peraturan hidupan liar pemelihara - p4phm.org · pdf...
TRANSCRIPT
AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010
PERATURAN-‐PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
(PEMELIHARAAN HIDUPAN LIAR KESAYANGAN) 2012
─────────────────
SUSUNAN PERATURAN-‐PERATURAN
─────────────────
Peraturan
1. Nama dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
3. Kehendak bagi lesen
4. Fi
5. Kesahan lesen
6. Pemeliharaan hidupan liar kesayangan
7. Pemakanan
8. Penandaan hidupan liar
9. Melapor kepada pihak berkuasa veterinar
10. Penalti
JADUAL PERTAMA
AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010
PERATURAN-‐PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
(PEMELIHARAAN HIDUPAN LIAR KESAYANGAN) 2012
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 132(1) Akta Pemuliharaan
Hidupan Liar 2010 [Akta 716], Menteri membuat peraturan-‐peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Peraturan-‐peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-‐Peraturan
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pemeliharaan Hidupan Liar Kesayangan) 2012.
(2) Peraturan-‐Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 2012.
Tafsiran
2. Dalam Peraturan-‐Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain:
“Akta” ertinya Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716];
“pemelihara hidupan liar kesayangan” ertinya mana-‐mana individu perseorangan
menjalankan aktiviti memelihara hidupan liar di tempat kediamannya atau mana-‐mana
premisnya seperti yang dinyatakan di dalam lesen;
“premis pemelihara hidupan liar kesayangan” ertinya suatu tempat kediamannya
atau premis yang menyimpan hidupan liar yang digunakan untuk tujuan memelihara
hidupan liar.
Kehendak bagi lesen
3. (1) Tiada seorang pun boleh mengadakan aktiviti memelihara hidupan liar
kesayangan melainkan jika dia memegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah
peruntukan dalam Bab 2 Akta.
(2) Aktiviti memelihara hidupan liar kesayangan hendaklah diadakan di kawasan yang
dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan di bawah peraturan ini.
Fi
4. Fi yang kena dibayar bagi suatu lesen yang dikeluarkan dan hendaklah dibayar
kepada pegawai pelesen melalui apa-‐apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai
pelesen.
Kesahan lesen
5. Lesen yang diluluskan di bawah Peraturan-‐Peraturan ini hendaklah sah selama apa-‐
apa tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu.
Pemeliharaan hidupan liar kesayangan
6. (1) Hidupan liar yang dibenarkan untuk tujuan aktiviti pemeliharaan hidupan
liar kesayangan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta dan telah
dilesenkan.
(2) Pemelihara hidupan liar kesayangan hendaklah memastikan hidupan liar
dipelihara itu —
(a) ditempatkan dalam kurungan yang mempunyai ukuran yang bersesuaian,
selesa dan hidupan liar itu boleh bebas bergerak;
(b) ditempatkan dalam bilangan yang bersesuaian dan tidak bersesak-‐sesak;
dan
(c) ditempatkan dalam kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik.
(3) Pemelihara hidupan liar kesayangan hendaklah memastikan kurungan untuk
tujuan aktiviti memelihara hidupan liar itu disenggara untuk mengurangkan risiko
kecederaan atau kematian kepada hidupan liar.
(4) Pemelihara hidupan liar kesayangan hendaklah menyediakan kurungan
untuk setiap hidupan liar itu di tempat kediamannya dan premisnya mengikut saiz
sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Pemakanan
7. Pemelihara hidupan liar kesayangan hendaklah memastikan apa-‐apa makanan dan
minuman yang disediakan bagi hidupan liar —
(a) mengandungi kandungan nutrien yang diperlukan, tidak tercemar dan diberi
dalam kuantiti yang mencukupi; dan
(b) bersesuaian dengan pemakanan semula jadi spesies, keadaan fisiologi dan
jantina hidupan liar itu.
Penandaan hidupan liar
8. Pemelihara hidupan liar kesayangan hendaklah memastikan bahawa setiap hidupan
liar yang digunakan untuk tujuan pemeliharaan mestilah ditanda menurut peruntukan
seksyen 45 Akta.
Melapor kepada pihak berkuasa veterinar
9. (1) Pemelihara hidupan liar kesayangan hendaklah melaporkan apa-‐apa
kematian hidupan liar yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti penyakit kepada pihak
berkuasa veterinar mengikut kehendak di bawah seksyen 31 Akta Binatang 1953 [Akta
647].
Penalti
10. Mana-‐mana orang yang melanggar mana-‐mana peruntukan dalam Peraturan-‐
Peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima
tahun atau kedua-‐duanya.
JADUAL PERTAMA (Subperaturan 6(4)) Saiz Kurungan
A. Mamalia
Kategori Spesies (Famili) Keluasan (seekor)
(m2)
Tinggi (seekor)
(m)
Petauridae (Sugar Glider) 0.5 0.5
Phalangeridae (Cuscus) 0.6 0.5
Talpidae (Himalayan Mole) 0.4 0.3
Cebidae (Marmoset, Tamarin dan Squirrel Monkeys)
0.8 0.5
Lorisidae (Potto, Angwantibo dan Loris) 1 0.8
Pitheciidae (Titi dan Saki) 0.7 0.5
B. Reptilia dan Amfibia
Spesies hidupan liar Saiz minimum kurungan
Saiz minimum kawasan berair di dalam kurungan
Iguanas, Chameleons, Lizards Keluasan lantai 1 ½ kali panjang badan
Satu per tiga keluasan kurungan
Ular (panjang badan kurang 1.8 m)
(Ball Phyton, Burmese Python, Boas dan Blood Python)
Keluasan kurungan 1 ½ kali panjang badan
-‐
Ular (panjang badan melebihi 1.8 m) (Python)
Keluasan kurungan 2 kali panjang badan -‐
Kura-‐kura, tuntung, labi-‐labi
(Indian Star Tortoise, Burmese Star Tortoise, Malaysian Giant Turtle, Snapping Turtle, River
Keluasan 5 kali saiz badan
Separuh kawasan lantai
Terrapin dan Southeast Asian Box Turtle)
Amfibia (katak dan kodok )
Keluasan 50cm x 25cm x 30cm
(Tambahan 0.5 m3 bagi tambahan setiap ekor)
Satu per tiga bahagian ditutupi air
Arachnida
Keluasan 50cm x 25cm x 30cm
(Tambahan 0.5 m3 bagi tambahan setiap ekor)
-‐
C. Burung
Jenis Burung Bilangan Burung (ekor)
Keluasan Lantai (m2)
Ketinggian Minima (m)
Pertambahan Keluasan Untuk Tambahan Setiap Ekor Burung (m2)
Fife Canaries, Java Sparrow, Love Bird, Finches (Zebra, Cubans ,Double Bars, Orange Breasted Waxbill). 6 0.5 1 0.4 Tiong, Parakeets (Neophemas, Budgerigars), Lorikeets (Red Crowned, Musk), Yorkshire Canaries.
10 1.6 0.5 0.1
Cockatiels, Rainbow Lorikeets, Bronze Wing Pigeons, Parrot (Grey, Rosella, Sun Conure).
10 6 1 0.1
Ringneck Parakeets, Parrot (Yellow Headed, King, Princess, Superb), Cockatoos (Galahs, Corellas). 4 6 1 0.5
Sulphur Crested Cockatoos 3 6 1 1
Dibuat 2012 [NRE 44/4/1/08; [PN(PU²)113/VI]
DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar