peraturan sekolah

11
LAMPIRAN A Tindakan-Tindakan / Denda-Denda Murid-murid yang bersalah dan melanggar peraturan-peraturan atau disiplin akan dihukum. Tujuan mengadakan hukuman ke atas murid-murid yang bersalah adalah seperti berikut : i. Untuk membaiki sikap terhadap mematuhi peraturan-peraturan. ii. Untuk mendatangkan kesedaran dan keinsafan bahawa tiap-tiap peraturan mestilah dipatuhi. iii. Untuk mencegah perbuatan melanggar peraturan-peraturan dari berlaku berulang-ulang kali. Guru besar / guru disiplin dan guru-guru adalah sentiasa berpandukan kepada prinsip bahawa denda-denda yang dikenakan mestilah berpatutan serta setimpal dengan kesalahannya adil dan serentak. Tanggungjawab Ibu Bapa / Penjaga Untuk Menjaga Kelakuan Anak-Anak Sekolah Penglibatan Dalam Kegiatan-Kegiatan Sosial Dan Luar Bilik Darjah: Ibu bapa / penjaga mestilah menggalakkan anak-anak supaya menceburkan diri pada masa lapang dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada masa lapang mereka seperti bahagian dalam sukan, pandu puteri, pengakap, persatuan bulan sabit merah dan sebagainya. Ibu bapa mestilah mengetahui latar belakang rakan-rakan anak-anak mereka. PERATURAN DAN TATATERTIB UNTUK MURID 1. Kehadiran / meninggalkan kawasan sekolah. 1.1. Murid-murid dikehendaki hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sebelum loceng pulang Murid-murid yang hendak meninggalkan kawasan sekolah dengan sebab- sebab tertentu hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Guru besar / penolong kanan. Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah dikehendaki membawa surat ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor yang menyatakan sebab-sebabnya. 2. Pakaian Seragam Sekolah.

Upload: jamaiena

Post on 31-Jul-2015

78 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan sekolah

LAMPIRAN A

Tindakan-Tindakan / Denda-Denda

Murid-murid yang bersalah dan melanggar peraturan-peraturan atau disiplin akan dihukum. Tujuan mengadakan hukuman ke atas murid-murid yang bersalah adalah seperti berikut :

i. Untuk membaiki sikap terhadap mematuhi peraturan-peraturan.ii. Untuk mendatangkan kesedaran dan keinsafan bahawa tiap-tiap peraturan mestilah

dipatuhi.iii. Untuk mencegah perbuatan melanggar peraturan-peraturan dari berlaku berulang-

ulang kali.Guru besar / guru disiplin dan guru-guru adalah sentiasa berpandukan kepada prinsip

bahawa denda-denda yang dikenakan mestilah berpatutan serta setimpal dengan kesalahannya adil dan serentak.

Tanggungjawab Ibu Bapa / Penjaga Untuk Menjaga Kelakuan Anak-Anak SekolahPenglibatan Dalam Kegiatan-Kegiatan Sosial Dan Luar Bilik Darjah:

Ibu bapa / penjaga mestilah menggalakkan anak-anak supaya menceburkan diri pada masa lapang dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada masa lapang mereka seperti bahagian dalam sukan, pandu puteri, pengakap, persatuan bulan sabit merah dan sebagainya. Ibu bapa mestilah mengetahui latar belakang rakan-rakan anak-anak mereka.

PERATURAN DAN TATATERTIB UNTUK MURID

1. Kehadiran / meninggalkan kawasan sekolah. 1.1. Murid-murid dikehendaki hadir ke sekolah sebelum

jam 7.30 pagi.Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sebelum loceng pulangMurid-murid yang hendak meninggalkan kawasan sekolah dengan sebab-sebab tertentu hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Guru besar / penolong kanan.Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah dikehendaki membawa surat ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor yang menyatakan sebab-sebabnya.

2. Pakaian Seragam Sekolah.2.1. Murid-murid dikehendaki sentiasa memakai pakaian seragam sekolah :2.2. Lelaki : kemeja putih lengan pendek, seluar panjang biru tua, kasut kanvas, dan

sarung kaki berwarna putih. (kemeja lengan panjang, serban dan ketayap tidak dibenarkan).

