peranan jurukur tanah

20
PENGENALAN Jurukur Tanah Berlesen adalah seorang jurukur yang diberikan kesen untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah. Kebiasaannya seseorang jurukur ini akan menubuhkan syarikat atau firmanya sendiri. Jurukur perlu mendaftarkan firmanya dengan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) di bawah ordinan JUBL 1958. Peranan Jurukur Dalam Pembangunan Negara amat diperlukan dalam membangunkan Negara sejajar dengan kepesatan ilmu teknologi yang terkini . Ukur Tanah itu sendiri adalah di bawah naungan pertubuhan ukur iktisas yang dinamakan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT). Lembaga ini mempunyai beberapa bahagian dan bidang ukur yang berbeza.

Upload: azmir

Post on 12-Jun-2015

12.879 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jika anda mnyukai dokument ini, dialu-alukan untuk menginggalkan coment @ pape juga cdangan

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Jurukur Tanah

PENGENALAN

Jurukur Tanah Berlesen adalah seorang jurukur yang diberikan kesen

untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah. Kebiasaannya seseorang

jurukur ini akan menubuhkan syarikat atau firmanya sendiri. Jurukur perlu

mendaftarkan firmanya dengan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia

(LJT) di bawah ordinan JUBL 1958.

Peranan Jurukur Dalam Pembangunan Negara amat diperlukan dalam

membangunkan Negara sejajar dengan kepesatan ilmu teknologi yang terkini .

Ukur Tanah itu sendiri adalah di bawah naungan pertubuhan ukur iktisas yang

dinamakan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT). Lembaga ini

mempunyai beberapa bahagian dan bidang ukur yang berbeza.

Page 2: Peranan Jurukur Tanah

FUNGSI JURUKUR TANAH BERLESEN

Jurukur Berlesen memainkan peranan yang penting dalam memenuhi

keperluan untuk menjalankan kerja-kerja kadaster dan kejuruteraan di Malaysia

yang pembangunan sosio ekonominya bertambah pesat.

Untuk kerja-kerja pengukuran hakmilik, tenaga Jurukur Berlesenadalah

diperlukan bagi membantu Jabatan Ukur Negeri dalam menampung dan

menyelesaikan kerja-kerja ukur yang semakin bertambah dan memerlukan

tindakan segera.

Page 3: Peranan Jurukur Tanah

TUGAS JURUKUR BERLESEN

1. Menyemak ketepatan tanda sempadan dan ukuran serta menghitung

keluasan dan koordinat bagi batu sempadan kerana dikuatiri berlakunya

pertindihan lot..

2. Menentukan sempadan lot seperti :

Menanam, mengganti. meninggi, merendah dan mencabut tanda-

tanda sempadan.

Pengukuran mestilah betul antara sempadan dan juga mesti saling

berhubung atau bersambung.

Menanda dan merekod semula kerja pengukuran

3. Menghitung atau menyemak hasil kerja luar. Semua rekod dan hitungan

yang dibuat akan disimpan oleh jabatan ukur.

4. Menjalankan kerja-kerja mengukur tanah bagi maksud pengeluaran surat

hakmilik tanah untuk tanah-tanah desa, pekan, bandar dan juga tanah-

tanah lombong.

5. Mengukur simpanan-simpanan jalan, tali air dan lain-lain tanah yang

hendah disimpan untuk kegunaan awam.

6. Mengukur pecahan sempadan bagi tanah-tanah untuk pertanian,

perumahan dan perusahaan.

7. Menjalankan kerja pengukuran dalam Rancangan Kemajuan Tanah yang

dimajukan oleh Kerajaan Persekutuan Negeri Dan Badan Berkanun.

8. Menjalankan ukuran penentuan bagi menyelesaikan pertelingkahan

sempadan.

9. Menjalankan ukuran kawalan dan penyiasatan.

10.Berhubung dengan pemungut Hasil Negeri sekiranya ada perbezaan

dalam sempadan lot yang diukur dan meminta pengesahan daripadanya.

