peraturan-peraturan elektrik 1994(soalan)

11
PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 BAHAGIAN I 1 Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan mula berkuatkuasa pada 30hb. Januari 1994. 2 Tertakluk kepada subperaturan (1) peraturan-peraturan berikut hendaklah mula berkuatkuasa pada 30hb. Januari 199. 3 Teran!kan 4" perkara #an! terdapat T$%&' $ BAHAGIAN II 1 Permohonan ba!i penda*taran pepasan!an hendaklah dalam +oran! $ #an! ditetapkan dalam Jadual Pertama 2 +oran! Perakuan Penda*taran hendaklah dalam +oran! + #an! ditetapkan dalam Jadual Pertama. 3 Tempoh sah Perakuan Penda*taran ialah tidak satu tahun dan tidak lebih lima tahun dari tarikh ia dikeluarkan. 4 %ee ba!i pen!eluaran Perakuan Penda*taran ditetapkan dalam +aha!ian ' Jadual ,edua. Pemeriksaan dan u ian sesuatu pepasan!an baru ba!i tu uan penda*taran hendaklah dibuat tidak le/at daripada 21 hari selepas diterima +oran! $. $pabila pemun#a atau pen!urusan pepasan!an menerima notis bertulis ba!i pemeriksaan dan u ian sesuatu pepasan!an baru mereka hendaklah men#ebabkan pen#ediaan pemeriksaan dan u ian. $pabila pemun#a atau pen!urusan pepasan!an menerima notis bertulis ba!i pemeriksaan dan u ian sesuatu pepasan!an baru mereka hendaklah hadir pada masa pemeriksaan dan u ian " otis pemeriksaan dan u ian permulaan dan susulan hendaklah dibuat dalam +oran! dan E #an! ditetapkan dalam Jadual Pertama. 9 otis pemeriksaan dan u ian permulaan dan susulan hendaklah disampaikan sama ada se ara sendiri atau se ara pos berda*tar atau ditampalkan den!an elas di ban!unan dimana pepesan!an hendak diperiksa dan diu i. 1 0 %ee ba!i pemeriksaan dan u ian pepasan!an ditetapkan dalam +aha!ian '' Jadual ,edua 1 1 &uruhan a#a hendaklah me#impan suatu a*tar #an! dalamn#a hendaklah dimasukkan nama dan butir-butir lain ba!i tiap-tiap #an! Perakuan Penda*tarann#a di keluarkan di ba/ah peraturan 4. 1 2 Perakuan Penda*taran #an! telah dibatalkan hendaklah dikeluarkan diba/ah peraturan 1 3 $pabila Perakuan Penda*taran dibatalkan oleh &uruhan a#a oran! #an! Perakuan itu dikeluarkan hendaklah memulan!kan kepada Pen!arah dalam masa 14 hari.

Upload: sabri-ibrahim

Post on 04-Nov-2015

292 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994BAHAGIAN I1Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan mula berkuatkuasa pada 30hb. Januari 1994.

2Tertakluk kepada subperaturan (1) peraturan-peraturan berikut hendaklah mula berkuatkuasa pada 30hb. Januari 1996.

3Terangkan 48 perkara yang terdapat TAFSIRAN

BAHAGIAN II1Permohonan bagi pendaftaran pepasangan hendaklah dalam Borang A yang ditetapkan dalam Jadual Pertama

2Borang Perakuan Pendaftaran hendaklah dalam Borang B yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

3Tempoh sah Perakuan Pendaftaran ialah tidak satu tahun dan tidak lebih lima tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

4Fee bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran ditetapkan dalam Bahagian I Jadual Kedua.

5Pemeriksaan dan ujian sesuatu pepasangan baru bagi tujuan pendaftaran hendaklah dibuat tidak lewat daripada 21 hari selepas diterima Borang A.

6Apabila pemunya atau pengurusan pepasangan menerima notis bertulis bagi pemeriksaan dan ujian sesuatu pepasangan baru mereka hendaklah menyebabkan penyediaan pemeriksaan dan ujian.

7Apabila pemunya atau pengurusan pepasangan menerima notis bertulis bagi pemeriksaan dan ujian sesuatu pepasangan baru mereka hendaklah hadir pada masa pemeriksaan dan ujian

8Notis pemeriksaan dan ujian permulaan dan susulan hendaklah dibuat dalam Borang D dan E yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

9Notis pemeriksaan dan ujian permulaan dan susulan hendaklah disampaikan sama ada secara sendiri atau secara pos berdaftar atau ditampalkan dengan jelas di bangunan dimana pepesangan hendak diperiksa dan diuji.

