEHADIRAN KE SEKOLAH

Kehadiran ke sekolahWaktu Masa

Isnin dan Selasa Pagi6.45 pagi 1.40 petang

Rabu PagiPetang 6.45 pagi 1.40 petang2.15 petang 4.00 petang (unit beruniform)

KhamisPagiPetang 6.45 pagi 1.40 petang2.15 petang 3.20 petang (kelab dan persatuan)3.20 petang 4.45 petang (sukan dan permainan)

Jumaat Pagi 6.45 pagi 11.55 pagi

1.1Kehadiran ke sekolah adalah wajib.1.2 kehadiran diambil pada waktu pertama. 1.3 Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sokolah oleh sebab-sebab tertentuhendaklah membuktikan ketidakhadiran dengan mengemukakan sijil sakit dari doktoratau surat ibubapa/penjaga. Seseorang pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sijilsakit dari doktor atau surat ibubapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolahdan akan dikenakan tindakan. a. Ketidakhadiran berterusan I. Tidak hadir 3 hari Surat Amaran 1II. 7 hari seterusnya - Surat Amaran 2III. 7 hari seterusnya - Surat Amaran 3IV. 14 hari seterusnya Gantung Sekolah untuk tujuan pembuangan

b. Ketidakhadiran berkalaI. Tidak hadir 10 hari - Surat Amaran 1II. 10 hari seterusnya - Surat Amaran 2III. 20 hari seterusnya - Surat Amaran 3IV. 10 hari seterusnya - Gantung Sekolah untuk tujuan pembuangan

1.4Semua pelajar mesti beratur di luar bilik darjah pada jam 6.55 pagi. Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid-murid yang datang lewat. 1.5Pelajar-pelajar yang kerap kali datang lewat akan diberi amaran bertulis: (SPI Bil. 7/ 2003) I. Lewat 3 kali - Surat Amaran 1II. 3 kali berterusnya - Surat Amaran 2III. 3 kali berterusnya - Surat Amaran 3IV. 3 kali berterusnya digantung persekolahan bertarikh1.6 Sama ada berjalan kaki, berbasikal atau berkenderaan, pelajar-pelajar dikehendaki terus masuk ke kawasan sekolah. Pelajar-pelajar ditegah singgah sebentar atau mengunjungi mana-mana tempat di luar kawasan sekolah.1.7 Pelajar yang membawa kenderaan mestilah meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah dan adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. 1.8 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kawasna sekolah atas sebab-sebabtertentu hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengetua atauPenolong kanan HEM atau guru bertugas dan mengisi Buku Log Keluar sekolah dipejabat.1.9 Pelajar yang pulang dalam tempoh 2 masa pertama dianggap tidak hadir ke sekolah. 1.10 kehadiran untuk kelas PAFA dan lain-lain kelas di luar Jadual Waktu serta kegiatanko-kurikulum adalah wajib. Tindakan tatatertib akan dikenakan sekirannya pelajarmelanggar peraturan ini.

2.0 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Gambar 1: contoh potongan rambut pelajar lelaki2.1 Pelajar lelaki 2.1.1Pelajar lelaki dilarang mewarnakan rambut dan berambut panjang. Sila rujuk gambar1. 2.1.2Pelajar lelaki tidak dibenarkan untuk menyimpan misai, janggut atau jambang.2.1.3Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek atau panjang. Jika berlenganpanjang, lengan panjang hendaklah dikancing. Baju hendaklah disemat/dimasukkandi dalam seluar sepanjang masa. 2.1.4Untuk tujuan pemakaian tali leher, butang kolar baju mestilah dibutangkan.2.1.5Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian lapisan luar kecuali dalam keadaantertentu (dengan kebenaran).

