peraturan kelas pendidikan khas

2
PERATURAN KELAS PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA 2011. 1. Kelas bermula pada jam 7.45 pagi setiap hari. 2. Kelas tamat pada jam 1.00 petang (Isnin dan Selasa), 12.30 tgh (Rabu dan Khamis) dan 12.00 tgh(Jumaat). Selepas waktu persekolahan seperti yang dijadualkan adalah tidak menjadi tanggungjawab guru-guru jika berlakunya sebarang kemalangan terhadap anak jagaan tuan/puan. 3. Murid tidak dibenarkan balik awal kecuali diambil oleh ibu bapa/ penjaga di kelas. 4. Murid dikehendaki mengikuti semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah.Pengecualian hanya diberikan kepada murid yang didapati tidak berupaya melakukan aktiviti tersebut disebabkan oleh kekangan fizikal atau kesihatan yang tidak mengizinkan. 5. Pakaian sukan hendaklah dipakai sewaktu aktiviti tertentu seperti pendidikan jasmani dan aktiviti berkebun. 6. Ibubapa / penjaga dikehendaki menyediakan pakaian tambahan untuk anak mereka bagi kes-kes kecemasan. 7. Waktu rehat bermula pada jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi.

Upload: hizamhussain

Post on 01-Jul-2015

1.088 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Kelas Pendidikan Khas

PERATURAN KELAS PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA 2011.

1. Kelas bermula pada jam 7.45 pagi setiap hari.

2. Kelas tamat pada jam 1.00 petang (Isnin dan Selasa), 12.30 tgh (Rabu dan

Khamis) dan 12.00 tgh(Jumaat). Selepas waktu persekolahan seperti yang

dijadualkan adalah tidak menjadi tanggungjawab guru-guru jika

berlakunya sebarang kemalangan terhadap anak jagaan tuan/puan.

3. Murid tidak dibenarkan balik awal kecuali diambil oleh ibu bapa/ penjaga

di kelas.

4. Murid dikehendaki mengikuti semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum

sekolah.Pengecualian hanya diberikan kepada murid yang didapati tidak

berupaya melakukan aktiviti tersebut disebabkan oleh kekangan fizikal

atau kesihatan yang tidak mengizinkan.

5. Pakaian sukan hendaklah dipakai sewaktu aktiviti tertentu seperti

pendidikan jasmani dan aktiviti berkebun.

6. Ibubapa / penjaga dikehendaki menyediakan pakaian tambahan untuk

anak mereka

bagi kes-kes kecemasan.

7. Waktu rehat bermula pada jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi.

Page 2: Peraturan Kelas Pendidikan Khas

8. Ibu bapa/penjaga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah

tentang penyakit yang kerap mengganggu anak mereka supaya guru-guru

lebih bersediauntuk menghadapinya.

9. Ibu bapa / penjaga bertanggungjawab memeriksa beg anak mereka

sebelum pergi dan balik dari sekolah.

10. Ibu bapa / penjaga bertanggungjawab menyediakan alat tulis untuk anak

mereka.

11. Bayaran Tambahan Persekolahan perlu dibayar apabila murid mendaftar

ke sekolah. Jika murid tersebut bertukar sekolah dan telah membayar

Bayaran Tambahan Persekolahan di sekolah lama, ibu bapa / penjaga perlu

sertakan resit asal dari sekolah lama berkenaan untuk dikecualikan dari

membayar Bayaran Tambahan Persekolahan sekali lagi di sekolah baru.

12. Ibu bapa / penjaga mesti memberikan salinan kad OKU,Buku Bank BSN

kepada pihak sekolah secepat mungkin bagi tujuan permohonan elaun

OKU.