2.3. Perempuan : baju kurung putih, kain sarung biru tua, mini telekung putih, kasut kanvas, dan sarung kaki berwarna putih.

2.3.1. Pakaian seragam untuk pengawas :2.3.1.1. Lelaki : kemeja berwarna biru muda cerah lengan panjang,seluar biru gelap tali

leher berwarna biru gelap, kasut kanvas hitam dan sarung kaki berwarna putih.2.3.1.2. Perempuan : baju kurung berwarna biru muda cerah, kain berwarna biru gelap,

tudung berwarna biru muda cerah, kasut kanvas hitam dan sarung kaki berwarna putih.

Page 2: Peraturan sekolah

2.3.2. Lencana : hendaklah dilekatkan pada baju atau tudung di sebelah kiri.2.3.3. Pendidikan jasmani : baju mengikut rumah sukan dan seluar trek biru tua.

3. Rambut.

3.1. Murid-murid lelaki: tidak dibenarkan berambut panjang bahagian belakang tidak boleh mencecah kolar baju, bahagian depan tidak melebihi separuh dari dahi.

3.2. Murid-murid perempuan: yang berambut panjang hendaklah diikat dengan kemas. Warna riben atau cekak rambut yang dibenarkan adalah biru, hitam atau putih. Tetapi amat digalakkan memakai tudung bagi murid Islam. (Dalam Islam menutup aurat itu wajib)

4. Barang Kemas / Solekan.4.1.Murid-murid tidak dibenarkan memakai barang kemas.4.2.Murid-murid tidak dibenarkan memakai alat-alat solekan.

5. Barang-barang Larangan.5.1.Barang kemas.5.2.Pembaris besi.5.3.Liquid paper.5.4.Komik yang tidak berfaedah.5.5.Buku lucah / majalah hiburan dan seumpamanya5.6.Barangan yang berbahaya : pisau, besi tajam dan dsb.5.7.Barang mainan / kereta mainan dan Cyber Pet.5.8.Perakam kaset / radio / pita kaset / disket / cakera padat.5.9.Kad-kad gambar yang tidak berfaedah.5.10.Peralatan sukan.5.11.Topi.5.12.Beg pinggang.5.13.Bunga api / mercun.5.14.Stiker.5.15.Barangan yang digunakan untuk perjudian.5.16.Hand phone5.17.Permainan video.5.18.Poster / gambar yang tidak sesuai.5.19.Alat solek.5.20.Barangan kaca5.21.Kamera.5.22.Rokok.5.23.Tepung atau telur.5.24.Minuman keras.5.25.Sebarang jenis dadah.5.26.Ubatan (kecuali dengan nasihat doktor).5.27.Baragan jenis membawa racun.5.28.dan lain-lain yang memudoratkan dan bahaya.

Untuk Perhatian : Murid-murid tidak digalakkan membawa terlalu banyak wang belanja kecuali untuk tujuan-

tujuan tertentu. Jika didapati murid membawa atau menyimpan barang-barang yang disenaraikan di atas,

pihak sekolah akan merampas barang-barang tersebutdan tidak akan dipulangkan kecuali ibu bapa /waris datang untuk menuntutnya.

Page 3: Peraturan sekolah

Barang-barang yang tidak dituntut dalam masa 30 hari akan dibuang. Sekiranya mendapat kebenaran guru untuk membawa sesuatu barang, pastikan barang itu

hanya digunakan pada masa tertentu dan simpan dengan selamat.