Gambar 2: Cara pemakaian pelajar lelaki2.1.6Seluara. Seluar bagi pelajar lelaki adalah seluar panjang.b. Seluar panjang mestilah:I. Tidak berbentuk bell-bottom atau slim-fit.II. Tidak berbentuk seperti seluar sukan track-bottom.III. Tidak berbentuk seperti jeans (termasuk mempunyai saku jahit di bahagian luar seluar)IV. Ruang tali pinggang tidak melebihi lebar 1.5 inci.V. Ikatan pinggang pada paras pinggang.VI. Tidak boleh dibuat lubang atau poket tambahan pada kaki seluar.VII. Bahagian bawah/kaki seluar tidak berlipat.VIII. Lilitan kaki seluar tidak melebihi 40cm/16 inci.IX. Hujung kaki seluar hendaklah 1 inci melebihi paras buku lali kaki.X. Tidak berfesyen.2.1.7Jika menggunakan tali pinggang, tali pinggang dan kepala tali pinggang mestilahmelebihi lebar 1.5 inci dan kepala tali pinggang tidak berhias. Hujung tali pinggangmestilah tidak dibiarkan tergantung. Hanya tali pinggang berwarna hitam atau olivegreen sahaja dibenarkan.

Gambar 3 dan 4 menunjukkan cara pemakaian baju pelajar perempuan

2.2Pelajar Perempuan2.2.1Rambuta. Pelajar perempuan tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Sekirannya rambut menyentuh bahu, hendaklah diikat (tocang pig-tail atau pony-tail)b. Rambut hadapan yang melebihi garis tengah dahi perlu disemat dengan klip. Warna pengikat rambut dan klip hendaklah berwarna hitam atau biru tua. Warna selain yang disebut adalah ditegah sama sekali.c. Pelajar perempuan berambut pendek adalah dilarang sama sekali meniru fesyen rambu ala Punk/Rock atau sebagainya.d. Pelajar tidak dibenarkan mengubah stail rambut yang asal.e. Pelajar tidak dibenarkan mewarnakan dan keritingkan rambut.2.2.2Bajua. Blaus hendaklah berwarna putih dan berlengan untuk tujuan pemakaian tali leher, butang kolar baju mestilah dikancingkan.b. Baju kurung hendaklah berwarna putih dan berlengan panjang. Pelajar adalah dilarang melipat lengan panjang.2.2.3Skirta. Pinafore Tunic hendaklah menutup lutut iaitu 10cm ke bawah paras lutut dan berwarna torquoise.b. Kain sarung (dipakai dengan baju kurung) hendaklah sampai ke paras buku lali kaki berwarna torquoise.c. Skirt pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, dan imej Parlimen dan Pembangkang hendaklah menutup lutut.2.2.4Tudung/ Mini telekungPelajar-pelajar perempuan juga dibenarkan memakai tudung/mini telekung, dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dan berwarna putih (tanpa sebarang hiasan/sulaman di tepi atau di atas) berukuran sesuai dengan pelajar-pelajar yang memakainya. Sila rujuk gambar 3.

