peranan bahasa melayu dalam sistem pendidikan

4

Click here to load reader

Upload: khairulfikhri

Post on 08-Jul-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

8/19/2019 Peranan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-bahasa-melayu-dalam-sistem-pendidikan 1/4

peranan bahasa melayu dalam sistem pendidikan

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pengenalan

Bahasa ialah satu sistem bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu

kelompok manusia, iaitu di antara seorang individu dengan individu yang lain. Kebiasaannya bahasa

menggunakan peraturan dan gaya yang direka bentuk khusus oleh manusia untuk kegunaan

tertentu. Terdapat beberapa sifat bahasa iaitu mempunyai sistem, mempunyai lambang, terdiri

daripada bunyi, bermakna, arbitrari, bersifat konvensional, produktif, unik, universal, dinamik,

bervariasi, bebas dan manusiawi. Bahasa Melayu juga merupakan satu bahasa yang digunakan di

Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam pelbagai bentuk komunikasi di Malaysia. Terdapat pelbagai

teori mengenai asal usul bahasa Melayu, antaranya ialah bahasa Melayu berasal dari Yunan dan

Nusantara. Menurut Asmah Haji Omar “ bahawa pemindahan orang Melayu dari daratan Asia

ke Nusantara ini tidaklah sekali gus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan,

iaitu semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui lautan China. Namun beliau

menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu perbezaan

yang berlaku kemudian adalah kerana faktor komunikasi”. Berdasarkan penjelasan teori yang telah

di kaji, bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Lingua Franca. Di mana terdapat pelbagai bahasa

asing yang telah diambil daripada hubungan di antara pedagang atau migrasi daripada negara luar.

Bahasa Melayu kini telah di nobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa

penghantar ilmu sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagaibahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam perlembagaan Persekutuan, sementara

kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan

1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pila diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan

kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Bahasa Melayu yang digunakan di negara ini perlu di

perkukuhkan kedudukannya dari segi penggunaan di dalam negara mahu pun di luar negara.

Terdapat beberapa langkah dalam memartabatkan bahasa Melayu iaitu di dalam sistem Pendidikan

negara, iaitu daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Kesedaran

tentang pemantapan bahasa Melayu perlu dipertingkatkan di kalangan setiap warga Malaysia untuk

memartabatkan bahasa Melayu.

Pemantapan bahasa Melayu dan Penyata Razak

Penyata Razak 1956 merupakan satu cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa oleh kerajaan

Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini

ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika

itu Tun Abdul Razak Hussein. Dalam Penyata Razak Pemantapan bahasa Melayu di dalam sistem

pendidikan ditekan iaitu, cadangan dikemukakan oleh penyata Razak yang diluluskan oleh kerajaan

persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

Page 2: Peranan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

8/19/2019 Peranan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-bahasa-melayu-dalam-sistem-pendidikan 2/4

(SRJK) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar semasa pengajaran dan

pembelajaran di jalankan di sekolah. Para pemimpin terdahulu telah sedar dengan kepentingan

bahasa Melayu di Tanah Melayu dengan membawa kesan yang baik dalam pelbagai bentuk

penggunaannya di kalangan kaum yang pelbagai iaitu bangsa Melayu, cina dan india. Selain daripada

itu, kesedaran mengenai penyelarasan cara berhubung dengan di antara kaum dalam menjamin satu

bahasa yang boleh menyatupadukan pelbagai kaum. Selain daripada itu, cadangan mengenai

sekolah kebangsaan yang menggalakkan murid daripada pelbagai kaum bersekolah di sekolah yang

sama dengan menggunakan satu bahasa dan satu kurikulum yang selaras dengan bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar.

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar disekolah

Berdasarkan Penyata Razak yang menekan kepentingan bahasa Melayu perlu di beri keutamaan

sebagai bahasa penghantar di sekolah dengan mengesorkan bahasa Melayu digunakan di sekolah-

sekolah. Tujuan utama penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar disekolah adalah

untuk menggalakkan hubungan di antara kaum yang terdapat di Malaysia saling berhubung di antara

satu sama lain dalam menjalinkan hubungan yang lebih baik. Ini menunjukkan kepentingan bahasa

Melayu dalam memupuk perpaduan antara kaum. Dengan kesedaran ini kerajaan telah menetapkan

bahawa bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa

komunikasi.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Menyedari bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang perlu digunakan di dalam hubungan di

antara kaum di negara kita, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara berperingkat telah menggantikan bahasa

Inggeris sebagai bahasa penghantar disekolah-sekolah. Di mana semua sekolah perlu menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam berhubung di antara satu sama lain. Sebuah

badan berkanun iaitu Dewan Bahasa Dan Pustaka bertanggungjawab untuk memajukan dan

memperkayakan bahasa Melayu. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang berpaksikan perkara 152 perlembagaan

persekutuan, selain daripada akta bahasa kebangsaan dan akta pendidikan yang sedia ada. Sehinggakini kita dapat melihat bahawa bahasa Melayu digunakan di sekolah-sekolah di negara ini secara

meluas dan dipelajari oleh semua golongan kaum di Malaysia dan diterima pakai oleh pelbagai kaum

di Malaysia sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan

Menurut Kamus Dewan (1994), perpaduan bermaksud penggabungan, perihal bergabung menjadi

satu dan sebagainya. Dengan erti kata lain, perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat

bersifat tolenrasi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan dan etnik yang berbeza untuk

mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Perpaduan adalah satu proses

menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta

Page 3: Peranan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

8/19/2019 Peranan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-bahasa-melayu-dalam-sistem-pendidikan 3/4

perasaan cinta dan bangga akan negara. Selaras dengan dasar pendidikan, bahasa Melayu diajar

sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa penghantar utama bagi semua peringkat

pendidikan seperti dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke pengajian tinggi di Malaysia. Mata

pelajaran ini menekan kan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa

Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat dilihat dari aspek penyatuan

antara kaum dengan menggunakan bahasa yang sama dalam satu sistem pendidikan yang di guna

pakai oleh setiap kaum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Berlainan

dengan sekolah yang menggunakan bahasa daripada kaum selain daripada kaum Melayu iaitu cina

dan india yang telah menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah, mereka menjalankan haluan

masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Penggunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa penhantar di peringkat sekolah ini dapat mendidik murid-murid atau pelajar-pelajar tentang

hubungan perpaduan antara kaum dalam membentuk satu identiti warga Malaysia yang sebenar

yang boleh di kenali oleh negara lain sebagai bangsa Malaysia dan membentuk perpaduan daripada

peringkat awal sehinggalah kepada peringkat seterusnya.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa komunikasi

Berdasarkan Kamus Dewan, komunikasi bermaksud satu interaksi di antara hidupan untuk

berhubung di antara satu sama lain di dalam kehidupan seharian. Manusia menggunakan bahasa

sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana bahasa dan

pertuturan yang membezakan manusia dengan haiwan. Komunikasi merupakan satu elemen yang

sangat penting dalam mengeratkan hubungan di antara kaum yang menggunakan bahasa yang

berlainan. Dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah, komunikasi di

antara kaum dapat diperluaskan dengan hubungan komunikasi yang dapat membantu dari segi

mengenali antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa Melayu, seterusnya mengeratkan

hubungan di antara kaum.

Kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendididikan

Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang berilmu

pengetahuan , petikan ini menunjukkan bahawa negara kita ingin melahirkan insan yang

berpengetahuan dan berguna dimasa akan datang dalam menyumbang kepada negara. Petikan ini

dapat membantu dalam menjadikan bahasa ilmu yang boleh digunakan di Malaysia dan luar negara

dalam memperoleh ilmu. Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang dapat menjadi bahasa

pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan daripada peringkat yang rendah sehinggalah

kepada peringkat yang lebih tinggi dan diiktiraf semua pihak tentang penggunaannya.

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa ilmu setelah sekian lama. Ini dapat ditunjukkan dalam

penggunaan untuk mengungkap konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks,

terutama sekali dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Konsep-konsep dan proses-

proses ini dapat di lihat dengan penggunaan nya di dalam pengajaran dan pembelajaran yang

disampaikan di sekolah sebagai satu pendidikan yang digunakan. Selain daripada itu penggunaan

bahasa Melayu dalam ilmu dapat dilihat dengan penghasilan banyak buku ilmiah yang dihasilkan dan

boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para pelajar-pelajar di negara ini dalam menimba

ilmu. Selain daripada peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi juga turut menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa penghantar dan turut dipelajari oleh pelajar luar negara dalam menuntutilmu di dalam negara ini.

Page 4: Peranan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

8/19/2019 Peranan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-bahasa-melayu-dalam-sistem-pendidikan 4/4

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan dari segi peringkat

menteri sehinggalah ke peringkat bawahan. Bahasa rasmi menjadi satu lambang serta simbol

identiti sesebuah negara dan kebiasaannya digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara

terutamanya dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di negara kita adalahsangat penting, kerana kebanyakan proses pendidikan di sekolah menggunakan bahasa rasmi iaitu

bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa utama dalam komunikasi, pengajaran dan

pembelajaran, peperiksaan, urusan pentadbiran dan sebagainya. Bahasa Melayu digunakan secara

meluas dalam sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian

tinggi. Dengan penekanan bahasa Melayu perlu lulus untuk melanjutkan pelajaran dan wajib

dipelajari oleh semua pelajar.

Bahasa Melayu sebagai bahasa contoh

Merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu yang meluas di dalam sistem pendidikan negara, iaitu

dari segi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa penghantar, sebagai

bahasa komunikasi dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu adalah satu lambang

atau contoh kepada satu sistem bahasa yang mantap dari segi pengantara untuk menyampaikan

ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi dan diperkenalkan seiring dengan penekanan

terhadap budaya ilmu. Bahasa Melayu tidak berada lagi di tahap yang rendah kerana ia telah

mencapai taraf cendiakawan dan bahasa saintifik. Dengan ini sistem pendidikan negara kita telah

menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang rasmi dalam sistem pendidikan yang menjadi

contoh berdasarkan kemantapan yang ditunjukkan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu, sebagai bahasa komunikasi, sebagai bahasa perantaraan, sebagai bahasa rasmi dan

sebagai bahasa perpaduan di Malaysia. Dengan ini bahasa Melayu merupakan satu contoh bahasa

yang terbaik yang perlu di jadikan rujukan kepada negara lain dalam memantapkan bahasa. Dengan

ini kedudukan bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan negara kita perlu dimantapkan untuk

memastikan bahasa Melayu ialah bahasa yang menjadi identiti Malaysia di mata dunia.

Refleksi

Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang boleh digunakan dalam sistem pendidikan negara

untuk bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, bahasa rasmi dan pelbagai lagi kegunaan

bahasa Melayu yang mampu melonjakkan martabat bahasa. Kedudukan bahasa Melayu perlu

dimantapkan untuk menjamin kekuatan dalam penggunaannya secara meluas dari semua peringkat

seperti dari segi sistem pendidikan, pentadbiran dan sebagainya. Pemantapan bahasa Melayu diMalaysia dapat menunjukkan identiti sebenar negara kita kepada seluruh dunia. “Bahasa jiwa

bangsa”