6. Tatatertib Di Sekolah.6.1.1. Tidak dibenarkan masuk ke bilik guru tanpa kebenaran.6.1.2. Murid mestilah menghormati guru, pekerja, pengawas dan ketua darjah dimana-mana

dan pada bila-bila masa sahaja.6.1.3. Ketuk pintu sebelum masuk ke bilik Guru besar / Pen. kanan/ bilik guru dan bilik darjah.6.1.4. Jangan memaki atau menggunakan perkataan lucah terhadap sesiapa sahaja walau di

mana sahaja.6.1.5. Jangan bergaduh sesama rakan.6.1.6. Murid yang menyaksikan pergaduhan hendaklah melaporkan segera mungkin kepada

Guru bertugas atau Guru disiplin.6.1.7. Jangan mencuri atau mengambil harta benda sekolah atau orang lain tanpa kebenaran.6.1.8. Jika menjumpai sesuatu barang atau wang hendaklah diserahkan kepada Guru

bertugas, Guru disiplin atau guru-guru.6.1.9. Sesuatu kehilangan hendaklah dilaporkan kepada Guru kelas, Guru bertugas atau Guru

disiplin.6.1.10. Jangan berbasikal di kawasan sekolah.6.1.11. Simpan basikal di tempat yang disediakan dan berkunci.6.1.12. Murid tidak dibenarkan berlegar di kawasan letak kereta guru, kawasan koridor, pejabat

dan bilik guru.

7. Harta Benda Sekolah.7.1.Murid hendaklah sentiasa menjaga harta benda sekolah supaya sentiasa dalam keadaan

baik. Murid yang merosakkan harta benda sekolah dikehendaki membayar ganti rugi.7.2.Murid hendaklah melaporkan kepada Guru-guru jika terdapat sebarang kerosakan untuk

diambil tindakan.

8. Waktu Rehat8.1. Murid tidak dibenarkan berada dalam kelas. Murid dikehendaki berada di kantin

atau di tempat yang dibenarkan sahaja.8.2. Murid mesti beratur semasa membeli makanan dan minuman. Murid hanya

dibenarkan makan dan minum dikantin sahaja.8.3. Murid dilarang membeli apa-apa makanan atau minuman dari luar semasa waktu

rehat.8.4. Semua pinggan/ mangkuk / gelas yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke

dalam bekas yang disediakan selepas makan.

9. Aktiviti Kokurikulum.9.1. Semua murid-murid tahap dua (tahun 4,5 & 6) diwajibkan mengambil bahagian

dalam aktiviti kokurikulum.9.2. Murid mestilah memakai pakaian yang sesuai semasa menghadiri aktiviti

kokurikulum.9.2.1. Unit Beruniform : murid hendaklah memakai pakaian seragam atau pakaian

yang telah ditetapkan oleh unit masing-masing.9.2.2. Kelab Persatuan : murid hendaklah memakai baju T sekolah, Track Bottom

berwarna biru tua dan berkasut getah atau pakaian yang telah ditetapkan oleh kelab / persatuan masing-masing.

Page 4: Peraturan sekolah

10. Kebersihan.10.1.Murid dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan diri : tubuh badan, pakaian, gigi , kuku,

rambut dan sebagainya.10.2.Semua murid diwajibkan menjaga dan bekerjasama bagi mewujudkan kebersihan di dalam

dan di luar bilik darjah serta kawasan sekolah.10.3.Gunakan tong sampah yang disediakan untuk membuang sampah.10.4.Gunakan tandas dengan cara yang betul : kebersihan tandas amatlah penting.10.5.Jangan membuang sampah, plastik dan sisa makanan ke dalam singki dan lubang-lubang

saluran air dalam tandas.10.6.Sebelum pulang, murid hendaklah membersihkan meja dan kelas masing-masing.

11. Kebakaran Atau Kecemasan.11.1.Apabila mendengar loceng isyarat kecemasan, murid-murid hendaklah mengikut arahan

daripada guru yang berada di dalam bilik darjah atau Ketua kelas.11.2.Murid hendaklah berjalan di dalam barisan semasa ke tempat yang ditetapkan.11.3.Ikut jalan dan tangga yang telah ditetapkan seperti yang ditunjukkan di dalam pelan

kecemasan.11.4.Jangan membuat bising atau membuat kecoh semasa dalam perjalanan itu.11.5.Apabila loceng selamat dibunyikan, murid hendaklah berjalan dalam barisan ke bilik darjah

semula.