2.3 Peraturan Pakaian Umum2.3.1 Lencana dan tag nama

Logo sekolah

Tag nama

Saku baju

Rajah 1: Contoh kedudukan lencana dan tag nama

Lencana dan Tag nama mestilah dijahit pada kedudukan yang telah ditetapkanseperti rajah di atas:a. Lelaki : setiap baju sekolah (tag nama 1cm di atas kocek dan lencana nama diatas tag nama)b. Perempuan: setiap baju sekolah/Pinafore Tunic/ baju kurung. Sekirannya memakai tudung, hendaklah dijahit pada tudung supaya boleh dilihat dengan jelas (dijahit pada bahagian kiri baju, lencana berada 1cm di atas tag nama)Lencana dan tag nama yang tertanggal dan pudar mestilah diganti atau dijahit semula dengna sempurna. Tag nama yang rosak mestilah diperbaharui melalui pihak yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah.2.3.2 Tali leher Tali leher mestilah dipakai setiap hari persekolahan seperti waktu rehat serta semua acara rasmi sekolah.a. Lelaki:Panjang tali leher yang telah diikat hendaklah sehingga paras pinggang dan dipakai dengna sempurna (butang kolar baju dikancing dan tidak dilonggarkan) b. Perempuan: bagi pelajar yang memakai Pinafore Tunic, tali leher mestilah dipakai dengan sempurna dan disemat ke dalam Pinafore Tunic.Bagi pelajar yang memakai skirt, panjang tali leher yang diikat mestilah sehingga tidak melebihi paras pinggang. Tali leher yang diconteng akan dirampas dan pelajar perlu membeli yang baru.2.3.3 Kasuta. Kasut mestilah diperbuat daripada bahan kanvas atau bahan sintetik seperti poliester atau nilon berwarna putih.b. Stokin putih melebihi 2.5cm dari paras buku lali mestilah dipakai.c. Kasut sentiasa dipastikan bersih setiap hari, bagi kasut yang kotor mestilah dicuci dan dikapurkan semula.d. Kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan.e. Pelajar mestilah mempunyai dua pasang kasut sekolah. Sekiranya tidak mampu. Pelajar menstilah mengambil langkah memastikan sentiasa memakai kasut ke sekolah.2.3.4Barang perhiasana. Pelajar lelaki ditegah sama sekali memakai sembarang bentuk anting-anting, barangan kemas dan barangan perhiasan seperti gelang, rantai leher cincin dan sebagainya.b. Pelajar perempuan hanya sepasang anting-anting sahaja dan dipasang di bawah bahagian cuping telinga. Anting-anting tersebut mestilah stud dan berwarna keemasan atau perak. Anting-anting berhablur boleh digunakan namun mesti sama warna.c. Pelajar perempuan ditegah sama sekali memakai/menggunakan barangan kemas, barangan hiasan seperti gelang tangan, rantai leher cincin dan sebagaiannya, alat solek dan tidak dibenarkan mencabut atau mencukur atau menipiskan bulu kening.2.3.5pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sewaktu masa persekolahan, menghadiri kelas bimbingan, kelas tahanan, semasa menyertai rombongan anjuran sekolah serta menghadiri aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. 3.0 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

3.1 Ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, pelajar-pelajar dimestikan memakai baju-T sekolah dan seluar panjang sekolah.3.2 Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas ketika menyertai kegiatan-kegiatan luar bilik darjah.3.3 Pelajar wajib memakai semula pakaian seragam sekolah selepas selesai aktiviti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.3.4 Peraturan di atas juga dipatuhi semasa bermain atau semasa mengambil bahagian dalam acara olahraga.

