peraturan ragbi rimau

4
1) SAIZ DAN UKURAN PADANG: --->KELUASAN PADANG = 70Meter X 50Meter --->Garisan 22 meter menjadi line 15 meter --->Garisan 5 meter sebelum garisan skor(line try) sama dan tiada perubahan, iaitu 5 meter dari line try juga. --->Kawasan skor boleh dibuat antara 5-10 meter dibelakang garisan skor(line try). --->Garisan 10 meter daripada garisan tengah(halfway) bertukar menjadi 5 meter. --->Garisan 5 meter(line out) bertukar menjadi 3 meter. --->Garisan 15 meter(line out) bertukar menjadi 10 meter sahaja. 2)PERATURAN AM a)SEPAKAN MULA ---> Sepakan mula dari garisan tengah(half way) dengan menggunakan teknik sepakan “drop kick”. ---> Sepakan mula selepas jaringan/skor/try/gol akan dilakukan oleh pasukan yang berjaya melakukan jaringan/skor/try/gol bermaksud bola menjadi milik pasukan yang meraih mata(winners ball). --->Sepakan mesti melebihi 5 meter dari garisan tengah(half way line).

Upload: asni-daie

Post on 23-Jun-2015

3.014 views

Category:

Documents


54 download

DESCRIPTION

Peraturan asas permainan ragbi rimau.

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN RAGBI RIMAU

1) SAIZ DAN UKURAN PADANG:

--->KELUASAN PADANG = 70Meter X 50Meter

--->Garisan 22 meter menjadi line 15 meter

--->Garisan 5 meter sebelum garisan skor(line try) sama dan tiada perubahan, iaitu 5 meter dari line try juga.

--->Kawasan skor boleh dibuat antara 5-10 meter dibelakang garisan skor(line try).

--->Garisan 10 meter daripada garisan tengah(halfway) bertukar menjadi 5 meter.

--->Garisan 5 meter(line out) bertukar menjadi 3 meter.

--->Garisan 15 meter(line out) bertukar menjadi 10 meter sahaja.

2)PERATURAN AM

a)SEPAKAN MULA

---> Sepakan mula dari garisan tengah(half way) dengan menggunakan teknik sepakan “drop kick”.

---> Sepakan mula selepas jaringan/skor/try/gol akan dilakukan oleh pasukan yang berjaya melakukan jaringan/skor/try/gol bermaksud bola menjadi milik pasukan yang meraih mata(winners ball).

--->Sepakan mesti melebihi 5 meter dari garisan tengah(half way line).

b)HANTARAN

---> Setiap hantaran perlulah ke arah belakang.

--->Garisan bayangan(offside wujud selari dengan pemain yang melakukan hantaran bola)

Page 2: PERATURAN RAGBI RIMAU

--->Bola knoc-on di dalam kawasan try perlu balik 5 meter dan penalty akan diberikan untuk pasukan bertahan.

--->Kesalahan-kesalahan ketika hantaran adalah sama seperti peraturan ragbi 7 sebelah. Contohnya seperti forward pass, knock-on dan sebagainya. Untuk semua kesalahan hantaran akan dikenakan penalty/hukuman.

c)SENTUHAN

---> Pembawa bola(ball carrier) yang disentuh perlulah mengeluarkan(membuat hantaran) kepada pemain lain.

---> Pembawa bola diberi masa 3 saat atau 3 langkah untuk mengeluarkan bola atau membuat hantaran setelah disentuh dalam masa dan langkah yang diberikan.

---> Ketika pemain disentuh, pengadil akan mengingatkan dengan berteriak dengan perkataan 'touch'.

--->Jika pemain tidak mengeluarkan bola dalam masa atau langkah yang diberikan, serta merta pengadil akan meniupkan wisel. Akibatknya bola akan bertukar milik(turn over).

---> Sentuhan yang dianggap terlalu kuat akan dikenakan HUKUMAN/PENALTI.

d)KESALAHAN KETIKA HANTARAN

---> Ketika membuat hantaran, bola bergerak ke hadapan(forward pass) akibatnya HUKUMAN/PENALTI akan diberikan.

---> Bola terjatuh selepas tersentuh, selepas terpegang, ketika membawa, ketika menggenggam dan ketika hendak menangkap(KNOCK ON). PENALTI/HUKUMAN akan diberikan.

e)LINE OUT

---> Tiada lifter(pengangkat jumper), cuma ada jumper(pelompat) sahaja ketika line out.

Page 3: PERATURAN RAGBI RIMAU

---> Bola mestilah dibaling melepasi garisan 3meter(sila rujuk bahagian ukuran padang ragbi rimau).

---> Bilangan jumper tidak ditetapkan berapa perlu menjadi jumper. Kebiasaannya 2 atau 3orang jumper dalam satu-satu masa.

---> Pemain perlu mewujudkan jarak 1 meter ruang di antara pemain bertahan dan pemain menyerang.

f)KESALAHAN KETIKA LINE OUT

---> Ball not straight, bola tidak dibaling dengan lurus.HUKUMAN/PENALTI(SCRUM)

g)SCRUM

--->Peraturan Experimental Law Variation(ELV) diserap pakai ketika SCRUM.

--->Pemain bertahan dan pemain menyerang perlu berada 5 meter dari kaki terakhir pemain yang berada di dalam scrum.

---> Scrum memerlukan 3 orang pemain.(seperti ragbi 7/10 sebelah)

---> Scrum adalah semata-mata scrum, cuma perlu bind diantara kedua-dua pasukan dan tidak perlu tolak diantara satu sama lain. Bermakna yang memasukkan bola kedalam scrum akan meneruskan permainan.

h) KAWASAN MELAKUKAN "TRY"

--->6 x 3 meter dibelakang garisan skor(line try), iaitu dibahagian tengah kawasan skor.

---> Setiap skor bernilai satu mata.

i) OFFSIDE

---> Pemain yang dikenakan hukuman perlu balik 10 meter ke belakang. Jika tidak, hukuman akan dikenakan iaitu tambahan 10 meter lagi ke belakang.

--->Garisan bayangan/offside adalah selari dengan pemain yang disentuh.

Page 4: PERATURAN RAGBI RIMAU

--->Ahli pasukan yang menyentuh pembawa bola(ball carier) perlu berada 5 meter dari kawasan pemain bola disentuh. Perkara ini perlu di ikut setiap kali berlaku sentuhan.