11.Menguasai dan menyelia, melatih serta menguruskan segala perihal

pekerja pasukan ukurnya.

Page 4: Peranan Jurukur Tanah

12.Menolong memberikan latihan kerja luar kepada pelatih-pelatih jabatan,

pegawai-pegawai petempatan dan penuntut-penuntut dari politeknik atau

universiti.

13.Bertanggungjawab kepada Jurukur Daerah atau tatatertib pekerja-pekerja

bawahannya.

14.Menjalankan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Jurukur Daerah dan

Pengarah Ukur

KUASA JURUKUR TANAH BERLESEN

1. Berhak menjalankan amalan profesionnya sebagai jurukur tanah dan

dibenarkan untuk menjalankan pengukuran hakmilik.

2. Boleh memasuki semua tanah, bangunan bagi tujuan ukuran hakmilik dan

boleh meletakkan apa-apa tanda sempadan yang perlu dan melakukan

apa-apa yang diperlukan bagi tujuan pengukuran hakmilik.

3. Boleh memeriksa peta-peta serta pelan-pelan Jabatan Ukur yang releven

dan untuk membuat salinan maklumat tersebut untuk ukuran hakmilik

( rujukan ordinan Jurukur Berlesen 1958 )

Page 5: Peranan Jurukur Tanah

SYARAT MENJADI JURUKUR TANAH BERLESEN

1. Berumur 21 tahun ke atas

2. Warganegara Malaysia, berpewatakan baik

3. Telah lulus semua peperiksaan profesional dan peperiksaan kelayakan

4. Telah menjalani latihan praktikal yang ditetapkan oleh lembaga

5. Namanya tidak pernah dipotong daripada daftar dan tidak digantung

daripada menjalankan amalan di bawah peruntukan-peruntukan sek.16

dan sek.17 ordinan ini

6. Telah membayar yuran pendaftaran yang telah ditetapkan

7. Telah membuat pengisytiharan dalam borang-borang yang dinyatakan

dalan ordinan JUB 1958

8. Mempunyai pengalaman kerja dalam pengukuran hakmilik kadaster

selama lebih daripada 3 tahun

9. Telah memperolehi sijil atau kecekapan yang ditetapkan dan dikeluarkan

oleh LJT seperti lulus peperiksaan yang ditetapkan

Page 6: Peranan Jurukur Tanah

PERANAN JURUKUR DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Peranan Jurukur Topografi

1. Mengkaji ukur, mengukur dan mengambarkan permukaan bumi untuk

berbagai tujuan termasuk pemetaan, kerja pembinaan atau kewujudan

sempadan harta tanah.

2. Mengkaji ukur lombong, melukis permukaan bawah tanah, mencatat

kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan

peta untuk tujuan mengawal arah dan takat perlombongan.

3. Mengkaji ukur dasar lautan, sungai dan tasik, melukis permukaan bawah

tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta

membuat carta dan peta untuk digunakan khususnya dalam menentukan

pengemudian air dan saluran serta merancang pembinaan struktur marin.

4. Merancang dan menjalankan kaji ukur fotografi dari udara.

5. Menganalisis gambar foto yang diambil dari udara dan gambar foto lain,

imejan satelit dan data kaji ukur bagi menyediakan dan menyemak peta

dan carta topografi, peta utiliti dan peta tematik yang lain.

6. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknik, estetik

dan ekonomi bagi pengeluaran peta.

7. Menyelia penyediaan pelan, peta , carta dan lukisan untuk dijadikan

persembahan bergambar serta menguruskan sistem maklumat

berautomatik.

8. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap sistem kaji ukur

dan pengukuran fotogrametrik, system kadaster(pemegang tanah) dan

tanah serta merundingkan perician dengan kerajaan tempatan dan pihak

berkuasa lain.