4.0 HARTA BENDA SEKOLAH

4.1 pelajar-pelajar yang merosakkan, menghilangkan atau bersuhabat merosakkan harta benda sekolah adalah dikehendaki membayar ganti rugi yang setimpal dengan harga barang yang dirosakkan atau dihilangkan. Tindakan disiplin akan diambil terhadap pelajar yang didapati merosakkan harta benda sekolah dengan sengaja.4.2 Harta benda sekolah tidak boleh digunakan tanpa kebenran dari guru kelas, guru penolong kanan atau pengetua.4.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggaris, melukis atau mengotorkan mana-mana bahagian bangunan di dalam sekolah.4.4 Pelajr hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah pada setiap masa.4.5 Bilik darjaha. Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan kemas dan teratur.b. Gambar-gambar dan rajah-rajah yang ditampal di dinding dan papan notis bilik darjah hendaklah sesuai.c. Ruang kaki lima (kolidor) di sebelah bilik darjah hendaklah sentiasa bersih.d. Lampu dan kipas yang terdapat di dalam setiap bilik darjah hendaklah sentiasa ditutup apabila tidak diperlukan.e. Bilik darjah hendaklah dikunci setiap hari selepas waktu persekolahan.f. Rak sudut bacaan hanya boleh diisi dengan bahan bacaan yang sesuai sahaja.4.6Peraturan-peraturan bilik khas:a. Pelajar-pelajar hendaklah membaca, memahami dan mematuhi segala peraturan khas seperti makmal sains, bilik ekonomi rumahtangga, perpustakaan, bengkel kemahiran hidup, stor sukan, bilik pusat sumber, makmal komputer dan lain-lain bilik khas semasa menggunakannya. b. Pelajar dilarang memasuki bilik-bilik khas kecuali mendapat kebenaran daripada guru yang berkenaan.c. Semua peralatan termasuk kerusi meja disusun kemas dan bilik dipastikan dalam keadaan bersih dan teratur sebelum keluar.4.7Buku Teks Skim Pinjamana. Buku teks yang dipinjamkan kepada pelajar-pelajar di bawah Skim Pinjaman Buku Tekshendaklah dijaga kebersihannya.b. Buku-buk yang dipinjam wajib dibalut/disampulkan dengan pembalut plastik yang nipis atau yang sesuai.c. Pelajar diwajibkan membawa buku teks yang diperlukan berdasarkan jadual waktu belajar. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya buku teks tidak dibawa ketika diperlukan.d. Buku-buku hendaklah dibawa balik dan tidak ditinggalkan di dalam kelas/sekolah.e. Hanya peminjam rasmi yang layak menggunakannya melainkan mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.f. Pelajar-pelajar dilarang menconteng/mengotorkan/merosakkan/menggunting atau menekap gambar/rajah di dalam buku-buku teks tersebut.g. Jika larangan di atas tidak dipatuhi, sekolah berhak menarik balik pinjaman atau meminta ganti rugi.h. Buku-buku pinjaman hendaklah dipulangkan pada hujung tahun persekolahan. Mereka yang gagal memenuhi syarat tersebut akan dikenakan denda dan tidak layak meminjam buku teks pada tahun berikutnya.i. Pelajar-pelajar yang berhenti sekolah hendaklah memulangkan buku-buku teks yang dipinjam kepada pihak sekolah sebelum meninggalkan sekolah.4.8Alat-alat sukan a. Alat-alat sukan yang hendak digunakan mestilah mendapat kebenaran daripada guru yang berkenaan.b. Alat-alat sukan hendaklah digunakan dengan cermat dan berhati-hati. Pelajar-pelajar hendaklah berwaspada apabila menggunakan alatan yang boleh membahayakan diri dan orang lain.c. Alat-alat sukan yang dipinjamkan kepada pelajar seperti jersi hendaklah dijaga supaya bersih dan tidak rosak. Peralatan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada masa yang ditetapkan. Sebarang kehilangan hendaklah digantikan.d. Peralatan sukan tidak boleh dibawa keluar daripada stor PJK atau kawasan sekolah tanpa kebenaran guru yang dipertanggungjawabkan.e. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk peralatan sukan ke dalam bilik darjah kecuali dengan kebenaran.f. Pelajar dilarang bermain bola keranjang/bola sepak/bola tampar dan sebagainya tanpa kebenaran.4.9Tandasa. Kebersihan tandas hendaklah dijaga sepanjang masa dan sebarang kerosakan perlu dilaporkan dengan segera.b. Pelajar hanya boleh ke tandas dengan kebenaran guru sahaja.c. Permit keluar mesti digantungkan/digunakan pada leher ketika pergi dan balik dari tandas.d. Tandas hendaklah digunakan dengan cara yang betul ketika membuang air dan sentiasa menjaga kebersihannya.e. Samapah atau sembarang benda yang tidak hancur/reput adalah dilarang sama sekali dimasukkan dalam lubang tandas atau sinki.f. Pelajar yang didapati merosakkan kemudahan tandas dan menconteng dinding tandas akan dikenakan tindakan disiplin.g. Pelajar tidak dibenarkan mengguna tandas guru.4.10Kantin sekolah a. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membeli makanan atau minuman pada masa PdP berlangsung. Pelajar hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman pada masa sebelum 6.55 pagi, waktu rehat dan selepas pukul 1.40 petang.b. Semasa membeli makanan, pelajar harus beratur, tidak membuat bising, dan bersopan santun.c. Jangan sesekali membuang sampah, bahan-bahan pembungkus atau sisa makanan di atas lantai kantin atau di mana-mana kawasan sekolah. Gunakan tong sampah yang disediakan.d. Pelajar hendaklah memasukkan pingan-mangkuk dan cawan yang telah digunakan ke dalam tempat yang telah disediakan.e. Pelajar-pelajar dilarang membeli makanan yang dijual di luar kawasan sekolah.