10Fee bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan ditetapkan dalam Bahagian II Jadual Kedua

11Suruhanjaya hendaklah meyimpan suatu Daftar yang dalamnya hendaklah dimasukkan nama dan butir-butir lain bagi tiap-tiap yang Perakuan Pendaftarannya di keluarkan di bawah peraturan 4.

12Perakuan Pendaftaran yang telah dibatalkan hendaklah dikeluarkan dibawah peraturan 7

13Apabila Perakuan Pendaftaran dibatalkan oleh Suruhanjaya, orang yang Perakuan itu dikeluarkan hendaklah memulangkan kepada Pengarah dalam masa 14 hari.

14Lesen Pepasangan Awam hendaklah dalam borang yang Suruhanjaya fikirkan patut dan sesuai bagi pepasangan awam.

15Lesen Pepasangan Persendirian hendaklah dalam Borang F yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

16Fee Pepasangan Awam dan Persendirian hendaklah kadar tahunan dan hendaklah pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian III Jadual Kedua

17Tiada pendawaian atau pendawaian semula boleh dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada pemegang lessen atau pihak berkuasa bekalan.

BAHAGIAN III

1Suatu permohonan untuk mengambil peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan hendaklah dibuat secara bertulis mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

2Format soalan peperiksaan sebagai seorang Pendawai boleh sebahagiannya menggunakan kaedah jawapan secara bertulis dan sebahagiannya kaedah secara lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali.

3Seseorang bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai, hendaklah memuaskan hati Suruhanjaya.

4Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pendawai hendaklah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

5Suatu permohonan untuk mengambil peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan hendaklah di pertimbangkan oleh Suruhanjaya yang hendak memutuskan sama ada pemohon itu layak untuk mengambil peperiksaan itu dan kemudiannya memberitahu pemohon tentang keputusannya.

6Umur seseorang bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai ialah tidak kurang 18 tahun.

7Seseorang bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai bahawa ia boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan.

8Orang asing bermaksud sesorang yang bukan warganegara atau permastautin tetap di Malaysia.

9Seseorang bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai bahawa dia memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh Suruhanjaya

10Sebelum sesuatu Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pendawai dikeluarkan kepada seseorang dia hendaklah menghadiri temuduga.

11Sesi temuduga yang dihadiri oleh seseorang untuk Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Pendawai bertujuan menguji pengetahuan dan kemahiran amali pendawaian, mempunyai pengetahuan berkenaan pertolongan cemas dan pemulihan pernafasan serta mempunyai pengetahuan tentang Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

12Orang asing boleh dipertimbangkan untuk pengeluaran Perakuan Kekompetenan jika dai mempunyai permit kerja yang diperlukan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa releven.

13Seseorang bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai ialah bahawa dia mempunyai pengalaman bekerja yang berkaitan dengan pendawaian elektrik apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

14Suruhanjaya boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan sementara sebagai orang orang kompeten kepada mana-mana orang asing.

15Fee untuk suatu peperiksaan bagi Perakuan Kekmpetenan sebagai pendawai ialah RM50.

16Suruhanjaya boleh mengikut budi bicaranya menyekat penggunaan Perakuan Kekompetenan Pendawai bagi mana-mana jenis,kelas,tempoh atau tempat pepasangan.

17Suruhanjaya boleh menghendaki supaya keterangan perubatan kesihatan tubuh dan mental yang disahkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dikemukakan kepadanya sebelum Perakuan Kekompetenan dikeluarkan kepadanya.

18Seseorang bagi membolehkan untuk dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai bahawa dia adalah warganegara Malaysia.

19Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai hendaklah masing-masing dalam borang J,K,L,M,N dan O yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

20Fee untuk pengeluaran semuala bagi Perakuan Kekompetenan sebagai pendawai ialah RM20.

21Suruhanjaya boleh menggantung atau membatalkan Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika pemegang perakuan itu memperolehinya dengan membuat suatu pengistiharan, perakuan atau representasi palsu atau fraud sama ada secara bertulis atau selainnya.

22Fee untuk penggantian bagi Perakuan Kekmpetenan sebagai pendawai ialah RM100.

23Suruhanjaya boleh mengikut budi bicaranya mengendors Perakuan Kekompetenan Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga untuk membenarkan menguji dan mengesahkan pendawaian dengan syarat pendawai itu menunjukkan dia mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi dan memuaskan hati Suruhanjaya.