9. Menyelia dan menyelaras kerja juruukur bersekutu.

10. Mengekal hubungan teknik dan perudingan dengan pakar lain serta

menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Page 7: Peranan Jurukur Tanah

Peranan Jurukur Kadaster

Juruukur Tanah yang berperanan didalam sesuatu projek pembangunan ini

hanyalah pada awalan projek sahaja. Walaubagaimana pun peranan Juruukur

Tanah ini juga tidak kurang pentingnya dengan perunding yang lain. Antara

tanggungjawab pihak Juruukur Tanah adalah seperti berikut:

1.    Membuat penandaan sempadan.

Menjadi tugas Juruukur Tanah untuk membuat penandaan sempadan,

mengukur aras tanah ditapak dan membuat kerja "setting out" untuk

menentukan kedudukan bangunan ditapak. Ini adalah penting bagi

menentukan bahawa sempadan yang dibuat dan bangunan yang akan

dibina adalah didalam kawasan pihak majikan.

Jika pihak Juruukur gagal untuk membuat demikian maka ianya akan

menimbulkan masalah kepada majikan dan juga kontraktor apabila projek

sedang berlangsung kelak.

2.    Menyediakan lukisan yang berkaitan.

Di samping itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menyediakan

lukisan dan pelan yang berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan yang

akan dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain itu juga pihak Juruukur

Tanah juga perlulah menghantar pelan dan lukisan yang terbabit kepada

Juruukur Bahan untuk menetukan kos anggaran yang akan digunakan

bagi kerja-kerja tanah yang akan dilakukan.

3. Menasihati jabatan mengenai penggubalan dasar ukur kadaster melalui

peruntukan undang-undang, peraturan ukur dn pekeliling ketua pengarah

ukur dan pemetaan

Page 8: Peranan Jurukur Tanah

4. Merancang dan mengawasi kerja-kerja ukur kadaster dan pangkalan data

ukur kadaster yang dilaksanakan oleh JUPEM Negeri supaya siap mengikut

tempoh serta menepati matlamat yang telah ditetapkan.

5. Mengawalselia prestasi dan kualiti ukuran kadaster yang dijalankan oleh

jurukur tanah berlesen (JTB) supaya mematuhi peruntukan undang-undang

dan peraturan yang telah ditetapkan. Prestasi kerja dapat dinilai melalui

laporan yang disediakan oleh JUPEM negeri. Manakala kualiti dapat

ditentukan melalui semakan rambang dilapangan.

6. Merancang dan melaksanaknan pembangunan sistem ukur kadaster yang

sentiasa efeksyen diseluruh JUPEM negeri yang meliputi aspek-aspek kerja

di lapangan dan juga di pejabat.

Page 9: Peranan Jurukur Tanah

Peranan Jurukur Hidrografi

1. Dalam ukur hidrografi, tahap pengukuran yang di jalankan di sungai.terusan,

tasik dan lautan adalah berbeza – beza.Jukukur hidrografi menetapkan

kedudukan kapal ukur untuk menentukan kedalaman air dan menyelidik

keaadaan semulajadi dasar laut.

2. Tugas tradisi mereka sepanjang abad adalah membuat peta pinggir dan

dasara laut bagi menghasilakan carta padu arah untuk kegunaan pelaut.

Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kerja mereka adalah untuk

penerokaan dan pengeluaran minyak di kawasan luar pantai

3. Ukur Hidrografi juga digunakan dalam rekabentuk binaan dan

penyelenggaraan pelabuhan,jalan air darat, pertahanan sungai dan

laut,pengawalan pencemaran dan kawalan saintifik lautan.

Peranan Jurukur Bangunan

1. Jurukur bangunan menawarkan perkhidmatan kepakaran dalam semua

perkara berhubung dengan pembinaan.

2. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti pembaikan bangunan

lama dan pembinaan bangunan baru,penyelenggaraan banguan,pentadbiran

dan pengawalan kontrak –kontrak, undang-undang dan peraturan

bangunan.Jurukur bangunan melakukan pengukuran struktur dan memberi

khidmat kepada org ramai, perdangangan, industri dan pihak berkuasa

awam

Page 10: Peranan Jurukur Tanah

Peranan Jurukur Perlombongan

1. Tugas jurukur perlombongan adalah merangka kemajuan dan

perkembangan kerja-kerja lombong untuk masa akan dating.

2. Mereka memberi masihat atas permohonan dan rayuan

perancangan,undang-undang perlombongan dan hak

menerjakannya,keenapan dan kerosakan lombong, kesan-kesan

terhadap alam sekitar dan kerja baik pulih tanah lombong yang terbiar.

3. Jurukur lombong juga mengurus dan menilai hartanah lombong serta

membuat kerja ukur di lombong yang terbuka atau di bawah tanah.

Peranan Jurukur Geodesi

1. Ukur geodesi meliputi bidang yang luas dengan mengambilkira bentuk

melengkung keaadaan mukabumi.

2. Pengukuran seperti ini melibatkan teori matematik lanjutan dan

memerlukan pengukuran yang jitu untuk mengadakan kerangka kerja bagi

titik-titik yang ditentukan kedudukan nya dengan tepat.

3. Titik-titik ini boleh digunakan untuk membuat peta seluruh

benua,mengukur saiz dan bentuk sebenar mukabumi atau menjalankan

penyelidikan saintifik yang berkaitan seperti menentukan bidang magnet

bumi, atau untuk mengesan hanyutan benus

4. Melaksanakan projek-projek geodesi seperti berikut:-

5. Projek penentududukan sejagat (GPS) bagi penentuan jaringan geodetic

dan sainstifik dan koordinat stesen-stesen trabas piawai.

6. Projek datum tegak dgeodesi semenanjung Malaysia (DTGMS) yang

terdiri daripada projek-projek cerapan air pasang surut, ukuran aras jitu

dan ukuran garaviti.

Page 11: Peranan Jurukur Tanah

7. Menubuh, mengoperasi dan meyelenggara permanent GPS Tracking

Station iaitu Malaysia active GPS System (MASS).

8. Mengenalpasti kerja-kerja hitungan dan cerapan astronomi seperti

cerapan bulan, matahari, bintang untuk penentuan posisi dibumi dan juga

lain-lain yang berkaitan dengan keagamaan seperti arah kiblat, waktu

solat, cerapan hilal bagi awal bulan hijrah dan lain-lain.

9. Melaksanakan pembinaan, operasi dan peyelenggaraan stesen-stesen air

pasang surut serta bertanggungjawab menerbitkan Buku Ramalan Air

Pasang Surut dan Rekod Cerapan Air Pasang Surut setiap tahun.

10.Menyedia, menjaga dan menyebar rekod serta dokumentasi bagi semua

maklumat geodesi seperti GPS, air pasang surut, maklumat trigonometri,

maklumat aras, gravity, astronomi dan lain-lain.

Peranan Jurukur Bahan

1. Jurukur Bahan adalah seorang pakar dalam hal ehwal kewangan,kontrak

dan aspek perhubungan industri binaan sebagai penghubung antara

pelanggan,arkitek,jurutera dan kontaktor.

2. Jurukur Bahan mengawal kos membina sesebuah bangunan, jalanraya

atau pemasangan kejuruteraan yang rumit sebagai contoh dari peringkat

penyediaan sehingga kontrak itu sempurna.

3. Jurukur Bahan di pertanggungjawabkan dalam hal perundingan isi

kandungan kontrak-kontrak, pengawasan kelancaran pembinaan dan

persetujuan dengan keputusan terakhir.

Page 12: Peranan Jurukur Tanah

Peranan Jurukur Tanah Dan Pertanian

1. Jurukur Agen Tanah Dan Pertanian lazimnya bekerja dalam kawasan

yang sekitar pendalaman.dan kebanyakkan daripada mereka bekerja

sebagai praktis persendirian.