5.0 TATATERTIB5.1Pelajar-pelajar sekolah adalah tertakluk kepada disiplin sekolah semasa berada didalam sekolah mahupun di luar sekolah termasuk bukan hari persekolahan. 5.2Semasa berada di bilik darjah, pelajar-pelajar mestilah menjaga ketenteraman dalamPdP.5.3Pelajar yang keluar dari bilik darjah mestilah membawa permit keluar. Hanyaseorang pelajar sahaja dibenarkan keluar pada suatu masa.5.4Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon awam semasa waktu belajar kecualimendapat kebenaran bertulis daripada guru bertugas. 5.5Pelajar-pelajar yang tidak mengambil sesuatu mata pelajaran dengan kebenaranhendaklah berada dalam perpustakaan atau berada di dalam kelas denganpengawasan guru pada waktu berkenaan.5.6Pada waktu rehat, pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah, bilikbilik khas, dan kawasan-kawasan larangan. Hanya pelajar yang bertugas dibenarkanmenjalankan tugas mereka dalam bilik darjah selama 10 minit.5.7Pelajar-pelajar hendaklah bergerak dengan cepat apabila mendengar loceng selepasrehat dan beratur di luar bilik darjah. 5.8Penggunaan bilik darjah di luar masa persekolahan mestilah mendapat kebenarandaripada pengetua.5.9Pelajar-pelajar hendaklah pada setiap masa menjaga keselamatan dan harta bendasendiri dan orang lain. Pihak sekolah tidak akan melayan sebarang aduan mengenaikehilangan barang atau sebagainya atas kecuaian pelajar sendiri. Namun, pelajarboleh bertanya kepada guru bertugas mingguan sekirannya ada sesiapa yangmenjumpai barangan mereka yang hilang.5.10Pelajar hendaklah memberi hormat/salam kepada guru-guru sama ada di dalamataupun di luar kawasan sekolah. 5.11Pelajar-pelajar hendaklah menghormati guru-guru, ketua pengawas, pengawas danketua darjah serta mematuhi arahan mereka.5.12Pelajar-pelajar ditegah sama sekali melibatkan diri dalam mana-mana kegiatan ataupersatuan sukan atau kegiatan ko-kurikulum yang mana bukan di bawah kelolaanJabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran tanpa kebenaran pengetua.5.13Pelajar-pelajar hendaklah menghormati lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagusekolah dan menghafal senikata lagu-lagu tersebut serta wajib tahu menyanyi semualagu tersebut dengan baik.5.14perhimpunan sekolah akan diadakan pada setiap hari isnin. Perhimpunan juga bolehdiadakan pada bila-bila masa mengikut arahan pengetua dan pelajar tidakdibenarkan membuat bising dalam perhimpunan.

6.0PEPERIKSAAN6.1 Kehadiran dalam ujian/peperiksaan adalah wajib.6.2Pelajar-pelajar yang tidak hadir pada hari ujian/peperiksaan diadakan tidakdibenarkan mengambil ujian/peperiksaan kecuali mendapat kebenaran daripadaPenolong Kanan Akademik.6.3Pelajar-pelajar yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipundianggap melakukan kesalahan berat dan akan dikenakan tindakan:a. Disingkir daripada mengambil peperiksaan/ujian.b. Dilarang meneruskan peperiksaan/ujian bagi kertas-kertas seterusnya.c. Dibatalkan keputusan mata pelajaran tersebut.d. Digantung persekolahan.6.4Pelajar mestilah menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan/ujian.6.5bagi calon peperiksaan PMR dan SPM, Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi arahanyang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.6.6Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad/buku kemajuan pelajar denganniat untuk menipu ibu bapa atau penjaga dianggap melakukan kesalahan yang berat.6.7Pelajar tidak dibenarkan meminjam sebarang peralatan menulis dari rakan mereka ketika peperiksaan/ujian dijalankan.6.8 Pelajar dilarang tidur semasa peperiksaan/ujian dijalankan.

7.0TATATERTIB DI LUAR SEKOLAH7.1Selagi seseorang itu dianggap pelajar sekolah yang sah, apa yang ditegah di sekolahjuga berkuatkuasa walaupun di luar sekolah mahupun di rumah.7.2Jika pihak sekolah mendapt kepastian sesuatu salahlaku disiplin dilakukan di luar,pihak sekolah berhak dan akan mengambil tindakan wajar bagi menjamin nama baiksekolah.