24Apabila Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang yang memegang Perakuan Kekompetenan telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan ini tidak layak memegang perakuan berkenaan dan Suruhanjaya hendaklah dengan serta-merta menggantung Perakuan itu.

25Seseorang yang memegang PerakuanKekompetenan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah dengan serta merta meyerah balik Perakuan itu kepada Suruhanjaya yang akan mengeluarkan kepada orang itu Perakuan Kekompetenan baru berkelayakan setara.

26Suruhanjaya boleh mengendors, menggantung atau membatalkan Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dalam hal salah laku yang serius

27Fee untuk pengendorsan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai pendawai ialah RM50.

28Terdapat 8 perkara berkaitan salah laku serius

29Jawatankuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya dalam Peraturan 59(6) dalam masa empat belas hari dari tarikh selesainya penyiasatan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Suruhanjaya yang akan memutuskan keputusannya yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.

30Suruhanjaya hendaklah melantik seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas pengganungan Perakuan, suatu jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi Suruhanjaya dan dua orang lain yang dilantik olehnya untuk menyiasat kesalahan dan salah laku yang dikatakan.

31Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan dibawah Peraturan-Peraturan ini dan membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara-perkara di bawah Peraturan-peraturan ini, Perakuan Kekompetenannya hendaklah mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya.

32Seseorang yang terkilan dengan Peraturan 59(8) boleh memohon kepada Menteri bagi pertimbangan semula perkara itu. Permohonan itu hendaklah secara bertulis dalam masa dua puluh hari dari tarikh menerima keputusan dari Suruhanjaya.

33Seseorang yang Perakuan Kekompetennya telah digantung, tidak boleh dalam tempoh itu membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara yang dibawah Peraturan-Peraturan ini.

34Orang kompeten untuk mengerjakan, mengendalikan atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja pengendalian sesuatu pepasangan elektrik pada voltan yang melebihi 132,000 volt ialah seorang Jurutera Elektrik Kompeten Residen.

35Orang kompeten untuk mengerjakan, mengendalikan atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja pengendalian sesuatu pepasangan elektrik pada voltan yang tidak melebihi 600volt ialah seorang Jurutera Perkhidmatan, Jurutera Elektrik Kompeten, Penyelia Elelektrik atau Jurutera Elektrik Kompeten Residen.

36Orang kompeten untuk mengerjakan, mengendalikan atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja pengendalian sesuatu pepasangan elektrik pada voltan yang melebihi 600 volt tetapi tidak melebihi 132,000 ialah seorang Jurutera Perkhidmatan, Jurutera Elektrik Kompeten, atau Jurutera Elektrik Kompeten Residen.

37Seseorang yang Perakuan Kekompetennya telah dibatalkan, tidak boleh dalam tempoh itu membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara yang dibawah Peraturan-Peraturan ini.

38Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen mengikut mana yang berkenaan hendaklah mendaftar dalam masa tujuh hari dari pengambilan kerja atau pelantikan mana-mana orang yang memegang Perakuan Kekompetenan.

39Seseorang yang memegang satu atau lebih Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini tidak boleh mendaftar atau dibenarkan mendaftar dengan lebih daripada satu majikan atau pepasangan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya.

40Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini jika ia berumur melebihi 65 tahun.

41Walau apa pun Peraturan 63(5) had umur itu boleh diketepikan atas dasar tahun ke tahun mengikut budi bicara Suruhanjaya yang boleh menghendaki keterangan perubatan kesihatan fizikal dan mental orang itu.

42Walau apa pun Peraturan 64(1) adalah tidak menyalahi undang-undang bagi seseorang untuk menggantikan mana-mana lampu dalam pepasangan domestik.

43Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen mengikut mana yang berkenaan hendaklah menyediakan senarai tugas bagi mengenalpasti kerja atau kendalian orang kompeten, Senarai ini hendaklah di akuiterima oleh orang kompeten.

44Tiada papan suis, gear suis atau kelengkapan, kecuali mana-mana perkakas elektrik, perlengkapan atau radas elektrik yang direka bentuk untuk disambungkan kepada soket aliaran keluar elektrik melalui palam, boleh disambung pada sesuatu pepasangan bagi maksud menerima elektrik melainkan jika sambungan itu dijalankan oleh atau di bawah kawalan orang kompeten.