12. Ketua Darjah Dan Pengawas.12.1.Hendaklah bertugas dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh.12.2.Mengawas rakan-rakan semasa berbaris atau di dalam kelas.12.3.Bersedia menjalankan arahan yang diberi oleh Guru Besar atau Guru-guru.12.4.Pengawas hendaklah sentiasa mendapat dan menurut arahan: arahan Guru besar, Guru

bertugas, Guru disiplin dan guru-guru.

13. Perkara-perkara Am :

Jangan membuat bising ketika guru tiada di dalam bilik darjah.

Dilarang keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru atau ketua darjah.

Apabila keluar mestilah bersama dengan “Kad Kebenaran Keluar Kelas’.

Mestilah menjaga nama baik sekolah, mematuhi setiap peraturan dan berdisiplin setiap masa.

Murid dilarang menggunakan laluan yang tidak dibenarkan kecuali mempunyai urusan tertentu.

Waris yang hendak berjumpa dengan murid mestilah mendapat kebenaran Guru besar/ Guru penolong kanan.

Ibu bapa / waris yang menunggu anak mestilah menunggu anak-anak mereka di kawasan yang disediakan (di bawah tempat park kereka di sebelah kantin).

Page 5: Peraturan sekolah

Jangan bazirkan elektrik dan air.

Murid yang datang lewat mestilah lapor diri kepada Guru bertugas dan Disiplin.

Murid yang hendak keluar kelas samada untuk ke tandas atau ke mana sahaja mestilah membawa Kad Keluar kelas bersama.

JENIS-JENIS KESALAHAN

1. Kesalahan Berat - Jadual (a)

1.1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.1.2. Mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.1.3. Membawa, menyimpan atau menghisap bahan tembakau.1.4. Minum atau menyimpan minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan.1.5. Melakukan pergaduhan atau kekerasan.1.6. Memukul, mengancam, mengugut atau biadap terhadap guru.1.7. Memukul, mengancam, mengugut pengawas dan murid lain.1.8. Membawa atau menggunakan senjata atau alat berbahaya.1.9. Melakukan buli, penderaan, paksaan, pemerasan atau peras ugut terhadap murid lain.1.10.Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.1.11.Melakukan perjudian atau membabitkan diri di dalam pertaruhan.1.12.Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana majalah atau pita rakaman yang terlarang.1.13.Membabitkan diri dengan kumpulan haram.1.14.Mencabul kehormatan murid perempuan.1.15.Melakukan zina, liwat, menjadi bohsia, hubungan luar tabi’i.1.16.Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak normal.1.17.Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar tanpa pengetahuan pihak sekolah.1.18.Merosakkan harta benda.1.19.Membawa atau menggunakan bahan letupan.1.20.Menulis atau melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.1.21.Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.1.22.Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan multimedia.1.23.Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.1.24.Membawa atau menggunakan alat yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran atau peperiksaan atau ujian.1.25.Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai masyarakat malaysia.1.26. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari dan berkala selama 60 hari selama satu tahun sesi persekolahan.1.27.Menjejaskan kuasa Guru besar atau guru yang menjalankan tugas.1.28.Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

Page 6: Peraturan sekolah

oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

2. Kesalahan Sederhana – Jadual (b)

2.1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga.2.2. Memiliki, menyimpan, membawa senjata atau benda (alat yang dianggap merbahaya).2.3. Berjudi atau bermain permainan yang berunsur perjudian.2.4.Merosakkan harta benda sekolah.2.5.Menyalahgunakan peralatan elektrik.2.6.Membawa masuk tetamu dari luar kawasan sekolah.2.7.Bercumbu.2.8.Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.2.9.Mencuri.2.10.Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika peperiksaan.2.11.Ponteng sebarang upacara rasmi sekolah.2.12.Ponteng sekolah.2.13.Mengdar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.2.14.Mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.2.15.Melakukan hubungan yang dicurigai.2.16.Fesyen rambut seperti punk / skin head atau fesyen lain yang bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia.2.17.Tidak menghormati lagu-lagu dan bendera negeri, kebangsaan serta sekolah.2.18.Menconteng papan tulis, papan kenyataan dan mana- mana bahagian sekolah.2.19. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

3. Kesalahan Ringan – Jadual (c)

3.1.Menyimpai misai, janggut atau jambang.3.2.Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.3.3.Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.3.4.Mengguna dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.3.5.Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.3.6.Ponteng kelas.3.7.Berada dikantin waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.3.8.Menyimpan atau menggunkan alat permainan sekolah tanpa kebenaran.3.9.Mengguna alat hiburan atau elektronik di sekolah.