8.0 KEGIATAN KO-KURIKULUM8.1Kegiatan Ko-Kurikulum adalah kegiatan yang dijalankan oleh pihak sekolah di luar masa persekolahan seperti kegiatan berpersatuan, pasukan pakaian seragam, sukan dan sebagainya.8.2Pelajar diwajibkan menganggotai 3 persatuan Ko-kurikulum yakni satu daripadapersatuan/kelab rekreasi atau akademik, satu daripada unit beruniform dan satudaripada sukan dan permainan.8.3Pelajar yang dipilih untuk menganggotai mana-mana persatuan hendaklah menghadiri mesyuarat, perjumpaan atau latihan yang dijalankan oleh persatuan/ kelab.8.4Untuk mencatatkan kegiatan ko-kurikulum ini dalam sijil berhenti sekolah, pengesahan guru berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu. 8.5Pelajar tidak dibenarkan menukar persatuan/kelab kecuali mendapat kebenaran PK Ko-kurikulum.8.6Pelajar hendaklah memakian pakaian baju dan seluar ko-kurikulum yang ditetapkan semasa aktiviti ko-kurikulum dijalankan.

9.0 KEGIATAN DI LUAR SEKOLAH9.1Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menjadi anggota sesuatu kelab/pertubuhan luartanpa kebenaran pengetua 10.0 KENDERAAN10.1 Pelajar-pelajar dilarang sama sekali berbasikal dalam kawasan sekolah untuk tujuanbermain-main.10.2Pelajar-pelajar yang membawa kenderaan yang berenjin hendaklah meletakkankenderaan mereka di luar kawasan sekolah. Pelajar-pelajar dilarang membawakenderaan mereka ke dalam sekolah.10.3Kenderaan-kenderaan luar tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah tanpaurusan.

11.0 LAWATAN DAN PELAWAT11.1Sesuatu lawatan di dalam/ke luar negeri yang dianjurkan oleh guru adalah dianggap rombongan sekolah. Peserta rombongan hendaklah terlebih dahulu mendapat surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga dan kebenaran pengetua serta kebenaran daripada Bahagian Pendaftaran guru dan murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu.11.2Peserta rombongan hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur sepanjang masa lawatan.11.3Pelajar tidak dibenarkan menganjurkan lawatan sendiri.11.4Pelawat-pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan pelajar sekolahatau sebaliknya kecuali setelah mendapat kebenaran daripada penolong kanan ataupengetua.11.5jika ibubapa/penjaga yang sah berhajat membawa keluar pelajar berkenaan keranasesuatu sebab yang sangat mustahak, kebenaran hendaklah dipohon terlebih dahuludaripada penolong kanan Hem atau pengetua11.6Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati mana-mana pelawat yang masuk kekawasan sekolah.11.7Pelajar-pelajar hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada pengetua ataumana-mana guru sekiranya melihat orang yang disyaki memasuki kawasan sekolahdengan tujuan mencurigakan.11.8Para pelawat hendaklah berpakaian kemas dan sopan apabila memasuki kawasansekolah.

12.0LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN12.1Setiap pelajar yang berada di kawasan sekolah pada bila-bila masa hendaklahmengikuti latihan kebakaran dan kecemasa dengan penuh tatatertib serta mematuhiarahan yang ditetapkan.

13.0UMUM13.1Pelajar-pelajar adalah dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari sifat-sifat yangditegah oleh agama seperti sifat hasad dengki, sombong, bongkak, takbur, bohongdan sebagainya.13.2Pelajar-pelajar hendaklah mengamalkan sifat-sifat yang terpuji seperti menghormatiorang tua, tekun, sabar, amanah, merendahkan diri, menghormati ibu bapa, guruguru dan sebagainya.13.3Pelajar-pelajar yang hendak menulis surat kepada badan-badan sama ada di luaratau di dalam negeri hendaklah melalui pengetua.13.4Pelajar-pelajar tidak digalakkan menulis surat kepada kawan-kawan mereka denganmenggunakan alamat sekolah. Pihak sekolah berhak membuka surat-surat pelajaryang menggunakan alamat sekolah.13.5Pelajar-pelajar dilarang memiliki, membeli, membaca atau mengedarkan bahanbahan lucah. Ini adalah dianggap kesalahan yang amat berat. Mereka yang didapatibersalah boleh dikenakan hukuman yang berat. 13.6Pelajar-pelajar yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan-badan luarhendaklah mendapatkan kebenaran daripada pengetua. 13.7Membeli/ menganjurkan loteri atau permainan yang mendatangkan keuntungan atausesuatu pengagihan wang atau hadiah dengan cara beradu nasib adalah dilarangsama sekali.13.8Semua kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar akan dicatat dalam fail disiplinpelajar.13.9Dalam penilaian kelakuan, semua kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar akandinilai untuk menentukan kelakuan mereka secara keseluruhan.13.10Mana-mana kesalahan yang tidak tercatat atau disenaraikan dalam buku ini olehkerana faktor masa dan keadaan tetapi dianggap suatu perlanggaran disiplin dantatatertib sekolah, tindakan masih boleh diambil ke atas pelajar-pelajar yangmelakukannya. Kesalahan-kesalahan itu akan diumumkan dari masa ke masa.13.11Pelajar-pelajar dilarang membawa peralatan elektronik ke dalam kawasan sekolahseperti telefon bimbit, komputer, kamera, radio, cakera padat, pendrive dansebagainya. Jika pelajar didapati membawanya, maka barangan tersebut akandirampas dan tidak akan dikembalikan.13.12Pelajar-pelajar adalah dilarang menulis artikel/ rencana/ dialog atau memuat naikgambar/ video atau apa-apa bahan atau sumber melalui internet yang berniatmemburuk-burukan/ menghina/ menyindir/ menghasut rakan-rakan pelajar, guruguru, kakitangan sekolah, pentadbir sekolah atau mana-mana pihak yang bolehmenjejaskan nama sekolah dan maruah pelajar dan kakitangan sekolah.

14.0YURAN SEKOLAH14.1Setiap pelajar wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah semasa mendaftar atau dalam tempoh yang ditetapkan.14.2Sebarang hutang-piutang yang tidak dijelaskan oleh seseorang pelajar dalam satusatu tahun akan dibawa ke tahun berikutnya. Bayaran ini akan dituntut apabilapelajar-pelajar berkenaan berkehendakkan sijil berhenti sekolah atau keputusanpeperiksaan mereka.