45Jika pepasangan itu dikendalikan pada voltan rendah, Jurutera Perkhidmatan, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik ialah orang kompeten yang dikehendaki untuk melawat dan memeriksa pepasangan.

46Orang kompeten yang hendaklah, apabila diminta, menyediakan dan mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi adalag seperti yang diperuntukan dalam Bahagian VI Jadual Kedua.

47Mana-mana Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik yang memeriksa sesuatu pepasangan yang disebut dibawah Peraturan 67(2) dan mengetahui apa-apa kecacatan dalam pepasangan itu hendaklah dengan serta merta memberitahu pemunya, pengurusan atau pemegang lessen supaya kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan dan membuat laporan kepada Suruhanjaya.

48Jika pepasangan itu dikendalikan pada voltan yang melebihi voltan rendah, Jurutera Perkhidmatan atau Jurutera Elektrik Kompeten ialah orang kompeten yang dikehendaki untuk melawat dan memeriksa pepasangan.

49Bagi pepasangan yang tidak melebihi 600 volt dan menerima elektrik melalui gear suis berkadaran pada atau lebih daripada 100 Ampere, bilangan lawatan bagi maksud pemeriksaa sebulan adalah satu lawatan.

50Seorang Kontraktor Elektrik hendaklah mendaftarkan perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

51Bagi pepasangan yang melebihi 11,000 volt dan tidak melebihi 132,000 volt, bilangan minimum lawatan bagi maksud pemeriksaa sebulan adalah empat lawatan.

52Bagi pepasangan yang melebihi 600 volt dan tidak melebihi 11,000 volt, bilangan minimum lawatan bagi maksud pemeriksaa sebulan adalah dua lawatan.

53Tiada seorangpun boleh melasanakan atau menjalankan apa-apa kerja elektrik melainkan jika ia memegang suatu Perakuan Pendaftaran yang sah sebagai seorang Kontraktor Elektrik.

54Sebelum mengeluarkan atau memperbaharui suatu Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik, Suruhanjaya boleh menghendaki orang itu mengemukakan maklumat mengenai nama dan alamat semua pekongsi yang berdaftar, premis dan apa-papa maklumat lain yang Suruhnajaya fikirkan perlu.

P77 (a-c)

55Seorang Kontraktor Elektrik itu mempunyai perlindungan insuran untuk pekerjanya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

P76(c)

56Seorang Kontraktor Elektrik itu memiliki kelengkapan yang sesuai, kelengkapan menguji dan peralatan yang berhubungan dengan kerjayanya yang ditentukan oleh Suruhanjaya,

P76(d)

57Kontraktor Elektrik Kelas A berupaya menjalankan kerja elektrik yang melebihi satu juta ringgit nilainya.

P78(2)(a)

58Kontraktor Elektrik dikelaskan sebagai A,B,C atau D

P78(1)(a-d)

59Kontraktor Elektrik Kelas A telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurannya dua orang Pendawaian dengan Sekatan Fasa Tunggal.

P78(2)(d)

60Kontraktor Elektrik Kelas A telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya tiga orang Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga.

P78(2)(b)

61Kontraktor Elektrik Kelas A telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa yang diberi kuasa untuk menguji sesuatu pepasangan.

P78(2)(c)

62Kontraktor Elektrik Kelas C telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Pendawai dengan sekatan Tiga Fasa.

P78(4)(b)

63Kontraktor Elektrik Kelas B berupaya menjalankan kerja elektrik yang mencapai satu juta ringgit nilainya.

P78(3)(a)

64Kontraktor Elektrik Kelas B telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya dua orang Pendawai dengan sekatan Tiga Fasa.

P78(3)(b)

65Kontraktor Elektrik Kelas B telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa yang diberi kuasa menguji sesuatu pepasangan.

P78(3)(c)

66Kontraktor Elektrik Kelas B telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Pendawai dengan sekatan Fasa Tunggal.

P78(3)(d)

67Kontraktor Elektrik Kelas C berupaya menjalankan kerja elektrik yang mencapai lima ratus ribu ringgit nilainya.P78(4)(a)

68Fee hendaklah dibayar bagi suatu Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik dan pembaharuanya pada kadar yang dtetapkan dalam Bahagian VIII Jadual Kedua.

P79

69Kontraktor Elektrik Kelas C telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa yang diberi kuasa menguji sesuatu pepasangan.

P78(4)(c)

70Suruhanjaya boleh membatalkan suatu Perakuan yang dikeluarkan di bawah peraturan 71,75,80,84,88 dan 92 jika pemegang Perakuan dihukum menjadi bangkrap.

P104(1)(b)

71Tiada seorang pun boleh mengilang, mengimport, mempamer, menjual atau mengiklankan apa-apa kelengkapan domestik, apa kelengkapan yang dijual secara langsung kepada orang awam atau apa-apa kelengkapan yang tidak memerlukan kemahiran khusus dalam pengendaliannya melainkan kelengkapan itu diluluskan oleh Suruhanjaya.

P97(1)(a-c)

72Kontraktor Elektrik Kelas D telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal yang diberi kuasa menguji sesuatu pepasangan.

P78(5)(c)

73Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa kerja pendawaian elektrik di premisnya sendiri melainkan jika dia memegang suatu Perakuan Pendaftaran yang sah sebagai Unit Pendawaian Persendirian yang dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan ini.

P80(1)

74Seseorang Kontraktor Elektrik boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk naikkan daripada kelas ke kelas yang lain.

P78(6)

75Kelulusan dikeluarkan di bawah Peraturan 97 boleh dikehendaki oleh Suruhanjaya supaya menanda atau melebel kelengkapan itu da dia hendaklah melakukan sedemikian mengikut cara yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya.

P98

76Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa melalui notis bertulis menghendaki seseorang yang mengilang,mengimport,mempamer, menjual atau mengiklankan apa-apa kelengkapan supaya menghantar-serah sampel kelengkapan untuk pemeriksaan dan ujiannya.

P101(1)

77Kontraktor Elektrik Kelas D telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal.

P78(5)(b)

78Sesuatu Perakuan Kelulusan untuk mengilang, mengimport, mempamer, menjual atau mengiklan kelengkapan hendaklah menggunakan boring V dan W yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

P97(2)

79Suatu fee memproses sebanyak dua puluh ringgit hendaklah dikenakan bagi suatu permohonan bagi Perakuan Kelulusan mana mana kelengkapan.

P97(3)

80Pembaharuan mana-mana Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan dibawah peraturan 71,75,80,84,88 dan 92boleh dipindahmilik oleh pemegang Perakuan itu kepada amana-mana orang kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya.

P103

81Kontraktor Elektrik Kelas D berupaya menjalankan kerja elektrik yang mencapai seratus ribu ringgit nilainya

P78(5)(a)

82Pembaharuan mana-mana Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan dibawah peraturan 71,75,80,84,88 dan 92 hendaklah dibuat dalam tempoh tidak kurang dari empat belas hari sebelum tarikh habis tempoh Perakuan tersebut.P102

83Suruhanjaya boleh membatalkan suatu Perakuan yang dikeluarkan di bawah peraturan 71,75,80,84,88 dan 92 jika pemegang Perakuan itu berhenti menjalankan perniagaan.P104(1)(a)

84Untuk mengubah nama dan alamat berkaitan dengan perniagaan bagi Perakuan Kelulusan di bawah peraturan 97 hendaklah memperlolehi kelulusan daripada Suruhanjaya.

P107(2)

85Pembaharuan sesuatu Perakuan Kelulusan yang dikeluarkan di bawah peraturan 97 hendaklah dibuat tidak kurang dari dau bulan dari tarikh bahis tempoh Perakuan itu.P106

86Tiada Perakuan Kelulusan yang dikeluarkan di bawah peraturan 97 boleh dipindah milik oleh Pemegang Perakuan itu kepada mana-mana orang lain kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya.

P107(1)

87Suruhanjaya boleh membatalkan suatu Perakuan yang dikeluarkan di bawah peraturan 71,75,80,84,88 dan 92 jika syarikat itu dilikuidasi.

P104(1)(c)

88Jika Perakuan Pendaftaran dibatalkan, Perakuan itu hendaklah dipulangkan kepada Suruhanjaya oleh pemegang Perakuan.

P104(2)

89Suruhanjaya boleh membatalkan Perakuan kelulusan di bawah peraturan 97 jika tidak mematuhi mana-mana Peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan

P108(1)(c)

90Suruhanjaya boleh membatalkan suatu Perakuan yang dikeluarkan di bawah peraturan 71,75,80,84,88 dan 92 jika pemegang Perakuan atau pengkhidmat atau ejennya melanggar atau yidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta dan Peraturan-peraturan ini.

P104(1)(d)

91Suruhanjaya boleh membatalkan Perakuan kelulusan di bawah peraturan 97 jika kelengkapan didapati tidak selamat untuk digunakan.