Page 7: Peraturan sekolah

3.10.Tidak mematuhi peraturan makmal di sekolah.

3.11.Memakai barang kemas, perhiasan atau alat solek kecuali jam tangan.3.12.Masuk bilik khas tanpa kebenaran.3.13.Makan atau minum di bilik darjah pada sebarang masa.3.14.Melakukan pembaziran air dan elektrik.3.15.Tidak memakai pakaian seragam sekolah dengan lengkap.3.15.Semua kesalahan yang terbabit dengan pembelajaran misalnya; tidak membawa buku teks, tidak membuat kerja rumah dan sebagainya.3.16.Datang lewat ke sekolah.3.17.Lewat bergerak ke perhimpunan.3.18.Bising dalam bilik darjah sehingga menjejaskan ketenteraman dan mengganggu kelas yang lain.3.19.Menunggang atau memandu kenderaan di dalam kawasan sekolah.3.20.Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

4. Kesalahan Ringan – Jadual (d)

4.1. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.

4.2. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.

4.3. Tidak memberi perhatian.

4.4. Mengganggu kawan.

4.5. Keluar kelas tanpa kebenaran.

4.6. Mengganggu guru.

4.7. Tidak membawa buku.

4.8. Tidak membawa buku teks.

4.9. Lewat masuk kelas.

4.10. Membuat bising.

4.11. Makan dan minum dalam kelas tanpa

kebenaran.

4.12. Mengotorkan kelas.

4.13. Tidak duduk setempat.

4.14. Kesalahan lain yang difikirkan perlu.

Page 8: Peraturan sekolah

2. TATATERTIB SEBAGAI SEORANG PENGAWAS

2.1.Menghormati semua guru.

2.2.Menghormati orang yang lebih tua.

2.3.Mematuhi semua peraturan sekolah.

2.4.Bersikap ramah dan mesra dengan semua orang.

2.5.Sedia melakukan tugas yang diberikan.

2.6.Bersopan santun

2.7.Sentiasa menjaga disiplin diri.

2.8.Berpakaian kemas.

2.9.Sedia membantu pada bila-bila masa walaupun tanpa diminta.

2.10.Saling menghormati antara satu sama lain.

2.11.Bertanggungjawab dan bersikap jujur.

3. TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH SEORANG PENGAWAS

3.1.Mencatat Dan Melaporkan kepada guru dengan segera sekiranya berlaku perkara-perkara

berikut:

3.1.1. Kecurian

3.1.2. Pergaduhan

3.1.3. Menghisap rokok

3.1.4. Ugut rakan

3.1.5. Merosakkan harta benda sekolah

3.1.6. Gangguan fisikal

3.1.7. Membuang sampah

3.1.8. Membuat bising

3.1.9. Dan lain-lain yang melanggar peraturan sekolah.

1. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1.1. Memastikan murid-murid beratur semasa membeli makanan dan minuman dikantin.

1.2. Memastikan murid-murid tidak masuk ke dalam bilik darjah semasa rehat.

1.3. Memastikan murid-murid tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

1.4. Mengawal suasana di dalam kelas.

1.5. Membantu ketua darjah menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing.

Page 9: Peraturan sekolah

1.6. Mengawal dan memastikan basikal disusun dengan teratur di tempat yang telah

ditetapkan.

1.7. Mengawal dan memastikan pintu pagar ditutup apabila loceng masuk dibunyikan

pada waktu pagi.

1.8. Membantu guru ketika perhimpunan diadakan :

1.8.1. Menyediakan kemudahan siaraya1.8.2. Mengacara majlis1.8.3. Membaca doa1.8.4. Menaikkan bendera1.8.5. Memjaga barisan1.8.6. Memastikan murid tidak membuat bising.1.8.7. Dan sebagainya.