15.0 KESALAHAN15.1 Kesalahan-kesalahan sederhanai. Ponteng kelas/kelas tambahan/perhimpunan/sembarang aktiviti rasmi sekolah.ii. Menggunakan kata-kata lucah/menunjukkan tanda-tanda lucah.iii. Mengejek pelajar lain.iv. Pelajar lelaki dan perempuan berpasangan dengan ketara.v. Berbohong/menipu/memberi keterangan palsu/tidak amanah.vi. Menipu atau bersuhabat melakukan sebarang perbuatan yang dianggap meniru di dalam ujian/peperiksaan.vii. Membuat tattoo pada anggota badan.viii. Memakai barangan kemas keterlaluan/menindik telingan atau memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga atau mana-mana bahagian badan.ix. Fesyen rambut keterlaluan.x. Menconteng dinding/kerusi/meja.xi. Tidak menghormati lagu/bendera/jata kebangsaan/negeri/sekolah.xii. Menyalahguna/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektronik sekolah tanpa kebenaran.xiii. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.xiv. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.Hukuman a. Rotan di tapak tangan tidak lebih tiga kali.b. Gantung persekolahan dengan tarikh.c. Dipecat dari sembarang jawatan yang dipegang.d. Dan lain-lain yang difikirkan berpatutan oleh lembaga disiplin sekolah.15.2Kesalahan-kesalahan berati. Membawa/memiliki/menyimpan/mengedar/menghisap dadah atau terbabit dalam kegiatan dadahii. Membawa/menyimpan/mengedar/membeli/menghisap bahan tembakau/rokok atau memiliki peralatan merokok.iii. Membawa/menyimpan/mengedar/memiliki/meminum minuman keras atau memasukkan ke dalam badan sebarang bahan yang memabukkan/menyebabkan khayal.iv. Membawa/menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan/mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan/ujian.v. Membeli/membawa/menyimpan dan bermain mercun/bahan letupan di kawasan sekolah.vi. Bergaduh/bertumbuk/melakukan kekerasan dengan pelajar lain atau melibatkan diri dalam pergaduhan dengan mana-mana pelajar sekolah atau orang awam.vii. Memukul/mencederakan/mengancam/mengugut/melawan guru/kakitangan sekolah/pengawas/murid.viii. Menimbulkan keadaan mengancam keselamatan pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah.ix. Menyertai/mewujudkan kumpulan haram/kongsi gelap.x. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan/perhimpunan haram/merusuh.xi. Menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan pergaduhan kaum.xii. Menghasut/menjadi batu api/mencetuskan pergaduhan dan seumpamanya.xiii. Mencaci/menghina guru/pelajar.xiv. Melakukan perjudian atau membabitkan dirir dalam pertaruhan.xv. Membawa peralatan perjudian di dalam kawasan sekolah.xvi. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/pengetua.xvii. Mengganggu/menjejaskan pengetua/guru yang menjalankan tugas.xviii. Melawan guru/bersikap biadap/kurang ajar pada guru dan kakitangan sekolah.xix. Ingkar arahan/melawan teguran guru/kakitangan sekolah/pengawas/ketua kelas.xx. Memeras ugut/membuli/mendera pengawas/pelajar.xxi. Memaksa seorang pelajar lain melakukan sesuatu yang tidak senonoh.xxii. Membawa orang luar masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.xxiii. Terlibat dalam pelacuran/hubungan seks/hubungan luar tabii/kahwin/hamil.xxiv. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.xxv. Menjadi bohsia/bohjan/pondan.xxvi. Pelajar berdua-duaan di tempat sunyi berkelakuan sumbang/melakukan hubungan yang dicurigai di dalam atau di luar kawasan sekolah.xxvii. Mencabul kehormatan/melakukan sebarang perbuatan tidak senonoh terhadap pelajar lain.xxviii. Mengintai guru/pelajar perempuan/lelaki.xxix. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.xxx. Ponteng sekolah/ko-kurikulum.xxxi. Meniru/memalsukan tandatangan pengetua/guru-guru/ibubapa/penjaga.xxxii. Merompak/mencuri/bersuhabat mencuri.xxxiii. Memecah masuk/merobohkan kawasan larangan.xxxiv. Vandalisme/memecahkan pintu, kerusi, meja, papan, kenyataan/ merosakkan harta benda sekolah/guru.xxxv. Merosakkan bahan-bahan bacaan perpustakaan/peralatan bengkel/ makmal.xxxvi. Menganjur/membabitkan diri dalam upacara kebudayaan/pertandingan ratu cantik tanpa kebenaran JPN/pihak sekolah.xxxvii. Menganjur/membabitkan diri dalam kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.xxxviii. Menulis/mengeluarkan kenyataan media yang mencemarkan/menjatuhkan maruah orang lain.xxxix. Menyahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.xl. Mencetak/menerbit/mempamer/mengedar/menyimpan rencana/majalah/bahan multimedia yang terlarang.xli. Membeli/membawa/memiliki /menjual/menonton atau mengedar bahan lucah.xlii. Menulis/melukis/melakukan perbuatan lucah.xliii. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.xliv. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan dalam kategori ini.Hukumana. Rotan di punggung dengan dilapik pakian tidak lebih tiga kali.b. Digantung persekolahan dengan tarikh/tanpa tarikh.c. Menahan sijil berhenti sekolah, surat akuan dan keputusan peperiksaan lembaga peperiksaan Malaysia.d. Dibawa pengetahuan polis.e. Membayar ganti rugi kerosakan.f. Lain-lain yang difikirkan berpatutan oleh lembaga disiplin.