peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

13
PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP TUMBUH-TUMBUHAN, MANUSIA DAN HAIWAN

Upload: haralhaj

Post on 19-Jun-2015

2.155 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

Peranan Tenaga Suria Terhadap Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia.

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP TUMBUH-TUMBUHAN,

MANUSIA DAN HAIWAN

Page 2: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP TUMBUH-TUMBUHAN.Tenaga suria penting kepada tumbuhan yang

bertindak sebagai pengeluar.Tanpa tenaga suria tumbuhan tidak dapat melakukan

proses fotosintesis untuk membuat makanannya.Tenaga suria penting dalam tumbesaran hutan

semula jadi.Dengan adanya bekalan suhu dan hujan yang cukup

ini maka pelbagai pokok kayu keras seperti cengal,seraya dan balau tumbuh dengan baik di samping tumbuhan menumpang dan melilit, spora serta paku pakis dan sebagainya.

Kepelbagaian jenis tumbuhan ini pula telah menjadi habitat pelbagai jenis fauna di dalam ekosistem hutan

Page 3: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

Peranan tenaga suria terhadap manusiaTenaga suria penting kepada pelbagai aktiviti manusia

PertanianPerikanan PembalakanPelanconganPemburuanIndustri kecil dan sederhana Sumber tenaga solar

Page 4: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

PertanianKawasan tropika lembap yang menerima

tenaga suria sepanjang tahun menggalakkan kegiatan pertanian dijalankan sepanjang tahun. Berbanding dengan kawasan beriklim sederhana kegitan pertanian giat  dijalankan pada musim panas dan musim bunga sahaja manakala pada musim sejuk kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan sama sekali

Page 5: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

Perikanan Di kawasan tropika lembap yang menerima

jumlah tenaga suria yang banyak telah menggalakkan pertumbuhan plankton iaitu sejenis makanan ikan. Ini menghasilkan ekosistem laut yang kaya dengan pelbagai hidupan kesannya kegiatan perikanan giat dijalankan .

Page 6: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

PembalakanDi kawasan tropika lembap yang menerima min

suhu tahunan 27ºC dan jumlah hujan tahunan melebihi 2000mm menggalakkan pertumbuhan pokok berharga seperti merantidijalankan sepanjang tahun  di kawasan ini. Di kawasan beriklim sederhana, pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana getah pokok membeku, mudah untuk penebangan pokok. Permukaan tanah bersalji memudahkan kayu balak digolekkan dan disusun di atas sungai yang membeku  sebelum dihanyutkan pada musim panas.

Page 7: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

Pelancongan Di kawasan tropika lembap yang menerima

bahangan matahari sepanjang tahun menggalakkan kegiatan pelancongan dijalankan sepanjang tahun. Di kawasan beriklum sederhana, pelancongan luncur ais dijalankan pada musim sejuk. Penduduk mereka akan berhijrah ke kawasan tropika pada masa ini untuk menikmati bahangan matahari

Page 8: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

PemburuanDi kawasan tropika lembap kegiatan

pemburuan dijalankan sepanjang tahun kerana bahangan matahari diterima sepanjang tahun. Tetapi di kawasan beriklim sederhana dunia, kegiatan pemburuan dijalankan pada musim sejuk kerana bulu binatang sangat tebal, pergerakan binatang sangat perlahan di atas salji memudahkan kerja pemburuan.

Page 9: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

Sumber tenaga solar Di Negara-negara benua Asia yang menerima

bahangan matahari yang banyak sepanjang tahun membolehkan penjanaan tenaga solar dijalankan dengan baik berbanding kawasan sederhana dunia aktiviti ini terganggu pada musim luruh dan sejuk.

Page 10: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

Industri kecil dan sederhana Di kawasan tropika lembap yang menerima

bahangan matahari sepanjang tahun membolehkan aktiviti menjemur batik,  ikan kering, udang kering, belacan dan keropok dijalankan dengan giat. Tetapi di kawasan beriklim sederhana dunia, aktiviti serupa ini terhenti pada musim sejuk dan luruh kerana penerimaan bahangan matahari sangat minimum.

Page 11: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

Peranan tenaga suria terhadap haiwanSumber makanan / tenagaPembiakan haiwan

Page 12: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

Sumber makanan / tenagaTenaga suria boleh disimpan dalam pelbagai

bentuk. Ia membekalkan tenaga kepada pelbagai benda hidup di dalam bumi dan membolehkan segala hidupan dapat hidup di atas bumi kita. Bermula daripada proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan menukarkan tenaga suria kepada glukosa. Tenaga ini akan masuk ke dalam rantaian makanan apabila haiwan herbivor memakan tumbuh-tumbuhan. Haiwan karnivor pula akan memakan haiwan herbivor. Tenaga ini akan seterusnya mengalir berterusan mengikut aras trofik sesuatu rantaian makanan.

Page 13: Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan

pembiakan haiwanTenaga suria juga membekalkan cahaya dan haba yang

mencukupi untuk pembiakan haiwan. Haba diperlukan dalam proses pembiakan. Terdapat haiwan seperti burung, reptilia dan amfibia memerlukan haba yang mencukupi untuk menetaskan telurnya. Pembentukan musim oleh peredaran matahari akan memberi peluang kepada haiwan tertentu untuk proses mengawan. Ada juga haiwan akan menyesuaikan proses pembiakan mengikut musim. Pada musim sejuk, haiwan mengawan dan akan membiak pada musim bunga dan musim panas terutamanya di kawasan sejuk dan sederhana dunia. Contohnya proses pembiakan beruang kutub, musang, rusa dan haiwan-haiwan di kawasan kutub mempunyai musim pembiakan yang hampir sama.