P108(1)(a)

92Suruhanjaya boleh membatalkan Perakuan kelulusan di bawah peraturan 97 jika menggunakan bagi maksud yang berbeza dengan maksud dikeluarkan Perakuan itu.

P108(1)(b)

93Seseorang yang namanya telah dipotong dari daftar di bawah peraturan 109(1) boleh membuat rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemotongan itu.

P109(2)

94Suruhanjaya boleh membatalkan Perakuan kelulusan di bawah peraturan 97 jika membuat akuan dan pengesahan palsu.

P108(1)(d)

95Jika tidak memperbaharui Perakuan Kelulusan dibawah Peraturan 97 maka hendaklah dipotong daripada Daftar nama dan butir-butir lain.

P109(1)(a)

PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994

BAHAGIAN IV96Sesuatu pepasangan hendaklah di selenggara dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

P110(1)

97Dalam hal kerja talian aerial, notis hendaklah digantung pada suis dan tiang pembumi bagi mengadakan pembumian hendaklah dilekapkan pada jarak yang boleh dilihat oleh pekerja-pekerja.P112(3)(a)

98Sesuatu pepasangan selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhnjaya,.

P110(3)

99Orang kompeten hendaklah mengambil langkah awasan yang mencukupi untuk mencegah mana-mana pepasangan atau kelengkapan daripada terhidup secara tidak sengaja semasa orang sedang bekerja.

P112(1)

100Suruhnjaya boleh memeriksa sesuatu pepasangan atau premis ditempat pepasangan diletakan jika Suruhanjaya berpendapat adalah wajar berbuat demikian bagi kepentingan orang ramai dan keselamatan awam.

P110(5)

101Tiada orang boleh menggagalkan, membuang atau merosakkan sesuatu peranti keselamatan yang dipasang berkaitan dengan atau untuk digunakan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapanP112(6)

102Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut Peraturan P110(1) hendaklah terletak pada pemunya pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan,pengkhidmat atau ejennya mengikut mana-mana yang berkenaan.

P110(2)

103Mana-mana orang yang terlibat dalam kerja yang berkaitan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan hendaklah dilindungi secukupnya daripada bahaya dan tanggung bagi perlindungan itu hendaklah terletak pada pemegang lessen atau pihak berkuasa bekalan,pemunya,pengurusan atau penghuni pepasangan itu,pengkhidmat atau ejennya mengikut mana-mana yang berkenaan.

P112(2)

104Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa , diuji dan ditentu ukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhnjaya.

P110(4)

106Tiada orang kompeten atau orang yang dibawah kawalan orang kompeten boleh menghidupkan semula mana-mana suis sehingga dia pasti bahawa semua orang sudah tiada pada litar itu akan dihidupkan.P112(5)

107Tiada seorang pun kecuali orang kompeten atau dibawah kawalan orang kompeten boleh mengusahakan apa-apa pembaikan,penggantian,perservisan atau pembersihan mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan.

P111

108Tiada kerja atau pengendalian di bawah kawalan orang kompeten boleh dimulakan sehingga arahan bertulis telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang dibawah kawalannya.P113

PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994

BAHAGIAN V109Jika Suruhanjaya mendapati bahawa adalah perlu bagi menjamin tahap keselamatan yang munasabah untuk mengambil langkah awasan dalam menjalankan atau mengendalikan sesuatu radas, Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan perintah bertulis.

P115(a)

110Jika Suruhanjaya mendapati bahawa adalah perlu bagi menjamin tahap keselamatan yang munasabah untuk membuat penambahan atau pengubahan kepada sesuatu radas, Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan perintah bertulis.

P115(b)

111Tiada seorangpun boleh menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan apa-apa kelengkapan yang oada pendapat Pegawai Kesihatan Negeri adalah mengancam atau membahayakan kesihatan orang yang menjaganya atau kepada orang awam.

P116(1)

112Suruhanjaya boleh melarang penggunaan mana-mana kelengkapan oleh seseorang yang pada pendapatnya menyebabkan atau kemungkinan menyebabkan gangguan kepada orang awam.

P116(3)

113Sesuatu siasatan yang akan dibuat oleh seseorang yang dilantik oleh Menteri dibawah subseksyen 34(3) Akta boleh di adakan dimana-mana tempat di Malaysia yang dipilih oleh orang itu dan keterangannya boleh ditulis dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

P117(3)

114