2. Tugas-tugasnya termasuklah penilaian, penjualan, pengurusan harta

benda diluar bandar dan penjualan secara lelong stok cergas dan tetap.

Mereka juga di kaitkan dengan hal perhutanan, pengurusan lading dan

perancangan luar bandar.

Peranan Jurukur Perancangan Dan Pembangunan

1. Jurukur Perancangan Dan Pembangunan mempunyai kepakaran dalam

semua aspek perancangan Bandar dan Desa.

2. Mereka memberi nasihat tentang ekonomi, Kemudahan, Skim

pemeliharaan dan pembangunan Bandar.Jurukur Pembangunan

berkerjasama dengan pegawai-pegawai perancang untuk melaksanakan

rancangan mereka dalam tempoh masa dan belanjawan yang ditetapkan

Page 13: Peranan Jurukur Tanah

P eranan Jurukur Dalam Alam Sekitar

1. Jurukur memainkan peranan yang penting dalam melindung serta

memulihara alam sekitar dalam keadaan pembangunan pesat negara hari

ini menggunakan kepakaran yang ada bagi membantu mengimbangi

keperluan antara pembangunan dan alam sekitar.

2. Terdapat empat disiplin dalam juruukur di Malaysia iaitu juruukur tanah,

juruukur bahan, juruukur penilai dan juruukur bangunan yang mana

mereka dapat menyumbangkan kepakaran kepada penjagaan alam

sekitar.

3. Juruukur tanah perlu memainkan peranan dalam menjaga kawasan

persekitaran yang sensitif seperti paya bakau dan sebagainya supaya

tidak diganggu.

4. Juruukur perlu memberikan keutamaan kepada penjagaan alam sekitar

serta bekerjasama membawa pendekatan mesra alam supaya kesan

besar kepada pemuliharaan alam sekitar akan dapat dirasai seluruh

masyarakat.

Page 14: Peranan Jurukur Tanah

Peranan Jurukur Dalam Bidang Ilmu Falak

1. Arah Qiblat perlu diketahui untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, kita

perlu yakin bahawa kita menghadap arah Qiblat yang betul ketika

mendirikan solat. Ini adalah kerana menghadap arah Qiblat adalah salah

satu syarat sah solat dalam keadaan aman. Maka Jurukur diberi

tanggungjawab untuk menentukan arah Qiblat ini.

2. Para Jurukur secara langsung terlibat dengan pembinaan dan pentadbiran

masjid/ surau sama seperti pegawai-pegawai pihak berkuasa agama

Islam, pegawai pentadbiran dan ahli jawatankuasa masjid dan surau

termasuk imam dan bilal masjid/ surau

3. Jurukur bertanggunjawab dalam menyebarkan keilmuan yang berkaitan

dengan penetapan arah Qiblat berdasarkan ilmu falak syarie kontemporari

sejajar dengan teknologi masa kini.

4. Jurukur perlu memantapkan pengetahuan mengenai aspek syariah dan

sains mengenai arah Qiblat serta memberi kemahiran teknik pengiraan

arah Qiblat disamping mendedahkan teknik penandaan arah Qiblat

dengan menggunakan teknologi kontemporari

Page 15: Peranan Jurukur Tanah

KESIMPULAN

Jurukur Tanah tidak hanya tertumpu pada bidang ukur tanah semata-

mata, tetapi ia melibatkan bidang ukur yang lain iaitu Ukur Lombong, Ukur

Pembangunan, Ukur Industri, Ukur Geodesi, Ukur Topografi, Ukur

Pembangunan dan Perancangan, Ukur Bahan, Ukur Pertanian dan sebagainya.

Dalam erti kata yang lain, bidang ukur tanah adalah berperanan penting serta

kian meluas seiring dengan kehendak dan pambangunan negara.