peraturan makmal dan etika penggunaan internet

10
TrioBM2u.blogspot.com Peraturan Makmal Peraturan makmal diwujudkan untuk: Memaksimumkan penggunaan Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran Panduan untuk penggunaan ramai. Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer: Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer. Contoh Peraturan Makmal Komputer

Upload: oconner-lminl

Post on 24-May-2015

12.865 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan makmal dan Etika Penggunaan Internet

TrioBM2u.blogspot.com

Peraturan Makmal

Peraturan makmal diwujudkan untuk:

Memaksimumkan penggunaan

Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan

Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran

Panduan untuk penggunaan ramai.

Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal

komputer:

Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.

Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.

Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.

Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.

Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.

Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.

Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.

Tidak dibenarkan membawa liquid paper.

Contoh Peraturan Makmal Komputer

Page 2: Peraturan makmal dan Etika Penggunaan Internet

TrioBM2u.blogspot.com

Dilarang membuat bising di dalam makmal.

Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tetrtentu.

Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.

Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.

Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.

Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.

Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.

Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.

Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

Sistem Fail

Pekeliling Pekeliling yang berkaitan dengan program ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (

lihat folder Pekeliling )

Surat menyurat Surat-surat yang berkaitan dengan ICT sekolah dari pihak kementerian, jabatan,

pejabat pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta. Surat dari sekolah hal-hal berkaitan ICT

Perkembangan Staff Laporan perkembangan staff/’in-house training’ yang diadakan. Senarai kehadiran perkembangan staff/’in-house training’

Jadual waktu penggunaan Jadual waktu penggunaan makmal komputer untuk tahun semasa.

Fail mesyuarat Minit mesyuarat yang dijalankan atau yang dihadiri. Minit curai mesyuarat

Page 3: Peraturan makmal dan Etika Penggunaan Internet

TrioBM2u.blogspot.com

INVENTORIBuku stok/rekod bekalan pejabat

Buku stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat sekolah

Kad inventori (kew312) Semua peralatan yang berada dalam makmal komputer telah didaftarkan dalam

kad inventori Semua kad inventori yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dimasukkan di

dalam fail tegak

Senarai inventori Senaraikan semua peralatan yang telah didaftarkan dan dicetak serta

dipamerkan dalam fail inventori

Buku laporan penyelenggaraan Sediakan satu buku penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan catatkan

sekiranya ada penyelenggaran dijalankan(Pihak Syarikat Warisan Nusa juga ada membekalkan buku penyelenggaraan peralatan ICT – sila pastikan buku tersebut berada dalam makmal komputer sepanjang masa dan senang diakses.)

Buku pinjaman alatan Sila sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan

peralatan ICT di luar makmal komputer

Label Labelkan semua peralatan ICT dalam makmal komputer mengikut daftar

inventori yang telah dibuat

PENGGUNAAN MAKMAL

Rekod penggunaan makmalSila pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru dan murid/pelajar sepanjang masa

Rekod penggunaan KomputerSemua komputer diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna dimestikan mengisi rekod

Rekod Penggunaan BahanSediakan juga rekod penggunaan bahan yang berada dalam makmal

Rekod buku pelawatSetiap pelawat yang mengunjungi makmal diminta mengisi buku pelawat

Page 4: Peraturan makmal dan Etika Penggunaan Internet

TrioBM2u.blogspot.com

KESELAMATAN

Peralatan Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan

yang ada tanpa kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT

Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers,

perisian utility untuk mengelakan perubahan konfigurasi sistem.

Perubahan ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang.

Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah

dipasang supaya operasi tidak terganggu.

Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap

kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku

Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa

penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan

oleh salah pengendalian

Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk

mengelakan terlampau panas.

Plan kecemasan Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal

Komputer.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATANKESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM

Kunci :

Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas

Kunci disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras

ICT sahaja.

Buku log untuk rekodkan pengguna kunci.

Akses Pelawat :

Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki

bilik berkenaan, khasnya bilik Pelayan.

Penyelaras ICT mesti menemani pelawat mengunjungi bilik

bawah kawalan beliau.

Elektrik :

Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bagunan perlindungan

pengalir kilat.

Page 5: Peraturan makmal dan Etika Penggunaan Internet

TrioBM2u.blogspot.com

Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat

Uninterupted Power Supply

Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.

Label

Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel.

Pencegahan Kebakaran

Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer

perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2.

Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada

dalam keadaan baik.

Makanan

Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam

Bilik Pelayan.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM)

Bilik

Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci

Kunci

Buku log untuk rekodkan pengguna kunci

Akses Pelawat

Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki

bilik Pelayan.

Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses.

Contoh maklumat yang dicatat termasuk tarikh, masa, nama,

nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan lawatan,

masa masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan

jika perlu.

Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik

Pelayan setiap masa.

Elektrik

Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted

Power Supply.

Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat

penghawa dingin.

Page 6: Peraturan makmal dan Etika Penggunaan Internet

TrioBM2u.blogspot.com

Alat Penghawa Dingin

Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya

dua (2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-

gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi

atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa

dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila tidak

diguna.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER

Akses

Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal

Komputer. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan

direkodkan dalam buku log termasuk penggunaan peralatan dan

internet.

Elektrik

Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum

meninggalkan makmal

Alat Penghawa Dingin

Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.

KECERIAAN

Plan MakmalSediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di Makmal

Komputer

Gambarajah infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal Komputer)

perlu didokumenkan dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam

makmal hendaklah mengikut pelan lokasi yang dipamerkan. Sebarang

perubahan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pihak

pentadbiran sekolah.

Susun atur (kreativiti)Susun atur perkakas dalam makmal komputer hendaklah mengikut kreativiti sendiri dan tidak menghalang peralatan yang penting dalam makmal tersebut.Dilarang mengubah tempat dan kedudukan komputer sepertimana yang telah ditetapkan dalam pelan asal makmal komputer.

Page 7: Peraturan makmal dan Etika Penggunaan Internet

TrioBM2u.blogspot.com

Sudut PembelajaranTerpulang kepada penyelaras untuk menyediakan Sudut Pembelajaran mengikut subjek tertentu atau seperti yang diarahkan dalam subjek ICTL (sekolah rendah sahaja)

KebersihanKebersihan dalam makmal perlu diutamakan terutama peralatan-peralatan komputer.Boleh melantik murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk menguruskan kebersihan dalam makmal komputer.

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk: 

1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.

4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

5. E-mel

5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ( unsolicited advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan ( deceptive marketing).

5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing), iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.

5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.

5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan penerima.

5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.

Page 8: Peraturan makmal dan Etika Penggunaan Internet

TrioBM2u.blogspot.com

5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerohohan:

a)     Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.

b)     Menghalang identity pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain.

c)     Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host ( to crash the host ).

5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.

5.8 Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian ( network monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.